Upload
hamzan-bin-mohd-zain
View
663
Download
15
Embed Size (px)
Citation preview
PUNCA MASALAH DISIPLIN PELAJAR DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA SATU TINJAUAN DI 3 BUAH SEKOLAH DAERAH KULAI, JOHOR
KHAIRIL BIN MAHALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PUNCA MASALAH DISIPLIN PELAJAR DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA SATU TINJAUAN DI 3 BUAH SEKOLAH DAERAH KULAI, JOHOR
KHAIRIL BIN MAHALI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (MATEMATIK)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2006
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, maka saya telah diberi kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing PM. Dr Othman Md Johan di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh beliau sepanjang menjayakan projek ini.
Buat ibu dan ayah serta keluarga tersayang terima kasih di atas pengorbanan, sokongan dan dorongan yang diberikan. Terima kasih juga buat semua pensyarah, rakan-rakan seperjuangan serta pihak-pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung sehingga terhasilnya projek ini.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar bermasalah disiplin di tiga buah sekolah di daerah Kulai. Seramai 60 pelajar daripada tiga buah sekolah terlibat dalam menjawab soal selidik. Mereka merupakan pelajar-pelajar yang mempunyai rekod kesalahan disiplin di sekolah. Soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat tentang persoalan kajian yang dikemukakan. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan Statistical Packages for The Social Sciences 10.0 (SPSS) untuk mencari nilai kekerapan dan peratus. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor rakan sebaya menjadi penyumbang kepada masalah disiplin, ini diikuti oleh faktor persekitaran sekolah, faktor media massa, faktor sikap diri pelajar dan yang terakhir adalah faktor latar belakang keluarga.
vi
ABSTRACT
The aim of this study is to identify the factors that influences disciplinary problem among students in three schools within the district of Kulai. A total of 60 students from three schools involve in answering the questionnaire. These students were selected based on the students that involve in disciplinary problems in theirs schools. A set of questionnaire was given to each students to gather data relevant to the research questions. The data was analyzed by using Statistical Package for The Social Sciences 10.0 (SPSS). It was found that the influence of friends was the determinant factors in influence their discipline problems. It was followed by factor school environment and followed by mass media. The fourth contribution factor is due to the students attitudes and lastly followed by familys background factors.
vii SENARAI KANDUNGAN
BAB
PERKARA
HALAMAN
JUDUL PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN
i ii iii iv v vi vii xi xii xiii
BAB I
PENDAHULUAN
1
1.1 Pengenalan 1.2 Latar belakang masalah 1.3 Pernyataan masalah 1.4 Objektif kajian 1.5 Persoalan kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Batasan kajian 1.8 Definisi Konsep dan istilah. 1.8.1 Disiplin 1.8.2 Persepsi 1.8.3 Pelajar 1.8.4 Persekitaran Sekolah 1.9 Kesimpulan
1 2 5 6 7 7 9 10 10 11 12 12 13
viii BAB II SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pengenalan 2.2 Kajian teori-teori yang berkaitan 2.2.1 Teori perkembangan kognitif 2.2.2 Teori Psikoanalisis 2.2.3 Teori Humanistik Maslow 2.2.4 Teori-Teori Pembelajaran Sosial 2.2.5 Teori Perkembangan Psikososial Erikson 2.2.6 Teori Perkembangkan Moral Kohlbergs 2.3 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah Disiplin 2.3.1 Pengaruh latar belakang keluarga 2.3.2 Pengaruh Rakan Sebaya 2.3.3 Pengaruh Media Massa 2.3.4 Faktor Diri Pelajar 2.3.5 Faktor Persekitaran Sekolah
14 14 14 16 17 17 19 20 21 22 25 27 29 31
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
35
3.1 Pengenalan 3.2 Reka bentuk kajian 3.3 Instrumen kajian 3.4 Kajian rintis 3.5 Populasi dan sampel kajian 3.6 Batasan kajian 3.7 Prosedur kajian 3.8 Analisis data
35 35 36 37 38 39 39 40
BAB IV
ANALISIS DATA
42
4.1 Pengenalan 4.2 Analisis Latar belakang Responden
42 43
ix 4.2.1 Jantina responden 4.2.2 Bangsa responden 4.2.3 Susunan kelahiran responden 4.2.4 Bilangan adik-beradik responden 4.2.5 Tahap pelajaran tertinggi bapa responden 4.2.6 Purata pendapatan bulanan keluarga responden 4.2.7 Status pekerjaan ibu 4.3 Kesimpulan Bahagian A 4.4 Analisis Bahagian B 4.4.1 Faktor keadaan latar belakang keluarga 4.4.2 Faktor pengaruh rakan sebaya 4.4.3 Faktor pengaruh media massa 4.4.4 Faktor pengaruh persekitaran sekolah 4.4.5 Faktor diri pelajar 4.4.6 Analisis Keseluruhan Bagi Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar. 43 44 44 45 46 46 47 47 48 48 50 51 52 54 56
BAB V
PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
57
5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan 5.2.1 Faktor keadaan latar belakang keluarga 5.2.2 Faktor rakan sebaya 5.2.3 Faktor media massa 5.2.4 Faktor persekitaran sekolah 5.2.5 Faktor sikap diri pelajar 5.2.6 Kesimpulan 5.3 Cadangan Kajian 5.3.1 Cadangan kepada pelajar 5.3.2 Cadangan kepada guru 5.3.3 Cadangan kepada ibu bapa
57 58 58 60 61 61 63 64 64 64 65 66
x 5.3.4 Cadangan kepada sekolah 5.3.5 Cadangan kepada media massa 5.4 Cadangan kajian lanjutan 67 68 68
BIBILIOGRAFI LAMPIRAN
70 74
xi SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
HALAMAN
3.1 3.2
Kebolehpercayaan Item soal selidik Markah Skala Penyelidik
38 40
4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13
Jantina responden Bangsa responden Susunan kelahiran responden Bilangan adik-beradik responden Tahap pelajaran tertinggi bapa responden Purata pendapatan bulanan keluarga responden Status pekerjaan ibu Faktor latar belakang keluarga Faktor rakan sebaya Faktor media massa Faktor persekitaran sekolah Faktor sikap diri pelajar Analisis keseluruhan bagi punca-punca masalah disiplin pelajar bermasalah disiplin
43 44 45 45 46 47 47 49 50 52 53 55 56
xii SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK
HALAMAN
3.1
Perubahan Markat dan Skala
41
xiii SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
HALAMAN
A B C
Borang Soal Selidik Keputusan kajian rintis Cronbachs Alpha Surat-surat kebenaran menjalankan kajian
75 81 84
BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Sejak kebelakangan ini beberapa insiden salah laku pelajar sering kedengaran melalui media masa negara. Kita sering dikejutkan dengan keganasan para pelajar sekolah yang kian meningkat dan membimbangkan. Nampaknya masalah disiplin yang membimbangkan dunia pendidikan selama ini masih belum dapat diselesaikan malah ia semakin menjadi dan mencemaskan.
Perdana menteri kita sendiri sudah mengatakan bahawa masalah disiplin di negara kita kini sebenarnya sudah berada di tahap yang kritikal dan perlu dibendung dengan seberapa segera. Berikutan ini pihak-pihak bertanggung jawab khususnya Kementerian Pendidikan, sekolah dan ibu bapa harus berusaha memikirkan dan melaksanakan langkah-langkah yang konkrit bagi menyelesaikan masalah ini.
Tetapi malangnya setiap pihak cenderung menuding jari antara satu sama lain. Akibatnya masalah disiplin terus menjadi serius. Dalam menangani masalah ini, semua pihak amat perlu memainkan peranan masing-masing. Apa yang penting sekarang ini ialah semua pihak perlu berganding bahu melaksanakan bentuk tindakan yang sewajarnya sebelum segala-galanya menjadi parah dan tidak dapat dibendung lagi.
2 1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam perkembangan pendidikan dewasa ini, masalah pelanggaran disiplin sekolah telah menjadi topik yang hangat sekali dibincangkan di dalam seminar-seminar, persidangan dan konvensyen sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat antarabangsa. Namun saban hari pelanggaran disiplin di kalangan pelajar terutamanya pelajar-pelajar sekolah menengah masih berterusan. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan dan guru-guru dibebankan dengan dua tanggungjawab iaitu mendidik anak bangsa dan di masa yang sama membanteras pelanggaran disiplin dikalangkan pelajar. Keadaan yang wujud di sekolah sekarang ini berlawanan dengan apa yang diharapkan dan sepatutnya diamalkan oleh seseorang pelajar.
Kejadian salah laku pelajar agak membimbangkan ini merupakan penyebab kepada kemerosotan disiplin pelajar di kalangan pelajar. Banyak laporan tentang kesalahan-kesalahan disiplin yang dilakukan oleh pelajar disiarkan di akhbar-akhbar. Satu daripada kes yang telah dilaporkan dalam akbar berita minggu iaitu pada 4 Jun 1999 menyatakan pihak polis telah menahan enam remaja termasuk dua pelajar SMK Kulai Besar kerana disyaki terbabit dalam kejadian membakar bilik guru dan bilik percetakan sekolah tersebut. Kejadian ini telah menunjukkan betapa seriusnya fenomena salah laku di kalangan pelajar sekolah menengah.
Hakikatnya sekarang, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah semakin serius dan kita tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Semua pihak harus memberi perhatian yang serius kerana pelajar merupakan aset negara yang tidak ternilai pada masa depan. Jika masalah ini tidak dibendung dari peringkat akar umbi lagi, maka negara akan menanggung akibat negatif yang besar pada masa depan.nurut
me
Menurut Unit Disiplin Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1998 mendapati terdapat 53 jenis salah laku yang membabitkan pelajar sekolah. Terdapat sebanyak 4,035,876 kes
3 salah laku berlaku di sekolah rendah dan menegah. Salah laku itu boleh dibahagikan kepada sembilan kategori utama iaitu:
i. Jenayah berjudi, melawan guru dan pengawas, peras ugut, kongsi gelap, penyalahgunaan dan pengedaran dadah, memiliki senjata, mencabul kehormatan, mengancam pelajar, menceroboh, tunjuk perasaan dan bertaruh. ii. Kekemasan diri berambut dan berkuku panjang, berjanggut dan berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah. iii. Ponteng tidak hadir kelas, sekolah, perhimpunan, ujian dan peperiksaan iv. Kurang sopan kasar dan berbahasa kesat kepada guru, pengawas dan pelajar lain. v. Mengabaikan masa berkeliaran dan datang lewat perhimpunan. vi. Merosakkan harta melibatkan harta sekolah, kantin, guru dan pelajar-pelajar lain. vii. Tidak jujur menipu (membabitkan wang) dan tidak amanah. viii. Lain-lain menyimpan, menghisap rokok dan mengganggu kelas.
Menurut yang di Pertua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Abdul Shukor Abdullah, bilangan kumpulan samseng ala gengster dan pelajar samseng meningkat terutamanya di sekolah menengah harian pinggir bandar. Pelajar turut terlibat dalam kes salah guna dadah, minum minuman keras, memiliki senjata api, menceroboh, berjudi dan membuli.
Pada tahun 1998 pula terdapat 8,439 buah sekolah menegah di Malaysia iaitu 6,972 buah sekolah rendah dan 1,467 buah sekolah menengah. Sebanyak 35.92% daripada sekolah rendah dan 66.05% daripada sekolah menegah di Malaysia menghadapi masalah disiplin. Ini bermakna 3,473 buah sekolah atau 41.15% sekolah menghadapi masalah disiplin.
Walau bagaimanapun, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menegah lebih serius berbanding dengan pelajar di sekolah rendah. Sepanjang sembilan tahun iaitu antara 1990 hingga 1998, tidak ada sekalipun masalah disiplin melebihi 6.5% di sekolah rendah tetapi di sekolah menengah pula peratusan masalah disiplin pula melebihi 10% semua tahun kecuali pada tahun 1990.
4 Menurut Unit Disiplin Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang
me
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1998 menyatakan bahawa di antara masalah disiplin yang terlalu kerap dilakukan ialah masalah ponteng sekolah dan datang lewat. Dalam tempoh sembilan tahun itu iaitu dari tahun 1990 hingga 1998, kedua-dua masalah disiplin inilah bersilih ganti mengambil tempat pertama dan tempat kedua dalam senarai jenis salah laku.
Keterangan di atas jelas menunjukkan keseriusan masalah disiplin di sekolah. Ini ditambah pula dengan beberapa lagi kesalahan yang tidak kurang pentingnya seperi mengancam guru, memeras ugut murid dan pelajar, memukul guru sering berlaku di negara kita.
Pelajar sekolah menengah yang melakukan kesalahan tidak berdisiplin adalah didapati terbabit dalam semua kategori salah laku iaitu jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku-musnah, tidak jujur dan lain-lain lagi. (Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia 1998)
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru (1990) menyatakan sekolah bukanlah sebagi badan pengajar sahaja. Sebaliknya, sekolah mempunyai tujuan mendidik dalam erti kata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya bukan sahaja mendapat pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan sosial. secara amnya di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal. Tujuan am penanaman kesedaran tentang betul dan salah ke dalam diri kanak-kanak adalah untuk menghalang dan mengelakkan mereka daripada berkelakuan yang tidak dikehendaki dengan cara larangan berkelakuan demikian bersama dengan cara mengenakan hukuman sekiranya larangan itu tidak dipatuhi.
Nampaknya masalah yang membimbangkan dunia pendidikan selama ini masih belum dapat diselesaikan, malah semakin parah dan mencemaskan pelbagai pihak. Ibarat api dalam sekam, jika dibiarkan marak tanpa kawalan sudah tentu mengundang padah
5 yang lebih buruk lagi. Kita janganlah mengambil sikap tunggu sehingga keadaan sudah menjadi serius baru tindakan mahu diambil kerana dikhuatiri apabila sampai ke peringkat itu kelak, segala-galanya mungkin sudah terlambat.
Walaupun masalah disiplin ini dikatakan sama tua dengan umur sekolah itu sebagai satu institusi tetapi langkah-langkah haruslah diambil untuk mengatasinya. Kita harus sedar bahawa untuk mengatasi sesuatu masalah kita haruslah mengenal pasti punca-punca utama yang menjadi penyebab kepada masalah itu.
Untuk membetulkan seseorang itu menjadi insan mulia yang terhindar daripada masalah-masalah disiplin, ciri-ciri disiplin yang baik haruslah disemai sejak seseorang pelajar itu masih kecil lagi. Kata pepatah Melayu, anak kecil itu ibarat sehelai kain putih, bagaimana dididik dan diasuh begitulah corak hidupnya nanti.
Falsafah pendidikan negara adalah asas kepada usaha berterusan untuk melahirkan individu-individu yang berilmu dalam masyarakat Malaysia. Bagaimanapun, individu yang berilmu tanpa asas disiplin yang kukuh tidak dapat melahirkan masyarakat yang bersedia menghadapi cabaran pembangunan dari segi kerohanian, moral dan fizikal ( Omar 1986 ).
1.3
Pernyataan masalah
Penyelidik berminat untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin melakukan kesalahan disiplin di sekolah menengah. Ini kerana penyelidik berpendapat masalah disiplin sekarang ini semakin kerap terjadi dan membimbangkan banyak pihak. Memandangkan pelajar masa kini adalah bakal peneraju masa depan negara kita, maka penyelidik merasakan perlu dibuat kajian tentang faktorfaktor yang mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin melakukan kesalahan disiplin supaya pihak-pihak berkenaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, guru-guru dan
6 masyarakat dapat membendung masalah ini daripada terus terjadi. Kajian ini juga dilakukan sebagai kesinambungan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu tentang masalah disiplin.
Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji lima faktor utama yang dirasakan menjadi penyumbang utama kepada berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah. Faktor-faktor yang dikaji termasuklah faktor latar belakang keluarga pelajar, faktor rakan sebaya, faktor media massa, faktor sikap diri pelajar dan faktor persekitaran sekolah.
Kajian yang dilakukan ini dijalankan di beberapa buah sekolah terpilih di sekitar daerah Kulai. Penyelidik berminat mengkaji sekolah-sekolah di kawasan ini kerana ingin mengetahui lebih lanjut tentang faktor yang mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin melakukan kesalahan disiplin. Selain itu, kedudukannya yang hampir dengan kampus akan memudahkan pengedaran borang selidik oleh penyelidik ke sekolah-sekolah ini. Memandangkan penyelidik telah dua kali menjalankan latihan praktikal mengajar di dua buah sekolah di daerah kulai dan ini memberi kelebihan kepada penyelidik kerana segala maklumat yang dikehendaki dan segala urusan akan dapat dijalankan dengan lancar dan mudah.
1.4
Objektif kajian
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berhubung dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin melakukan kesalahan disiplin iaitu :
i. Keadaan latar belakang keluarga. ii. Pengaruh rakan sebaya. iii. Pengaruh media masa.
7 iv. Sikap pelajar itu sendiri. v. Pengaruh persekitaran sekolah. vi. Mencari apakah faktor paling utama mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin.
1.5
Persoalan Kajian
Bagi menjalankan penyelidikan ini, penyelidik memfokuskan kepada beberapa persoalan penting. Persoalan tersebut ialah :
i. Apakah keadaan latar belakang keluarga pelajar bermasalah disiplin? ii. Adakah rakan sebaya mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin? iii. Adakah media masa mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin? iv. Adakah sikap pelajar sendiri mempengaruhinya melakukan kesalahan disiplin? v. Adakah pengaruh persekitaran sekolah mempengaruhi pelajar melakukan kesalahan disiplin? vi. Manakah di antara faktor yang utama mempengaruhi pelajar melakukan kesalahan disiplin?