26
PERBEZAAN ANTARA PELAJAR BERPENCAPAIAN TINGGI DAN RENDAH DALAM MASALAH DISIPLIN, KONSEP KENDIRI DAN PENGARUH RAKAN SEBAYA. YEK LANG YIENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBEZAAN ANTARA PELAJAR BERPENCAPAIAN … · perbezaan antara pelajar berpencapaian tinggi dan rendah dalam masalah disiplin, konsep kendiri dan pengaruh rakan sebaya. yek lang yieng

Embed Size (px)

Citation preview

PERBEZAAN ANTARA PELAJAR BERPENCAPAIAN TINGGI DAN RENDAH

DALAM MASALAH DISIPLIN, KONSEP KENDIRI DAN PENGARUH RAKAN

SEBAYA.

YEK LANG YIENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERBEZAAN ANTARA PELAJAR BERPENCAPAIAN TINGGI DAN

RENDAH DALAM MASALAH DISIPLIN, KONSEP KENDIRI DAN

PENGARUH RAKAN SEBAYA

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya YEK LANG YIENG

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

PERBEZAAN ANTARA PELAJAR BERPENCAPAIAN TINGGI DAN

RENDAH DALAM MASALAH DISIPLIN, KONSEP KENDIRI DAN

PENGARUH RAKAN SEBAYA

YEK LANG YIENG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2011

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan :

Nama Penyelia: Dr. Azlina Binti Mohd. Kosnin

Tarikh : APRIL 2011

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : YEK LANG YIENG

Tarikh : APRIL 2011

iii

DEDIKASI

Ditujukan Khas Buat,

Dr. Azlina binti Mohd Kosnin

Pensyarah Pembimbing yang sentiasa membantu.

Buat bapa dan ibu tersayang dan tercinta ,

Yang sering memberi dorongan dan semangat,

Terima kasih atas segala pengorbanan dan didikanmu.

Kepada semua adik - beradik serta rakan – rakan yang dikasihi,

Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bantuan,

dorongan dan nasihat yang diberikan selama tempoh pengajian di UTM.

Ribuan Terima Kasih Saya Ucapankan.

iv

PENGHARGAAN

Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Azlina Binti Mohd

Kosnin selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya ini. Beliau telah banyak berusaha

untuk membimbing, memberi tunjuk ajar serta sokongan yang sepenuhnya kepada saya

sehingga penyelidikan ini dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Dedikasi dan

keikhlasan beliau amat saya kagumi.

Buat seluruh cendekiawan Universiti Teknologi Malaysia, terima kasih

diucapkan atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa kalian akan dikenang sepanjang

hayat.

Rakaman terima kasih ditujukan kepada keluarga saya yang telah banyak

memberikan sokongan kepada saya sepanjang saya berjauhan dari rumah.

Di samping itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih ini kepada

rakan-rakan yang telah banyak memberikan nasihat dan bantuan serta mereka yang

terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak dalam usaha saya menyiapkan kajian

ini.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau perbezaan dalam masalah disiplin, konsep

kendiri dan pengaruh rakan sebaya antara pelajar dari kelas berpencapaian tinggi dan

rendah dalam sistem pengelompokan kemampuan akademik pelajar di sekolah. Kajian

ini turut meninjau hubungan masalah disiplin pelajar dengan pengaruh rakan sebaya dan

konsep kendiri pelajar. Seramai 242 pelajar tingkatan dua (137 pelajar dari kelas

berpencapaian tinggi dan 105 pelajar dari kelas berpencapaian rendah) dari empat buah

sekolah menengah di kawasan Skudai, Johor dipilih untuk terlibat dalam kajian ini.

Masalah disiplin telah diukur menggunakan item-item yang dibina oleh penyelidik

manakala konsep kendiri telah diukur menggunakan Self Description Questionnaire II

(March, 1990a, 1990b). Alat ukur bagi pengaruh rakan sebaya diambil dari Maizatul

Akmam (2007). Skor bagi kebolehpercayaan ketekalan dalaman (alfa cronbach) bagi

setiap pembolehubah adalah melebihi 0.6. Dapatan menunjukkan pelajar dari kelas

berpencapaian rendah mempunyai masalah disiplin dan konsep kendiri yang secara

signifikannya lebih tinggi berbanding pelajar dari kelas berpencapaian tinggi. Bagi

dapatan pengaruh rakan sebaya, pelajar dari kelas berpencapaian rendah tidak

mempunyai perbezaan yang signifikan berbanding pelajar dari kelas berpencapaian

rendah. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan signifikan yang positif antara

masalah disiplin dengan konsep kendiri. Hubungan bagi masalah disiplin dengan

pengaruh rakan sebaya adalah tidak signifikan tetapi mempunyai hubungan negatif.

vi

ABSTRACT

The aim of this study was to investigate the differences in discipline problem,

self-concept and peer influence between the high performers’ class students and low

performers’ class students in the Between Class Ability Grouping school system. This

study is also looking at the relationships between students’ discipline problem with peer

influence and students’ self-concept. A total of 242 form two students (137 highest-

performers class and 105 lowest-performers class) from four secondary schools in the

area of Skudai, Johor participated in this study. Discipline problem was measured using

items developed by the researcher while self-concept was measured using the Self-

Description Questionnaire II (March, 1990a, 1990b). The scale of the peer influence

was taken from Maizatul Akmam (2007). Internal reliability scores (Cronbach’s alpha)

were found to be above 0.6 for all scales. Results show that students from low

performers class scores significantly higher in discipline problem and self-concept

compared to students from high performing class. For the results of peer influence,

students from high performers’ class were not significantly different compared to

students from low performers’ class. This study also discovered significant positive

relationship between discipline problem with self-concept while the relationship

between discipline problem and peer influence were not significantly but had negative

relationship.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Skop dan Batasan Kajian 11

1.9 Kerangka Konsep Kajian 12

viii

1.10 Definisi Istilah 12

1.10.1 Konsep Kendiri 13

1.10.2 Pengaruh Rakan Sebaya 13

1.10.3 Pelajar Berpencapaian Tinggi dan Rendah 14

1.10.4 Masalah Disiplin 14

1.10 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pengelompokan mengikut Kebolehan 15

2.3 Konsep Kendiri 18

2.4 Pengaruh Rakan Sebaya 21

2.5 Masalah Disiplin 23

2.6 Kajian-kajian Lepas 24

2.6.1 Pengelompokan Kebolehan dengan

Konsep Kendiri 24

2.6.2 Pengelompokan kebolehan dengan

masalah disiplin dan pengaruh rakan

sebaya 28

2.7 Penutup 39

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Tempat Kajian 31

3.4 Populasi 32

3.5 Sample Kajian 32

3.6 Instrumen Kajian 33

3.6.1 Bahagian A 34

ix

3.6.2 Bahagian B 34

3.6.3 Bahagian C 35

3.6.4 Bahagian D 36

3.7 Prosedur Kajian 37

3.8 Kajian Rintis 38

3.9 Kesahan / kebolehanpercayaan Soal Selidik 39

3.10 Analisis Data 39

3.11 Penutup 41

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Jantina 43

4.2.2 Bangsa 43

4.2.3 Sekolah dan Kelas 44

4.3 Bahagian B: Analisis Berdasarkan Hipotesis Kajian 45

4.3.1 Perbezaan antara Pelajar Berpencapaian

Tinggi dan Rendah dalam Aspek Masalah

Disiplin 46

4.3.2 Perbezaan antara Pelajar Berpencapaian

Tinggi dan Rendah dalam Aspek Konsep

Kendiri 47

4.3.3 Perbezaan antara Pelajar Berpencapaian

Tinggi dan Rendah dalam Aspek

Pengaruh Rakan Sebaya 48

4.3.4 Hubungan antara Masalah Disiplin dan

Konsep kendiri 50

4.3.5 Hubungan antara Masalah Disiplin dan

Pengaruh Rakan Sebaya 51

4.4 Penutup 52

x

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 54

5.2.1 Persoalan Kajian Pertama 54

5.2.2 Persoalan Kajian Kedua 55

5.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 55

5.2.4 Persoalan Kajian Keempat 55

5.2.5 Persoalan Kajian Kelima 56

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 56

5.3.1 Perbezaan antara Pelajar Berpencapaian

Tinggi Dan Rendah dalam Aspek

Masalah Disiplin Pelajar 57

5.3.2 Perbezaan antara Pelajar Berpencapaian

Tinggi Dan Rendah dalam Aspek

Konsep Kendiri 57

5.3.3 Perbezaan antara Pelajar Berpencapaian

Tinggi Dan Rendah dalam Aspek

Pengaruh Rakan Sebaya 60

5.3.4 Hubungan Masalah Disiplin dengan

Konsep Kendiri 61

5.3.5 Hubungan Masalah Disiplin dengan

Pengaruh Rakan Sebaya 62

5.4 Implikasi Kajian 63

5.5 Cadangan Kajian Pada Masa akan Datang 65

5.6 Penutup 66

BIBLIOGRAFI 67

LAMPIRAN A Set Soal Selidik 71

LAMPIRAN B Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan 76

LAMPIRAN C Surat-surat Kebenaran 77

xi

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKASURAT

1.1 Rangka Konsep Kajian bagi menunjukkan perbezaan

Pelajar berpencapaian tinggi dan pelajar berpencapaian

rendah 11

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

2.1 Maklumat Salah Laku Pelajar di Sekolah

Johor Bahru 23

3.1 Pengkelasan Skala Likert 35

3.2 Pengkelasan Skala Likert 36

3.3 Pengkelasan Skala Likert 36

3.4 Item-item Pengaruh Rakan Sebaya Skor

Positif dan Negatif 37

3.5 Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan

Kajian 38

3.6 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Kepada

Persoalan Kajian 40

3.7 Interpretasi Kekuatan Hubungan 41

4.1 Taburan Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Jantina 43

4.2 Taburan Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Bangsa 43

4.3 Pembolehubah Demografi Kajian 44

4.4 Analisis ujian-t bagi perbezaan dalam

aspek masalah disiplin 46

4.5 Analisis ujian-t bagi perbezaan dalam

aspek konsep kendiri 47

xiii

4.6 Analisis ujian-t bagi perbezaan dalam

aspek pengaruh rakan sebaya 49

4.7 Analisis korelasi antara masalah disiplin

dengan konsep kendiri 50

4.8 Analisis korelasi antara masalah disiplin dengan

pengaruh rakan sebaya 51

xiv

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

JB - Johor Bahru

SES - Status sosioekonomi

SDQ - Self Description Questionnaire

H0 - Hipotesis Nul

r - Nilai Korelasi

p - Aras Signifikan

N - Jumlah Responden

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Set Soal Selidik 73

B Jadual Penentuan Saiz Sampel

Krejcie & Morgan 74

C Surat Kebenaran 75

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pada era globalisasi, pendidikan adalah sangat penting tidak kira di negara-

negara maju mahupun di negara-negara yang sedang membangun. Menerusi

pendidikan, generasi muda pada hari ini dan masa depan dapat diasuh dan dipupuk

agar mereka membesar dan menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada Tuhan,

dirinya, masyarakat dan negaranya (Ee Ah Meng, 1994).

Pernyataan Falsafah Pendidikan di bawah dapat menunjukkan dengan jelas

hasrat dan halatuju pendidikan yang bercorak individu, dan juga masyarakat. Kedua-

duanya adalah selaras iaitu ke arah melahirkan insan yang baik, dan sekaligus,

merupakan anggota masyarakat dan warganegara yang baik (Abu Bakar Nordin,

1994).

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

2

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha

ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.”

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009)

Sekolah adalah tempat untuk belajar dan mengajar. Orang yang mengajar

dan mendidik itu dikenali sebagai guru manakala yang belajar itu ialah murid. Selain

daripada pengajaran dan pembelajaran, banyak nilai-nilai murni dan norma-norma

positif lain satu-satu masyarakat itu dipupuk atau disemai (Ee Ah Meng, 1994).

Menurut Hamedah dan Normah (2009), sekolah juga adalah institusi yang

dipertanggungjawabkan bagi membentuk modal insan Negara. Justeru itu, sekolah

bertanggungjawab melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab yang

dapat menjaga keamanan, kesejahteraan serta kelangsungan negara bangsa.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan telah lama memperkenalkan kaedah mengelompokkan

pelajar mengikut kebolehan atau kemampuan (Ability grouping). Terdapat beberapa

kaedah mengelompokkan pelajar mengikut kemampuan iaitu pengelompokan dalam

kelas (within-class ability grouping), pengelompokan antara kelas (between-class

ability grouping) dan pengelompokan semula (regrouping) (Robert and Wendy,

2002).

3

Antara beberapa jenis kaedah pengelompokan, pengelompokan antara kelas

biasa dipratikkan di Malaysia. Dalam konteks sekolah di Malaysia pada umumnya,

pelajar akan dikategorikan kepada kelas yang berbeza berdasarkan kemampuan atau

prestasi akademik mereka. Pengelompokan ini dinamakan sebagai pengelompokan

mengikut kemampuan atau prestasi pelajar antara kelas (O’Donnell, Reeve, Smith,

2005).

Menurut Slavin (1987), pengelompokan pelajar dalam pengajaran dilakukan

disebabkan banyak faktor. Tetapi tujuan yang paling utama dalam pelan

pengelompokan adalah disebabkan pelajar mempunyai pengetahuan, kemahiran,

tahap perkembangan dan pembelajaran yang berbeza. Guru akan menyampaikan isi

pelajaran bergantung kepada tahap penerimaan pelajar dalam kelas tersebut. Dalam

kelas heterogen yang pelajar berlainan kemampuan, guru akan mengajar pada tahap

optimum bagi sesetengah pelajar, tetapi pengajaran ini akan sukar bagi pelajar lain

untuk menerimanya. Jadi, untuk kepentingan dalam kecekapan pengajaran, pelajar

perlu dikelompokkan supaya semua pelajar mendapat manfaat dalam pelajarannya.

Pengelompokan kemampuan membantu guru menyesuaikan teknik

pengajaran mereka ke atas pelajar yang mempunyai pelbagai tahap. Sebagai contoh,

guru boleh mengajar topik dengan lebih cepat atau lebih perlahan bergantung kepada

keperluan pelajar. Guru-guru boleh menyesuaikan buku teks dan bahan pengajaran

lain yang hampir dengan kemampuan pelajar berbanding dalam kelas gabungan

kemampuan (Cotton & Cavard, 1981 dalam Robert & Wendy, 2002). Selain itu,

pelajar boleh menolong dalam beberapa subjek dengan berada dalam kumpulan

rakan-rakan yang mempunyai tingkat pencapaian yang hampir sama (Slavin,1993

dalam Robert & Wendy, 2002).

Masalah selalu berlaku dalam pengelompokan kemampuan antara kelas. Ini

adalah disebabkan pelajar dalam kumpulan pengelompokan antara kelas akan berada

dalam kelas yang sama walaupun kemahiran pada pelajar telah berubah meskipun

4

penempatan pelajar yang diagihkan telah menjadi tidak sesuai (Good & Marshall,

1984; Oakes, 1992 dalam Robert & Wendy, 2002). Oakes & Guiton (1995)

mengatakan bahawa penempatan dalam kumpulan kemampuan rendah boleh

menggugat kemampuan sosial pelajar dan merendahkan harga diri pelajar (Robert &

Wendy, 2002). Pengelompokan antara kelas mungkin tidak efektif. Menurut Good

& Brophy (1994), beberapa kajian mendapati pelajar berkemampuan rendah

ditempatkan dalam kelas gabungan kemampuan akan melakukan dengan lebih baik

berbanding pelajar berkemampuan sama ditempatkan di dalam kelas yang sama

(Robert & Wendy, 2002).

Dalam pengelompokan antara kelas mengikut kemampuan, pelajar akan

cenderung untuk mengikut rakan-rakan sebaya atau rakan sekelas melakukan perkara

yang sama tidak kira baik atau jahat. Jika pelajar bergaul dengan rakan sebaya yang

bertingkah-laku delinkuen, pelajar akan terikut-ikut rakan yang bertingkah-laku

delinkuen tanpa menghiraukan akibat dari perbuatan mereka. Sekiranya kumpulan

sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak

menjalankan aktiviti yang sihat. Tetapi sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih

cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktiviti

yang negatif. Ini adalah disebabkan remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan.

Menurut Baumrind, D. (1971), individu yang mempunyai pencapaian akademik yang

tinggi adalah lebih bertanggungjawab, menyukai sekolah dan mematuhi peraturan-

peraturan sekolah (Azizi, Jamaludin, Yusof, Mohammed Najib dan Zurihanmi, 2009).

Oleh itu, pencapaian pelajar samada tinggi dan rendah akan mempengaruhi tingkah

laku delinkuen pelajar itu sendiri.

Selain daripada isu berkaitan pengaruh rakan sebaya dengan masalah

disiplin, pengelompokan turut dikaitkan dengan konsep kendiri. Teori psikologi

yang berkaitan perubahan prestasi merujuk kepada pandangan kumpulan rujukan

atau individu meramalkan penurunan konsep kendiri, pencapaian motivasi dan

pencapaian akademik (Bandura, 1982, Carver & Scheier, 1982; Festinger, 1954,

Jackson, 1959; Abadzi, 2001). Menurut Azizi, Shahrin, Jamaludin, Yusof dan Abdul

Rahim (2005), manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang dirinya

5

sendiri. Gambaran ini merangkumi gambaran tentang rupa paras, kesihatan fizikal,

kebolehan, kelemahan, dan tingkah laku pelajar. Konsep kendiri juga didefinisikan

sebagai penilaian seseorang terhadap dirinya sendiri atau anggapan terhadap dirinya

sendiri, sama ada secara positif atau negatif. Menurut Habibah dan Noran Fauziah

(2002), bagaimana seseorang itu berkelakuan bergantung kepada konsep kendirinya,

iaitu apa yang difikirkan tentang dirinya termasuk kekuatannya, kelemahannya dan

personalitinya. Konsep kendiri ini juga akan mempengaruhi harapan, impian serta

tindakannya ke atas sesuatu perkara.

Menurut Shaffer (1985) dalam Rohaty (1992), konsep kendiri adalah

pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing

memiliki satu set ciri–ciri yang unik atau istimewa. Konsep kendiri membawa

maksud bagaimana seseorang individu itu berpendapat dan menganggap dirinya.

Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang

kekuatan dan kelemahannya. Selain itu, menurut Rohaty (1992), konsep kendiri

boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama, iaitu konsep kendiri positif dan

konsep kendiri negatif. Konsep kendiri positif bermaksud keadaan atau situasi yang

mana seseorang individu itu percaya dan yakin kepada dirinya, mempunyai minat

yang baik, bersifat objektif dan tidak terlalu sensitif. Individu itu boleh menerima

kritikan individu lain serta sudi memberi pandangan dan pendapatnya jika timbul

atau terdapat keadaan yang tidak logikal atau rasional.

Menurut Azizi dan Jaafar (2006), orang yang mempunyai konsep kendiri

negatif mempunyai mental dan emosi yang lebih mudah terpengaruh dengan unsur-

unsur luar kerana pelajar ini tiada keyakinan, tidak berpendirian dan tidak tabah

dalam menghadapi masalah. Dengan kata lain, pelajar ini lebih mudah dipengaruhi

dan mudah terjerumus dengan aktiviti yang tidak baik seperti mudah terjerumus

dalam salah laku sosial. Emosi dan mental yang kurang stabil menyebabkan pelajar

ini tidak dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran dan seterusnya

menyebabkan mempengaruhi pencapaian akademik samada berpencapaian tinggi

atau berpencapaian rendah. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri negatif akan

hilang minat dan semangat dalam meneruskan pelajaran. Dalam masa yang sama,

6

pelajar ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini

menyebabkan juga mengganggu pelajar lain yang hendak belajar. Walaupun

pelbagai pihak telah mengaitkan konsep kendiri, pengaruh rakan sebaya dan masalah

disiplin dengan pengelompokan masih tiada kajian yang terperinci dilakukan di

Malaysia berkaitan kesan ke atas pengelompokan kemampuan ke atas pelajar.

Dengan adanya kajian dijalankan ke atas pengelompokan pelajar di sekolah dapat

memberi manfaat kepada pelajar mahupun sekolah sama ada sistem pengelompokan

yang dipraktikkan di sekolah tahap efisiennya dan kebaikan serta kelemahan sistem

ini digunakan di Malaysia.

1.3 Pernyataan Masalah

Sistem pendidikan yang mengelompokan pelajar telah banyak berlaku di

barat. Walaupun, sistem ini telah lama dijalankan. Isu masalah disiplin pelajar

menjadi isu yang agak ketara pada pelajar yang berpencapaian rendah berbanding

pelajar berpencapaian tinggi dalam akademik mahupun kokurikulum. Kajian ini

melihat konsep kendiri, masalah disiplin dan pengaruh rakan sebaya yang menjadi

elemen penting dalam pengelompokan pelajar.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji perbezaan antara pelajar

berpencapaian tinggi dan pelajar berpencapaian rendah dalam aspek masalah disiplin

pelajar, konsep kendiri dan pengaruh rakan sebaya.

Memandangkan pelajar masa kini adalah bakal peneraju masa depan negara

kita, maka penyelidik merasakan perlu dibuat kajian tentang perbandingan pelajar

dari segi aspek-aspek masalah disiplin, konsep kendiri dan pengaruh rakan sebaya

dalam pelajar berpencapaian tinggi dan pelajar berpencapaian rendah.

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan perbandingan pelajar dari segi masalah

disiplin, konsep kendiri dan pengaruh dari rakan sebaya terhadap pelajar yang

mempunyai tingkat pencapaian yang berlainan.

Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada objektif khusus berikut:-

I. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar berpencapaian tinggi dengan

pelajar berpencapaian rendah dari aspek masalah disiplin pelajar.

II. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar berpencapaian tinggi dengan

pelajar berpencapaian rendah dari aspek konsep kendiri.

III. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar berpencapaian tinggi dengan

pelajar berpencapaian rendah dalam aspek pengaruh rakan sebaya.

IV. Hubungan antara masalah disiplin dengan konsep kendiri.

V. Hubungan antara masalah disiplin dengan pengaruh rakan sebaya.

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan kajian untuk mengenalpasti

perbandingan antara pelajar berpencapaian tinggi dan pelajar berpencapaian rendah.

Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:-

8

i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar berpencapaian

tinggi dan rendah dalam aspek masalah disiplin pelajar?

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar berpencapaian

tinggi dan rendah terhadap aspek konsep kendiri pelajar?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar berpencapaian

tinggi dan rendah dalam aspek pengaruh rakan sebaya?

iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara masalah disiplin dengan

konsep kendiri?

v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara masalah disiplin dengan

pengaruh rakan sebaya?