Click here to load reader
Upload
anonymous-0zq27qp8ug
View
251
Download
20
Embed Size (px)
DESCRIPTION
laporan penuh
Citation preview
LAPORANSAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014
1. NAMA SEKOLAH
Sk Kuala Kubu Bharu Dua
2. TEMPAT DAN TARIKH
Tempat : Dataran Gemilang SK Kuala Kubu Bharu Dua Tarikh : 14 November 2014 / JumaatMasa : 7.40 pagi hingga 12.00 tengahari
3. HARI / MASA
Pelancaran : 1 April 2014Hari : Selasa Masa : 7.40 pagi
4. KUMPULAN SASARANMurid-murid SK Kuala Kubu Bharu Dua
5. OBJEKTIF PROGRAM5.1 Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia.
5.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
5.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.
5.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio emosi,
sahsiah dan rohani.
6. MATLAMAT PROGRAM
Sambutan Hari Kanak-kanak di Malaysia wajib diraikan di sekolah pada setiap tahun. Ini bertujuan untuk
membuktikan keperihatinan masyarakat terhadap kebajikan, kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut
serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun.
7. TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
7.40 Pagi Murid Berkumpul di Dataran Gemilang SK Kuala Kubu Bharu Dua
Ucapan Alua-aluan
Bacaan Doa – Adik Arif Baihaqi
Ucapan Guru Besar
- Pelancaran Perasmian Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah 2014
Penyampaian Hadiah -Tokoh Kanak-kanak ( Lelaki /Perempuan)
Ceramah
Pertandingan Mewarna (Pra sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6)
Pengagihan Bubur kepada murid-murid dan warga sekolah
12.00 Tengahari Bersurai
8. PENILAIAN g6qg PROGRAM
Program ini diadakan bagi member penghormatan dan pengikt irafan kepada kanak-kanak dan
mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab
untuk menentukan perl indungan, kebaj ikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka sentiasa
dipel ihara.
8.1 KEKUATAN PROGRAM
8.1.1 Sokongan yang baik daripada murid-murid dan guru-guru SK Kuala Kubu Bharu Dua bagi
Melibatkan diri 100% dalam aktivit yang dianjurkan.
8.1.2 Murid-murid berasa gembira dengan sambutan yang dijalankan dengan pengisian program yang
menyeronokkan khusus untuk murid-murid.
8.2 KELEMAHAN PROGRAM
8.2.1 Peruntukan masa yang singkat salah satu punca persembahan murid di hadkan.
8.2.2 Memperbanyakkan aktiviti murid contoh seperti sukaneka dan lain-lain.
8.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8.3.1 Perancangan yang teliti perlu dibuat agar program dapat dijalankan dengan lebih lebih terancang
dan teratur.
8.3.2 Mempelbagaikan aktiviti berunsur permainan yang melibat keseronokan.
9. DOKUMENTASI BERGAMBAR Rujuk Bahagian Lampiran
Penyediaan Oleh, Pengesahan Oleh,
_______________________________ _______________________________( Norhadibah Binti Mohamed Amin ) (En Rusli Bin Mohamad )Setiausaha Unit Kebajikan Murid Guru Besar SK KKB DuaSK KKB Dua
LAMPIRAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG
48020 RAWANG SELANGOR
UNIT KOKURIKULUM
KERTAS KERJA KLINIK BOLA JARING (TEORI DAN PRAKTIKAL) 2011
0.0PENDAHULUANUnit kokurikulum SMK Seri Kundang akan mengadakan satu program Bengkel Teori dan Praktikal Bola Jaring anjuran Kelab Bola Jaring SMKSK. Program ini mendokong ke arah pencapaian kecemerlangan sahsiah sejajar dengan pemilihan SMK Seri Kundang dalam ”Program Pembangunan Kecemerlangan Organisasi melalui Kepimpinan Sekolah” (PROD) oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK). JPNS dan PPD
1.0RASIONAL1.1Memberi pendedahan kepada ahli Kelab Bola Jaring terutama
pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 dalam tatacara permainan dan menguruskan sesuatu pertandingan.
1.2mendapat pendedahan tentang bagaimana merancang satu pertandingan untuk pelajar di peringkat sekolah dan daerah.
1.3mempraktikkan pengetahuan tentang cara bermain Bola Jaring yang betul.
2.0KUMPULAN SASARAN60 Ahli Kelab Bola Jaring sekolah.
3.0KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI3.1Ceramah (Teori)3.2Bengkel (Praktikal)3.3Perlawanan persahabatan
4.0PELAKSANAAN4.1Tarikh cadangan 14 Mei 2011 (Sabtu)4.2Masa : 8.00 pagi- 5 .00 petang4.3Lokasi - Dewan Sekolah dan Gelanggang Bola Jaring
5.0SUMBER KEWANGAN Bantuan Sukan Sekolah (BSS) RM 700.00
Sumbangan peserta (RM9.00) RM 540.00
6.0PERBELANJAAN
BIL PERKARA SUMBER JUMLAH
1 Bayaran Penceramah
(Pn Siti Hasnah
No kp 652502047554)
Sumbangan peserta
RM120.00
2 Bahan Kursus (Edaran) BSS RM 100.00
3 Sijil Penyertaan BSS RM 100.00
3 Jersey Bola Jaring BSS RM 500.00
3 Makanan dan Minuman peserta
(RM7 x 60 pax)
Pelajar RM 420.00
JUMLAH RM1240.00
7.0AJK PELAKSANA
Penasihat : Pn Noraizan Bt Brahim (Pengetua SMKSK)
Pengerusi : Pn Suhaida bt Shamsuddin (PK KOKU)
Naib Pengerusi : Pn Rusyati Omar (Ketua Guru Penasihat Kelab)
Pn Mazwila Che Othman
Setiausaha : Nur Maisarah bt Mustafa
Bendahari : Syafika Nurmalisa bt Ilyas
Dokumentasi : Amirah Syaza bt Azman Shah
8.0TENTATIF PROGRAM
8.00 PAGI : PENDAFTARAN PESERTA
8.30 – 10.00 PAGI : Ceramah ’Peraturan Permainan Bola Jaring’
10.00-10.30 pagi : MINUM PAGI
10.30-12.30 tgh : Ceramah dan Bengkel
”Persediaan Pertandingan dan Pengadilan Pertandingan”
12.30 2.30 ptg : MAKAN TENGAHARI
Solat Zohor dan Pengurusan Diri
2.30 – 4.30 ptg : Sesi Praktikal dan Pertandingan Persahabatan
4.30 – 5.00 ptg : Upacara Perasmian Penutup oleh Pn Pengetua
BERSURAI
9.0PENUTUPDiharapkan penganjuran Bengkel Permainan Bola Jaring oleh Unit Kokurikulum dapat memberikan pendedahan tentang teknik teori dan praktikal permainan dan pengendalian pertandingan kepada kumpulan sasaran. Dengan pengetahuan yang diperoleh ini juga diharapkan kita dapat melahirkan pelajar yang aktif mengambil bahagian dalam program kokurikulum sekolah di masa hadapan dan sekolah dapat melaksanakan dasar 1MURID 1 SUKAN.
Disediakan oleh, Disemak Oleh,
.......................................... ..........................................
.......
(NUR MAISARAH MUSTAFA) (PN RUSYATI OMAR)
Setiausaha Kelab Bola Jaring Ketua Guru Penasihat Kelab)
Disokongkan Oleh,
...................................
(PN SUHAIDA BT SHAMSUDDIN)
PK Kokurikulum SMKSK
Kejohanan Bola Jaring MSP 2012 ini mengariskan tiga matlamat yang utama iaitu:
Untuk mengasah dan mempamerkan bakat serta kemahiran sukan bola jaring dalam kalangan peserta yang bertanding.
Dapat melatih dan memupuk diri untuk membina semangat berpasukan serta sifat juang yang tinggi bagi mengecapi kejayaan.
Dapat mendisiplinkan diri peserta dengan undang-undang dan peraturan pertandingan sukan yang disertai serta dapat memupuk hubungan silaturahim di kalangan warga Politeknik.
Objektif Kejohanan
Kejohanan Bola Jaring MSP 2012 juga menggariskan 4 objektif yang utama iaitu :
Memperkenalkan dan memperkasakan politeknik dalam sukan bola jaring
Membudayakan sukan sepanjang hayat selaras dengan dasar sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.
Sebagai landasan pemilihan atlit mewakili Jabatan Pengajian Politeknik ke kejohanan- Kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pelajar dapat melatih diri membina semangat bersaing dan berjuang yang tinggi di samping menghormati rakan sepasukan serta pihak lawan.
Pelajar dapat membina dan menanamkan semangat disiplin yang tinggi di dalam diri,akur pada undang-undang dan peraturan-peraturan permainan serta memiliki semangat kesukanan yang jitu yang merupakan sebahagian elemen pembentukan sahsiah pelajar.
KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA KERANJANG
KAMPUNG PULAU BANGGI 2014
1.0 PENGENALAN
Kejohanan Bola Keranjang Kampung Pulau Banggi merupakan anjuran dari unit permainan Bola keranjang yang diadakan setiap tahun. Kejohanan Bola Keranjang ini dikendalikan sepenuhnya oleh guru- guru penasihat unit permainan bola keranjang dengan kerjasama penduduk Kampung Pulau Banggi. Karnival Bola keranjang ini akan berlangsung pada 15- 16 OGOS 2014 iaitu pada hari sabtu dan ahad.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengeratkan silaturrahim antara penduduk Kampung Pulau Banggi dan guru- guru.
2.2 Melahirkan semangat kesukanan dan memberi kecergasan fizikal.
2.3 Mencungkil bakat dan kebolehan sedia ada serta melahirkan atlit-atlit muda.
2.4 Melahirkan penduduk kampung yang berkebolehan dalam setiap bidang, bukan hanya bertumpu kepada satu bidang sahaja.
3.0 TEMA
“Kampung Pulau Banggi Boleh”
Tema ini dipilih kerana dalam melaksanakan aktiviti kesukanan khususnya permainan, mestilah sesuatu permainan itu dijalankan secara bersungguh-sungguh dan memperolehi hasil yang terbaik atau gemilang.
4.0 TEMPAT
Padang Sekolah Kebangsaan Pulau Banggi
5.0 TARIKH
15- 16 OGOS 2014, Sabtu dan Ahad.
6.0 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA
Setiap jawatankuasa mempunyai tugas-tugas masing-masing. Tugas AJK adalah seperti berikut:
TUGAS BIDANG TUGAS
Pengerusi Mengetuai Jawatankuasa Pengelola.
Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengelola
Memberi nasihat/ cadangan yang konstruktif untuk melicinkan pengelolaan.
Setiausaha Menguruskan surat menyurat
Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
Menyimpan segala maklumat dan rekod untuk rujukan.
Memastikan segala perancang berjalan mengikut jadual.
Menghantar surat ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pengelolaan pertandingan.
Bendahari Membuat anggaran perbelanjaan.
Merancang dan mengawal perbelanjaan.
Menyimpan segala resit pembelian.
Menyediakan penyata kewangan selepas sesuatu pertandinagn selesai dikendalikan.
Mengeluarkan baucer, resit (bagi kutipan yuran masuk) dan lain-lain yang berkaitan dengan penerimaan dan perbelanjaan.
PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL
TUGAS BIDANG TUGAS
Pertandingan Menyediakan peraturan pertandingan: borang pendaftaran dan jadual pertandingan.
Menentukan tarikh tutup pertandingan.
Menyediaka senarai nama/pasukan yang akan bertanding.
Mengadakan mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum pertandingan.
Membuat jadual untuk latihan sebelum pertandingan.
Teknikal dan Peralatan Menyediakan peralatan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam peraturan pertandingan.
Memastikan Peralatan yang diperluakan masih berfungsi.
Menentukan padang, gelanggang, pentas semuanya spesifikasi sesuai dan selamat digunakan.
Menyenaraikan segala peralatan yang diperlukan oleh semua jawatankuasa.
Meyediakan peralatan mengikut kehendak jawatankuasa.
Memastikan peralatan selamat digunakan.
Menyimpan semua peralatan setelah selesai pertandingan.
Hadiah dan Cenderamata Membuat anggaran pembelian hadiah.
Menentukan jenis-jenis hadiah yang akan diberikan dan mendapatkan persetujuan daripada JK Pengelola.
Membeli dan membungkus hadiah (jika perlu)
mencari penaja untuk hadiah (jika perlu)
Membantu dalam upacara penyampaian hadiah.
Protokol Merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan mendapat persetujuan daripada JK Pengelola.
Menentukan tetamu khas yang akan menyempurnakan majlis.
Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Menghubungi pihak-pihak berkenaan untuk membantu seperti juruacara dan lain-lain.
Mengadakan raptai.
Jamuan Merancang menu yang diperlukan sepanjang pertandingan untuk AJK, pegawai, peserta dan lain-lain.
Memesan makanan/minuman serta memastikan makanan/minuman sampai pada masa yang ditetapkan serta cukup untuk semua.
Mengedarkan minuman untuk tetamu dan pegawai semasa pertandingan.
Merancang dan mengadakan jamuan mengikut persetujuan AJK Pengelola – menetapakn tarikh, tempat, masa, menu, tetamu dan peserta.
Siaraya/publisiti Menyenaraikan jumlah pembesar suara, hailer yang diperlukan.
Memasang dan memastikan semuanya berfungsi.
Kebajikan dan Keselamatan Melantik pegawai/ sukarelawan untuk memastikan keselamatan pertandingan di tempat pertandingan.
Memastikan ada doktor/ pegawai perubatan/ ahli SJAM(yang diperlukan ) semasa pertandingan.
Menyediakan air batu dan ubatan yang sesuai dan mencukupi.
Menyediakan tempat untuk rawatan.
Urusetia Membantu dalam mengendalikan tugasan semua jawatankuasa kecil.
Menyediakan papan notis dan memaparkan segala maklumat terkini.
Memastikan segala makluman sampai kepada peserta/ pasukan dengan bantuan pegawai perhubungan.
Pengadil Mengadili setiap perlawanan dengan adil dan saksama
Mengisi boring pengadilan dan menandatanganinya selepas setiap perlawanan diadakan.
7.0 PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI
1. PERATURAN AM
1.1 Selain daripada Peraturan Pertandingan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa ( FIBA) yang terkini.
1.2 Sekiranya terdapat percanggahan diantara terjemahan Undang-undang Permainan dan Undang-undang Permainan FIBA, maka adalah diputuskan bahawa Undang-undang Permainan Bola Keranjang Malaysia (MABA) serta peraturan-peraturan AM MSSS yang sedang dikuatkuasakan akan dipatuhi.
1.3 Sekiranya timbul perkara yang tidak sesuai oleh kedua Undang-undang Permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola, kecuali dari aspek teknikal.
2. PENYERTAAN
2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 15- 16 OGOS 2013 di padang SK Kampung Pulau Banggi
2.2 Ianya terbuka kepada semua penduduk Kampung Pulau Banggi
2.3 Setiap pasukan dikenakan bayaran Wang Penyertaan sebanyak RM10
2.4 Pengesahan penyertaan dengan bayaran Wang Penyertaan, Borang Penyertaan dan Borang Pendaftaran hendaklah dikemukan kepada Jawatankuasa Pengelola Sebelum 5 Ogos 2013.
3. PENDAFTARAN
3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar dua (2) pasukan sahaja yang terdiri daripada sembilan (9) orang pemain.
4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Perlawanan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan A, B, C dan D. Setiap Kumpulan mempunyai tiga (3) pasukan.
4.2 Pemenang pertama dan kedua dari setiap kumpulan layak memasuki peringkat Kedua.
4.3 Di pusingan Kedua pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
4.4 Pemberian Mata
4.4.1 Bagi pertandingan yang dijalankan secara Liga, pemenang akan mendapat 2 mata, kalah 1 mata dan menarik diri 0 mata.
4.5 Menentukan Kemenangan
4.5.1 Kemenangan bagi pertandingan secara LIGA, ditentukan daripada jumlah mata yang terbanyak tetapi jika berlaku seri pada jumlah mata, maka keputusan akan ditenyukan seperti berikut:-
a. Keputusan permainan antara dua pasukan yang terlibat akan menentukan kedudukan mereka.
b. Jika jumlah mata yang diperolehi dan yang di jaring oleh pihak lawan adalah sama antara dua pasukan, maka pemenang akan ditentukan oleh purata jaringan.
Jika lebih dari dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:
a. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang (cuma mengambil keputusan antara pasukan yang sama mata).
b. Jika masih seri, pasukan yang mempunyai purata jaringan yang tertinggi akan dikira menang (cuma mengambil keputusan antara pasukan yang sama mata).
c. Jika masih seri, kedudukan akan ditentukan dengan mengambil kira purata jaringan dari keputusan semua permainan yang dimain dalam kumpulan. Jika ada apa keraguan, rujuk peraturan FIBA.
d. Jika masih seri, cabutan undi akan dibuat.
5. TEMPOH PERLAWANAN
5.1 Permainan dibahagikan kepada 4 waktu yang mengandungi masa 10 minit
5.2 Setiap waktu dengan masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10minit)
5.3 10 minit rehat antara waktu 2 & 3 sebagai separuh masa perlawanan.
6. PAKAIAN
6.1 Pakaian bermain mestilah sesuai dengan permainan bola keranjang.
7. MENARIK DIRI
Pasukan tidak dibenarkan menarik diri.
8. KELEWATAN
Sepuluh (15) minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas sepuluh (15) minit sesuatu pasukan itu tidak dapat hadir, maka pihak lawan akan diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan skor bilangan mata perlawanan 20-0
9. PENANGGUHAN
9.1 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta.
9.2 Jawatankuasa Pertandingan dan teknikal akan menetapkan semula tarikh dan perlawanan yang tertangguh itu.
10. PENGADIL
Jawatankuasa Pengadil adalah daripada guru penasihat sukan bola keranjang SK Pulau Banggi
BANTAHAN DAN RAYUAN
10.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan secara kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat daripada tiga puluh (30) minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat.
10.2 Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM10
10.3 Wang pertaruhan ini akan luput jika bantahan atau rayuan didapati tidak wajar.
11. JURI RAYUAN
11.1 Juri Rayuan terdiri daripada tiga (3) orang, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan dua (2) orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam bantahan.
11.2 Keputusan juri dan penganjur adalah muktamad.
12. GANTI RUGI
Segala usaha akan diambil oleh Jawatankuasa Pengelola untuk menjaga Keselamatan diri dan harta benda peserta. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan kepada peserta atau kehilangan harta benda di kejohanan ini.
8.0 JAWATANKUASA INDUK
JAWATANKUASA INDUK
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI
Penaung
Tuan Salleh bin Daud
Ketua Penasihat
En. Osman bin Desa
Penasihat
Puan Normar binti Ali
Pengerusi
Syaida binti Mohd Hasyim
Setiausaha
Jamilah binti Zakaria
Bendahari
Norherliana Binti Abdul Rahim
AHLI JAWATANKUASA KEJOHANAN:
Pertandingan : Maisarah binti Ismail
Noraslina binti Sali
Teknikal dan Peralatan : Noor Azura binti Mustapha
Azian binti Maja
Hadiah dan Cenderamata : Ily Nadiah Abdul Rahman
Siti Rohana binti Hamid
: Siti Rohani Mat Lazim Rabiatul Adawiyah binti Mahadi
Kebajikan dan keselamatan : Siti Munirah binti Othman Keselamatan Rosmarina binti Misrul
Siaraya/ publisiti : Norhasnita binti Hassan
Siti Ruhani binti Othman
Protokol : Nurul Zawani Mohd Zaki
Zainur Ely Zainuddin
Urusetia : Siti Aznita binti Che Hussin
Pengadil : Pn. Zaiton Bt. Zainal
Pn. Siti Nahdatul Shima Bt. Syed Husin
9.0 TENTATIF MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI
6.00-6.05 PETANG : UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
6.05-6.10 PETANG : UCAPAN PENGERUSI KEJOHANAN
6.10-6.20 PETANG : UCAPAN PERASMIAN PENUTUP
( Oleh En. Baharom Bin Othman)
6.20-6.30 PETANG : PENYAMPAIAN HADIAH
6.30 PETANG : BERSURAI
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PENDAPATAN
Sumbangan PIBG RM 200.00
Ko- kurikulum RM 150.00
Yuran Penyertaan (12 X RM10) RM 120.00
JUMLAH PENDAPATAN RM470.00
PERBELANJAAN
Medal RM 150.00
Hamper RM 100.00
Hadiah VIP RM 30.00
Publisiti RM 50.00
Persiapan Padang RM 20.00
Jamuan Peserta dan minuman Peserta RM 100.00
Pengurusan RM 20.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 470.00
11.0PENUTUP
Semoga Kejohanan ini dapat memenuhi matlamat dan objekti seperti yang dikehendaki iaitu dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk Kampung Pulau Banggi dan guru- guru SK Pulau Banggi serta dapat melahirkan semangat kesukanan dan memberi kecergasan fizikal.
‘Kampung Pulau Banggi Boleh’
Yang menjalankan tugas,
(JAMILAH BINTI ZAKARIA)
Setiausaha,
Kejohanan Bola keranjang Kampung Pulau Banggi 2014
LAMPIRAN
BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI 2014
Nama Pasukan :
Nama Pengurus :
Yuran :
BIL NAMA PEMAIN NO SURAT
BERANAK
POSISI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
TANDATANGAN PENGURUS:
...................................................
( )
JADUAL PERLAWANAN
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI 2013
KUMPULAN A KUMPULAN B
A1 6 USAHA- KUMP 1 B1 6 JAYA- KUMP 2
A2 6 CEMERLANG- KUMP 1 B2 6 BAKTI- KUMP 1
A3 6 TEKUN- KUMP 2 B3 6 USAHA- KUMP 2
KUMPULAN C KUMPULAN D
C1 6 MAJU- KUMP 2 D1 6 CEMERLANG- KUMP 2
C2 6 JAYA- KUMP 1 D2 6 MAJU- KUMP 1
C3 6 BAKTI- KUMP 2 D3 6 TEKUN- KUMP 1
SUKU AKHIR
JOHAN A X NAIB JOHAN C JOHAN 1
JOHAN C X NAIB JOHAN A JOHAN 2
JOHAN B X NAIB JOHAN D JOHAN 3
JOHAN D X NAIB JOHAN B JOHAN 4
SEMI FINAL
JOHAN 1 X JOHAN 4 JOHAN X
JOHAN 2 X JOHAN 3 JOHAN Y
PENENTUAN TEMPAT KE-3 DAN KE-4
NAIB JOHAN X lawan NAIB JOHAN Y
PENENTUAN TEMPAT PERTAMA DAN KE-2
JOHAN X lawan JOHAN Y
JADUAL PERLAWANAN
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI 2014
15 OGOS (SABTU), 3.00-6.30 PTG
BIL KUMPULAN MASA PADANG PERLAWANAN
1.
2.
A
C
3.30-3.45
3.30-3.45
A
B
A1 X A2
C1 X C2
3.
4.
B
D
4.00-4.15
4.00-4.15
A
B
B1 X B2
D1 X D2
5.
6.
A
C
4.30-4.45
4.30-4.45
A
B
A1 X A3
C1 X C3
7.
8.
B
D
5.00-5.15
5.00-5.15
A
B
B1 X B3
D1 X D3
9.
10.
A
C
5.50-5.45
5.50-5.45
A
B
A2 X A3
C2 X C3
11.
12.
B
D
6.00-6.15
6.00-6.15
A
B
B2 X B3
D2 X D3
16 OGOS (AHAD), 3.00-6.30 PTG
BIL KUMPULAN MASA PADANG PERLAWANAN
13.
14.
3.30-3.45
3.30-3.45
A
B
JA X NJC
JC X NJA
15.
16.
4.00-4.15
4.00-4.15
A
B
JB X NJD
JD X NJB
17.
18.
4.30-4.55
4.30-4.55
A
B
J1 X J2
J2 X J3
19. 5.00-5.25 A Penentuan Tempat
ke-3 dan ke-4
20. 5.30-5.55 A Penentuan Johan dan
N. Johan
BORANG PERTANDINGAN
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KAMPUNG PULAU BANGGI 2014
Bil Pasukan :
Perlawanan :
Masa :
Tempat :
Pengadil :
:
Keputusan Perlawanan:
Pasukan: Pasukan:
Tandatangan Pengurus; Tandatangan Pengurus;
................................................ ..........................................
( ) ( )
Tandatangan Pengadil;
.................................................
( )
LAPORAN MINGGU MATEMATIK 2011SJK (T) BATANG KALI
Pada 3 Oktober hingga 7 Oktober 2011 Minggu Matematik telah dijalankan sepertimana yang telah dirancang. Banyak aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang minggu tersebut untuk mencungkil bakat murid yang terpendam dan meningkatkan minat murid dalam subjek Matematik. Pada 3 Oktober 2011 Minggu Matematik telah dirasmikan oleh Guru Besar SJK (T) Batang Kali, Pn.P.Manjulah di tapak perhimpunan.
Pada 3 Oktober 2011 pertandingan kira cepat telah diadakan bagi murid Tahun 1 di Pusat Sumber sekolah. Murid-murid telah meyelesaikan operasi tambah dan tolah dalam lingkungan 50. Para pemenangnya adalah seperti berikut:-
Tahun 1 Malligai1. Yaswant2. Thurgeswaran3.Theventiran
Tahun 1 Thamarai1.Siti Haliza Bt Ibrahim2. Yogarani3. S. Sivashini
Pada 4 Oktober 2011 pertandingan kira cepat operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 100 telah diadakan bagi murid Tahun 2 di kantin sekolah. Sambutan murid Tahun 2 sangat menggalakkan. Seramai 30 murid telah menyertai pertandingan ini. Senarai pemenangnya adalah seperti berikut:-
Tahun 2Malligai
1. S.Rosshan Kumar2. S.Sridar3. S.Jeysree
Pada 5 Oktober 2011, pertandingan kira cepat operasi tambah, tolak dan darab telah diadakan bagi murid Tahun 3 Malligai dan 3 Thamarai. Pertandingan ini diadakan di bilik darjah Tahun 3. Sebanyak 100 soalan bagi setiap operasi telah diberikan. Murid telah bersunggh-sungguh menjawab semua soalan dengan cepat dan betul. Seramai 6 orang murid telah dipilih sebagai pemenang. Mereka adalah seperti berikut:-
Tahun 3 Malligai
1. A.Aravind Alagappan2. Sharvini3. Agalyah
Tahun 3 Thamarai
1. R.Darsini Devi2. M. Agilan3. A.Shobana
Pada 6 Oktober 2011, pertandingan melafazkan sifir telah diadakan bagi murid Tahun 4 Malligai manakala pertandingan membina jadual sifir telah diadakan bagi murid 4 Thamarai. Pertandingan ini telah diadakan di Pusat Sumber. Pemenangnya adalah seperti berikut:-
Tahun 4 Malligai
1. R.Sharvinah2. A.Rikkinesh3. G.Sree Savitha
Tahun 4 Thamarai
1. S.Suhashini2. R.Thavamalar3. Jessica Priya
Pada 7 Oktober 2011, pertandingan sudoku telah diadakan bagi murid Tahun 5 di pusat sumber sekolah. Penglibatan murid dalam pertandingan sangat memuaskan. Seramai 25 murid telah mengambil bahagian dan 3 orang murid telah dipilih sebagai pemenang. Mereka adalah seperti berikut:-
Tahun 5 Malligai
1. A.Yamuna2. M.Krishnan3.G.Glory
Pada hari yang sama pertandingan kuiz telah diadakan bagi murid Tahun 6. Kuiz ini dijalankan secara individu. Peserta yang memberi jawapan yang betul dengan cepat akan dikira sebagai pemenang. Pemenang bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:-
Tahun 6 Malligai
1. S.Anushri2.C.Seethu3.M.Abirami
TAJUK : MINGGU MATEMATIKRASIONALUntuk mencungkil bakal murid yang terpendam serta mengenalpasti mrid yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam Matematik.
OBJEKTIF Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
berkaitan dengan Matematik. Murid-murid boleh membuat aktiviti kajian dengan cara yang menyeronokkan. Murid-murid boleh menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri mereka. Memperluaskan penggunaan istilah-istilah Matematik.
PENGANJUR
Panitia Matematik SJK (T) Batang Kali
KUMPULAN SASARAN
- 19 Orang Guru- Murid Tahap Satu dan Tahap Dua
JAWATANKASA PROGRAMMINGGU MATEMATIK 2011
Pengerusi : Pn.P.Manjulah
Naib Pengerusi : Pn.B.T.Saraswathy
Setiusaha : Cik.A.Kavitha
AJK : Cik.Rukumani (Guru Matematik Thn 1M) Pn.T.Thanggalithimy (Guru Matematik Thn 1T & 2M)
En.M.Janagaraj ( Guru Matematik Thn 3M) Pn.Muthumogana (Guru Matematik Thn 3T) Pn.A.Rajesvari ( Guru Matematik Thn 5M & 6M)
AKTIVITI-AKTIVITI MINGGU MATEMATIK
ANGGARAN PERBELANJAAN : RM 50.00
TARIKH MASA TAHUN AKTIVITI12:05 – 1:05 1 Pertandingan Kira Cepat
Tambah dan tolak dalam lingkungan 5012:05 – 1:05 2 Pertandingan Kira Cepat
Tambah dan tolak dalam lingkungan 10012:05 – 1:05 3 Pertandingan Kira Cepat
tambah, tolak dan darab12:05 – 1:05 4 Pertandingan Melafazkan Sifir12:05 – 1:05 5 Pertandingan Sudoku12:05 – 1:05 6 Pertandingan Kuiz Kira Cepat
Soalan penyelesaian masalah