11
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR. LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING ) KECEKAPAN PENGURUSAN SUMBER PEMANGKIN KEJAYAAN SK (LKTP) SUNGAI SAYONG PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4 SEMESTER 7 TAHUN 2015 NAMA PELAJAR : MARYATY BINTI JALI AMBILAN : PPG FEBRUARI 2012 SEMESTER : SEMESTER 7 KUMPULAN : MT 2 OPSYEN : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 PERINGKAT 3 : SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH CEMERLANG (BENCHMARKING)

laporan Bechmarking

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

user

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,

JOHOR BAHRU, JOHOR.LAPORAN

LAWATAN PENANDA ARAS

( BENCHMARKING )

KECEKAPAN PENGURUSAN SUMBER

PEMANGKIN KEJAYAAN SK (LKTP) SUNGAI SAYONGPROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4

SEMESTER 7TAHUN 2015

NAMA PELAJAR: MARYATY BINTI JALIAMBILAN

: PPG FEBRUARI 2012SEMESTER

: SEMESTER 7KUMPULAN

: MT 2 OPSYEN

: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN

FEBRUARI 2012PERINGKAT 3: SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

CEMERLANG (BENCHMARKING)TARIKH

: 5 MEI 2015TEMPAT : BILIK SEMINAR, SK (LKTP) SUNGAI SAYONG,

BANDAR TENGGARA 81440 KULAIJAYA,JOHOR.

KEHADIRAN : 41 ORANG

LAPORAN AKTIVITI

KECEKAPAN PENGURUSAN SUMBER

PEMANGKIN KEJAYAAN SK (LKTP) SUNGAI SAYONG

Pintu pagar utama sekolah

05 Mei 2015 (Selasa)

7.00 pagi

Bertolak ke SK (LKTP) Sungai Sayong, Bandar Tenggara Kulaijaya.

8.00 pagi

Tiba di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Sayong 2. Pendaftaran Lawatan Penanda Aras Sekolah Cemerlang di bilik Galeri SK (LKTP) Sungai Sayong di lakukan oleh AJK pendaftaran. Kami di sambut oleh warga SK (LKTP) Sungai Sayong dan pihak pentadbir sekolah.

Pendaftaran peserta

Disambut oleh warga SK (LKTP)

Sungai Sayong8.30 pagi

Para peserta menikmati kudapan yang telah disediakan.

Sungguh selera peserta menikmati kudapan pagi9.00 pagi

Suai kenal dan ceramah Kecekapan Pengurusan Sumber Pemangkin Kejayaan SK (LKTP) Sungai Sayong. Tepat pada pukul 9.00 pagi, para peserta lawatan seramai 41 orang yang terdiri daripada 21 orang guru Kumpulan Matematik 2 dan 20 orang Kumpulan Matematik 1 PPG ambilan Februari 2012 telah mendengar ceramah yang disampaikan oleh para pentadbir Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Sayong untuk Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 .

Sebelum sesi ceramah dimulakan, kami semua peserta bengkel memanjatkan keberkatan dari Illahi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh peserta PPG iaitu En. Mahkmod bin Sariman . Pembukaan rasmi ceramah Kecekapan Pengurusan Sumber Pemangkin Kejayaan SK (LKTP) Sungai Sayong disempurnakan oleh Tuan Haji Md. Yusofff bin Ahmad selaku Guru Besar memberikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan ceramah tersebut.

Ucapan daripada pengacara majlis

Ucapan perasmian oleh GB

SK (LKTP) Sungai SayongPada pukul 9.30 pagi sesi ceramah dimulakan. Peserta diperkenalkan dengan

GPK 1 di SK (LKTP) Sungai Sayong iaitu Puan Hajah Jawarmah binti Wagio, GPK HEM iaitu Encik Daud bin Jaafar dan juga GPK Kokurikulum iaitu Encik Malek bin Hussien. Beliau telah memperkenalkan dirinya kepada peserta.

Ceramah yang disampaikan adalah berkaitan dengan sekolah cemerlang. Pelbagai cara-cara kecekapan pengurusan sekolah cemerlang telah diberikan kepada semua peserta. Budaya sekolah yang paling utama ialah kerjasama yang terjalin antara rakan sejawat di SK (LKTP) Sungai Sayong, masyarakat setempat dan PIBG merupakan teras kejayaan sekolah ini. Sesi ceramah yang dilaksanakan ini banyak memberi pendedahan tentang budaya sekolah cemerlang iaitu dengan mengamalkan sikap kerja yang tidak bertangguh-tangguh, sentiasa berfikiran positif dan kerjasama yang padu sesama rakan sejawat demi kemajuan anak didik. Apa yang dapat kami katakan bahawa sesi ceramah ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada kami. Di mana ia dapat membantu meningkatkan prestasi murid dan sekolah. Sepanjang sesi ceramah yang dilaksanakan, sesi soal jawab berlaku di antara peserta dengan pihak pentadbir bertanyakan bagaimana untuk mewujudkan budaya sekolah yang cemerlang. Kami berasa sangat seronok dan tidak berasa bosan.

Sepanjang sesi ceramah. Semua peserta khusyuk mendengar ceramah.

Peserta mengangkat tangan bertanyakan beberapa soalan tentang rahsia pencapaian yang di miliki oleh sekolah ini dan guru besarnya memberikan respon.12.15 tengahari:

Sebelum sesi bengkel tamat, majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati telah diadakan. Cenderamata tersebut adalah daripada pelajar PPG. Sesi ceramah telah ditamatkan pada pukul 12.30 tengahari.

Kenangan manis bersama guru besar dan peserta IPGKTI.

Taman air terjun

Kantin

Sudut dalam bilik darjah

Sudut mural bawah tangga

Laluan Keselamatan Jalan Raya

Laman buah makisar

Perpustakaan

Sudut air terjun dalam kelas

Bilik Seminar

Bilik Galeri

Sudut info dalam kelas

Sudut bacaan dalam kelas

Wakaf Bahasa Melayu

Makmal komputer

Mural hidupan laut

bergambar bersama penulis novel

Asam Pedas Untuk Dia

Pra sekolah

Sudut rehat di dalam kelasISU / MASALAH :

Analisis SWOT:

KEKUATAN

Semua guru , pihak sekolah SK Sayong Pinang dan peserta PPG yang terlibat

memberi bekerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti yang

dijalankan.

2.Kos yang diperlukan untuk mengendalikan ceramah mencukupi. Semua pelajar

PPG bersama-sama menyumbangkan dana bagi menjayakan program ini.3.Program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik kerana di sekolah,

terdapat semua kemudahan asas. Contohnya seperti kemudahan tenaga

elektrik, bilik gerakan, bilik seni, bilik linus, tandas, makmal komputer, surau

dan sebagainya.

4.AJK kami memberi komitmen yang amat baik. Perjalanan ceramah yang

dijalankan lancar. Masa yang diperuntukan mencukupi bagi slot yang

dirancang.

KELEMAHAN:

1.Tiada bahan untuk dibawa pulang untuk dijadikan bukti dan panduan kepada

sekolah masing-masing.

2.Masa yang diambil untuk sesi ceramah agak pendek. Peserta tidak berpeluang

untuk bertanyakan lebih banyak soalan kepada pihak pentadbir untuk menjadi

panduan di sekolah masing-masing.

PELUANG:

Semua guru dan peserta dapat menambahkan pengalaman dan motivasi diri dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan masa kini selepas mengikuti ceramah.

Semua guru berpeluang terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang sepanjang program dan mereka amat berbesar hati untuk melaksanakannya pada masa-masa yang akan datang dan berkongsi idea dan maklumat yang diperoleh untuk meningkatkan kualiti kerja demi kecemerlangan sekolah dan anak murid.