35
Projek Perangkap ini merupakan inisiatif Unit PPDa Sekolah bagi menerapkan nilai murni “Bencikan Dadah dan Menjauhi Dadah” dan mengamalkan hidup yang sihat tanpa dadah di samping bersaing dengan murid lain secara sihat.Dengan ini,visi ke arah merealisasikan hasrat melahirkan Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012 akan tercapai. Modul perangkap yang dibuat adalahseperti Perangkap Tikus, Jala, Perangkap Burung dan Perangkap Ikan.Pada perangkap tersebut dilekatkan dengan kata-kata motivasi supaya jauhi dadah kerana dadah boleh membahayakan diri seseorang yang terjebak dengan dadah. Antara kata-kata yang terdapat terdapat pada Perangkap/Jebak tersebut ialah Saya budak baik,Saya Benci Dadah,Hidup Bahagia,I Love My Self,Saya Benci Rokok dan Hidup Sihat Tanpa Dadah. Akhir kata,Program Pojek Perangkap ini adalah sebagai satu inisiatif sekolah ini bagi mencapai visi dan misi mewujudkan sekolah bebas daripada ancaman dadah seterusnya menjadikan institusi sekolah lebih selamat di samping mencungkil bakat kreatif di kalangan murid. Disediakan oleh, .................................

Laporan laporan-projk-khas2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan laporan-projk-khas2

Projek Perangkap ini merupakan inisiatif Unit PPDa Sekolah bagi

menerapkan nilai murni “Bencikan Dadah dan Menjauhi Dadah” dan

mengamalkan hidup yang sihat tanpa dadah di samping bersaing dengan murid

lain secara sihat.Dengan ini,visi ke arah merealisasikan hasrat melahirkan

Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012 akan tercapai.

Modul perangkap yang dibuat adalahseperti Perangkap Tikus, Jala,

Perangkap Burung dan Perangkap Ikan.Pada perangkap tersebut dilekatkan

dengan kata-kata motivasi supaya jauhi dadah kerana dadah boleh

membahayakan diri seseorang yang terjebak dengan dadah.

Antara kata-kata yang terdapat terdapat pada Perangkap/Jebak tersebut

ialah Saya budak baik,Saya Benci Dadah,Hidup Bahagia,I Love My Self,Saya

Benci Rokok dan Hidup Sihat Tanpa Dadah.

Akhir kata,Program Pojek Perangkap ini adalah sebagai satu inisiatif

sekolah ini bagi mencapai visi dan misi mewujudkan sekolah bebas daripada

ancaman dadah seterusnya menjadikan institusi sekolah lebih selamat di

samping mencungkil bakat kreatif di kalangan murid.

Disediakan oleh,

.................................

EN. MOHD SEHHURI B SARIP

KETUA PROJEK PERANGKAP

GURU BESAR

SK TAMAN DESA.

Page 2: Laporan laporan-projk-khas2

Program Projek Khas Mural ini adalah satu projek untuk memberi ilmu kepada

murid secara santai dan berseronok tetapi memberikan impak yang sangat besar

kepada iman pelajar dan pengaruh kata-kata tersebut adalah satu pendekatan untuk

mendekati pelajar dan di samping pendedahan tentang bahaya rokok,dadah dan

sekutunya.

Aktiviti ini dijalankan dengan melukis mural di dindind-dinding bangunan sekolah

seperti lorong-lorong antara bangunan sekolah, tangga dan kawasan sekolah yang

mana ia merupakan tempat murid-murid dan guru-guru lalu-lalang.Mural ini dilakukan

murid-murid dan dibantu oleh guru-guru yang mahir dalam lukisan atau mural.Dengan

ini penyebaran maklumat mengenai bahaya dadah akan dapat disebar.

Antara kata-kata yang terdapat pada mural tersebut adalah:

1) 1 MALAYSIA BANTERAS DADAH

2) APA YANG INDAH TIDAK SELALU BAIK, TETAPI APA YANG BAIK SELALU INDAH

3) MASYARAKAT MADANI BEBAS DADAH

4) MEMBESAR TANPA DADAH

5) DADAH ITU NAJIS, NAJIS ITU KOTOR

6) JAUHI ROKOK, MUSUHI DADAH

7) UNTUK BERJAYA SAYA MESTI BERUBAH

8) HIDUP CERIA TANPA DADAH

9) DADAH PEMBUNUH

10)KEMANTAPAN IMAN, BENTENG KUKUH NENOLAK DADAH

11)DADAH DURJANA KAU PENGHANCUR BANGSA

12)MURAL DALAM BAHASA MELAYU,CINA TAMIL,ARAB ,JAWI DAN BAHASA

INGGERIS

13)DATANG TANPA ROKOK, PULANG TAK NAK ROKOK

14)CERIAKAN HIDUP ANDA TANPA DADAH

15)SEKOLAH BEBAS DADAH 2O12

16)JANGAN BIARKAN DADAH MENENTUKAN HIDUP ANDA

17)JANGAN BUAT PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN

AKAL...ROKOK...DADAH.......INHALAN..........

Page 3: Laporan laporan-projk-khas2

Akhir kata,Program Projek Khas Mural ini adalah sebagai satu inisiatif sekolah

ini bagi mencapai visi dan misi mewujudkan sekolah bebas daripada ancaman dadah

seterusnya menjadikan institusi sekolah lebih selamat di samping mencungkil bakat

kreatif di kalangan murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................. .....................................................

(PN. ZAHARAH BT ABDULLAH) ( EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN)

KETUA PROJEK KHAS MURAL PK PENTADBIRAN(HEM) PPDa SKTD SKTD

Page 4: Laporan laporan-projk-khas2

Program persembahan nasyid ini dapat memberi ilmu agama kepada murid

secara santai dan berseronok tetapi memberikan impak yang sangat besar kepada

iman pendengar dan pelajar Persembahan nyasid ini juga adalah satu pendekatan

untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid di samping pendedahan tentang bahaya

rokok,dadah dan sekutunya.

Projek ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran atau sebagai santapan

rohani sebagai pengetahuan murid khususnya tentang bahaya penggunaan dadah,

rokok, inhalan dan gejala sosial lainnya. Melalui persembahan ini juga ia dapat

mengenalpasti pasti bakat-bakat terpendam murid.Justeru itu, murid terpilih akan

mewakili sekolah ke peringkat yang seterusnya.

Kumpulan Kompang dan Nasyid ini terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan

Tahun 5 yang telah dipilih.Projek ini diketuai oleh Pn.Zaharah Abdullah sebagai

mentornya.Seorang juru pakar di dalam bidang ini telah diupah bagi mengajar

Kumpulan Kompang dan Nasyid.Sesi latihannya dijalankan pada setiap hari Rabu dan

hari Ahad.

Dengan wujudnya persembahan kompang dan nasyid ia dapat memberikan

impak yang lebih besar kepada murid sebagai dakwah di dalam kehidupan pelajar

kerana adanya syiar agama.Ia juga mempengaruhi kurikulum dan ko-kurikulum dan

pembangunan sahsiah pelajar serta sebagai pemangkin ke arah melahirkan murid-

murid yang beriman sekaligus menanam sikap anti dadah dalam diri mereka dan

kekuatan iman dapat membanteras dadah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................. .....................................................

(PN. ZAHARAH BT ABDULLAH) ( EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN)

KETUA PROJEK KHAS MURAL PK PENTADBIRAN(HEM) PPDa SKTD SKTD

Page 5: Laporan laporan-projk-khas2

Projek Perangkap ini merupakan inisiatif Unit PPDa Sekolah bagi menerapkan

nilai murni “Bencikan Dadah dan Menjauhi Dadah” dan mengamalkan hidup yang sihat

tanpa dadah di samping bersaing dengan murid lain secara sihat.Dengan ini,visi ke

arah merealisasikan hasrat melahirkan Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012

akan tercapai

Dalam aktiviti ini, murid-murid dikehendaki membuat poskad sama ada dalam

bentuk pendek atau bentuk panjang,semuanya terpulang kepada murid

tersebut.Poskad tersebut kemudian dihiasi dengan kata-kata bencikan dadah dan

diwarnakan mengikut kreativiti murid-murid.Jadi setiap murid perlu memikirkan satu

kata-kata yang perlu ditulis pada poskad mereka.Poskad tersebut dibuat dengan

menggunakan kertas manila kad yang telah disediakan.Ketika poskad ini dijalankan ,ia

dibimbing oleh En Mohd Sehhuri iaitu Guru Besar SK.Taman Desa selaku ketua projek.

Dengan wujudnyaProjek Khas Poskadku ini, ia bukan sahaja mencungkil

kreativiti murid dalam menghasilkan poskad malah meningkatkan tahap kesedaran

murid khususnya tentang bahaya penggunaan dadah, rokok, inhalan dan gejala sosial

lain. Melalui perojek ini juga murid dapat mengetahui keburukan-keburukan dadah dan

cuba menghindarinya.

Disediakan oleh,

.................................

EN. MOHD SEHHURI B SARIP

KETUA PROJEK POSKADKU

GURU BESAR

SK TAMAN DESA

Page 6: Laporan laporan-projk-khas2

Projek Khas Muhasabah Diri adalah satu lagi ideal inisiatif Unit PPDa Sekolah

bagi menerapkan nilai murni “Bencikan Dadah dan Menjauhi Dadah” dan ke arah

merealisasikan hasrat Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012 tercapai.

Apa yang dimaksudkan dengan Muhasabah Diri ini,di mana semua murid ,guru

dan kakitangan sekolah perlu menandatangani di papan Muhasabah Diri yang telah

disediakan oleh Unit PPDa.Sebelum menandatangani Muhasabah diri tersebut ,semua

murid,guru dan kaki tangan sekolah perlu membaca Visi PPDa iaitu SEKOLAH BEBAS

DADAH 2012.Tujuannya agar semua warga sekolahbukan sahaja memahami visi

tersebut malah menjauhi diri dari terjebak dengan gejala dadah durjana.Muhasabah Diri

iini boleh dikatakan seolah-olah AKU JANJI tidak terlibat dengan najis dadah.

Dalam menjayakan misi ini,dua orang guru ditugaskan untuk menguruskan

proses menandatangani di Muhasabah Diri tersebut.Bagi Sesi Pagi,Pn. Maslina bt Md

Ghouse ,manakala Sesi Petang pula Pn.Siti Sobah bt Sulaiman.

Akhir kata,Program Pojek Muhasabah Diri ini adalah sebagai satu wacana

sekolah ini bagi mencapai visi dan misi mewujudkan sekolah bebas daripada ancaman

dadah menjelang 2012 dan seterusnya menjadikan institusi sekolah lebih selamat dan

ceria tanpa dadah durjana.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................. .....................................................

(PN. SANIAH BT YAACOB) ( EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN)

SETIAUSAHA PPDa SKTD PK PENTADBIRAN(HEM)

KERTAS KERJA PROJEK KHAS

Page 7: Laporan laporan-projk-khas2

MUHASABAH DIRI

ANJURAN UNIT PPDa SK.TAMAN DESA

1. PENGENALAN

Projek Khas Muhasabah Diri diadakan adalah usaha Unit PPDa Sekolah

untuk meningkatkan tahap kesedaran atau sebagai pengetahuan murid

khususnya tentang bahaya penggunaan dadah, rokok, inhalan dan sekutunya.

Melalui Muhasabah Diri ini juga ia dapat memberi kesedaran kepada warga

sekolah dalam mencapai matlamat Sekolah Bebas D adah 2012.

2. RASIONAL

Program projek khas Muhasabah Diri ini umpama AKU JANJI warga

sekolah dalam memahami visi dan hasrat sekolah Bebas Dadah Pada Tahun

2012.

3. MATLAMAT

Program Projek Khas Muhasabah Diri merupakan inisiatif Unit PPDa

Sekolah bagi menerapkan nilai murni “Bencikan Dadah dan Menjauhi Dadah”

dan mengamalkan hidup yang sihat tanpa dadah ke arah merealisasikan hasrat

melahirkan Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012 akan tercapai.

4. SASARAN

-WARGA SEKOLAH

6. OBJEKTIF

Page 8: Laporan laporan-projk-khas2

4.1 Merealisasikan hasrat Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012 dapat dicapai.

4.2 Menanamkan nilai murni “Bencikan Dadah dan Jauhi Dadah” di kalangan murid.

4.3 Memberi pendedahan kepada murid tentang bahaya rokok,dadah dan sekutunya

7. JAWATANKUASA PELAKSANAAN

PENGERUSI : EN.MOHD SEHHURI B SARIP

(GURU BESAR SKTD)

TIMB.PENGERUSI : EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN

(PEN.KANAN HEM)

NAIB PENGERUSI : EN.MAT YATIM

(PK. KO-KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI : PN.SOHANA BT AHAMAD

(PEN.KANAN PETANG)

SETIAUSAHA : PN.SANIAH BT YAACOB

NAIB SETIAUSAHA : EN.MOHD FAIRUZ B ABD.HALIM

AHLI JAWATANKUASA :

EN.MOHD GHAZALI B HJ.ANNUAR

PN.MASLINA BT MD.GHOISE

PN. ZAHARAH BT ABDULLAH

PN.SITI SOBAH BT SULAIMAN

CIK FARA SUHAILA

7. RUMUSAN / KESIMPULAN

Page 9: Laporan laporan-projk-khas2

Projek Khas Muhasabah Diri adalah satu lagi ideal inisiatif Unit PPDa Sekolah bagi merealisasikan hasrat Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012 tercapai di samping menerapkan nilai negatif terhadap dadah durjana Dengan ini,hasrat negara untuk membanteras dadah tercapai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................. .....................................................

PN. SANIAH BT YAACOB EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN

SETIAUSAHA PPDa PK PENTADBIRAN(HEM) SKTD SKTD

Disahkan oleh,

...........................................

EN.MOHD SEHHURI B SARIP

GURU BESAR SKTD

Page 10: Laporan laporan-projk-khas2

Bengkel Penyediaan Bilik Sumber/Lorong dan Sudut PPDa diadakan pada 4

Ogos 2010 bertempat di Sk. Taman Desa.Bengkel ini bermula pada pukul 9.00 pagi

hingga 3.00 petang.Program ini merupakan satu program yang julung kali dianjurkan

oleh PPD Gombak.SK.Taman Desa pula telah diberi mandat untuk melaksanakan

program ini memandangkan Sk.Taman Desa merupakan perintis Bilik Sumber PPDa

daerah Gombak.

Bengkel Fasa 1 ini dihadiri oleh 60 orang guru yang terdiri daripada sekolah

rendah dan sekolah menengah daerah Gombak iaitu Zon Rawang dan Zon

Gombak.Pegawai AADK daerah Gombak pun dijemput hadir. Bengkel tersebut telah

dirasmi oleh En.Ahmad Syukri b Mansor iaitu Penolong Pegawai Pelajaran Daerah

Gombak.Majlis tersebut diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu

PPDa.Selepas bacaan doa , ucapan Guru Besar Sk.Taman Desa dan persembahan

MultimediabILIK Sumber PPDa.Sejurus selepas ucapan En.Ahmad Syukri b

Mansor ,penyampaian sijil Bilik Sumber PPDa Terbaik Derah Gombak telah diberikan

kepada Guru Besar Sk.Taman Desa.Selepas itu semua jemputan dibawa melawat Bilik

Sumber PPDa Sk.Taman Desa.

Selepas lawatan ke Bilik Sumber PPDa, sesi bengkel bermula.En. Mohd Ghazali

selaku Penyelaras Bilik Sumber PPDa yang memberi taklimat mengenai penyediaan

Bilik Sumber ,Lorong dan Sudut PPDa.Selepas taklimat bengkel,para peserta

dibahagikan mengikut 6 kumpulan dan diketua seorang fasilitator iaitu ajk Bilik Sumber

PPDa.

Setiap kumpulan diberi tugasan membuat model.6 Model telah ditetapkan oleh

urus setia.Model-Model tersebut ialah Model Gigi,Model Paru-paru,Model Jarum

Suntikan,Model Roda Impian,Model Pohon Beracun dan Model Keinsafan.Setiap

kumpulan perlu melaksanakan model tersebut dengan dibimbing oleh fasilitator masing-

masing yang telah ditetapkan.Bengkel ini tamat pada pukul 3.00 petang.

Kesimpulannya,dengan wujud bengkel seumpama ini, guru guru dapat

didedahkan cara untuk mewujudkan bilik sumber / lorong / sudut PPDa di sekolah

masing masing.Hasil daripada bengkel yang di adakan juga dapat membantu sekolah

tuan rumah dalam menyediakan bahan serta memenuhi melengkapkan segala

Page 11: Laporan laporan-projk-khas2

keperluan untuk melayakkan dinilai di peringkat negeri. Harapan agar Sekolah

Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes akan berjaya dalam pertandingan

bilik sumber PPDa Negeri Selangor dan seterusnya berjaya mewakili Selangor dalam

pertandingan di Peringkat Kebangsaan , Insyaallah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................. .....................................................

PN. SANIAH BT YAACOB EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN

SETIAUSAHA PPDa PK PENTADBIRAN(HEM) SKTD SKTD

Pada 4 Ogos 2010 iaitu hari Rabu yang lepas ,sekolah Sk.Taman Desa telah

mengadakan Bengkel Penyediaan Bilik Sumber/Lorang dan Sudut PPDa.Dengan itu

Page 12: Laporan laporan-projk-khas2

maka tercetus idea Unit PPDa sekolah untuk membuat Model-Model berkaitan Dadah

sebagai tugasan peserta bengkel.

Para peserta dibahagi kepada 6 kumpulan.Setiap kumpulan diberi tugasan

membuat model dan dibimbing oleh seorang fasilitator.6 Model telah ditetapkan oleh

urus setia.Model-Model tersebut ialah Model Gigi,Model Paru-paru,Model Jarum

Suntikan,Model Roda Impian,Model Pohon Beracun dan Model Keinsafan.

Kumpulan 1 diberi tugasan membuat Model Gigi yang diketuai oleh Pn.Zaharah

Bt Abdullah.Kumpulan kedua pula,membuat Model Kubur yang diketuai oleh En Mohd

Fairul B Abd.Rahim dan En.Mohd Fairuz B Abd.Halim.Manakala Kumpulan

ketiga ,tugasannya ialah membuat Model Roda Impian yang diketuai oleh Pn.Azizah

Bt Amran.Seterusnya,kumpulan keempat,tugasannya membuat Model Pokok Beracun

yang diketui oleh Cik Fara Suhaila Bt Abdullah.Kumpulan Kelima pula ditugaskan

membuat Model Jarum Suntikan yang diketuai oleh Pn.Siti Norleha Bt Ahmad dan

Kumpulan Keenam pula ditugaskan membuat Model Paru-Paru yang diketuai oleh

Pn.Maslina Bt Md.Ghouse.

Rumusannya,dengan adanya Model-Model seumpama ini, secara tidak langsung

guru guru dapat didedahkan cara untuk mewujudkan bilik sumber / lorong / sudut PPDa

di sekolah masing masing.Hasil Model-Model tersebut juga dapat membantu tuan

rumah dalam menyediakan bahan serta memenuhi melengkapkan segala keperluan

untuk melayakkan dinilai di peringkat negeri.

Disediakan oleh Disemak oleh

........................................... ....................................

PN ZAHARAH BT ABDULLAH EN ZULKIFLI BIN HJ SAEDUNAJK PPDa SKTD PK HEM

SKTD

Pada 16 – 22 Julai lepas,Unit PPDa SK.Taman Desa telah mengadakan Minggu

Anti Dadah. Minggu Anti Dadah diadakan adalah usaha Unit PPDa Sekolah untuk

memberi pendedahan kepada murid,guru dan kakitangan sekolah tentang bahaya

penggunaan dadah, rokok, inhalan dan gejala sosial lain serta akibat terjebak dengan

Page 13: Laporan laporan-projk-khas2

dadah. Melalui Minggu Anti Dadah ini juga ia dapat mengenalpasti pasti bakat-bakat

terpendam murid-murid melalui pertandingan yang dianjurkan pada Minggu Anti Dadah

ini.

Minggu Anti Dadah ini dirasmikan oleh Guru Besar SK.Taman Desa iaitu

En.Mohd Sehhuri B Sarip.Pada hari perasmiannya iaitu 16 Julai,majlis diserikan dengan

persembahan nasyid dari kumpulan Santapan Rohani PPDa Sk.Taman Desa, lakonan

Mangsa Dadah deklamasi sajak yang terdiri dari murid Tahun 5 Utarid.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Minggu Anti Dadah ialah

Pertandingan Sudut di antara kelas termasuk Pra Sekolah,Pertandingan Banner di

antara kelas, Pertandingan Sajak Tahap 2,Pertandingan Kuiz Guru dan Murid dan

Tayangan Anti Dadah.Untuk pertandingan Banner,setiap kelas diberi kain dan tulisan

kata-kata anti dadah yang telah disediakan oleh Urus Setia.

Manakala pertandingan sudut pula ,guru kelas perlu menyediakan satu ruangan

untuk sudut PPDa dan dihiasi dengan bahan-bahan berkaitan PPDa.Pertandingan kuiz

diadakan di tapak perhimpunan dan soalan diajukan kepada murid dan guru secara

spontan.Ketika itu juga para pemenang diberikan hadiah.Sebanyak 6 soalan

dikemukakan.Manakala pertandingan sajak,telah dibuat di kantin sekolah.Tayangan cd

Anti Dadah ditayang ketika waktu rehat mengikut tahap masing-masing bertempat di

bilik j-QAF.

Bagi pertandingan sudut antara kelas dimenangi oleh kelas 3 Neptune sebagai

tempat pertama,kelas 1 utarid sebagai tempat kedua dan kelas 4 Utarid sebagai

Tempat Ketiga.Manakala pertandingan Banner pula dimenangi oleh kelas 5 Utarid

sebagai tempat pertama ,Tempat Kedua dimenangi oleh kelas Pra Bestari dan tempat

Ketiga dimenangi oleh kelas 2 Neptune.Pertandingan sajak dimenangi olehHamaidah

Sukiman Dari 5 Utarid.

Dengan wujudnya Minggu Anti Dadah ini,ia dapat memberikan impak yang

lebih besar kepada kurikulum dan ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah sebagai

pemangkin ke arah mewujukkan sekolah bebas dari dadah dan menanam sikap anti

dadah di kalangan warga sekolah.

Page 14: Laporan laporan-projk-khas2

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................. .....................................................

PN. SANIAH BT YAACOB EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN SETIAUSAHA PPDa PK PENTADBIRAN(HEM)

SKTD SKTD

Pada 5- 9 Julai 2010 telah diadakan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

(PPDa).Minggu ini dianjurkan oleh Unit PPDa Sk.Taman Desa khasnya untuk meraikan

Pelancaran Bilik Sumber PPDa yang akan diadakan pada 7Julai 2010.Sk.Taman Desa

telah dipilih sebagai Perintis Bilik Sumber PPDa daerah Gombak.

Page 15: Laporan laporan-projk-khas2

Pada Minggu ini, diadakan Pelancaran Bilik Sumber PPDa yang dirasmikan oleh

YB Tuan Syukor iaitu ADUN Kuang.Ia juga diserikan lagi dengan kehadiran ibubapa

kerana pada minggu ini juga diadakan kaunseling Ibubapa tentang bahaya dadah.

Beberapa aktiviti lain juga turut diadakan .Antara aktiviti- aktiviti tersebut ialah

pertandingan antara Panatia iaitu Panatia Sains & Matematik,Panatia Pendidikan

Islam,Panatia Pendidikan Seni,Panatia Pendidikan Moral,Panatia Bahasa Arab,Panatia

Sivik & Kenegaraan,Panatia Bahasa Melayu,Panitia Bahasa Inggeris,Panitia Kajian

Tempatan,Panitia Muzik,Panatia Kemahiran Hidup dan Panatia Pendidikan Jasmani

Kesihatan.Setiap Panatia telah ditetapkan tugasannya.

Pertandingan membuat buku skrap antara murid mengenai Anti Dadah juga

diadakan.Pertandingan mewarna murid – murid Tahun4- Tahun 1,pertandingan Melukis

Poster Tahun 6 dan pertandingan Replika Rokok bagi murid Tahun 5 juga turut

diadakan.Pada minggu ini juga diadakan Pameran Anti Dadah yang dijemput khas dari

Agensi Dadah Kebangsaan(AADK) Daerah Gombak.

Bagi pertandingan antara Panatia,Tempat Pertama dimenangi oleh Panatia

Bahasa Arab dengan Penjara & Banduan yang digantung,Tempat Kedua dimenangi

oleh Panatia Pendidikan Seni dengan mural di dinding Tandas dan Tempat Ketiga

dimenangi oleh Panatia Matematik&Sains iaitu Statistik tentang penagih dadah.

Untuk pertandingan buku skrap di menangi oleh dari kelas 5 Zuhal Nur Syafiqah

Nabila,Fatin Nur Hanani danNurul Najwa Dalila.Manakala pertandingan Replika Rokok

dimenangi oleh Hamidah Sukiman dari 5 Utarid(Tempat Pertama),Mohd.Farhan dari

kelas 5 Uranus(Tempat Kedua) dan Mohd Adib dari kelas 5 Neptune(Tempat Ketiga).

Pertandingan mewarna dimenangi oleh Zarikh Najwa,Mohd Shazhan Ariel dan O0I wei

Shen.

Rumusannya,dengan wujudnya Minggu PPDa ini,ia bukan sahaja menerapkan

nilai negatif terhadap dadah di kalangan warga sekolah malah mencungkil bakat

kreativiti guru-guru dan murid-murid Sk.Taman Desa.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Page 16: Laporan laporan-projk-khas2

................................. .....................................................

PN. SANIAH BT YAACOB EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN SETIAUSAHA PPDa PK PENTADBIRAN(HEM)

SKTD SKTD

1. PENGENALAN

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) diadakan adalah usaha Unit PPDa Sekolah untuk memperkenalkan Bilik Sumber PPDa yang baru sahaja diwujudkan dan menjadi perintis Bilik Sumber PPDa Daerah Gombak.Justeru itu, melalaui program yang dianjurkan dalam minggu ini memberi pendedahan kepada murid,guru dan kakitangan sekolah serta ibu bapa tentang bahaya penggunaan dadah, rokok, inhalan dan gejala sosial lain serta akibat terjebak dengan dadah. Melalui Minggu PPDa ini juga ia dapat mengenalpasti pasti bakat-

Page 17: Laporan laporan-projk-khas2

bakat terpendam murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan yang dianjurkan.

2. RASIONAL

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah ini adalah satu wardah untuk memperkenalkan Bilik Sumber PPDa di samping memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya rokok,dadah dan sekutunya.

3. MATLAMAT

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) merupakan inisiatif Unit PPDa Sekolah bagi menerapkan nilai “Bencikan Dadah” dan mengamalkan hidup yang sihat tanpa dadah.Dengan ini,visi ke arah merealisasikan hasrat melahirkan Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012 akan tercapai.

4. OBJEKTIF

4.1 Memperkenalkan Bilik Sumber PPDa Sk.Taman Desa.4.2 Memberi pendedahan kepada murid tentang bahaya

rokok,dadah dan sekutunya.

4.3 Menanamkan nilai murni “Bencikan Dadah” di kalangan murid.

4.4 Mencungkil bakat-bakat kreatif murid yang perlu dipertengahkan ke peringkat yang lebih tinggi melalui pertandingan yang dianjurkan.

4.5 Merealisasikan hasrat melahirkan Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012 dapat dicapai.

5. SASARAN Murid,Guru dan kaki tangan sekolah dan Ibu bapa

6. CADANGAN AKTIVITI

Page 18: Laporan laporan-projk-khas2

6.1 Pertandingan Antara Panatia

6.2 Pertandingan Buku Skrap

6.3 Pertandingan Mewarna

6.4 Pertandingan Melukis Poster

6.4 Pertandingan Replika Rokok

6.5 Pameran Anti Dadah dari AADK Daerah Gombak

7. HADIAH PERTANDINGAN.

Bil Pertandingan Jenis Hadiah Kuantiti Harga Jumlah

1.

2.

3.

4.

5.

Pertandingan Antara Panatia

Pertandingan Buku Skrap

Pertandingan Mewarna

Pertandingan Melukis Poster

Pertandingan Replika Rokok

Hamper

AlatTulis

Alat Tulis

Alat Tulis

Alat Tulis

1

1

1

3

3

3

3

RM40.00

RM30.00

RM20.00

RM5.00

RM5.00

RM5.00

RM5.00

RM40.00

RM30.00

RM20.00

RM15.00

RM15.00

RM15.00

RM15.00

Jumlah keseluruhan RM150.0

Page 19: Laporan laporan-projk-khas2

0

8. RUMUSAN / KESIMPULAN

Minggu Pencegahan Pendidikan Dadah ini bukan sahaja untuk memperkenalkan Bilik Sumber PPDa malah memberi pendedahan tentang bahaya dadah bagi mencapai visi dan misi mewujudkan sekolah bebas daripada ancaman dadah seterusnya menjadikan institusi sekolah lebih selamat di samping menanam sikap “Anti Dadah” di kalangan warga sekolah.

JAWATANKUASA MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

PENGERUSIEN SEHHURI BIN SARIP

GURU BESAR SK TAMAN DESA

TIMBALAN BENGERUSIEN ZULKIFLI B HJ SAEDUNGPK HEM SK TAMAN DESA

PENYELARAS PROGRAMEN MOHD GHAZALI B HJ ANUAR

SETIAUSAHAPN SANIAH BT YAACOB

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN

1)PELANCARAN BILIK SUMBER PPDa

1)EN MOHD GHAZALI B HJ ANUAR 2)EN AHMAD SYUKRI B MD.NOOR

2)PERTANDINGAN PANATIA

1) PN ZAHARAH ABDULLAH 2)PN SITI NORLEHA BT AHMAD

Page 20: Laporan laporan-projk-khas2

2)PERTANDINGAN MEWARNA

1)CIK FARA SUHAILA BT ABDULLAH 2)PN MASLINA BT MD GHOUSE

3)PERTANDINGANMELUKIS POSTER

1)PN SITI ZAHARA BT SULAIMAN 2)PN NOOR AZAZAH BT AHMAD

4)PERTANDINGAN REPLIKA ROKOK

1)EN MOHD FAIRUL B ABD RAHIM 2)EN MOHAMMAD FAIRUZ MIN ABD HALIM

5)PAMERAN AADK

1)EN RONE ROBERT 2)EN NORSHAM B SAIMAN

6)PERTANDINGAN BUKU SKRAP

1) PN SITI SHAMNAH BT MAT DOM 2)PN.SANIAH BT YAACOB

7)KAUNSELING IBU BAPA

1)PN AZIZAH BT AMRAN

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................. .....................................................

PN.SANIAH YAACOB EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN

Setiausaha PPDa PK Pentadbiran (Hem)

SKTD SKTD

Disahkan oleh,

Page 21: Laporan laporan-projk-khas2

...........................................

EN.MOHD SEHHURI B SARIP

Guru Besar SKTD

1. PENGENALAN Sambutan Hari Anti Dadah merupakan sambutan yang diadakan setiap

tahun bagi membanteras musuh no.1 negara.Setiap sekolah diarahkan supaya

menyambut Hari Anti Dadah ini.Unit PPDa Sekolah Sk.Taman Desa tidak

ketinggalan menyahut untuk menyambut hari Anti Dadah ini dalam memberi

pendedahan kepada murid,guru dan kakitangan sekolah tentang bahaya

penggunaan dadah, rokok, inhalan dan gejala sosial lain serta akibat terjebak

dengan dadah.

2. RASIONALSambutan Hari Anti Dadah ini adalah satu pendekatan untuk memberi

pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya rokok,dadah dan sekutunya.

3. MATLAMATSambutan Hari Anti Dadah merupakan inisiatif Unit PPDa Sekolah bagi

menerapkan nilai murni “Bencikan Dadah” dan mengamalkan hidup yang sihat

tanpa dadah.Dengan ini,visi ke arah merealisasikan hasrat melahirkan Sekolah

Bebas Dadah menjelang Tahun 2012 akan tercapai.

4. OBJEKTIF4.1 Memberi pendedahan kepada murid tentang bahaya rokok,dadah dan

sekutunya.

4.2 Menanamkan nilai murni “Bencikan Dadah” di kalangan murid.

Page 22: Laporan laporan-projk-khas2

4.3 Merealisasikan hasrat melahirkan Sekolah Bebas Dadah menjelang

Tahun 2012 dapat dicapai.

5. SASARANWarga SK.Taman Desa

6. CADANGAN PROGRAM

6.1 Bacaan Doa

6.2 Ikrar Anti Dadah

6.3 Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah (PRS) & AJK OPS PPDa

6.4 Ucapan Pk. Hem

6.5 Ucapan perutusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

6.6 Pelancaran Sambutan Hari Anti Dadah Kebangasaan. (GB SKTD)

6.7 Bacaan Ikrar Anti Dadah(Guru Sahaja)

6.8 Lakonan

6.9 Nyanyian lagu Anti Dadah

6.10 Sajak

6.11 Ceramah Anti Dadah

Page 23: Laporan laporan-projk-khas2

JAWATANKUASA PPDa 2010

PENGERUSI: EN.SEHHURI B SARIP

TIMB. PENGERUSI: EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN

NAIB PENGERUSI 1: PN.SOHANA BT AHMAD

NAIB PENGERUSI 2:EN.MAT YATIM B MAIDIN

SETIAUSAHA : PN.SANIAH BT YAACOB

NAIB SETIAUSAHA: EN.MUHD. FAIRUZ B ABD.HALIM

Jawatan Kuasa Perlaksanaan

Pengacara Majlis:

1) Pn. Hurul Ain Zahra ( PG)

2) Wan Ainur Najmiah (PTG)

Bacaan Doa:

1) En. Abd. Hadi B. Mohd Nazir ( PG )

: 2) En.Ahmad Sukri B Mohd.Noor ( PTG )

Ikrar Anti Dadah:

1)En. Mohd Anuar b. Mohamad (PG)

2) En. Rone Robert (PTG)

Bacaan Perutusan Kementerian Pendidikan Malaysia :

1) En. Mohd Fairul b. Abd. Rahim (PG

2) En. Mohd Fairuz b. Abd Halim (PTG)

Persembahan / Sajak /Lakonan :

Page 24: Laporan laporan-projk-khas2

1)Pn. Saniah Bt. Yaacob (PG)

2)Pn.Siti Shamnah Bt Md.Dom(PG)

1) Pn. Siti Norleha Bt. Ahmad (PTG)2) Pn.Rozaini BT Idris (PTG)

Ceramah Anti Dadah :

1) Pn. Azizah Bt. Amran (PG) 2) En. Mohd Ghazali B Hj Anuar (PTG)

Persiapan Dewan:

1) En. Mohd Fairuz b. Abd Halim2) En. Mohd Ghazali BHj Anuar3) Guru-guru yang berada di dalam kelas yang terlibat dgn dewan.

Persiapan Pentas:

1)Pn.Sarimah Bt Abd.Malik

2)Pn.Mek Rahmah Bt Sulaiman.

PA Sistem:

1)En.Mohd Kamal B Abdul Sattar(PG)

1)En. Rone Robert (PTG)

2)En. Mohd Hanif B. Talib(PTG)

Jurufoto:

1)En.Noorsham B Saiman(PG)

2)En Mohd Haniff B Talib(PTG)

Page 25: Laporan laporan-projk-khas2

Aturcara Majlis

SESI PAGI

7.30: Kata-kata aluan Pengerusi Majlis

7.35 : Bacaan Doa

7.45 : Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah (PRS) & AJK OPS PPDa.

8.10 : Ucapan Pk. Hem

8.20 : Ucapan perutusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

8.30 : Pelancaran Sambutan Hari Anti Dadah Kebangasaan. (GB SKTD)

8.40 : Bacaan Ikrar Anti Dadah(Guru Sahaja)

8.45 : Lakonan

8.50 : Nyanyian lagu Anti DadaH

9.00 : Ceramah Anti Dadah

9.30 : Penutup.

SESI PETANG

4.00 : Kata-kata aluan Pengerusi Majlis

4.05 : Bacaan Doa

4.10 : Ucapan Pn. Sohana Bt. Ahmad.( Pk. Petang)

4.20 : Ucapan perutusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.30 : Pelancaran Sambutan Hari Anti Dadah Kebangasaan. ( Pn. Sohana Bt Ahmad )

4.35 : Bacaan Ikrar Anti Dadah(Guru Sahaja)

4.40 : Lakonan

4.45 : Nyanyian lagu Anti Dadah

4.50 : Sajak

4.55 : Ceramah Anti Dadah

5.30 : Penutup.

Page 26: Laporan laporan-projk-khas2

7.RUMUSAN / KESIMPULAN

Sambutan Hari Anti Dadah ini adalah sebagai satu inisiatif sekolah ini bagi

mencapai visi dan misi mewujudkan sekolah bebas daripada ancaman dadah

seterusnya menjadikan institusi sekolah lebih selamat di samping menanam sikap

“Anti Dadah” di kalangan warga sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................. .....................................................

PN.SANIAH YAACOB EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN

Setiausaha PPDa PK Pentadbiran (Hem)

SKTD SKTD

Disahkan oleh,

...........................................

EN.MOHD SEHHURI B SARIP

Guru Besar SKTD

Page 27: Laporan laporan-projk-khas2

Program Cuma 5 Minit Tanpa Dadah merupakan aktiviti utama PPDa yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah.Program ini adalah salah satu inisiatif untuk memberi pendedahan tentang bahaya dadah kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah lagi.Program ini dibekalkan dengan sebuah buku yang mengandungi tajuk-tajuk mengenai pendidikan pencegahan dadah yang perlu disampaikan kepada murid-murid.

Bagi Unit PPDa Sk.Taman Desa ,program ini dilaksanakan sebulan sekali setiap awal bulan bermula bulan Februari sehingga bulan November.Ia dilakukan pada perhimpunan rasmi sekolah iaitu setiap Hari Isnin.Guru yang mengendalikan program ini terdiri daripada ahli jawatankuasa Unit PPDa sendiri termasuklah Guru Besar Sk.Taman Desa iaitu En.Mohd.Sehhuri B Sarip.

Justeru itu,tarikh-tarikh program Cuma 5 Minit yang telah dilaksanakan ialah 16hb Februari,23hb Mac,5hb April.10hb May,21hb Jun,5hb Julai dan 9hb Ogos.Tarikh tersebut juga tertakluk kepada keadaan kerana ada juga tarikh terpaksa ditunda disebabkan hujan.

Melalui program ini,secara tidak langsung murid-murid didedahkan dengan mengenai dadah dan bahayanya jika terjebak dengannya.Dengan ini,ia bukan sahaja menanam sikap benci pada dadah malah visi Sekolah Bebas Dadah Pada Tahan 2012 akan tercapai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................. .....................................................

PN.SANIAH YAACOB EN.ZULKIPLI B HJ.SAEDUN

Setiausaha PPDa PK Pentadbiran (Hem)

Page 28: Laporan laporan-projk-khas2

SKTD SKTD