laporan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aefe

Citation preview

6.0 Laporan 6.1 Laporan oleh Sathiskumar a/l Paramasivan

6.2 Laporan oleh Yogeswaran a/l NagarasanBerdasarkan jadual yang menunjukkan nama murid serta nombor soalan yang mana menunjukkan mereka jawab dengan betul atau salah. Jadual tersebut boleh dikategorikan sebagai senarai semak. Bagi soalan pertama, semua murid jawab dengan betul. Bagi soalan kedua pula, 26 orang murid menjawab dengan betul dan bagi soalan ketiga pula 24 orang murid menjawab dengan betul. Bagi soalan keempat pula, 22 orang murid menjawab dengan betul dan bagi soalan kelima hingga soalan ketujuh 20 orang murid menjawab dengan betul. Seterusnya, bagi soalan kelapan 15 orang murid menjawab dengan betul. Soalan kesembilan dijawab dengan betul oleh 17 orang murid dan soalan kesepeluh dijawab dengan betul oleh 27 orang murid. Soalan kesebelas pula dijawab betul oleh 8 orang murid, soalan keduabelas dijawab betul oleh 24 orang murid dan soalan ketigabelas dijawab betul oleh 2 orang murid sahaja. Jadual tersebut menunjukkan lagi nombor soalan sehingga keempat puluh dengan bilangan murid yang menjawab dengan betul. Jadual ini juga menjelaskan nombor soalan dan bilangan murid yang menjawabnya dengan salah. Melalui jadual ini, saya dapat menganalisis beberapa aspek secara rawak dan biasa. Soalan 1, 10, 31, 33, 37 dan 38 dijawab dengan betul oleh semua murid. Oleh itu, soalan soalan tersebut agak terlalu mudah untuk murid dijawab. Selain daripada itu, soalan 13 hanya dapat dijawab oleh dua orang murid sahaja. Manakala, soalan 17 dan 35 dijawab betul oleh 3 orang murid sahaja. Soalan 19 pula dijawab betul oleh 4 orang sahaja. Soalan soalan tersebut merupakan terlalu sukar untuk dijawab oleh murid. Ia juga mungkin lebih daripada kebolehan murid. Lebih lebih lagi, soalan soalan dibentuk berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4. Kemungkinan besar, murid murid tidak mengingat kemahiran Matematik yang mereka belajar pada Tahun 4. Soalan sebelas juga merupakan satu soalan yang agak sukar kerana hanya 8 orang murid menjawabnya dengan betul. Melalui jadual yang menunjukkan soalan nombor dan bilangan murid yang menjawab soalan dengan betul, saya telah membina satu graf palang menggunakan Microsoft Excel.

Berdasarkan graf ini, saya mengintepretasikan bahawa terdapat 6 soalan yang paling mudah dijawab oleh murid dan terdapat 5 soalan yang sukar untuk dijawab oleh murid. Soalan soalan lain merupakan sederhana untuk dijawab daripada pandangan kasar menggunakan jadual dan graf ini. Walau bagaimanapun, segala perubahan dalam item soalan akan berlaku selepas menggira Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi. Walau bagaimanapun, semua murid dari kelas 5 Bestari dapat menjawab semua soalan dan semua murid lulus dalam Ujian Matematik (objektif).Jadual berikutnya adalah jadual yang menunjukkan nama murid yang disusun dari murid yang memperolehi markah yang paling tinggi ke murid yang mendapat markah yang paling rendah. Melalui jadual ini, saya dapat menetapkan kedudukan murid dengan pencapaian ujian yang saya tadbirkan. Terdapat segelintir murid mendapat markah yang sama. Sebagai contohnya, Muhammad Zikrullah dan Muhammad Aqil Ikhwan mendapat markah yang sama, iaitu 35 markah. Oleh itu, saya meminta pencapaian peperiksaan bulanan yang baru bagi murid Tahun 5 Bestari dari Setiausaha Peperiksaan untuk menetapkan kedudukan mereka dar paling tinggi ke paling rendah atas sebab ada yang mendapat markah tinggi. Saya dapat menetapkan kedudukan dengan peningkatan dari ujian bulanan yang lalu dengan ujian yang telah saya laksanakan. Melalui jadual tersebut, Muhammad Zikrullah dan Muhammad Aqil Ikhwan memperolehi markah yang plaing tinggi, iaitu 35 markah, dalam Ujian Matematik Tahun 5 Bestari. Manakala, Muhamad Faiz, Nur Afini dan Muhammad Naufal Haziq mendapat markah yang paling rendah, iaitu 20 markah. Ada juga murid daripada 5 Bestari memperolehi markah yang baik dan kurang baik tetapi kurang daripada paling tinggi dan lebih daripada paling rendah. Dengan itu, saya dapat mengkonklusikan bahawa murid tahun 5 Bestari ini berkebolehan aras tinggi, sederhana dan rendah. Mereka merupakan sebuah kelas yang bercampur dari segi aras kebolehan. Oleh itu, guru guru yang mengajar kelas tersebut perlulah mempelbagaikan kaedah mengajar dan juga bahan bantu mengajar serta aktiviti / latihan yang bersesuaian dengan aras kebolehan mereka.Jadual seterusnya menunjukkan pembahagian murid berdasarkan tahap pencapaian murid berdasarkan keputusan Ujian Matematik yang telah saya laksanakan. 27% murid digelar sebagai murid yang berpencapaian tinggi dan rendah manakala, 46% murid dikategorikan sebagai murid yang berpencapaian sederhana. Terdapat 7 orang murid dalam kumpulan murid tahap pencapaian tinggi dan rendah manakala, 13 orang murid berada dalam kumpulan murid tahap pencapaian sederhana. Dalam setiap kumpulan tahap pencapaian murid, murid murid berbeza dari jantina dan juga agama. Maksudnya, sesuatu kumpulan itu tidak ditentukan dari segi jantina atau agama. Murid murid memang dibahagikan mengikut tahap pencapaian berpandukan keputusan Ujian Matematik tadi. Selain daripada itu, apabila seseorang guru dan murid murid yang berada dalam kumpulan berpencapaian sederhana rajin membuat latihan tambahan dan memberi fokus dalam kelas, mereka boleh memperolehi markah yang tinggi dalam ujian yang akan datang. Selain daripada itu, guru juga boleh memberi panduan dan latihan tambahan yang menarik kepada murid. Guru juga boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian murid yang juga melibatkan murid sepenuhnya dan guru menjadi seorang yang memberi panduan, fasilitator atau pemantau. Usaha murid dan guru dapat membawa kejayaan apabila kedua dua usaha tersebut bergabung dan bekerjasama antara satu sama lain.Jadual berikutnya adalah menunjukkan tahap pencapaian murid, iaitu tinggi, sederhana atau rendah, nombor soalan dan juga bilangan murid yang menjawab soalan dengan betul berdasarkan bilangan murid bagi setiap kumpulan pencapaian murid. Sebelum ini analisis dilakukan secara keseluruhan tetapi sekarang analisis dilakukan secara berasingan, iaitu berdasarkan tahap pencapaian murid atau aras kebolehan murid. Berdasarakan kumpulan tahap pencapaian tinggi, sebanyak 26 soalan dari 40 soalan dijawab betul oleh semua murid yang berpencapaian tinggi, iaitu dikategorikan dalam kumpulan tahap pencapaian tinggi. Bagi kumpulan tahap pencapaian sederhana, 8 daripada 40 soalan dijawab betul oleh semua murid yang berpencapaian sederhana, juga dinyatakan dalam kumpulan tahap pencapaian sederhana. Kumpulan tahap pencapaian rendah, 7 soalan daripada 40 soalan dijawab dengan betul oleh semua murid yang ternyata dalam kumpulan tahap pencapaian rendah. Dengan ini, saya dapat menganggar bahawa murid dalam kumpulan tahap pencapaia rendah ini bukan dalam keadaan yang teruk. Sebenarnya, jika mereka berusaha dan guru membantu mereka, murid murid tersebut dapat ditingkatkan pengetahuan serta aras kebolehan mereka.

Jadual kedua akhir pula menunjukkan nombor soalan, pengiraan Indeks Kesukaran dan juga analisis mengenai soalan berdasarkan Indeks Kesukaran. Melalui jadual ini, setiap soalan dapat dijelaskan dan dianalisiskan berdasarkan Indeks Kesukaran. Apabila nilai Indeks Kesukaran bagi sesuatu item itu berada dari 0.00 hingga 0.20, pengelasan item tersebut adalah terlalu sukar. Apabila nilai Indeks Kesukarannya berada dari 0.21 hingga 0.40 dan pengelasan item adalah sukar. Nilai Indeks Kesukaran bermula dari 0.41 hingga 0.60 dan pengelasan item pula adalah sederhana sukar. Apabila sesuatu item itu berada antara nilai Indeks Kesukaran 0.61 hingga 0.80, pengelasan bagi item tersebut adalah mudah dan 0.81 hingga 1.00 pula pengelasan item adalah terlalu mudah. Soalan pertama dan kedua adalah soalan yang terlalu mudah dan Indeks Kesukarannya adalah 1 dan 0.93. Oleh itu, semua murid dapat menjawab dengan betul bagi soalan 1 dan 2. Manakala, soalan ketiga hingga soalan ketujuh merupakan soalan yang mudah untuk dijawab dan Indeks Kesukarannya adalah 0.71, 0.71, 0.79 dan 0.64. Ramai dari kelas 5 Bestari menjawab soalan soalan tersebut dengan betul. Soalan 8 dan 9 merupakan soalan sederhana sukar dan soalan 10 merupakan soalan yang terlalu mudah. Bagi soalan 8 dan 9, segelintir murid gagal untuk menjawab dengan betul. Selain daripada itu, soalan 11, 17, 19, 28 dan 35 merupakan soalan soalan yang sukar dan majoriti murid 5 Bestari menjawab soalan soalan berikut dengan salah. Soalan 13 merupakan satu soalan yang terlalu sukar dan ramai murid gagal menjawabnya dengan betul. Indeks Kesukaran bagi soalan 13 adalah 0.07. Soalan 25 hingga 27 dan juga soalan 29 hingga 31 merupakan soalan yang terlalu mudah dan warga 5 Bestari menjawabnya dengan betul. Soalan 37, 38, 39 dan 40 juga merupakan soalan soalan terlalu mudah dan kebanyakan murid 5 Bestari menjawab dengan betul. Graf diatas menunjukkan graf palang nombor soalan dan Indeks Kesukaran.

Jadual yang akhir pula menunjukkan nombor soalan, pengiraan Indeks Diskriminasi dan juga analisis bagi item berdasarkan Indeks Diskriminasi. Apabila nilai diskriminasi kurang daripada 0.00, ia dikatakan diskriminasi negatif dan item perlu dibuang. Apabila nilai diskriminasi lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 0.20, ia dikatakan diskriminasi positif rendah dan item perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik. Apabila nilai diskriminasi lebih daripada 0.20 dan kurang daripada 0.40 , ia dikatakan diskriminasi positif sederhana dan item boleh digunakan dengan syarat diperbaiki. Apabila nilai diskriminasi adalah lebih daripada 0.40, ia dikatakan diskriminasi positif tinggi dan item perlu dikekalkan. Melalui jadual ini, saya dapat mengubah beberapa soalan untuk membina satu set soalan ujian yang berkualiti. Indeks Diskriminasi bagi soalan 1 adalah 0 dan ia merupakan diskriminasi positif rendah dan item perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik. Manakala, Indeks Diskriminasi bagi soalan kedua adalah 0.07. Ia juga diskriminasi positif rendah dan item tersebut juga perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan lebih baik. Soalan 3 mempunyai Indeks Kesukaran 0.21 dan ia dikatakan diskriminasi positif sederhana. Item tersebut boleh digunakan dengan syarat diperbaiki. Soalan 15 merupakan soalan yang sangat baik kerana Indeks Diskriminasinya adalah 0.43 dan ia merupakan diskriminasi positif yang tinggi. Item ini perlu dikekalkan. Dalam cadangan memperbaiki item soalan, dalam perkataan lain, dalam set soalan yang barum saya bersama dengan pasangan tugasan menukarkan soalan 1, 2, 7, 10, 11, 12, 13, 17, 21, 25, 26, 27, 28, 29, 31, 33, 35, 37, 38, 39 dan 40 kepada soalan yang baru kerana soalan soalan tersebut dikategorikan dalam diskriminasi negatif dan diskriminasi positif rendah. Sebgai contohnya, nilai diskriminasi soalan 17 adalah -0.07 dan ia dikatakan diskriminasi negatif dan item perlu dibuang. Pengelasan nilai diskriminasi soalan 27 hingga 29 adalah diskriminasi negatif dan item item tersebut perlu dibuang. Graf diatas menunjukkan graf garisan nombor soalan dan Indeks Diskriminasi.