24
KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM MENGHADAPI ARUS PEMODENAN KE ARAB PENGEKALAN SENI WARISAN RODAT. SITI KHOLIJAH BINTI RADZUAN @ ISMAIL Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2008

KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM MENGHADAPI ARUS PEMODENAN KE ARAB

PENGEKALAN SENI WARISAN RODAT.

SITI KHOLIJAH BINTI RADZUAN @ ISMAIL

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2008

Page 2: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

I'usat KJUdmat Maklumat Akadrmik UNlVERSm MALAYSIA SARAWAK

P. KHIO"AT "AKLU"AT AKAOE"IK

UNI"AS

11111111111111111111" III 1000273067

KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM MENGHADAPI ARUS PEMODENAN KE ARAH PENGEKALAN SENI

WARISAN RODAT.

SITI KHOLIJAH BINTI RADZUAN @ ISMAIL

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2008

Page 3: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISI LAPORAN

JUDUL : KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM MENGHADAPI ARUS PEMODENAN KE ARAH PENGEKALAN SENI

SESI PENGAJIAN : 2005/2008

Saya SITI KHOLIJAH BINT! RADZUAN @ ISMAIL mengaku membenarkan tesisl Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis 1Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesisl laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. * sila tandakan ~

D SULIT

D TERHAD

o TIDAK TERHAD

-ti,anPenulis Tarikh: D=f 0 ~/0 g"

Alamat Tetap : 776 Rumah Murah, Jalan Pusara 21700, Kuala Berang Hulu Terenganu Terengganu Daml Iman.

( mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasiibadan di mana penyelidikan dijalankan )

Tarikh :

Catatan : * Tesisl Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesisl Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisl laporan

Page 4: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus

Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan Rodat ini telah disediakan oleh Siti

Kholijab Binti Radzuan @ Ismail dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan

Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Gunaan dengan Kepujian

Pengurusan Seni.

Diterima untuk dip~sa oleh

Tarikh

Page 5: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kumiaNY A dapat saya menyiapkan serta

menyempumakan tesis ini. Setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya

tujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses

menyiapkan kajian ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak

terhingga kepada pensyarah-pensyarah, terutama sekali kepada penyelia say a, Pn. Donna

yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan, serta memberikan idea-idea

yang bemas kepada saya dalam menyempumakan penulisan ilmiah ini. Tanpa tunjuk ajar

beliau yang tidakjemu-jemu saya mungkin tidak dapat menyempumakan kajian saya

Kepada Ibu saya serta keluarga, terima kasih di atas pengorbanan mereka dalam

memberikan nasihat, semangat, bimbingan dan dorongan serta bantuan kewangan kepada

saya dalam menyiapkan kajian ini. Tanpa berkat dan doa mereka maka saya tidak akan

berjaya dalam menyiapkan kajian ini.

Selain itu juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Razak

Bin Senik selaku ketua kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang kerana sudi meluangkan

masa dan memberikan kerjasama kepada saya. Tanpa bantuan yang diberikan dari segi

sumber maklumat dan kerjasama daripada beliau mungkin kajian ini tidak sempuma.

11

Page 6: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

,...

Begitu juga kepada Encik Tuan Long Bin Tuan Sulaiman dan Encik Aishah Bin Ibrahim

yang sudi membantu saya dalam mendapatkan maklumat yang saya perlukan bagi

menyiapkan tesis ini. Tanpa bantuan mereka tesis saya tidak akan sempurna.

Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang saya sayangi, terima kasih kerana

banyak memberi bantuan dan sokongan kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Tanpa

rakan - rakan saya tidak mampu menangani segala permasalahan yang berlaku sepanjang

berada di Sarawak. Akhir kata dari saya, selamat maju jaya.

Jasa kalian amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

I'

111

1

Page 7: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

"usat Kltidmat Maklumat Akadl'mik UNIVEltS MALAYS'A SARAW.o\K

lsi Kandungan

HALAMAN TAJUK

PENGAKUAN

PENGHARGAAN iii

lSI KANDUNGAN IV

SENARAI GAMBAR RAJAH VB

ABSTRAK IX

ABSTRACT X

lSI KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Definisi 3

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Hipotesis 5

1.5 Skop Kajian 5

1.6 Permasalahan Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Pengenalan 10

2.1 Kandungan Umum 10

2.2 Kajian Lepas

2.2.1 Asal Usul Tarian Rodat 10

IV

Page 8: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

,......

2.2.2 Jenis Tarian

2.2.3 Pengekalan Seni Warisan

2.2.4 Arus Pemodenan

2.2.5 Fungsi Kumpulan Kesenian Dan Muzik Masa kini

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Lokasi Kajian

3.3 Sumber Data

3.3.1 Data Primer

3.3.2 Data Sekunder

3.4 Populasi

3.5 Persampelan

3.6 Instrumen kajian

3.7 Limitasi Kajian

3.8 Rumusan dan Kesimpulan

BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Penganalisaan Data

4.2.1 Borang Soal Selidik

4.2.2 Temuduga

4.3 Kesimpulan

v

12

]4

15

17

20

20

21

24

25

26

27

27

28

29

45

62

11.

Page 9: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

I ,..... ,..

BAB S CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 RunlUsan 64

5.3 Cadangan 66

5.4 Cadangan untuk Pengkaji Akan Datang 67

5.5 Kesimpulan 69

BmLIOGRAFII RUJUKAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

vi

Page 10: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

I ,.....

Senarai Rajah

Rajah 1.0

Senarai Jadual

ladual 2.0

Peta Negeri Terengganu

Pecahan mengikut umur

Senarai Gambar Rajah

Gambar Rajah 1.

Gambar Rajah 2.

Gambar Rajah 3.

Gambar Rajah 4.

Gambar Rajah 5.

Gambar Rajah 6. Kekerapan responden menyaksikan persembahan Rodat. 40

41

42

43

44

Gambar Rajah 7. Tarian Rodat Mengalami Kepupusan

Gambar Rajah 8. Generasi muda kini kurang pendedahan.

Gambar Rajah 9. Pandangan Responden Terhadap Perubahan Tarian Rodat

Gambar Rajah 10. Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Kewujudan

Gambar Rajah 11. Kekerapan Persembahan Rodat 45

46Gambar Rajah 12. Pandangan respond en terhadap usaha yang dijalankan

Gambar Rajah 13. Pihak yang bertanggungjawab 47

48Gambar Rajah 14. Pendapat responden terhadap pemuliharaan

-

Jantina Responden

Kategori umur responden yang mengetahui

Tarian Rodat

Peratus kaum mengetahui Tarian Rodat

Pengetahuan Responden Terhadap Tarian Rodat

Sumber Maklumat Seseuatu

Muka Surat

24

Muka Surat

29

Muka Surat

34

35

36

37

38

Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang

Oleh Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang.

VB

Page 11: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

,..

Tarian Rodat sebagai warisan bangsa.

Gambar 15. Pelenggok dan Pengadi 54

didalam Tarian Rodat.

Gambar 16. Pelenggok / Penari 55

Gambar 17. Mak Inang 56

Gambar Rajah 18 Kedudukan Ketika Persembahan 57

Gambar 19. Rebana Tar sejenis alat muzik yang digunakan 58

Gambar 20. Pakaian Penari 59

Vlll

Page 12: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus

Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan Rodat

Abstak:

Kajian ini dibuat untuk mengkaji sejauhmana Kumpulan Rodat Kampung

Surau Panjang ini mampu Menghadapi Arus Pemodenan dalam usaha untuk

Pengekalan Seni Warisan Rodat ini. Hasil kajian mendapati masyarakat pada hari

ini masih mengenali dan mengetahui kewujudan Kumpulan Rodat Kampung Surau

Panjang.

ix

Page 13: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

Kumpullln Rodat Kampung Surau Panjang In Facing The Modernization

In The Effort OfPreserving The Rodat Heritage

Abstract:

The purpose of this research is to find out how the Kumpulan Rodat

Kampung Surau Panjang can manage to face the modernization in the effort of

preserving the Rodat heritage. The outcome ofthis research is that, the society still

recognizes the existence ofRodat and this group.

x

Page 14: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

BABI

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Negara pada hari ini mengalami proses pembangunan yang pesat dan menuju ke arah

sebuah Negara yang maju selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadi sebuah Negara yang

maju setanding dengan negara-negara maju. Arus pemodenan ini sedikit sebanyak

mempengaruhi kesemua aspek seperti ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan. Salah satu

kesenian yang mengalami kesan dari arus pemodenan ialah Rodat. Rodat adalah salah satu

persembahan yang masih kekal di Negeri Terengganu. Kegemilangannya semakin luntur, pada

masa kini hanya tinggal golongan veteren yang masih aktif dan setia dengan persembahan

Rodat. Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang merupakan salah sebuah kumpulan yang

masih wujud dalam mempeIjuangkan kesenian tradisi Rodat ini. Dalam menghadapi arus

pemodenan ini pelbagai usaha dilakukan bagi meneruskan peIjuangan dalam mengetengahkan

kesenian ini.

Rodat merupakan seni warisan Negeri Terengganu yang amat tinggi nilainya. Seni

persembahan ini mempunyai unsur-unsur seni yang mengabungkan antara dendangan lagu

dengan gendang dan gerakan tarian. Persembahan Rodat ini merupakan satu bentuk

persembahan kesenian yang popular dikalangan masyarakat suatu ketika dulu. Malangnya

dalam proses Negara mengalarni arus pemodenan ini seni persembahan Rodat ini mula

terpinggir di mata masyarakat Terengganu khususnya. Pada masa sekarang dianggarkan hanya

terdapat beberapa kumpulan saja yang masih wujud salah satunya adalah kumpulan Rodat

Kampung Surau Panjang.

Page 15: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

Nasaruddin (1994) menyatakan didalam bukunya yang berjudul Tarian Melayu,

Kesenian tradisi Rodat tidak dapat dibuktikan dengan tepat tentang asal usul. Mengikut para­

para guru Rodat di Terengganu, asal Rodat yang sebenarnya ialah dari Timur Tengah. Ini

berdasarkan lagu-lagu yang dinyanyikan adalah disalin daripada Kitab Hadrah, begitu juga

dengan Rebana Tar yang digunakan hampir sarna dengan Rebana Hadrah tetapi dipercayai

umum ia telah dibawa ke Terengganu dari Acheh di Sumatera melalui Sambas di Borneo oleh

pedagang pada kurun ke - 19. Antara tahun 1900-1200, beberapa kumpulan Rodat telah

mengadakan pementasan di Kuala Terengganu, terutamanya di Kampung Pasir Panjang dan di

Kampung Balik Bukit. Kesenian ini selalunya diadakan semasa majlis perkahwinan,

terutamanya semasa istiadat bersanding.

Harun & Ishak ( 1987 : 28-29 ) Rodat, menyatakan bahawa kesenian tradisi Rodat adalah

sebuah persembahan tarian dan juga nyanyian rakyat. Kesenian tradisi Rodat ini terdiri dari

satu pasukan atau lebih yang digabungkan. Anggota-anggota yang mengambil bahagian dalam

permainan ini terdiri dari tiga jenis pemain iaitu :

i. " Pengadi ", ( Pemukul Tar) iaitu pemain-pemain Rebana seramai

lapan orang yang telah berusia. Mereka akan duduk berlutut membuat

satu barisan diatas tikar sambil memainkan Rebana dan menyanyi.

II. " Pelenggok "merupakan penari - penari lelaki, terdiri daripada lapan

hingga sepuluh orang, membuat satu barisan, duduk atau berdiri

berhadapan dengan Pengadi. Mereka juga turut menari ( melenggok )

dan menyanyi tetapi tidak berebana.

II. " Inang ", terdiri daripada gadis-gadis. Seramai empat hingga enam

2

Page 16: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

orang dengan ketuanya yang dikenali sebagai " Mak Inang " berdiri

berbaris di hadapan Pengadi dan membelakangi Pelenggok.

1.2 Definisi

1.2.1 Rodat

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 : 1338 ) perkataan Rodat

membawa maksud sejenis tarian yang ditarikan oleh lelaki dan perempuan yang

nyanyiannya ( Arab ) diiringi dengan Rebana. Manakala didalam bahasa Arab pula

membawa maksud berulang-ulang, bersahutan-sahutan, bersatu kembali atau berbalas­

balas.

1.2.2 Rebana Tar

Menurut sumber yang diperolehi dari Portal Kementerian Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan Malaysia menyatakan perkataan Tar bermaksud gendang bagi

masyarakat Arab, Mesir dan juga negara-negara Teluk yang lain. Dalam bahasa Parsi,

perkataan Tar adalah merujuk kepada tali umpamanya alat Sehtar adalah bermaksud

alat muzik yang mempunyai tiga tali.

1.2.3 Pemodenan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 : 1039 ) perkataan Pemodenan

ditakrifkan sebagai sesuatu perihal ( kegiatan, usaha dan sebagainya ). Perkataan

moden pula berkenaan pada masa sekarang, berkaitan dengan masa kini.

3

Page 17: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

1.2.4 Warisan

Didalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 : 1801 ) Warisan adalah harta

peninggalan , harta pusaka, sesuatu yang diwarisi , sesuatu yang turun tumurun, dan

peninggalan. Perkataan seni pula dinyatakan sebagai satu karya ( sajak, lukisan, muzik

dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat (kecekapan ) hasiI daripada sesuatu ciptaan.

1.2.S Kumpulan

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 : 848) perkataan

kumpulan boleh didefinisikan sebagai satu kelompok ( orang, binatang dan lain-lain)

dimana jumlah ahli yang agak besar. Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang ini

mempunyai ahli yang ramai dimana terdapat tiga kumpulan yang digabungkan didalam

satu kumpulan Rodat.

1.3 Objektif

Objektif kajian adalah untuk mengkaji cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh

Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang dalam menghadapi arus pemodenan dalam

meneruskan perjuangan untuk mengekalkan seni warisan tradisi ini.

Pengkaji juga ingin mengkaji sejauhmana usaha Kumpulan Rodat Kampung Surau

Panjang didalam usaha memartabatkan Tarian Rodat .

4

Page 18: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

"usat Khidmat Maklumat Akad...mik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Selain itu juga pengkaji ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kesenian

tradisi rodat ini. Oi dalam menghadapi cabaran arus pemodenan ini lebih - lebih lagi di zaman

yang maju ini generasi muda kini kurang mengetahui dan mengenali tentang kesenian tradisi

ini.

1.4 Hipotesis

Sebelum menjalankan pengkajian ini pengkaji terlebih dahulu membuat andaian,

bahawa Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang ini kurang dikenali dan ini disebabkan oleh

cabaran yang dihadapi seperti terdapatnya pelbagai lambakan jenis muzik moden di negara kita

pada hari ini.

Selain itu juga pengkaji mengandaikan Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang ini

mampu menghadapi segala cabaran yang datang di dalam usaha pengkalan seni warisan Rodat.

1.5 Skop Kajian

Pengkaji akan melihat skop yang dikaji melalui Kumpulan Rodat Kampung Surau

Panjang itu sendiri. Oimana pengkaji akan lebih tertumpu kepada usaha dan cabaran, kekuatan

dan kelemahan yang dihadapi oleh Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang.

Selain itu juga pengkaji turut melihat sejauhmana penerimaan masyarakat setempat

terhadap usaha kumpulan tersebut di dalam memartabatkan dan mengekalkan kesenian warisan

Rodat

5

Page 19: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

1.6 Permasalahan Kajian

Pennasalahan yang dilihat oleh pengkaj i adalah seni warisan Rodat kini semakin

terpinggir, Kebanyakkan kumpulan-kumpulan kesenian ini semakin tenggelam di telan zaman

akibat dari kesan kemajuan teknologi seperti penggunaan muzik moden yang terdapat pada

hari ini yang tiada hadnya menyebabkan kebanyakkan seni warisan tradisi ini semakin

dilupakan. Masyarakat kini telah berpindah mengikut trend terkini iaitu lebih meminati

kumpulan-kumpulan seni muzik moden, lebih tepat lagi dikatakan bahawa masyarakat pada

hari ini lebih tertarik dengan seni dan hiburan berbentuk baru atau bercorak moden. Oleh itu

pengkaji melihat ini adalah satu masalah yang serius. Antara pennasalahan yang di dapat,i

adalah seperti :

1.6.1 Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang ini memerlukan

pelapis muda bagi meneruskan perjuangan ini.

Pengkaji mendapati Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang ini

memerlukan pelapis muda bagi meneruskan perjuang ini. Kumpulan ini perlu

mencari pelapis muda kerana ahli-ahli kumpulan ini adalah golongan veteran,

faktor usia ini merupakan masalah utama kepada Kumpulan ini kerana

golongan yang mahir dan pakar suatu hari nanti akan pulang ke rahmatullah.

ebagaimana yang kita sedia maklum kebanyakkan anak muda kini kurang

berminat dengan seni warisan ini. Tanpa pewaris perjuangan kumpulan Rodat

ini akan terhenti begitu sahaja.

1.6.2 Kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat terhadap

kepentingan seni warisan Rodat.

6

Page 20: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

Selain itu juga, permasalahan seperti masyarakat pad a hari ini dilihat

kurang menyedari tentang kepentingan seni warisan ini. Pengkaji mendapati

kesenian tradisi Rodat ini kurang diamalkan oleh masyarakat tempatan. Rodat

hanya akan dimainkan apabila ada majlis perkahwinan sahaja. Ini menunjukkan

Rodat semakin dilupai di mana kurangnya sokongan masyarakat kepada

kumpulan-kumpulan ini dalam meneruskan perjuangan mereka untuk

memartabatkan dan mengekalkan tarian ini.

1.63 Golongan remaja kurang terdedab dengan Tarian Rodat

Permasalahan kajian yang seterusnya adalah golongan remaja di

Terengganu kurang terdedah dengan Tarian Rodat. Kebanyakkan golongan ini

didapati kurang berminat dengan Tarian Rodat kerana mereka tidak terdedah

kepada Tarian Rodat. Keadaan ini am at membimbangkan kerana mereka tidak

mengenali seni warisan bangsa. Golongan ini juga Jebih terdedah dengan muzik

moden yang semakin di gilai ramai.

1.7 Kepentingan Kajian

Pengkaji mendapati kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan tersendiri. Kajian

ini secara tidak langsung dapat membantu pengkaji dan juga kepada kumpulan Rodat khasnya.

Antara kepentingannya adalah seperti:

1.7.1 Sebagai garis panduan Kepada Kumpulan Rodat Kampung Surau

Panjang di dalam usaba pengekalan seni waisan Rodat.

7

Page 21: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

Kepentingan kajian disini ialah dapat membantu meningkatkan lagi

usaha - usaha Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang didalam meneruskan

perjuangan untuk mengekalkan seni warisan ini. Di sini pengkajian pengkaji

dapat dijadikan sebagai satu garis panduan bagi memperbaiki segala kelemahan

yang terdapat di dalam kumpulan ini dalam meneruskan usaha pengekalan

seni warisan ini.

1.7.2 Sebagai satu sokongan terhadap usaha yang dijalankan oleh

Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang.

Selain itu juga kajian ini dapat dijadikan sebagai satu sokongan kepada

Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang. Disini pengkaji mengkaji dan

sekaJigus menyokong usaha yang dijalankan oleh kumpulan ini didalam

mengetengahkan seni warisan ini.

L 7.3 Membantu pengkaji lain mendapatkan sumber rujukan.

Kepentingan yang seterusnya adalah dapat membantu pengkaji­

pengkaji budaya lain didalam mendapatkan sumber-sumber rujukan bagi

mereka yang ingin mengkaji seni warisan Rodat ini. Selain itu juga kajian ini

dapat dijadikan sumber bacaan dan ilmiah kepada masyarakat dan pelajar­

peJajar di masa akan datang didalam mendapatkan maklumat mengenai tarian

Rodat ini.

1.7.4 Memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Kepentingan kajian pengkaji juga adalah untuk memberi kesedaran

kepada masyarakat tempatan dan luar Negeri Terengganu tentang peranan

sesuatu kumpulan kesenian seperti Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang

8

Page 22: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

sebagai pewaris dan pen gem bang seni tarian Rodat ini. Kegiatan seni ini akan

pupus sekiranya tiada golongan atau kumpulan seni yang akan meneruskan

usaha pengembangan seni tarian ini.

9

.- ----.-­

Page 23: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

2.1

2.2

1.1.1

BAB2

SOROTAN KESUSASTERAAN

o Pengenaian

Di dalam Bab ioi akan lebih memberikan penumpuan kepada karya-karya dan juga

basil kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Karya-karya yang

berkaitan dengan kaj ian penyelidik adalah mengenai Tarian Rodat. Karya-karya dan hasil

kaj ian terdahulu diulas untuk membantu pemahaman pengkaji dengan lebih mendalam.

Kandungan Umum

Kandungan umum yang terdapat didalam bab ini adalah mengenai maklumat secara

umum Tarian Rodat dan juga definisi Kesenian Tarian Rodat .

Kajian Lepas

Asal Usul Tarian Rodat

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 : 1338 ) perkataan Rodat membawa

maksud sejenis tarian yang ditarikan oleh lelaki dan perempuan yang nyanyiannya ( Arab )

diiringi dengan Rebana. Manakala didalam bahasa Arab pula membawa maksud berulang­

ulang, bersahutan-sahutan, bersatu kembali atau juga berbalas-balas. Berdasarkan ayat terse but

dapat dinyatakan bahawa Tarian Rodat ini berasal dari Tanah Arab. Kenyataan ini

diperkukuhkan lagi didalam buku Siri Mengenal Budaya ( 2003 ), Kementerian Kebudayaan,

10

Page 24: KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM … Rodat Kampung... · Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan

nian dan Perlancongan Malaysia apabila perkataan Rodat itu sendiri wujud dalam

perbcndaharaan kata Arab. Hal ini terbukti apabila hampir keseluruhan lirik lagu Rodat

mempunyai perkataan Arab. Didalam buku ini juga banyak menceritakan tentang Tarian Rodat

secara terperinci.

Didalam buku Sirih Pinang Kumpulan Esei , Harun & Ishak ( 1987 ) Rodat, yang

Berjudul kesenian tradisi yang menjadi hiburan di majlis perkahwinan, berkhatan dan

perayaan-perayaan negeri menerangkan Rodat secara terperinci dari segi asal usul, alat muzik,

care persembahan dan lain-lain lagi. Dalam buku ini penulis menyatakan bahawa di Negeri

Terengganu Rodat menggunakan bahasa Arab dan dipercayai dibawa dari Arab, iaitu

berdasarkan naskhah Rodat yang dikenali sebagai Sural Amrah di dalam tajuk ini juga penulis

menerangkan asal usul tarian Rodat yang dipercayai berasal dari Tanah Arab bagi masyarakat

Terengganu. Di Negeri Selangor pula Rodat dikatakan berasal dari Bahasa Jawa membawa

maksud " tarian " dan tradisi itu dibawa dibawa dari Pulau Jawa. Tetapi di dalam kamus-kamus

Arab dan Jawa tidak ditemui perkataan "Rodat" yang merujuk kepada pennainan yang di

maksudkan itu. Menurut penulis lagi pada pandangan umumnya banyak yang bersetuju bahawa

ROOat merupakan pemujaan dan pujian kepada Rasulullah s.a.w .

Berdasarkan kepada semua kenyataan pengkaji terdahulu, pengkaji mendapati bahawa

ROOat berasal dari Tanah Arab dan ini telah dibuktikan oleh kenyataan dari penulis buku dan

pengkaji yang terdahulu. Pengkaji juga bersetuju dengan kenyataan para pengkaji terdahulu

yang menyatakan asal usul sebenar Tarian Rodat kerana jika dilihat kepada kandungan lagu

Rodat itu sendiri dinyanyikan di dalam bahasa Arab. Dari segi kaitan dengan kajian pengkaji

disini adalah berkaitan dengan maksud dan definisi perkataan Rodat. Pengkaji membandingkan

istilah tersebut yang didapati dari kamus dan juga buku Siri Mengenal Budaya.

11