Kuliah 1 Mikro Pengajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

44444

Citation preview

  • Mikro bermaksud kecil atau halus. Pengajaran mikro bermaksud pengajaran yang memberikan fokus atau tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang apabila digabungkan kesemuanya, akan menjadi satu pengajaran yang lengkap.

  • Jika kita hendak melihat apa-apa yang perlu ada pada bahagian permulaan pengajaran (set induksi) maka kemahiran-kemahiran yang perlu ada di dalamnya hendaklah disimulasikan. Segala aktiviti akan diteliti untuk melihat sama ada set induksi itu memenuhi konsepnya atau tidak.

  • Kemahiran yang terlibat dan yang perlu dikuasai dalam pengajaran mikro ialah:

    Set Induksi

    Penyoalan

    Variasi Rangsangan

    Penggunaan Papan Tulis

    Pengelolaan Bilik Darjah

    Penerangan

    Penutupan dan membuat kesimpulan

  • Aktiviti yang dikendalikan oleh guru pada awal pengajaran supaya murid-murid bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengikuti pelajaran. Aktiviti hendaklah menyeronokkan agar murid-murid dapat bersedia dari segi rohani dan jasmani. Set induksi sepatutnya merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran, tidak melebihi 5 minit, melibatkan ketiga-tiga domain;kognitif, afektif dan psikomotor dan berkesan.

  • Cara yang boleh digunakan ialah penggunaan alat bantu mengajar, motivasi,teknik menyoal,mengulangkaji topik yang berkaitan, bercerita, lakonan,menggunakan bahan rangsangan dan lain-lain.

  • Guru boleh menggunakan contoh-contoh yang berkaitan dengan topik yang diajar, benda maujud, alam sekeliling, pengalaman sedia pelajar, peristiwa atau kejadian.

  • Penyoalan merupakan aktiviti interaktif antara guru dengan murid bertujuan untuk memantau pemahaman murid terhadap pengajaran guru. Di samping itu, penyoalan juga dapat menguji aras pencapaian murid-murid untuk sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

  • Penyoalan yang baik tidak berupaya memotivasikan murid-murid ke arah tingkah laku pembelajaran yang positif. Penyoalan yang baik seharusnya bermula daripada mudah kepada yang sukar, konkrit kepada abstrak,merangkumi semua aras penyoalan, taburan penyoalan yang menyeluruh dan menggunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami.

  • Papan tulis merupakan alat yang digunakan oleh guru untuk menulis penerangan atau maklumat lain. Penggunaan papan tulis seharusnya terancang dan berstruktur serta menggunakan tulisan yang jelas dan mudah dibaca.

  • (a) pembahagian ruang kepada dua atau tiga bahagian(b) teknik penulisan dan penggunaan ruang(c) dapat dilihat seluruh kelasBahan pengajaran diatur sekitar tajuk/idea pentingPenonjolan penggunaan warna sesuai dan menarik, perbandingan yang merangsangkan teknik persembahanPembentukan konsep melalui carta, peta minda, gambarajah dapatmemudahkan idea.Melibatkan murid dalam penggunaan papan tulis.

  • Variasi rangsangan membawa maksud kepelbagaian gaya atau tingkah laku bagi menggerakkan murid-murid ke arah tingkah laku pembelajaran yang hendak dicapai.

  • Bahan Bantu Mengajar(BBM) merupakan peralatan atau bahan yang menjadi sumber kepada guru untuk mengajar. BBM terbahagi kepada 3 kategori, iaitu:i. media elektronik seperti komputer, filem, filem jalur, slaid, projektor, pita rakaman, radio dan video.ii. bahan cetak: buku, gambar, brosur, carta, model, surat khabar dan papan tulisiii. bahan bercorak pengalaman: lakonan, pentomin, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.

  • Alat-alat Pendengarana. Bahan-bahan rakamanb. Radioii. Alat-alat Pandangana. Buku teksb. Akhbarc. Majalahd. benda-benda konkrit (maujud)

  • e. Modelf. patung dan dioramag. Gambarh. papan tulis i. rajah dan grafj. Alat multimedia

  • 1. Teknik ini bukanlah suatu teknik yang baru malahan pernah dilakukan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan suatu pengajaran kepada anak-anak.Teknik ini dapat menarik minat anak-anak.2. Keadaan yang sama boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikanpengajaran kepada murid-murid. Murid akan lebih cepat menumpukan perhatian dan akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.

  • 3. Murid-murid khususnya di sekolah rendah amat menggemari cerita.Walaupun mereka masih kecil tetapi apa yang diceritakan kepada mereka akan segera difahami dan kadangkala dapat pula sekali gus memahami maksud cerita itu. Oleh hal yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran pembelajaran akan lebih berkesan.4. Walaupun begitu, terdapat perbezaan antara teknik bercerita dengan pengajaran cerita.

  • 5. Langkah yang perlu diambil oleh guru dalam persediaan teknik cerita iaitu:(i) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid. Kemudian sesuaikan pula dengan isi pengajaran yang hendak disampaikan.(ii) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang hendakdisampaikan itu ke dalam cerita tersebut.(iii) Hafaz frasa-frasa atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek bahasa yang hendak disampaikan.(iv) Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

  • (v) Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.(vi) Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar atau lain-lain alat bantu.(vii) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan penerangan selanjutnya.

  • 1. Juga dikenali sebagai teknik demonstrasi. Melibatkan satu cara pengajaran yang membawa dan memusatkan perhatian murid kepada langkah-langkah,prosedur atau peraturan-peraturan bagi menghasilkan sesuatu.2. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teknik ini boleh digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan murid-murid bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna.

  • 3. Walaupun demonstrasi boleh dilakukan tanpa bahasa tetapi untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan moal, murid-murid boleh diminta menerangkan cara-cara hendak melakukannya melalui bahasa. Maksudnya, di samping menunjukkan cara, murid-murid diminta menerangkannya melalui bahasa.4. Banyak aktiviti moral boleh dilakukan melalui teknik ini dalam aktiviti lisan misalnya, guru boleh meminta murid menunjukkan cara menjahit baju, membuat kuih, menunggang basikal, bermain bola dan sebagainya.

  • 5. Untuk mendapatkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ciri-ciri penting teknik ini perlu diberi perhatian ialah:i. Tentukan objektif dan isi atau kandungan tunjuk cara yang hendak digunakan. Pastikan aktiviti bahasa tidak akan terganggu. Sebaik-baiknya guru perlu mempunyai maklumat mengenai pengetahuan dan kebolehan murid-murid yang sedia ada. Sediakan soalan-soalan untuk menggalakkan mereka bercakap.ii. Guru harus menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.

  • iii. Guru sepatutnya mencuba dahulu tunjuk cara tersebut. Ini penting kerana guru boleh membuat persediaan, memperuntukkan masa dan kemungkinanjuga dapat meramalkan masalah-masalah yang akan timbul.iv. Guru perlulah memikirkan supaya tunjuk cara yang akan dijalankan itu dapat dilihat dan diikuti oleh semua murid.v. Tunjuk cara tersebut boleh dilakukan oleh guru dan murid-murid lain sendiri. Sewaktu tunjuk cara ini dijalankan, murid-murid lain memerhati dengan teliti. Mereka boleh menyoal jika perlu. Selepas tunjuk cara itu selesai, murid lain boleh diminta melakukannya sekali lagi. Kemudian perbincangan boleh dilakukan sebagai aktiviti susulan.

  • Pengelolaan bilik darjah merujuk cara guru mengendalikan murid dan bahan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Aktiviti p&p boleh dikelolakan secara kelas, berpasangan, berkumpulan dan individu.

  • Penerangan merujuk usaha guru dalam menjelaskan dan menghuraikan sesuatu tajuk dalam sesuatu proses p&p. Penerangan seharusnya menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami serta berbantukan bahan bantu mengajar yang sesuai.Fungsi penerangan menyampaikan maklumat, peringkat perkembangan dan memperjelas konsep.

  • Komponen menerang;i. Arah Permulaan: tarik dan kekalkan perhatian, sesuai dengan isi pelajaran,bangkitkan kesediaan.ii. Ilustrasi: contoh/sumber mencukupi sesuai, jelas dan menarik.Kecekapan mengurus contoh /sumber.iii. Penyusunan idea ; dikembangkan secara teratur, variasi rangsangan digunakan,penerangan lisan jelas dan tepat.

  • Prinsip: diubah-ubah, diberi sebaik saja bertingkah laku, elak sindir atau kutuk, sesuai dengan usia, jantina dan status sosial, secara ikhlas dan jujur.Objektif: beri galakan kepada murid, kukuhkan konsep dan isi, tingkahlaku positif dan berterusan, yakin dan berdisiplin. Fungsi: Lihat prestasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku responden, secara lisan, gerak isyarat, dampingan dan sentuhan.

  • Lisan positif:ya Sebutan baik, bagus dan lain-lainMengulang jawapan muridMengembangkan jawapan murid

  • Gerak isyarat:-Senyumananggukan kepalamelihat dan memandangtepuk tangantulis jawapan murid di papan hitammengangkat ibu jari.

  • Sentuhan:- Kepala, bahu atau bahagian belakang.Lisan negatif:- geleng-geleng kepalabahu atau bahagian belakangGerak isyarat negatif:- bukan, salah atau tidak.Kurang lengkap, jawapan buruk, sindir

  • Gerak isyarat negatif: -geleng kepalamuka marahgorang tangan membeliak mataKesan:- semangat ingin belajar, murid lebih positif, disiplin kelas terkawal,yakin kerana dihargai.

  • - Penutup dan kesimpulan merujuk cara guru mengakhiri satu sesi p&p.Aspek ini penting kerana murid-murid perlu disedarkan tentang perkara yang telah dipelajari oleh mereka.- Guru perlu membuat kesimpulan atau rumusan untuk memberikan gambaran kepada murid-murid tentang isi utama yang perlu dikuasai oleh mereka. Guru boleh mengakhiri sesi pengajaran sama ada secara kognitifatau sosial.

  • Kepentingan:-1. menarik perhatian terhadap apa yang baru dipelajari supaya mereka dapat memberi gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.2. mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumuskan fakta-fakta penting atau memberikan kerja bertulis3. mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dalam kalangan murid dengan menggunakan teknik peneguhan..

  • 4. menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti P&P untuk membuat pengubahsuaian serta membaiki pelajarannya pada masa depan.5. Aktiviti susulan dapat diadakan supaya murid dapat memberi peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran yang mereka pelajari