10
PUISI TRADISIONAL SYAIR WASIAT AYAHNDA SITI ZAWIYAH KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG TINGKATAN 1

Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair wasiat ayahnda siti zawiyah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair wasiat ayahnda siti zawiyah

PUISI TRADISIONALSYAIR WASIAT AYAHNDA SITI ZAWIYAH

KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG

TINGKATAN 1

Page 2: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair wasiat ayahnda siti zawiyah

Maksud

Ada kepada suatu hari, Sakit saudagar laki isteri, Adalah kiranya tujuh hari, Tidak bergerak kanan dan kiri.

Maksud : Seorang saudagar dan isterinya tidak dapat bergerak selama tujuh hari kerana sakit.

Saudagar tahu akan dirinya, Hampirlah mati kepada rasanya, Lalulah memanggil akan anaknya, Diciumnya kepala dengan tangisnya.

Maksud : Saudagar yang sedar hari kematiannya akan tiba memanggil

anakandanya dan mencium kepala anakandanya sambil menangis.

Page 3: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair wasiat ayahnda siti zawiyah

Katanya wahai cahaya mataku, Tinggallah tuan buah hatiku, Hampirlah mati gerangan aku, Baiklah tuan tingkah dan laku.

Maksud : Saudagar berpesan agar anakandanya sentiasa menjaga tingkah laku.

Serta harta aku tinggalkan, Tuan seorang yang menyukakan, Sampai habis semua diterimakan, Faedahnya akan diberikan.

Maksud : Semua harta diserahkan kepada anakandanya dan perlu digunakan

sebaik-baiknya.

Page 4: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair wasiat ayahnda siti zawiyah

Jikalau tidak anakku berakal, Harta pusaka di manakan kekal, Habis harta tinggal badan, Laksana perahu bersauh tunggal.

Maksud : Saudagar berharap anakandanya bijak dalam menguruskan harta

pusaka yang ditinggalkan olehnya.

Kerana harta tiada berguna, Jikalau tidak akan sempurna, Sekalian itu habislah fana, Hanyalah tinggal badan merana.

Maksud :Jika harta yang ditinggalkan tidak diuruskan dengan baik, akan timbul masalah pada kemudian hari.

Page 5: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair wasiat ayahnda siti zawiyah

Budi dan bahasa janganlah lupa, Muliakan olehmu ibu dan bapa, Mana yang datang padamu berjumpa, Janganlah lambat tuan menyapa.

Maksud : Saudagar berpesan agar anakandanya menjaga budi bahasa terhadap

orang tua dan menghormati mereka.

Kerana adat orang berbeza, Tiada memandang harta dan benda, Tegur dan sapa itu yang ada, Itulah penambah di dalamnya dada.

Maksud : Saudagar mengingatkan anaknya agar memahami adat orang lain,

menghargai budi bahasa dan tidak memandang kebendaan agar dipandang mulia.

Page 6: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair wasiat ayahnda siti zawiyah

Tema dan Persoalan

Tema Wasiat dan pesanan terakhir seorang bapa kepada

anaknya agar menjadi manusia yang berguna dan dipandang mulia.

Persoalan Kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya.. Pesanan agar menjaga harta kekayaan yang

ditinggalkan dengan sebaik-baiknya. Manusia perlu bijak menguruskan harta agar tidak

mendatangkan masalah. Kepentingan amalan hormat-menghormati sesama

manusia.

Page 7: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair wasiat ayahnda siti zawiyah

Gaya Bahasa

Simpulan bahasa - cahaya mata, buah hati Sinkope - ku (aku), mu (kamu) Simile - laksana perahu bersauh tunggal

Page 8: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair wasiat ayahnda siti zawiyah

Nilai

Kasih sayang - perasaan sayang seorang bapa terhadap anaknya.

Amanah - manusia mestilah amanah dalam menguruskan harta pusaka.

Hormat kepada ibu bapa - tanggungjawab anak memuliakan ibu bapanya.

Page 9: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair wasiat ayahnda siti zawiyah

Pengajaran

Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan budi bahasa dengan baik.

Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberi.

Kita perlu menghormati adat dan budaya orang lain.

Page 10: Ksj puisi tradisional puisi tradisional syair wasiat ayahnda siti zawiyah

SEKIAN TERIMA KASIH