Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    1/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 1

    MODUL KECEMERLANGANBAHASA MELAYUSIJIL PELAJARAN MALAYSIA

    ANTOLOGIDIRGAHAYU BAHASAKU(PUISI TRADISIONAL)

    TINGKATAN 5CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM

    M.A (Bahasa Melayu) UPM

    PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

    SMK LALOH, KUALA KRAI,KELANTAN.ULI SAPA LET IT

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    2/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 2

    PUISI TRADISIONALPANTUN ENAM KERAT

    Putik kelapa menjadi muda,Kelapa muda jadi kemirau,

    Sudah kemirau menjadi kotai;Hati luka pula tiada,Rasa pedih buat tak hirau,

    Ibarat kaca jatuh ke lantai.

    Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnyaamat mendalam.

    Ambil galah jolok kedondong,Galah pendek buluh sumpitan,

    Buluh bersisip tali jerami;

    Bukan salah ibu mengandung,Sudah takdir sudah suratan,Sudah nasib jadi begini.

    Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda keranaitu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.

    Sarat bermuat ikan cencaru,Gelama tidak berumpan lagi,

    Kail tersangkut di tepi batang;Sudah dapat orang Yang baru,

    Yang lama tidak berkenan lagi,Ibarat melukut di tepi gantang.

    Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baharu sehinggaorang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    3/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 3

    Persoalan

    Menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1) Menerima suratan takdir (rangkap 2) Mengutamakan yang baharu berbanding yang lama (rangkap 3)

    Nilai

    Keredaan iaitu reda dengan suratan takdir Ketabahan iaitu sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.

    Pengajaran

    Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    4/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 4

    PUISI TRADISIONALPANTUN LAPAN KERAT

    Buat bangsal di tengah hutan,Tebaslah hutan buat halaman,

    Di tepi halaman menanam kubis,Diselang dengan pokok papaya;Biarlah sabar dengan perlahan,

    Itulah tanda tuan beriman,Tidak patah digoncang iblis,

    Akhirnya tuan menang berjaya.

    Bersifat sabar itu tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedayadengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan .

    Ikan teluk parang-parang,

    Anak ketam disangka lelabi,Berburu musim tengkujuh,Dapat buruan di belah-belah;

    Bukan makhluk sebarang-barang,Cucu Adam sepaian nabi,

    Turun dari langit ketujuh,Jadi khalifah kepada Allah.

    Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi khalifah/pemimpin dimuka bumi Allah.

    Lengkang-lengkung apa dipaku,Paku jatuh patah dua,

    Menjadi riuh orang di darat,Anak Cik Itam jatuh jalar;

    Bumi kandungan nenek moyangku,Kerana lalai rosak binasa,

    Kebudayaan Timur dinodai Barat,Bahasa ibunda hina terbiar.

    Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemarioleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    5/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 5

    Persoalan

    Kunci kejayaan ialah bersabar (rangkap 1) Keistimewaan sebagai seorang manusia (rangkap 2) Pencemaran budaya dan bahasa (rangkap 3)

    Nilai

    Kesabaran iaitu kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis. Kesyukuran iaitu bersyukur dengan segala anugerah Allah kepada kita. Keimanan iaitu keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.

    Pengajaran

    Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    6/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 6

    PUISI TRADISIONALSYAIR MAKNA RIAK

    Kemudian dinyatakan makna riak,Amal ibadat kerana manusia,

    Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,Sebab kerana syirikkan Dia.

    Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orangramai. Perbuatan ini dibenci Allah kerana mendatangkan syirik.

    Terkadang riak pula dilakukan,Mengiringkan beberapa puasa tak makan,Bertutur itu suara diperlahankan,Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

    Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap denganlemah lembut dan melakukan perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.

    Supaya disangka ianya wali,Akan dunia tidak peduli,Hemahnya itu sangatlah ali,Tetapi hatinya ke dunia bertali.

    Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli haldunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura.

    Terkadang riakkan ia berilmu,Bersurah ketika orang berjamu,Berkata-kata tidaklah jemu,Nahu dan sarap habis diramu.

    Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Diasentiasa membaca al-Quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salahsemua dicampur aduk.

    Terkadang bercakap ilmunya mantik,Bicara alhayat konon diselidik,

    Supaya disangka ianya cerdik,Sukalah orang memberinya gundik.

    Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telahmembuat penyelidikan supaya disangka cerdik. Oleh itu banyak orang inginmenjadikannya sebagai menantu.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    7/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 7

    Terkadang riak dengan pakaian,Berserban lilit ekor berhambayan,Sejadah di bahu bersampaian,Tasbih di tangan beruitan.

    Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadahsentiasa terletak di bahunya serta di tangannya memegang tasbih.

    Pejamkan mata duduk bersila,Lidah berzikir Allah Taala,Terkadang jazbah seperti gila,Kasadnya hendak jadi kepala.

    Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanyaketerlaluan seolah-olah dialah ketua.

    Riak demikian menjadi balak,Amal itu tentu ditolak,Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,Allah Taala sualak.

    Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifatriak.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    8/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 8

    Tema

    Syair ini mengemukan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak.Persoalan

    Sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh Tuhan. Terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang kelebihan diri. Ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri. Kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan. Amalan orang yang riak tidak diterima oleh Allah.

    Nilai

    Nilai kesyukuran iaitu bersyukur dengan ilmu yang dimiliki. Nilai kesederhanaan iaitu bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk.

    Pengajaran

    Kita janganlah bersifat riak. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan yang benar. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    9/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 9

    PUISI TRADISIONALSYAIR PEMBERONTAKAN PATANI

    Laksamana dititahkan Betara,Ke negeri Patani berjalan segera,

    Mendapat cogan Raja Senggora,Akan menerima hukum dan dera.

    Laksamana telah dititahkan oleh Betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergimendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan danhukuman.

    Barang yang hendak dihukumkan,Sekalian tidak boleh disalahkan,Kesalahan pinta dimaafkan,Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.

    Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agardiberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.

    Setelah demikian titah Betara,Laksamana tiada berani dura,Kerana negeri hendak dipelihara,Kelak menjadi huru-hara.

    Setelah mendengar titah Betara, Laksamana tidak lagi risau kerana negeri yangditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.

    Bonda Duli Mahkota Indera,Pada Laksamana emak saudara,Sakit terlantar hampir bermara,Meninggalkan dia tiada terkira.

    Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara Laksamana sudahlama gering dan Laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.

    Daripada kerja terlalu berat,Ke atas negeri hendak mudarat,

    Jadilah dititahkan duli hadirat,Bimbang dan masyghul disuruh kerat.

    Walaupun dengan berat hati Laksamana tetap menjunjung perintah Betara.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    10/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 10

    Tiadalah lagi terkata-kata,Sudah dengan titah Sang Nata,Diputuslah hati yang bercinta,Kepada Allah diserah semata.

    Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah danLaksamana menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

    Niat Laksamana yang pegari,Daulat baginda barang berdiri,Jika selamat sentosa negeri,Biarlah susah di atas diri.

    Harapan Laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negarawalaupun Laksamana terpaksa berkorban.

    Berjalan ia berhati hampa,Bonda yang sakit tiada dilupa,Kerana sakit berat menimpa,Yakin hatinya tiada berjumpa.

    Dalam menjalankan tugas, Laksamana tetap tidak melupakan bonda yang geringmeskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.

    Daripada sudah demikian peri,Keberatan tertanggung di atas negeri,Yang sakit itu seorang diri,

    Bala yang datang meliput negeri.

    Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbandingdengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata .

    Jadilah dititahkan Seri Betara,Tiadalah lagi terkira-kira,Berjalanlah pergi bersegera-segera,Mendapat cogan Raja Senggora.

    Maka Laksamana melaksanakan titah Seri Betara dengan segera bagi mendapat panji-panji atau perintah Raja Senggora.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    11/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 11

    Tema

    Syair ini mengemukan tema tentang tanggungjawab seorang Laksamana melaksanakanperintah Raja.

    Persoalan

    Kesetiaan terhadap pemimpin. Mematuhi arahan pemerintah. Kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat. Keamanan negara tanggungjawab kita.

    Nilai

    Nilai kesetiaan iaitu setia kepada pemerintah dan negara. Nilai amanah iaitu Laksamana melaksanakan amanah Betara. Nilai cinta akan negara iaitu Laksamana sanggup tinggalkan bonda yang sakit demi

    negara.

    Pengajaran

    Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan

    kebaikan kepada orang lain.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    12/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 12

    PUISI TRADISIONALGURINDAM TONGGAK DUA BELAS

    Hendak pandai menghargai masa,Jangan dinanti esok lusa.

    Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkanmasa.

    Ketekunan akan membawa kejayaan,Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

    Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih .Wajah ceria keseronokan bekerja,Usah berduka bermuram durja.

    Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira.Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

    Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan denganbijaksana.

    Ketinggian peribadi jadi amalan,Ketelusan hati jadi bekalan.

    Peribadi unggul dan kejujuran hati perlu diterapkan dalam kehidupan .Kekuatan sifat baik hati,Bertimbang rasa dan bersimpati.

    Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan .Pengaruh kepimpinan melalui teladan,Baik buruk jadikan sempadan.

    Pemimpin yang baik menjadi ikutan.Menjadi kewajipan menjalan tugas,Walaupun sederhana tetapi tegas.

    Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna .

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    13/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 13

    Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,Tidak membazir teliti saksama.

    Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja.Keutamaan kesabaran fikiran tenang,Perkara susah menjadi senang.

    Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi.Peningkatan bakat diberi sokongan,Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

    Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi.Nikmat mencipta budaya kreatif,

    Kembangkan bakat semoga aktif.

    Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    14/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 14

    Tema

    Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-bilai murni yang perlu ada dalam diriseseorang.

    Persoalan

    Menghargai masa penting dalam kehidupan (rangkap 1) Tekun berusaha membawa kejayaan (rangkap 2) Kepemimpinan melalui teladan (rangkap 7) Berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10) Berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)

    Nilai

    Kegigihan apabila bekerja. Kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab. Kesederhanaan dalam kehidupan. Kesabaran menghadapi cabaran.

    Pengajaran:

    Kita hendaklah bertindak secara bijaksana. Kita hendaklah menghargai masa. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik. Kita janganlah suka membazir. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan.

  • 7/29/2019 Antologi Dirgahayu Bahasaku Puisi Tradisional

    15/15

    CSL2012Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Puisi Tradisional 15

    PUISI TRADISIONALSELOKA SI LUNCAI

    Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...Ada rumah tidak dijaga,

    Ada anak tidak dilatih,Ada ternakan tidak dibela,Ada kebun tidak ditanam,Ada cerdik tidak diselidik,Ada belajar kepalang ajar,Ada mengaji tidak mengkaji,Ada mata tiada kuasa,Ada kuat tiada buat,Biarkan, biarkan ...!Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

    Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab dan pemalas menyebabkan kehilanganharta benda. Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapitidak diasuh, ada ternakan tetapi tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun.Kesimpulannya Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.

    Tema

    Sikap negatif akan menyebabkan kerugianPersoalan

    Sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian. Tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh. Tidak menggunakan kudrat yang ada.

    Nilai

    Nilai bertanggungjawab iaitu bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Nilai kebijaksanaan iaitu kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja.

    Pengajaran

    Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya. Kita hendaklah bijak menggunakan akal. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu.