Komunikasi Combine Edit

Embed Size (px)

Citation preview

PENGENALAN 1.0 DEFINISI KOMUNIKASI Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002 : 698), komunikasi didefinisikan sebagai perhubungan secara langsung atau dengan pengantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Komunikasi massa pula adalah perhubungan dengan atau sampai kepada orang lain amnya. Ini bermaksud, apa jua bentuk penyampaian mesej daripada pengantar (sesebuah pihak) kepada penerima (pihak lain) dinamakan komunikasi. Komunikasi tidak akan terjadi sekiranya melibatkan sesebuah pihak sahaja. Menurut Bartol (1998), komunikasi bermaksud pertukaran maklumat (mesej) antara manusia bagi tujuan pencapaian maksud yang sama. Ini bermaksud, penerima memahami maksud maklumat yang sama sebagaimana yang ingin disampaikan oleh penghantar. Komunikasi boleh terjadi sekurang-kurangnya melibatkan dua orang yang ingin bertukar-tukar maklumat. Bartol juga menyatakan komunikasi boleh terjadi sama ada seseorang itu bercakap atau tidak. Diam juga menandakan mereka sedang berkomunikasi. Selain itu, komunikasi juga dikatakan sebagai proses menyampaikan mesej atau perhubungan melalui suara atau bukan suara. Sebagai makhluk sosial, manusia sentiasa berinteraksi dalam kehidupannya dan memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan. Komunikasi juga adalah proses di mana seseorang, kelompok atau organisasi (pengirim) mengirimkan beberapa tips informasi (pesanan) kepada seseorang, kelompok, atau organisasi yang lain (penerima). Dalam Bahasa Latin, komunikasi dikatakan sebagai communis atau common yang bermaksud penyampaian informasi dan pemahaman yang menggunakan simbol verbal atau non-verbal. Komunikasi merupakan rantai pertukaran informasi. Konsep ini mempunyai unsur-unsur seperti:

1. Suatu perbuatan untuk membuat seseorang mengerti tentang apa yang ingindisampaikan.

2. Suatu saranan pengaliran informasi 3. Suatu sistem terjalinnya komunikasi antara individu 1

Kumpulan kami ditugaskan untuk menemuramah dengan seorang seniman jalanan. Sebelum menerangkan secara lanjut kami ingin memjelaskan kefahaman kami mengenai seniman. Seniman dilahirkan dengan bakat dan kreativiti yang tinggi. Kemampuan seniman mengolah idea dan kemudian mencipta bagi memperlihatkan satu adunan kreativiti yang hebat. Tidak semua manusia mampu berbuat demikian. Kejujuran seniman untuk memperkatakan sesuatu adalah hak. Seniman juga dikenali sebagai orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya itu seperti penyanyi, pelukis, dan penyair (Kamus Dewan Edisi Keempat:1453) Seni pula digambarkan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik) yang dicipta dengan bakat (kecekapan) hasil daripada sesuatu ciptaan (Kamus Dewan Edisi Keempat:1450). Seni juga merupakan satu bidang yang unik. Tiada siapa pun yang menyedari bahawa mereka telah mengenali dan meminati seni sejak di zaman kanakkanak lagi. Keunikan bidang ini telah memberikan peluang kepada manusia untuk berada dalam dunianya. Ada yang menjadikan hanya sebagai minat, kerjaya, sumber pendapatan dan sebagainya. Namun seni tetap berada pada kedudukannya yang tersendiri. Seni menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996:453) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancaindera mausia sama ada ada melalui penglihatan dan pendengaran. Dengan kata lain seniman jalanan ialah seseorang yang mempunyai bakat dan kreativiti yang tinggi serta dapat mencipta hasil dari bakat tersebut dengan keunikan yang tersendiri.

2.0 DEFINISI KOMUNIKASI BUKAN LISAN Komunikasi bukan lisan ( juga dikenali sebagai "komunikasi tanpa kata"; bahasa Inggeris: nonverbal communication ) merujuk kepada segala aspek pesanan yang tidak diberikan oleh makna literal perkataan. Komunikasi tanpa lisan merangkumi kedua-dua komunikasi bertulis serta komunikasi lisan. Orang lain boleh tahu siapa kita, apa yang kita fikirkan dan apa yang kita rasakan kerana mereka boleh membaca

2

maklumat itu baik daripada kata-kata yang kita ucapkan, mahupun daripada bahasa badan yang kita tunjukkan. Bahasa badan kadangkala merujuk kepada gelagat kinestetik yang merangkumi pergerakan badan seperti perubahan air muka, pergerakan mata, cara bertindak, cara berpakaian, cara berjalan dan bertindak, bahasa isyarat, perhubungan ruang dan jarak, orientasi masa, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap. Komunikasi juga boleh terjadi walaupun ketika seseorang itu tidak bergerak. Sifat-sifat seperti susuk badan, ketinggian, berat badan, kulit, mata dan rambut boleh dibaca oleh orang lain untuk memahami perangai seseorang. Mereka yang berpakaian kemas dan bersih digambarkan seorang yang mementingkan kebersihan, berkerjaya dan mementingkan penampilan diri. Daripada penampilan diri, seseorang boleh menilai sama ada kita sesuai atau tidak dijadikan rakan hanya dengan melihat ciri-ciri pada tubuh badan sahaja. Melalui pemerhatian, seniman jalanan yang ditemui membuat persembahan secara beramai-ramai (berkumpulan). Mereka berpakaian kasual, tidak terlalu kemas tetapi masih mengekalkan tahap kebersihan secara asas. Mereka menyanyi lagu-lagu Melayu dan Inggeris sambil berdiri dan bermain gitar. Kita belajar membaca bahasa badan kerana berhasrat ingin mengetahui tentang orang lain luar dan dalam. Kita juga mahu belajar mengawal bahasa badan kita sendiri kerana mahu berkomunikasi dengan lebih berkesan. Contohnya, sebagai guru kita mahu menunjukkan kesungguhan, keikhlasan, kemahiran dan kepakaran kita semasa mengajar. Sekiranya sebagai seniman jalanan, kita ingin menunjukkan bakat, kemahiran dan ingin membuat semua penonton terhibur dengan persembahan yang kita buat. Sekiranya kita mengetahui apa yang orang lain fikirkan, sudah pasti hasrat dan objektif kita akan tercapai. Seseorang yang ingin mengetahui sikap seseorang dengan melihat bahasa badan haruslah sentiasa berlatih dengan melihat aksi manusia setiap hari. Mereka hendaklah belajar cara seseorang dari semua aspek dan ia memakan masa untuk betulbetul mahir. Mereka perlu membaca unsur-unsur bahasa badan dalam bentuk gugusan dan membaca keselarian antara bahasa lisan dengan bahasa badan. Sebagai contoh, Brother Jimmy yang ditemubual oleh kumpulan kami, dapat dilihat caranya untuk menarik perhatian pendengar melalui membuat cakap-cakap ringan atau santai secara

3

gurauan seperti berkata, walaupun kami tak handsome tapi kami baik hati!, senyumsenyum, muka jangan masam-masam! Terimalah sebuah lagu dari M.Nasir!. Memahami bahasa badan amatlah penting dalam menjalinkan perhubungan supaya kita dapat mengerti mesej yang ingin disampaikan oleh orang lain semasa berkomunikasi. Kita juga dapat mengambil inisiatif lain sekiranya pendengar menunjukkan mereka tidak faham atau mengantuk semasa sesi menyampaikan maklumat. Contohnya, sekiranya seseorang menggosok mata, telinga dan hidung membawa makna mereka tidak memahami, melihat dan mendengar dengan jelas. Jadi, bolehlah kita sebagai penyampai mengubah cara penyampaian supaya lebih jelas dan difahami oleh semua orang. Sekiranya seseorang menutup mulut dengan tangan menandakan mereka mengantuk dan penyampai boleh melakukan sedikit aktiviti yang boleh membuatkan pendengar tidak mengantuk. Daripada pemerhatian kami tentang seniman jalanan, mereka banyak

menggunakan komunikasi bukan lisan ketika temubual berlangsung dan membuat persembahan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya, memetik gitar, merokok, mengangguk dan menggeleng kepala ketika menyanyi untuk menghayati lagu, memandang ke bawah, menghulurkan beg sebagai tanda meminta sumbangan dari penonton, membaling topi untuk menghiburkan orang ramai dan cara mereka berpakaian juga menunjukkan mereka adalah orang seni. 3.0 JENIS KOMUNIKASI BUKAN LISAN Komunikasi lisan biasanya dikaitkan dengan ungkapan kata yang bermakna, sama ada yang dituturkan atau bertulis. Walaupun istilah verbal digunakan secara longgar dalam pertuturan harian untuk merujuk ungkapan lisan atau pertuturan dan merupakan lawan kepada bertulis, namun istilah ini bukanlah maksud yang sebenar dalam kajian bahasa. Ia sebenarnya juga dikaitkan dengan unsur kata kerja (verbs), iaitu sesuatu kata atau kumpulan kata yang mengungkapkan sesuatu tindakan, peristiwa atau keadaan. Komunikasi bukan lisan pula merujuk ekspresi muka, gerak isyarat badan dan tutur kata yang terdapat dalam literatur naratif. Unsur bukan verbal ini biasa dikaji

4

berdasarkan ciri-ciri naratif dalam teks. Teks-teks naratif multimedia misalnya telah ditulis untuk dituturkan atau dinyanyikan. Oleh itu teks-teks ini bergantung pada perantara bukan linguistik atau bentuk ekspresi bukan verbal yang lain untuk direalisasikan di samping elemen verbal. Pengungkapan makna dan pragmatik dalam iklan, teks visual dan multimedia, bahasa isyarat, intonasi dalam pengucapan, bunyibunyi dalam persekitaran, peniruan bunyi dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah, anatomi muka semasa bertutur, pengungkapan deskripsi perlakuan dalam penceritaan sastera, intonasi dan kualiti suara semasa berkomunikasi, gerak isyarat badan dalam latar profesional, penampilan diri dan unsur kesopanan adalah antara bentuk-bentuk bahasa bukan verbal yang sering hadir dalam komunikasi seharian tetapi masih belum banyak dikaji dalam konteks Malaysia. Komunikasi bukan lisan juga dikenali sebagai "komunikasi tanpa kata" atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai nonverbal communication yang merujuk kepada segala aspek pesanan yang tidak diberikan oleh makna literal perkataan. Komunikasi tanpa lisan merangkumi kedua-dua komunikasi bertulis serta komunikasi lisan. Jenis komunikasi tanpa lisan yang utama termasuklah :

Kronemik -merujuk kepada cara orang menggunakan dan mentafsirkan masa Kinesik - analisis bahasa gerak geri yang merangkumi air muka, gerak badan, postur dan hubungan mata. Paralinguistik - unsur bunyi bagi komunikasi tanpa lisan Proksemik Semiotik Komunikasi objek Haptik atau sentuhan Okulesik; dan Olfaktik Salah satu jenis komunikasi bukan lisan ialah bahasa gerak-geri badan. Bahasa

gerak-geri adalah istilah yang luas untuk pelbagai bentuk komunikasi yang menggunakan gerak badan atau gerak isyarat sebagai ganti ataupun sebagai pelengkap untuk bahasa lisan dan bentuk komunikasi lain. Ia merupakan satu kategori paralinguistik yang merangkumi segala komunikasi manusia yang bukan bahasa. Paralinguistik yang merangkumi bahasa gerak-geri telah diselidiki secara luas oleh ahli-

5

ahli psikologi sosial. Bagi pertuturan harian dan psikologi

popular, istilah ini sering

digunakan untuk bahasa gerak-geri yang dianggapi sebagai luar kawal walaupun sebenarnya, perbezaan antara voluntari dan luar kawal seringnya tidak jelas contohnya senyuman atau lambaian boleh dibuat secara voluntari ataupun secara luar kawal. Selain itu, bahasa merupakan alat yang sangat berkesan untuk mempengaruhi orang lain. Bahasa yang tidak lancar juga memberi gambaran yang yang kita tidak selesa dengan apa yang sedang kita sendiri sedang katakan. Ia juga mencipta gambaran kita tidak mengetahui dengan mendalam perkara itu. Ia juga mencerminkan kita tidak komited dengan idea-idea yang sedang kita sampaikan. Lebih serius lagi, bahasa yang patah-patah dan bercampur aduk menunjukkan ia datang daripada pemikiran yang tidak teratur, kelam kabut, dan memberi gambaran kita belum siap berfikir tetapi sudah bercakap. Mengikur pakar psikologi perkara itu menyebabkan kita tidak dapat memancarkan karisma yang mungkin ada pada diri kita sekiranya kita dapat bercakap dengan gaya yang positif dan estim diri yang tinggi. Seniman jalanan yang ditemubual oleh kami, iaitu Brother Jimmy telah menggunakan bahasa yang agak ringkas dan boleh difahami. Mesej yang hendak disampaikan mencapai maksudnya. Dalam penggunaaan bahasa yang digunakan banyak perkataan seperti panggilan diri gua dan lu yang bermaksud saya dan awak. Perkataan yang disebut agak kasar penggunaannya tetapi dianggap biasa oleh mereka kerana persekitaran kehidupan mereka. Mereka terdedah dengan orang ramai dan mungkin juga kehidupan sosial mereka yang agak kasar. Cara percakapan mereka juga seakan menengking dan kuat. Dalam penggunaan bahasa yang digunakan tidak dapat dikategorikan kerana tidak menepati ciri-ciri bahasa yang diperkenalkan dalan kemahiran interpersonal. Seniman dilihat mempunyai identiti tersendiri yang melambangkan perwatakannya. Bahasa yang digunakan juga boleh dikatakan seperti formal semata-mata. bahasa pasar bukan bahasa

6

Bahasa gerak-geri voluntari merujuk kepada pergerakan, gerak isyarat dan lagak yang dibuat dengan sengaja (bersenyum, bergerak tangan, mengajuk tindakan). Ia juga dikaitkan kepada pelbagai jenis komunikasi tanpa bunyi, seperti gerak isyarat yang formal (contohnya gerak isyarat yang dibuat oleh pengarah filem). Air muka sering merupakan bentuk bahasa gerak-geri serta cara untuk mengesan perasaan seseorang. Kita dapat melihat bahasa bukan lisan seseorang melalui air muka mereka atau mimik muka yang ditunjukkan. Apa yang dapat dilihat, Brother Jimmy sentiasa menunjukkan air muka yang ceria, menggambarkan beliau begitu meminati apa yang dilakukannya dan supaya dapat menarik orang ramai mendengar nyanyiannya dan kawan-kawannya. Bahasa gerak-geri adalah hasil pengaruh genetik serta persekitaran. Kanakkanak akan senyum dan ketawa walaupun mereka tidak pernah nampak senyuman. Etologis Iraneus Eibl-Eibesfeldt menyatakan bahawa beberapa unsur bahasa gerak-geri yang asas adalah sejagat dan melintasi pelbagai budaya. Oleh sebab itu, ia ada pola gerak-geri tetap dibawah kawalan kenalurian. Sebahagian bentuk bahasa gerak-geri manusia menunjukkan penerusan dengan gerak isyarat komunikasi mawas yang lain, walaupun makna telah diubah. Gerak isyarat yang lebih halus dan yang berbeza-beza antara budaya ( umpamanya, gerak isyarat untuk "ya" dan "tidak" ) harus dibelajari melalui pembelajaran, biasanya dengan pemerhatian persekitaran secara bawah sedar. Terdapat tanda-tanda bahawa bahasa gerak-geri mungkin lebih mustahak dalam komunikasi kumpulan bila dibandingkan dengan komunikasi satu-dengan-satu. Dalam kumpulan, setiap orang mempunyai saluran bahasa gerak-geri yang terbuka kepada semua orang yang lain dalam kumpulan sedangkan pertuturan biasanya hanya dihadkan kepada satu orang sahaja pada satu masa. Dengan kata lain, lebih besar kumpulannya, lebih banyak bahasa gerak-geri digunakan. Seperti kumpulan Brother Jimmy, terdapat dua orang lagi temannya yang bermain gitar, dan seorang pak cik tua yang bermain instrumen kecil. Apa yang dapat diperhatikan, terdapat pelbagai karekter didalam kumpulan persembahan itu. Brother Jimmy lebih nampak kemas dan ringkas, manakala dua lagi temannya berperwakan kasual, dan agak selekeh, serta seorang pak cik yang pakaiannya berunsurkan natives atau alam semulajadi. Kesenyapan sering merupakan satu bentuk paralinguistik yang mempunyai pelbagai tafsiran yang biasanya, bergantung kepada individu. Satu tafsiran yang merangkumi kesenyapan serta memandang lantai ataupun mengelakkan hubungan

7

mata, biasanya menunjukkan bahawa orang itu sedang memikirkan masalah yang menjejaskannya secara emosi. Dalam aspek seniman jalanan, mereka akan berhenti sebentar, atau melakukan kesenyapan setelah menyanyikan satu-satu lagu. Ini dilakukan mungkin bagi mengambil masa untuk berehat sebentar, mengambil nafas, mengelap peluh, membasahkan tekak, dan mencari idea untuk menukar lagu lain. Contoh bahasa gerak badan oleh seniman jalanan yang dapat kami perhatikan, mereka telah menghulurkan beg sebagai tanda meminta sumbangan daripada penonton dan memahami isyarat tersebut. Tiada paksaan untuk memberi sumbangan, tetapi salah seorang secara bergilir-gilir akan berjalan melalui pendengar dan penonton persembahan mereka sekitar kawasan Central Market untuk memohon sumbangan. Brother Jimmy juga mengangguk-angguk kepala ketika sesi temubual sebagai tanda setuju dengan pernyataan penemubual. Kumpulan seniman jalanan ini juga menunjukkan banyak gerak geri semasa membuat persembahan seperti ada yang memetik gitar, mengetuk loceng dan bermain dengan topi untuk menghiburkan penonton. Persembahan mereka berkumpulan nampak lebih menarik berbanding bersendirian kerana masing-masing mempunyai karekter tersendiri untuk membuat persembahan dan menggunakan gerak geri yang pelbagai. Brother Jimmy juga sering memandang gitar dan memetiknya sekali-sekala menandakan tidak memberi tumpuan pada penemubual dan seperti tergesa-gesa membuat persembahan kerana gaya bercakapnya yang agak laju dan singkat-singkat. Semasa membuat persembahan mereka juga sering memejamkan mata sebagai tanda menghayati lagu yang sedang disampaikan. 4.0 FUNGSI / PERANAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN Bahasa bukan lisan mempunyai lima fungsi utama :

1. Memberi tekanan Kebanyakan bahasa badan yang kita gunakan sehari-hariialah untuk memberi tekanan kepada apa yang sedang kita katakan. Sebagai contoh, ketika temubual dijalankan, Brother Jimmy tersenyum sambil berkatakata, memetik gitar, merokok, dan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.

8

2. Menambahkan maklumat Kadangkala, ketika kita bercakap, kita dapatmemberi maklumat tambahan. Maklumat itu tidak semestinya berbentuk percakapan, tetapi boleh disampaikan melalui bahasa badan. Walaupun tidak berkata-kata, penerima mesej masih boleh tahu apa yang kita hendak sampaikan melalui bahasa badan. Misalnya, semasa proses temubual, Brother Jimmy mengeleng-gelengkan kepalanya sebagai tanda tidak setuju. Brother Jimmy juga banyak memandang ke arah lain menunjukkan beliau tidak memberikan tumpuan kepada penemubual. Beliau lebih gemar merokok dan memetik gitar.

3. Menafikan Dalam sesetengah keadaan, mulut kita berkata sesuatu, tetapi kitasendiri tidak setuju dengan apa yang kita ucapkan. Jadi, bahasa badan kita menafikan apa yang mulut kita ucapkan. Sebagai contoh, mulut kita berkata, ya tetapi kepala kita berkata tidak iaitu apabila sambil kita berkata, ya tetapi pada masa yang sama kepala kita mengeleng-geleng.

4. Mengawal ada masanya kita menggunakan bahasa badan untuk mengawalaliran percakapan. Sebagai contoh, kita mengangkat tangan untuk memberitahu kita mahu bercakap, atau kita condongkan badan ke depan atau kita pandang orang itu tepat ke matanya. Atau kita angkat tangan untuk memberitahu orang itu kita belum habis bercakap lagi.

5. Mengulang ada masanya mulut kita bercakap. Kemudian bahasa badan kitamengatakan perkara yang serupa juga. Sebagai contoh, Brother Jimmy berkata, Mari tengok persembahan sekarang , kemudian bahasa badannya juga menunjukkan maksud yang serupa iaitu menuju ke tempat persembahan. Semasa sesi temubual, beliau ada juga mengangguk kepala dan mengatakan ya sebagai tanda setuju. Pengulangan juga mungkin bermaksud penekanan terhadap apa yang diperkatakan.

9

Komunikasi bukan lisan atau non verbal adalah cara menyampaikan mesej bukan melalui tutur kata tetapi penggunaan saluran ekspresi muka, pandangan mata, pergerakan badan, dan intonasi suara. Petanda-petanda dalam penyampaian mesej ini mungkin dilahirkan dengan sengaja dan jelas untuk menyatakan perasaan dan ada juga yang muncul tanpa disedari. Dengan membaca keselarian antara tiap-tiap unsur bahasa badan yang diperlihatkan oleh seseorang, barulah kita dapat membaca sikap seseorang. Sekiranya kita dapat membaca bahasa badan seseorang, kita dapat mengetahui sama ada apa yang kita sampaikan itu diterima dengan positif atau negatif, sama ada dia seorang bersikap terbuka atau defensif terhadap idea yang kita kemukakan. Kita juga dapat mengetahui sama ada dia berasa bosan mendengar kita bercakap ataupun dia cuma berpura-pura berminat. Dengan mengetahui bahasa badannya, pertama kita dapat mengetahui bila masanya kita mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan kita. Kedua, bila kita patut berhenti bercakap dan ketiga, bila kita perlu buat sesuatu yang lain sama sekali. 1) Kontak Mata ( eye contact ) Kontak mata bermaksud cara kita memandang seseorang dengan memberi pengertian tertentu mengenai perasaan kita terhadapnya dan mempengaruhi kualiti interaksi seterusnya. Peranan mata atau cara kita memandang seseorang bukan sahaja mencerminkan perasaan atau sikap tetapi juga dapat merangsang suasana kondusif dan positif dalam perbincangan. Mizan Adiliah telah dan Halimathun Halaliah (2000) telah menggariskan beberapa fungsi kontak mata seperti memberi perhatian, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat, menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan, keselesaan dan kesungguhan.

10

1 ) Mata Komunikasi bukan lisan mata merupakan salah satu bahasa badan yang penting kerana mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Antaranya ialah dapat menjelaskan kedudukan perasaan seseorang dengan lebih baik. Contohnya, daripada kaca mata Brother Jimmy kita dapat lihat beliau ikhlas bekerjasama untuk ditemuramah berbanding temanya yang lain, mudah didekati dan dapat dilihat akan rasa obsesi beliau terhadap apa yang dilakukannya. Melalui Brother Jimmy, beliau terlalu meminati bidang seni ini sejak dari bangku sekolah lagi. Beliau terus melakukan apa yang diminatinya sehingga kini. Menurutnya, beliau menyanyi dijalanan ini di Central Market sejak tahun 1990-an lagi. Kini, nyayian dijalanan bersama teman-teman, dijadikan sebagai kerjaya sepenuh masa bagi Brother Jimmy. Seseorang yang terperanjat akan membeliakkan matanya dengan luas dan seseorang yang menaikkan ekor matanya boleh ditafsirkan sebagai tidak bersetuju, tidak percaya atau tidak merestui sesuatu yang diperkatakan. Mata juga digunakan untuk mengawal perhubungan semasa berkomunikasi seperti memulakan perhubungan, menutup perbualan, mengarahkan perhubungan diteruskan dan mendapatkan maklumbalas.

2) Ekspresi Muka Bentuk fizikal muka bersama dengan pergerakan tertentu dapat menyampaikan mesej yang berbagai-bagai termasuk informasi mengenai identiti sosial, emosi serta pesonaliti seseorang. Dengan menggunakan muka sahaja, tanpa bercakap walau sepatah pun, kita sudah boleh mengetahui perasaan yang dialami oleh seseorang. Air muka dapat menggambarkan tahap kerisauan, keriangan, kesedihan, terkejut, meluat, minat, hairan, tawakal, kesusahan, senang hati dan keadaan semasa berkomunikasi. Apa yang dapat dilihat, Brother Jimmy menerima dengan terbuka kehadiran penemubual dengan baik. Walaupun waktu terlalu pantas, tetapi kesudian beliau untuk menerima dengan terbuka untuk ditemubual merupakan suatu penghargaan bagi kami.

11

3) Posisi badan dan gerak-geri Setiap orang pasti mempunyai gaya duduk dan berdiri tersendiri apabila berinteraksi dengan orang lain di samping bahagian badan yang tertentu akan digerakkan bagi menggambarkan perasaan, mood, sikap dan persepsi seseorang. Lainlain pergerakan seperti menggengam, menggaru-garu, menggoyang-goyang kaki, mengerdip mata, dan sebagainya menggambarkan seseorang dalam keadaan gelisah dan kebangkitan emosi. Brother Jimmy kelihatan gelisah dan lebih tertumpu pada gitarnya kerana beliau bercakap dengan cepat kerana sedang menunngu masa untuk menyambung persembahannya lagi, dan menjawab soalan yang beliau tidak jangkakan. Begitu juga dengan pergerakan kaki dan tangan yang sesuai dapat membantu keberkesanan komunikasi seperti memberi penekanan kepada sesuatu fakta dalam perbincangan atau melahirkan emosi yang terselindung. Pergerakan yang terlalu banyak dan keterlaluan akan menganggu tahap keberkesanan sesuatu komunikasi. Contoh, semasa temubual berlangsung, Brother Jimmy sentiasa menghisap rokok menyebabkan berlaku ketidakselesaan dan beliau juga sering memetik gitar menyebabkan suaranya juga kurang jelas didengari. Para pengkaji telah mengenalpasti beberapa fungsi gerak-geri badan ini seperti berikut :

1. Emblem - ialah gerak geri yang dapat menggantikan perkataan yang kitaucapkan. Sebagai contoh, Brother Jimmy menganggukkan kepala sebagai tanda setuju dan menggantikan perkataan ya .

2. Penggambar - gerak-geri ini kita buat seiring dengan kata-kata yang kitaucapkan. Gerak-geri ini menggambarkan apa yang kita maksudkan. Contohnya, apabila Brother Jimmy berkata di sana , tangan beliau juga bergerak menunjukkan arah yang ingin ditujukan.

3. Pelukis rasa - muka kita boleh menggambarkan bermacam-macam perasaanyang kita rasai, antaranya marah, takut, ragu, gembira, malu, geli, sedih, dan tidak sabar. Tindakan ini mungkin diluar kawalan ataupun disengajakan umpamanya menunjukkan perasaan marah. Contohnya, kadangkala Brother

12

Jimmy senyum dan menjerit, terima kasih! ketika penonton menghulurkan sumbangan di dalam begnya menandakan beliau sedang gembira kerana menyanyi adalah satu-satunya punca rezeki beliau.

4. Pengawal - Apabila kita mendengar orang lain bercakap dengan kita, kitamembuat gerak geri untuk mengawal mereka bercakap. Misalnya, kita ucapkan perkataan teruskan hendak memberitahu dia kita berminat mendengar tentang apa yang diperkatakan, mungkin kita angguk-anggukkan kepala serta mencondongkan badan ke depan.

5. Penyesuai - gerak-geri ini kita lakukan kerana ada keperluan untukmelakukannya sebagai contoh apabila gatal, kita menggaru-garu. Ada juga gerak-geri pengawal yang tidak sopan seperti mengorek hidung.

6. Menggantikan - adakalanya mulut kita diam tetapi sebagai gantinya badan yangbercakap. Contohnya kita tidak berkata ya tetapi cuma mengangguk kepala. 4) Sentuhan Sentuhan merupakan satu lagi aspek non verbal dalam komunikasi yang membawa erti tersendiri. Mesej atau maklumat yang terkandung dalam sentuhan ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti siapa yang melakukan, bentuk sentuhan, bahagian yang disentuh serta tempat terjadinya sentuhan. Dengan demikian sentuhan dapat memberi tafsiran seperti kemesraan, penguasaan, agresif, minat seksual, ambil berat dan sebagainya. Sentuhan juga merupakan satu lagi input pancaindera yang dapat membantu komunikasi. Namun ia perlu dilakukan dengan penuh hormat dan dengan keizinan seseorang. Selain itu, sentuhan merupakan cara bagaimana seseorang itu berkomunikasi dalam konteks fizikal. Dengan lain perkataan, seseorang itu menggunakan tangan semasa berkomunikasi seperti berjabat tangan. Komunikasi bukan lisan sentuhan ini mempunyai beberapa jenis fungsi seperti yang berikut:

13

1. Menyampaikan emosi - kita menyentuh orang itu untuk menyampaikan emosipositif seperti sokongan, penghargaan, cinta, kasih sayang, dan penerimaan. Kajian menunjukkan perbuatan ini hanya dilakukan oleh kalangan mereka yang mempunyai hubungan rapat. Didapati pasangan-pasangan banyak menggunakan sentuhan dalam fasa pertengahan hubungan mereka.

2. Mengawal - kita juga menggunakan sentuhan untuk mengawal kelakuan oranglain, termasuk sikap dan perasaan mereka. Kita sentuh mereka apabila kita mahu mereka patuh kepada kita kita apabila kita berkata sesuatu kepadanya seperti cepat.

3. Menunjukkan status - kita juga menyentuh orang untuk memberitahukepadanya kedudukan dan status kita lebih tinggi daripadanya. Orang bawah tidak bolah menyentuh orang atas.

4. Sentuhan sopan - ada satu lagi jenis sentuhan yang panggil sentuhan sopansantun. Ia kita lakukan dalam keadaan seperti baru bertemu atau akan berpisah. Sebagai contoh, bersalam atau berpelukan.

5. Sentuhan tugas - satu lagi sentuhan ialah sentuhan tugas. Ia dilakukan keranakehendak tugas yang dijalankan. Sebagai contoh, kita sentuh dahi orang itu kerana hendak rasa suhu badannya. 5) Nada Suara Sesuatu perkataan yang disebut dengan nada yang berbeza akan membawa erti yang berbeza. Oleh itu, adalah penting bagi mendengar dan memahami nada suara tersebut kerana ia akan memberi peluang kepada kita untuk memahami emosi orang itu sama ada nada tegang, geram, marah, sedih, tidak bermaya, merungut dan sebagainya.

14

5.0 SIFAT-SIFAT KOMUNIKASI BUKAN LISAN Terdapat tiga sebab untuk mempelajari komunikasi bukan lisan iaitu sebagai kaedah utama untuk mengkomunikasi perasaan dan sikap. Komunikasi bukan lisan juga lebih dipercayai berbanding komunikasi secara lisan. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting dalam pembentukan hubungan antara perseorangan. Walau bagaimanapun, komunikasi bukan lisan mempunyai sifat-sifatnya yang tertentu. Komunikasi bukan lisan adalah bersifat kabur dan tidak jelas. Ini kerana komunikasi bukan verbal ini agak sukar dan rumit untuk diinterpretasikan kerana terdapat banyak makna dalam ekspresi. Sebagai contoh, mesej yang disampaikan melalui ekspresi wajah. Jelingan mata atau tembung mata tidak semestinya memberi maksud benci atau marah tetapi boleh membawa maksud berminat dan menangis pula tidak semestinya sedih. Kadang-kadang orang yang sedang marah juga boleh tersenyum dan ada kalanya, mulut kita berkata sesuatu tetapi kita sendiri tidak setuju dengan apa yang diucapkan. Jadi bahasa badan kita menafikan apa yang mulut kita katakan. Sebagai contoh, mulut kita berkataya tetapi kepala kita berkata tidak iaitu sambil berkata, ya tetapi pada masa yang sama kepala kita menggeleng-geleng. Komunikasi bukan lisan juga mempunyai banyak fungsi sosial. Contohya dari segi cara duduk dan gaya berjalan. Selain itu komunikasi non verbal terikat dengan budaya. Terdapat perbuatan yang yang sama tetapi budayanya berbeza. Setiap perbuatan yang dilakukan mungkin mempunyai takrifan yang berbeza-beza. Contohnya hon kereta membawa maksud yang berbeza di tempat-tempat yang berlainan disebabkan oleh budaya yang tidak sama. Selain itu, komunikasi bukan lisan mempunyai pelbagai saluran. Contohnya emosi marah boleh ditahan tetapi tidak boleh disembunyikan. Wajah kita akan bercakap mengenai perasaan kita. Kajian oleh pakar psikologi mendapati muka kita boleh menyatakan perasaan bahagia, seronok,takut, marah, benci, sedih dan sebagainya. Walau bagaimanapun, budaya kita mempunyai peraturan yang memberitahu bila masanya kita boleh merasakan sesuatu dan bila masanya tidak boleh merasai perasaan yang serupa. Sebagai contoh, kita tidak dibenarkan menunjukkan rasa gembira apabila ada orang lain yang sedang berduka.

15

Selain itu, komunikasi bukan lisan juga berlaku tanpa disedari atau memang dilakukan secara sengaja. Contohnya orang yang berdusta tidak mahu menentang mata kita, dia akan berusaha melarikan matanya ke tempat lain. Mata orang yang sedang berdusta banyak berkelip-kelip.dan kerlipannya lebih laju daripada biasa. Namun ada juga non-verbal yang dilakukan dengan sengaja. Pertama, kita melebih-lebihkan komunikasi wajah kita apabila kita hendak menunjukkan perasaan kita dengan berlebihlebihan. Sebagai contoh, kita melakukan perbuatan ini apabila hendak menunjukkan kita seronok menerima hadiah yang tak diduga. Kedua, kita mengurangkan gerak-geri pada wajah kita kerana tidak mahu menunjukkan semua perasaan kita. Ketiga, kita menghapuskan gerak-geri pada wajah supaya kelihatan solah-olah kita tidak berasa apa-apa. Kita pura-pura tidak berasa sedih atau risau di depan orang lain kerana tidak mahu orang lain ikut sedih atau risau. Selain itu, kita juga sengaja menutup gerak-geri pada wajah yang sepatutnya tidak kita tutup dengan menggunakan gerak-geri lain kerana kita tidak mahu orang lain tahu kita sedang merasakan perasaan itu. Contohnya, kita menutup rasa kecewa dengan menggunakan gerak-geri gembira. Komunikasi bukan lisan mempunyai kod-kod dan fungsi-fungsi tertentu iaitu: Gerak-geri : Istilah gerak geri badan ialah istilah popular untuk istilah lain iatu kinetik. Para pengkaji bidang bahasa badan mengenal pasti terdapat lima jenis gerak geri iaitu emblem, penggambar, pelukis rasa, pengawal, penyesuai dan menggantikan. Emblem ialah gerak geri yang menggantikan perkataan yang kita ucapkan. Sebagai contoh, kita menunjukkan ibu jari tangan kanan untuk menggantikan perkataan bagus, ataupun jari telunjuk untuk menggantikan perkataan satu. Penggambar pula ialah gerak-geri yang kita buat seiring dengan dengan kata-kata yang kita ucapkan. Gerak-geri ini betul-betul menggambarkan apa yang kita maksudkan. Sebagai contoh, apabila kita berkata besar, maka tangan kita juga akan bergerak untuk menggambarkan saiz besar itu. Pelukis rasa pula bermaksud wajah kita boleh melukiskan bermacam-macam perasaan yang kita rasai, antaranya marah, takut, geli, sedih dan tak sabar. Gerak-geri ini mungkin timbul di luar kawalan kita, ataupun ia mungkin sengaja kita lakukan, umpamanya apabila kita ingin menunjukkan kita sangat marah.

16

Muka dan mata : Mesej bukan verbal sukar untuk diinterpretasikan. Ini kerana terdapat banyak makna dalam ekspresi wajah. Wajah boleh cepat berubah dan juga boleh dibuat-buat. Untuk membaca perasaan, kita boleh lihat gerak geri yang berlaku pada bahagianbahagian wajah. Ia sering digunakan dalam soal siasat dan temuduga. Selain itu, komunikasi mata adalah jenis bahasa badan yang paling penting. kajian mendapati bahawa apabila kita meminati apa yang kita lihat, anak mata kita akan membesar. Contohnya apabila merenung orang yang diminati. Sentuhan : Istilah komunikasi sentuhan ialah istilah popular untuk haptiks. Sentuhan penting dalam hubungan terutamanya dalam hubungan ibu dan anak, kekasih dan sebagainya. Walau bagaimanapun, agama dan budaya yang berbeza memerlukan kita sentiasa mengambil berat tentang perkara ini yang mungkin menjadi sensitiviti bagi agama atau budaya tertentu. Kita menyentuh orang untuk menyampaikan emosi positif seperti sokongan, penghargaan, cinta, kasih sayang, dan penerimaan. Perbuatan ini hanya dilakukan di kalangan mereka yang mempunyai hubungan yang rapat. Kita juga mengunakan sentuhan untuk mengawal kelakuan orang lain, termasuk sikap dan perasaan mereka. Satu lagi jenis sentuhan ialah sentuhan tugas. Ia dilakukan kerana kehendak tugas yang dijalankan. Contohnya, seorang doktor menyentuh dahi pesakit kerana hendak merasa suhu badannya. Terdapat juga sentuhan yang dipanggil sentuhan sopan. Sebagai contoh, bersalaman dan berpelukan. Namun ini juga bergantung kepada cara dan penerimaan dalam budaya masing-masing.

Suara : Ia juga dikenali sebagai paralinguistik. Kadar pertuturan, nada, kelangsingan dan kekuatan suara berlaku sama ada secara tidak disedari atau disengajakan. Cara mesej dikeluarkan adalah mengikut nada. Apabila seseorang menuturkan perkataan menyampah aku., ia mungkin bermakna benci atau hanya sekadar gurauan. Kesan paralinguistik ini sangat kuat untuk menginterpretasikan perasaan marah, sedih, takut dan sebagainya. Melalui pemerhatian terhadap seniman jalanan, didapati bahawa suara amat memainkan peranan yang penting dalam memastikan persembahan nyayian mereka dalam keadaan baik, dan berjalan lancar.

17

6.0 KESAN KOMINIKASI BUKAN LISAN Pesonaliti seseorang

Peranan deria sebagai saluran adalah penting berdasarkan kata-kata ahli falsafah Kung Fu Tze ada menyatakan kalau saya dengar saya lupa, kalau saya lihat saya ingat dan kalau saya buat saya faham. Dalam konteks yang sama Heinich (1993) menyatakan manusia hafal 10 % melalui penglihatan, 20% melalui pemahaman dan 30% melalui pendengaran dan penglihatan. melakukan pemahaman. Menunjukkan tapak tangan kepada para pendengar mungkin merupakan sikap terus-terang dan kejujuran. Apa yang dapat dilihat, kumpulan seniman jalanan ini hanya menghulurkan kantung kain kecil yang mengharap sumbangan dari orang ramai. Selain itu, terdapat sedikit gaya tangan dari mereka sewaktu menyanyikan lagu-lagu sewaktu persembahan, manakala pak cik tua pula cuba lebih menarik perhatian ramai melalui membaling topinya dan memastikan topi itu jatuh semula ke kepalanya secara tepat. Mengalihkan kaki atau lutut ke arah orang yang lain mungkin menunjukkan minat kepada orang tersebut ataupun penerimaan. Mengalihkan badan dari arah orang yang sedang bercakap mungkin bermakna anda tidak minat berbual dengan orang itu tetapi lebih minat berbual dengan orang yang badan anda menghadapi. Persekitaran Ini menggambarkan keberkesanan komunikasi bergantung kepada kaedah yang digunakan untuk meransang deria untuk

Sikap berkuasa berasa dirinya lebih dominan statusnya lebih tinggi dan lebih berkuasa daripada orang lain akan bercakap sambil diiringi oleh ciri-ciri bahasa badan seperti bercekak pinggang ada kalanya kedua-dua belah jam tangannya bersilang di depan mukanya apabila sedang duduk mungakin dia akan berdiri dan bercakap mmm......mmmm sebagai jawapan. Dalam konteks seniman jalanan yang ditemubual ini, iaitu Brother Jimmy, beliau turut bergerak dan berubah kedudukannya mungkin bagi menghilangkan lenguh dan cuba bercakap sebaik mungkin kerana suasana persekitaran yang agak sesak dengan orang ramai yang lalu-lalang, dan kebisingan.

18

Sikap berminat

Periksa bahasa badan kita. Adakalanya menunjukkan kita berminat dengan seseorang. Perkara pertama yang dia perasan tentang kita ialah senyuman. Orang dapat melihat dengan jelas antara senyuman jujur dan senyuman palsu. Senyuman yang jujur merekah berkali-kali dan tepat pada masanya. Senyuman yang palsu sama ada meleret panjang atau cepat hilang. Berdasarkan hasil temubual, dapat dilihat bahawa Brother Jimmy agak senang dengan kehadiran penemubual, dan menunjukkan rasa berminat untuk menjawab sekadar yang difahami olehnya. 7.0 KESIMPULAN Jelasnya, dapatlah dirumuskan bahawa kemahiran komunikasi bukan lisan atau non-verval adalah penyampaian mesej bukan melalui tutur kata tetapi penggunan saluran ekspresi muka, gerak geri, pandangan mata, bunyi, pergerakan anggota badan, sebarang rekabentuk, dan intonasi suara. Ia juga merupakan semua bentuk tingkahlaku yang bukan lisan dan tidak bertulis. Petanda-petanda dalam penyampaian mesej ini mungkin dilahirkan dengan sengaja dan jelas untuk menyatakan perasaan dan ada juga yang muncul tanpa disedari. Selain itu, Sifat-sifat komunikasi bukan lisan juga sesuatu yang kabur, tidak jelas, gerak geri mempunyai pelbagai fungsi yang tidak disangka dan sebagainya. Komunikasi berkesan akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan kehidupan yang harmoni antara sesama. Oleh yang demikian, sebagai individu yang menggunakan komunikasi setiap masa kita hendaklah mempelajari kedua-dua komunikasi iaitu komunikasi lisan dan bukan lisan. Selain itu kita hendaklah mempunyai kemahiran-kemahiran komunikasi bukan lisan agar tidak mendatangkan apa-apa masalah apabila bersama dengan individu yang lebih terarah kepada komunikasi bukan lisan.

19

PERANAN AHLI KUMPULAN

1. NOORSYAHADA SURIF Ketua kumpulan, penemubual, editor tugasan secarakeseluruhan.

2. MASLINDA MOHAMAD FADZIL Merakam sesi temubual, editor tugasan. 3. MOHD NURUL IKHWAN ZAINULDIN Merakam sesi temubual, mencari bahanuntuk tugasan.

4. FAZIHA HAMID Merakam sesi temubual. 5. NOR HALIZA MOHD NAPIAH Mencari bahan untuk tugasan. 6. JAMILAH SAPII - Mencari bahan untuk tugasan. 7. VERILEY VERUS - Mencari bahan untuk tugasan. 8. NORISHAH ABD.RAHMAN - Mencari bahan untuk tugasan. 9. NOR SHAZUANI MOHD KARI - Mencari bahan untuk tugasan. 10. NORHA NAFISHAHTUL FIRDAUS ABD.RAHMAN - Mencari bahan untuktugasan.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan, Ainon Mohd, 2006. Kemahiran interpersonal Untuk guru. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Hajah Noresah bt Baharom, Rusli Abdul Ghani, Ibrahim bin Ahmad et.al ( 2002 ). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Communication (2006). Diperoleh pada 2007, Februari 23, daripada http://www.uen.org/themepark/communication/verbal.shtml. Non-verbal communication (2005). Diperoleh pada 2007, Februari 25, daripada http://www.spinybabbler.org/programs/education_focus/articles/nonverbal_communication.php.

20

SAMPEL SOALAN TEMUBUAL SENIMAN JALANAN Hari : Ahad Tarikh : 25 Februari 2007 Tempat : Central Market. Latar belakang : Brother Jimmy : 36 Tahun : Duda : Kuantan, Pahang.

Nama seniman jalanan Umur Status Asal Pengalaman

1. Sudah berapa lama terlibat dalam bidang seni? Suka-suka main. Suka sangat. Tapi... ya memang minat dari bangku sekolah lagi. 2. Sudah berapa lama berada di Central Market sebagai seniman jalanan? Sudah agak lama.......Saya start main kat sini sejak 1990-an. 3. Kenapa memilih bidang ini? Sebab suka dan memang hobi. Memang minati betullah bidang ini.

4. Bagaimana dengan masa pekerjaan? Adakah ia sepenuh masa atau sebaliknyadan pendapatan utama? Pada masa sekarang ia sepenuh masa.

5. Bagaimana reaksi keluarga terhadap kerjaya yang anda pilih ini?Bapa ok. Emak tak suka sangat tapi ahli keluarga yang lain okey. Emak ustazah, dia Cuma tak berapa suka sahaja, tapi tak lah melarang dari buat show.

6. Bagaimana respon publik atau masyarakat di sekeliling?Mereka okey. Tapi ada juga yang macam teruja.....tapi ada juga yang tak suka kan.. 7. Apakah pengalaman yang indah dan buruk yang pernah anda alami? Yang paling okey, pernah buat show untuk function Royal Selangor (di istana), selain itu, hampir setiap tahun kami buat show untuk kempen Hari Aids Sedunia. Kalau pengalaman buruk tu, banyak..Ada pernah kena baling dengan benda oleh pendengar, ada show yang dapat hasil sikit, tak pelah... Pendapatan 1. Bagaimana dengan pendapatan harian?

21

Secara purata, sehari dapat RM 25.00..

2. Bagaimana pendapatan diperolehi diagihkan?Ikut berapa ramai yang buat persembahan, kalau lima orang, bahagi lima lah..Tengok jugak peranan sesorang tu, contohnya kalau dia menyanyi, main gitar lagi, so dia dapat lebih sikit lah berbanding yang main instrumen kecil.

3. Adakah ia mencukupi untuk menyara hidup anda?Boleh tampunglah...cukup..

4. Bagaimana sekiranya cuaca tidak baik atau hari hujan, adakah anda masihmeneruskan show atau persembahan anda? Buat...tapi tunggu hujan reda...tak kisah pun cuaca macam mana.. Komunikasi

1. Masa yang anda selalu guna untuk mengadakan show atau persembahan? haridan masa? Terpulang pada masing-masing kan..Tak tentu...Sejam...Tengoklah kalau masih ada orang yang tunggu persembahan kami, kami teruskan. Tapi kami memang buat show setiap hari kat sini, dari pukul 4.00 petang sehingga hampir marghrib, dalam pukul 7.00petang.

2. Bagaimana cara anda melakukan persembahan? Adakah ia bergilir-gilir atausecara perseorangan atau solo? Bergilir-gilir...

3. Bagaimana cara komunikasi dengan kumpulan lain? Adakah ada orang lainyang membuat persembahan bersama di tempat ini? Adakah ia menimbulkan persaingan? Central Market ini untuk semua... tak ada...umum untuk semua...ikut lah mereka ada band kan Mungkin setengah orang jealous, tapi kami tak....rezeki masingmasing...

4. Bagaimana cara anda menarik perhatian awam untuk bersama dalampersembahan dan cara anda mendapat hasil (bayaran)? Dengan cara masing-masing. Kadang-kadang ada orang suka yang orang Handsome kan dan kadang-kadang ada orang yang suka orang kelakar kan...tu masing masing punya skil. 5. Berapa hari anda melakukan persembahan dalam seminggu? Setiap hari.... 6. Selain Central market, adakah anda juga berkunjung ke tempat lain? Petaling Street, Puchong, Subang, Petaling Street Kg. Baru, merata-rata tempat..Bangsar pun ada. Tapi tu semua untuk malam. Petang sini...

22

7. Agaknya sampai bila anda terus bergiat dalam bidang ini? Tengoklah macam mana....tapi taklah sampai tua...

8. Tidak adakah niat anda untuk memperkembangkan bakat seni yang anda miliki? Ada bakat...tapi cukuplah sampai sini, bukan tak nak jadi artis...dulu pernah dapat juga tawaran, tapi saya lebih selesa begini...kami lebih selesa begini...tak semua orang boleh buat macam ni...artis pun tak boleh buat apa yang kita orang buat ni... 9. Apakah cabaran atau halangan anda sebagai anak seni? Banyak...biasalah...asam garam hidup....nak cari duit...Tak mengapa.

23