Upload
others
View
6
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JANGAN SKIP SAHURSahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga
untuk amalan berpuasa. Lagi-lagi dalam keadaan
cuaca yang panas dan lembap di Malaysia.
KOMPLEX KARBOPastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda
semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks
membekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih
mengenyangkan.
Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang
ada serat dan rendah GI (glycemic indeks)
PROTEIN YANG BERSIHMakanan berprotein seperti ayam dan ikan sangat
mengenyangkan dan ia mengambil masa berjam untuk lalui
proses penghadaman.
ELAK GARAMGaram adalah penyerap atau penyimpan air. Ketika berpuasa,
pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap
dan masakan bergoreng mempercepatkan lagi proses
dehydration dan akan membuat anda cepat berasa haus.
KENALI KANDUNGAN KAFEIN MINUMANAir bergas, teh dan coklat juga mengandungi kafein. Kandungan
kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak
minum air coklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang
besar tapi kalau boleh, kurangkan kuantiti pengambilan.
JANGAN MINUM BANYAK SANGAT!Lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan
membuangnya dan lagi cepat anda akan berasa haus. Sebagai
panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup. Suhu:
Paling baik yang suam. Kalau nak air manis pun boleh tetapi
jangan lebih dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas
air kosong.
SUMBER : KEVINZAHRI.COM
INFO PSI SIRI 5/2018