5
Amalan Budi Bahasa [S] Terbang tinggi burung jentayu Hinggap di balik pokok payang Bunga kembang akan layu Budi baik bilakan hilang? [J] Pergi ke kebun menanam halia Halia ditanam jejaka perkasa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa Sekolahku Duniaku [S] Terbang rendah si burung tempua Hinggap bertamu di pohon dedalu Sekolah ialah rumah kedua Mengapa perlu dikunjung selalu? [J] Terbang tinggi si burun tempua Semakin jauh mengikut haluan Sekolah penting kepada semua Untuk menimba ilmu pengetahuan Malaysiaku Gemilang [S] Lebat sungguh rumpun semalu Tumbuh tinggi pohon lalang Imej negara dijaga selalu Bagaimana martabat Malaysia dijulang [J] Harum sungguh bau kasturi Lama dipakai sukar nak hilang Pelbagai bidang kita terokai Negara Malaysia menjadi gemilang Malaysiaku Indah [S] Sedap sungguh lagu keroncong Suara merdu indah kurnia Malaysia ramai dikunjung pelancong Mengapa indah di mata dunia? [J] Pohon kedondong pohon cermai Tanam di tepi rumpun selasih Negara tercinta aman damai Malaysia indah suasana bersih Kepentingan IT [s] Indah sungguh pohon gaharu Baunya wangi sewangi kasturi Internet penghancur generasi baharu Bagaimana mungkin jadi begini? [J] Tebang buluh beruas-ruas Dibuat lemang berbuka puasa Media massa datang meluas Internet penyiar berita semasa. Gaya Hidup Sihat [S] Pergi ke sungai menaiki sampan Sampan diukir cantik berpahat Generasi muda menjadi harapan Apakah faedah gaya hidup sihat? [J] Bunga mawar mekar indahnya Lalu dipetik sang putera Aktiviti sukan banyak faedahnya Badan sihat hidup sejahtera Ibu Mithali [S] Indah namanya si burung kiwi Duduk berteduh di pohon angsana Ibu mithali gelaran pertiwi Tetapi mengapa diabai sahaja? [J] Buah labu di dalam raga Enak rasanya dibuat bingka Kasih ibu sampai ke syurga Walau hatinya sering terluka Batik Malaysia [S] Bunga anggerik tumbuh di hutan Dipetik orang jual di pekan Batik Malaysia menjadi pilihan Bagaimana hendak mempromosikan? [J] Bunga anggerik bunga raya Bentuknya cantik indah kurnia Batik Malaysia indah bergaya Boleh diketengah persada dunia Makanan Tradisional [S] Banyak tikus mati dimakan Dek disambar si burung hantu Makanan tradisional makin dilupakan

KOLEKSI PANTUN 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BAHASA MELAYU

Citation preview

Amalan Budi Bahasa[S] Terbang tinggi burung jentayu Hinggap di balik pokok payangBunga kembang akan layuBudi baik bilakan hilang?

[J] Pergi ke kebun menanam haliaHalia ditanam jejaka perkasaJadilah insan berhati muliaBaik hati berbudi bahasa

Sekolahku Duniaku[S] Terbang rendah si burung tempuaHinggap bertamu di pohon dedaluSekolah ialah rumah keduaMengapa perlu dikunjung selalu?

[J] Terbang tinggi si burun tempuaSemakin jauh mengikut haluanSekolah penting kepada semuaUntuk menimba ilmu pengetahuan

Malaysiaku Gemilang [S] Lebat sungguh rumpun semaluTumbuh tinggi pohon lalangImej negara dijaga selaluBagaimana martabat Malaysia dijulang

[J] Harum sungguh bau kasturiLama dipakai sukar nak hilangPelbagai bidang kita terokaiNegara Malaysia menjadi gemilang

Malaysiaku Indah[S] Sedap sungguh lagu keroncongSuara merdu indah kurniaMalaysia ramai dikunjung pelancongMengapa indah di mata dunia?

[J] Pohon kedondong pohon cermaiTanam di tepi rumpun selasihNegara tercinta aman damaiMalaysia indah suasana bersih

Kepentingan IT[s] Indah sungguh pohon gaharuBaunya wangi sewangi kasturiInternet penghancur generasi baharuBagaimana mungkin jadi begini?

[J] Tebang buluh beruas-ruasDibuat lemang berbuka puasaMedia massa datang meluasInternet penyiar berita semasa.

Gaya Hidup Sihat[S] Pergi ke sungai menaiki sampanSampan diukir cantik berpahatGenerasi muda menjadi harapanApakah faedah gaya hidup sihat?

[J] Bunga mawar mekar indahnyaLalu dipetik sang puteraAktiviti sukan banyak faedahnyaBadan sihat hidup sejahtera

Ibu Mithali[S] Indah namanya si burung kiwiDuduk berteduh di pohon angsanaIbu mithali gelaran pertiwiTetapi mengapa diabai sahaja?

[J] Buah labu di dalam ragaEnak rasanya dibuat bingkaKasih ibu sampai ke syurgaWalau hatinya sering terluka

Batik Malaysia[S] Bunga anggerik tumbuh di hutanDipetik orang jual di pekanBatik Malaysia menjadi pilihanBagaimana hendak mempromosikan?

[J] Bunga anggerik bunga rayaBentuknya cantik indah kurniaBatik Malaysia indah bergayaBoleh diketengah persada dunia

Makanan Tradisional[S] Banyak tikus mati dimakanDek disambar si burung hantuMakanan tradisional makin dilupakanMengapa boleh terjadi begitu?

[J] Tumbuh merimbun pohonan buluhAmbil bersama seikat rotanMasyarakat kini mudah terpengaruhMakanan barat menjadi ikutan

Sayangi Warga Emas[S] Cantik sungguh mahkota kurniaDipakai bersama cincin suasaWarga emas nilam duniaMengapa perlu dijaga sentiasa?

[J] Ambil durian dibuat serawaMengikut resipi zaman dahulu Warga emas warga istimewaPerlu dijaga dirapi selalu

Industri Tani[S] Buah mangga buah kuiniSudah masak dipetik selaluMasyarakat dulu menguasai taniMasyarakat kini mengapa berlalu?

[J] Ikan ditangkap si anak taniHendak dijual di pekan sehariMasyarakat dahulu pandai bertaniKerana teknologi menguasai diri

Perubatan Tradisional[S] Pohon sena besarnya dahanReput dahan jatuh bersilangPerubatan moden menjjadi pilihanPerubatan tradisional kemana menghilang?

[J] Terbang tinggi si burung helangLalu hinggap di pohon remiaPerubatan tradisional kian menghilangPerubatan moden menguasai dunia

Alam Sekitar[S] Cenderawasih terbangnya rendahPeliharaan puteri dibuat temannyaPersekitaran bersih negara indahKepada diri apa pentingnya?

[J] Bunga selasih di petik nyonyaKaki terpijak duri semaluPersekitaran bersih banyakk faedahnyaBadan sihat ceria selalu

Pendidikan Sepanjang Hayat[S] Hendak dimasak si ikan tunaKurang pedas pipiskan ladaBelajar tidak kira dimanaMengapa penting ilmu di dada?

[J] Pagi hari ke padang TemuSinggah memasak daging serundingBanyak harta tak ada ilmuBagai rumah tidak berdinding

Dunia Tanpa Sempadan [S] Langguni pahit tumbuh di tamanAngsana pula tumbuh di kotaDunia terbuka tanpa sempadanApa kesannya pada negara?

[J] Berakit ke hulu dengan bergalahGalah pecah terbelah duaDunia terbuka banyak faedahMalaysia makmur rakyat sejahtera

Berjimat Cermat [S] Indah sungguh bunga serojaSiap sedia untuk disuntingMasyarakat kini boros berbelanjaJimat cermat mengapa penting?

Masak meranum buah araJatuh sebiji di atas papanJikalau berjimat setiap perkaraPasti terjamin masa hadapan

Menghargai Masa [S] Pagi-pagi pergi ladangKaki terpijak duri semaluMasa diumpama tajamnya pedangHargai masa bagaimana perlu?

[J] Sukan berdayung sama sertaiSinggah sebentar memetik dukuMasa tiba perlu dihargaiMenepati waktu prinsip hidupku

Inflasi [S] Harum mewangi si bunga tanjungAnak raja di taman laranganHarga barang kian melambungApa punca jadi demikian?

[J] Buah rambutan banyak diikatHendak dijual di waktu pagiHarga barang kian meningkatKerana permintaan terlampau tinggi

Nilai Murni[S] Rama-rama berwarna-warniHinggap sebentar di pohon selasihAndai diterap nilai murniMengapa biadap wujudnya masih?

[J] Kedidi angsa punai kenariBebas bernyanyi di tepi payaBudi bahasa dan nilai murniAsas harmoni sejahtera budaya

Budaya Tradisional[S] Cantik sungguh berbaju songketTampak indah berseri rupaTarian zapin tarian jogetMengapa kini kian dilupa?

[J] Dayung perahu tuju haluanPerahu pecah karamnya janganBudaya barat menjadi pilihanAdat susila menjadi sanjungan

Minda Kelas Pertama[S] Pagi-pagi memetik pulasanBawa raga bersama-samaPelajar menjadi cermin wawasanBagaimana mencorak minda kelas pertama?

[J i] Burung punai hinggap di tangkaiKembali terbang tidaklah lamaMinda kelas pertama boleh dicapaiJadikan membaca amalan utama

[J ii] Merdu sungguh bunyi kecapiAir mata jatuh menitisDasar pelajaran tersusun rapiRemaja di didik berfikir kritis

Semangat Patriotik[S] Terbang tinggi si burung helangBerenang di tasik sekawan itikJati diri remaja kian menghilangBagaimana memupuk semangat patriotik?

[J] Berenang di tasik sekawan itikAnak semilang di tapak tanganDemi memupuk semangat patriotikHayati bersama lagu kebangsaan

Kitar Semula[S] Pohon anggur tumbuh di araTumbuh meliar si bunga rumputKitar semula agenda negaraMengapa sukar untuk disahut?

[J] Pergi ke hutan membawa parangHendak menebas si pohon palasKitar semula dilupa orangKerana manusia terlalu malas

Masyarakat Prihatin [S] Rama-rama hinggap di dahanHinggap di dahan pohon kuiniBayi dibuang tanpa kasihanMengapa demikian jadi begini?

[J] Sibuk mengail si ikan keliKeli dikail di pagi hariGejala sosial banyak sekaliKerana nafsu menguasai diri

Remaja Memimpin [S] Indah berkelip bintang kejoraDari jauh tampak kelihatanRemaja wawasan harapan negaraApakah prinsip yang diinginkan?

[J] Anak melayu pandai berdramaBerbaju melayu segak bersampinNegara maju meningkat namaMencermin akal minda memimpin

Kebersihan Diri [S] Masuk ke hutan membawa parangMembawa nasi buat bekalanKebersihan diri perlu dijagaMengapa perlu dijadi amalan?

[J] Bunga melur saya kalungkanBuat semua handai taulanMengapa ia perlu diamalkanKerana kebersihan dituntut Tuhan

Keselamatan Jalan Raya [S] Buah tempatan sedap dimakanEnak durian dari rambutanPemanduan berhemat sangat diperlukanMengapa perlu menjadi ikutan?

[J] Pagi hari mudik ke pekanSinggah ke pantai membeli gamatPemanduan berhemat sanga diperlukanPandu cermat jiwa selamat

Makanan Seimbang [S] Pasang meriam berdas-dasJatuh terbakar di tengah pekanBadan sihat otak cerdasBagaimana mahu dikekalkan?

Terbang melayang burung merpatiMakan seekor anak tenggiriPiramid makanan perlu diikutiUntuk menjamin kesejahteraan diri

Pakaian Tradisional [S] Pokok bakau tumbuh di payaLalu diambil dibuat bendaMalaysia kini gah bergayaMengapa menjadi pilihan ibunda?

[J] Burung ketitir indah namanyaTerbang tinggi di atas padangPakaian tradisional banyak rupanyaSedap sekali mata memandang

Warisan Sejarah[S] Cantik menawan puteri bergajahManik bersulam indah peragaCukup terseksa hidup terjajahMengapa merdeka tidak terjaga?

[J] Pokok kesum di tepi telagaPawana bertiup di pagi hariWarisan sejarah perlu dijagaAgar generasi teguh jati diri

Peranti Komunikasi [S] Burung tempua hinggap di dahanSambil bersiul mencari temanLaman sesawang menjadi pilihanMengapa rosak generasi sezaman?

[J] Tampan sungguh si anak rajaGagah perkasa menunggang kudaVideo lucah pilihan remajaMeracun minda generasi muda

Pusingan 1 (SMK Taman Selasih) Tema: Rukun Negara (jual)Bintang bertalur malamnya pajangTerang bintang dipancar bulanRukun negara menjadi tunjangMengapa hidup bebas menjadi pilihan?

Tema: 1 Malaysia (beli)Pergi ke pekan naik pedati Kuda berlari deras dipacuPelbagai kaum hormat menghormatiAgar negara terus di mercu

Pusingan 2 (SMK )

Tema: Pengaruh Iklan (jual)Kumbang terbang bersama unggasUnggas bermain di dalam hutanMedia massa kian meluasMengapa boros mejadi ikutan?

Tema : Jualan Murah (beli)Mawar merah kembang mewangiDipetik dara sering dipujaJualan murah sering dikunjungiTekad diri hemat berbelanja