2
1.0 PENGENALAN Pengkaji telah ditugaskan untuk membuat kajian ke atas pendekatan strategik sebuah syarikat multinasional (MNC) berdasarkan aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan, aspek konsep-konsep perniagaan yang diaplikasikan oleh syarikat dan mencadangkan strategi yang sesuai berdasarkan hasil analisis. Oleh itu, pengkaji telah memilih Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai tempat kajian. Organisasi ini terlibat dalam urusan memasarkan produk makanan kepada pelanggan. Pengkaji akan mengkaji beberapa aspek dalam aktiviti perniagaan yang dilaksankan oleh Restoran Kentucky Fried Chicken(KFC) yang merangkumi analisis SWOT iaitu kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang. Tambahan pula, pengkaji juga harus mengenalpasti konsep- konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC). Antara konsep perniagaan antarabangsa yang boleh dibincangkan ialah konsep dunia tanpa sempadan, konsep pasaran menimbul, konsep globalisasi, dan konsep lokalisasi. Konsep perniagaan antarabangsa adalah penting dalam membantu organisasi untuk meningkatkan produktiviti dan meluaskan pasaran. Selain daripada itu, pengkaji hendaklah mencadangkan strategi yang sesuai berdasarkan hasil analisis. Antara

Kk Pengenalan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kk Pengenalan

1.0 PENGENALAN

Pengkaji telah ditugaskan untuk membuat kajian ke atas pendekatan strategik sebuah

syarikat multinasional (MNC) berdasarkan aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan,

aspek konsep-konsep perniagaan yang diaplikasikan oleh syarikat dan mencadangkan

strategi yang sesuai berdasarkan hasil analisis.

Oleh itu, pengkaji telah memilih Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai

tempat kajian. Organisasi ini terlibat dalam urusan memasarkan produk makanan

kepada pelanggan. Pengkaji akan mengkaji beberapa aspek dalam aktiviti perniagaan

yang dilaksankan oleh Restoran Kentucky Fried Chicken(KFC) yang merangkumi

analisis SWOT iaitu kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang.

Tambahan pula, pengkaji juga harus mengenalpasti konsep-konsep perniagaan

antarabangsa yang diaplikasikan oleh Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC). Antara

konsep perniagaan antarabangsa yang boleh dibincangkan ialah konsep dunia tanpa

sempadan, konsep pasaran menimbul, konsep globalisasi, dan konsep lokalisasi.

Konsep perniagaan antarabangsa adalah penting dalam membantu organisasi untuk

meningkatkan produktiviti dan meluaskan pasaran.

Selain daripada itu, pengkaji hendaklah mencadangkan strategi yang sesuai

berdasarkan hasil analisis. Antara strategi pemasaran yang boleh dilaksanakan ialah

seperti penembusan pasaran, pembangunan produk, dan pempelbagaian.