Click here to load reader
Upload
hoangdiep
View
335
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
Menteri
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini. Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang. Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta mengembangkan perniagaan. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian Perancagan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahan-bahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawan-usahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa. Sekian, terima kasih serta wassalam, Yang Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin.
Muka surat
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 1
PROFIL PERNIAGAAN KHIDMAT PEMBERSIHAN BANGUNAN 1
PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN 3
PENGURUSAN PERKHIDMATAN 5
PENGURUSAN TENAGA KERJA 6
PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 8
PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 11
PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR 13
PENGURUSAN RISIKO 14
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 15
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
1
1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
HURAIAN PERNIAGAAN
Khidmat pembersihan bangunan merangkumi kerja-kerja yang melibatkan pembersihan
untuk pelbagai jenis bangunan seperti kompleks perniagaan, pejabat, hospital dan
bangunan sekolah. Kerja-kerja pembersihan ini meliputi pembersihan lantai, tingkap,
dinding luar dan dalam, alat pendingin serta pengudaraan.
Terdapat banyak syarikat yang mengusahakan perniagaan khidmat pembersihan
bangunan di Malaysia tetapi sebahagian besar menumpukan kepada pembersihan
bahagian dalam bangunan. Perkhidmatan pembersihan luar bangunan khususnya
bangunan tinggi dan sederhana kurang diceburi oleh pengusaha perkhidmatan ini. Oleh
sebab itulah banyak peluang terbuka untuk bakal-bakal pengusaha mendapatkan
teknologi baru dalam memenuhi permintaan pembersihan bangunan khususnya
pembersihan luar bangunan.
MENGAPA MEMILIH PERNIAGAAN INI
Perniagaan ini harus diberi pertimbangan serius berdasarkan faktor-faktor berikut:
� Kos Permulaan Yang Rendah
� Tidak Memerlukan Tenaga Kerja Yang Ramai Dan Berkemahiran
� Tahap Pengurusan Yang Rendah
� Mudah Mendapatkan Bekalan Bahan Dan Peralatan
� Potensi Untuk Berkembang Pesat
2 PROFIL PERNIAGAAN KHIDMAT PEMBERSIHAN
BANGUNAN
PERKHIDMATAN ASAS
Perniagaan khidmat pembersihan bangunan boleh dibahagikan kepada dua perkhidmatan
asas yang utama iaitu:
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 2
Mencuci Luar Bangunan
Pembersihan luar bangunan meliputi:
� Membersih tingkap
� Mencuci cermin
� Pressure washing
� Waterproofing
� Mengecat
� High climbing
� High dusting
Mencuci Dalam Bangunan
Pembersihan dalam bangunan pula melibatkan kerja-kerja seperti:
� Mengemas pejabat
� Memelihara kebersihan tandas
� Pemeliharaan dan pemulihan lantai
� Penjagaan permaidani
PERKHIDMATAN SAMPINGAN
Perkhidmatan sampingan yang boleh ditawarkan selain daripada perniagaan asas
termasuklah:
� Mencuci Rumah
� Mencuci Permaidani
� Membersihkan Kawasan Persekitaran Dan Memotong Rumput
� Mencuci Kolam Renang
� Mengangkut Sampah
� Mengecat
PROSES PEMBERSIHAN BANGUNAN
Antara perkara-perkara yang perlu dikenal pasti sebelum melaksanakan kerja-kerja
pembersihan adalah seperti berikut:
� Mengenal pasti jenis permukaan dan kemasan bangunan.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 3
� Mengenal pasti jenis bahan kimia, perkakas, peralatan dan mesin yang perlu
digunakan.
� Mengetahui kegunaan, cara menggunakan dan peraturan keselamatan setiap
bahan kimia, perkakas, peralatan dan mesin.
� Mengetahui cara kerja, peraturan dan langkah-langkah keselamatan semasa
mencuci dan pembersihan.
� Memahami keperluan kerja-kerja mencuci dan pembersihan bangunan seperti
langkah-langkah kerja yang perlu dijalankan.
PERNIAGAAN LAIN YANG BERKAITAN
Di samping perkhidmatan asas yang ditawarkan pengusaha juga boleh memperluaskan
perniagaan lain yang berkaitan seperti:
� Landskap
� Pembekal Peralatan Mesin Dan Bahan Pembersihan
� Kawalan Serangga (Pest Control)
3 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN
MENUBUHKAN SYARIKAT
Sebelum memulakan perniagaan, bakal pengusaha diwajibkan menubuhkan syarikat
terlebih dahulu. Langkah-langkah dan faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh bakal
pengusaha sebelum menubuhkan syarikat adalah:
Pemilihan Nama Syarikat
Pemilihan nama syarikat yang baik akan boleh membantu kejayaan sesebuah syarikat.
Nama syarikat yang baik akan mempengaruhi orang lain atau pengguna untuk
mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat. Begitu juga bagi pengusaha
yang akan memulakan perniagaan pembersihan bangunan. Nama biasanya dikaitkan
dengan aktiviti perniagaan yang hendak dijalankan seperti ‘Clean Services Sdn Bhd’ di
mana ia menunjukkan gambaran perniagaan tersebut.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 4
Jenis Perniagaan
Pengusaha perlu menetapkan salah satu daripada bentuk pendaftaran perniagaan yang
hendak digunakan:
� Pemilikan Persendirian
� Perkongsian
� Syarikat Sendirian Berhad
� Syarikat Awam Berhad.
PEMILIHAN LOKASI PERNIAGAAN
Pemilihan tempat yang strategik mampu membantu perniagaan meningkat maju.
Pengusaha perlu melihat potensi pelanggan mereka di tempat atau premis perniagaan
yang di pilih. Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih lokasi yang strategik
adalah seperti kemudahan perhubungan dan infrastruktur.
MENDAPATKAN LESEN
Setelah pemilihan lokasi perniagaan , bakal pengusaha perlu mendapatkan lesen
perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan. Lesen perniagaan akan diberikan secara
tahunan dan pengusaha harus memenuhi syarat-syarat lesen perniagaan sepanjang
pengusaha menjalankan perniagaan. Pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan akan
melawat kedai pengusaha dari masa ke semasa untuk menentukan pengusaha memenuhi
syarat-syarat lesen yang ditetapkan Setelah menerima perakuan pendaftaran perniagaan,
setiap perniagaan perseorangan dan perkongsian mesti mendapatkan lesen perniagaan.
PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Pengusaha digalakkan menyedia rancangan perniagaan sebelum memulakan satu-satu
perniagaan. Rancangan perniagaan ini bertujuan:
� Membolehkan pengusaha melihat dan menilai projek secara objektif,kritikal
dan praktikal.
� Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
� Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya maju
atau sebaliknya.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 5
� Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai
asas bagi cadangan pembiayaan.
� Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.
4 PENGURUSAN PERKHIDMATAN
SISTEM ATAU KAEDAH PEMBERSIHAN YANG DIGUNAKAN.
Kaedah pembersihan yang digunakan dalam mencuci dan membersihkan bangunan boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
Bahagian Dalam Bangunan
Antara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah:
� Mengemas Pejabat
� Memelihara Kebersihan Tandas.
� Pemeliharaan Lantai
Bahagian Luar Bangunan
Kaedah yang digunakan bagi pembersihan dan pembersihan di luar bangunan adalah
dengan menggunakan:
� Pam Jet Bertekanan Tinggi (high pressure jet)
� Gondola Scaffolding
� Scrappers
PERALATAN MESIN
Dalam usaha meningkatkan kecekapan serta mutu perkhidmatan, penggunaan mesin dan
jentera adalah sangat penting. Di negara-negara maju, mesin dan jentera serta peralatan
lain digunakan dengan meluas untuk menambah kecekapan serta mempercepatkan kerja-
kerja pembersihan. Sebaliknya, teknik pembersihan tempatan masih lagi mengamalkan
teknik pembersihan basah (Wet Cleaning) yang berintensif buruh.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
6
BAHAN-BAHAN PEMBERSIHAN
Di antara bahan-bahan pembersihan yang digunakan adalah seperti dalam jadual
dibawah.
JENIS BAHAN PEMBERSIHAN YANG DIGUNAKAN
Bil Bahan Pembersihan Sumber Bekalan
1 Hard Surface Cleaners Tempatan
2 Sanitizing Products Tempatan
3 Floor Strippers Tempatan
4 Floor Polisher Tempatan
5 Floor Sealers Tempatan
6 Buffing Solution Tempatan
7 Special Chemicals Tempatan
8 Carpet Care Tempatan
KENDERAAN
Kenderaan seperti lori dan van juga diperlukan dalam perniagaan khidmat pembersihan
bangunan. Ianya diperlukan untuk mengangkut pekerja-pekerja ke tempat kerja serta
mengangkut peralatan mesin pembersihan sekiranya terdapat projek di luar kawasan
perniagaan.
5 PENGURUSAN TENAGA KERJA
JENIS PEKERJAAN
Dalam perniagaan khidmat pembersihan bangunan, pengurusan tenaga kerja adalah amat
penting untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. Terdapat tiga jenis
kumpulan pekerjaan yang penting kepada perniagaan khidmat pembersihan bangunan
iaitu:
� Kumpulan Pengurusan dan Pentadbiran
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 7
Kumpulan ini perlu tahu prinsip, fungsi dan selok-belok pengurusan agar ia
dapat meneruskan perniagaan dengan lebih berkesan. Pengurusan merupakan
satu proses merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal sumber
manusia dan sumber-sumber lain di dalam organisasi bagi mencapai matlamat
organisasi dengan lebih berkesan Pengurusan merangkumi, perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan.
� Kumpulan Sokongan
Adalah orang yang dilantik oleh sesebuah syarikat bagi memantau dan
menyelia segala tugas yang diamanahkan kepadanya. Di dalam perniagaan
pembersihan bangunan penyeliaan diperlukan agar kerja-kerja pembersihan
dapat dijalankan dengan teratur dan terkawal
� Kumpulan Pekerja Am
Pekerja am/buruh diperlukan bagi perlaksanaan kerja-kerja mencuci dan
membersihkan dalam dan luar bangunan. Kumpulan pekerja ini perlu diberi
arahan agar segala kerja yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar.
Bagi kategori pekerja ia bergantung kepada saiz perniagaan, pengusaha memerlukan
beberapa tenaga kerja untuk menjalankan perniagaan khidmat pembersihan bangunan.
Keperluan tenaga pekerja dalam pembersihan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan
iaitu pengurusan dan profesional, pekerja mahir dan pekerja am.
GAJI DAN IMBUHAN
Pembayaran gaji dan imbuhan bergantung kepada pengalaman, kelulusan, kebolehan dan
lokasi di mana pekerja itu bertugas. Tetapi adalah dinasihatkan di dalam perkhidmatan
ini, gaji dan imbuhan dibayar mengikut produktiviti pekerja-pekerja itu sendiri.
Bagi kategori pekerja ia bergantung kepada saiz perniagaan, pengusaha memerlukan
beberapa tenaga kerja untuk menjalankan perniagaan khidmat pembersihan bangunan.
Keperluan tenaga pekerja dalam pembersihan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan
iaitu pengurusan dan profesional, pekerja mahir dan pekerja am.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 8
KURSUS DAN LATIHAN
Pekerja yang mahir akan menghasilkan kerja yang berkualiti. Satu cara untuk
meningkatkan kualiti ialah dengan memberikan latihan kemahiran kepada pekerja.
Latihan bukan sahaja diberikan kepada pekerja baru tetapi juga kepada pekerja mahir
sedia ada kerana teknologi sering berubah pantas.
Amalan latihan dan latihan semula akan menjadikan pekerja seorang yang lebih mahir
dan berpengetahuan. Mereka akan lebih fleksibel sebagai pekerja serba boleh dengan
pelbagai kemahiran. Secara tidak langsung akan dapat mengatasi masalah kekurangan
pekerja mahir dan mengurangkan waktu menunggu pekerjaan di projek baru jika
dibandingkan dengan mempunyai kemahiran tunggal. Pada masa ini terdapat banyak
pusat latihan kemahiran yang mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan aktiviti
pembersihan.
6 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN
Aspek pemasaran adalah sangat penting dalam dunia perniagaan yang penuh dengan
persaingan sekarang ini. Dua fasa utama dalam pemasaran ialah menyedia rancangan
perniagaan yang di dalamnya terkandung strategi dan taktik yang dijangka memberi
kelebihan kepada peniaga. Fasa kedua ialah perlaksanaan rancangan yang disediakan.
Bagaimana baik dan lengkap pun rancangan yang disediakan tidak akan membawa apa-
apa kemajuan jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.
PASARAN
Pasaran bagi perkhidmatan membersih bangunan dapat dibahagi mengikut kumpulan
berikut:
Mengikut Kumpulan Pelanggan
Pasaran mengikut kumpulan pelanggan boleh dikelaskan kepada dua segmen penting
iaitu jabatan kerajaan dan swasta.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 9
Mengikut Bangunan
Iaitu bangunan tinggi, sederhana tinggi atau pun bangunan rendah.
PAKEJ PERKHIDMATAN YANG BOLEH DITAWARKAN
Pengusaha juga harus mempertimbangkan bagaimana untuk memperkenalkan
perkhidmatan yang mampu menarik perhatian pelanggan. Antara pakej perkhidmatan
yang boleh ditawarkan oleh pengusaha:
� Perkhidmatan pembersihan dalaman.
� Perkhidmatan pembersihan dalaman dan luar bangunan.
� Perkhidmatan pembersihan dalaman dan luar bangunan serta khidmat
pembersihan bangunan.
� Perkhidmatan khidmat pembersihan bangunan dan membersihkan kawasan.
KEPERLUAN PELANGGAN
Perkembangan mutakhir dunia perniagaan sekarang tertumpu kepada memberi kepuasan
kepada pelanggan. Pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan bukan sahaja akan
terus berurusan dengan sesebuah syarikat itu malah ia akan menjadi agen promosi yang
tidak rasmi di dalam aktiviti pemasaran. Oleh yang demikian, mengenali pelanggan dan
memahami masalah mereka sangatlah penting dalam usaha memberi perkhidmatan
terbaik kepada mereka.
Pelanggan selalunya memberi pertimbangan kepada perkara-perkara berikut iaitu
pengalaman, kepakaran, harga dan kualiti perkhidmatan.
PROMOSI
Firma perkhidmatan yang baik menggunakan promosi untuk meletakkan diri mereka
dengan kukuh di dalam pasaran sasaran. Dalam perniagaan perkhidmatan seperti
pembersihan bangunan, pelanggan dan pekerja perkhidmatan barisan depan berinteraksi
untuk mewujudkan perkhidmatan. Oleh itu, penyedia perkhidmatan mesti berinteraksi
secara efektif dengan pelanggan untuk mewujudkan nilai yang lebih baik semasa
memberikan perkhidmatan. Interaksi efektif pula bergantung kepada kemahiran pekerja
perkhidmatan barisan depan dan juga kepada pengeluaran perkhidmatan dan proses
sokongan yang menyokong pekerja ini.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 10
PERKHIDMATAN PELANGGAN
Dalam dunia perniagaan yang penuh dengan persaingan ini, aspek perkhidmatan
pelanggan sangat perlu diberi perhatian. Objektif perkhidmatan pelanggan adalah untuk
memberi kepuasan kepada pelanggan supaya mereka terus ingin mendapatkan
perkhidmatan yang telah diberikan. Perkhidmatan pembersihan bangunan biasanya
berdasarkan rutin yang diperlukan oleh pelanggan. Ada kalanya pelanggan akan meminta
untuk membersihkan sesuatu kawasan yang kelihatan tidak bersih pada penglihatan
mereka. Pekerja yang diletakkan di sesuatu tempat untuk menjalankan kerja-kerja
pembersihan haruslah diberi nasihat agar sentiasa peka dengan kehendak pelanggan
selagi tertakluk dengan perjanjian.
JARINGAN (NETWORKING)
Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaannya sama ada di dalam atau keluar
negara, para usahawan haruslah mencari dan menjalin hubungan dengan syarikat-syarikat
pembersihan dari luar negara. Melalui jaringan juga, kos untuk membuka cawangan di
pasaran baru dapat dikurangkan dan segala keperluan birokrasi dapat diatasi bersama. Di
samping itu usahawan juga berpeluang mempelajari teknik-teknik baru di dalam khidmat
pembersihan bangunan.
GLOBALISASI DAN PROSPEK PERNIAGAAN
Dalam era globalisasi maka semakin luas prospek perniagaan pembersihan bangunan
pada masa akan datang. Ini kerana semakin banyak teknologi-teknologi baru dihasilkan
sama ada teknologi tempatan mahupun dari luar negara. Perkembangan teknologi
komputer dan internet harus diberi perhatian oleh pengusaha perniagaan dalam usaha
mencari pasaran baru dan juga berkongsi maklumat kepakaran dari dalam dan luar
negara. Di samping itu juga perniagaan melalui internet atau secara on-line menjadi trend
perniagaan masa kini. Prospek perniagaan boleh dikembangkan dengan membuka
cawangan-cawangan baru perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 11
Perkembangan perniagaan ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan kedudukan
perniagaan selain menyumbang kepada ekonomi negara.
7 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN
MODAL PERMULAAN
Modal yang diperlukan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Di antara faktor yang telah
dinyatakan adalah termasuk saiz perniagaan dan saiz pasaran. Berdasarkan kajian yang
dilakukan purata modal permulaan bagi perniagaan ini ialah RM114,000. Modal
permulaan minimum adalah sebanyak RM10,000 manakala maksimum ialah RM500,000.
Kos permulaan untuk memulakan perniagaan ini tidak begitu besar iaitu di antara
RM10,000 hingga RM20,000 bagi perkhidmatan pembersihan dalam bangunan dan
RM20,000 hingga RM30,000 bagi perkhidmatan pembersihan luar bangunan.
MODAL PUSINGAN
Kajian mendapati purata modal pusingan yang diperlukan adalah dalam lingkungan
RM100,000. Sekiranya syarikat ingin memberikan perkhidmatan kepada agensi kerajaan
atau pihak swasta, peruntukan modal pusingan perlu ditambah kerana pusingan bayaran
bagi perkhidmatan yang diberikan biasanya mengambil masa satu (1) hingga empat (4)
bulan.
Sekiranya pengusaha berjaya mendapatkan tender, sebelum boleh memulakan kerja
pembersihan, beberapa urusan berkaitan dengan ikatan kontrak perlu diselesaikan atas
kehendak pelanggan (Kerajaan). Di antara kehendak lazim ialah pembelian polisi
insurans kerja dan bon pelaksanaan. Ini membabitkan penggunaan modal kerja. Premium
ke atas jaminan insurans juga perlu dibayar untuk kerja di sektor Kerajaan yang
memperuntukkan kemudahan wang pendahuluan kepada kontraktor.
SUMBER KEWANGAN
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 12
Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan sumber pembiayaan yang mempunyai
kebaikan dan kelemahan masing-masing. Pembiayaan untuk memulakan perniagaan
boleh didapati daripada beberapa sumber seperti:
� Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga.
� Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan
kemudahan pinjaman dan overdraf.
� Perjanjian sewa beli peralatan dengan berhutang kepada syarikat kewangan.
Kebiasaannya selama tiga (3) hingga lima (5) tahun dan bayaran muka
sebanyak 10 peratus hingga 25 peratus.
� Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusaha-
pengusaha baru antaranya MARA dan Yayasan Tekun Nasional
KOS OPERASI
Kos operasi adalah kos-kos yang dikenakan atau diperlukan untuk dibayar bagi operasi
perniagaan syarikat. Contohnya bayaran pengangkutan (minyak kenderaan, cukai jalan,
tol dan sebagainya), peralatan dan bahan pembersihan dan bayaran upahan (pekerja).
Dalam melaksanakan perniagaan khidmat pembersihan bangunan kos operasi yang
diperlukan agak tinggi bergantung pada saiz kerja yang dilakukan. Tinjauan
menunjukkan kos operasi bagi syarikat kecil ialah kurang RM4,000 sebulan bagi cucian
dalam bangunan dan melebihi RM4,000 bagi cucian luar bangunan.
HASIL JUALAN
Hasil Jualan
Hasil jualan untuk perniagaan idatang dari dua (2) sumber iaitu hasil jualan perniagaan
utama dan hasil daripada jualan perniagaan sampingan.
ANALISIS KEWANGAN
Pengetahuan asas berhubung dengan analisis kewangan amat penting kepada bakal-bakal
pengusaha kerana pengetahuan asas ini dapat membantu pengusaha dalam menilai
kedudukan semasa syarikat, menentukan kelemahan serta kekuatan sesebuah syarikat.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 13
Untuk keberkesanan, pengusaha harus memahami penyata-penyata kewangan asas seperti
kunci kira-kira dan penyata pendapatan.
Titik Pulang Modal
Titik Pulang Modal (TPM) merujuk kepada jumlah jualan yang diperlukan untuk
mendapat kembali modal yang dilaburkan. TPM boleh dikira mengikut hari atau bulan
sekiranya jualan agak konsisten. Pengusaha harus tahu dalam mengunjur titik pulang
modal dalam mengatur strategi perniagaan.
Perancangan keuntungan bukanlah suatu yang mudah dilakukan kerana perancangan
tingkat yang salah boleh melibatkan kerugian. Jika kerugian kecil tetapi berterusan
dialami oleh sesebuah syarikat, tempoh kewujudannya juga berkemungkinan besar akan
singkat. Sebaliknya keuntungan yang sebagaimana kecil pun, secara teorinya mampu
meneruskan hayat perniagaan. Menyedari betapa pentingnya merancang keuntungan
sebelum keputusan dibuat menyebabkan berbagai-bagai teori dibentuk bagi membantu
keuntungan dicapai di berbagai peringkat tingkat pengeluaran.
Teknik analisa titik pulangan modal merupakan satu teknik yang amat berguna untuk
menganalisa tingkat keupayaan atau jualan di mana hasil jualan berupaya melindungi kos
operasi. Titik di bawah TPM adalah peringkat kerugian dialami dan titik di atas TPM
adalah peringkat keuntungan dicapai. Teknik pulangan modal boleh ditentukan secara
keseluruhan, atau jabatan operasi tertentu atau keluaran tertentu dan penilaian teknik ini
perlu mengambil kira keupayaan tersedia, keanjalan permintaan, dan faktor luar dan
dalam yang bersangkutan.
8 PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR
PENDAFTARAN DENGAN KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN
� Pendaftaran Perniagaan Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 14
� Pendaftaran Perniagaan Dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
� Pendaftaran Di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
� Pendaftaran Perniagaan Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB)
PENDAFTARAN DENGAN SYARIKAT SWASTA
Sesetengah syarikat swasta memerlukan syarikat pembekal berdaftar dengan mereka.
Sesetengah pula hanya ingin berurusan dengan syarikat yang berdaftar dengan MOF.
Pengusaha perlu tahu syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat swasta yang mereka
ingin memberi perkhidmatan.
9 PENGURUSAN RISIKO
JENIS-JENIS RISIKO
Setiap perniagaan akan berhadapan dengan risiko. Risiko yang dihadapi kadangkala
begitu tinggi dan kadangkala rendah. Ianya bergantung dalam apa bidang yang kita
ceburi. Begitu juga dengan perniagaan khidmat pembersihan bangunan.
Setiap pengusaha atau bakal pengusaha perniagaan akan berhadapan dengan pelbagai
masalah dan cabaran semasa atau ketika memulakan perniagaan. Sebelum memulakan
sesuatu perniagaan itu, seseorang perlu mengetahui jenis risiko dan membuat strategi
pengurusan risiko yang terancang agar tidak mengalami kerugian di masa akan datang.
Seseorang usahawan perlu merancang dan bersedia awal agar sebarang perubahan di
dalam ekonomi, pasaran dan perniagaan yang dijalankan boleh diatasi.
Dalam khidmat pembersihan bangunan, terdapat banyak risiko yang perlu difikirkan dan
seseorang pengusaha perlu bijak mengurus risiko bagi memastikan perniagaan terus kekal
dan setanding dengan syarikat pesaing lain. Jenis-jenis risiko yang bakal dihadapi oleh
bakal pengusaha adalah kemalangan, kerosakan harta benda, penggunaan bahan kimia
berbahaya dan risiko kewangan.
MENGURUS RISIKO
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 15
Terdapat berbagai cara untuk mengurus risiko seperti pengambilan insurans dan strategi
pengurusan.
LANGKAH KESELAMATAN
Langkah-langkah bagi menguruskan risiko antaranya ialah:
� Membuat persediaan dan perancangan yang teliti dari semua sudut dalam
perniagaan.
� Memberi kursus dan latihan kepada pekerja mengenai penyelesaian dan
penekanan kepada aspek keselamatan.
� Membuat sistem rekod yang berkesan seperti rekod keselamatan, rekod
kewangan yang terperinci dan tersusun.
� Sentiasa berbincang dengan pekerja tentang sebarang permasalahan atau
cadangan yang ingin dikemukakan.
10 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN
Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang
kepada kelangsungan (continuity) dan keuntungan (profitability) sesebuah perniagaan.
Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang
berkait dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan
itu sendiri.
CIRI USAHAWAN
Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa
mengurus sesebuah perniagaan. Komponen utama dalam ciri-ciri keusahawanan adalah
seperti sikap dan tingkah laku, kemahiran dan pengetahuan.
CIRI-CIRI PERNIAGAAN
Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada
dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Ciri-ciri dominan bagi sebuah
perniagaan yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori utama iatu perkhidmatan,
premis, tenaga kerja dan imej perniagaan.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN
____________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 16
FAKTOR DAYA SAING DAN DAYA TAHAN
Dalam menghadapi persaingan dan perubahan persekitaran semasa, pengusaha perlu
memastikan perniagaan dan keupayaan diri lebih berdaya saing dan mempunyai daya
tahan yang kuat dalam memastikan perniagaan yang diusahakan terus kekal di pasaran
dan berkembang maju. Faktor daya saing dan daya tahan juga haruslah dilihat dalam dua
sudut, iaitu perniagaan dan usahawan.
Perniagaan
Antara faktor-faktor yang boleh membantu perniagaan berdaya maju adalah:
� Memberi pakej perkhidmatan yang menarik kepada pelanggan
� Menjaga kualiti perkhidmatan agar sentiasa terbaik kepada pelanggan.
� Pengambilan pekerja yang berpengalaman dan memberi latihan yang cukup
kepada pekerja
� Mempunyai imej perniagaan tersendiri yang membezakan perniagaan dengan
pesaing yang lain.
� Mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi.
Usahawan
Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan maju, setiap usahawan perlulah
mempunyai sifat-sifat berikut, antaranya:
� Personaliti Yang Baik
� Keupayaan Membentuk Hubungan Kerja
� Keupayaan Membuat Keputusan
� Kesihatan
� Tahap Kepakaran
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
DAN KOPERASI (MECD)
Lot 2G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya Malaysia.
Tel : 603 - 8880 5000
Fax : 603 - 8880 5106
Http://www.mecd.gov.my