30

Kesilapan Biasa Dalam Solat - Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Membincangkan mengenai kesilapan yang sering dilakukan tanpa sengaja didalam solat.

Citation preview

  • SALAH SEORANG DARIPADA PASANGAN SUAMI ISTERI MENINGGALKAN SOLAT.

    Seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja, sedangkan dia masih mengakui kewajipannya, maka dia telah kafir dengan kekafiran yang besar menurut pendapat ulama. Tetapi, jika dia tidak mengakui kewajipan, maka dia telah kafir.

    Sabda Rasulullah SAW.

    Perbezaan antara seorang (muslim), musyrik dan kafir adalah

    meninggalkan solat

  • Sesiapa yang mendapatkan satu rakaat daripada solat subuh sebelum

    matahari terbit, sesungguhnya dia telah mendapatkan solat subuh.

    Sesiapa yang mendapatkan satu rakaat dari solat asar, sebelum matahari

    terbenam, sesungguhnya dia telah mendapatkan solat asar

    WANITA SUCI DARI HAID ATAU NIFAS MENINGGALKAN SOLAT.

  • Ada sebahagian muslimin ketika menunaikan solat hanya diam dan tidak

    menggerakkan lisan dengan bacaan al Quran ataupun zikir. Mungkin juga,

    membaca sambil menutup mulutnya.

    Dalam hadith yang diriwayatkan Bukhari dari Abu Mamar, dia berkata,

    Kami pernah bertanya kepada Khabbab, Adakah Nabi SAW membaca

    ketika solat Zohor dan Asar? Dia lalu menjawab, Ya. Tanya kami lagi,

    Bagaimana kamu semua boleh tahu? Dia menjawab, Dengan gerakan

    janggutnya.

    DIAM DAN TIDAK MENGGERAKKAN LISAN KETIKA SOLAT

  • Ibnul Qayyim r.a berkata, Tidak termasuk dalam apa yang ditunjukkan

    oleh Nabi adalah memejamkan mata ketika solat. Pada waktu tasyahud

    beliau memusatkan pandangannya pada jarinya dalam berdoa dan

    pandangan beliau bukan melalui isyaratnya.

    Jika membuka mata dapat membawa kekhusyukan, perkara itu lebih

    utama. Namun, jika perkara itu menghalangnya dari kekhusyukan

    lantaran di depannya terdapat keindahan, aneka hiasan atau selainnya

    yang mengganggu hatinya, maka tidak makruh memejamkan mata secara

    mutlak.

    MEMEJAMKAN MATA KETIKA SOLAT TANPA ALASAN.

  • Wajib bagi wanita menunaikan solat, berpuasa serta suaminya pun telah

    halal menyetubuhinya apabila dia merasa telah suci meskipun setelah 20

    hari. Jika darahnya keluar lagi, maka darah itu dianggap darah nifas

    selama 40 hari.

    Tetapi ibadah yang dilakukan sewaktu suci itu, adalah sah.

    TIDAK BERPUASA DAN SOLAT SELAMA 40 HARI DARIPADA WAKTU NIFAS MESKIPUN TELAH SUCI SEBELUM WAKTU

    TERSEBUT.

  • Sunnah ketika wanita menunaikan solat jahriah adalah dia membacanya

    secara jahr (kuat) yang cukup didengar oleh dirinya sendiri.

    Kecuali jika ada lelaki selain mahram yang mendengar, maka dibolehkan

    untuk memperlahankan bacaanya lantaran bimbang berlaku fitnah.

    Demikian juga, wanita membaca bacaan perlahan ketika solat sirriyah

    (bacaan perlahan)

    WANITA YANG MEMBACA DENGAN PERLAHAN KETIKA SOLAT JAHRIAH.

  • Bahawasannya aku menghidap penyakit buasir. Lantas aku bertanya kepada

    Nabi SAW tentang solat ( dalam keadaan seperti itu). Beliau lalu

    menjawab, solatlah dengan berdiri dan jika kamu tidak mampu, maka

    duduklah. Jika kamu masih tidak mampu, hendaklah kamu mengiring.

    SOLAT SAMBIL DUDUK PADAHAL MAMPU BERDIRI

  • Dari Muaiqib, dia berkata, Nabi SAW mengatakan mengusap di dalam masjid, yakni mengucap kerikil sambil bersabda, Jika kamu perlu melakukan, maka lakukanlah sekali sahaja.

    Kata Imam Nawawi, Sabda Rasulullah SAW, Jika kamu perlu melakukannya, maa lakukanlah sekali sahaja maknanya jangan kamu lakukan. Jika perlu, lakukan sekali sahaja.

    Larangan ini hukumnya makruh tanzih.

    Ulama sepakat tentang makruhnya mengusap kerana perbuatan itu menganggu rasa tawadhuk dan menyibukkan orang yang solat.

    Al Qadhi berkata, Para Salaf mengatakan makruh mengusap dahi ketika solat dan sebelum meninggalkan masjid. Yakni, membersihkan dahi dari tanah dan lainnya yang menempel padanya.

    MENGUSAP KERIKIL DAN MERATAKAN TANAH KETIKA SOLAT

  • Sabda Nabi SAW kepada seorang sahabat,

    Jauhkan sendawamu itu dari kami

    SENDAWA KETIKA SOLAT

  • Apabila seseorang menguap, hendaklah dia menahan semampunya dan

    meletakkan tangan pada mulutnya sehingga tidak mengeluarkan suara.

    Sabda Rasulullah SAW,

    Apabila salah seorang di kalangan kamu menguap ketika solat, maka

    hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya. Sebabnya, syaitan

    akan turut masuk ketika dia menguap

    TIDAK MENAHAN DIRI DARIPADA MENGUAP KETIKA SOLAT

  • Syeikh Ali Mahfuz mengatakan Di antara bidah yang dibenci dalam solat

    adalah menguatkan suara yang sepatutnya dibaca sirr (perlahan).

    Misalnya membaca istiazah, doa iftitah atau membaca tasbih dengan jahr

    (kuat). Sebabnya perkara itu tidak pernah berlaku, pada zaman

    Rasulullah, sahabat dan salafus soleh.

    MENGUATKAN SUARA KETIKA TAKBIRATUL IHRAM

  • Dengan istiadzah, seseorang bebas dari daya dan kekuatannya kepada

    daya dan kekuatan Allah.

    Yakni, berserah diri kepada zat yang menguasai Azza wa jalla agar Dia

    yang melindungi dan mencegah dari syaitan dan tipu dayanya.

    Sesungguhnya Rasulullah SAW, selesai membaca iftitah, baginda akan

    membaca istiadzah dan diikuti dengan basmallah.

    TIDAK MEMBACA ISTIADZAH DAN BASMALLAH

  • Syeikh Ibnu Utsaimin mengatakan Apabila ada seorang makmum yang

    mendahului imamnya ketika solat, sedangkan dia mendahuluinya ketika

    takbiratul ihram, maka solat makmum tersebut tidak sah.

    Sabda Rasulullah SAW,

    Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikut. Oleh kerana itu, janganlah

    kamu semua mendahuluinya. Jika dia bertakbir, maka bertakbirlah.

    MENDAHULUI IMAM KETIKA TAKBIRATUL IHRAM

  • Perkara ini dilarang oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda :

    Hendaklah segolongan orang benar-benar menghentikan pandangan

    matanya yang mendongak ke langit ketika berdoa dalam solat atau

    pandangan mata mereka benar-benar tidak akan kembali padanya

    MELIHAT LANGIT KETIKA SOLAT

  • Adalah satu kesalahan, membaca panjang seperti membaca mad badal

    (sepanjang enam harakat) menjadi aaaaaaamiin. Tidak diwajibkan

    memanjangkan lafaz tersebut kecuali sepanjang dua harakat sahaja. Yakni

    Amin

    Kadangkala, melakukan kesalahan dengan mentasydid huruf mim,

    menjadi ammin.

    MEMPERMAINKAN PERKATAAN AMIN

  • Nabi SAW melarang orang yang menunaikan solat dengan meletakkan

    tangan pada pinggang

    Termasuk dalam perbuatan orang yang menyombongkan diri.

    MELETAKKAN TANGAN PADA PINGGANG KETIKA SOLAT

  • Sabda Rasulullah SAW, Sesuatu yang pertama kali diangkat dari manusia

    ialah kekhusyukan

    Nabi SAW memerintahkan umatnya agar bersikap tenang ketika

    menunaikan solat.

    Tenanglah kamu semua ketika menunaikan solat

    TERLALU BANYAK BERGERAK KETIKA SOLAT

  • Aisyah r.a berkata, Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang

    menoleh ketika solat.. Beliau menjawab, Sesungguhnya itu adalah

    suatu rampasan yang dilakukan oleh syaitan terhadap solatnya seorang

    hamba.

    MENOLEH KETIKA SOLAT

  • Nabi SAW bersabda, Luruskan saf kamu semua. Demi Allah, kamu semua

    benar-benar luruskan saf kamu atau Allah benar-benar akan

    memalingkan hati kamu semua

    Sabda Nabi SAW lagi, Luruskan dan rapatkan saf kami semua. Demi zat

    yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya aku benar-benar melihat

    sekumpulan syaitan berada di antara saf kamu semua seakan-akan

    mereka seperti kambing putih.

    TIDAK MELURUSKAN SAF

  • Sebahagian muslim, apabila memasuki masjid dan mendapati imamnya

    sedang sujud, duduk antara dua sujud atau tasyahud, maka dia menunggu

    imam berdiri. Perbuatan ini bertentangan dengan apa yang ditunjukkan

    baginda.

    Sabda Nabi SAW,

    Apabila salah seorang di kalangan kamu semua hendak mendirikan solat,

    dan imam sedang berada dalam suatu keadaan, maka lakukanlah

    sebagaimana yang dilakukan oleh imam

    TIDAK MENGIKUT IMAM

  • Adakah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam tidak takut jika

    Allah mengubah kepalanya menjadi keldai.

    MENDAHULUI RUKUK IMAM ATAU MENGAKHIRKANNYA

  • Dalam hadith, Nabi SAW memerintahkan orang yang nelakukan kesalahan

    dalam solatnya supaya mengulanginya. Baginda berkata Ulangilah

    kembali solatmu!. Sesungguhnya kamu belum solat.. Kemudiaan baginda

    menjelaskan cara solat, Rukuklah sehingga kamu tamakninah dalam

    rukuk, kemudian bagunlah sehingga kamu berdiri dengan sempurna.

    Sabda Rasulullah SAW,

    Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia meluruskan belakangnya

    ketika rukuk dan sujud.

    TIDAK TAMAKNINAH KETIKA RUKUK

  • Sabda Rasulullah SAW,

    . Apabila kamu semua pergi pada solat dan ketika itu kami sedang sujud,

    maka sujudlah kamu semua dan jangan mengiranya sebagai satu rakaat.

    Dan sesiapa yang mendapatkan rakaat, sesungguhnya dia telah

    mendapatkan solat.

    MENGIRA SEBAGAI SATU RAKAAT PADAHAL TIDAK SEMPAT RUKUK

  • Sabda Rasulullah SAW,

    Sesungguhnya aku dilarang membaca al Quran dalam rukuk atau sujud

    MEMBACA AL QURAN DALAM RUKUK

  • Sebahagian muslimin menganggap apabila telah selesai membaca doa

    qunut mahupun selainnya, mereka perlu mengusap wajah. Perbuatan

    seperti ini memerlukan dalil as sunnah.

    Ibnu Taimiyyah mengulas, Adapun perihal Nabi SAW mengangkat kedua

    tangan beliau ketika berdoa memang ada beberapa hadith shahih .

    Sedangkan mengusap muka selesai berdoa itu, tidak pernah termasuk

    dalam hadith, kecuali dalam satu dua hadith yang tidak dapat digunakan

    sebagai hujjah.

    MENGUSAP MUKA SETELAH SELESAI MEMBACA QUNUT

  • Perbuatan ini bertentangan dengan apa yang ditunjukkan oleh baginda.

    Sabda Rasulullah SAW,

    Apabila kamu sujud, letakkanlah kedua telapak tanganmu dan angkatlah

    kedua siku lenganmu

    MENYENTUH KEDUA LENGAN (KE LANTAI) DAN MERAPATKAN KEDUA KETIAK

  • Sabda Rasulullah SAW,

    :

    Aku diperintahkan supaya sujud dia atas tujuh anggota tubuh, yakni dahi,

    kedua tangan, kedua lutut dan kedua kaki.

    TIDAK SUJUD DI ATAS TUJUH ANGGOTA BADAN

  • Sebahagian orang tidak mampu sujud atas tanah kerana uzur atau safar, dia

    meletakkan alas, ada yang menggunakan beg, menegakkan kakinya dan

    meletakkan bantal. Ini adalah kesalahan. Yang betul adalah, hendaklah sujud

    menggunakan isyarat.

    Abdullah bin Umar r.a, Suatu ketika, Rasulullah mengunjungi seorang lelaki

    sedang sakit. Ketika hendak menemuinya, baginda mendapatinya sedang

    solat atas kayu, baginda menunjuk ke arah kayu itu dan membuangnya.

    Setelah itu, lelaki tersebut mengambil bantal. Rasulullah berkata,

    Jauhkanlah kayu itu darimu, jika kamu mampu sujud di atas tanah. Jika tidak,

    gunakanlah isyarat dan jadikanlah sujudmu lebih rendah dari rukukmu

    MENINGGIKAN ALAS UNTUK DIGUNAKAN SUJUD DI ATASNYA