24
AS30301 KESELAMATAN ANTARABANGSA SOALAN 4 BINCANGKAN PENDEKATAN KESELAMATAN MANUSIA TENTENG ISU BURUH KANAK-KANAK DAN MENGGUNAKAN MALAYSIA SEBAGAI CONTOH. NAMA PENSYARAH : ENCIK RAMLI DOLLAH NAMA AHLI KUMP. NO. MATRIK SITI NURNAJIHAH BTE JAMIAN BA11160537 NOOR AZIELA BTE SABIN BA11160561 SENISIA NATASHA BTE ARTIE BA11110414 1

keselamatan antarabangsa fullasgment

Embed Size (px)

DESCRIPTION

membincangkan mengenai isu buruh kanak-kanak., punca dan langkah serta kesan yang diterima oleh Malaysia.

Citation preview

AS30301 KESELAMATAN ANTARABANGSASOALAN 4 BINCANGKAN PENDEKATAN KESELAMATAN MANUSIA TENTENG ISU BURUH KANAK-KANAK DAN MENGGUNAKAN MALAYSIA SEBAGAI CONTOH.

NAMA PENSYARAH : ENCIK RAMLI DOLLAH

NAMA AHLI KUMP.NO. MATRIKSITI NURNAJIHAH BTE JAMIANBA11160537NOOR AZIELA BTE SABINBA11160561SENISIA NATASHA BTE ARTIEBA11110414

ISI KANDUNGAN

1.0Pendahuluan2.0Perbincangan Konseptual2.1 Definisi Keselamatan2.2 Keselamatan Manusia2.3Hak Asasi Manusia3.0Punca Isu Buruh Kanak-Kanak di Malaysia 3.1Kemiskinan3.2Kemasukan Warga Asing ke Malaysia3.3Pendidikan3.4Faktor pekerjaan Ibu Bapa3.5Kadar Upah yang Rendah4.0 Implikasi Negatif yang Diterima oleh Malaysia5.0Langkah-langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak-kanak6.0 Kesimpulan

1.0 Pendahuluan

Pengabaian hak dan penganiayaan bukanlah satu isu baharu tapi hakikatnya ia adalah satu isu yang telah mula wujud dalam lipatan sejarah peradaban manusia sendiri. Sejarah penggunaan buruh kanak-kanak begitu sinonim dengan perkembangan perindustrian yang berlaku di barat, mereka ini dijadikan buruh yang melebihi had masa untuk memenuhi pasaran.[footnoteRef:1] [1: Ismail Ali, Penglibatan dan sumbangan kanak-kanak warga Filipina dalam ekonomi perikanan di Sabah: satu pengadilan moral?, sosiohumanika, 2008, vol 1: 2 , 365-390.]

Pertubuhan Buruh Antrabangsa ILO menganggarkan lebih kurang 246 juta kanak-kanak dalam lingkungan 5 hingga 17 tahun. Malah lebih 150 juta buruh kanak-kanak berusia 5-14 tahun terpaksa untuk melakukan perkerjaan yang berbahaya dan tidak sesuai dengan usia mereka.[footnoteRef:2] Di samping itu, 61% daripada jumlah keseluruhan buruh kanak-kanak di dunia berasal dari negara-negara Asia. Perkara ini diramalkan disebabkan oleh peningkatan akibat krisis yang berlaku di Asia yang melibatkan krisis ekonomi dan juga politik. [2: Ibid .]

Di Malaysia, isu penggunaan kanak-kanak bawah umur lebih berkisar kepada persoalan ekonomi dan sosial sahaja bukanlah melibatkan kanak-kanak tempatan secara keseluruhannya. Walaupun secara realitinya, nasib kanak-kanak di negara kita jauh lebih baik daripada kebanyakkan kanak-kanak di negara membangun. Isu penggunaan kanak-kanak dalam pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial lebih dirasai oleh negeri Sabah berbanding dengan lain-lain negeri dalam Malaysia disebabkan oleh pengalaman lampaunya.[footnoteRef:3] [3: Ibid .]

Isu buruh kanak-kanak boleh memberikan ancaman keselamatan nasional Malaysia. Ini boleh dilihat menerusi kesan kepada politik, ekonomi dan sosial apabila isu buruh kanak-kanak ini semakin berleluasa. Kanak-kanak yang seharusnya dilindungi dan merupakan generasi yang akan mentadbir negara Malaysia sendiri semakin hilang. Tiadanya pendidikan dan perlindungan serta penjagaan boleh membawa mereka ke kencah yang negatif pada masa hadapan. Hak asasi yang diberikan kepada golongan kanak-kanak ini adalah satu inisiatif yang baik kerana mereka ini adalah penerus generasi akan datang.

Walaubagaimanapun, punca isu buruh kanak-kanak perlu dilihat dan ditangani dengan teliti kerana isu ini sekaligus boleh memberi impak kepada keselamatan nasional di Malaysia. Penulisan ini membincangkan punca-punca penggunaan isu buruh kanak-kanak di Malaysia dan bagaimana isu ini memberikan impak kepada keselamatan di Malaysia sama ada secara langsung mahupun tidak langsung serta langkah mengatasi isu buruh kanak-kanak ini.

2.0 Perbincangan Konseptual.

2.1 Definisi Keselamatan.

Keselamatan merujuk ketiadaan ancaman terhadap sesebuah entiti dalam pandangan sesebuah negara.[footnoteRef:4] Semasa Perang Dingin terdapat sarjana-sarjana yang mendominasi dalam bidang keselamatan khususnya dalam isu ketenteraan dan negara. Terdapat dua blok kuasa yang mendominasi iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang boleh mengancam keselamatan ketika itu. Walaubagaimanapun selepas Perang Dingin pendekatan ini bukan sahaja tertumpu kepada isu ketenteraan dan negara bahkan lebih meluas. Ini diakui oleh Barry Buzan di mana terdapat isu lain yang juga boleh mengancam keselamatan sesebuah negara dan ia dikenali sebagai keselamatan non tradisional seperti isu buruh kanak-kanak, alam sekitar, pendatang tanpa izin, isu ekonomi dan sebagainya[footnoteRef:5]. [4: Wan Shawaluddin Wan Hassan Dan Zaini Othman, Isu-Isu Keselamatan Sabah Dan Impak Kepada Malaysia,2008, Jati, 13 : 51.] [5: Ibid.]

2.2 Keselamatan Manusia.

Keselamatan manusia bermula pada 1994 didalam human development report security (UNDP).[footnoteRef:6] Keselamatan dahulunya ditafsirkan secara tidak meluas, hanya tertumpu kepada negara bangsa bukan individu. Keselamatan manusia boleh ditakrifkan perlindungan daripada ancaman yang dianggap non tradisional oleh sarjana realis. [6: Amitav Acharya, Human Security: East Versus West?, Kertas Kerja, Singapura: Institute Of Defence And Strategic Studies, 2001, Vol 17, 1-23.]

Peranan keselamatan ini adalah memastikan kelangsungan hidup dan maruah individu, serta menangkis pandangan dari kotak pemikiran manusia hanya semata-mata dalam melindungi kehidupan semasa konflik.[footnoteRef:7] Malah ia memperjuangkan prinsip bukan pemilihan dan hak asasi kepada manusia tidak sepatutnya terpilih serta hanya memberikan tumpuan kepada hak-hak kepada politik, walaupun pada asasnya hak asasi manusia itu bersifat terbuka.[footnoteRef:8] [7: Ibid] [8: Amitav Acharya, op.cit. ]

Disamping itu, keselamatan manusia ini melindungi kewujudan keseluruhan kumpulan sosial termasuk kanak-kanak, orang awam dalam peperangan. Lantaran itu, tiadanya toleransi terhadap percabulan hak asasi manusia meksipun untuk pembangunan ekonomi dalam paradigma keselamatan manusia.[footnoteRef:9] Keselamatan manusia lebih menuntut kepada pendekatan kepada individu berbanding rejim. Keselamatan manusia di Asia lebih kepada fear from want.[footnoteRef:10] [9: Ibid.] [10: Ibid.]

Kebebasan dari rasa ingin adalah satu rasa tidak puas hati terhadap keselamatan yang ortodoks, ia lebih memberi penekanan kepada isu-isu kemanusiaan dan non tradisional seperti buruh kanak-kanak, kemiskinan, penyakit dan sebagainya.[footnoteRef:11] Matlamat utama kebebasan ini untuk mengalakkan pembangunan insan seperti pendidikan, penyakit, diskriminasi. Tanpa perkara berikut akan membataskan perkembangan manusia itu sendiri. Oleh hal yang demikian, isu buruh kanak-kanak di lihat salah satu unsur yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk mendapatkan kebebasan dari rasa ingin. [11: Ibid.]

2.3 Hak Asasi Manusia.

Hak asasi mausia adalah hak yang dimiliki oleh setiap orang untuk hidup bebas dan bermaruah. Hak kanak-kanak adalah hak asasi manusia untuk setiap kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun, tanpa mengira tempat kelahiran bangsa mahupun etnik mereka, lelaki atau perempuan, miskin atau kaya, berupaya atau kurang berupaya , HIV negatif atau HIV positif.[footnoteRef:12] Menerusi itu, konvensyen hak kanak-kanak telah melindungi kanak-kanak dan meninggikan nilai kemanusiaan terutama kepada kanak-kanak yang terdedah kepada penganiayaan dan eksplotasi. Hal ini disebabkan dari segi fizikal kanak-kanak lebih mudah terdedah pada bahaya daripada orang dewasa dan mereka lebih sensitif dari segi emosi. Di negara Malaysia sendiri, kanak-kanak diekplotasi sebagai buruh.[footnoteRef:13] [12: Unicef, Hak untuk semua kanak-kanak, dari http://www.unicef.org/malaysia/media-guide-child- rights-malay, 2009, diakses pada 17 Januari 2013.] [13: Ibid.]

Kerajaan telah meratifikasi Hak Kanak-Kanak (CRC) bertanggungjawab untuk memastikan agar undang-undang dasar dan amalan kebangsaaan mereka mematuhi tanda aras ini dalam perjanjian dalam peruntukkan dalam artkel 2,3,6 dan 12 dan ini untuk merubah sesuatu kenyataan dalam hidup semua kanak-kanak.[footnoteRef:14] Malaysia sendiri telah membuat beberapa pindaan kepada undang-undang sedia ada bagi memenuhi tanggungjawab di bawah CRC. Pada tahun 2001, ia telah menggubal Akta Kanak-Kanak daripada keganasan, penderaan, pengabaian dan ekplotasi.[footnoteRef:15] [14: Unicef, op.cit.] [15: Ibid .]

Oleh yang hal yang demikian, undang-undang Malaysia telah melarang pengambilan kanak-kanak bawah umur 14 tahun tetapi membenarkan pengecualian seperti kerja ringan dalam perusahaan keluarga, kerja dalam hiburan awam dan mana-mana yang telah diluluskan, kanak-kanak tidak dibenarkan berkerja melebihi enam jam sehari , dan tidak melebihi enam hari dalam seminggu dan pada waktu malam.[footnoteRef:16] Kajian kes melihat bahawa wujudnya ekplotasi kepada buruh kanak-kanak disebabkan oleh pembayaran upah yang sangat murah berbanding perkerja dewasa. Ekplotasi terhadap golongan kanak-kanak ini tidak disedari oleh mereka kerana apa yang mereka inginkan hanya tempat perlindungan, yang sebaliknya menguntungkan pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini disebabkan mereka tidak menyediakan keperluan kebajikan yang mencukupi kepada seorang kanak-kanak hanya sekadar sambil lewa. [16: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Laporan tahunan 2010 Suruhanjaya Hak Asai Manusia Malaysia, Selangor: Reka Cetak Sdn Bhd, 2011, hlm 52.]

3.0Punca isu buruh kanak-kanak di Malaysia

Terdapat pelbagai kemungkinan dan punca yang dapat dikenalpasti dalam isu pemburuhan kanak-kanak ini. Isu ini merupakan isu yang telah lama wujud bukan sahaja di Malaysia tetapi lebih bergiat aktif di Negara-negara luar contohnya di Negara Filipina, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Thailand dan Indonesia.[footnoteRef:17] Antara isu-isu yang dapat dikaitkan ialah isu kemiskinan,kemasukan warga asing, pendidikan, faktor pekerjaan ibu bapa dan kadar upah yang rendah. [17: Ismail Ali, Op.cit]

3.1 Isu kemiskinan

Isu kemiskinan yang dapat diperjelaskan secara terang ialah melalui teori ice berg. Di mana teori ini telah menerangkan mengenai golongan bawahan yang ditindas secara langsung ataupun tidak langsung. Penindasan yang diterima oleh golongan atasan telah mengakibatkan desakan hidup kepada golongan miskin dan tekanan ini menyebabkan mereka semakin menjadi susah. Isu ini adalah sukar dielak kerana keuzuran ibu bapa dan pendapatan isi rumah yang rendah bagi menampung bilangan keluarga yang ramai. Maka pendapatan tambahan yang dihasilkan oleh anak-anak adalah penting dalam sebuah kehidupan keluarga.

Masalah kemiskinan yang dialami oleh sesebuah keluarga akan menyebabkan kanak-kanak di bawah umur juga turut bekerja sebagai buruh bagi menampung kehidupan sekeluarga.[footnoteRef:18] Kanak-kanak golongan ini terpaksa bekerja untuk menyara hidup dan tidak dapat belajar dengan sempurna di dalam usianya yang masih muda. Gaji buruh yang rendah juga mengakibatkan sebuah keluarga itu kesempitan duit dan anak-anak mereka juga terpaksa bekerja bersama-sama mereka. [18: See Hoon Peow, Law and child labour in Malaysia : A case study in Balakong new village,Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2000, hlm 370.]

Terdapat beberapa contoh yang dapat dilihat mengenai tahap kemiskinan menganggu kehidupan dan hak kanak-kanak. Kajian kes di Sabah, kanak-kanak yang berusia 6 tahun keatas sudah mula menjadi buruh kanak-kanak. Hal ini dapat dijelaskan bahawa kanak-kanak ini menjual beg plastik, rokok dengan harga yang murah dan menyediakan khidmat mengangkat barang pelanggan semasa membeli-belah di pasar Kota Kinabalu Sabah. Terdapat juga kajian dimana daripada 21 orang responden kanak-kanak yang bekerja buruh, 2 daripadanya adalah pelajar sekolah. Mereka bekerja sebagai buruh kanak-kanak adalah disebabkan untuk menampung kos yuran sekolah serta pembelanjaan sekolah.

3.2 Kemasukan warga asing

Sejak sebelum wujudnya lagi Malaysia terdapat kepelbagaian bangsa dan etnik yang sedia ada. Isu pemburuhan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia lebih difokuskan kepada kanak-kanak warga asing yang berada di Malaysia.[footnoteRef:19] Kanak-kanak warga asing ini secara majoritinya dapat dilihat telah dijadikan sebagai buruh dan menjalankan pelbagai jenis pekerjaan yang seharusnya dilakukan oleh orang dewasa. Secara realitinya kehidupan kanak-kanak warga asing lebih daif jika dibandingkan dengan kehidupan kanak-kanak di Negara yang sedang membangun. [19: Ibid.]

Kawasan sabah yang jika dilihat dari sudut sejarah serta peluang pekerjaan yang dapat ditawarkan kepada warga asing.[footnoteRef:20] Negeri sabah merupakan jiran kepada Negara Filipina dan Indonesia, ini telah mengakibatkan kemasukan warga asing ke sabah untuk mencari sumber rezeki kerana pergolakan ekonomi serta politik yang berlaku di Negara mereka. kanak-kanak warga asing daripada Negara Filipina dan Indonesia ini telah menjadi buruh di negeri sabah. Pekerja asing yang dieksploitasikan dan dihantar ke negara Malaysia dijadikan sebagai buruh kasar bagi memenuhi tuntutan kekurangan tenaga buruh bagi sektor pembinaan dan pertanian khususnya.[footnoteRef:21] [20: Ismail Ali, Op,cit.] [21: Norinah Mohd Ali, Warganegara Asing dan Kemiskinan di Malaysia, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004, vol?, hlm]

3.3 Pendidikan

Di sesetengah kawasan, terdapat kanak-kanak yang masih buta huruf dan kurang pengetahuan mengenai hak mereka sebagai kanak-kanak.[footnoteRef:22] Pendidikan adalah aset utama individu dalam menempuh kehidupan dimasa hadapan. Namun, apa yang dapat dilihat terdapat segelintir kanak-kanak masih belum mendapat hak pendidikan yang sebaiknya diterima. Terdapat ibu bapa yang masih berfikiran bahawa pendidikan adalah tidak penting kepada kanak-kanak, malah mereka tidak memahami akan kesan buruk yang akan dilalui di masa hadapan seperti masalah kemiskinan. [22: Rosliwaty Ramly, Usaha Kerajaan Menyejahterakan Kanak-kanak, tmpt terbit?: Bernama, 2007, hlm.]

Kanak-kanak yang tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya ini tidak mengetahui bahawa mereka tidak boleh dijadikan sebagai buruh kanak-kanak. Mereka belum dapat memahami dan berfikir secara matang tentang apa yang sedang mereka lakukan. Mereka juga tidak menyedari yang mereka berdepan dengan risiko dan bahaya bekerja sebagai buruh terutama sekali sebagai buruh kasar ditapak pembinaan. Kanak-kanak ini juga tidak menyedari bahawa mereka tidak boleh dijadikan sebagai buruh dan mereka seharusnya dilindungi dan mendapat hak yang sewajarnya seperti kanak-kanak normal yang lain. Tempat kanak-kanak sepatutnya adalah sekolah bagi mendapatkan pendidikan yang sewajarnya bagi mengubah kehdupan mereka dimasa hadapan bukannya membantu beban ibubapa mencari sumber rezeki seisi keluarga.[footnoteRef:23] [23: Merle David Kellerhals Jr, Kanak-kanak dieksploitasi untuk Buruh Murah di seluruhdunia. ?????:Amerika Goverment, 2010, hlm?.]

3.4 Pekerjaan ibu bapa

Salah satu punca ataupun faktor buruh kanak-kanak wujud secara tidak langsung ialah berpunca daripada pekerjaan ibu bapa mereka. kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak ini secara tidak langsung akan mengikutinya. Contoh jenis pekerjaan buruh yang dijalankan ialah berniaga hasil-hasil laut, menjual sayur dan buah-buahan, menjalankan perkhidmatan seperti menjual rokok, tukang kasut, menjual keperluan asas dan sebagainya. Ini dapat dilihat sebagai contoh di Kota Kinabalu Sabah di kawasan Pasar Filipina.

Selain daripada itu terdapat juga kanak-kanak yang membantu ibu bapa mereka bekerja dengan menyediakan perkhidmatan mengangkat barang pelanggan dan menjual plastik atau tisu. Selain daripada perkhidmatan tersebut, ada juga ibu bapa yang diberi bantuan oleh anak-anak mereka secara rela dalam berjualan. Ibu bapa dan anak-anak yang kurang mendapat pendidikan atau pengetahuan mengenai buruh kanak-kanak tidak akan mengetahui prihal buruh kanak-kanak ini. Ini merupakan salah satu contoh kes yang berlaku secara tidak langsung oleh ibu bapa tersebut.

3.5 Kadar upah yang rendah

Kadar upah yang rendah adalah salah satu punca dimana wujudnya buruh kanak-kanak. Masalah ini bukan sahaja berlaku diluar Negara, namun terdapat di dalam Negara Malaysia sendiri khususnya di negeri Sabah. Negeri Sabah mempunyai banyak bilangan kanak-kanak warga asing yang bekerja sebagai buruh kanak-kanak untuk kelangsungan hidup. Kanak-kanak ini ada diantara mereka yang hidup sendirian tanpa ibu bapa. Maka, dengan ini terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak ini untuk dijadikan buruh dengan kadar upah yang sangat rendah.

Sesetengah pihak ataupun majikan pastinya akan lebih memikirkan keuntungan bagi perniagaan mereka. Disebabkan sikap pentingkan diri sendiri dan juga memikirkan keuntungan perniagaan mereka, maka mereka sanggup mengambil buruh kanak-kanak bekerja dibawah syarikat mereka. pengambilan buruh kanak-kanak boleh namun mempunyai hadnya. Tetapi ada majikan yang tidak mengambil kesah mengenai hak buruh kanak-kanak ini. Mereka dilihat seakan-akan ditindas oleh majikan.

Syarikat atau peniaga ini mengambil kanak-kanak sebagai pekerja mereka adalah kerana upah pekerja kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang dewasa. Secara logiknya gaji kanak-kanak dan orang dewasa adalah berbeza, namun jika majikan mengambil kanak-kanak bekerja dengan mengunakan masa dan tenaga yang sama dengan buruh dewasa sepatutnya kadar upahnya adalah sama. Di sini pihak majikan memberikan peranan yang sama kepada kanak-kanak tersebut untuk bekerja.[footnoteRef:24] [24: Youssouf Omar. 2009, Hak untuk semua kanak-kanak, UNICEF.]

Tetapi majikan yang mengambil buruh kanak-kanak selalunya membayar upah kanak-kanak ini dengan kadar yang rendah. Ini kerana majikan tahu bahawa kanak-kanak ini tidak akan berani bersuara ataupun tidak mengetahui hak mereka sebagai buruh kanak-kanak. Kadar upah yang rendah ini telah mempergiatkan lagi pengambilan buruh kanak-kanak daripada peniaga-peniaga. Maka pengambilan buruh kanak-kanak adalah lebih ramai bagi menjimatkan kos upah dan prihal ini telah mewujudkan penganiayaan terhadap kanak-kanak tersebut.[footnoteRef:25] [25: Ibid, ms 10. Takle ibid kalau da masuk halaman lain..kne op.cit]

Contoh buruh kanak-kanak yang berlaku di Bandar Kota Kinabalu Sabah ialah pekerja kanak-kanak di kedai makan atau restoren. Terdapat banyak kanak-kanak di bawah umur yang bekerja di restoren-restoren makan di sekitar bandar Kota Kinabalu. Ada juga kanak-kanak yang bekerja dikedai-kedai runcit dan juga di kedai aneka barangan. Terdapat juga kajian remaja sekolah menengah di melaka mengambil pekerjaan sambilan samaada pelajar lelaki atau perempuan dalam bidang pekerjaan yang pelbagai.[footnoteRef:26] [26: Ranimah Yusuf, Noraziah Ali. 2006. Pola dan isu buruh kanak-kanak dalam kalanganpelajarsekolah menengah di Melaka tengah. ubah gaya jurnal@latihan ilmiah]

4.0Implikasi negatif yang diterima oleh Malaysia.

Isu berkaitan dengan buruh ini khususnya buruh kanak-kanak sememangnya satu perkara yang dilihat mampu mendatangkan impak kepada sesebuah negara. Walaupun adakalanya buruh kanak-kanak ini memberikan impak yang positif namun dalam konteks pembincangan ini, kami lebih memfokuskan kepada impak negatif kepada negara kita. Kebanjiran buruh kanak-kanak di negara kita bukan suatu fenomena yang asing. Hal ini keranahampir setiap hari kita akan melihat atau mendengar isu buruh kanak-kanak ini. Hampir setiap hari ada sahaja isu yang membincangkan berkenaan buruh kanak-kanak. Walaupun kita sering mendengar bahawa buruh kanak-kanak yang sering menjadi mangsa kepada permasalahan ini adalah buruh kanak-kanak daripada negara jiran kita sendiri iaitu dari Filipana dan Indonesia.[footnoteRef:27] Hal ini seterusnya menimbulkan pelbagai impak kepada negara kita. [27: Ismail Ali. Op.cit.]

Isu berkenaan dengan buruh kanak-kanak di Malaysia dapat dibahagikan dalam beberapa aspek iaitu dari aspek politik, aspek ekonomi dan juga aspek sosial. Walaupun kehadiran mereka dalam sektor pekerjaan di Malaysia dilihat membantu dalam menjana dan menggerakkan sektor ekonomi negara. Namun demikian, ia juga mampu menimbulkan impak negatif yang sedikit sebanyak menjejaskan keselamatan sesebuah negara itu sendiri. Impak negatif yang diterima oleh Malaysia dari aspek politik adalah ia mampu menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan negara yang terlibat. Seperti yang dinayatakan diatas, kebanjiran buruh kanak-kanak khususnya buruh kanak-kanak warga asing yang datang ke negara ini untuk menjadi buruh dan bekerja di dalam sektor-sektor pekerjaan yang dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai satu pekerjaan yang tidak penting.

Selain daripada itu, keberadaan buruh kanak-kanak khususnya mereka yang datang dari negara jiran bukan sahaja semakin meningkat dari tahun ke tahun malahan ia dilihat sebagai satu masalah yang kian meruncing. Hal ini kerana keberadaan mereka di Malaysia bukan sahaja membebankan pihak kerajaan Malaysia malahan ia boleh menimbulkan masalah yang lebih besar sehinggakan mampu menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara yang terlibat. Contohnya, buruh kanak-kanak yang diambil bekerja terutamanya buruh kanak-kanak dari Kemboja yang berumur antara lingkungan 18 tahun kebawah telah dijadikan mangsa dalam pengeksploitasiaan manusia.[footnoteRef:28] Mereka yang diambil bekerja dan dibawa ke negara ini untuk bekerja dalam sektor-sektor seperti menjadi menjadi pembantu rumah, pekerja kedai makan dan sebagainya. Namun apabila mereka datang ke negara ini, barulah mereka sedar yang mereka sebenarnya menjadi mangsa dalam akitiviti pelacuran. Hal ini bukan sahaja menjejaskan imej negara kita malahan mampu mengeruhkan hubungan antara Malaysia dengan negara jiran sekiranya berlaku masalah yang lebih teruk. [28: Laporan Mengenai Status Hak Kanak-kanak, Child Right Coalition Malaysia, 2012, hlm. 16.]

Selain daripada itu, isu berkenaan dengan buruh kanak-kanak ini juga dapat memberikan tanggapan negatif masyarakat luar terhadap kerajaan Malaysia. Keadaan ini lebih menjuruskan kepada para pelancong yang datang ke Malaysia. Hal ini bukan sahaja memberikan persepsi dan tanggapan negatif kepada mereka mengenai budaya masyarakat yang seolah-olah membiarkan kanak-kanak pergi bekerja. Persepsi seperti ini dilihat sebagai satu perkara yang serius kerana masyarakat antarabangsa akan melabelkan kerajaan Malaysia sebagai satu kerajaan yang tidak menitikberatkan soal-soal berkaitan dengan kemanusiaan terutamanya berkaitan dengan buruh kanak-kanak. Contohnya , kebanjiran buruh kanak-kanak khususnya dapat dilihat di negeri Sabah apabila kanak-kanak terutamanya buruh kanak-kanak dari Filipina sering dilihat berkeliaran di kawasan bandar dan Bandaraya Kota Kinabalu.[footnoteRef:29] Mereka terlibat dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti menjadi nelayan menangkap ikan di laut, menjual beg plastik di pusat pendaratan ikan, dan sebagainya.[footnoteRef:30] [29: Ismail Ali, Op.cit ] [30: Ibid.]

Jika dilihat pekerjaan yang dilakukan oleh buruh kanak-kanak ini hanyalah melibatkan kerja-kerja yang ringan sahaja namun pada hakikatnya mereka berdepan dengan pelbagai risiko yang mana mampu mengancam nyawa mereka. Oleh yang demikian, keberadaan buruh kanak-kanak ini bukan sahaja memberikan imej yang tidak baik kepada negara kita malahan pengadilan moral yang akan diberikan oleh masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia itu sendiri. Hal ini kerana isu berkaitan kanak-kanak merupakan satu isu yang sangat dititikberakan apabila kita berbicara berkaitan dengan keselamatan manusia.

Di samping itu, isu berkaitan buruh kanak-kanak ini juga memberikan impak negatif daripada aspek ekonomi. Walaupun impak daripada aspek ini tidak sebesar aspek politik dan juga sosial namun ia juga dilihat mampu mendatangkan kesan yang lebih besar di kemudian hari. Dalam aspek ekonomi ini, apa yang cuba diketengahkan adalah pengaliran mata wang negara ke luar tanpa kawalan. Pengambilan buruh kanak-kanak yang diambil berkerja di negara tentu sahaja akan diberikan upah atau gaji. Kebanyakan buruh kanak-kanak yang datang ke negara ini untuk bekerja kebanyakannya berumur dalam lingkungan 14 tahun ke 18 tahun.[footnoteRef:31] Upah yang diberikan biasanya akan dikumpulkan dan akan disalurkan kepada keluarga mereka di tempat asal mereka. Hal ini kerana tujuan mereka datang ke sini adalah atas faktor kemiskinan keluarga yang menyebabkan mereka datang ke sini dan menjadi buruh kanak-kanak.[footnoteRef:32] Contohnya, buruh kanak-kanak yang diambil bekerja akan dibayar gaji dan gaji tersebut akan dihantar kepada keluarga mereka di tempat asal mereka. Hal ini membawa kepada pertukaran matawang negara kepada matawang negara mereka. Hal bukan sahaja menjejaskan nilai matawang negara kita malah ia juga mempu menjejaskan ekonomi negara secara tidak langsung. [31: Mohd. Bakri Mohd Zinin, Jenayah dan Isu Pemerdagangan Orang di Kalangan Warga Asing, Kertas kerja Political Managements and Policies in Malaysia, Seminar on National Resiliece, hlm. 5.] [32: Laporan Mengenai Status Hak Kanak-kanak, Child Right Coalition Malaysia, 2012, hlm. 24.]

Selain impak yang diterima oleh Malaysia dari segi ekonomi, Malaysia juga menerima impak negatif dari segi sosial. Kebanjiran buruh kanak-kanak di negara ini juga mampu memberikan kesan negatif kepada negara jika ia tidak diatasi segera. Impak yang paling ketara jika kita membincangkan isu buruh kanak-kanak adalah peningkatan bilangan buruh kanak-kanak di negara ini. Kebanjiran buruh kanak-kanak terutamanya dari Filipina dan Indonesia dilihat semakin hari semakin meningkat.[footnoteRef:33] Kedatangan mereka ke negara ini disebabkan mengikut ibu bapa mereka yang datang ke negara ini untuk berkerja, di samping keadaan semasa seperti berlaku penindasan, berlaku pemberontakan dan sebagainya yang mana mendorong mereka untuk keluar dari tempat asal mereka untuk bekerja di negara lain. Selain daripada itu, kos untuk mengaji buruh kanak-kanak warga asing ini lebih rendah dan murah kerana tidak memerlukan prosedur-prosedur dan dokumentasian yang rumit. Tambahan pula, buruh kanak-kanak ini juga sanggup untuk melakukan apa sahaja bentuk pekerjaan asalkan mereka dapat menjana pendapatan dan seterusnya menjamin kebelangsungan hidup mereka di negara ini walaupun upah atau gaji yang ditawarkan adalah rendah dan tidak berbaloi jika dibandingkan dengan jenis pekerjaan yang mereka lakukan. Contohnya, buruh kanak-kanak yang diambil bekerja sebagai tukang cuci di premis-premis makanan hanya dibayar dengan upah yang kecil dan tidak setimpal. Keadaan ini mendorong untuk mereka datang ke negara ini untuk mendapatkan pekerjaan. [33: Ismail Ali, op.cit]

Selain itu, dalam aspek sosial juga negara kita terpaksa menghadapi pelbagai masalah jenayah yang berkaitan dengan buruh kanak-kanak ini. Situasi ini berlaku apabila buruh kanak-kanak yang diambil berkerja tidak diberikan kerja yang sepatutnya ditawarkan kepada mereka. Mereka yang diambil bekerja terutamanya kanak-kanak dari negara jiran kebiasaanya akan dijadikan mangsa dalam aktiviti pemerdagangan manusia. Kanak- kanak yang berumur dalam lingkungan 18 tahun sehingga 14 tahun kebiasaanya menjadi mangsa dan mereka menjadi hamba pemuas nafsu sahaja. Mereka terpaksa melakukan pekerjaan sedemikian kerana tidak pilihan lain. Contohnya, pada bulan Mac 2012, pihak berkuasa dan agensi kerajaan Malaysia telah berjaya menyelamatkan seramai 977 mangsa pemerdagangan manusia dan seramai 122 daripada jumalah tersebut adalah kanak-kanak.[footnoteRef:34] Walaupun jika dilihat angka tersebut tidaklah besar namun pada hakikatnya masih ramai lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa. Disini dapat dilihat, tidak semua kanak-kanak itu bernasib baik dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Mereka terpaksa manjadi buruh hanya untuk mencari nafkah dan adakalanya mereka dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak berperkemanusiaan hanya kerana mereka adalah kanak-kanak. [34: Laporan Mengenai Status Hak Kanak-kanak, Child Right Coalition Malaysia, 2012, hlm.16.]

5.0Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak-Kanak.

Isu berkenaan buruh kanak-kanak ini bukan sahaja berlaku di negara malah ia turut berlaku di seluruh dunia tidak kiralah di negara dunia ketiga yang sememangnya berlaku malah di negara-negara sedang membangun dan di negara-negara maju. Isu berkenaan buruh kanak-kanak ini seolah-olah hanya isu yang biasa sahaja namun jika ia diteliti dan dikaji dengan lebih mendalam, ia merupakan isu yang sangat penting kerana ia melibatkan nilai dan hak manusia yang seharusnya perlu dilindungi. Oleh disebabkan pelbagai langkah yang drastik perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai penggerak utama untuk mengatasi masalah ini. Selain daripada kerajaan, pihak-pihak lain juga perlu peka dalam membantu kerajaan dalam mengatasi masalah ini.

Perlaksanaan beberapa inisiatif untuk membendung isu buruh kanak-kanak ini sebenarnya sudah lama dilakukan oleh kerajaan namun ia kurang menampakkan hasil daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan itu. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengkaji semula akta yang berkaitan atau bersangkutan dengan hak kanak-kanak. Walaupun terdapat akta yang menlindungi hak kanak-kanak ini, namun ia seolah-oleh tidak dipandang serius dan akta tersebut hanyalah diatas kertas sahaja. Akta yang berkaitan dengan buruh kanak-kanak ini adalah Akta ( Pekerjaan ) Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 ( Akta 350 ). Akta ini membenarkan pekerja kanak-kanak dan orang muda untuk bekerja, termasuk menjaja.[footnoteRef:35] Akta ini seolah-olah membenarkan buruh kanak-kanak untuk bekerja walhal ia sebenarnya bertentangan dengan hak kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengkaji semula akta ini supaya ia tidak bertentangan dengan hak-hak kanak-kanak. Justeru itu, penguatkuasaan Akta Kanak-kanak 2001 dilihat sebagai satu langkah penyelesaian untuk mengatasi buruh kanak-kanak dan seterusnya mengurangkan bilangan buruh kanak-kanak yang terlibat dalam sektor pekerjaan. [footnoteRef:36] [35: Neera Burra, Child Labour and Education : Issue Emerging From The Experience of Some Developing Countries of Asia, Paris : Unesco-Unicef Co- operative, 1989, hlm. 26.] [36: Wan Roslili Abd Majid, Eksploitasi Kanak-kanak kian serius, Berita Harian. < diakses pada 20 Okt. 2013 >.]

Penguatkuasaan undangundang boleh dilihat dengan lanjutan Akta Kanak-Kanak Dan Orang Muda (Perkerjaan) 1966. Sehubungan dengan itu terdapat seksyen yang diwartakan seperti dalam Seksyen 2 yang membenarkan kanak-kanak melaksanakan kerja namun mestilah mengikut syarat yang ditetapkan contohnya hanya boleh melakukan kerja-yang sesuai dan ringan. Malah Seksyen 4 pula tidak membenarkan kanak-kanak berkerja berturutan lebih dari 6 hari. Akta ini dikuatkuasakan dengan seksyen 14 yang menyatakan mana-mana orang termasuk ibubapa mahupun penjaga yang melanggar akta yang tetapkan boleh di penjarakan tidak lebih 6 bulan atau denda tidak lebih RM 2000 atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh dikenakan tidak melebihi 2 tahun atau denda tidak melebihi RM 3000 atau kedua-duanya. [footnoteRef:37] [37: Aziz, Undang-Undang Pekerjaan Berkaitan Kanak-Kanak & Orang Muda darihttp://www.hbp.usm.my/aziz/UNDANGUNDANG%20PEKERJAAN%20BERKAITAN%20KANAKK ANAK%20&%20ORANG%20MUDA.htm, n.d, diakses pada 17 Januari 2013.]

Selain daripada itu, penguatkuasaan undang-undang melalui Akta Pendidikan 1996 ( Akta 611 ) perlu dikuatkuasaan dengan lebih tegas. Pihak kerajaan seharusnya menitikberatkan perkara ini kerana masalah berkaitan dengan buruh kanak-kanak ini saling berkaitan dengan isu pendidikan. Oleh itu, didalam akta ini menjelaskan bahawa kegagalan ibu bapa memastikan anak mereka mendapat atau memperoleh pendidikan rendah akan dianggap sebagai satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.[footnoteRef:38] Hal ini kerana kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi sebagai seorang kanak-kanak seperti hak untuk bersuara, hak untuk mendapat perlindungan, hak untuk mendapat pendidikan dan sebagainya.[footnoteRef:39] Pelanggaraan salah satu daripada hak kanak-kanak ini dianggap sebagai mencabuli hak kanak-kanak tersebut. Selain daripada itu, ibu bapa perlu sedar akan tanggungjawab mereka untuk menyediakan pendidikan kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya dan bukannya dengan pergi bekerja. Melalui penguatkuasaan undang-undang ini, ibu bapa akan sedar bahawa anak-anak yang berumur 12 tahun kebawah perlu pergi bersekolah dan bukan pergi berkerja.[footnoteRef:40] Keadaan ini sekaligus akan dapat membantu dalam menyelesaikan isu buruh kanak-kanak ini. [38: Wan Roslili Abd Majid, op cit. ] [39: Laporan Mengenai Status Hak Kanak-kanak, Child Right Coalition Malaysia, 2012, hlm. 6.] [40: Wan Roslili Abd Majid, op cit.]

Selain daripada itu, Dasar perlindungan adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak CRC dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak kanak demi kepentingan mereka.[footnoteRef:41] Secara khususnya, dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua pihak, termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi kanak-kanak melalui advokasi, percegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan. Strategi advokasi boleh dilihat dengan penerapan dan memumpuk kesedaran tentang tanggungjawab melindungi kanak-kanak kepada semua lapisan masyarakat termasuk menwujudkan perkongsian pintar dengan pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk sektor swasta dan organisasi mmasyarakat.[footnoteRef:42] Di samping itu, bagi perlindungan terhadap kanak-kanak, pengamal undang-undang, penuntut jurusan undang-undang, pendidik, anggota penguat kuasa dan sebagainya untuk diberi kefahaman mengenai hak kanak-kanak di bawah konvensyen mengenai hak kanak-kanak (CRC).[footnoteRef:43] [41: Kementerian Pembangunan Keluarga Dan Masyarakat, Dasar Dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak-Kanak Negara, dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/6465-dasar-perlindungan-kanak-kanak-negara.html, n.d, diakses pada 17 Januari 2013.] [42: Laman Web Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, darihttp://www.jkm.gov.my/oldsite16082013/index.php?option=com_content&view=article, 2012, diakses pada 17 Januari 2013.] [43: Ibid]

Percegahan boleh dilakukan dengan menwujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan kanak-kanak di peringkat nasional dan antarabangsa. Malah, pengetahuan asas kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melindungi daripada ekplotasi serta mengenal pasti keadaan yang berisiko kepada mereka. Tambahan lagi, khidmat sokongan sangat diperlukan bagi memperluaskan dan meningkatkan perkhidmatan kaunseling kepada kanak-kanak dan keluarga. Malah, menggalakan penyelidikan dan pembangunan mengenai perlindungan kanak-kanak serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan

Selain daripada pihak kerajaan, pihak lain juga perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini. Pihak-pihak seperti agensi bukan kerajaan, pihak majikan, ibu bapa sendiri dan juga media massa perlu berganding bahu dan saling membantu untuk menyelesaikan isu buruh kanak-kanak ini. Badan bukan kerajaan seperti Majlis Antipemerdagangan Manusia[footnoteRef:44] seluruh negara perlu mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah ini. Beberapa langkah yang boleh dilakuka seperti mengadakan kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa kerajaan seperti mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan badan-badan kerajaan yang lain dalam mengekang isu ini supaya ia dapat diselesaikan dengan segera. Penyertaan ini bukan sahaja menangkap pihak-pihak yang melakukan pengeksploitasian terhadap buruh kanak-kanak ini malah ia sekaligus dapat menyelamatkan lebih ramai kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa. [44: Laporan Mengenai Status Hak Kanak-kanak, Child Right Coalition Malaysia, 2012, hlm. 34.]

Selain daripada mengadakan kerjasama dengan badan-badan kerajaan, pihak NGO juga boleh bertindak sebagai salah satu badan penasihat kepada kerajaan mengenai isu-isu kemanusiaan termasuk perkembangan antarabangsa. Pihak NGO yang bertindak sebagai badan penasihat ini boleh memberikan idea dan cadangan serta pandangan mereka kepada kerajaan dalam mengatasi isu buruh kanak-kanak ini. Hal ini kerana pihak NGO ini berperanan dalam mengumpul data dan maklumat mengenai sesuatu isu. Selain daripada itu, pihak NGO juga menjadi perantara atau orang tengah antara pihak kerajaan, agensi-agensi kerajaan dengan organisasi-organisasi antarabangsa [footnoteRef:45] seperti United Nations Development Programme ( UNDP ), United Nations Childrens Fund ( UNICEF ) dan International Labour Organization ( ILO ). Penglibatan pihak NGO dalam membantu pihak kerajaan dalam menyelesaikan isu akan membuka mata pihak-pihak lain bahawa isu buruh kanak-kanak ini bukanlah suatu isu yang boleh dipandang remeh. Hal ini sekiranya tidak diatasi akan menimbulkan masalah yang lebih besar sehingga mampu mengancam keselamatan negara kita. [45: Human Security for All, Integrated Responses to protect and Empower People and Communities : A Look at Nine Promising Efforts, Human Security Unit, Office for the Coordination of Humanitarian Affairs United Nations, hlm. 4.]

Selain daripada pihak bukan kerajaan, pihak majikan yang bertindak sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam pengambilan pekerja perlu peka dengan keadaan ini. Pihak majikan seharusnya tidak mengambil kanak-kanak sebagai pekerja mereka. Pihak majikan sepatutnya mengaji orang atau individu yang layak berkerja dan bukannya mengambil buruh kanak-kanak hanya kerana alasan mereka boleh dibayar dengann upah yang murah. Walaupun pekerjaan yang ditawarkan hanyalah perkerjaan yang ringan dan kecil sahaja, buruh kanak-kanak ini tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian. Sekiranya pihak majikan seorang individu yang mempunyai sifat-sifat atau nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, tentu sahaja mereka tidak akan mengambil buruh kanak-kanak untuk mengisi kekosonga dalam sektor mereka. Hal ini akan mengurangkan penggunaan buruh kanak-kanak di Malaysia secara amnya.Selain daripada pihak majikan, ibu bapa juga perlu mengambil langkah yang sewajarnya dalam membantu pihak kerajaan yang mengatasi isu buruh kanak-kanak ini. Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dan yang paling hampir dengan kanak-kanak. Namun demikian, kebanyakan daripada ibu bapa yang hidup dalam kemiskinan seolah-olah tidak ambil berat mengenai soal pendidikan anak-anak mereka. Hal ini disebabkan oleh kesusahan dan kemiskinan yang terpaksa ditanggung oleh mereka menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Tambahan pula, mereka lebih rela membiarkan anak-anak mereka keluar bekerja demi membantu menyara keluarga dan meringankan beban keluarga. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu menyedari tanggungjawab mereka untuk memyediakan keperluan anak mereka seperti keperluan pendidikan yang sewajar

Selain daripada ibu bapa, media massa juga perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam membantu pihak kerajaan dalam mengatasi isu buruh kanak-kanak ini. Media massa merupakan medium utama yang dapat digunakan untuk menyebarkan maklumat mengenai hak-hak kanak-kanak.[footnoteRef:46] Hal ini kerana penyebaran menggunakan media massa dapat disebarkan dengan cepat, pantas, mudah dan ia dapat disampaikan dengan setiap lapisan masyarakat. Pelbagai bentuk mesej dalam pelbagai bahasa dapat digunakan untuk menyampaikan maklumat mengenai hak-hak dan isu buruh kanak-kanak.[footnoteRef:47] Hal ini bukan sahaja dapat menimbulkan kesedaran masyarakat mengenai isu buruh kanak-kanak malah ia menyedarkan masyarakat tentangnya pentingnya melindungi kanak-kanak dan bukannya mengeksploitasi mereka dengan sesuka hati dan menjadikan mereka sebagai buruh. Tambahan pula, kanak-kanak merupakan modal insan yang perlu dilindungi dan dijaga kerana mereka merupakan aset negara yang bakal menjadi penggerak masa hadapan. [46: Youssouf Oomar, Hak untuk Semua Kanak-Kanak : Panduan Media, United Nations Childrens Fund Malaysia. hlm. 12.] [47: Ibid. hlm. 17.]

Peranan media massa dengan penulisan artikel mahupun menyediakan kempen-kempen kesedaran kepada lapisan masyarakat mengenai isu buruh kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kesedaran meluas amat diperlukan dalam semua laporan media mengenai hak kanak-kanak dan konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC). Media juga berperanan sebagai suara masyarakat yang boleh membantu negara dalam merealisasikan hak kanak-kanak ini, yang seteruskan menghasilkan kerajaan yang lebih bertanggungjawab apabila hak-hak tersebut dicabuli.

6.0Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, isu kemanusiaan merupakan salah satu isu yang sangat penting dalam memelihara hak-hak individu. Begitu juga dengan hak kanak-kanak yang seringkali terabai malahan golongan ini sering dipergunakan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Isu perburuhan kanak-kanak ini semakin menjadi-jadi setelah analisis dilakukan terhadap kajian-kajian lepas. Kanak-kanak harus dilindungi dan dijaga kerana mereka tidak akan sedar akan hak mereka yang dicabuli oleh segelintir masyarakat. Pelbagai punca yang dikenalpasti bagi mencari langkah penyelesaian terhadap isu buruh kanak-kanak. Setiap lapisan masyarakat perlu peka terhadap keselamatan individu terutama sekali berkenaan dengan keselamatan kanak-kanak kerana mereka tidak akan sedar akan keterancaman yang akan mereka lalui apabila berkerja di usia muda.Setiap pengubalan undang-undang atau akta perlu ada menekankan hak kanak-kanak. Segala pengubalan atau akta yang diwujudkan haruslah dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi melindungi hak asasi kanak-kanak agar tidak dicabul oleh golongan yang tidak bertanggunjawab. Perlaksanaan yang dijalankan haruslah dipantau sekerap yang mungkin bagi mengurangkan permasalahan pemerdagangan dan eksptoitasi kanak-kanak pada masa kini. Peranan ibubapa juga adalah penting disamping bantuan dari pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan iaitu NGO. Ibubapa seharusnya memikirkan kehidupan dimasa hadapan kanak-kanak mereka agar tidak menjadi sampah masyarakat kelak. Kanak-kanak mestilah mendapatkan pendidikan dari awal sehingga akhir bagi membantu permasalahan ini berlaku secara berterusan.

Rujukan

Buku

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. 2011. Laporan tahunan 2010 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Selangor: Reka Cetak Sdn Bhd.

See Hoon Peow. 2000. Law and child labour in Malaysia : A case study in Balakong new village. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Youssouf Oomar. 2009, Hak untuk semua kanak-kanak, UNICEF.

Jurnal

Heng Keng Chaim. 2008. Child Care in Malaysia : Then and Now. International Journal of Child Care and Education Policy. Vol 2. No.2.

Ismail Ali. 2008. Penglibatan dan sumbangan kanak-kanak warga Filipina dalam ekonomi perikanan di Sabah: satu pengadilan moral?. Sosiohumanika. vol 1: 2. 365-390.

Merle David Kellerhals Jr. 2010. Kanak-kanak dieksploitasi untuk Buruh Murah diseluruh dunia. AmerikaGoverment.

Ranimah Yusuf, Noraziah Ali. 2006. Pola dan isu buruh kanak-kanak dalamkalangan pelajar sekolah menengah di Melaka tengah.

Youssouf Oomar. Tiada Tahun. Hak Untuk Semua Kanak-Kanak : Panduan Media. Publised by United Nations Childrens Fund Malaysia.

Wan Shawaluddin Wan Hassan Dan Zaini Othman. 2008. Isu-Isu Keselamatan Sabah dan Impak Kepada Malaysia, Jati, 13 : 51.

Laporan.

Human Security for All : Integrated Responses to protect and Empower People and Communities : A Look at Nine Promising Efforts. Publised by Human Security Unit Office for the Coordination of Humanitarian Affairs United Nations.

Laporan Mengenai Status Hak Kanak-kanak. 2012. Publised by Child Right Coalition Malaysia.

Usaha Kerajaan Menyejahterakan Kanak-kanak. 2007. Bernama.

Kertas Kerja.

Mohd Bakri Mohd Zinin. Tiada Tahun. Jenayah dan Isu Pemerdagangan Orang di Kalangan Warga Asing. Kertas Kerja Political Managements and Policies in Malaysia. Seminar on National Resilience.

Neera Burra. 1989. Child Labour and Education : Issue Emerging from The Experinces of Some Developing Countries of Asia. Paris : Unesco Unicef Co-operative Programme.

Internet.

Aziz. Undang-Undang Pekerjaan Berkaitan Kanak-Kanak & Orang Muda. Darihttp://www.hbp.usm.my/aziz/UNDANGUNDANG%20PEKERJAAN%20BERKAITAN%20KANAKKANAK%20&%20ODA.html. n.d. .

Kementerian Pembangunan Keluarga Dan Masyarakat. Dasar Dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak. Dari http://pmr.penerangan.gov. n.d. < Diakses pada 17 Januari 2013 >.

Laman Web Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. Dari http://www.jkm.gov.my/oldsite16082013/index.m_content&v. 2012. < Diakses pada 17 Januari 2013 >.

Unicef. 2009. Hak untuk semua kanak-kanak, dari http://www.unicef.org/malaysia/media-guide-child- rights-malay.pdf.< Diakses pada 17 Januari 2013 >.

Wan Roslili Abd Majid. Eksploitasi Kanak-kanak kian serius. Berita Harian. < Diakses pada 20 Okt. 2013 >.

21