22
KESAN AMALAN GAYA KEPEMIMPINAN PENGETUA TERHADAP PERUBAHAN TINGKAH LAKU DALAM ORGANISASI Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan amalan gaya kepemimpinan pengetua yang dikomunikasikan kepada kakitangannya terhadap perubahan tingkah laku warga dalam sesebuah organisasi. Hasil tinjauan dan analisa enam artikel mendapati bahawa enam gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua mampu memberi kesan terhadap perubahan tingkahlaku dalam sesebuah organisasi. Gaya-gaya kepimpinan yang dibincangkan dalam kajian ini adalah gaya kepimpinan kolaboratif terbuka, autoritatif membina, situasi, transformasi, pengajaran, dan pemudah cara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua yang mengaplikasikan gaya kepimpinan yang berbeza mengikut situasi berbeza mampu meningkatkan tahap motivasi dan kepuasan kerja guru. Gaya kepimpinan juga membantu perubahan terhadap pemantapan pengurusan sekolah. Pengetua didapati berjaya mengatasi apa jua konflik yang dihadapi dan mengadakan perancangan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran sekolah. Gaya kepimpinan juga didapati mempengaruhi pembentukan potensi diri dan inovasi. Akhir sekali, perubahan terhadap pengajaran dan pembelajaran juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinan pengetua. Namun begitu, gaya kepemimpinan pengetua hanya memberi kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan organisasi. 1

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

  • Upload
    obykpm

  • View
    11.804

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

KESAN AMALAN GAYA KEPEMIMPINAN PENGETUA TERHADAP PERUBAHAN TINGKAH LAKU DALAM ORGANISASI

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan amalan gaya kepemimpinan

pengetua yang dikomunikasikan kepada kakitangannya terhadap perubahan

tingkah laku warga dalam sesebuah organisasi. Hasil tinjauan dan analisa

enam artikel mendapati bahawa enam gaya kepemimpinan yang diamalkan

oleh pengetua mampu memberi kesan terhadap perubahan tingkahlaku

dalam sesebuah organisasi. Gaya-gaya kepimpinan yang dibincangkan

dalam kajian ini adalah gaya kepimpinan kolaboratif terbuka, autoritatif

membina, situasi, transformasi, pengajaran, dan pemudah cara. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa pengetua yang mengaplikasikan gaya

kepimpinan yang berbeza mengikut situasi berbeza mampu meningkatkan

tahap motivasi dan kepuasan kerja guru. Gaya kepimpinan juga

membantu perubahan terhadap pemantapan pengurusan sekolah. Pengetua

didapati berjaya mengatasi apa jua konflik yang dihadapi dan mengadakan

perancangan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran sekolah.

Gaya kepimpinan juga didapati mempengaruhi pembentukan potensi diri

dan inovasi. Akhir sekali, perubahan terhadap pengajaran dan

pembelajaran juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinan pengetua. Namun

begitu, gaya kepemimpinan pengetua hanya memberi kesan yang rendah

terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan

organisasi.

1

Page 2: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Pengenalan

Kepimpinan telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan antara

organisasi yang berkesan dengan organisasi yang tidak berkesan. Kepimpinan pengetua

adalah pengaruh yang paling penting dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan

mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu.

Ralph M. Stogdill (1981) berkata, kepimpinan ialah proses mempengaruhi secara tersusun

kegiatan-kegiatan sesuatu kumpulan ke arah menentukan dan memenuhi matlamat

organisasi atau kumpulan itu.

Pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah

organisasi (Stodgill, 1974). Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah

kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, bagi organisasi seperti sekolah, pengaruh

kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan

sekolah di bawah pimpinannya. Pembentukan organisasi sekolah berkesan, sangat

bergantung kepada kepimpinan pengetuanya.

Pengetua sekolah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat sekolah

kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus di sesebuah sekolah.

Pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah menengah, dilantik oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah dan

persekitarannya. (Jemaah Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan,

1993).

Pengetua sekolah di Malaysia bertanggungjwab dalam hal-hal yang berkaitan

dengan sekolah termasuklah (Hussien, 1993, p21):

a. Berusaha bagi mencapai dasar pendidikan di peringkat sekolah

b. Mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan

pelajar, guru dan staf sokongan sekolah.

c. Menyediakan khidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran.

d. Mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah.

2

Page 3: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Selain itu, tugas pengetua seperti yang disediakan oleh Bahagian Sekolah meliputi

tujuh bidang utama iaitu:

a. Pengurusan kegiatan kurikulm, kokurikulum dan hal ehwal pelajar.

b. Pengurusan sekolah (pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan perjawatan)

c. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

d. Perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

e. Kemajuan sekolah

f. Pengajaran

g. Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan.

Peranan pengetua menjadi penting kerana tugas utamanya adalah memastikan

“core business” sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai kejayaannya.

Menyentuh tentang peranan ini, Greenfield (1995:75) merumuskan “ Oleh kerana sekolah

merupakan organsisasi yang bersifat normatif, kepimpinan merupakan alat yang paling

efektif bagi mengurus dan menambah baik sekolah. Kepimpinan merupakan satu bentuk

yang istimewa bagi mengajak orang lain, secara sukarela menukar tabiat mereka seperti

tindakan, sikap dan andaian-andaian”.

Gaya kepimpinan dapat didefinisikan sebagai:

“….. satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri pemimpin dan

mempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai suasana kepimpinan. Jadi, stail

kepimpinan merujuk kepada keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpin

dalam suasana berlainan.” ( Fiedler dalam Razali Mat Zin, 1996)

Gaya kepemimpinan seorang pengetua juga merupakan faktor penting dalam

keberkesanan sesebuah kumpulan atau organisasi (Ezhar Tamam, 1999 dalam Shukri,

2004). Gaya kepemimpinan seorang pengetua boleh membawa kepada pencapaian hasil

utama organisasi. Gaya tersebut juga mampu mempengaruhi perubahan besar dalam

organisasi serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai misi, matlamat dan strategi

organisasi (Chan, 2004).

3

Page 4: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Selain itu, salah satu tugas besar dan kompleks bagi kepimpinan sekolah adalah

mengurus perubahan. Kepimpinan sekolah bergantung kepada pengetuanya (Holtzman,

1992). Hanafi Kamal (1990), dalam menjelaskan perkara ini menyatakan bahawa

kepentingan pengetua dalam pentadbiran terutamanya dari aspek perubahan adalah kerana

sekolah dilihat sebagai organisasi yang sentiasa berubah. Setiap perubahan yang berlaku

memerlukan tindakan penyesuaian untuk penyelesaian masalah. Maka, di sinilah letaknya

peranan pengetua untuk melahirkan sekolah sebagai sebuah organisasi yang dinamis serta

berupaya menghadapi sebarang perubahan.

Selaku pengurus dan pentadbir, pengetua bertanggungjawab menentukan tujuan

organisasi, menetapkan dasar-dasar umum untuk perjalanan dan memberi tumpuan umum

terhadap keberkesanan organisasi secara keseluruhan untuk memenuhi objektif yang

ditetapkan (Boles, 1979). Sesebuah organisasi seperti sekolah mempunyai ahli pelbagai

latar belakang yang hendak dikawal, dibimbing serta dipimpin dengan teliti agar segala

tingkah laku mereka dapat diselaraskan. Selain itu, pada masa yang sama semangat dan

kepuasan ahli-ahlinya terjamin.

Walaupun mempunyai banyak kekangan dalam menghadapi perubahan, peranan

pengetua sebagai agen perubahan adalah sangat penting dan menonjol terutamanya

peranan untuk mengimplimentasi inovasi dan perubahan dalam budaya sekolah. Darjah

implimentasi bagi inovasi adalah berbeza disekolah-sekolah yang berbeza bergantung

kepada keprihatinan dan tindakan pengetua (Hall, Hord dan Griffin, 1980 dalam Mohd

Izham, 2009).

Kajian Interaksi Pengetua-Guru atau Principal-Teacher Interaction (PTI) yang

telah dijalankan oleh Hall et al (1987) dalam Mohd Izham (2009) telah mengenal pasti tiga

gaya kepimpinan yang berbeza di kalangan pengetua-pengetua iaitu sebagai responder,

manager dan initiator. Sekolah yang mana pengetua mempunyai gaya initiator adalah

yang paling berjaya diikuti dengan gaya pengurus (manager) dan akhir sekali ialah gaya

responder. Pengetua yang mempunyai gaya initiator bekerja secara kolaboratif dengan

fasilitator perubahan yang lain. Cara kolaboratif ini membolehkan sekolah lebih banyak

intervensi (nota kepada staf, mesyuarat kecil dan perbincangan tentang kemajuan), lebih

banyak intervensi pelbagai arah (tindakan yang diambil secara berkumpulan atau lebih

daripada seorang), lebih banyak tindakan dijalankan dengan merujuk guru-guru, lebih

4

Page 5: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

arahan daripada pengetua, lebih banyak tindakan daripada guru-guru dan lebih fokus

kepada pelajar serta pembelajaran.

Seterusnya, dalam beberapa kajian lain mengenai kepimpinan transformasi

mendapati terdapat pengaruh ke atas usaha gigih dan kepuasan orang bawahan

(Yammarino & Bass 1990), keberkesanan organisasi (Seltzer & Bass 1990), prestasi kerja

orang bawahan (Avolio et al.1988). Selain itu, hasil kajian Hoernemann (2000) dan

Jackson (2000) dalam Ishak Din (2003), juga mendapati kepimpinan transformasi boleh

mempertingkatkan kepuasan orang bawahan. Podsakoff et al. (1996 dalam Ishak Din,

2003), melaporkan bahawa kepimpinan transformasi mempunyai pengaruh yang kuat ke

atas kepuasan kerja orang bawahan dan komitmen orang bawahan kepada organisasi.

Southworth (2002), merumuskan bahawa kepimpinan pengajaran adalah

merupakan elemen yang paling penting dalam memastikan sekolah menjadi cemerlang.

Tiga aspek kepimpinan pengajaran yang secara konsisten mempunyai pengaruh ke atas

keberkesanan sekolah ialah menetapkan matlamat sekolah, pengetua yang sentiasa dapat

dilihat dan menggalakan perkembangan professional di kalangan guru.

Rumusannya, kajian-kajian mengenai perubahan banyak melaporkan dapatan-

dapatan yang menggambarkan pentingnya pengetua berperanan sebagai agen perubahan

dan mempunyai gaya kepimpinan initiator perubahan bagi menjamin kejayaan perubahan

yang dilaksanakan. Perubahan juga didapati akan meminggirkan sistem tradisi

persekolahan untuk memberi laluan kepada impak teknologi dan komunikasi yang serba

mudah dan cepat. Begitu juga dengan kerenah birokrasi yang wujudnya banyak

mencengkam sistem persekolahan, akan lenyap kerana organisasi sekolah perlu cepat

bertindak balas kepada perubahan yang datang dari persekitarannya.

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan amalan gaya kepemimpinan pengetua

yang dikomunikasikan kepada kakitangannya terhadap perubahan tingkah laku warga

dalam sesebuah organisasi. Hasil tinjauan dan analisa enam literatur mendapati bahawa

enam gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua mampu memberi kesan positif

terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru (Shukri, 2004; Mohd Nor, 2004; Maimuah,

2004; Chan, 2004), pemantapan pengurusan sekolah (Mohd Anuar, Azizi & Mohd

Yusope, 2004; Mohd Nor, 2004; Maimunah, 2004; Noordin, Sharifudin & Azizi;

5

Page 6: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Chan,2004), pengembangan potensi diri dan inovasi (Chan, 2004; Noordin, Sharifudin &

Azizi, 2004; Shukri,2004), dan peningkatan amalan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan (Chan,2004; Mohd Nor, 2004; Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope, 2004),

tetapi hanya memberi kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak

mempengaruhi keberkesanan organisasi. (Noordin, Sharifudin & Azizi, 2004). Justeru,

kertas ini akan membincangkan aspek-aspek berikut :

i. Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap peningkatan motivasi dan kepuasan kerja

guru;

ii. Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap pemantapan pengurusan sekolah,

iii. Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap perkembangan potensi diri dan inovasi,

iv. Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap peningkatan amalan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan

Tinjauan Model atau Teori

Teori kepimpinan yang digunakan untuk menggambarkan kajian ini adalah teori

kontigensi. Menurut Robiah (2003), teori kontigensi mengandaikan bahawa keberkesanan

kepimpinan adalah bergantung kepada kesesuaian atau keselarasan personaliti pekerja dan

tingkah laku pemimpin dengan faktor-faktor situasi seperti struktur tugas, kuasa,

kedudukan atau jawatan, dan kemahiran serta sikap pekerja. Teori ini juga menganggap

tiada satu pun gaya kepimpinan yang baik dan sesuai untuk semua situasi, semuanya

bergantung kepada situasi semasa dan tahap keupayaan pekerja. Pengetua sebagai seorang

pentadbir dan juga pemimpin harus mengenal pasti faktor-faktor yang paling penting yang

boleh mempengaruhi tingkah laku kakitangan atau ahli yang dipimpinnya dalam situasi

yang tertentu, dan meramalkan gaya kepimpinan yang paling berkesan untuk situasi

tersebut. Model teori yang digunakan di bawah teori kontigensi ini ialah model teori

laluan matlamat House yang telah diasaskan oleh Martin G. Evans dan Robert House pada

tahun 1971, diambil dan diubahsuai daripada buku Teori Asas Pendidikan oleh Robiah

Sidin (2003), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

6

Page 7: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Rajah 1 : Model diubahsuai dari Model Teori Laluan Matlamat House

Model Teori Laluan Matlamat menyokong Teori Kontigensi Fielder dan

berdasarkan Teori Motivasi Harapan. Mengikut teori ini, pemimpin dianggap berkesan

apabila pemimpin boleh meningkatkan tahap penerimaan dan motivasi dalam kalangan

pekerja yang diuruskannya. Fokus teori ini adalah tingkah laku pemimpin, bagaimana

pemimpin dapat mengubahsuai stail kepimpinannya supaya berkesan dengan keadaan atau

situasi yang dihadapi. Selain itu, menurut teori ini motivasi, kepuasaan dan pelaksanaan

kerja seorang pekerja (guru) bergantung kepada gaya kepimpinan yang dipilih.

Kepelbagaian dimensi tingkah laku kepimpinan diselidik melalui teori ini. Antaranya,

termasuklah struktur permulaan pemimpin, pertimbangan, autoritatif, pengaruh hierarki

dan darjah keakraban penyeliaan. Setiap dimensi itu dianalisis berdasarkan variable laluan

Matlamat, seperti valens dan instrumentaliti.

Gaya-gaya kepimpinan yang akan dibincangkan adalah gaya kepimpinan

kolaboratif terbuka, gaya kepimpinan autoritatif membina, gaya kepimpinan situasi, gaya

kepimpinan transformasi dan gaya kepimpinan pengajaran. Berdasarkan teori ini, proses

pengetua mengamalkan gaya kepimpinannya akan mempengaruhi kakitangannya dengan

mengambil kira situasi organisasi dan personaliti pekerja. Situasi organisasi dirujuk

kepada struktur tugas, peraturan dan sistem kuasa manakala personaliti pekerja pula

merujuk kepada keperluan peribadi, kebolehan pekerja dan kawalan diri. Proses ini akan

membentuk perubahan tingkah laku kakitangannya. Gaya kepimpinan pengetua akan

GAYAKEPIMPINAN

- Kolaboratif Terbuka - Autoritatif Membina- Situasi- Transformasi- Pengajaran- Pemudah Cara

PERUBAHAN TINGKAH LAKU

- Tahap motivasi dan kepuasan guru

- Pemantapan pengurusan sekolah

- Pengembangan potensi diri dan inovasi

- Amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkesan.

Proses amalan gaya kepimpinan dikomunikasikan kepada kakitangan

7

Page 8: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

meningkatkan motivasi dan kepuasan guru, memantapkan pengurusan sekolah,

mengembangkan potensi diri dan inovasi guru dan pelajar, dan meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan mengenai jenis gaya

kepimpinan dan pengaruhnya dalam perubahan tingkah laku kakitangan akan

dibincangkan dibawah.

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Motivasi dan Kepuasan

Kerja Guru

Amalan gaya kepemimpinan seseorang pengetua mampu memberi kesan terhadap

motivasi dan kepuasan kerja guru-guru dan staf dibawahnya. Shukri (2004), Mohd.Nor

(2004), Maimunah (2004) dan Chan (2004) sependapat bahawa gaya kepimpinan pengetua

mempunyai pengaruh terhadap peningkatan motivasi dan kepuasan kerja pekerja. Shukri

(2004) misalnya, mendapati bahawa amalan komunikasi kepemimpinan ketua sama ada

kolaboratif terbuka atau autoritatif membina mempunyai pengaruh yang ketara terhadap

kepunyaan yang kuat oleh warga organisasi (motivasi intrinsik) dan mempengaruhi sikap

penglibatan mereka dengan berkesan terhadap tugas dalam organisasi (motivasi

ekstrinsik). Walau pun kedua-dua gaya kepimpinan tersebut memberi kesan positif

terhadap motivasi dan kepuasan kerja staf, pengaruh gaya kepimpinan kolaboratif terbuka

didapati lebih kuat.

Mohd. Nor (2004) yang mengkaji amalan gaya kepimpinan guru besar kepada

stafnya pula mendapati tingkah laku (gaya) kepemimpinan pengajaran guru besar memberi

kesan positif kepada motivasi dan komitmen kerja guru. Faktor insentif yang memuatkan

cara-cara guru besar menghargai, memuji dan mengukuhkan prestasi guru sebagai satu

bentuk insentif kepada guru-guru dan seterusnya meningkatkan motivasi dan kepuasan

kerja guru.

Melalui gaya kepemimpinan situasi, pengetua mengamalkan gaya kepemimpinan

berbeza kepada guru yang berbeza dalam situasi-situasi berbeza. Cara pengetua

menggunakan pendekatan berbeza mengikut kesesuaian situasi ini membantu mewujudkan

suasana kondusif dan bermotivasi dalam kalangan guru apabila mereka diuruskan dengan

8

Page 9: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

adil dan sesuai dengan tugas yang diberi (Maimunah, 2004). Contoh gaya berbeza

terhadap individu berbeza adalah seperti berikut :

a. Gaya mengarah biasanya kepada guru-guru baru/ guru berprestasi rendah/

mengelak tugas.

b. Gaya membimbing biasanya kepada guru yang kurang pengalaman dan

pengetahuan tentang kelas.

c. Gaya menyokong biasanya kepada guru berpengalaman.

d. Gaya mendelegasi biasanya kepada guru kanan/ pentadbir sekolah.

Kajian terhadap amalan gaya kepimpinan transformasional dalam kalangan

pengetua juga mendapati bahawa pengetua dapat mengenal pasti keperluan pengikut dan

sentiasa cuba meningkatkan keperluan pengikut ke peringkat motivasi dan kematangan

yang lebih tinggi. Pada masa yang sama juga, pengetua cuba memenuhi keperluan

perkembangan potensi kakitangan (Chan, 2004).

Kesimpulannya, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua sama ada gaya

kepimpinan kolaboratif terbuka, gaya kepimpinan autoritatif membina, gaya kepimpinan

pengajaran, gaya kepimpinan situasi atau gaya kepimpinan tranformasional memberi

kesan positif terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru. Guru yang bermotivasi dan

mendapat kepuasan kerja dapat membantu mewujudkan sekolah berkesan dan

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Pemantapan Pengurusan Sekolah

Mohd Anuar (2004), Mohd. Nor (2004), Maimunah (2004), Nordin (2004) dan

Chan (2004) bersetuju bahawa gaya kepimpinan pengetua memberi kesan terhadap

pemantapan pengurusan sekolah. Gaya pemudah cara, gaya pengajaran, situasi dan

transformasional adalah gaya yang dinyatakan memberi kesan positif terhadap

pemantapan pengurusan sekolah.

Kecemerlangan organisasi banyak di pengaruhi oleh elemen-elemen seperti guru

dan murid, struktur pentadbiran sekolah, teknologi pendidikan dan persekitaran sekolah

yang sihat. Pengetua yang mengamalkan gaya pemudah cara sentiasa mengemaskini

elemen-elemen tersebut, menyediakan spesifikasi kerja yang baru, mengatasi apa jua

9

Page 10: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

konflik yang dihadapi dan mengadakan perancangan untuk meningkatkan keberkesanan

pentadbiran sekolah (Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope, 2004).

Dalam konteks keberkesanan sekolah-sekolah rendah di luar bandar di negeri

Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, faktor kepemimpinan pengajaran merupakan salah satu

faktor utama yang menentukan keberkesanan sesebuah sekolah (Mohd Nor, 2004).

Sekolah yang berkesan mempunyai guru besar yang berfungsi sebagai pemimpin

pengajaran yang berkesan.

Dalam kajiannya, Maimunah (2004) mendapati pengetua-pengetua yang menjadi

respondennya mengamalkan gaya kepimpinan membimbing sebagai gaya kepemimpinan

utama dan gaya menyokong sebagai gaya kepemimpinan kedua. Ini bermakna pengetua-

pengetua tersebut mengamalkan gaya kepemimpinan mengikut kesesuaian situasi dan

masalah yang berlaku. Mereka berkebolehan dan berani dalam membuat keputusan. Ini

adalah positif apabila seorang ketua dilihat boleh menguruskan sesuatu perkara dan tahu

bertindak sewajarnya dan menjadikan pengurusan berkesan (Maimunah, 2004).

Noordin, Sharifudin & Azizi (2004) dalam kajian mereka mendapati gaya

pemudah cara telah membantu pentadbir memberi tumpuan kepada aspek pengurusan

sekolah dengan tidak perlu lagi memikirkan bebanan yang akan ditanggung oleh guru-

guru. Sementara Chan (2004) pula mendapati gaya kepimpinan transformasional

memupuk para pentadbir untuk mewujudkan pengurusan yang kolaboratif dan

keberkesanan pengurusan sekolah.

Kesimpulannya, gaya-gaya kepimpinan pemudah cara, gaya pengajaran, situasi

dan transformasional telah menunjukkan kesan yang positif terhadap pemantapan

pengurusan sekolah. Gaya-gaya tersebut juga didapati memberi kesan positif terhadap

keberkesanan sekolah kecuali gaya kepimpinan pemudah cara. Noordin (2004) mendapati

bahawa gaya kepimpinan pemudah cara hanya memberi kesan yang rendah terhadap

tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan organisasi.

10

Page 11: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Perkembangan Potensi Diri dan

Inovasi

Chan (2004), Nordin (2004) dan Shukri (2004), sependapat menyatakan bahawa

gaya kepimpinan pengetua mempunyai pengaruh terhadap perkembangan potensi diri dan

inovasi pekerja. Perkembangan potensi diri dan inovasi mencerminkan kebolehan guru

atau staf dalam sesebuah sekolah untuk menggunakan bakat atau potensi diri dalam

melakukan perubahan dalam suatu kaedah P&P atau proses kerja. Perkembangan potensi

diri dan inovasi ini memerlukan dorongan daripada kepimpinan.

Chan (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan transformasional yang

diamalkan oleh pengetua cuba memenuhi keperluan perkembangan potensi kakitangan

apabila beliau dapat mengenal pasti keperluan pengikut dan sentiasa cuba meningkatkan

keperluan pengikut ke peringkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi. Amalan

pengetua ini juga berupaya membentuk keazaman diri dan kemampuan mendorong

seluruh warga organisasinya melaksanakan inovasi dalam pendidikan dan mempunyai

inisiatif untuk melakukan perubahan. Sementara Shukri (2004) pula mendapati gaya

kepemimpinan kolaboratif terbuka dan autoritatif membina yang diamalkan oleh pengetua

berupaya menerbitkan perlakuan yang menghargai dan memartabatkan organisasi secara

sukarela, ceria dan inovatif.

Satu kajian berkaitan gaya kepemimpinan pemudah cara dalam mempengaruhi

tekanan kerja, telah menunjukkan bahawa hanya terdapat sedikit sahaja guru yang

mengalami tekanan hasil dari tingkahlaku pemimpin organisasi sesebuah sekolah

(Noordin, Sharifudin & Azizi, 2004). Ini menunjukkan tingkah laku positif seorang

pengetua menghasilkan tingkah laku yang positif daripada kakitangannya.

Kesimpulannya, gaya kepimpinan pengetua yang positif juga dapat mendorong

guru dan staf untuk memperkembangkan potensi diri dan melaksanakan inovasi dalam

urusan kerja seharian. Gaya yang positif ini juga dapat mengurangkan tekanan kerja yang

dihadapi oleh guru dan staf.

11

Page 12: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Amalan Pengajaran

Dan Pembelajaran Yang Berkesan

Kajian-kajian yang dilaksanakan mengenai gaya kepimpinan pengetua

menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional (Chan, 2004), gaya kepimpinan

pengajaran (Mohd. Nor, 2004) dan gaya pemudah cara (Mohd. Anuar, 2004) apabila

diaplikasikan oleh pengetua dapat meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran

secara berkesan di sekolah.

Chan (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan transformasional membantu para

pentadbir ke arah menggalakkan perkembangan pembelajaran pelajar melalui program-

program pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian Mohd Nor (2004) pula jelas

menunjukkan bahawa terdapat perubahan kepada pengajaran dan pembelajaran melalui

gaya kepimpinan pengajaran. Cara guru besar memberi penghargaan dan pengiktirafan

kepada para pelajar yang berjaya dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum membuktikan

bahawa sekolah yang berkesan dari sudut pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan.

Seorang pengetua yang mempunyai kemahiran dalam pemimpin pengajaran boleh

membawa perubahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran para muridnya.

Kajian Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope (2004) pula mendapati bahawa

pengetua membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran melalui gaya

pemudah cara dan tingkah laku beliau dalam menangani perubahan. Sebilangan besar guru

bersetuju bahawa pengetua bekerja sama dengan guru dan memberi keutamaan kepada

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kesimpulannya, amalan gaya kepimpinan transformasional, gaya kepimpinan

pengajaran dan gaya pemudah cara oleh pengetua atau guru besar mampu memberi kesan

terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Melalui gaya-gaya

kepimpinan ini, pengetua atau guru besar mendapat kerjasama guru dan pelajar yang

terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.

12

Page 13: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Rumusan

Kepimpinan adalah proses di mana individu mempengaruhi ahli kumpulan lain

bagi mencapai matlamat kumpulan atau matlamat organisasi. Pengurusan dan kepimpinan

pendidikan yang berkualiti, berwibawa dan berkesan akan dapat menggerakkan anggota-

anggota sekolah melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi ke arah mencapai

aspirasi dan objektif-objektif yang telah ditentukan. Kajian ini menekankan bahawa

kepimpinan sangat mustahak bagi menentukan kejayaan organisasi malah mungkin ia

faktor terpenting yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi. Namun

begitu, gaya kepemimpinan pemudah cara yang diamalkan oleh pengetua hanya memberi

kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan

organisasi.

Berdasarkan bukti-bukti daripada kajian ini menunjukkan bahawa gaya

kepimpinan pengetua adalah faktor yang membantu perubahan tingkah laku dalam

organisasi. Gaya kepimpinan yang positif membantu mewujudkan perubahan yang positif

dalam organisasi seterusnya menggalakkan kewujudan organisasi sekolah yang berkesan.

Cadangan

Dalam melaksanakan sesuatu perubahan di sekolah, pengetua disaran

menggabungkan beberapa gaya pemudah cara perubahan yang bersesuaian dengan iklim

dan budaya yang wujud di sekolah. Gaya pemudah cara responden adalah baik untuk

diamalkan di peringkat awal memulakan perubahan dan diikuti dengan gaya pemudah cara

perintis, Banyak kajian menunjukkan bahawa warga sekolah memerlukan perubahan.

Hasrat ini dapat dicapai sekiranya pengetua mengamalkan gaya pemudah cara dan

tingkahlaku perubahan.

Selain itu, penyelidikan pada masa hadapan adalah disaran dilakukan dalam

konteks perbandingan tingkah laku kepemimpinan pengajaran antara guru besar atau

pengetua sekolah bandar dengan guru besar atau pengetua sekolah luar bandar.

Seterusnya, kajian juga digalakkan menggunakan responden melewati batas negeri dan

kaedah longitudinal patut dilakukan agar dapat dibuat perbandingan secara signifikan.

13

Page 14: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Cadangan seterusnya, kajian masa hadapan digalakkan menggunakan pelbagai

konsep komitmen dan kepuasan kerja daripada pelbagai dimensi. Akhirnya, pengkaji juga

diharapkan mengggunakan model berbilang paras dan berbilang faktor keberkesanan

sekolah.

Rujukan :

Avolio, B.J., Waldman, D.A. & Einstein, W.O. 1988. Transformational Leadership In A Management Game Simulation : Impacting The Bottom Line. Group And Organization Studies.

Azizi bin Hj Yahaya et al. (t.th). Tingkahlaku Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja Dan Keberkesanan Organisasi Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Negeri Sembilan.

Boles, H.W. 1979, Educational LeadershipAnd Accountability, Journal of Reading and Cases In Educational Administration. 6: 23-35.

Chan Yuen Fook. 2004. Kepimpinan Transformasional Dan Inovasi Pendidikan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Greenfield, W., (1995), Towards the theory of school administration : The centrality of leadership, Educational Administration Quarterly, 31 , 1: 61 – 85.

Hanafi Kamal, 1990, Implikasi beberapa teori kepada kepimpinan di sekolah. Suara Pendidik, 13-14 (3&4), 28-32.

Holtzman, M., 1992, Do you really need leadership, Educational Leadership, 49(5), 36.

Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

Ishak bin Din. 2003. Gaya Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran. Gaya Manakah Yang Manakah Diperlukan Oleh Pengetua? Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminudin Baki: 9-10.

Maimunah bt Muda. 2004. Kepemimpinan Situasi Di Kalangan Pengetua Sekolah di Malaysia. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd Anuar Abd Rahman, P. Madya Dr. Azizi Hj Yahaya, Mohamaed Yusope Hassan. 2004. Gaya Pemudah Cara Perubahan Di Sekolah : Sejauh manakah Pengetua-pengetua Mengamalkannya. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia..

14

Page 15: Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Mohd Izham Mohd Hamzah, Sufean Hussin, 2009, Pengurusan Perubahan Terancang Dalam Pembestarian Sekolah : Proses Pelaksanaan Polisi, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Nor bin Jaafar. 2004. Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan Kepuasan Kerja Guru : Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara Sekolah Berkesan dengan Sekolah Kurang Berkesan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia..

Noordin Hj Yahaya, Sharifudin Ismail, PM Dr. Azizi Hj Yahaya. 2004. Tingkah Laku

Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Sembilan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Razali bin Mat Zin. 1996. Kepimpinan Dalam Pengurusan. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Robiah Sidin. 2003. Teori Pentadbiran Pendidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seltzer, J & Bass, B.M. 1990. Transformational Leadership: Beyond Initiation and Consideration, Journal of Management: 693-703.

Shukri bin Haji Zain. 2004. Komunikasi Kepemimpinan dan Hubungannya Dengan Motivasi. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Southworth, G. 2002. Instructional Leadership In Schools. Reflections and Empirical Evidence. School Leadership and Management.

Stogdill, Ralph M.. (1974) Handbook of leadership: A survey of theory and research New York: Free Press.

Stogdill, Ralph Melvin; Bass, Bernard M.. (1981) Stogdill's handbook of leadership: A survey of theory and research Rev. and expanded / edition. New York: Free Press

Yammarino, F.J. & Bass, B.M. 1990. Transformational Leadership and Multi Level

Analysis. Human Relations.

15