14
1.0 Pengenalan Adalah penting untuk menyedari dan memahami bahawa seluruh dunia mengalami perubahan cuaca. Malangnya negara-negara yang menerima kesan paling teruk adalah negara-negara membangun termasuk Malaysia. Cuaca panas terutama pada musim kemarau menjadikan suhu naik ke paras yang tinggi dan rumah kediaman menjadi ketuhar bagi penghuninya. Bagi setiap pemilik rumah, perkara yang paling sukar adalah untuk mencapai keseimbangan antara nilai estetika rumah dan keselesaan dalaman. Telah menjadi keutamaan pada masa kini, keselesaan kediaman menjadi perkara utama dalam memilih atau merekabentuk kediaman selain kecantikan atau yang mempunyai nilai estetika. Kurangnya pengudaraan menyebabkan pemilik rumah berbelanja tinggi untuk menyejukkannya. Kebiasaannya alat penyaman udara menjadi pilihan dan ini akan menaikkan bil elektrik terutama apabila tiba musim kemarau. 2.0 Punca Rumah Menjadi Panas Rumah teres lot tengah sebagai contoh, adalah antara yang dikenalpasti sebagai rumah kediaman yang mempunyai sirkulasi pengudaraan yang kurang (lampiran 1) dan menyebabkan rumah menyimpan haba yang diperolehi pada 1

Kertas Pembentangan KAEDAH MENGURANGKAN KEPANASAN RUANG DALAMAN BAGI RUMAH TERES

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk membincangkan kaedah-kaedah yang boleh diaplikasi bagi mengurangkan kepanasan di dalam sesebuah rumah teres dengan menggunakan kos yang sederhana. Objektif dalam penulisan artikel ini adalah untuk mengetahui punca yang menyumbang dalam sesebuah rumah teres dan seterusnya mencari kaedah terbaik dalam mengurangkan kepanasan tersebut dengan menggunakan kos yang sederhana.

Citation preview

1.0

Pengenalan Adalah penting untuk menyedari dan memahami bahawa seluruh dunia mengalami perubahan cuaca. Malangnya negara-negara yang menerima kesan paling teruk adalah negara-negara membangun termasuk Malaysia. Cuaca panas terutama pada musim kemarau menjadikan suhu naik ke paras yang tinggi dan rumah kediaman menjadi ketuhar bagi penghuninya. Bagi setiap pemilik rumah, perkara yang paling sukar adalah untuk mencapai keseimbangan antara nilai estetika rumah dan keselesaan dalaman. Telah menjadi keutamaan pada masa kini, keselesaan kediaman menjadi perkara utama dalam memilih atau merekabentuk kediaman selain kecantikan atau yang mempunyai nilai estetika. Kurangnya pengudaraan menyebabkan pemilik rumah berbelanja tinggi untuk menyejukkannya. Kebiasaannya alat penyaman udara menjadi pilihan dan ini akan menaikkan bil elektrik terutama apabila tiba musim kemarau.

2.0

Punca Rumah Menjadi Panas Rumah teres lot tengah sebagai contoh, adalah antara yang dikenalpasti sebagai rumah kediaman yang mempunyai sirkulasi pengudaraan yang kurang (lampiran 1) dan menyebabkan rumah menyimpan haba yang diperolehi pada siang hari dan memerangkapnya hingga ke malam. Kesannya walaupun pada malam hari tiada sinaran atau bahang cahaya matahari, rumah akan tetap menjadi panas. Ini adalah kerana kebiasaannya rumah teres dibina daripada bahan binaan batu bata dan konkrit. Haba yang diserap pada siang hari terperangkap d dalam rumah dan mengambil masa untuk dilepaskan keluar. Apabila suhu mencapai tahap tidak selesa, kebanyakkan pemilik rumah memilih jalan menaikkan kuasa penyaman udara. Ini akan menaikkan kos tenaga elektrik.

1

3.0

Kaedah Mengurangkan Kepanasan Ruang Dalaman Rumah Terdapat pelbagai cara yang boleh diaplikasikan bagi mendapat rumah yang selesa untuk didiami tanpa menggunakan kos yang tinggi. Di bawah ini akan dibincangkan mengenai cara-cara atau kaedah bagi menyejukkan rumah tanpa perlu membuat pengubahsuaian secara besar-besaran.

3.1.

Kipas Bumbung / Turbine Fan

Bumbung merupakan permukaan yang paling banyak menerima haba dari sinaran cahaya matahari. Haba tersebut akan terperangkap di dalam struktur bumbung. Sekiranya bumbung dilengkapi dengan kipas bumbung, udara panas di dalam struktur bumbung akan disedut keluar dan udara sejuk dari luar akan dibawa masuk. Ini akan menjadikan kediaman menjadi sejuk. Kipas ini akan dilengkapi dengan alat thermostat yang akan menghidupkan kipas bumbung hanya apabila diperlukan. Kipas bumbung dapat menjimatkan sehingga 30% kos penggunaan alat penghawa dingin (http://www.greathomeimprovements.com).

Gambar 1 : Kipas bumbung / Turbine Fan yang dipasang di bumbung rumah (http://www.ecvv.com/supplier)

2

3.2.

Exhaust Fan Exhaust fan memainkan peranan yang penting dalam sirkulasi pengudaraan dan penyejukkan rumah. Selain menyahkan bau dari rumah yang mana boleh menaikkan kualiti udara di dalam rumah, exhaust fan juga dapat mengeluarkan kelembapan yang boleh merosakkan peralatan serta rumah itu sendiri dan boleh menggalakkan pertumbuhan kulat yang membawa penyakit. Exhaust fan dapat mengeluarkan udara panas yang dihasilkan oleh peralatan elektrik atau haba panas dari sinaran cahaya matahari yang terperangkap di dalam rumah. Kebanyakkan dapur memasak dipasang exhaust fan untuk menyedut udara panas dari masakan serta bau dan asap keluar dari rumah.

Gambar 2 : Exhaust Fan yang dipasang di dapur memasak (http://architectaria.com)

Gambar 3 : Exhaust Fan yang dipasang di dinding rumah (http://picasaweb.google.com)3

3.3.

Attic Insulation / Penebat haba di bumbung Penebat haba adalah proses memerangkap haba dan seterusnya

mengurangkan kepanasan. Bumbung merupakan kawasan paling banyak menyerap haba. Oleh itu adalah mustahak bagi pemilik rumah untuk memasang lapisan penyerap haba dari kaca fiber di bawah lapisan atap bumbung. Lapisan kaca fiber berfungsi memerangkap haba dari memasuki kawasan dalaman rumah dan seterusnya mengurangkan kepanasan di dalam rumah.

Lapisan gelas fiber

Rajah 1 : Lapisan gelas fiber yang dipasang di bawah lapisan atap bumbung

3.4.

Teduhan Pada musim kemarau, suhu akan naik sehingga ke tahap yang sangat tdak selesa. Pemilik rumah yang bijak akan menggunakan peneduh yang bukan sahaja menambahkan nilai estetika sesebuah kediaman, tetapi ia juga praktikal dalam menghalang sinaran serta bahang cahaya matahari. Kebiasaannya teknik teduhan yang digunakan adalah teduhan berbentuk horizontal yang dibina di dinding luar kediaman. Teduhan ini dapat menghalang sinar matahari dan seterusnya menjadikan ruang dalaman rumah tidak panas. Teduhan yang biasa digunakan adalah seperti pagola dan juga awning. Selain itu terdapat juga teduhan boleh laras dan sangat sesuai digunakan kerana ia boleh dilaras mengikut sudut sinaran matahari.4

Selain itu pokok juga merupakan teduhan semulajadi. Pokok-pokok besar yang tinggi dan mempunyai kanopi yang luas boleh menjadi teduhan kepada rumah kediaman. Malangnya bagi rumah teres yang mempunyai keluasan tanah yang terhad tidak memungkinkan pemilik rumah menanam pokokpokok besar.

Pagola

Udara sejuk

Rajah 2 : Pelbagai jenis teduhan (pagola, pokok)

3.5.

Filem Kawalan Pencahayaan Kebanyakkan pemilik rumah gemar menggunakan kaca bagi binaan tingkap dan pintu gelongsor. Cahaya matahari terus memasuki rumah melalui kaca tanpa sekatan. Ini menjadikan kawasan dalaman rumah panas. Oleh itu cara bijak bagi menahan cahaya terus dari sinaran matahari tetapi masih menggunakan binaan kaca adalah dengan menggunakan filem kawalan cahaya (tinted film). Ia boleh membalikkan lebih 78% haba cahaya matahari. Ia juga mengurangkan 93% sinaran cahaya matahari selain mengurangkan sebanyak 99% (http://www.greathomeimprovements.com). Cara ini mudah dan dapat mengurangkan haba serta sinaran langsung cahaya matahari.

5

Gambar 4 : Cermin tingkap yang dilapisi filem kawalan cahaya

3.6.

Kipas Siling Kipas siling direkabentuk bagi menggerakkan udara di dalam rumah. Bagaimana pun kipas sebenarnya tidak menyejukkan sekiranya tidak ada udara sejuk. Saiz kipas siling adalah bergantung kepada : i. ii. iii. iv. v. saiz ruang dan jumlah bukaan. Teduhan di luar rumah seperti pokok & teduhan yang dibina. Material perangkap haba di dalam bumbung atau dinding. Jumlah udara di luar. Jumlah haba dari peralatan elektrik.

3.7.

Tanaman Kurangnya bukaan bagi rumah teres lot tengah, bukan sahaja membuatkan rumah panas, tetapi ia juga memerangkap partikel-partikel kotor dan bahaya yang terdapat dalam udara yang membahayakan sistem pernafasan. Material seperti karpet, fabrik dan cat mempunyai volatile organic compounds (vocs). Oleh itu, tumbuh-tumbuhan hijau di dalam rumah bukan sahaja dapat menyejukkan kawasan dalam rumah tetapi ia juga dapat membantu kitaran udara segar. Selain itu tanaman di luar rumah juga dapat menjadi

6

penghalang kepada haba dan cahaya matahari dari memasuki rumah selain menjadi hiasan di laman rumah. (lampiran 2)

Gambar 5 : Tanaman di luar rumah

Gambar 6 : Tanaman di dalam rumah

7

3.8.

Kawalan Punca Haba dan Pencahayaan di dalam Rumah Terdapat beberapa perkara kecil yang kebanyakkan pemilik rumah selalu abaikan iaitu penggunaan mentol lampu. Guna mentol atau lampu yang jimat tenaga berbanding mentol kuning yang lama. Ia bukan sahaja menyebabkan pembaziran tenaga tetapi juga mengeluarkan haba yang tinggi selain pencahayaannya kurang terang. Begitu juga dengan peralatan elektrik yang lain yang banyak menyumbang kepada pengeluaran haba.

3.9.

Menyidai Kain Sekiranya pemilik rumah benar-benar tidak mempunyai peruntukan untuk merealisasikan cara-cara di atas, cara yang paling mudah dan tidak memerlukan sebarang kos adalah dengan cara menyidai pakaian basah yang hendak dikeringkan berhampiran ruang bukaan seperti tingkap. Apabila angin bertiup, udara sejuk dari kain yang basah akan memasuki ruang dalam rumah. Secara tidak langsung ia dapat menyejukkan rumah.

Rajah 3 : Tiupan angin membawa udara sejuk dari kain yang basah masuk ke dalam rumah

8

4.0

Kaedah Terbaik Menyejukkan Rumah Berdasarkan kaedah-kaedah yang telah dibincangkan di atas, cara terbaik dalam mengurangkan kepanasan ruangan dalaman rumah kediaman adalah dengan menggunakan Kipas Bumbung / Turbine Fan. Ini adalah kerana haba panas dari persekitaran ruang dalaman rumah akan naik ke kawasan bumbung selain haba yang diserap dari permukaan bumbung sendiri akan membuatkan kipas siling yang digunakan, mengitar semula udara panas dan menyebabkan rumah sentiasa berada di dalam keadaan panas. Sekiranya bumbung dilengkapi dengan kipas bumbung, udara panas yang naik ke atas iaitu di dalam struktur bumbung akan disedut keluar dan udara sejuk dari luar akan dibawa masuk. Udara sejuk akan turun ke bawah. Kemudian kipas siling akan mengitar udara sejuk tersebut dan seterusnya menjadikan kediaman menjadi sejuk dan selesa untuk didiami. Kipas ini akan dilengkapi dengan alat thermostat yang akan menghidupkan kipas bumbung hanya apabila diperlukan. Kipas bumbung dapat menjimatkan sehingga 30% kos penggunaan alat penghawa dingin (http://www.greathomeimprovements.com).

Gambar 7 : Turbine fan yang dipasang dibumbung rumah

9

5.0

Kesimpulan Pada dasarnya apabila memilih rumah kediaman, pemilik rumah hendaklah meneliti arah matahari terbit dan terbenam. Seharusnya rumah kediaman tidak menghadap matahari naik atau matahari terbenam. Seelok-eloknya pilih orentasi rumah yangmana matahari naik atau terbenam dari arah sisi rumah. Selepas itu barulah memilih kaedah yang terbaik dalam mengurangkan kepanasan ruang dalaman rumah mengikut kemampuan pemilik rumah. Apa pun kaedah yang dipilih, tujuan utamanya adalah mendapatkan kediaman yang selesa untuk diduduki selain mengambil kira faktor kecantikan dan estetika sesebuah kediaman samada dari luaran atau dalaman rumah. Oleh itu pemilik rumah haruslah bijak memilih kaedah yang sesuai atau boleh juga menggabungkan kaedah-kaedah yang telah dibincangkan bagi mendapatkan keselesaan yang maksimum.

Rujukan 1. 2. 3. http://www.greathomeimprovements.com http://www.indoorhouseplant.com http://www.askthebuilder.com/683_Attic_Ventilation.shtml

10