kertas-kerja-pusat INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KEPAYANG

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 kertas-kerja-pusat INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KEPAYANG

    1/8

     

    PUSAT INTERNET

    1 MALAYSIA KERTAS CADANGAN

    MAJLIS BELIA FELDA BUKIT KEPAYANG SESI 2016/18

  • 8/18/2019 kertas-kerja-pusat INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KEPAYANG

    2/8

    Cadangan Penubuhan [PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA, FELDA BUKIT KEPAYANG] 

    1.  TUJUAN

    Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk memohon persetujuan dari Pejabat Felda

    Bukit Kepayang dan JKKK Felda Bukit Kepayang, untuk menubuhkan Pusat Internet 1

    Malaysia di Felda Bukit Kepayang, Bera, Pahang.

    2.  PENDAHULUAN

    Pusat Internet 1Malaysia merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya

    Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom

    Malaysia Berhad (TM) dan diselia oleh MSD Digital Intelligence. Ianya di bawah

    Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada

    pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

    Sebanyak 14 Pusat Internet 1 Malaysia telah di wujudkan di negeri Pahang yang terdiri

    dari fasa 1, 2, 4 dan 5.

    Sebanyak 12 pusat untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 51 pusat untuk Fasa 2 dan

    31 pusat untuk Fasa Felda, 107 untuk fasa 4 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi

    mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam

    kehidupan seharian mereka.

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk

    menjadikan Pusat Internet 1Malaysia, merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui

    rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah(schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu

    Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian

    Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk

    mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020

    Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet 1Malaysia diberikan tugas

    untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi

    kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini

    merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia,

    kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada

    masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet 1Malaysia sebagai

    pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

    * e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)

    * e-Pembelajaran (e-Learning)

    * Pengumpulan dan pertukaran maklumat

    * Pusat Komunikasi

    * Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

    * Pusat peperiksaan dan persijilan.

  • 8/18/2019 kertas-kerja-pusat INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KEPAYANG

    3/8

    Cadangan Penubuhan [PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA, FELDA BUKIT KEPAYANG] 

    3.  TAJUK

    Pusat Internet 1 Malaysia

    4.  MATLAMAT

    Matlamat penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia ini ialah untuk:

    Membudayakan penggunaan ICT pelajar‐pelajar dan penduduk setempat di Felda

    Bukit Kepayang.

    Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh pelajar.

    Meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat dengan kemahiran‐ kemahiranasas untuk mendapatkan maklumat melalui internet.

    5.  OBJEKTIF

    Objektif Pusat Internet 1 Malaysia ialah untuk:

    * Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur LebarKebangsaan

    * Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras

    dengan matlamat kerajaan

    * Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan

    * Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer

    dan internet

    * Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan

    dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia.

    6.  PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

    PHOTOSTAT

    PRINTING

    LIMINATING

    PENGUNAAN INTERNET

    SERVIS/BAIK PULIH KOMPUTER

    WIFI KOMUNITIKELAS KOMPUTER PERCUMA

    DISKAUN PENGUNAAN INTERNET (RM 1 00 / JAM)

  • 8/18/2019 kertas-kerja-pusat INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KEPAYANG

    4/8

    Cadangan Penubuhan [PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA, FELDA BUKIT KEPAYANG] 

    7.  LOKASI

    Cadangan lokasi ialah di Tapak Pekan Sehari Felda Bukit Kepayang, ini kerana

    kesesuaian lokasi yang berada dikawasan deretan kedai serta laluan utama

    penduduk sekitar.

  • 8/18/2019 kertas-kerja-pusat INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KEPAYANG

    5/8

    Cadangan Penubuhan [PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA, FELDA BUKIT KEPAYANG] 

    8  CONTOH BAGUNAN

  • 8/18/2019 kertas-kerja-pusat INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KEPAYANG

    6/8

    Cadangan Penubuhan [PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA, FELDA BUKIT KEPAYANG] 

    9  CONTOH PELAN DALAM BANGUNAN

  • 8/18/2019 kertas-kerja-pusat INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KEPAYANG

    7/8

    Cadangan Penubuhan [PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA, FELDA BUKIT KEPAYANG] 

    10  KOS

    Segala kos adalah ditangung oleh pihak SKMM ( SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN

    MULTIMEDIA MALAYSIA )

  • 8/18/2019 kertas-kerja-pusat INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KEPAYANG

    8/8