Kertas Kerja Program Kad Raya

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Kad Raya

    1/5

    KERTAS KERJA

    PROGRAM KAD RAYA

    KREATIF

    SEKOLAH KEBANGSAAN

    PENDIDIKAN KHAS( CP ) JALAN BATU

    TARIKH:

    26 JULAI 2013

    ANJURAN:

    PANITIA (SENI, BAHASA

    INGGERIS, KAJIAN

    TEMPATAN, MORAL DAN

    PEMULIHAN)

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Kad Raya

    2/5

    1.0PENGENALANProgram mencipta kad raya ini bertujuan mengembangkan lagi kreativiti murid-murid

    dalam mencipta kad ucapan bertema iaitu bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri

    yang bakal disambut oleh umat Islam. Diharapkan dengan pelaksanaan program

    sebegini dapat mengeratkan hubungan antara kaum di sekolah malah dapat

    diterapkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, murid-murid juga dapat menghayati

    suasana hari raya dengan lebih baik lagi.

    2.0 MATLAMAT

    Program Kad Raya Kreatif adalah bermatlamat melahirkan modal insan yang dapat

    menjana idea, berketrampilan dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam

    pelbagai bidang malah dapat menghayati hari perayaan mengikut kaum

    kepelbagaian budaya di Malaysia. Melahirkan modal insan yang boleh memberikan

    manfaat kepada semua termasuklah rakan sebaya mereka di sekolah mahupun di

    luar.

    3.0 OBJEKTIF

    1. Memberi pengalaman untuk mencurahkan idea kreatif.

    2. Mengeratkan hubungan murid pelbagai kaum.

    3. Menerapkan nilai murni sambutan perayaan.

    4.0 MAKLUMAT PROGRAM

    Tarikh : 26 Julai 2013M / 27 Ramadhan 1434

    Tempat : Kelas terapung

    5.0 KUMPULAN SASARAN

    Semua murid tahap 1 dan 2 SK PK (CP) Jalan Batu. (Rujuk lampiran)

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Kad Raya

    3/5

    6.0 ORGANISASI

    Penaung : En. Ahmad Baki Bin Musli

    (Guru Besar)

    Penasihat : Pn.Nur Sakinah binti Ismail

    (GPK Tadbir /Kurikulum)

    Penolong penasihat : En.Eddie Idris bin Din

    (GPK HEM)

    En. Fadly Hisyam Abdul Rahim -

    (GPK Kokorikulum)

    Pengerusi : En Muhammad Azri bin Zakaria

    Naib Pengerusi : En. Muhammad Shaleh bin Musa

    Setiausaha : En. Abd Muhammad Muiz Bin Abd Hamid

    Bendahari : Cik Nur Syairah binti Ahmad Sapie

    Ahli jawatankuasa:

    Program : En.Muhammad Ariff Abdullah

    : Pn Masita binti Othman

    : Pn Nur Zaheeda

    : Pn Wan Marini

    Dokumentasi : En. Abdul Aziz bin Salleh

    Pn. Narul Fahizal Abdullah

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Kad Raya

    4/5

    Buku Program : Cik.Maznah Ismail

    : Cik Eparianis Mat Sharudin

    : Puan Zainab

    P/A Sistem : En. Omar Izzuddin bin Abd Aziz

    : En.Muhammad Ikhwan Fahmi Zani

    Persiapan : En. Muhammad Ikhwan Fahmi

    Pn. Munirah Ali

    Pn. Nurul Hafiza binti Liza

    Pn Zailina Sahat

    7.0 ATURCARA PROGRAM

    Hari : 26 Julai 2013/17 Ramadhan 1434 ( Jumaat)

    11.00 pagi : Murid-murid berkumpul di kelas terapung.

    11.10 pagi : Majlis dirasmikan oleh Guru Besar,

    En. Ahmad Baki bin Musli.

    11.20 pagi : Pertandingan mencipta kad raya mengikut kategori tahap

    satu dan tahap dua.

    11.50 tengah hari : Pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang

    mengikut kategori.

    12.00 Tengah hari : Majlis bersurai.

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Program Kad Raya

    5/5

    8.0 PENUTUP

    Syukur kepada yang maha pemurah dan penyayang kerana dapat memberikan idea

    untuk menjayakan Program Kad Raya Kreatif di Sekolah Kebangsaan Pendidikan

    Khas Jalan Batu Kuala Lumpur .Semoga ianya berjalan dengan jayanya bersesuaian

    dengan objektif yang digariskan serta diharapkan semua guru dapat mengambil

    bahagian dalam semua aktiviti yang ditetapkan .

    Disediakan oleh,

    ________________

    ABD MUHAMMAD MUIZ ABD HAMID

    (Guru praktikum SKPK (CP) Jalan Batu)

    Disemak oleh ,

    _________________________

    NURSAKINAH BINTI ISMAIL

    GPK Tadbir Dan Kurikulum

    Disahkan Oleh ,

    ______________________

    AHMAD BAKI BIN MUSLI, PPN

    Guru Besar

    Sk Pendidikan Khas ( CP ) Jalan Batu

    Kuala Lumpur