Upload
hanizs-shuhada
View
43
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Projek membuat mural ini adalah salah satu aktiviti Panitia Pendidikan
Seni Visual SK Mersing Kanan. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan
pengisian program dengan mengambil kira penglibatan pelajar Tahun 6 bersama
semua guru Pendidikan Seni Visual SK Mersing Kanan.
Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk
dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat
menceriakan lagi persekitaran sekolah.
2.0 MATLAMAT
Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik
secara tidak langsung di sekolah.
3.0 OBJEKTIF
2.1 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak
sekolah.
2.2 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan,
akuntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
2.3 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang
cantik dan indah.
2.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.
4.0 TARIKH :
9 November 2014 hingga 21 November 2014
5.0 TEMPAT :
Sekolah Kebangsan Mersing Kanan
6.0 JAWATANKUASA
Penasihat : En. Zainal Aznam bin A.Kadir
Guru Besar SK Mersing Kanan
Mentor : Puan Safiah binti A.Rahman
Penyelaras Projek : Puan Suriani binti Mohd.Salleh
7.0 PELAN TINDAKAN
Langkah Aktiviti
1 Mencari gambar yang sesuai melalui internet dan buku pembelajaran.
Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti LCD, komputer riba dan kapur.
2 Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat pelaka dan berus.
3 Mula melakarkan gambar yang dipilih.4 Mewarnakan gambar mural.5 Menulis laporan hasil projek yang dijalankan.
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Unit
Harga
seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
1.Cat Pelaka (biru, merah, kuning,
hijau, putih, hitam)30 20.00 600
2. Berus (4”) 20 5.00 100
3. Berus (2”) 10 3.00 30
4 Bekas warna 10 2.00 20
5 Penggelek cat 5 10.00 50
JUMLAH KESELURUHAN 800
9.0 PERALATAN LAIN YANG DIPERLUKAN
Bil Item Unit
1. LCD Projector 1
2. Berus kecil 5
3. Pen marker hitam 1
4. Palet warna 2
10.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan
berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat
kepada semua pihak.
Disediakan oleh:
.....................................
( Suriani binti Mohd.Salleh )
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual,
SK Mersing Kanan.
Disemak & disahkan oleh:
.....................................
( Encik Zainal Aznam b. A.Kadir )
Guru Besar,
SK Mersing Kanan.