Upload
rizal-saeran
View
528
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
LATIHAN DAN PEMILIHAN WAKIL DAERAHMENEMBAK MENGGUNAKAN SENJATA M16
PASUKAN KOR KADET POLISDAERAH MANJUNG 2009.
ANJURAN :
IBU PEJABAT POLIS DAERAH MANJUNGDAN
PEJABAT PELAJARAN DAERAH MANJUNG
PENYELARAS :
PASUKAN KADET POLISSMK AMBROSE,AYER TAWAR.
TARIKH :
28 – 30 APRIL 2009
MASA :
6.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT :
LAPANG SASAR KAMPAR,KAMPAR, PERAK.
1. PENGENALAN
Pertandingan menembak senjata M16 adalah merupakan salah satu kegiatan utama yang diadakan setiap tahun di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan yang dikelolakan oleh Polis Di raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran.
Aktiviti seperti ini dapat membangunkan potensi diri pelajar bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan serba boleh. Justeru itu, pelajar hendaklah diberi pendedahan dan kemahiran yang meluas ketika menyertai aktiviti ko-kurikulum.
2. MATLAMAT
Untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab, mematuhi arahan, berkeyakinan tinggi, berdaya saing dan memiliki jati diri.
3. OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada anggota kadet polis dalam mengendalikan senjata.
3.2 Meningkatkan disiplin anggota kadet polis untuk mematuhi undang-undang khususnya dalam pengendalian senjata.
3.3 Memantapkan lagi keupayaan fizikal dan mental anggota kadet polis.3.4 Menjana semangat berpasukan dan daya saing dalam kalangan
anggota kadet polis.3.5 Mengeratkan lagi integrasi dalam kalangan anggota pegawai kadet polis
dan warga PDRM Daerah Manjung.
4. PELAKSANAAN
Tarikh : 28 – 30 April 2009Hari : Selasa, Rabu dan KhamisMasa : 6.00 pagi – 5.00 petangLokasi : Lapang sasar KamparPakaian : Half-uniform (baju-T pasukan masing-masing)Pergerakan : Menaiki trak polis dari sekolah masing-masingPendaftaran : a)Setiap sekolah dikenakan bayaran sebanyak RM 340
dengan 34 orang anggota kadet setiap platun b) Bayaran tunai boleh dibuat kepada Bendahari
Pertandingan, atau bayaran melalui cek kepada Bendahari PIBG SMK Ambrose sebelum atau pada 15 April 2009.
Sasaran : Seramai 34 anggota kadet polis lelaki/wanita dari 10 buah sekolah menengah Daerah Manjung.
5. JAWATANKUASA PENGELOLA
Penaung : ACP Mohd Jamil Bin Osman (Ketua Polis Daerah Manjung)
: Tn. Muhd. Suod B. Mat Thani (Pegawai Pelajaran Daerah Manjung)
Pengerusi I : DSP Shaharudin B. Abdullah (Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung)
Pengerusi II : Pn. Noor Hayati Bt. Shafie (Pengetua SMK Ambrose, Ayer Tawar)
Penyelaras : ASP/K Basardin B. Abd. Razak (Komander Kompeni H)
Setiausaha : Insp/K Mohd Rizal Bin Saeran (SMK Ambrose, Ayer Tawar)
: Sjn. Ismail B. Senin (Ketua Penyelia Jurulatih)
Bendahari : Pn. Rozita Bt. Mamat @ Ismail (SMK Ambrose, Ayer Tawar)
Penyelaras aktiviti : HEA IPD Manjung
Penyelaras persenjataan : IPD Manjung
Ahli Jawatankuasa :
J/K Pendaftaran : SMK Ambrose, Ayer TawarJ/K Makanan/Minuman : SMK Ayer TawarJ/K Keselamatan : SMK Seri ManjungJ/K Sijil/Hadiah : SMK Methodist ACS Sitiawan.J/K Pengangkutan : IPD Manjung
6. ANGGARAN KOS
6.1 Pendapatan
Yuran penyertaan(RM 10.00 x 34 anggota kadet x 17 platun) RM 5 780.00
Peruntukan PDRM Pengangkutan
JUMLAH RM 5 780.00
6.2Perbelanjaan
a) Minuman pagi ( 578 anggota + 70 Pegawai Kadet & PDRM x RM 2.50) = RM 1 620.00
b) Makan Tengahari ( 578 anggota + 70 Pegawai Kadet & PDRM x RM 4.50) = RM 2 916.00
c) Air Mineral (botol besar) ( 578 anggota + 70 Pegawai Kadet & PDRM x RM 1.50) = RM 972.00
d) Sijil ( Kadet & Pegawai Kadet) = RM 272.00
JUMLAH RM 5 780.00
7. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
7.1 Latihan menembak M16 terbuka kepada semua anggota dan pegawai
kadet polis Daerah Manjung yang berdaftar sahaja.
7.2 Setiap sekolah boleh menghantar seramai 34 anggota lelaki/wanita atau
kedua-duanya sekali.
7.3 Kebenaran menyertai aktiviti luar sekolah daripada ibu bapa hendaklah
diuruskan oleh Pegawai Kadet Polis sekolah masing-masing.
7.4 Setiap penyertaan sekolah mestilah diiringi oleh sekurang-kurangnya
seorang Pegawai Kadet bagi setiap platun sekolah berkenaan.
7.5 Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM 340.00 bagi setiap platun.
Bayaran dengan cek hendaklah ditulis atas nama PIBG SMK Ambrose,
Ayer Tawar.
7.6 Borang pendaftaran berserta bayaran hendaklah dihantar kepada
PENGETUA SMK AMBROSE sebelum atau pada 15 April 2009.
7.7 Sebarang masalah dan pertanyaan boleh hubungi Insp/K Mohd Rizal Bin
Saeran di talian 019-5735073.
8. PENUTUP
Akhir kata, kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam latihan
menembak ini amatlah diharapkan. Semoga aktiviti ini dapat berjalan dengan
lancar dan mencapai objektif dengan jayanya.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
……………………………............. ……………………………(INSP/K MOHD RIZAL BIN SAERAN) ( )
JADUAL LATIHAN DAN PEMILIHAN WAKIL DAERAH MENEMBAK SENJATA M16
Tarikh Sekolah Terlibat Bilangan anggota
28 April 2009
(Selasa)
a) SMK Raja Shahriman, Beruas.( I platun lelaki & 1 platun wanita)
b) SMK Changkat Beruas, Beruas( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)
c) SMK Dato Idris, Pantai Remis( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)
d) Guru, jurulatih, pemandu
68 anggota
68 anggota
68 anggota
24 anggota
JUMLAH 228 anggota
29 April 2009
(Rabu)
a) SMK Ayer Tawar, Ayer Tawar( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)
b) SMK Ambrose, Ayer Tawar( 1 platun wanita)
c) SMK Tok Perdana, Sitiawan( 1 platun wanita)
d) SMK Methodist ACS, Sitiawan( 1 platun lelaki)
e) Guru, jurulatih, pemandu
68 anggota
34 anggota
34 anggota
34 anggota
24 anggotaJUMLAH 194 anggota
30 April 2009
(Khamis)
a) SM Teknik, Seri Manjung ( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)
b) SMK Seri Manjung, Seri Manjung.( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)
c) SMJK Nan Hwa, Kg. Koh( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)
d) Guru, jurulatih, pemandu
68 anggota
68 anggota
68 anggota
24 anggotaJUMLAH 228 anggota
JUMLAH KESELURUHAN 650 anggota
TATATERTIB DAN PERATURAN DI LAPANG SASAR
Pegawai Kadet, anggota kadet, pegawai dan anggota PDRM yang terlibat dalam latihan menembak ini hendaklah mematuhi tatacara dan peraturan di lapang sasar seperti yang berikut :
1. Tentukan senjata api yang akan digunakan berada dalam keadaan yang
baik.
2. Senjata yang akan digunakan mestilah berada dalam keadaan kosong
(unload).
3. Tunggu arahan Pegawai Lapang Sasar sebelum memegang senjata api.
4. Apabila mendapat arahan Pegawai Lapang Sasar “ AMBIL SENJATA”
barulah boleh memegang senjata dan tentukan laras senjata menghala ke
TARGET.
5. Dengar arahan Pegawai Lapang Sasar untuk pergerakan seterusnya
sehingga selesai acara menembak.
6. Dilarang membuat bising semasa latihan menembak dijalankan.
7. Jika terdapat sebarang kesulitan/kesilapan, anggota hendaklah angkat
tangan supaya bantuan dapat diberikan.
8. Setelah selesai latihan menembak, semua peserta dikehendaki
membersihkan lapang sasar dan mengutip kelongsong peluru.
9. Sebelum bersurai, semua anggota yang selesai menjalani latihan
menembak dikehendaki beratur dalam platun untuk membaca ikrar
bahawa tidak mengambil sebarang peluru atau kelongsong peluru di
hadapan Pegawai Lapang Sasar.