58
PANDU PUTERI KADET Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan pemimpin muda yang memahami dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan peranan kepemimpinan dalam pergerakan Pandu Puteri. Pasukan Pandu Puteri Kadet bertapak di institusi-institusi pendidikan guru dan ditadbir oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah cawangan ini. Bilangan ahli yang minimum dalam satu Pasukan Pandu Puteri Kadet ialah lapan (8) orang dan maksimum 50 orang. Sesebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh mempunyai lebih daripada satu Pasukan Pandu Puteri Kadet. Pasukan Pandu Puteri Kadet dikendalikan oleh Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Kadet yang terdiri daripada:

Pandu Puteri Kadet

Embed Size (px)

DESCRIPTION

untuk file pandu puteri

Citation preview

Page 1: Pandu Puteri Kadet

PANDU PUTERI KADET

Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan pemimpin muda yang memahami dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan peranan kepemimpinan dalam pergerakan Pandu Puteri.

Pasukan Pandu Puteri Kadet bertapak di institusi-institusi pendidikan guru dan ditadbir oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah cawangan ini.

Bilangan ahli yang minimum dalam satu Pasukan Pandu Puteri Kadet ialah lapan (8) orang dan maksimum 50 orang. Sesebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh mempunyai lebih daripada satu Pasukan Pandu Puteri Kadet.

Pasukan Pandu Puteri Kadet dikendalikan oleh Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Kadet yang terdiri daripada:

Ketua Pasukan Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa

Page 2: Pandu Puteri Kadet

Pasukan Pandu Puteri Kadet dipimpin oleh seorang Pemimpin Berwaran, Pesuruhjaya atau Jurulatih.

PAKAIAN PANDU PUTERI KADET

1. Kebaya / Kurung Biru (rasmi)2. Skaf Berwarna Biru Muda3. `Shoulder Flashes'4. Woggle5. Lencana Dunia6. Lencana Pelantikan7. Tudung Putih (untuk yang beragama Islam)8. Kasut bertutup hitam (tumit lebar - 1 1/2" tinggi) 9. Lencana nama

Page 3: Pandu Puteri Kadet

KURSUS PEMIMPIN BARUKursus Pemimpin Baru membolehkan Pemimpin:

1. Menghayati dan mengamalkan Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang, Persetiaan, Undang-Undang Pandu Puteri, Cogan Kata, Isyarat, Hormat, Berjabat Tangan, Lambang, Panji-Panji dan Khidmat.

2. Mengetahui sejarah Pandu Puteri di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

3. Mengenal pasti cara mematikan hujung tali serta membuat dan menggunakan simpulan dan ikatan seperti yang berikut:

o lilit manuko simpul bungkusano buku silao lilit balako bunga getio tambat serayao tambat serongo tambat kacango lilit dua simpulo tambat pemukato tambat silang gunting

4. Mengetahui cara menaikkan dan menurunkan panji-panji, menggunakan isyarat wisel serta isyarat tangan.

5. Mengendalikan istiadat Pandu Puteri termasuk Istiadat Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer.

6. Memahami makna dan boleh menggunakan tanda-tanda mengesan7. Menghayati dan boleh menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri serta lagu-

lagu Pandu Puteri seperti Lagu Dunia, Taps dan Lagu Rantau Asia Pasifik8. Menyalakan api dengan dua batang mancis untuk menjerang air atau memasak.9. Berjalan kaki sejauh tujuh (7) kilo meter sambil mengkaji 12 jenis benda hidup

(enam haiwan dan enam tumbuh-tumbuhan) dan menyediakan Buku Skrap yang berkaitan.

10.Menghayati konsep kekeluargaan dan perkembangan emosi, intelek, sosial dan fizikal remaja.

11.Berkhemah sekurang-kurangnya satu hujung minggu.

Page 4: Pandu Puteri Kadet

KURSUS PRA WARAN

Kursus Pra Waran membolehkan Pemimpin mengurus dan mengendalikan Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri di setiap peringkat.

Kursus Pra Waran terdiri daripada tiga bahagian:

Perancangan, Pengurusan Pasukan, Pertolongan Cemas.

Setelah menghadiri Kursus Pra Waran, Pemimpin berupaya:

Mendampingi satu Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sekurang-kurangnya satu bulan.

Merancang program perjumpaan mingguan untuk selama tiga bulan. Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu

Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sendiri, tidak kurang daripada tiga bulan dan menghantar permohonan untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah.

Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya.

Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk tindakan dan rawatan selanjutnya.

Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keadaan tertentu seperti:- luka- terseliuh" muntah-muntah" terbakar" melecur" perut masuk angin" sengatan serangga" sawan" tidak sedar diri.

Page 5: Pandu Puteri Kadet

KURSUS LANJUTAN

Kursus Lanjutan membolehkan Pemimpin:

1. Merancang dan mengelolakan projek khidmat untuk Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa

2. Merancang pengembaraan (pioneering) dan menyediakan gejet berkaitan.3. Memahami Skim Berdikari dalam Program Pandu Puteri Renjer untuk

pemupukan sistem nilai hidup ahli-ahli yang dipimpinnya.4. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Program Pandu Puteri sehingga

Kelas Satu.5. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Skim Lencana Kecekapan.6. Menyediakan diri untuk layak mengambil Ujian Mutiara II dan Mutiara III.

PERKHEMAHAN

Perkhemahan Pandu Puteri dikendalikan oleh Pemimpin Berwaran yang mempunyai kelayakan perkhemahan. Pemimpin Berwaran yang sedang berusaha memperoleh kelayakan perkhemahan boleh membawa ahli-ahlinya berkhemah dengan bantuan Jurulatih atau pemegang Lesen Perkhemahan. Kelayakan Perkhemahan adalah seperti yang berikut:

I. Permit Perkhemahan

Permit Perkhemahan membolehkan Pemimpin berkhemah bersama-sama ahlinya dalam satu kumpulan kecil. Had laku permit ini ialah dua tahun sahaja.

Pemimpin boleh mendapatkan Permit Perkhemahan dengan mengadakan satu perkhemahan ujian selama tiga hari dua malam, yang disertai oleh tidak melebihi daripada 18 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer.

Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih atau seorang pemegang Lesen Perkhemahan.

Page 6: Pandu Puteri Kadet

II. Lesen Perkhemahan

Lesen Perkhemahan membolehkan Pemimpin mengadakan perkhemahan untuk ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang dipimpinnya, serta membawa mereka menghadiri perkhemahan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Pemimpin boleh mendapatkan Lesen Perkhemahan dengan mengadakan Perkhemahan Ujian selama tiga hari dua malam, yang dihadiri oleh 36 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer.

Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih.

 

SYARAT MENDAPATKAN WARAN PEMIMPIN

Untuk dianugerahkan Waran Pemimpin, seseorang Pemimpin:

1. Telah membaca sekurang-kurangnya dua buah buku Pandu Puteri untuk menghayati pergerakan Pandu Puteri.

2. Telah menghadiri Kursus Pra Waran dan memahami prinsip Pandu Puteri untuk mengendalikan Pasukan.

3. Mengetahui cara mengendalikan Mesyuarat Pow-Wow, Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Renjer.

4. Mengetahui dan boleh menjalankan Permainan Pandu Puteri dalam Program Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa, khasnya, Permainan Kim dan Permainan Luas.

5. Menyimpan rekod Pasukan seperti:6.5.1 Sijil Pendaftaran Pasukan6.5.2 Buku Kedatangan Ahli6.5.3 Buku Stok6.5.4 Buku Akaun6.5.5 Buku Aktiviti6.5.6 Buku Rekod Kemajuan Ahli6.5.7 Buku Program/Perancangan6.5.8 Buku log Pasukan6.5.9 Buku Minit Mesyuarat Pasukan6.5.10 Fail penyertaan latihan/kursus yang dihadiri di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri atau Kebangsaan

Page 7: Pandu Puteri Kadet

6.5.11 Fail surat menyurat6.5.12 Fail Mesyuarat Daerah

6. Menyimpan Buku Log Peribadi sendiri 7. Mengendalikan Perjumpaan Mingguan dan menjalankan Istiadat Pelantikan

Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa, diselia oleh Pesuruhjaya Daerah.

8. Telah diselia oleh Pesuruhjaya Daerah setelah beliau menerima permohonan yang berkenaan.

9. Telah menghadiri Mesyuarat Pemimpin Peringkat Daerah sekurang-kurangnya sekali

WARAN

1. Waran ialah tanda pengesahan pelantikan kepada sesuatu jawatan dalam Pandu Puteri.

2. Waran diberikan kepada seseorang Pemimpin setelah ia o mengikuti Kursus Pra-Warano menjalankan tugas sebagai Pemimpin Pasukan sekurang-kurangnya

selama tiga bulano diselia oleh Pesuruhjaya Daerah

3. Waran yang dikeluarkan untuk sesuatu jawatan khusus tidak boleh ditukar kepada jawatan lain.

4. Apabila tamat tempoh pelantikan sesuatu jawatan, waran berkenaan tidak perlu dikembalikan ke Ibu Pejabat Kebangsaan.

5. Pesuruhjaya Daerah bertanggungjawab menghubungi pihak sekolah atau institusi dan mendapatkan nama Pemimpin yang ditugaskan memimpin Pasukan. Ini adalah untuk memastikan kategori Pemimpin berkenaan. Seterusnya Pesuruhjaya Daerah perlu mengambil tindakan dengan melantik atau membuat permohonan mengeluarkan waran.

6. Permohonan untuk Waran baru akan dihantarkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan bagi pelantikan baru setelah Pesuruhjaya Daerah berpuas hati bahawa semua syarat pelantikan telah dipenuhi.

7. Waran ialah milik Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan berhak menarik balik atau membatalkan waran tanpa memberi alasan.

8. Seorang Pemimpin Berwaran yang telah ditukarkan sekolah atau tempat kerja, tidak perlu mengembalikan waran tersebut tetapi perlu memohon waran baru semula daripada Pesuruhjaya Daerah.

 

Page 8: Pandu Puteri Kadet

SKIM MUTIARA

Skim Mutiara disediakan sebagai galakan kepada Pemimpin Berwaran yang berpotensi dan berminat mencorakkan masa depannya dalam Persatuan Pandu Puteri.

Mutiara I

Pemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara I setelah ia menunjukkan bukti bahawa ia:

Mempunyai Waran Pemimpin dan mengendalikan Pasukan sendiri tidak kurang daripada enam bulan;

Mengetahui cara-cara menggunakan peta serta kompas; dan, Telah mengambil bahagian dalam acara Perkhemahan Pandu Puteri sebagai

Pegawai atau Penolong Pegawai Perkhemahan dan boleh menggunakan pengetahuan kraf kem, terutama kraf kayu.

Mutiara II

Pemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara II setelah ia menunjukkan bukti bahawa ia melayakkan diri sebagai:

Pemegang Sijil Juru Pertolongan Cemas; Pemegang Sijil Jurumasak; dan Pemegang Lesen Perkhemahan dan sedang berusaha sebagai Bakal Jurulatih Ahli yang aktif dalam sesebuah Jawatankuasa peringkat Daerah, atau

Cawangan, atau Kebangsaan. Telah menghadiri sekurang-kurangnya satu acara Pandu Puteri seperti kursus,

latihan, perkhemahan, seminar atau persidangan peringkat Daerah atau Cawangan.

Mutiara III

Pemimpin Berwaran boleh memperoleh Mutiara III setelah ia menunjukkan bukti bahawa ia:

Pemegang Sijil Jurulatih; Telah melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu acara Pandu Puteri

peringkat kebangsaan, seperti kursus, latihan, perkhemahan, seminar atau persidangan.

Telah menyertai sekurang-kurangnya satu acara Pandu Puteri peringkat antarabangsa, seperti kursus, latihan, perkhemahan, seminar atau persidangan;

Page 9: Pandu Puteri Kadet

Memegang jawatan penting, umpamanya Pesuruhjaya, dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat Daerah atau Cawangan atau Kebangsaan

Telah mengambil bahagian dalam sesuatu skim kelayakan atau telah menerima anugerah anjuran Jawatankuasa Rantau Asia Pasifik atau WAGGGS yang berkuat kuasa dalam tempoh masa tertentu.

Pakaian Pandu Puteri Dewasa:

Kebaya / Kurung Biru (Rasmi) Baju Kemeja Hijau dan Seluar Panjang Biru (Aktiviti Luar/ Perjalanan) `Shoulder Flashes' Penampang Lencana Dunia Lencana Pelantikan Lencana Waran / Lencana Lain (cth:  Jurumasak, Juru Pertolongan Cemas,

Lesen Perkhemahan/Jurulatih) Tag Nama Tudung Batik PPPM (untuk yang beragama Islam) dan Klip Tudung Kasut bertutup hitam (tumit lebar - 1 1/2 " tinggi) Tas tangan berwarna hitam

Page 10: Pandu Puteri Kadet

Sejarah Bermulanya Pandu Puteri Di Malaysia

1917Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.

1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang.

1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak.

1920an Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

1923Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang

1924Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924

1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan.

Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.

Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.1928Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.

Page 11: Pandu Puteri Kadet

1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.

1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.

1937-1946 Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.

1947 Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 

1948-1960 Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.

1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.

1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.

1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964

Page 12: Pandu Puteri Kadet

Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.

1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.

1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.

1977-1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.

1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor.

1987-1996 Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 

1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.

Page 13: Pandu Puteri Kadet

1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98. 

1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.

000  8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. 

Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.

Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian.

20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)

20017-12 September – Kem Integrasi 2001:Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.

Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand 

2002April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu

Page 14: Pandu Puteri Kadet

Puteri Malaysia

Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.

2003Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).

Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

2004Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.

Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.

Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".

200521 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat

Page 15: Pandu Puteri Kadet

Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.

Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.

16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.

17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.

2006

Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:

Nama Lama Nama Baru

Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.

13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.

Page 16: Pandu Puteri Kadet

1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.

9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.

9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.

2007Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.

19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara.

1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9.

Page 17: Pandu Puteri Kadet

3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.

6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.

7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM.

6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM.

9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri.

25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

200819 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah.

6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011.

17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom.

Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru

Page 18: Pandu Puteri Kadet

Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Pandu Puteri untuk Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan, PPPM akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.

Page 19: Pandu Puteri Kadet
Page 20: Pandu Puteri Kadet
Page 21: Pandu Puteri Kadet

Lagu Dunia

Arah kita jelas ke depanbendera berkibartidak berlipat di duniaharapan abadibersatu untuk kebenaran persahabatan kukuhselagi dunia masih adaakan nyanyilagu ini

Pandu Puteri KadetProgram Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan pemimpin muda yang memahami

Page 22: Pandu Puteri Kadet

dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan peranan kepemimpinan dalam pergerakan Pandu Puteri.

Pasukan Pandu Puteri Kadet bertapak di institut perguruan dan ditadbir oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pandu Puteri Kadet adalah di bawah Cawangan Bahagian Pendidikan Guru, Institut Pendidikan Guru (IPG).

Bilangan ahli yang minimum dalam satu Pasukan Pandu Puteri Kadet ialah lapan (8) orang dan maksimum 50 orang. Satu Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh mempunyai lebih daripada satu pasukan Pandu Puteri Kadet.

Pasukan Pandu Puteri Kadet dikendalikan oleh Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Kadet yang terdiri daripada:

Ketua Pasukan Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa

Pasukan Pandu Puteri Kadet dipimpin oleh seorang Pemimpin Berwaran, Pesuruhjaya atau Jurulatih.

Page 23: Pandu Puteri Kadet

Pakaian Pandu Puteri Kadet:

1. Kebaya / Kurung Biru (rasmi)2. Skaf Biru Muda3. Flashes Bahu4. Woggle5. Lencana Dunia6. Lencana Pelantikan7. Tudung Putih (untuk yang beragama Islam)8. Stoking hitam9. Kasut hitam

Sejarah Pandu Puteri

Page 24: Pandu Puteri Kadet

Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini.

Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri.

Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan.

Page 25: Pandu Puteri Kadet

Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya.

Mereka merupakan pasangan yang mengagumkan. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.

Di serata dunia

Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas.

Page 26: Pandu Puteri Kadet

Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama.

Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia.

Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.

Page 27: Pandu Puteri Kadet

Kelahiran WAGGGS

Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS.

Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan.

Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman.. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara.

Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai "Our World News".

Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia.

Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan.

Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia.

Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.

Page 28: Pandu Puteri Kadet

Perkembangan

Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu.

Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaña dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966.

Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge).

1950 Pandu Puteri mengambil bahagian dalam perbarisan serta mengibarkan bendera ‘Union Jack’ pada Hari Empire pada 24 Mei.

1959 Pandu Puteri mengambil bahagian dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Kanak-kanak pada 7 Oktober

1964 Mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Kebangsaan, Minggu Kesihatan Sedunia dan Hari Peringatan.

1967 3 orang ahli menyertai perkhemahan ‘Castle’ di Kuala Lumpur pada 21 hingga 28 April.

1973 Menjadi JOHAN dalam Minggu Kerja di Negeri Johor dan menerima hadiah RM 300 di mana RM100 diperuntukkan bagi pembinaan Teratak Dawn.

1974 Pembukaan rasmi Teratak Dawn oleh Pengetua SIGS, Pn. Dawn Parry.Pameran aktiviti perkhemahan pada Sambutan Hari Ucapan yang dirasmikan oleh Dato’ Haji Murad Mohd. Nor.

1976 Mengambil bahagian dalam Sambutan Hari Pandu Puteri Sedunia ‘Malam Pelita’Norizan Yunus diumumkan sebagai Pandu Puteri Raja berbangsa Melayu yang pertama di negeri Johor.

Seorang ahli terpilih mewakili Malaysia ke ‘Kem Diamond Jubilee’ di

Page 29: Pandu Puteri Kadet

Kuala Lumpur.6 orang ahli mewakili Malaysia ke ‘Kem Diamond Jubilee’ di Singapura.Huselyn Hussein mewakili Malaysia ke ‘Seminar Juliette Low’ di  Poona, India pada bulan Disember.

1979 12 ahli mewakili Johor ke ‘Jambori Pandu Puteri’ di  Pulau Jerajak pada bulan Disember.                           

1981 6 ahli mewakili Johor ke ‘Jambori Pandu Puteri Asia Pasifik’ di Serdang, Selangor pada 7 hingga 15 Disember.

1983 10 ahli menyertai Perkhemahan Pandu Puteri Negeri Johor di Sekolah Tun Fatimah sempena Perayaan Jubli Emas Pandu Puteri Negeri Johor.

1984 Seorang ahli mewakili Johor ke KEMAS (Kem Mengenali Alam Semulajadi) di Coronation Park, Pulau Pinang.Mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad ke-4 Pasukan Pandu Puteri Daerah Johor Bahru. Zaharah Sulaiman Memenangi gelaran ‘Komander Terbaik’.

1986 Mengambil bahagian dalam persembahan ‘ Girls of All Season’ pada Hari Perhimpunan Pandu Puteri Sedunia Negeri Johor pada 22 Februari.

persembahan 'Girls of all season'

Naib johan dalam pertandingan kawad bagi pasukan badan-badan beruniform daerah Johor Bahru pada 7 Mac.

Johan ‘Pertandingan Kutipan Terbanyak Minggu Kerja’ daerah Johor

Page 30: Pandu Puteri Kadet

Bahru.Zaharah Sulaiman mewakili Malaysia ke ‘Perkhemahan Antarabangsa Indonesia’ dan  memenangi gelaran Ketua Patrol Terbaik.

1987 JOHAN ‘Pertandingan Kawad kaki’ dan JOHAN KESELURUHAN bagi pertandingan-pertandingan sempena Sambutan Hari Pengasas pada bulan Mac.   6 ahli mewakili Johor ke ‘Persidangan Renjer Malaysia’ di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.Mengambil bahagian dalam ‘Majlis Pelancaran Hari Mawar’ sebagai pembawa bendera.JOHAN‘Pertandingan Memasak’ dan Naib johan ‘Pertandingan Kawad’ sempena Perayaan Jubli Perak Pandu Puteri Sek. Men. Foon Yew.

Ahli sedang memasak dalam Pertandingan memasak

Johan ‘Pertandingan Kawad Kali ke-5 Pandu Puteri’ daerah Johor Bahru.

Page 31: Pandu Puteri Kadet

Wakil menerima piala daripada Cik Low Beng Choo

Keratan akhbar yang menceritakan tentang kemenangan SIGS dalam pertandingan kawad kaki 

Seorang mewakili Johor ke ‘Kuiz Kepanduan’ peringkat kebangsaan.Zaharah Sulaiman berjaya dianugerah sebagai  Pandu Puteri Raja.

1988 Johan ‘Pertandingan Kutipan Terbanyak Minggu Kerja Pandu Puteri’ daerah Johor Bahru.

Johan ‘Pertandingan Kawad Kaki’ dan Johan Keseluruhan pertandingan-pertandingan sempena Sambutan Hari Pengasas.

5 ahli mewakili Malaysia ke ‘International Bicentennary Camp Porepunka 88’ di Australia.2 ahli berjaya menjadi Pandu Puteri Raja.Zaharah Sulaiman memenangi ‘Anugerah Pelajaran Dawn Parry’ dan ‘Anugerah Terbaik dalam Ko-kurikulum’.40 ahli mengambil bahagian dalam ‘Perbarisan Raksasa Hari Kebangsaan’. Siti Juhana Jamian menjadi Ketua  Kontinjen Pandu Puteri Malaysia dalam perbarisan itu.

1989 Foo Ee Ling, Sabariah Hj. Mohd. Sofian dan Norhayati Abdullah  mewakili Malaysia ke ‘Lancashire West Guide  Camp’.

Page 32: Pandu Puteri Kadet

kontigen Malaysia semasa International night

Norminshah Hamzah mewakili Malaysia ke ‘Fourth Osaka International Camp’.Karenina Dev Kaur dan Irma Norris Ishak mewakili Malaysia ke ‘Perkhemahan Venturing Forth’ di Sangam, India.9 ahli mewakili Malaysia ke ‘Jambori Antarabangsa’ di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka.

1990 9ahli mempersembahkanTarian Kuda Kepang pada Malam Kebudayaan sempena lawatan pelajar-pelajar  Mauritius.2 ahli dan seorang pemimpin telah menyertai ‘Kursus Membina Semangat’ di Mersing.9 ahli mempersembahkan Tarian Kuda Kepang pada Hari  Peringatan  Pandu Puteri Sedunia peringkat negeri  Johor.

1991 7 ahli mewakili Malaysia ke ‘Jambori Antarabangsa’ di Jakarta.Sabariah Hj. Mohd. Sofian mewakili Malaysia ke ‘In-Travel Programme’ di Nova Scotia, Kanada.

Seramai 5 orang ahli Renjer Puteri telah menghadiri perjumpaan sosial.

1992 6 ahli mewakili Malaysia ke ‘Jambori Papawai’ di New Zealand.4 ahli dianugerahi lencana Pandu Puteri Raja.

Page 33: Pandu Puteri Kadet

Foo Ea Ling,Lily Azreen, Norlini dan Sabariah menerima Anugerah Pandu Puteri Raja

1993 6 ahli dianugerahi lencana Pandu Puteri Rajaseramai 7 orang ahli renjer puteri telah diberi penghormatan mengarak dan menaikkan bendera MSSJ manakala 30 orang ahli Pandu Puteri pula membawa bendera-bendera negeri Johor pada upacara Perasulan Kejohanan Olahraga MSSJ di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos. Ahlli Renjer Puteri yang sama juga telah menurunkan dan menyerahkan bendera MSSJ pada Majlis Penutup Kejohanan Olahraga MSSJ 

Ahli-ahli sedang membawa bendera negeri Johor

1994 Nurulhuda Othman mewakili Malaysia ke ‘Malborough Outstanding Adventure’ di New Zealand dan ‘Peaca For All Camp’ di Port Said, Mesir.

Ivy Quek Jin Tan dan Aini Abdul Aziz mewakili Malaysia ke ‘Saitama Internatonal Camp’ di Jepun.2 ahli dianugerahi lencana Pandu Puteri Raja.

1995 Ng Oy Lin mewakili Malaysia ke’7th Annual Ranger Camp’ di

Page 34: Pandu Puteri Kadet

Tokagushi, Jepun.

Ng Oy Lin bersama pekhemah yang lain berada di tapak perkhemahan

4 ahli menerima Anugerah Pandu Puteri Raja.Ng Oy Lin dan Sapiah Sulaiman mewakili Malaysia dalam ‘Round Robin Asia Pacific’.

1996 Karen Denise de Silva mewakili Malaysia dalam ‘Adventure di New Zealand’.8 ahli menyertai ‘Kem Cabaran Antarabangsa’ di Ulu Bendol, Negeri Sembilan.

Gambar bersama ahli Pandu Puteri antarabangsa Korea pada malam pembukaan 'Adventure 96’

4 ahli menerima Anugerah Pandu Puteri Raja.

Page 35: Pandu Puteri Kadet

4 orang Pandu Puteri Raja bersama guru pemimpin Cik Low Beng Choo

1997 Ng Oy Lin mewakili Malaysia dalam ‘Jambori Pandu Puteri’ di Sangam India.Johan Kuiz Kepanduan Negeri Johor – Chun Ming LiNaib johan Kuiz Kepanduan Negeri Johor – Goh Soo MeiTempat ke-3 Kuiz Kepanduan Negeri Johor – Divina Ean TeoMemenangi tempat ke-3 dalam Kuiz Kepanduan KebangsaanMendapat saguhati dalam ‘Pertandingan Senamrobik Pandu Puteri’.3 orang ahli menyertai Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya

1998 12 ahli menyertai ‘Perkhemahan Komanwel’ di Ulu Bendol, Negeri Sembilan.3 ahli menerima Anugerah Pandu Puteri Raja.

Peserta-peserta Komanwel dari SIGS,Johor

Page 36: Pandu Puteri Kadet

Bergambar bersama maskot komanwel, WIRA

1999 5 ahli menerima Anugerah Pandu Puteri Raja.Naib johan Kuiz Kepanduan Negeri Johor – Ng Yin YinTempat ke-4 Kuiz Kepanduan Peringkat Kebangsaan.

2000 Johan ‘Pertandingan Bakat Kepanduan (Choral Speaking)’ Negeri Johor.Naib johan ‘Pertandingan Bakat Kepanduan (Choral Speaking) peringkat Kebangsaan.5 ahli menerima Anugerah Pandu Puteri Raja.13 ahli menyertai ‘Perkhemahan Ujian Negeri’ di Tanjung Labuh, Batu Pahat. Ng Yin Yin dipilih sebagai ‘Pekhemah Terbaik’ daerah Johor Bahru.

2001 3 ahli menerima Anugerah Pandu Puteri Raja.Nurnuha Zulfakar mewakili Malaysia ke Korea peringkat antarabangsa. 2 ahli menyertai ‘Perkhemahan Unit Pakaian Seragam’ peringkat kebangsaan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Johan Keseluruhan Kuiz Kepanduan peringkat Negeri.2 ahli menjadi wakil rasmi Negeri Johor ke Majlis Renjer puteri peringkat kebangsaan.

2002 6 ahli menerima Anugerah Pandu Puteri Raja.2 ahli menyertai ‘Perkhemahan Unit Pakaian Seragam’ peringkat kebangsaan di Kelantan.

Page 37: Pandu Puteri Kadet

6 ahli mewakili Negeri Johor ke Majlis Renjer Puteri peringkat kebangsaan dan 2 ahli merupakan wakil rasmi Negeri Johor.

2003 6 orang ahli menerima anugerah Pandu Puteri Raja.3 orang ahli mewakili Negeri Johor ke Majlis Renjer Puteri Kebangsaan. Tay Yan Ling  dilantik sebagai wakil rasmi ke peringkat kebangsaan.JOHAN kuiz kepanduan peringkat Negeri .NAIB JOHAN masakan rimba.

2004 Seorang ahli telah menyertai mendaki gunung Kinabalu 2 orang menerima anugerah Pandu Puteri Raja.

2005 seorang menerima anugerah Pandu Puteri rajabeberapa orang ahli mewakili pasukan ke Majlis Makan Sempena "Friendship trail" PPPM di Hotel Eden Johor

2006 4 orang menerima anugerah Pandu Puteri rajaPerkhemahan Pandu Puteri di hutan bandar Seramai orang ahli Pandu Puteri telah menyertai 'One day camp' dan Pertandingan ala rimba di SMK Impian Emas.

2007 3 orang menerimaanugerah Pandu Puteri Raja2 orang ahli bersama guru pengiring Cik Low Beng Choo telah menyertai The 3rd Singapore-Malaysia Student Leaders' Adventure di Changi, Singapura.

Cik Low Beng choo, Rasyidah Rustam, Foo Hui Chian bersama peserta lain program Leader's Adventure

4 orang ahli dan seorang guru mewakili Negari johor ke Mesyuarat

Page 40: Pandu Puteri Kadet

2008 3 orang menerima anugerah Pandu Puteri Raja

3 orang Pandu Puteri Raja 2008,Rasyidah Rustam, Kirat Kaur dan Foo Hui Chian bersama Cik Low Beng Choo

4 orang ahli mengambil bahagian dalam sambutan hari peringatan di SMK IJ Convent.Pertandingan masakan ala rimba peringkat sekolah diadakan di Dataran Budi.

2009 7 orang menerima anugerah Pandu Puteri Raja

Page 41: Pandu Puteri Kadet

7 orang yang menerima anugerah Pandu Puteri Raja 2009

Seorang ahli mendapat johan Pertandingan pengucapan awam 2009 peringkat negeri.seramai 55 ahli telah menyertai kem Peningkatan prestasi.4 orang ahli mewalkili pasukan ke pertandingan gajet peringkat daerah di IJ Convent dan mendapat tempat ketiga

Latar Belakang

Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan pertubuhan sukarela yang telah lama bergiat aktif di Malaysia. Sejak kecil lagi, semua ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia dididik untuk mengenali, menghayati dan mencintai bendera Malaysia – Bendera Jalur

Page 42: Pandu Puteri Kadet

Gemilang, dan juga bendera negeri-negeri yang lain di Malaysia.

“Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan” bertujuan meningkatkan kesedaran Etika Bendera di kalangan rakyat Malaysia amnya, dan ahli Pandu Puteri khasnya. Projek ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dan semangat patriotik.

Bagi merealisasikan matlamat ini, Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengambil langkah supaya ahli Persatuan ini patriotik dan taat kepada negara. Semangat patriotik yang tersemai di dalam semua ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia dapat merangsang masyarakat tempatan untuk menghargai dan mencintai bendera dan negara kita, Malaysia.

Objektif

Memupuk semangat cintakan bendera dan meningkatkan semangat patriotik di kalangan ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan rakyat Malaysia.

Meningkatkan kesedaran berkenaan Etika Bendera menerusi pendidikan, promosi dan projek khidmat masyarakat.

Mewujudkan pasukan Penjaga Etika Bendera untuk terus mendidik dan mempromosikan Etika Bendera ke seluruh pelusuk negara.

Konsep ProjekPersatuan Pandu Puteri Malaysia melancarkan Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan bagi meningkatkan kesedaran terhadap cara pengendalian bendera yang betul.

Page 43: Pandu Puteri Kadet

Projek Perintis Tahap I (2006 hingga 2007)

Latihan peringkat kebangsaan Latihan peringkat negeri Pasukan Penjaga Etika Bendera mula bergerak

Projek Tahap II (2008 dan seterusnya)

Memberi kesedaran kepada masyarakat yang lebih luas

Pasukan Penjaga Etika Bendera terus memainkan peranan

PROSEDUR PENDAFTARAN

1. Lengkapkan borang-borang pendaftran berikut:1. Borang Pendaftaran 1 - Pendaftaran Baru - Semula Pasukan

Page 44: Pandu Puteri Kadet

2. Borang Pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Ahli Dewasa - Pemimpin 3. Borang Pendaftaran 3 - Borang Senari Nama Ahli Pasukan 4. Catatan:  Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh

daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.  Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan berpandukan butiran pembayaran berikut.

2. Yuran Pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan / Guild

o RM 5.00

o Dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran baru

o Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:

1. Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama"PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia

2. Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia.Bank : CIMBNama Akaun : Persatuan Pandu Puteri MalaysiaNombor Akaun : 1426-0006320-004

o Resit dikeluarkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk setiap

pembayaran.o Sila rujuk Lampiran "B" untuk kategori Pasukan / Guild dan jumlah

keahlian untuk setiap Pasukan / Guild.

3. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunano RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja /

Renjer)o RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk setiap ahli Pandu Puteri Kadet /

Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil)o Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula

o Sebelum 31 Mac setiap tahun

Page 45: Pandu Puteri Kadet

o Yuran ini adalah dibayar kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk

bayaran kuota kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS)

o Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:

1. Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia

2. Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama"PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia

3. Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bank : CIMBNama Akaun : Persatuan Pandu Puteri MalaysiaNombor Akaun : 1426-0006320-004   (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia)

o Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai

bukti pembayaran.

4. Ahli Seumur Hidup

RM 250.00 sekali bayar Untuk ahli berumur 35 tahun ke atas sahaja

5. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia di alamat berikut:

6.Wisma Pandu Puteri Jalan Pantai Baharu 59700 Kuala Lumpur 

Tel : 03-22827776 / 22840229 Faks : 03-22826579 E-mel : [email protected] Laman Web : http://www.panduputeri.org.my

Page 46: Pandu Puteri Kadet

Latar Belakang PPPM

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

Page 47: Pandu Puteri Kadet

PROGRAM Pandu Puteri yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :

Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Sentiasa bersopan santun Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program Pandu Puteri juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN.

RANCANGAN Pandu Puteri yang bersesuaian disediakan di semua peringkat – pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan.

Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan

Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin

Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan

Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali

Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya

Page 48: Pandu Puteri Kadet

Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts – WAGGGS).

Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah “Duke of Edinburgh’s Award” atau kini dikenali sebagai“International Award Association”.