16
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN KEMARA, CHANGLUN, KEDAH DARUL AMAN KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH TEMPAT: TAPAK PERKHEMAHAN KEM KENARI, YAN, KEDAH

Kertas Kerja KRS

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja KRS

SEKOLAH KEBANGSAAN

DATO’ WAN KEMARA,

CHANGLUN, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN TAHUNAN

TUNAS KADET REMAJA

SEKOLAH

TEMPAT:

TAPAK PERKHEMAHAN KEM KENARI, YAN,

KEDAH

TARIKH :

2 – 4 OKTOBER 2009

Page 2: Kertas Kerja KRS

MENGADAKAN PERKHEMAHAN TAHUNAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN KEMARA, CHANGLUN,

KEDAH DARUL AMAN

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Tahunan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang diadakan

oleh Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara,

Changlun pada setiap tahun. Aktiviti tahunan ini disertai oleh ahli unit beruniform

Tunas Kadet Remaja Sekolah yang terpilih di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan

Kemara, Changlun. Ia akan diadakan di Tapak Perkhemahan Kem Kenari pada 2

hingga 4 Oktober 2009.

Aktiviti tahunan ini dilaksanakan bagi memenuhi kurikulum Tunas Kadet

Remaja Sekolah di samping menyahut kehendak Kementerian Pendidikan

Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti

perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh setiap ahli apabila menempuhi alam

dewasa kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedaham kepada setiap peserta

bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri untuk

bergerak ke hadapan. Selain itu, diharap perkhemahan yang dianjurkan ini

memberi laluan minda kepada setiap peserta dalam menyampaikan mesej

hubungan antara manusia dan alam sekitar di samping memaparkan dan

menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa. Perkhemahan ini juga di

harap dapat menanam rasa bersyukur di samping dapat menyuntik pengetahuan

berguna kepada setiap peserta.

Page 3: Kertas Kerja KRS

3.0 OBJEKTIF

Diharap perkhemahan tahunan ini dapat;

3.1 Memberi peluang kepada setiap peserta merasai pengalaman

perkhemahan.

3.2 Melatih setiap peserta untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan

menghargai alam sekitar.

3.3 Memberi kesedaran kepada peserta agar bertindak pantas dalam

sebarang masa kecemasan dengan penggunaan sebarang benda

yang ada di persekitaran.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti

yang disediakan.

3.5 Melahirkan para peserta yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea

yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.6 Melatih peserta mempraktikkan cara-cara atau teknik-teknik

perkhemahan yang betul merangkumi pemilihan kawasan,

pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan

serta aspek keselamatan diri.

3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

sosial.

4.0 CADANGAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 2 hingga 4 Oktober 2009 iaitu pada hari

Jumaat sehingga hari Ahad.

4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

Page 4: Kertas Kerja KRS

5.0 IMPLIKASI

5.1 Program ini melibatkan ahli terpilih dari Tahun 5 dan Tahun 6 unit

beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. (senarai peserta adalah

seperti dalam Lampiran 2)

5.2 Melibatkan beberapa orang guru yang menjadi guru pembimbing dan

fasilitator.

5.3 Kewangan adalah seperti yang tercatat dalam perbelanjaan.

6.0 PERASMIAN

Program Perkhemahan Tahunan Tunas Kadet Remaja Sekolah ini akan

dirasmikan oleh Encik Zamahuri bin Bahaudin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Dato’ Wan Kemara dalam Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Tahunan

Tunas Kadet Remaja Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara. Ia akan

berlangsung di perkarangan dewan yang disediakan berdekatan dengan tapak

perkhemahan. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana

Encik Zamahuri bin Bahaudin akan diberi peluang memberi ucapan ringkas

sekaligus merasmikan program ini.

Page 5: Kertas Kerja KRS

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung : Encik Zamahuri bin Bahaudin (Guru Besar)

Penasihat : Puan Nur Amalina binti Ismail (GPK Kurikulum)

Encik Mu’tassim Billah bin Anuar (GPK HEM)

Pengerusi : Encik Jamalruddin bin Zahari (GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Encik Mohd Aliff bin Mohd Yasin (Kem Komandan)

Penolong Penyelaras : Encik Nizar bin Rahman (Pen. Kem Komandan)

Setiausaha : Cik Ardilla binti Jamal

Bendahari : Puan Doli a/p Doriasamy

Jawatankuasa Kecil

Jawatan Bidang Tugas

Pengurus Peserta:

Encik Muhammad Haziq

bin Buang

Puan Kamaliah binti Sidek

Menyediakan murid-murid untuk menyertai

perkhemahan.

Menyediakan borang kebenaran ibu bapa

bagi setiap peserta.

Menyediakan segala peralatan yang

diperlukan semasa perkhemahan.

Menyediakan jadual guru bertugas.

Memastikan penyediaan senarai semak

peralatan lebih awal.

Memastikan disiplin peserta sebelum dan

selepas perkhemahan.

Khemah:

Encik Muhd Syariffuddin

bin Razak

Encik Sobri bin Sahlan

Menyediakan pelan pembahagian tempat

tapak perkhemahan.

Menyediakan khemah yang mencukupi bagi

keperluan peserta dan guru.

Page 6: Kertas Kerja KRS

Memastikan setiap khemah dibuka dan

dibersihkan selepas perkhemahan.

Menyediakan senarai nama guru mengikut

khemah masing-masing.

Menyediakan segala dokumen perlu

sekiranya terdapat pinjaman khemah dari

luar.

Aktiviti:

Cik Rosmawati binti Anuar

Encik Rayyen Khalis bin

Zainal

Merangka, merancang dan mengurus aktiviti

yang hendak dijalankan.

Menyediakan keperluan atau peralatan yang

diperlukan untuk setiap aktiviti yang hendak

dilakukan.

Memastikan semua peserta menyertai

aktiviti yang dijalankan.

Memastikan kerjasama dengan pelbagai

pihak yang bertanggungjawab.

Bertanggungjawab memastikan aktiviti

dijalankan mengikut masa dan jadual yang

ditetapkan.

Memastikan kelancaran aktiviti.

Hadiah / Cenderamata:

Puan Norhayati binti

Mahdzir

Cik Hayani binti Jamal

Mengurus hal berkaitan dan kos

perbelanjaan yang diperlukan dalam

program ini bagi tujuan hadiah.

Menyediakan hadiah bagi aktiviti yang ingin

dipertandingkan.

Menyediakan cenderahati untuk urusetia

dan peserta sebagai kenang-kenangan.

Sijil Penyertaan:

Cik Orked binti Yusoff

Menyediakan Sijil Penyertaan kepada

semua peserta.

Kerohanian:

Encik Mohd Zaini bin

Memulakan perjalanan dengan bacaan doa.

Memastikan perlaksanaan jadual solat

Page 7: Kertas Kerja KRS

Othman

Puan Zarida binti Umar

berjemaah terutamanya pada waktu

maghrib, isyak dan subuh.

Mengadakan bacaan yaasin pada malam

jumaat.

Mengadakan tazkirah selepas solat subuh

dan maghrib.

Memastikan tempat solat dalam keadaan

yang bersih dan teratur.

Elektrik dan Siaraya:

Encik Shahril Radzuan bin

Kalam

Encik Sidek bin Sulaiman

Menyediakan kemudahan elektrik dan

peralatan siaraya yang sempurna di seluruh

tapak perkhemahan sepanjang tempoh

perkhemahan.

Mengemaskini peralatan yang telah

digunakan dan disimpan pada tempat yang

sesuai.

Mengurus dan menyediakan peralatan bagi

Malam Kebudayaan.

Makanan:

Cik Nurellina binti Ismail

Puan Asiah binti Zakaria

Menyediakan senarai menu sepanjang

program.

Memastikan penyediaan makanan untuk

peserta dan urusetia.

Memastikan kelancaran urusan yang

melibatkan makanan.

Memastikan makanan disediakan mengikut

masa yang dijadualkan.

Memastikan tahap kebersihan pengurusan

makanan dan dapur.

Sajian yang disediakan selaras dengan

aktiviti yang ingin dijalankan.

Peka terhadap masalah yang dihadapi oleh

peserta seperti sesetengah individu yang

Page 8: Kertas Kerja KRS

mempunyai alahan terhadap sesuatu

makanan.

Keselamatan /

Kecemasan:

Encik Abdul Husaini bin

Mahat

Puan Zainiah binti Mustafa

Memastikan keselamatan peserta dan

kawasan sekitar perkhemahan.

Membuat jadual tugasan malam mengikut

giliran kumpulan aktiviti.

Memastikan jadual tugasan malam

dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh

setiap kumpulan yang ditugaskan.

Bertindak pantas apabila berlaku sebarang

kecemasan.

Memastikan peti pertolongan cemas dibawa

dan peralatannya adalah lengkap.

Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-

jaga, serta membuat pemantauan dan

kawalan keselamatan.

Peka terhadap masalah kesihatan peserta.

Urusetia:

Cik Mariatul Kibtiah binti

Abdul Latiff

Puan Jannatul Firdaus binti

Mabrur

Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan.

Menyelaras perjalanan aktiviti dan

pertandingan.

Sentiasa menghebahkan segala maklumat

terkini.

Mengambil pendaftaran peserta dan juga

mencatat kehadiran guru bertugas.

Membuat laporan setiap aktiviti yang

dijalankan.

Mengendalikan acara majlis penutup.

Menyediakan kain rentang perkhemahan.

Apresiasi Seni:

Encik Haris Fadzillah bin

Usman

Menentukan jenis persembahan dan syarat-

syaratnya.

Menyediakan borang penghakiman.

Page 9: Kertas Kerja KRS

Puan Noor Foziah binti

Zamanhuri

Mengurus perjalanan Malam Kebudayaan

Memastikan tempat aktiviti Malam

Kebudayaan bersih selepas digunakan.

Memberi taklimat kepada peserta

persembahan 3 hari sebelum pertandingan.

Senaman Pagi:

Encik Danial Faiz bin Ismail

Encik Amirul Asyraf bin

Puteh

Menyediakan jadual bertugas pengendali

senaman pagi.

Mengendalikan perjalanan senaman pagi

selama tempoh perkhemahan berlangsung.

8.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Page 10: Kertas Kerja KRS

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Sewa bas / pengangkutan 450.00

2 Penggunaan tapak perkhemahan 200.00

3 Sijil dan hadiah 150.00

4 Makanan 575.00

5 Saguhati Fasilitator 125.00

6 Rencam 100.00

JUMLAH BESAR 1,600.00

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program

ini ialah sebanyak RM15.00.

Sumbangan daripada pihak sekolah adalah sebanyak RM1,000.00

Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet

yang disenaraikan kerana terdapat individu yang akan memberi tajaan

dalam melaksanakan Program Perkhemahan Tahunan ini.

9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina

keyakinan diri, membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat

berbilang kaum. Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan

memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu

diharapkan segala perancangan dan perlaksanaan nanti akan memberikan hasil

dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada murid-murid yang

terlibat dalam program ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................

Page 11: Kertas Kerja KRS

(Encik Mohd Aliff bin Mohd Yasin) (Encik Zamahuri bin Bahaudin)

Penyelaras, Guru Besar,

Program Perkhemahan Tahunan, SK Dato’ Wan Kemara,

Tunas Kadet Remaja Sekolah, Changlun,

SK Dato’ Wan Kemara, Kedah Darul Aman.

Changlun,

Kedah Darul Aman.

LAMPIRAN 2

SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHAN TAHUNAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Page 12: Kertas Kerja KRS

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN KEMARA, CHANGLUN, KEDAH

1. Abd Muhaimin b Zulkefli

2. Al Hafiz b Sapuan

3. Ameerul Aswad b Abd Aziz

4. Mohamad Azhan b Desa

5. Muhammad Muhaimin b Md Zaki

6. Mohd Syahrul Zaim b Zahari

7. Mohd Hanif b Zainaldin

8. Mohd Safuan b Abu Bakar Samad

9. Mohd Yasser b Jamaluddin

10. Muhamad b Che Ros

11. Muhamad Irzham b Zakaria

12. Muhammad Adhaa b Lamry

13. Muhammad Faris b Khairuddin

14. Huzaini b Amir

15. Md Azri b Sidik

16. Mohamad Fareez b Hj Mazlan

17. Mohamad Zulhelmi b Mat Rahim

18. Muhamad Raimi b Yusuf

19. Muhammad Amin b Saad

20. Muhammad Kamarul b Shamsul

21. Aimi Hazwani bt Abdul Halim

22. Munira bt Ismail

23. Norhazana bt Yusoff

24. Nur Afiqah bt Mahat

25. Nur Azira bt Azuani

26. Nurulain bt Hj Joher

27. Siti Nasuha bt Che Shukor

28. Arina bt Abdul Ghani

29. Fatin Adila bt Jamil

30. Hasnur Farisha bt Hassan

31. Mumtazah bt Johar

32. Noor Hafizah bt. Ali

33. Nor Izzati bt Rohaimi

34. Nor Rohaizah bt Ahmad

35. Nur Hayati bt Mahdzir

36. NurZehan bt Zakaria

37. Suhainita bt Md Zain

38. Syaza Yasmin bt Ismail

39. Siti Rahmah bt Yob

40. Mohd Zaini bin Othman

Page 13: Kertas Kerja KRS

RUJUKAN

Page 14: Kertas Kerja KRS

RUJUKAN

Kertas Cadangan Kunjungan Muhibbah JPP IPBMM ke Institut Perguruan

Sultan Mizan, Besut

Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tahunan IPBMM 2007

Kertas Cadangan Program Sukan Rekreasi Pendidikan Jasmani

Akademik PPISMP 3A dan 3E 2007

Page 15: Kertas Kerja KRS

LAMPIRAN 1

JADUAL PERKHEMAHAN TAHUNAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN KEMARA, CHANGLUN, KEDAH DARUL AMAN

Masa 6.00

8.00

8.00

13.00

13.00

14.00

14.00

16.00

16.00

17.00

17.00

18.00

18.00

20.00

20.00

22.00

22.00

23.00

HARI

PERTAMA

02.10.2009

TAKLIMAT

MENGEMAS

BARANG

PENGURUSAN DIRI

SOLAT MINUM

PETANG

LDK 1

ICE BREAKING

PEMBENTUKAN

KUMPULAN

HARI

KEDUA

03.10.2009

PENGURUSAN DIRI

SOLAT

SENAMAN PAGI

SARAPAN PAGI

PERBARISAN

ORIENTERING

REPELLING

FLYING FOX

PENGURUSAN

DIRI SOLAT

MINUM PETANG

KEYAKINAN DI

AIR

SNORKLING

PENGURUSAN

DIRI SOLAT MINUM

PETANG

LDK 2

PERANAN

SEORANG

PEMIMPIN

LDK 3

TEORI

BERKAYAK

HARI

KETIGA

04.10.2009

PENGURUSAN DIRI

SOLAT

SENAMAN PAGI

SARAPAN PAGI

PERBARISAN

KAYAK

IKATAN DAN

SIMPULAN

PERASMIAN

PENUTUP

DAN

PENYAMPAI

HADIAH DAN

SIJIL

PENGURUSAN

DIRI SOLAT

MINUM PETANG

MENGEMAS ALATAN, REFLEKSI, BREAK CAMP

DAN PERJALANAN BALIK KE SKDWK