6
Kertas Kerja Cadangan Mengubahsuai bilik Moral untuk dijadikan Kelas Moral dan Bilik Unit Peperiksaan SMK Tembangau Berkemudahan Lengkap. 1 )LATAR BELAKANG PROJEK Sejarah penubuhan sekolah Smk Tembangau bermula pada tahun 1999. Lokasi sekolah ini sejauh 70 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Bera dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Sepanjang Penubuhan sekolah ini, masih belum wujud bilik peperiksaan untuk menempatkan kertas ujian peperiksaan yang agak sulit dan tiadanya tempat dan kemudahan untuk seorang setiausaha peperiksaan menjalankan tugas-tugasnya. Tambahan pula dengan adanya sistem PBS yang menggantikan PMR menyebabkan Unit Peperiksaan memerlukan sebuah tempat yang kekal bagi melancarkan lagi pengurusan PBS. Selain fail peperiksaan dan kertas Peperiksaan, bilik peperiksaan ini akan menempatkan fail-fail pelajar PBS dan segala jenis fail yang berkaitan dengan PBS. Bilik Moral mempunyai keluasan yang agak besar dan mempunyai dua bilik tambahan dibahagian kiri. Bilik Moral akan dibahagikan untuk dijadikan kelas dan bilik Unit Peperiksaan. Untuk memastikan keberkesanan projek, kemudahan yang lengkap seperti meja, rak fail, almari, papan kenyataan dan sebagainya turut termasuk dalam cadangan pengubahsuaian bilik. BIODATA SEKOLAH 1

kertas kerja

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sekolah

Citation preview

Page 1: kertas kerja

Kertas Kerja Cadangan Mengubahsuai bilik Moral untuk dijadikan Kelas Moral dan

Bilik Unit Peperiksaan SMK Tembangau Berkemudahan Lengkap.

1 )LATAR BELAKANG PROJEK

Sejarah penubuhan sekolah Smk Tembangau bermula pada tahun 1999. Lokasi

sekolah ini sejauh 70 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Bera dan dikategorikan

sebagai sekolah luar bandar. Sepanjang Penubuhan sekolah ini, masih belum wujud

bilik peperiksaan untuk menempatkan kertas ujian peperiksaan yang agak sulit dan

tiadanya tempat dan kemudahan untuk seorang setiausaha peperiksaan menjalankan

tugas-tugasnya. Tambahan pula dengan adanya sistem PBS yang menggantikan PMR

menyebabkan Unit Peperiksaan memerlukan sebuah tempat yang kekal bagi

melancarkan lagi pengurusan PBS. Selain fail peperiksaan dan kertas Peperiksaan,

bilik peperiksaan ini akan menempatkan fail-fail pelajar PBS dan segala jenis fail

yang berkaitan dengan PBS. Bilik Moral mempunyai keluasan yang agak besar dan

mempunyai dua bilik tambahan dibahagian kiri. Bilik Moral akan dibahagikan untuk

dijadikan kelas dan bilik Unit Peperiksaan. Untuk memastikan keberkesanan projek,

kemudahan yang lengkap seperti meja, rak fail, almari, papan kenyataan dan

sebagainya turut termasuk dalam cadangan pengubahsuaian bilik.

BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SMK TEMBANGAU

Kod Sekolah : CEAA162

Daerah : Bera

Status : Sekolah Kerajaan

Bil. Guru : 48orang

Bil. Staf Sokongan : 9orang

Bil. Enrolmen Murid : 472orang

Sesi : 1 sesi

Kawasan : Luar Bandar

1

Page 2: kertas kerja

2) OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek mengubahsuai bilik moral ini adalah penting

berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1. Tiadanya bilik untuk menempatkan kertas dan barang-barang unit

peperiksaan.

2.2. Setiausaha peperiksaan tidak mempunyai tempat yang kondusif untuk

membuat kerja-kerja sulit dan tidak sulit.

2.3. Keadaan bilik PBS yang sedia ada mempunyai kebocoran air dari bilik wuduk

walaupun telah diatasi namun risiko kebocoran tetap ada, faktor kelembapan

boleh merosakkan fail.

2.4. Bilik moral mempunyai keluasan yang agak besar manakal pelajarnya tidak

ramai.

2.5. Bilik Moral pada asalnya tidak mempunyai kipas, dengan adanya projek ini

bilik peperiksaan dan bilik moral akan mempunyai kipas dan infrakstruktur yang

lebih lengkap.

3) SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang

sedia ada seperti berkut (rujuk Lampiran A)

Bil. PERKARA KOS

3.1 Ubahsuai dan membina struktur

dinding tambahan

3.2 Perabot Bilik Unit Peperiksaan

3.3 Peralatan Tambahan Bilik Moral

whiteboard

3.4 Peralatan Bilik Unit Peperiksaan Komputer (2)

3.5 Pendawaian elektrik & alatan elektrik

2

Page 3: kertas kerja

3.6 Keceriaan bilik Unit Peperiksaan Cat & tikar getah

4) OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Dapat menyediakan tempat yang selamat untuk penyimpanan kertas peperiksaan yang

sulit.

4.2. Dapat menyediakan tempat penyimpanan untuk Barang-barang unit peperiksaan.

4.3. Dapat memastikan keselamatan dan keuntuhan fail-fail pelajar.

4.4. Keluasan bilik Pendidikan Moral akan menjadi sesuai dengan jumlah pelajar dan

memudahkan guru menguruskan bilik.

4.5. Keadaan infrastruktur bilik akan menjadi lebih baik.

5) JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional pengubahsuaian bilik moral untuk di jadikan kelas Pendidikan Moral dan

Bilik Unit Peperiksaan ialah seperti berikut:

5.1. Membuktikan bahawa SMK Tembangau perihatin dan serius terhadap

Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

5.2. Meningkatkan kualiti Unit Peperiksaan SMK Tembangau dalam

menguruskan proses peperiksaan dan pentaksiran di sekolah.

5.3. Menaik taraf bilik dan kemudahan yang ada di SMK Tembangau.

6) IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar

sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti:

6.1. Kehilangan barang-barang Unit peperiksaan.

6.2. Kesukaran memastikan tahap kesulitan kertas peperiksaan.

6.3. Kesulitan melaksanakan kerja-kerja setiausaha peperiksaan.

6.4. Kerosakan fail pelajar PBS.

6.5. Penjenamaan unit peperiksaan tidak berlaku.

Disediakan oleh,

3

Page 4: kertas kerja

_____________

(WAN NOOR AMIRAH BINTI ABDU ALOJID @ GHAZI)

Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah

7) LAMPIRAN LAKARAN BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN

4