6
Bahagian A [75 Markah] Sila jawab Tiga soalan sahaja 1. a) Terangkan tiga faktor pengeluaran. (6 markah) b) Encik Rakesh pemilik dan pengurus kilang roti. Terangkan tiga sumbangan Encik Rakesh kepada Negara. (6 markah) c) Pernyataan yang berikut berkaitan dengan pengkhususan dalam pengeluaran. Terangkan pengkhususan yang terlibat. i. Kilang Kasut Foot-Smart Sendirian Berhad menggunakan pelbagai peralatan dan mesin yang terkini untuk melaksanakan pelbagai tugas dalam pengeluaran kasut yang bermutu tinggi. (2 markah) ii. Encik John seorang jururunding sementara isterinya Puan Roselyn seorang doctor di sebuah hospital swasta. (2 markah) d) Pada Pendapat anda, bagaimana keperluan asas manusia mewujudkan aktiviti perdagangan. (9 markah) 2. a) Gambar di bawah ini menunjukkan cara minyak masak disalurkan kepada pengguna. 2

kertas 2.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Bahagian A[75 Markah]Sila jawab Tiga soalan sahaja

1. a) Terangkan tiga faktor pengeluaran.(6 markah)b) Encik Rakesh pemilik dan pengurus kilang roti. Terangkan tiga sumbangan Encik Rakesh kepada Negara.(6 markah)c) Pernyataan yang berikut berkaitan dengan pengkhususan dalam pengeluaran. Terangkan pengkhususan yang terlibat.i. Kilang Kasut Foot-Smart Sendirian Berhad menggunakan pelbagai peralatan dan mesin yang terkini untuk melaksanakan pelbagai tugas dalam pengeluaran kasut yang bermutu tinggi.(2 markah)ii. Encik John seorang jururunding sementara isterinya Puan Roselyn seorang doctor di sebuah hospital swasta.(2 markah)d) Pada Pendapat anda, bagaimana keperluan asas manusia mewujudkan aktiviti perdagangan. (9 markah)

2. a) Gambar di bawah ini menunjukkan cara minyak masak disalurkan kepada pengguna.

Bagaimanakah pemborong membantu peruncit dalam saluran agihan di atas? (10 markah)b) Puan Ani seorang pengusaha cencaluk jenama LAZAT di Jasin, Melaka. Bagaimanakah promosi dan insurans membantu Puan Ani dalam menjalankan perniagaannya? (15 markah)

3. a) Terangkan maksud pemborong(3 markah)b) Terangkan tiga cara pemborong membantu pengeluar dalam pengagihan barang (7 markah)c) Terangkan dua cara fungsi pemborong dalam saluran agihan boleh diambilalih(6 markah)d) Cik Mek dan Puan Ngah masing-masing mengusahakan kain batik di Kota Bharu, Kelantan. Untuk mengedarkan hasil keluaran masing-masing, mereka memilih saluran agihan seperti yang berikut.

Cik MekPengeluar Peruncit Pengguna

Puang NgahPengeluar Pemborong Peruncit Pengguna Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab yang mungkin telah mendorong mereka masing-masing memilih saluran agihan sedemikian.(9 markah)

4. a) Nyatakan ciri-ciri syarikat awam berhad.(9 markah)b) Raimin bin Mad Deris merupakan anggota Koperasi Nelayan Pantai Timur Berhad sejak tahun 2000. Terangkan kelebihan yang diperoleh oleh Raimin sebagai anggota organisasi di atas. (10 markah)c) Encik Farid pengeluar minuman herba jenama TROPIHERBS memasarkan produk keluarannya ke Negara Britain sejak 3 tahun yang lalu. Baru-baru ini pihak berkuasa Britain menetapkan syarat untuk semua produk berasaskan herba agar perlu mendapat kelulusan satu agensi khas, mempunyai rakan kongsi tempatan dan melabelkan maklumat penggunaan produk berkenaan. Syarat ini telah menimbulkan kesulitan kepada Encik Farid.Jelaskan tuga cara yang perlu Encik Farid lakukan untuk mengatasi halangan tersebut.(6 markah)

5. a) Pernyataan yang berikut merupakan fungsi bank pusat. Menjadi jurubank kepada bank perdagangan Sumber pinjaman terakhir

Terangkan fungsi lain bank tersebut.(10 markah)SituasiPernyataan

ASyarikat Mego Sdn Bhd. ingin bertukar jenis milikan kepada syarikat awam berhad. Pengurusnya kurang mahir tatacara untuk menerbitkan saham.

BEncik Hamid menanam padi secara komersial di Kedah. Menguasai hamper 50 hektar tanah. Beliau perlukan bantuan untuk mendapatkan jentera pembajak tanah yang baru.

b) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan dua situasi.i. Nyatakan jenis bank yang boleh membantu Syarikat Mego dan Encik Hamid.(5 markah)ii. Terangkan peranan bank di 2(b)i(10 markah)

Bahagian B[25 markah]Soalan ini wajib dijawab.

6. Encik Firdaus merupakan pemilik sebuah kedai khusus dalam penjualan pelbagai jenis hasil laut yang telah diproses dan diawetkan seperti pelbagai jenis ikan kering, sotong kering, keropok lekor dan lain-lain lagi. Kedainya terletak lebih kurang 15 kilometer daripada Bandar Kuantan dan berhampiran dengan jalan raya utama menghala ke Kuala Lumpur. Tidak ada sebarang kawasan penempatan di sekelilingnya dan kawasan perumahan yang terdekat adalah lebih kurang 5 kilometer. Justeru itu, kebanyakan pelanggan yang mengunjungi kedainya adalah terdiri daripada pengguna jalan raya dan pelancong pelancong yang berlalu lalang melalui tempatnya. Encik Firdaus dibantu oleh ahli-ahli keluarganya. Smeua stok diperoleh daripada beberapa pemborong yang menghantar terus ke kedainya. Barang jualan disusun dengan teratur dan dipamerkan dengan menarik. Semua barang jualannya dibungkus dengan kemas dan dilabelkan. Sebahagian stok yang tidak dijual lagi disimpan ke dalam gudang kecil di belakang kedainya.Barang jualannya adalah bermutu tinggi. Oleh itu, semua pelanggan yang mengunjungi kedainya tidak akan balik dengan tangan kosong. Segala urus niaga adalah secara tunai sahaja. Walaupun hamper semua pelanggan yang mengunjungi kedainya adalah pelanggan sekali sekala sahaja, namun mereka diberi layanan yang baik dan mesra.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut.a) Terangkan secara ringkas jenis perniagaan yang dijalankan oleh Encik Firdaus. Nyatakan cici-ciri perniagaan jenis ini secara amnya.(10 markah)b) Nyatakan fungsi peruncit yang dilaksanakan dan tidak dilaksanakan oleh Encik Firdaus(10 markah)c) Terangkan langkah yang perlu diambil oleh Encik Firdaus untuk memajukan perniagaannya.(5 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT5