Upload
akhi-muhammad-aiyas
View
416
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
1/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
1
Penghargaan
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
2/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami berjaya menyelesaikan tugasan
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Projek bagi semester ini dengan jayanya
tanpa mengalami sebarang masalah yang serius. Walaupun tidak dapat melakukan
dengan sempurna, sememangnya fitrah manusia sebegitu, namun kami telah
mengembleng tenaga bagi menampilkan yang terbaik antara yang terbaik.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajjah
Anisah Binti Harun dan Cik Nurhijrah Binti Zakaria, pensyarah pembimbing dan
subjek Geografi Persekitaran ini kerana telah bertungkus-lumus tanpa mengira masa
dan tenaga dalam membimbing kami dan rakan-rakan menyiapkan tugasan ini tanpa
rasa jemu dalam memberikan bimbingan yang berterusan. Ribuan terima kasih juga
ditujukan kepada ibubapa saya yang turut membantu dalam aspek kewangan dan
motivasi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada semua warga
Pulau Langkawi, Kedah (kawasan kajian), rakan-rakan dan para pensyarah di
Jabatan Pengajian Sosial yang sama-sama memberikan kerjasama yang jitu.
Kami berharap dengan menyiapkan tugasan ini, dapat mempertingkatkan
pemahaman, pengetahuan dan pendedahan mengenai kegiatan ekonomi di
Malaysia khususnya di Pulau Langkawi sebagai kawasan kajian yang tertumpu di
Pekan Kuah khasnya dalam aspek kegiatan ekonomi perkhidmatan pengangkutan
darat. Dengan tugasan ini juga, kami dapat mendekatkan diri pada masyarakat
setempat di samping melihat bagaimana pergerakan ekonomi negara yang amnya di
kawasan pelancongan bebas cukai seperti Pulau Langkawi.
Akhir kata, kami begitu berbesar hati kepada pembaca yang turut bersama untuk
mendapatkan ilmu berkaitan kegiatan ekonomi di Pulau Langkawi. Insyallah ianya
dapat dijadikan petunjuk pada masa hadapan dan sekarang demi membina
suasana masyarakat yang holistik dengan menitikberatkan keadaan persekitaran
yang melibatkan kegiatan ekonomi.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
3/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
3
KaedahPengumpulanMaklumat
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
4/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
4
KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT
Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, kami telah menggunakan beberapa
kaedah.Antaranya adalah seperti berikut;
i. PEMERHATIAN
Melalui kaedah ini kami dapat melihat sendiri betapa pentingnya kemudahan
pengangkutan darat bagi sesebuah pulau yang terpisah daripada tanah besar
seperti Pulau Langkawi. Ini terbukti melalui pemerhatian kami terhadap jumlah
kenderaan darat yang menjadi pilihan pelancong yang bekunjung ke sana.
ii. TEMUBUAL
Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai kegiatan ekonomi khususnya
mengenai pengangkutan darat di Pekan Kuah dan kawasan Pualau Langkawi
umumnya, kami telah mengambil inisiatif untuk menemubual pemandu-
pemandu bas, kereta sewa, teksi dan juga van yang terdapat di Pulau
Langkawi. Melalui kaedah ini kami berjaya mendapatkan maklumat berkaitan
perusahaan pengangkutan darat yang dijalankan oleh mereka di Pulau
Langkawi selain turut berpeluang mengumpul data secara first hand. Dengankaedah ini maklumat yang diperoleh lebih bersifat universal dan tepat. Borang
instrument tembual respondan ada disertakan di bahagian lampiran.
iii. KAJIAN KEPUSTAKAAN
Selain daripda kaedah di atas, kami turut menggunakan kaedah kajian
kepustakaan ini bagi mendapatkan maklumat mengenai kegiatan ekonomi di
Pulau Langkawi dengan lebih berautoriti dan sumber yang pelbagai. Banyaksumber yang kami teliti seperti laman sesawang, buku ilmiah, buku rujukan,
pamplet dan sebagainya. Bahan-bahan ini dapat mengukuhkan lagi fakta dan
hasil dapatan kajian yang kami lakukan. Disamping, menunjukkan kematangan
dalam menghasilkan penulisan ilmiah mengenai kajian lapangan yang telah
kami laksanakan ini.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
5/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
5
Pendahuluan
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
6/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
6
PENDAHULUAN
Pulau Langkawi merupakan salah sebuah daerah di Negeri Kedah Darul Aman yang
merupakan destinasi pelancongan terkenal di peringkat antarabangsa. Ia terletak di
latitud 621 U dan longitud 9948 T di utara Selat Melaka berhampiran Laut
Andaman. Pulau ini boleh dihubungi melalui pengangkutan air dengan menaiki feri
dari Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang serta pengangkutan udara.
Asalnya, pulau ini didiami oleh masyarakat petani yang mengerjakan aktivitipertanian berskala kecil dan nelayan tradisional yang menangkap ikan di kawasan
persisiran pantai.
Pulau ini telah mengalami sejarah yang panjang dimana terkenal dengan
Sumpahan Mahsuri serta pernah diserang dan dikuasai oleh Kerajaan Siam
beberapa kali. Kini, Pulau Langkawi mempunyai penduduk seramai 85,336 orang
(2004) dan Pekan Kuah merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan utama
(Kedah Maju 2010, 2007).
JETTY POINT
PEKAN KUAH
PETA 1: Peta menunjukkan kawasan kajian di Pulau Langkawi yang tertumpu di Pekan Kuah dan Jetty Point
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
7/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
7
Nama Langkawi ialah kombinasi Lang dan Kawi yang diambil daripada perkataan
Bahasa Melayu iaitu helang. Pada satu masa dahulu, ia menjadi tempat tinggal
kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi adalah bererti merah hati. Ini kerana
helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.Kawi juga bererti tulisan
Kawi, tulisan yang digunakan oleh tradisi Hindu Jawa.
Kawi dalam bahasa sankskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan
bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk
perkkataan Helangkawi yang kemudian menjadi Langkawi.
Pulau Langkawi telah mengalami pembangunan yang pesat dan dikenali sebagai
destinasi pelancongan terkemuka di dunia setelah diisytiharkan sebagai Pulau
Bebas Cukai pada tahun 1987. Jika dahulu, majoriti penduduknya bekerja dalam
sektor pertanian sebagai nelayan dan petani, namun ia telah diambil alih oleh sektor
perniagaan dan perkhidmatan. Segenap kawasan yang dahulunya mundur dan
terasing daripada pembangunan telah bertukar wajah menjadi sebuah kawasan
yang menjadi tumpuan pelabur dan pelancong.
Pihak kerajaan memberikan tumpuan yang serius terhadap Pulau Langkawi sebagai
destinasi pelancongan terkemuka. Pelbagai agenda seperti pembentukan rancangan
pembangunan, penyediaan infrastruktur, kemudahan, perkhidmatan, promosi dan
pemasaran giat dilaksanakan bagi mencapai tujuan tersebut. Pihak swasta
menyahut seruan kerajaan dengan melakukan pelbagai pelaburan dalam
penyediaan kemudahan dan perkhidmatan meliputi penginapan, pengangkutan,
makanan dan minuman, perniagaan dan pembangunan tarikan-tarikan baru. Ini
disebabkan mereka berkeyakinan bahawa pelaburan yang dilakukan di pulau ini
mampu menyumbangkan pulangan yang baik untuk perniagaan yang diceburi.
Nama pulau ini, seindah kecantikan pantai dan alam semulajadinya. Pulau
Langkawi terdiri daripada kumpulan 99 buah pulau tropika yang terletak di luar
pantai barat laut Semenanjung Malaysia dan jaraknya adalah 30 km dari Kuala
Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
8/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
8
Pulau utama yang terletak dalam kepulauan ini dikenali sebagai Pulau Langkawi.
Pulau yang dikurniakan dengan kekayaan pusaka merangkumi seribu lagenda dan
misteri dari cerita burung besar dan garuda, pahlawan gagah perkasa dan puteri
kayangan serta peperangan dan percintaan.
Sebagai salah sebuah pulau yang tercantik di dunia, pulau ini mempunyai ratusan
gua yang dihiasi dengan ukiran semulajadi stalagmit dan stalaktit. Pantai berpasir
putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari
menjanjikan ketenangan yang lengkap. Air laut yang jernih mengelilingi kepulauan
ini memberikan peluang untuk menjalankan aktiviti dan rekreasi air serta keindahan
kehidupan marin.Di samping itu, terdapat pelbagai destinasi menarik untukdikunjungi antaranya Padang Beras Terbakar,Tasik Dayang Bunting, Langkawi
Cable Car, Kilim Geoforest Park, Underwater World dan lain-lain lagi.
Projek Kerja Kurus Berasaskan Ilmu (KKBI Kursus Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan telah dianjurkan oleh Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato Razali
Ismail bagi memenuhi sukatan pelajaran Geografi Persekitaran untuk meningkatkan
kecekapan pelatih menjalankan kerja luar iaitu di Pulau Langkawi melalui
pemerhatian dan mengumpul data mentah di tempat kajian.
Program ini berlangsung pada 19-22hb Julai 2011 bertempat di Pekan Kuah, Pulau
Langkawi. Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat
untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama
'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor
gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena
dengan peristiwa tersebut , tempat ini diberi nama 'Kuah'. Dahulunya, Kuah hanya
merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu
maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah
sesibuk bandar-bandar besar yang lain. Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai
dengan berbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini
menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
9/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
9
Pengangkutan darat pula merupakan medium penting untuk bergerak dari satu
destinasi ke destinasi yang ingin dituju. Contohnya, ke pusat membeli belah, ke
tempat-tempat menarik dan juga berekreasi bersama keluarga. Perkhidmatan awam
seperti bas dapat membawa penumpang dalam jumlah yang ramai, manakala kereta
sewa dan teksi pula hanya terhad kepada empat atau lima orang sahaja.
Selain daripada kegiatan pengangkutan darat, pelbagai kegiatan ekonomi yang
dijalankan di sekitar Pulau Langkawi, antaranya kegiatan perniagaan, perdagangan,
perikanan pesisir pantai dan perikanan akuakultur, pelancongan, perindustrian dan
sebagainya. Pelancongan merupakan sektor terpenting bagi kegiatan ekonomi
Pulau Langkawi. Bahagian Pelancongan ditubuhkan bagi menjadikan danmemasarkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia. Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA) juga mengendalikan segala hal-hal berkaitan
pelancongan seperti pameran 'Langkawi International Maritime Aerospace Exhibiton'
(LIMA), MATTA Fair, Festival Pelancongan, Ironman Langkawi serta yang paling
terbaru ialah mempromosikan Langkawi Geopark di mata dunia. Promosi
pelancongan telah diadakan di Berlin, Australia, Finland dan Dubai bagi
memperkenalkan Langkawi.
Kegiatan perniagaan runcit dan borong juga antara kegiatan yang pesat di
Langkawi. Atas dasar Pulau Bebas Cukai, pelbagai barangan dijual dengan kadar
bebas cukai seperti coklat, barangan tembakau, pinggang mangkuk, kereta, kain
batik dan pelbagai lagi. Kompleks Gerai Kuah dibangunkan di bawah projek RM Ke-
8. Kos keseluruhan projek adalah sebanyak RM1.47 juta di mana ia melibatkan
pembinaan 21 unit gerai perniagaan di dalam sebuah kompleks perniagaan. Kadar
harga sewaan bagi setiap unit gerai adalah sebanyak RM200. Ini mampu menarik
pengunjung yang lebih ramai ke Pulau Langkawi khususnya ketika waktu cuti.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi,
kemasukan pelancong ke Pulau Langkawi dalam tempoh 3 bulan pertama pada
tahun 2011, seramai 631,669 orang pelancong.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
10/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
10
1.0 HasilDapatan Kajian
1.1 Ciri-ciri pengangkutan darat
1.2 Kepentingan pengangkutan darat diPulau Langkawi
1.3 Masalah-masalah yang dihadapi1.4 Langkah-langkah mengurangkan
masalah yang dihadapi
1.5 Kesan-kesan kegiatan pengangkutandarat terhadap alam sekitar
1.6 Cadangan untuk mengurangkanpencemaran alam sekitar
1.7 Potensi masa depan kegiatanpengangkutan darat
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
11/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
11
1.1 CIRI-CIRI KEGIATAN PENGANGKUTAN DARAT
Pengangkutan disediakan untuk memudahkan pergerakan manusia dan barangan
dari satu tempat ke tempat yang lain.Manusia memerlukan pengangkutan untuk ke
tempat kerja, membeli-belah, melawat dan berekreasi. Contohnya, pengangkutan
penumpang seperti bas, kereta api, feri dan kapal terbang menyediakan kemudahan
untuk bergerak. Di Pulau Langkawi sendiri terdapat banyak pengangkutan darat
yang disediakan seperti bas, teksi, kereta sewa dan juga van.
Pengangkutan darat memainkan peranan yang tersendiri di Pulau Langkawi.Hal ini
demikian, kerana pelancong yang bertandang ke pulau ini tidak dapat membawa
kenderaan persendirian mereka bersama. Oleh itu, mereka amat mengharapkan
pengangkutan darat di Pulau Langkawi bagi meningkatkan tahap mobiliti mereka.
Kami telah membahagikan ciri-ciri pengangkutan darat di Pulau Langkawi kepada
dua; ciri-ciri am perniagaan serta etika dan sikap. Secara amnya, perusahaan
berkaitan pengangkutan darat melibatkan pemandu-pemandu kenderaan darat
seperti pemandu teksi, bas, van dan kereta sewa. Kawasan pasarannya pula
tertumpu di kawasan yang memjadi tumpuan pelancong seperti Pekan Kuah. Di
Pekan Kuah terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan
pengangkutan dan salah satu daripadanya adalah Syarikat Pemandu Teksi dan
Kereta Sewa Langkawi. Lokasinya terletak di tengah Pekan Kuah dan membolehkan
pelancong mendapatkan perkhidmatan yang disediakan dengan mudah.
Selain daripada itu, kebanyakan pengangkutan darat di Pulau Langkawi turut
menyediakan perkhidmatan sewa dan pandu sendiri. Contohnya, Syarikat Sharom
Leading Tours yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri.Perkhidmatan ini membolehkan para pelancong menyewa kereta tersebut untuk satu
tempoh masa yang tertentu serta turut dikenakan bayaran yang tertentu.Dalam
tempoh masa berkenaan, penyewa boleh ke mana sahaja yang diinginkan dengan
dipandu sendiri oleh mereka.Bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut
jenis atau model kereta yang disewa. Berikut merupakan contoh borang yang diisi
dalam talian bagi mendapatkan perkhidmatan penyewaan ini:
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
12/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
12
Ciri-ciri am perusahaan pengangkutan darat di Langkawi turut menitik beratkan
bilangan penumpang yang dapat dibawa dalam satu masa. Kebiasaannya,
kenderaan darat di sana dapat membawa bilangan penumpang yang ramai seperti
bas, teksi, kereta sewa dan juga van. Terdapat juga basikal yang disediakan untuk
disewa, namun sambutan yang diberikan agak dingin. Namun demikian, kenderaan
jenis ini menjadi pilihan pelancong yang datang dari luar seperti Eropah untuk
digunakan bagi bersiar-siar disekitar tempat penginapan mereka.
Disamping itu, para pemandu atau pengusaha yang terlibat dalam sektor
pengangkutan darat di Pulau Langkawi turut menganggotai persatuan tertentu bagi
menjaga kebajikan serta kepentingan mereka sebagai pemandu. Sebagai contoh,
Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi / Limosin dan Kereta Sewa Malaysia
(PETEKMA) Cawangan Langkawi. Pertubuhan ini telah menyediakan kaunter
khusus bagi pelancong mendapatkan servis mereka. Para pelanggan akan dijemput
oleh pemandu yang terdiri daripada ahli pertubuhan ini sahaja dan salah satu
kaunter pertubuhan ini terletak di Langkawi Fair Shopping Complex. Untuk maklumat
lanjut mengenai pertubuhan dan persatuan yang terdapat di Langkawi boleh rujuk di
Lampiran.
RAJAH 1: Contoh borang bagi menyewa kereta di Pulau Langkawi melaului kaedah on-line
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
13/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
13
Bagi etika dan sikap pemandu pula, ciri yang pertama adalah boleh dipercayai dan
selamat. Mustahil bagi penumpang untuk menaiki teksi atau kenderaan awam lain
yang mereka rasakan pemandunya tidak boleh dipercayai dan menggugat
keselamatan mereka. Seterusnya, menepati masa pula merupakan salah satu aspek
yang dicari oleh penumpang dalam perkhidmatan pengangkutan awam.Pengguna
sudah bijak untuk memilih perkhidmatan yang tidak merugikan masa mereka dan
apabila nilai ini tiada dalam diri seorang pemandu, maka pemandu itu sendiri akan
mengalami kerugian apabila pelancong memilih untuk tidak menggunakan
perkhidmatan mereka.Selain daripada itu, khidmat pengangkutan darat juga
mestilah mudah untuk diperolehi seperti lokasi Persatuan Pemandu Teksi dan
Kereta Sewa Langkawi yang terletak di Pekan Kuah berhadapan dengan Hotel
Bayview.Lokasi ini akan memudahkan para pelancong untuk mendapatkan servis
mereka memandangkan tempat tersebut terletak di tengah-tengah Pekan Kuah,
apatah lagi bagi pelancong yang menginap di Hotel Bayview.
Perusahaan pengangkutan darat turut menuntut pemandunya untuk bersikap mesra
terhadap pelanggan. Selain daripada itu, sikap prihatin dan bertimbang rasa turut
menggamit para pelancong untuk menggunakan servis yang ditawarkan oleh
mereka. Para pemandu pengangkutan darat di Langkawi turut terlibat dalam
perkhidmatan awam yang mementingkan kecekapan serta profesionalisme. Segala
tindakan yang diambil hendaklah difikirkan terlebih dahulu baik dan buruknya.
Pemandu kenderaan darat juga perlu praktikal serta mengenakan kos yang
berpatutan agar pelanggan yang menggunakan servis mereka berpuas hati. Kadar
tambang teksi yang dikenakan dari Jeti ke destinasi-destinasi yang ingin dituju oleh
penumpang dan juga kadar harga kereta sewa boleh dirujuk pada bahagian
Lampiran.
Harga kereta sewa bergantung pada jenis kenderaan. Namun, ianya boleh dirunding
dengan pengusaha mahupun pemilik kenderaan tersebut. Kebiasaanya, kenderaan
disewa mengikut hari. Manakala, kadar tambang teksi pula telah diselaraskan oleh
pekeliling Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (bil. 9 tahun 2010)
seperti di Lampiran ditetapkan mengikut zon-zon tertentu.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
14/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
14
1.2 KEPENTINGAN KEGIATAN PENGANGKUTAN DARAT DI PULAU
LANGKAWI
Pengangkutan darat terdiri daripada beberapa jenis kenderaan yang menggunakan
perkhidmatan jalanraya untuk bergerak. Antaranya adalah seperti kereta sewa, teksi,van, bas, motosikal dan juga basikal. Menurut daripada perbualan bersama
respondan seperti gambar 1, kenderaan yang paling diminati oleh para pelancong
adalah van kerana ianya mampu memuatkan ramai penumpang dalam sesuatumasa.
Pengangkutan darat juga banyak menyumbang kepada ekonomi penduduk
setempat dan juga pembangunan sektor pelancongan di Pulau Langkawi.
Pengangkutan darat banyak membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di
Pulau Langkawi di mana penduduk dapat bekerja sebagai pemandu teksi, pemandu
bas, dan pemandu van di syarikat perkhidmatan kereta sewa dan lain- lain lagi. Ini
juga dapat mengurangkan kadar pengangguran penduduk kerana penduduk
mempunyai pendapatan isi rumah masing-masing.
Berdasarkan hasil kajian lapangan pada 19 hingga 22Julai 2011 di Pekan Kuah,
Pulau Langkawi, dapat dilihat pendapatan pemandu-pemandu pengangkutan darat
dalam sebulan. Menurut kajian, tiada pemandu yangmempunyai hasil dapatan
Mohd Fauzee Ibrahim Megat Ahmad A. RahmanGAMBAR 1: Dua orang pemandu/ pemilik (respondan) yang ditemu ketika menjalani kajian lapangan
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
15/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
15
kurang daripada RM 500. Ini menunjukkan pemandu-pemandu tersebut mempunyai
pulangan yang agak lumayan.Seperti di Jadual dan Graf 1.
JADUAL 1: Menunjukkan purata pendapatan pemandu-pemandu pengangkutan darat di sekitar
kawasan kajian
35%
40%
25%
PURATA PENDAPATAN PEMANDU-PEMANDU KEGIATAN
PENGANGKUTAN DARAT
RM 500 - RM 700
RM 700 - RM 1000
RM >1000
GRAF 1: Secara carta pai mempamerkan purata pendapatan pemandu-pemandu kegiatan pengangkutan darat
di Pulau Langkawi
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
16/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
16
Hal ini, pada pendapat kami adalah disebabkan oleh tumpuan Pulau Langkawi
sentiasa aktif kerana pelancong tidak henti-henti melawat ke mari walaupun pada
hari biasa. Namun, bilangan agak berbeza berbanding pada hati cuti yang
kedatangan pelancong dari dalam dan laur negara yang berlipat ganda. Inilah yang
menyebabkan pendapatan pengusaha-pengusaha kereta sewa di sini memilik
pendapatan yang agak lumayan. Malah, disebabkan servis yang dikenakan
berpatutuan dan bersih dan juga promosi yang dibuat mampu menarik pelancong
menggunakan perkhidmatan ini.
Menurut seorang respondan, Encik Jeffry, 38 tahun yang merupakan penduduk di
Pulau Tuba. Sebuah pulau yang didiami oleh masyarakat setempat. Pulau initerkenal dengan kawasan atau destinasi program homestay. Mampu menerima
pelancong-pelancong yang ingin merasai kehidupan di kampung. Kata beliau, pada
masa cuti sekolah khususnya, kedatangan pelancong berganda berbanding hari
biasa. Ini secara langsung meningkatkan pendapatan mereka sebagai pemilik
kenderaan (van) sewa di pulau tersebut. Kebiasaanya penumpang-penumpang
mereka hanyalah penduduk setempat yang berulang alik dari jeti pulau berkenaan
ke rumah masing-masing.
Di samping itu, pengangkutan darat juga dapat meningkatkan mobiliti pengangkutan
pelancong untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Pelancong yang
berkunjung ke Pulau Langkawi kebanyakannya menggunakan perkhidmatan
pengangkutan air seperti bot dan juga pengangkutan udara seperti kapal terbang. Ini
kerana, pelancong tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri masuk ke Pulau
Langkawi. Oleh itu, pelancong akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan
darat untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Selain itu, pemandu pengangkutan darat juga bertindak sebagai pemandu arah
kepada pelancong. Sekiranya pelancong tidak tahu arah yang patut dituju untuk ke
destinasinya, pemandu van atau teksilah yang bertindak sebagai penunjuk arah
kepada pelancong tersebut.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
17/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
17
1.3 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Dalam kesanggupan para pemandu menawarkan perkhidmatan pengangkutan
pelancong di Pulau Langkawi, tidak dinafikan kedengaran luahan hati para pemanduyang berkhidmat sebagai pemandu perkhidmatan pengangkutan darat di Pulau
Langkawi. Hasil dapatan melalui temubual bersama pemandu, didapati bahawa
masalah persaingan dengan teksi haram merupakan masalah utama yang dihadapi
oleh para pemandu. (Rujuk Jadual & Graf 2) Kebanyakan teksi haram mempunyai
kebolehan untuk menarik pelanggan dengan lebih baik daripada pemandu yang
berlesen.
Disebabkan oleh masalah dengan teksi haram,jumlah kenderaan yang bergerak di
Pulau Langkawi menjadi semakin banyak dan pemandu yang berlesen mempunyai
masalah untuk menghantar para menumpang kerana terdapatnya kesesakan lalu-
lintas. Ini boleh menyebabkan kelewatan penghantaran penumpang ke destinasi
mereka dan dapat menimbulkan kemarahan pelanggan. Para pemandu berlesen
mungkin tidak lagi mendapat kepercayaan daripada pelanggan di kemudian hari.
MASALAH BILANGAN
PERSAINGAN 8
PENCEMARAN 1
KOMUNIKASI 4
TAMBANG 5
KESESAKAN 2
JUMLAH 20
Selain itu, para pemandu juga mempunyai masalah komunikasi dengan pelancong
asing. Kesukaran dalam memahami bahasa pertuturan mereka menyukarkan
komunikasi dua hala antara pemandu dengan pelanggan terutamanya pelancong
daripada negara Arab yang merupakan antara pelancong yang teramai mengunjungi
Pulau Langkawi.
JADUAL 2: Jadual kekerapan masalah yang dihadapi pemandu (respondan) di sekitar Pula Langkawi
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
18/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
18
Oleh kerana pemandu mempunyai masalah dalam berkomunikasi bersama
pelancong asing, maka wujudlah pertikaian mengenai pembayaran harga tambang.
Kebanyakan pelancong asing yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik bersama
pemandu akan mempertikaikan harga yang telah dinyatakan oleh pemandu. Hasil
temubual bersama pemandu, kadangkala ada dalam kalangan pelancong yang tidak
membayar tambang yang telah dikenakan atas mereka.
Tambang juga merupakan isu yang ditekankan oleh pemandu-pemandu di kawasan
kajian. Tambang sememangnya telah ditetapkan oleh persatuan kereta sewa/ teksiLangkawi. Namun, segelintir pemilik yang tidak menggunakan meter akan
menyebabkan mereka boleh meletakkan harga sesuka hati. Ini menimbulkan
perasaan tidak puas hati penumpang kerana tambang yang dikenakan kepada
mereka tidak selaras. Pemandu yang berbeza dan harga yang berbeza sedangkan
destinasi yang dituju adalah sama. Ini mengakibatkan penguasaha-penguasaha
terpaksa mendengar rungutan dari pelanggan-pelanggan mereka. Sedangkan notis
keselarasan harga tambang telah dikeluarkan persatuan misalnya.
0
1
2
3
4
5
6
7
8
PERSAINGAN PENCEMARAN KOMUNIKASI TAMBANG KESESAKAN
BILANGANR
ESPONDAN
GRAF KEKERPAN MASALAH YANG DIHADAPI
GRAF 2: Menunjukkan kekerapan masalah yang diberikan oleh respondan seramai 20 orang
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
19/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
19
Disamping itu, pencemaran alam sekitar juga turut mnyumbang sedikit sebanyak
kepada masalah yang terpasa dihadapi oleh pemandu. Dengan bilangan kenderaan
yang semakin bertambah,maka keluaran asap kenderaan juga semakin bertambah
dan ini akan menyumbang kepada pencemaran udara. Pencemaran udara dikatakan
berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan-bahan dimasukkan ke
udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan
atau bahan lain (Chambers, 1962). Menurut Wark dan Warner (1901), pencemaran
udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam
atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh
berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, tumbuhan
atau haiwan atau harta benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang
tenteram.
Persekitaran yang tidak begitu sihat kerana dipenuhi asap-asap akan mengurangkan
jumlah pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi dan akan menyebabkan
pemandu tidak mempunyai ramai pelanggan. Ini akan menyebabkan pemandu sukar
untuk mencari sumber rezeki mereka serta akan meingkatkan kadar kemiskinan dan
juga pengangguran.
1.4 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH YANG DIHADAPI
Terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam bidang perusahaan pengangkutan
darat. Justeru, kami telah menemubual beberapa orang respondan bagi
mendapatkan beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah yang
berkaitan. Respondan yang telah ditemubual telah memberikan cadangan yang
bernas dan boleh dipertimbangkan oleh pihak berkuasa.
Antara langkah yang dicadangkan oleh respondan kami untuk mengatasi masalah
teksi haram adalah rondaan yang lebih kerap oleh pihak berkuasa dan pelaksanaan
undang-undang yang tegas. Umum sudah mengetahui negara kita sememangnya
mempunyai undang-undang, tetapi tiada gunanya jika tidak dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, diharapkan agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan
yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
20/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
20
Selain daripada itu, pemasangan
penapis ataupun 'catalytic converter'
pada ekzos kenderaan juga dapat
mengurangkan kesan pencemaran
udara hasil pembebasan gas-gas rumah
hijau seperti karbon monoksida, karbon
dioksida dan nitrogen oksida. Penapis
ini juga membantu mengurangkan suhu
di Pulau Langkawi yang disebabkan oleh
kehadiran gas-gas tersebut. Komponen ini disediakan bertujuan untuk
mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah
enjin pembakaran dalaman. Antara fungsi yang dilakukan komponen ini
termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida,
mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan
hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air serta sebagainya.
Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara
dapat diminimakan.
Pihak berkuasa di Pulau Langkawi juga boleh mengambil inisiaif dengan
Menganjurkan kursus bahasa asing bagi mengatasi kekangan komunikasi yang
berlaku antara pemandu dan pelancong asing. Untuk menganjurkan kursus bagi
semua bahasa mungkin akan menelan kos yang tinggi. Sehubungan itu,
memadailah dengan penganjuran kursus Bahasa Inggeris memandangkan bahasa
tersebut bersifat universaldan dapat difahami semua.
Bagi mengatasi masalah tambang pula, memperkenalkan meter merupakan salah
satu langkah yang boleh diambil selain mempamerkan harga bagi setiap destinasi.
Melalui inisiatif ini, para penumpang tidak akan mempertikaikan harga yang
dikenakan terhadap mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan
pertelingkahan antara pemandu dengan penumpang. Malah, mewajibkan semua
pengusaha teksi memasang meter pada kenderaan sewa masing-masing. Ini akan
menyelaraskan kadar tambang kepada semua pelanggan tanpa mengira teksi dan
pemandu yang terlibat.
GAMBAR 2:Catalytic converteryang dipasang padakenderaan
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
21/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
21
Di samping itu, dengan mewujudkan sistem jalan raya yang lebih sistematik dapat
mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas daripada berlaku. Sistem ini dapat
diwujudkan melalui pelebaran jalan raya yang boleh menampung lebih banyak
kenderaan terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Hal ini
demikian kerana ramai pelancong yang bertandang ke Pulau Langkawi pada waktu
itu sekaligus menyumbang kepada pertambahan jumlah kenderaan di atas jalan
raya.
1.5 KESAN-KESAN PENGANGKUTAN DARAT TERHADAP ALAM SEKITAR
Kebanyakan kegiatan ekonomi menimbulkan kesan-kesan yang tidak diingini
terhadap alam sekitar.Kesan-kesan ini timbul akibat kegiatan ekonomi yang tidak
terkawal. Di Pulau Langkawi, antara kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
ialah berlakunya pencemaran udara, tanih, air, bunyi serta perubahan ciri-ciri
atmosfera. Pencemaran ialah perubahan atau gangguan sifat-sifat fizikal, kimia atau
biologi pada alam sekitar. Masalah pencemaran ini wujud akibat kegagalan manusia
memanfaatkan sumber semula jadi secara wajar.
Kegiatan pengangkutan darat di Pulau Langkawi turut mendatangkan kesan
sampingan yang tidak diingini, iaitu pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku
akibat pelepasan gas beracun ke udara yang mengandungi karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida, dan gas metana. Gas-gas beracun ini berpunca
daripada ekzos kenderaan yang secara langsung menyumbang kepada terjejasnya
kualiti udara di Pulau Langkawi.Keadaan ini diburukkan lagi dengan kesesakan lalu
lintas yang sering berlaku akibat pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya
terutamanya ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu. Disamping itu,
pelepasan partikel-partikel terampai atau zarah halus yang berukuran kurang
daripada 10 mikron (PM10) dan terapung-apung di udara turut menyumbang kepada
pencemaran ini di Pulau Langkawi.
Pembebasan gas-gas itu tadi juga boleh mencemari udara dalam dua keadaan;
deposit basah dan deposit kering. Deposit basah terdiri daripada hujan asid, kabus
dan salji. Hujan asid yang terhasil ini akan memusnahkan hidupan akuatik dan
seterusnya kehidupan kaum nelayan di Pulau Langkawi juga terjejas. Disamping itu,
hujan asid juga boleh merosakkan struktur bangunan di pulau tersebut dan gua batu
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
22/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
22
kapur yang banyak terdapat di Langkawi. Manakala deposit kering pula terdiri
daripada gas dan partikel berasid dalam udara. Gas dan partikel ini akan melekat
pada bangunan, kenderaan dan tumbuh-tumbuhan ketika angin bertiup. Apabila
hujan turun, bahan ini akan larut menjadi asid lemah yang merosakkan dinding
bangunan.
Pembuangan sampah sarap di merata tempat merupakan satu tabiat yang buruk.
Sikap dan tabiat sesetengah pelancong di Pulau Langkawi yang kurang
mementingkan kebersihan dan tidak bertimbang rasa menjadi punca utama
pencemaran ini selain turut menyumbang kepada pencemaran tanih. Seperti yang
dapat dilihat di Pekan Kuah, terutamanya di hadapan kedai-kedai seperti Haji IsmailGroup, sampah sarap yang tidak diurus dengan sempurna akan mendatangkan bau
busuk serta menjejaskan pemandangan dan kesihatan. Selain itu, pembuangan
sampah-sarap ke dalam longkang turut menyebabkan pengaliran air tersekat dan
tersumbat. Ini dapat dilihat pada sebuah longkang yang terletak betul-betul di
sebelah kedai Haji Ismail Group.Air biasanya dicemari oleh bahan-bahan seperti
tinja haiwan, bahan kimia toksik dan minyak. Amnya, bahan pencemar air di Pulau
Langkawi kebanyakannya berpunca dari bahan buangan domestik, industri dan
minyak.
GAMBAR 3: Sampah sarap yang tidak diurus dengan sempurna turut mengakibatkan longkang tersumbat,
mengeluarkan baud an juga mencemarkan pandangan.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
23/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
23
Berdasarkan pemerhatian kami terhadap
beberapa buah longkang di Pekan Kuah,
kebanyakannya dicemari dengan bahan
buangan domestik yang terdiri daripada
kumbahan dan sampah sarap. Sampah
sarap yang dibuang ke dalam sumber air ini
juga menyebabkan bau busuk dan
menjejaskan pemandangan. Pembuangan
sampah sarap yang tidak terbiodegrasi ke dalam laut juga menghalang cahaya
matahari menembusi ke dalam air dan pengaliran air sungai juga tersekat.Keadaan
ini amat membahayakan hidupan akuatik.
Pencemaran bunyi pula berlaku apabila bunyi dari persekitaran melampaui had yang
dapat diterima oleh telinga dan mengganggu keselesaan hidup kita. Kenyaringan
bunyi diukur dalam unit desibel (dB). Telinga kita hanya boleh menerima bunyi yang
kurang daripada 80 dB. Kajian menunjukkan, sekiranyan telinga menerima bunyi
yang melebihi 80 dB secara berterusan, boleh menyebabkan kerosakan telinga
seperti pekak. Bagi Pulau Langkawi, pencemaran bunyi yang berlaku tidaklah begitu
membimbangkan dan berpunca daripada kenderaan bermotor seperti bas dan lori,
serta muzik rancak yang tidak terkawal daripada kedai-kedai yang beroperasi. Bunyi
hon serta enjin kenderaan turut menyumbang kepada pencemaran ini.
Selain daripada itu, aktiviti manusia di Pulau Langkawi juga telah membantu
meningkatkan kandungan gas rumah hijau di atmosfera.Peningkatan gas karbon
dioksida di atmosfera pulau tersebut berlaku akibat aktiviti pembakaran bahan api
fosil oleh kenderaan darat yang menjadi pengangkutan utama di situ.Gas ini
memerangkap haba yang sepatutnya dilepaskan ke angkasa lepas.Haba yang
terperangkap ini menyumbang kepada peningkatan suhu di Pulau Langkawi dan
keadaan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.
GAMBAR 4: Pengaliran air longkang yang tersekat
akibat pembuangan sampah
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
24/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
24
1.6 CADANGAN MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pertama, dalam mengawal pencemaran udara akibat penggunaan kenderaan
bermotor iaitu pengangkutan darat khususnya di kawasan kajian perlu diberi
penekanan yang serius oleh masyarakat dan kerajaan. Bahaya pencemaran akibat
penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh negara-
negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah
diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan
oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan
penggunaan penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam industri pembuatan
kenderaan bermotor.
Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan
hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan
Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga
hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida
Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan
penggunaan minyak kenderaan bermotor.
Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita
menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan
Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak
berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni
kota.
Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaanbermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara
boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan
minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat
penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan
membuka tingkap sewaktu memandu.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
25/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
25
Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum. Tanggungjawab
untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan
tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui
pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat
membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.
Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa
pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu
apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak
bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam
dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains
seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus
Sains, Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada
masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa
yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan
radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan
kempen dan ceramah.
Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media
massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu
pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah
pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan
tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada
membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit
ditekankan keutamaanya.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
26/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
26
Keempat, mengadakan kempen melindungi
alam sekitar. Dengan menyertai sesuatu
kempen untuk melindungi alam sekitar, ia
adalah sesuatu yang sihat dan amat
digalakkan. Antara kempen-kempen yang
melindungi alam sekitar ialah kempen
cintailah sungai kita, kempen kitar semula,
sahabat alam dan sebagainya. Kempen-
kempen ini dapat memberi kesan yang
mendalam terhadap peserta-pesertanya.
Pameran dan aktiviti tentang alam sekitar
juga boleh diadakan untuk memberitahu
kepada masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-
kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.
Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk
melindungi alam sekitar.
Malah bagi menanggani masalah pencemran bunyi. Kempen khas untuk
pencemaran ini perlu diperkenalkan. Kini, Malaysia kerap menganjurkan kempen-
kempen kesedaran contohnya kempen berbudi bahasa, kempen anti sumbang
mahram dan kempen anti dadah. Kempen kesedaran berkenaan anti pencemaran
bunyi juga sangat wajar dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar. Masyarakat terutama golongan sasar perlu diingatkan tentang nilai
sepasang telinga.
1.7 POTENSI KEGIATAN PENGANGKUTAN DARAT DI MASA HADAPAN
Dewasa ini, kita sering melihat di kaca television dan mendengar di corong-corong
radio mengenai kebaikkan pangangkutan awam. Kebaikan pengangkutan awam
sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kemajuan negara sama ada secara
sedar mahupun tidak. Kegiatan ekonomi pengangkutan awam yang diibaratkan
seperti cendawan tumbuh selepas hujan, telah membawa seribu satu persolanmengenai kesannya terhadap kehidupan seharian.
GAMBAR 5: Debat Alam Sekitar yang dianjurkan setiaptahun juga mampu menanam kesedaran alam sekitar
terhadap mahasiswa-mahasiwa IPT
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
27/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
27
Tidak kurang dengan itu, ada juga beberapa berita mengenai keburukan yang
menguasai sektor kegiatan ekonomi tersebut. Disebabkan hal ini, pelbagai usaha
telah diambil oleh pelbagai pihak berwajib sama ada oleh pihak berkuasa mahupun
pihak individu dan pengusaha itu sendiri bagi menangani masalah yang wujud. Hal
ini secara tidak langsung telah mewujudkan inisiatif baru bagi memartabatkan dan
meningkatkan nama pengangkutan awam khususnya sektor pengangkutan darat.
Oleh itu, kita akan mengupas mengenai potensi pengankutan darat pada masa akan
datang.
Pengangkutan awam dari sudut pengangkutan darat sememangnya membawa
seribu satu makna. Hal ini kerana pengangkutan darat ini mempunyai potensi yangamat tinggi dan positif pada masa akan datang. Hal ini kerana melalui pengangkutan
darat, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan sekali gus dapat mengurangkan
kadar kesesakan yang sering melanda terutama di setiap bandar-bandar besar
seperti di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Dengan adanya pangangkutan awam,
masyarakat dapat pergi ke tempat yang ingin ditujui tanpa perlu menaiki kenderaan
sendiri sekali gus mengurankan jumlah kenderaan di jalan raya.
Apabila kurangnya kenderaan di jalan raya, maka hal ini membawa kepada
pengurangan kesesakan jalan raya dan membuatkan hala tuju perjalanan seseorang
individu dapat berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, penggunaan teksi untuk ke
sesebuah tempat dapat mengurangkan bilangan kenderaan di samping teksi
tersebut berupaya membawa lebih ramai bilangan penumpang ke pelbagai destinasi
yang diingini. Oleh itu, jelaslah penggunaan pengangkutan awam dapat membantu
dalam mengurangkan kesesakan jalan raya terutama di pusat tumpuan orang ramai.
Selain itu, melalui pengangkutan awam, masyarakat juga dapat meningkatkan
darjah ketersampaian ke destinasi pelancongan. Hal ini kerana melalui
pengangkutan awam ini, individu yang ingin pergi melancong ke tempat yang jauh
dari tempat tinggal asal mereka tidak perlu membawa kenderaan milik sendiri. Hal ini
kerana melalui pengangkutan awam yang disediakan di tempat pelancongan, akan
dapat memudahkan urusan individu ke destinasi tertentu tanpa perlu bersusah
payah dengan berjalan kaki dan sebagainya. Sebagai contoh, di pulau-pulau seperti
Pulau Langkawi ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan juga teksi. Melalui
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
28/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
28
pengangkutan awam ini, individu yang melancong ke Pulau Langkawi dapat
menggunakan perkhidmatan tersebut untuk bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain. Hal ini penting kerana melalui perkhidmatan seumpama ini dapat memberi
peluang kepada pelancong untuk mengunjungi tempat yang ingin dituju tanpa perlu
memikirkan halangan perjalanan yang bakal timbul.
Oleh itu, kita dapat melihat pangankutan darat sedikit sebanyak dapat membawa
perubahan dalam sektor pelacongan. Hal ini kerana dapat memberi peluang kepada
pelancong untuk merasai sendiri nikmat melancong tanpa membawa kenderaan hak
milik mereka di serata tempat.
Selain itu, melalui pangangkutan awam, risiko pencemaran juga dapat dikurangkan.
Hal ini kerana bilangan kenderaan yang terdapat di jalan raya sedikit sebanyak
menyumbang kepada meningkatnya pencemaran udara yang semakin ketara di era
globalisasi ini. Sehubungan dengan itu, dengan wujudnya kegiatan ekonomi dari
sudut pengangkutan awam, dapat membantu dalam mengurangkan kadar
pencemaran yang berlaku dengan cara pengurangan bilangan kenderaan itu
sendiri.
Hal ini bermaksud, individu dapat menyumbang dalam mengurangkan pencemaran
udara yang semakin ketara dengan menaiki teksi mahupun kereta sewa ke destinasi
yang ingin ditujui. Hal ini jelas kerana jika satu kenderaan dapat membawa ramai
orang untuk destinasi tertentu, sudah pasti kadar pencemaran udara yang
dilepaskan dapat dikurangkan sekali gus dapat membantu dalam memelihara
kesejahteraan alam bak kata pepatah, menyelam sambil meminum air. Oleh itu, kita
dapat melihat bahawa pengangkutan awam membawa satu hala tujuan yang positif
terhadap alam sekitar kerana melaluinya, kita dapat membantu dalam menangani
masalah pencemaran udara yang semakin ketara pada masa sekarang.
Akhir sekali, melalui pengangkutan awam, sesebuah komuniti mahupun individu
dapat menjimatkan masa untuk ke destinasi pilihan mereka. Hal ini kerana melalui
pengangkutan awam seperti pemandu teksi, sudah semestinya mempunyai
pengalaman dalam selok belok jalan yang membantu dalam mempercepatkan ke
destinasi pilihan. Sebagai contoh, pemandu teksi yang sudah biasa dengan karenahatau selok belok jalan, sudah semestinya dapat membawa penumpang ke destinasi
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
29/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
29
pilihan dengan cepat berbanding dengan individu yang datang melancong dari
negeri luar yang tidak berapa arif mengenai jalan di kawasan tempat pelacongan
tersebut.
Oleh itu, dengan adanya kegiatan ekonomi seperti perkhidmatan kenderaan awam
ini membantu individu dalam menjimatkan masa mereka ke destinasi pilihan mereka
sekali gus dapat memastikan individu tersebut berasa selesa dan gembira sewaktu
pergi melancong ke tempat yang baru di lawati.
Sudah terang lagikan bersuluh, perkhidmatan awam dari sektor pengangkutan darat
menyumbang dalam kehidupan seharian individu. Hal ini kerana hasil dari wujudnya
pengangkutan darat ini membawa impak serta potensi yang baru kepada masa
hadapan negara itu sendiri. Sebagai contoh, pengangkutan darat ini dapat
membantu dalam menangani masalah kesesakan jalan raya, dapat meningkatkan
darjah ketersampaian ke destinasi pelancongan, membantu dalam menangani
masalah pencemaran alam yang semakin berleluasa serta dapat membantu dalam
menjimatkan masa seseorang.
Oleh itu, kami berharap agar kualiti pangangkutan darat akan dapat dipertingkatkan
supaya dapat memberi kepuasana kepada pengguna sekali gus akan membuatkan
mereka akan terus menggunakan perkhidmatan kenderaan awam dalam kehidupan
seharian selaras dengan kehendak masyarakat sejagat iaitu untuk memastikan
modal insan pada masa akan datang dapat merasai nikmat flora dan fauna seperti
yang kita rasai pada masa sekarang seandainya pencemaran alam dapat
dikurangkan dengan berkesan dari masa sekarang.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
30/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
30
Kesimpulan
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
31/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
31
KESIMPULAN
Kegiatan ekonomi ialah sebarang kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan
pendapatan. Terdapat tiga jenis kegiatan ekonomi; primer, sekunder, dan tertier.
Kegiatan ekonomi ini dilakukan mengikut sektor. Setiap sektor menyediakan peluang
kerja dan pendapatan. Antara sektor ekonomi yang penting di negara kita adalah
perkhidmatan. Sektor ini merupakan kegiatan ekonomi ketiga iaitu kegiatan yang
menyediakan perkhidmatan. Contoh lain yang tergolong dalam kegiatan ekonomi
tertier adalah perniagaan, pelancongan dan pentadbiran.
Kegiatan ekonomi seperti pengangkutan darat amat penting untuk pembangunan
negara. Kepentingannya dapat dilihat daripada sumbangan kepada pendapatan
negara, membuka peluang kerja, dan lain-lain. Dalam keghairahan para pemandu
mencari punca rezeki masing-masing, sekiranya mereka tidak peka dengan keadaan
persekitaran, maka ia akan mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar
seperti pencemaran udara dan air.Ini secara tidak langsung akan mengurangkan
jumlah pelancong yang bekunjung ke Pulau Langkawi.
Sungguhpun sektor ini menyumbang kepada kestabilan ekonomi penduduk, namun
tidak dinafikan para pemandu pengangkutan darat menghadapi masalah tertentu
seperti persaingan dan juga masalah komunikasi dengan pelancong asing.
Kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kesan-kesan terhadap alam sekitar
melalui pembangunan lestari. Pembangunan lestari ialah satu konsep pembangunan
mesra alam, iaitu mengekalkan pembangunan tanpa memupuskan sumber
semulajadi dan menyebabkan kerosakan alam sekitar.Langkah-langkah tersebut
dibuat bagi memastikan keseimbangan alam semulajadi terjamin untuk masahadapan.
Menyiapkan tugasan ini juga telah meningkatkan kemahiran sosial kami dengan
menjalankan kerja luar melalui kaedah pemerhatian dan mengumpul data secara
first hand di Pulau Langkawi. Semangat kerjasama serta kemahiran komunikasi
kami juga bertambah baik hasil pengalaman menemuramah para respondan.
Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dalam proses mendapatkan maklumat,
kami merasa berbaloi kerana tugasan ini telah menambah pengetahuan kami
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
32/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
32
disamping dapat menghubungkaitkan pengetahuan yang telah dipelajari di institut
dengan pengamalan yang didapati melalui pemerhatian semasa menjalankan kajian
luar.
Tuntasnya, sektor pengangkutan banyak menyumbang kepada ekonomi negara
umumnya dan Langkawi khasnya.Namun demikian, jika tidak dipantau, kegiatan ini
boleh mencemarkan alam sekitar.Justeru, langkah proaktif perlu diambil bagi
mengelakkan masalah-masalah yang berkaitan agar sektor ini dapat berkembang
maju tanpa merosakkan bumi tercinta.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
33/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
33
Bibiliografi
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
34/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
34
BIBILIOGRAFI
Afendi Ibrahim & Mohd Zaki Ahmad.(2009) Penubuhan Geotaman Langkawi: Kesan
Kepada Industri Pelancongan. Fakulti Pengurusan Pelancongan danHospitaliti. Universiti Utara Malaysia.
Amir Salleh. (10 Julai, 2011). Perihal Perkhidmatan Kenderaan Sewa (Kereta) diPulau Langkawi, Kedah. [Temubual].
Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber, Perundangan danKawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Hassan Hussain. (09 Julai, 2011). Cadangan Mengurangkan Pencemaran AlamSekitar di Pulau Langkawi, Kedah. [Temubual].
Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan BermotorTerhadap Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.
Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. EddiplexSdn.bhd, Kuala Lumpur.
Jeffry Johari. (11 Julai, 2011). Sambutan Perkhidmatan Kenderaan Sewa di PulauTuba, Langkawi. [Tembual].
KBSM. (2007). Atlas Moden Malaysia dan Dunia Edisi Baharu. Selangor: OxfordFajar Sdn. Bhd.
Kedah Maju 2010 Official Site. (2007). Kedah Gemilang : Statistik Penduduk
Mengikut Daerah. Diperolehi pada 16 Ogos 2011 daripada
http://www.kedah.gov.my.
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). http://www.lada.gov.my/v1/. Diakses
pada 05 Ogos 2011.
Majlis Pembandaran Langkawi. http://www.mplbp.gov.my/web/guest/home. Diakses
pada 10 Ogos 2011.
Megat Ahmad A. Rahman. (10 Julai, 2011). Perihal Perkhidmatan Kenderaan Sewa
(Van) dan Masalah yang Dihadapi Sebagai Pemilik dan Pengusaha di Pulau
Langkawi, Kedah. [Temubual].
Mohd Fauzee Ibrahim. (10 Julai, 2011). Perihal Perkhidmatan Kenderaan Sewa
(Van) dan Masalah yang Dihadapi di Pulau Langkawi, Kedah. [Temubual].
Musliha Zahar. (12 Julai, 2011). Berkenaan Persatuan-persatuan Kereta Sewa di
Pulau Langkawi. [Tembual]
http://www.kedah.gov.my/http://www.lada.gov.my/v1/http://www.mplbp.gov.my/web/guest/homehttp://www.mplbp.gov.my/web/guest/homehttp://www.lada.gov.my/v1/http://www.kedah.gov.my/8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Darat
35/35
GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104
Nur Hafizah Jusoff & Rahimah Abdul Aziz. (2010). Kelestarian Langkawi Geopark:
Penglibatan Komuniti Kuala Teriang, Langkawi. Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) Akademika 78 ( Jan- April) 2010: 95-101.
Rostam Ali, Abdullah Syuid, Abdul Manan, Zakaria Salleh, Hassan Hussin, Megat
Ahmad A. Rahman, Amir Salleh & Mohd Fauzee Ibrahim. (10 Julai 2011).
Purata Pendapatan Sebulan. [Temubual].
Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. (2007).Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar
Manusia. Petaling Jaya,Selangor. Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Siti Zaleha Abidin. (12 Julai, 2011). Kadar Tambang Teksi dari Jeti. [Tembual].
Yaakub Abas. (12 Julai, 2011). Kedatangan Pelancong Tempatan dan Antarabangsa
ke Pulau Langkawi. [Temubual].
___________. Khidmat Kereta Sewa Langkawi.
http://www.langkawipages.com/keretasewalangkawi.html. Diakses pada 31
Julai 2011.
___________. Kereta Sewa dan Pandu Berlesen. http://langkawitiara.com/. Diakses
pada 31 Julai 2011.
___________. Langkawi Taxi Service. http://www.langkawitaxiservice.com/. Diakses
pada 03 Ogos 2011.
http://www.langkawipages.com/keretasewalangkawi.htmlhttp://langkawitiara.com/http://www.langkawitaxiservice.com/http://www.langkawitaxiservice.com/http://langkawitiara.com/http://www.langkawipages.com/keretasewalangkawi.html