22
HBPS 2103 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2012 HBPS 2103 ASUHAN KANAK-KANAK NAMA : PIENG NGEE CHING NO. MATRIKULASI : 660105135619001 NO. KAD PENGNEALAN : 660105-13-5619 NO. TELEFON : 0138490474 1

Kerja Kursus Asuhan Kanak-kanak HBPS2103

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kerja kursus ini menerangkan tentang cara-cara untuk mendidik kanak-kanak prasekolah untuk membentuk sikap berdikari dalam diri mereka.

Citation preview

HBPS 2103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER SEPTEMBER 2012HBPS 2103ASUHAN KANAK-KANAK NAMA : PIENG NGEE CHINGNO. MATRIKULASI

: 660105135619001NO. KAD PENGNEALAN: 660105-13-5619NO. TELEFON

: 0138490474E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: OUM SIBU

KANDUNGAN

MUKA SURAT1. Pengenalan

1-42. Penulisan Kes

4-83. Penjelasan Latihan Berdikari

8- 10 4. Rumusan dan Cadangan

10 -121. Pengenalan

Salah satu daripada program dalam Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar ialah ialah program Pengasuhan Kanak-kanak KEMAS atau lebih dikenali sebagai Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).Kumpulan sasar bagi program ialah golongan yang berpendapatan rendah dan miskin yang tinggal di bandar,luar bandar dan pinggir bandar. Ia bertujuan memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga.Salah satu daripada objektif Taman Asuhan Kanak-kanak ini ialah menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Maka itu salah satu tanggunjawab pengasuh di TASKA ialah untuk melatih kanak-kanak taska berdikari seperti menggunakan tandas untuk membuang air kecil atau air besar, berhenti hisap puting,berhenti menyusu botol ,memakai baju sendiri dan lain-lain. Menurut Erikson(1902-1994) melalui Teori Perkembangan Psiksosialnya, setiap kanak-kanak akan melalui lapan peringkat perkembangan psikososial yang mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Teori Erikson ini memberi penekanan terhadap kepentingan hubungan sosial dengan suasana persekitaran di mana individu atau kanak-kanak itu dibesarkan. Proses perkembangan yang berlaku ini, akan membentuk personaliti seseorang individu dari peringkat awal. Erikson mengatakan dalam teorinya bahawa setiap matlamat atau objektif perlu dicapai dalam setiap peringkat perkembangan supaya proses tersebut menjadi sempurna seperti yang sepatutnya. Selain daripada itu juga, setiap individu perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk berhadapan dengan pelbagai krisis perkembangan yang mana turut berlaku dalam tahap-tahap dan aras tertentu dalam proses perkembangan ini. Cara bagaimana kanak-kanak tersebut mengendalikan krisis-krisis yang dihadapinya akan menentukan sama ada seseorang itu berjaya menangi krisis tersebut ataupun sebaliknya. Perkara ini akan memberi kesan kepada imej kendiri individu ataupun kanak-kanak tersebut.

Lapan peringkat yang telah diutarakan oleh Erikson dalam teori beliau adalah seperti yang tersenarai di bawah : Psikososial Peringkat 1 Percaya lawan tidak percaya Psikososial Peringkat 2 Autonomi lawan rasa malu /sangsi

Psikososial Peringkat 3 Inisiatif lawan rasa bersalah

Psikososial Peringkat 4 Industri lawan rasa rendah diri

Psikososial Peringkat 5 Identiti lawan kekeliruan Psikososial Peringkat 6 Kemesraan lawan pengasingan diri

Psikososial Peringkat 7 Generativiti lawan pemusatan.

Psikososial Peringkat 8 Kesepaduan lawan putus asa.

Untuk tugasan kali ini, saya akan membincangkan perkembangan psikososial peringkat kedua Teori Erikson iaitu fasa autonomi lawan rasa malu/sangsi yang berlaku pada kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu dengan sikap berdikari tanpa bantuan pihak lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba untuk menyuapkan makanan ataupun minum tanpa bantuan orang dewasa, cuba untuk memakai baju sendiri, pendek kata semua yang dilakukan adalah tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain. Sekiranyan kanak-kanak tersebut berjaya melakukan semuanya tanpa bantuan orang lain keyakinan dalam diri akan meningkat tapi sekiranya gagal mereka akan merasa malu atau ragu-ragu mengenai kemampuan diri mereka. Oleh itu, pada peringkat ini ibu bapa perlu memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak mereka dalam menyelesaikan sesuatu tugas.Contohnya, kanak-kanak yang mahu mencuba makan dan minum sendiri,membuang air,memakia kasut dan sebagainya perlu diberi dorongan. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini mempunyai keyakinan diri autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya sendiri.

2.Penulisan Kes Untuk kajian ini,saya telah mengambil dua responden dari sebuah taska yang terdapat di sebuah kawasan perumahan di bandar Sibu.Taska yang saya pilih merupakan sebuah taska dibawah tajaan KEMAS.Menurut pihak pengurusan taska tersebut,kanak-kanak yang didaftarkan di situ adalah kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 4 tahun.Jumlah kanak-kanak yang didaftar di taska tersebut adalah seramai 30 orang. Kajian kes saya di taska tersebut ialah kes masalah memakai kasut dan kes yang satu lagi ialah masalah menggunakan tandas untuk membuang air besar dan air kecil. Segala maklumat peribadi adalah benar melainkan nama responden dan nama taska berkenaan yang tidak saya masukkan bagi melindungi identiti responden.Semasa lawatan saya telah membuat tinjauan dan menemubual pengasuh tentang cara-cara melatih kanak-kanak ini berdikari dan mencapai autonomi. Kes Pertama : Melatih Kanak- Kanak Memakai Kasut. 2.1 Profil Kanak-Kanak (Saya namakan Responden 1) NamaResponden 1

Umur3 tahun

BangsaIban

Tarikh lahir18 Januari 2010

Tempat lahirKapit

JantinaLelaki

Tarikh pendaftaran ke Taska04 Januari 2011

Bilangan adik-beradik1 orang adik

Pekerjaan bapaPegawai Penguatkuasa Perbandaran

Pekerjaan ibuPekerja Kilang

Sepintas lalu Latarbelakang kanak-kanak ini saya perolehi daripada pengasuh taska. Nama murid ini ialah Responden 1 .Responden ini ialah seorang budak lelaki. Responden berbangsa Iban dan beragama Kristian. Responden ini dilahirkan pada 18 Januari 2010 dan kini responden berusia 4 tahun. Responden tinggal di 3D Lorong Permai Jaya 11, Sibu.Sebenarnya responden ini berasal dari Kapit tetapi disebabkan bapanya bekerja di Sibu, jadi dia terpaksa mengikut bapanya berpindah ke Sibu. Bapanya bekerja sebagai Pegawai Penguatkuasa di Majlis Perbandaran Sibu. Manakala ibunya bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang elektronik.Kedua-dua ibubapanya mempunyai pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Responden ini mula belajar di taska tersebut sejak berumur 1 tahun. Responden mempunyai seorang adik perempuan yang berumur 1 tahun. Menurut pengasuh perwatakan responden adalah sama seperti kanak-kanak yang lain. Saya juga berpeluang untuk berkenalan dengan responden semasa membuat kajian kes ini.Dia kelihatan riang dan senang dibawa berbual.Menurut pengasuh, responden menghadapi kesukaran untuk menanggal dan memakai kasut pada usia 3 tahun iaitu pada lepas. Setiap kali dia datang atau pulang dari taska, responden akan menunggu emaknya untuk menanggal dan memakai kasutnya. Kelakuan ini telah menarik perhatian pengasuh tersebut. Pemerhatian demi pemerhatian telah dilakukan oleh pengasuh terhadap responden, setiap kali perkara yang sama akan dilakukan oleh responden. Kadang-kadang sekiranya emaknya lambat datang, responden akan cuba untuk memakai kasutnya tetapi tidak berjaya dan akhirnya dia rasa berputus-asa dan tidak mahu mencuba lagi.Melihat kepada perkara tersebut pengasuh termasuk juga penyelia telah mengambil keputusan untuk membantu dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden tersebut.Penyelia juga telah berbincang dengan emak responden tentang masalah yang dihadapi oleh responden dan hasrat mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Emak responden memberi respon yang sangat menggalakkan dan beliau bersetuju untuk memberi kerjasama dengan pihak taska. Hasil daripada pertemuan dengan ibunya, pihak taska juga mendapat bahawa emaknya juga menghadapi masalah yang sama di rumah di mana responden sukar untuk memakai kasut semasa keluar dari rumah.Menurut maklumbalas daripada pengasuh,responden pada usia 3 tahun mempunyai tubuh badan yang gemuk.Responden boleh dianggap seoarng kanak-kanak yang obesiti dengan berat badan 27kg. Ini mungkin menjadi penyebab responden tidak dapat membongkokkan badan untuk memakai kasutnya. Responden juga belum mencapai tahap perkembangan motor kasar yang baik.Responden tidak dapat menguasai kebanyakan instrumen yang berkaitan dengan perkembangan motor kasar yang diberikan kepadanya.Begitu juga dengan perkembangan motor halus,responden juga belum mencapai tahap perkembangan tersebut.Kemahiran motor halus ini sangat penting bagi kanak-kanak bagi melakukan aktiviti hariannya secara bersendirian.Responden sering menunjukkan reaksi bimbang terutama bila sampai waktu untuk pulang ke rumah. Responden akan berada dalam keresahan sehinggalah emaknya sampai untuk mengambilnya pulang ke rumah.Emaknya akan memakai kasut pada kaki responden sementara responden hanya membiarkan emaknya melakukan kerja tersebut.Selepas itu seperti kanak-kanak lain responden akan berlari keanak-anakkan ke arah kereta emaknya sambil melambaikan tangannya. Ini menunjukkan responden terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama emaknya menyebabkan responden tidak boleh berdikari. .

Kes Kedua :Melatih Kanak-Kanak Ke Tandas2.5 Profil Kanak-kanak (Saya namakan Responden 2)

NamaResponden 2

Umur3 tahun

BangsaCina

Tarikh lahir19 Mac 2010

Tempat lahirSarikei

JantinaPerempuan

Tarikh pendaftaran ke Taska5 Januari 2013

Bilangan adik-beradik1 orang adik

AlamatNo.3H,Lorong Permai Timur 9,Sibu

Pekerjaan bapaPegawai Bank

Pekerjaan ibuKerani

Sepintas lalu, Latarbelakang kanak-kanak ini saya perolehi daripada pengasuh taska yang sama. Nama murid ini ialah Responden 2 .Responden ini ialah seorang budak perempuan. Responden berbangsa Cina dan beragama Kristia. Responden tinggal di 3H Lorong Permai Timur 9, Sibu.Sebenarnya responden ini berasal dari Sarikei tetapi disebabkan ibu dan bapa responden dipindahkan ke Sibu, jadi dia terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Sibu. Bapanya bekerja sebagai Pegawai Bank di sebuah bank di bandar Sibu. Manakala ibunya pula seorang kerani di syarikat swasta.Bapanya mempunyai pendidikan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) manakala emaknya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Responden ini baru belajar di taska tersebut pada awal tahun 2013. Responden mempunyai seorang adik yang berumur 1 . Menurut pengasuh, responden menghadapi masalah untuk pergi ke bilik air seorang diri pada usia 3 tahun.Responden masih menggunakan lampin pakai buang. Setiap kali responden hendak pergi ke bilik, responden akan meminta pengasuh untuk menemaninya ke bilik air. Apabila ditanya mengapa tidak mahu pergi bersendirian dia hanya mengelengkan kepalanya.Kadang-kadang responden akan menunjukkan keresahan dan mengasingkan diri sekiranya responden hendak membuang air besar ataupun air kecil. Responden akan menyendiri ke sudut-sudut tertentu di dalam taska sekiranya hendak membuang air,terutamanya membuang air besar.Setelah melepas baharulah responden akan memberitahu pengasuh. Responden akan menangis sekiranya diejek oleh rakan-rakannya. Kemungkinan besar responden merasa malu. Menurut ibunya responden pernah dilatih untuk ke tandas namun tidak berjaya. Kesibukan selepas kelahiran anak kedua beliau pada usia responden setahun lebih, menjadi salah satu faktor penyebab latihan ke tandas ini kurang diberi perhatian. Tambahan pula beliau seorang ibu yang berkerjaya. Lebih merumitkan lagi apabila kedua-dua ibu bapa responden bertukar tempat kerja menyebabkan responden bersekolah di tempat baru.3.0 Penjelasan Latihan Berdikari3.1 Kes PertamaMenurut pengasuh untuk responden 1, beliau telah menggunakan 2 cara untuk membantu responden tersebut supaya dapat memakai kasutnya dengan sendiri.

Cara 1.

Beliau menggunakan pendekatan ansur-maju terhadap responden.Bertepatan dengan pendapat Ibnu Khaldun iaitu belajar daripada mudah kepada susah secara berperingkat-peringkat. Di mana beliau memujuk agar responden mencuba untuk memakai kasutnya dengan bantuan daripada emaknya.Menurut Lev Vygotsky(1978) orang dewasa dapat menyokong(scaffolding) seorang kanak-kanak untuk berkembang kepada tahap yang lebih tinggi. Pada mulanya responden tidak mahu melakukannya tetapi setelah dipujuk beberapa kali responden mula menunjukkan reaksi positif.Pada hari berikutnya,pengasuh sekali lagi menyuruh responden untuk menanggalkan kasutnya dengan bantuan emaknya.Kali ini responden memberi respon yang positif kepada arahan pengasuhnya,walaupun agak sukar baginya melakukannya tetapi akhirnya responden berjaya juga. Pada hari-hari yang berikutnya, bantuan daripada emaknya akan diminimakan sehingga responden dapat melakukan kerja tersebut dengan dirinya.

Cara 2.

Beliau menggunakan kata-kata pujian apabila responden dapat melakukan sesuatu kerja atau aktiviti yang dijalankan. Menurut pengasuh tersebut riak muka responden akan menjadi lebih ceria apabila pengasuh memberi pujian terhadap kerja yang dia dapat selesaikan contohnya memakai kasut dengan sendiri.Malahan emaknya juga menunjukkan rasa lega dengan perubahan sikap anaknya itu.Selain daripada itu pengasuh juga menasihat responden agar mengurangkan berat badannya supaya dia mudah untuk melakukan aktiviti harian. Selang beberapa bulan terdapat perubahan pada berat badan responden, di mana berat badannya telah berkurangan daripada sebelumnya.

3.2 Masa yang diambil untuk responden mengatasi masalah tersebut.

Menurut pengasuh,responden memerlukan masa lebih kurang 3 bulan untuknya benar-benar membina semangat berdikari dalam dirinya setelah dia dapat mengurangkan berat badannya. Kini responden telah dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang seusia dengannya.

3.3 Kes KeduaMenurut pengasuh taska tersebut, beliau menggunakan dua pendekatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden 2.

Cara 1

Pengasuh menggunakan ganjaran untuk meransang responden agar dapat pergi ke bilik air bersendirian. Pada mulanya responden menunjukkan sikap negatif tetapi setelah dipujuk dan diberi galakkan oleh pengasuhnya, responden memberanikan diri untuk berjalan ke bilik air. Setelah responden berjaya pergi ke bilik air dengan sendiri dan diawasi oleh pengasuh dari jauh. Pengasuh akan memberi ganjaran berbentuk token untuk memberi galakkan kepada responden.Setiap kali responden berjaya untuk ke bilik air tanpa bantuan sesiapa, responden akan mendapat satu token daripada pengasuh. Menurut pengasuh, responden menunjukkan riak wajah yang girang apabila responden dapat pergi ke bilik air dengan sendirinya. Pengasuh pula tidak jemu memberi kata-kata peransang kepadanya untuk memberanikan dirinya ke bilik air.

Cara 2

Selain daripada memberi ganjaran, pengasuh tersebut juga menggunakan kaedah role model untuk menggalakkan responden pergi ke bilik air. Pengasuh menasihati responden supaya mencontohi kanak-kanak lain yang pergi ke bilik bersendirian. Menurut pengasuh responden pada mulanya enggan mengikut cadangan daripadanya itu tetapi pengasuh tidak berputus asa dia secara beransur-ansur memujuk responden untuk mencontohi kawan-kawannya pergi ke bilik air bersendirian. Lama-kelamaan,responden bersetuju untuk mengikut cadangan pengasuh tersebut. Responden mula memberanikan diri untuk mencontohi rakan-rakannya pergi ke bilik air bersendirian. Ditambah pula dengan ganjaran yang dijanjikan oleh pengasuh mendorong responden untuk mengikis perasaan takut responden terhadap bilik air. Akhir sedikit demi sedikit responden mengumpul semula perasaan berdikari dalam diri responden. Responden akhirnya berjaya untuk pergi ke bilik air dengan sendirinya.Pada suatu hari,responden meminta pengasuh supaya membuang lampin pakai buang yang dipakainya. Perubahan sikap yang ditunjukkan oleh responden telah melegakan perasaan resah dan bimbang kepada ibu bapa responden. Kedua-dua ibubapa responden merasa terhutang budi kepada pihak taska diatas usaha pihak taska kerana membantu anak mereka untuk mengatasi masalah responden yang selama ini merunsingkan mereka.

3.4. Masa yang diambil oleh responden untuk mengatasi masalah tersebut.

Menurut pengasuh, responden mengambil masa selama 5 bulan untuk menghilangkan perasaan takut pergi ke bilik air bersendirian. Responden menunjukkan perubahan yang ketara setelah responden berjaya mengatasi masalah tersebut, responden kelihatan riang dan gembira. Responden mula boleh bergaul dengan rakan-rakannya seperti kanak-kanak lain. Responden juga boleh melakukan aktivti-aktiviti harian di taska.4.0 Rumusan dan CadanganBerdasarkan kajian kes yang dijalankan,kita dapat membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak yang berusia 3 tahun menghadapi konflik peringkat autonomi lawan malu/sangsi dapat diselesaikan walaupun tidak seratus peratus.Kerjasama semua pihak seperti ibu bapa, pengasuh,guru-guru, pihak taska dan kanak-kanak itu sendiri akan membuahkan hasil. Walaubagaimanapun,kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanap ada usaha keras yang berterusan dan juga menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang yang bernama pengasuh. Pengasuh merupakan orang dewasa yang memainkan peranan ibu kepada kanak-kanak di taska. Kanak-kanak berdampingan dengan pengasuh sepanjang hari siang iaitu ketika mereka aktif. Oleh itu pengasuh perlu mempunyai pendekatan yang tertentu untuk menangani masalah tersebut untuk membantu kanak-kanak mencapai perkembangan autonomi tersebut. Empat panduan yang boleh dijadikan pendekatan oleh pengasuh bagi membantu kanak-kanak mencapai perkembangan autonomi adalah seperti berikut:

4.1 Peneguhan Positif

Menurut Skinner (1930) peneguhan positif merupakan salah satu langkah yang akan memberi dorongan dan semangat kepada murid. Sebagai contoh, memberi kata-kata pujian kepada kanak-kanak yang dapat melakukan kerja mereka dengan tepat. Di samping itu sentiasa memberi pujian dan galakan yang membina setelah kanak-kanak dapat melakukan sesuatu kerja akan membantu kanak-kanak tersebut agar terus berusaha dengan lebig gigih lagi.Hal ini adalah kerana melalui peneguhan yang positif akan mampu meningkatkan pencapaian dan personaliti kanak-kanak bertepatan dengan teori Erik Erikson (1902-1994) yang mengatakan setiap tahap mempunai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengana jayanya pada tahap berikutnya.4.2 Peniruan

Bandura (1988) berpendapat kanak-kanak suka meniru perbuatan yang dilakukan oleh orang lain. Kanak-kanak akan membuat pemerhatian yang berulang-ulang dan memperoleh maklumat sama ada perbuatan yang ditiru mendapat sambutan atau teguran dan tegahan daripada orang dewasa. Oleh itu, kita boleh jadikan kanak-kanak yang telah mencapai peringkat autonomi sebagai contoh atau role model kepada kanak-kanak yang belum mencapai autonomi tersebut. Contohnya kanak-kanak yang suka menghisap puting susu perlu dinasihati untuk mengikut tabiat kanak-kanak yang tidak menghisap puting susu. Beri dorongan kepada kanak-kanak tersebut untuk berhenti daripada menghisap puting susu.4.3 Aktiviti secara berkumpulanKanak-kanak yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan akan mengembangkan lagi minda mereka. Kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tahap kebolehan mereka agar setiap ahli kumpulan tahu akan peranan masing-masing dalam kumpulan. Jenis aktiviti boleh dipelbagaikan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti yang mereka gemari.Ini secara tidak langsung mampu mengembangkan lagi minda mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam masa yang sama, melalui aktiviti berkumpulan, keyakinan yang tinggi dapat dibentuk. Mereka akan berasa yakin terhadap persekitaran dan suasana yang ramai dalam melaksanakan aktiviti mereka.Ini bertepatan dengan Teori Erik Erikson yang menyatakan bahawa kanak-kanak akan dapat mencapai autonomi mereka sekiranya diberi galakan dan sokongan.

4.4.Bermain sambil belajarBermain merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses mereka berkembang.Ia merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka.Melalui aktiviti ini kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya. Banyak tokoh ahli psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan bermain kepada kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap permainan adalah pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak suka belajar melalui bermain. Friedrich Wilhelm Froebel (1782-1852) yang mendapat gelaran father of kindergarten telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melaui bermain.Beliau yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan memberi keseronokan,kepuasan,kebebasan,kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunai kanak-kanak. Oleh itu pengasuh perlu mempelbagaikan pendekatan mereka terhadap kanak-kanak agar potensi kanak-kanak akan dapat dipupuk sama ada dari aspek kognitif,psikomotor,afektif dan nilai-nilai kerohanian. Kenyataan ini juga disokong oleh kajian Zulkifli Mohamed Irpow(2003).2,759 patah perkataanRujukanProf.Dr Khadijah Rohani Mohd.Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2011)

HBEF2103 Psikologi Pendidikan.Selangor.Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Sabariah Siron, Kasnani Ab Karim (2012) HBPS2103 Asuhan Kanak-Kanak.

Selangor. Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kurikulum.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Haliza Hamzah,Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kurikulum untuk

Program Perguruan Pendidikan Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Kamarulzaman Kamaruddin.2003.Psikologi Perkembangan:Teori dan Konsep.Pustaka

Salam Sdn.Bhd.

Dr.Norhashimah Yahya Che Lah (2007).Panduan Pendidikan Pra Sekolah.PTS

Professional Publishing Sdn.Bhd.Selangor.

Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).Kementerian Kemajuan

Luar Bandar dan Wilayah.(Online)http://www.kemas.gov.my/taskaPRA3101:ASAS Pendidikan Awal Kanak-kanak-ekaunseling.

(Online)http://ekaunseling.koleksiminda.com/documentsAPENDIKSRUJUKAN / REFERENSINama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan PAGE 8

_1253083327.bin