19
KERATAN AKHBAR 02 hingga 19 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. Borneo Post Online Army veteran wants Wong to continue as SMC deputy chairman. Sabtu / 02 Julai 2016 Online 2. Utusan Sarawak PVTMS dan PATLDM sokong lantik bumiputera. Ahad / 10 Julai 2016 Online 3. Sarawak Tribune PVTMS, PBTLDM hope for bumiputera to be appointed as SMC deputy chairman. Ahad / 10 Julai 2016 Online 4. Harian Metro Harap bertemu anggota, pegawai tradegi Kalabakan. Isnin / 11 Julai 2016 22 5. Utusan Malaysia Rumah baharu untuk balu koperal Ahmad. Rabu / 13 Julai 2016 22 6. Utusan Online Bekas tentera rayu bantuan perubatan. Khamis / 14 Julai 2016 Online 7. Sinar Harian Dia meraung kesakitan kaki putus. Jumaat / 15 Julai 2016 Online 8. Sarawak Tribune PVTMS pays hari raya visit to community leaders. Sabtu 16 Julai 2016 Online 9. Harian Metro Mengerang dalam gelap. Sabtu 16 Julai 2016 Online 10. Utusan Online Bekas tentera digesa jadi ahli PVATM bagi memudahkan bantuan. Isnin 18 Julai 2016 Online 11. Sinar Harian 1,248 bakal pesara tentera bergraduan. Selasa 19 Julai 2016 42 12. Kosmo Jari hampir putus ditetak. Selasa 19 Julai 2016 19

KERATAN AKHBAR 02 hingga 19 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Embed Size (px)

Citation preview

KERATAN AKHBAR 02 hingga 19 Julai 2016

Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat

1.

Borneo Post Online – Army veteran

wants Wong to continue as SMC

deputy chairman. Sabtu / 02 Julai 2016 Online

2.

Utusan Sarawak – PVTMS dan

PATLDM sokong lantik bumiputera. Ahad / 10 Julai 2016 Online

3.

Sarawak Tribune – PVTMS, PBTLDM

hope for bumiputera to be appointed as

SMC deputy chairman. Ahad / 10 Julai 2016 Online

4.

Harian Metro – Harap bertemu

anggota, pegawai tradegi Kalabakan. Isnin / 11 Julai 2016 22

5.

Utusan Malaysia – Rumah baharu

untuk balu koperal Ahmad. Rabu / 13 Julai 2016 22

6.

Utusan Online – Bekas tentera rayu

bantuan perubatan. Khamis / 14 Julai

2016 Online

7.

Sinar Harian – Dia meraung kesakitan

kaki putus. Jumaat / 15 Julai

2016 Online

8.

Sarawak Tribune – PVTMS pays hari

raya visit to community leaders. Sabtu – 16 Julai

2016 Online

9.

Harian Metro – Mengerang dalam

gelap. Sabtu – 16 Julai

2016 Online

10.

Utusan Online – Bekas tentera digesa

jadi ahli PVATM bagi memudahkan

bantuan. Isnin – 18 Julai 2016 Online

11.

Sinar Harian – 1,248 bakal pesara

tentera bergraduan. Selasa – 19 Julai

2016 42

12. Kosmo – Jari hampir putus ditetak. Selasa – 19 Julai

2016 19

Army veteran wants Wong to continue as SMC deputy chairman

SIBU: The deputy chairman of the Malaysia Army Veteran Association Jimbau Galu has suggested that Dato Andrew Wong Kee Yew continue to be the deputy chairman of Sibu Municipal Council.

He said he saw Wong as a leader of calibre, and very much needed for the future development of Sibu.

“He is young and energetic. Sibu Division in particular and Sarawak in general really need a man like him.

“From my personal point of view, Wong is an individual full of new ideas. It will be a loss to the local authority if Wong is dropped from the post,” he said yesterday.

He said Wong could have been dropped in view of the current political scenario.

“We cannot say anything and the fate of Wong depends on the top authority, that is the Ministry of Local Government.

“It all depends on the ministry and we respect whatever the decision made,” he pointed out.

As for Datuk Tiong Thai King who has intended to step down to pave way for Wong to become the chairman, Jimbau said Tiong had made the right move.

“Tiong has served as the chairman for the past 12 years and it‟s time he step down.

“This will enable him to focus more on his Dudong constituency after winning the seat in the May 7 state election.

“This is because with merely one responsibility or duty to handle, it will not burden Tiong,” he suggested.

Harap bertemu anggota, pegawai tragedi Kalabakan

Mokhtar menceritakan pengalamannya mempertahankan Negara kepada wartawan harian

metro.

Kepala Batas: Suasana malam di pos pasukan keselamatan Malaysia di Kalabakan,

Tawau, Sabah, pada 29 Disember 1963 tidak sama seperti hari lain apabila

dikejutkan dengan tragedi berdarah berikutan lokasi berkenaan diserang Tentera

Nasional Indonesia (TNI), jam 9.30 malam.

Salah seorang daripada 41 anggota 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD),

Pegawai Waran (B) Mokhtar Hassan, 78, yang ketika itu berusia 18 tahun,

menyifatkan suasana sebelum kejadian sama seperti hari biasa dan mereka

langsung tidak menyangka serangan daripada pihak musuh.

Mokhtar antara anggota 3 RAMD yang terselamat dalam tragedi berdarah

Kalabakan itu yang mengorbankan lapan anggota manakala 18 lagi cedera dan jelas

dia tidak dapat melupakan kejadian diserang hendap bermula jam 9.30 malam

sehingga 3.30 pagi keesokannya.

Mengimbas kembali tragedi berdarah itu, Mokhtar berkata, pada petang kejadian itu,

dia baru saja selesai bertugas sebelum menunggu untuk menunaikan solat Maghrib.

“Saya baru saja beberapa minggu tiba di Kalabakan dan sebelum ini memang

terdengar beberapa maklumat mengenai tentera dari negara jiran menyusup masuk

ke negara ini.

“Kami yang membuat pemeriksaan sebelum itu tidak menemui sebarang kesan

ditinggalkan pihak musuh yang dianggarkan terdiri daripada 200 orang,” katanya

ketika ditemui.

Mokhtar yang bertanggungjawab membawa senjata berat bersama seorang

rakannya berkata, lokasi kejadian berkenaan berlaku tidak jauh dari tebing Sungai

Kalabakan iaitu kira-kira 48 kilometer (km) ke utara Tawau dan 19km ke utara

sempadan Kalimantan, Indonesia.

Beliau berkata, sepanjang berada di situ, mereka ditempatkan di pos yang dipagari

dengan kawat berduri tanpa sistem keselamatan serta pertahanan lengkap ekoran

tiada bekalan peralatan walaupun usaha mendapatkannya sudah berulang kali

dilakukan.

“Kami sedang bersiap untuk solat berjemaah dan tiba-tiba terdengar bunyi tembakan

dilepaskan ke arah pos kami.

“Ia kemudian diikuti beberapa lagi tembakan bertubi-tubi sebelum saya dan anggota

lain keluar dari rumah untuk bertahan dengan meniarap di atas tanah bersama

senjata berat,” katanya.

Mokhtar berkata, anggota TNI mula melepaskan tembakan dan melempar bom

tangan ke kedudukan mereka dengan semua anggota bertempiaran keluar dari

rumah mencari perlindungan.

“Kami membalas tembakan dan turut melontarkan bom tangan ke arah anggota TNI

dan mengambil perlindungan serta menyasarkan senjata ke arah anggota TNI.

“Tembak-menembak berhenti kira-kira jam 11 malam dan lebih kurang jam 3.30

pagi, kami mengumpulkan anggota yang terkorban dan tercedera sambil

memberikan rawatan sekadar terdaya,” katanya.

Mokhtar berkata, lapan anggota termasuk ketua kompeni, Mejar Zainol Abidin

disahkan terkorban manakala 18 anggota lagi tercedera.

Menurutnya, kejadian itu memang tidak dijangka walaupun mereka sememangnya

sudah dilatih untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan diserang musuh dan

terbabit dalam peperangan.

“Kami harap dapat bertemu semula sementara nyawa masih dikandung badan,”

demikian kata Pegawai Waran (B) Mokhtar Hassan, 78, yang cuba memohon pihak

berkenaan agar dapat mengumpulkan kembali pegawai dan anggota yang terbabit

dengan peristiwa Kalabakan, Sabah pada 29 Disember 1963.

Mokhtar berkata, sejak peristiwa itu, ada antara mereka sudah tidak bertemu lebih

60 tahun dan ada yang sudah meninggal dunia.

Katanya, sejak kejadian itu, dia berjumpa beberapa rakannya yang masih dapat

dihubungi manakala selebihnya gagal dihubungi kerana berpindah ke tempat lain.

Menurutnya, melalui Yayasan Bekas Komando Malaysia, dia ada menghantar surat

berkenaan tujuan mengumpulkan bekas veteran tentera 3 Rejimen Askar Melayu

Diraja (RAMD) yang terbabit dalam kejadian bersejarah itu.

“Saya pernah menghantar surat kepada pihak Kementerian Pertahanan dan Jabatan

Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM pada 2013 menyatakan hasrat berkenaan dan

menerima jawapan agak mengecewakan.

“Di dalam surat jawapan JHEV, mereka menyatakan saya yang perlu mengesan

sendiri veteran berkenaan,” katanya.

Mokhtar berkata, tujuan utama surat itu dihantar kepada JHEV untuk mendapatkan

bantuan dalam mencari dan mengesan veteran yang terbabit dalam peristiwa itu

kerana pihak mereka sepatutnya mempunyai rekod berkaitan.

Beliau berkata, peristiwa berdarah Kalabakan adalah satu nostalgia yang tidak dapat

dilupakan oleh mereka yang terbabit dalam serangan hendap berkenaan.

“Kami bukan minta agar diberi anugerah dan wang ringgit, namun cukup untuk

sekadar berjumpa dan melihat kembali lokasi kejadian berkenaan selagi masih

bernyawa,” katanya.

Bekas tentera rayu bantuan perubatan

Derita penyakit bengkak kaki sejak enam tahun lalu

Lourdes Mary (kiri) menyapukan ubat pada kaki suaminya, A. Jegathesan yang menghidapi penyakit

bengkak di PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 14 Julai - Seorang pesara tentera mengharapkan bantuan bagi

menampung kos perbelanjaan harian dan rawatan penyakit bengkak kaki yang

dialaminya sejak enam tahun lalu.

A. Jegathesan, 58, kini hanya mengharapkan wang yang diberikan anak-anak

namun ia masih tidak mencukupi.

Menurutnya, keadaan kesihatan merosot sejak empat bulan lalu sehingga

menyebabkan dia langsung tidak dapat berjalan.

“Sebelum ini kaki saya bengkak dan surut berulang kali dalam tempoh enam tahun,

namun sejak beberapa bulan ini keadaan bertambah teruk.

“Saya tidak dapat berjalan dan hanya mengharapkan bantuan isteri, Lourdes Mary,

58, yang menjaga saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di

Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seri Semarak, di sini baru-baru ini.

Menurut Jegathesan, dia tidak pernah menerima sebarang bantuan sejak

menghidap penyakit tersebut.

Lebih malang lagi, anak perempuannya, Jegatheswary, 23, juga lumpuh akibat

kemalangan dua tahun lalu juga memerlukan perhatian.

“Isteri saya tidak bekerja kerana memberi perhatian untuk menjaga kami. Apa yang

saya perlukan sekarang adalah kerusi roda dan sedikit bantuan kewangan.

“Saya juga perlu menampung kos rawatan kira-kira RM200 sebulan dan belanja

pengangkutan ke hospital kira-kira seminggu sekali,” ujarnya lagi.

Orang ramai yang bersimpati untuk menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun

Maybank atas nama Jegathesan Arumu (114366063059) atau hubunginya di talian

012-6101573.

„Dia meraung kesakitan kaki putus‟

KUANTAN – Walaupun sudah lebih 40 tahun berlalu, peristiwa rakan setugas putus

kaki kanan akibat terpijak jerangkap samar ketika membuat rondaan menjejak

pengganas bersama tentera Thailand pada 1977 masih segar dalam ingatan Sarjan

Shamsudin Kadri.

Pesara tentera berusia 60 tahun yang pernah berkhidmat dengan Unit Armor

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berkata, ketika kejadian, dia dan mangsa,

Zakaria Baba sedang melakukan rondaan di hutan selatan Thailand ke Ban Cho Wa

di selatan Naratiwat.

Katanya, dia tidak dapat membayangkan kesakitan dialami sahabatnya karibnya itu

dan hingga kini jeritannya masih terngiang di telinganya.

“Jeritan (sakit) hingga kini bermain di ingatan saya. Saya tak boleh bayangkan

kesakitan dialaminya,” katanya ketika ditemui di sini.

Mengimbau kembali peristiwa menyayat hati itu, Shamsudin berkata, pada mulanya

dia dan rakan setugas lain tidak menyedari Zakaria terpijak jerangkap samar kerana

leka menjalankan intipan.

“Waktu itu, semua rakan lain begitu leka menjalankan intipan sebelum terdengar

teriakan kuat. Saya melihat dia menangis dan meraung apabila kakinya putus.

“Saya faham keadaan dia pada ketika itu dan terus memeluk serta beri kata-kata

semangat dengan harapan kesakitannya hilang,” katanya.

Menurutnya, dia boleh merasakan badan Zakaria menggigil menahan kesakitan dan

mangsa meminta supaya betisnya diikat bagi memberhentikan darah sementara

menunggu bantuan perubatan tiba.

Katanya, selepas hampir sejam menunggu, akhirnya pesawat penyelamat tiba dan

membawa Zakaria ke Hospital Kota Baharu untuk rawatan lanjut.

Shamsudin berkata, kini rakannya itu berada di Negeri Sembilan tetapi mereka

sudah terputus hubungan.

Jadi lebih matang, berani

Menyertai misi ke Thailand pada awal usia 21 tahun menjadikan Shamsudin lebih

matang.

Katanya, dia menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan berani menempuh

segala onak duri setiap kali diarahkan menjalankan operasi atau misi keselamatan.

Menurutnya, tiada perasaan takut pada waktu itu, sebaliknya perhatian ditumpukan

sepenuhnya kepada misi membanteras pengganas seperti diarahkan.

“Saya tak pernah gentar dengan apa sahaja misi yang pernah saya sertai, malah ia

akan membuatkan saya lebih matang serta berani berdepan dengan apa jua situasi.

“Bila minat sudah ada dalam diri, saya sanggup habiskan masa muda saya berada

di hutan demi memastikan keamanan negara,” katanya.

Shamsudin berkata, isteri dan tujuh anaknya sering ditinggalkan selama berbulan-

bulan setiap kali dia diarahkan menyertai pelbagai misi keselamatan bagi mengawal

sempadan negara dan membanteras komunis

“Tugas kami bukan saja jaga sempadan tetapi tugas berkaitan teknikal pun kena

tahu.

“Saya galakkan anak-anak muda sekarang supaya menceburi bidang ketenteraan

kerana gaji agak lumayan dan banyak insentif disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang berkhidmat selama 21 tahun, segala keringatnya dicurahkan

untuk membanteras kegiatan komunis ketika itu demi memastikan negara kekal

aman sehingga hari ini.

Mengerang dalam gelap

Mat Ali ditemui tertiarap selepas terjatuh daripada pokok petai.

Melaka: “Saya difahamkan mereka mencari suami di kawasan semak berhampiran

pokok petai dipanjatnya, tetapi gagal menemui apa-apa petunjuk dan mengambil

keputusan beredar.

“Bagaimanapun, langkah mereka terhenti apabila terdengar suara suami meminta

tolong sebelum menemuinya dalam keadaan tertiarap, lemah dan menahan

kesakitan akibat patah tulang punggung kanan,” kata Rokiah Jalil, 68, isteri Mat Ali

Amat, 73, yang parah selepas terjatuh dari pokok petai setinggi sembilan meter.

Pesara tentera itu ditemui pasukan penyelamat membabitkan penduduk kampung,

anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang melancarkan gerakan

mencarinya pada jam 12.30 tengah malam, kelmarin.

Mat Ali keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Bukit Nangka, Gadek, Alor

Gajah pada jam 2 petang, Selasa lalu, untuk mencari petai di kawasan hutan

berhampiran Kampung Baru 2 iaitu dua kilometer dari kediamannya.

Rokiah berkata, suaminya kerap keluar mencari petai sendirian di kawasan

kampung berkenaan untuk menambah pendapatan, tetapi dia mula berasa tidak

sedap hati berikutan Mat Ali belum pulang selepas jam 5 petang, Selasa lalu.

“Pada hari kejadian, suami baru selesai memotong rumput. Dalam keadaan tergesa-

gesa, dia memaklumkan kepada saya mahu keluar mencari petai dan ketika itu saya

tidak mengesyaki perkara pelik.

“Saya mula gelisah apabila suami belum pulang walaupun ketika itu jam 8 malam.

Risau dengan keselamatannya, saya ditemani anak perempuan ke Balai Polis

Gadek untuk melaporkan kehilangannya.

“Kami turut menyebarkan berita kehilangan suami kepada ahli keluarga lain dan

rakannya melalui aplikasi WhatsApp,” katanya di Hospital Melaka, semalam.

Katanya, sejurus berita kehilangan Mat Ali tersebar, penduduk kampung bersama

pihak berkuasa melancarkan gerakan mengesan suaminya, namun menghadapi

kesukaran berikutan keadaan di kawasan pencarian gelap.

Menurutnya, kegagalan mengenal pasti lokasi sebenar suaminya berada

menyebabkan usaha mencari dan menyelamat terbantut.

“Mujur ada seorang pemuda berasal dari kampung kami terdetik mahu melakukan

usaha pencarian di Kampung Baru Dua iaitu lokasi suami kerap mencari petai.

“Dia kini dalam keadaan stabil dan menunggu proses rawatan selanjutnya berikutan

kecederaan dialaminya. Walaupun suami cedera, kami sekeluarga bersyukur kerana

dia selamat,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang dirawat di Hospital Melaka dijadualkan menjalani

pembedahan untuk memasukkan besi pada tulang punggungnya dalam masa

terdekat.

Bekas tentera digesa jadi ahli PVATM bagi mudahkan bantuan

KUALA LUMPUR 17 Julai - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)

meminta semua bekas tentera mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan bagi

mendapatkan hak dan keistimewaan daripada kerajaan.

Setiausaha Agungnya, Leftenan Kolonel (B) Tajul Ariffin Chu Johari (gambar)

berkata, langkah tersebut penting bagi memudahkan persatuan memantau dan

menyalurkan bantuan kepada ahli yang memerlukan.

“Kita menyeru agar semua bekas tentera datang mendaftarkan sebagai ahli

persatuan bagi memastikan penyaluran maklumat daripada kedua-dua pihak dapat

disalurkan dengan mudah.

“Selain itu, sekiranya tidak berdaftar sebagai ahli, kita sukar untuk mengesan

mereka sama ada untuk mendapatkan maklumat mahupun menyalurkan maklumat

berkaitan bantuan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas berhubung seorang pesara tentera, A. Jegathesan, 58, yang meng-

harapkan bantuan bagi menampung kos sara hidup dan rawatan penyakit bengkak

kaki yang dialaminya sejak enam tahun lalu.

Dalam pada itu, Tajul Ariffin berkata, buat masa ini Jegathesan masih tidak

mendaftarkan diri sebagai ahli bagi mendapatkan semua bantuan yang disediakan

termasuk bantuan perubatan dan sara hidup.

“Kita harap dia mendaftarkan dengan kadar segera bagi memudahkan urusan sama

ada dia sendiri ataupun ahli keluarga terdekat datang ke pejabat PVATM.

“Sekiranya keadaan dia terus seperti ini, dia mungkin tiada tempat mengadu dan

tidak dapat maklumat terkini mengenai kemudahan yang disediakan kerajaan.

Lagipun kalau dia sakit, tiada orang persatuan yang tahu dan boleh melawat dia,”

ujarnya lagi.