15
KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. Berita Harian 400 pesara RAMD memeriahkan majlis Aidilfitri Jumaat / 29 Julai 2016 Online 2. Metro Online Agong sempurnakan istiadat Hari Pahlwan Ahad / 31 Julai 2016 Online 3. Berita Harian Demi Negara tak rasa 6 peluru tembus badan Ahad / 31 Julai 2016 Online 4. Utusan Online Pencen tanpa kira tempoh perkhidmatan Ahad / 31 Julai 2016 Online 5. The Sun Daily Sultan Nazrin attends warriors’ Day Ceremony in Perak Ahad / 31 Julai 2016 Online 6. Bernama Sambutan Hari Pahlawan 2016 penuh Istiadat Ahad / 31 Julai 2016 Online .

KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

KERATAN AKHBAR

29 hingga 31 Julai 2016

Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat

1. Berita Harian – 400 pesara RAMD

memeriahkan majlis Aidilfitri Jumaat / 29 Julai

2016 Online

2. Metro Online – Agong sempurnakan

istiadat Hari Pahlwan Ahad / 31 Julai 2016 Online

3. Berita Harian – Demi Negara tak rasa

6 peluru tembus badan Ahad / 31 Julai 2016 Online

4. Utusan Online – Pencen tanpa kira

tempoh perkhidmatan Ahad / 31 Julai 2016 Online

5. The Sun Daily – Sultan Nazrin attends

warriors’ Day Ceremony in Perak Ahad / 31 Julai 2016 Online

6. Bernama – Sambutan Hari Pahlawan

2016 penuh Istiadat Ahad / 31 Julai 2016 Online

.

Page 2: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

400 pesara RAMD meriahkan majlis Aidilfitri

SETIAUSAHA KPRAMD, Leftenan Kolonel Meor Adam Meor Sapi (B).

KUALA LUMPUR: Kemeriahan Aidilfitri terus dirasai apabila kira-kira 400 pesara

pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) memeriahkan Majlis Aidilfitri Kelab

Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (KPRAMD), di sini, hari ini. Acara tahunan

kelab terbabit bermula jam 12 tengah hari hingga jam 3 petang itu diserikan dengan

pelbagai juadah tradisi Aidilfitri termasuk lemang, rendang, sate, ketupat dan

pelbagai kuih-muih. Setiausaha KPRAMD, Leftenan Kolonel Meor Adam Meor Sapi

(B), berkata majlis itu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim pesara

RAMD. "Kita dapat lihat mereka sangat gembira dapat bertemu dan berkongsi cerita

masing-masing pada majlis ini. "Malah di majlis ini juga kita dapat berjumpa dengan

pegawai yang masih berkhidmat serta ahli keluarga mereka," katanya ketika ditemui

pada majlis itu, di sini, hari ini. Turut hadir, Presiden KPRAMD, Mejar Jeneral Datuk

Mohd Shukor Jaafar (B), Penasihat-penasihat KPRAMD, Jeneral Tan Sri Hashim Ali

(B) dan Jeneral Tan Sri Abdul Rahman Hamid (B). Sementara itu, Meor Adam

berkata, dengan pelantikan ahli baharu kelab terbabit mereka sudah merancang

pelbagai aktiviti untuk kelab terbabit. "Aktiviti yang menarik ini akan dilaksanakan

untuk 650 ahli yang berdaftar di kelab ini," katanya. Beliau juga berharap lebih ramai

lagi pesara RAMD akan mendaftar di kelab berkenaan supaya membolehkan

mereka saling berhubung.

Page 3: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

ANTARA yang hadir Majlis Aidilfitri Kelab Pegawai Rejimen Askar Mleayu Diraja (KPRAMD),

Kuala Lumpur, hari ini.

Page 4: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Agong sempurna Istiadat Hari Pahlawan

YANG diPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Raja melakukan tabib hormat

di istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016 di Dataran Pahlawan, Putrajaya. FOTO Mohd

Fadli Hamzah.

Putrajaya: Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja

Permaisuri Agong Tuanku Haminah berkenan mencemar duli menyempurnakan

Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2016 di Dataran Pahlawan Negara,

Putrajaya pagi ini.

Istiadat dimulakan dengan perarakan masuk dua panji-panji iaitu Panji-Panji Yang

di-Pertuan Agong dan Panji-Panji Rejimen dari Batalion Pertama, Rejimen Askar

Melayu Diraja (RAMD) oleh Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat

pegawai dan 103 anggota.

Program seterusnya adalah Lagu Negaraku yang dimainkan oleh pasukan

pancaragam RAMD disusuli dengan Tembakan Kehormat 21 das oleh 41 Bateri

Istiadat, Rejimen Artileri Diraja.

Istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin

Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Pertahanan Datuk Seri

Hishammuddin Hussein; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd

Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Page 5: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Acara kemudian diteruskan dengan tiupan 'Paluan Akhir' iaitu menurunkan Jalur

Gemilang, sebelum persembahan deklamasi sajak dan pantomin.

Page 6: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Demi negara tak rasa 6 peluru tembusi badan

LANS Koperal Abd Halim Hassan (kanan) menunjukkan kesan parut terkena tembakan

dalam insiden serang hendap oleh komunis di Jalan Raya Timur-Barat, Ulu Legong, Baling

pada 15 Ogos 1977. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: "Walaupun terkena enam das tembakan pada badan, tetapi saya tidak

berasa sakit kerana ketika itu, saya hanya terfikirkan negara dan anak bangsa," kata

Lans Koperal Abd Halim Hassan, 77. Abd Halim adalah seorang daripada lima

anggota Askar Wataniah yang terselamat dalam insiden serang hendap oleh

komunis di Jalan Raya Timur-Barat, Ulu Legong, Baling pada 15 Ogos 1977 yang

mengorbankan dua anggota pasukan itu. Pada hari kejadian, lima anggota termasuk

Abd Halim yang ketika itu berpangkat Prebet, Lans Koperal Ahamad Zaki

Shamsudin, Prebet Tajudin Yusof, Prebet Md Ali Hassan dan Prebet Ielias Ibrahim

ditugaskan mengambil bekalan makanan di Pos 5 yang berada kira-kira 20 kilometer

dari Kem Banding. Dalam perjalanan ke pos terbabit, kumpulan itu diserang hendap

komunis yang berada di kawasan bukit berhampiran. Menceritakan detik ditembak

komunis, Abd Halim berkata jika tidak memikirkan negara, beliau sebenarnya sudah

mahu mengaku kalah dan hanya menyerahkan segala ketentuan kepada Tuhan.

"Tiga tembakan terkena di bahagian perut dan selebihnya di bahagian tangan.

Peluru ditembak di pusat itu menembus sehingga ke bahagian badan. Setiap kali

terkenang kejadian itu, saya berasa hiba. Lima anggota di tempat kejadian, dua

daripadanya mati ditembak komunis," katanya. Beliau berkata demikian kepada

Page 7: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

wartawan selepas diberi penghormatan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku

Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016 di sini,

hari ini. Selain Abd Halim, turut menghadap Tuanku Abdul Halim ialah Pegawai

Waran Satu (Bersara) Ielias, 60, dan Ismail Ali yang mewakili bapanya, Allahyarham

Md Ali. Sementara itu, Ielias yang berjaya menembak mati tiga pengganas komunis

dalam insiden itu, berkata apa yang dikecapi golongan hari ini adalah hasil

perjuangan orang terdahulu yang sayang dan cintakan negara. "Kejadian dilakonkan

semula dalam persembahan pantomin hari ini bukanlah rekaan, tetapi itulah detik

yang saya hadapi bersama rakan. Hari ini, kejadian berkenaan 'diulang' kembali

untuk ditonton orang ramai," katanya yang menjadi satu-satunya penerima pingat

Panglima Gagah Berani dalam anggota Askar Wataniah pada 1977.

Page 8: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Pencen tanpa kira tempoh perkhidmatan

Antara saranan Perkasa tingkat kebajikan anggota tentera

KUALA LUMPUR 31 Julai - Tugas dan khidmat bakti seluruh anggota tentera diibaratkan

seperti nyawa negara dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air.

Page 9: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa

Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali

berkata, perjuangan dan pengorbanan

pasukan tentera darat, laut dan udara adalah

tidak ternilai sehingga ada yang terkorban

atau cacat anggota badan akibat bertempur

menentang musuh negara.

Dalam menghargai jasa dan sumbangan

besar golongan itu, beliau meminta kerajaan

meningkatkan imbuhan dan kebajikan warga

tentera termasuk menyediakan kediaman

rumah yang selesa serta membiayai

pendidikan anak-anak anggota tentera.

―Perkasa mendesak supaya semua tentera

berhak menerima pencen tanpa mengira

tempoh perkhidmatan memandangkan ada dalam kalangan anggota itu tidak layak

mendapat pencen kerana berkhidmat kurang daripada 25 tahun walaupun mereka

menjadi cacat akibat bertempur dengan musuh.

―Perkara itu berbeza dengan penjawat awam peringkat tertinggi dan ahli-ahli politik

yang diberikan pencen berpuluh ribu termasuk hadiah (gratuity). Jadi, bagaimana

dengan anggota tentera berpangkat biasa?. Layanan kebajikan seperti melepaskan

batuk di tangga sahaja,‖ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perkasa turut menggesa kerajaan mengkaji secara inklusif

kebajikan anggota tentera terutama yang berpangkat rendah.

Katanya, golongan berkenaan merupakan mereka yang berada di barisan hadapan

ketika bertempur dan merekalah yang pertama terkorban kerana menjadi benteng

keselamatan dan kedaulatan negara.

―Dulu, kini dan selamanya pasukan tentera adalah nyawa negara, maka kita sebagai

rakyat wajib bersyukur dan bersedekah bacaan surah al-Fatihah kepada mereka

yang gugur mempertahankan kedaulatan negara serta memberikan tabik hormat

sempena sambutan Hari Pahlawan pada hari ini.

―Kita turut merasai kesedihan isteri-isteri dan anak-anak keluarga anggota tentera

yang terkorban kerana menentang musuh negara. Jasa dan budi mereka serta

keluarganya tidak dapat dibalas oleh rakyat dan negara,‖ katanya. - UTUSAN

ONLINE

Ibrahim Ali

Page 10: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Sultan Nazrin attends Warriors' Day ceremony

in Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah inspects the guard of honour during the Warriors' Day

ceremony at Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, July 31, 2016. — Bernama

IPOH: The Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah today attended the Perak Warriors'

Day 2016 ceremony at the Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan here. Also

present were the Raja Muda of Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Di Hilir of

Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris, Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry

Abd Kadir and Perak police chief Datuk Seri Abd Rahim Hanafi.

Sultan Nazrin inspected the guard of honour mounted by the General Operations

Force (GOF) 1st Battalion, Ulu Kinta comprising three officers and 102 personnel. A

total of 682 people representing 22 teams and departments took part in the parade

today. As part of the ceremony Supt Rosebaini Kassim from Bukit Aman police

headquarters recited a poem titled 'Pahlawanku'. Sultan Nazrin and guests of honour

later attended a luncheon at the Banquet Hall in the building.

Meanwhile in Alor Star, Tunku Panglima Besar Kedah, who is also Member of the

Kedah Regency Council, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim

Shah attended the Kedah Warriors' Day parade and wreath-laying ceremony held at

the Memorial in Jalan Tunku Bendahara.

Tunku Intan Safinaz who arrived at about 9am took the salute of the 6th Battalion

Royal Malay Regiment honour guard.

Page 11: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Also present were Kedah Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, his

wife Datin Seri Hizam Awang Ahmad and state executive council members. After a

poetry recitation by ASP Azizi Ahmad from Kedah police headquarters, Tunku Intan

Safinaz conducted the wreath-laying ceremony witnessed by some 500 attendees.

The ceremony was also conducted by Ahmad Bahsah, 6th Infantry Malaysia brigade

commander, Brigadier General Dzulkarnain Ahmad and state police chief Datuk

Zamri Yahya. — Bernama

Page 12: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Sambutan Hari Pahlawan 2016 Penuh Istiadat

PUTRAJAYA, 31 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim

Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan

berangkat ke istiadat sambutan Hari Pahlawan 2016 yang diadakan di Dataran

Pahlawan Negara, Presint 1, di sini hari ini.

Istiadat sambutan Hari Pahlawan dimulakan dengan perarakan masuk Panji-panji

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Panji-panji Rejimen dari Batalion

Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja oleh Kawalan Utama terdiri daripada empat

pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.

Lagu 'Negaraku' dimainkan dengan diiringi 21 das tembakan meriam yang

disempurnakan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja, diketuai Mejar Mohd Asri

Che Wil.

Perbarisan Hari Pahlawan hari ini terdiri daripada 28 pegawai dan 785 anggota lain-

lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia,

Persatuan Veteran ATM dan Persatuan Veteran Polis Diraja Malaysia.

Page 13: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Perbarisan diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu

Diraja, Lt Kol Mohd Radzi Othman.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri

Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi;

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan

Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid

Abu Bakar. Acara diteruskan dengan tiupan 'Paluan Akhir' yang lebih dikenali

sebagai 'Last Post' dengan menurunkan Jalur Gemilang. Hadirin kemudian disajikan

dengan deklamasi sajak bertajuk 'Pahlawanku' oleh Kolonel Mohd Radzi Abdul

Hamid.

Pantomin 'Pertempuran di Jalan Raya Timur-Barat, Grik, Perak" pada 15 Ogos 1977

yang menyentuh perasaan dipersembahkan.

Pantomin yang dijayakan oleh anggota dari Batalion Ke-4 Rejimen Askar Melayu

Diraja mengisahkan keberanian Pegawai Warrant 1, Ielias Ibrahim, 60, bersama

Page 14: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

rakan-rakannya menentang komunis di Jalan Raya Timur-Barat bagi

mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau yang cedera di bahagian mata akibat terkena duri pokok berjaya membunuh

tiga pengganas komunis. Pada majlis itu, Ielias yang juga penerima Pingat Gagah

Berani dan rakan seperjuangan Lans Koperal Abdul Halim Hassan diberi

penghormatan untuk menghadap Tuanku Abdul Halim. Acara kemudiannnya

diteruskan dengan tiupan 'Paluan Fajar' yang lebih dikenali 'Rouse. Semasa tiupan

'Paluan Fajar', Jalur Gemilang dikibarkan sebagai tanda memberi semarak kepada

rakan-rakan tentera dan polis yang masih hidup untuk terus berjuang

mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara. Laungan 'Daulat Tuanku'

sebanyak tiga kali sebagai simbolik bukti taat setia anggota pasukan keselamatan

dan rakyat di bawah naungan baginda.

Tarikh 31 Julai ditetapkan sebagai Hari Pahlawan pada setiap tahun bagi

mengenang jasa pewira tanah air yang terkorban untuk mempertahankan

kedaulatan negara. Sejak 1968, acara ini dianjurkan secara bergilir antara ATM dan

PDRM dan tahun ini ATM menjadi penganjur.

Sambutan tahun ini julung kali diadakan di Dataran Pahlawan Negara di Pusat

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Di ALOR SETAR, Tunku Panglima Besar Kedah merangkap Ahli Jemaah Pemangku

Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam

Shah berkenan hadir pada Istiadat perbarisan dan meletak kalungan bunga

sempena Sambutan Hari Pahlawan 2016 Peringkat Negeri Kedah di Tugu

Peringatan, Jalan Tunku Bendahara di sini, hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira 9 pagi menerima tabik hormat daripada kawalan kehormat

Batalion ke-6 Rajemen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sultan Abdul Halim

Mu'adzam Shah.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri

Datin Seri Hizam Awang Ahmad serta barisan Exco kerajaan negeri.

Majlis turut diserikan dengan bacaan sajak oleh anggota Polis Cawangan Khas Ibu

Pejabat Polis Kontinjen Kedah, ASP Azizi Ahmad.

Di IPOH, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menghadiri Istiadat Sambutan

Hari Pahlawan peringkat negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir

Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris serta Menteri Besar Datuk Seri Dr

Page 15: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Julai 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh

Zambry Abd Kadir dan Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi.

Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormat Batalion 1, Pasukan Gerakan

Am (PGA) Ulu Kinta yang terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota.

Perbarisan Hari Pahlawan hari ini terdiri daripada 682 anggota merangkumi 22

pasukan dan jabatan.

-- BERNAMA