Upload
buimien
View
260
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM
PROSES PENGAJARAN GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU DI ENAM BUAH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR SKUDAI
AZUAN BIN ARSAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM
PROSES PENGAJARAN GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU DI ENAM BUAH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR SKUDAI
AZUAN BIN ARSAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
DEDIKASI
Ingatan kasih sayang buat ayahanda Arsat Samsudin dan bondaku
Salmah Mohammad yang dikasihi. Semoga doa dan restu kalian menjadi
pendorong dan tulang belakang buat anakmu meneruskan perjuangan untuk
mencapai kejayaan di dunia dan akhirat kelak. Buat kawan-kawan
seperjuangan yang telah banyak membantu jutaan terima kasih kerana
sokongan dan doa kalian. Doaku moga kita semua dicucuri rahmat illahi
dan sentiasa mendapat keredhaan-NYA Amin Ya Rabbalalamin....
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada
pensyarah pembimbing En. Jamaludin Ramli di atas bimbingan, nasihat, dorongan dan
perbincangan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang sentiasa
membantu dan memberi dorongan sepanjang kajian ini berjaya disiapkan.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Johor, yang telah menberi kebenaran menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada semua
pengetua dan guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup . Tanpa sokongan dan bantuan
mereka kajian ini tidak mungkin akan dapat dijalankan.
Akhir sekali penulis turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan
seperjuangan yang telah membantu dalam menjayakan proses penyelidikan ini.
Semoga Allah SWT akan membalas segala bantuan dan sokongan yang telah
diberikan kepada penulis .
Terima kasih, wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran guru bagi mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah sekitar Skudai. Objektif kajian ini adalah untuk
melihat sejauh mana penggunaan kemahiran berfikir sewaktu set induksi, penyampian
isi, melakukan amali, menutup pengajaran dan membuat penilaian semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Responden yang dikaji seramai 41
orang yang melibatkan 6 buah sekolah. Instrumen kajian untuk hasil dapatan adalah soal
selidik dan skala likert 5 (lima) mata telah digunakan untuk mengukur jawapan
responden. Segala data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS
10.0 berdasarkan peratus min dan sisihan piawai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sewaktu set induksi, penyampaian isi,
melakukan amali, menutup pengajaran dan membuat penilaian pengajaran berada pada
tahap yang tinggi. Di akhir kajian ini penyelidik telah mengemukakan beberapa
cadangan kepada pihak tertentu seperti guru, pentadbiran dan Institusi pengajian tinggi
untuk kebaikan bersama di masa hadapan.
vi
ABSTRACT
This research is accomplished to recognize the creative and critical thinking in
teacher's teaching towards Living Skill learning subject in secondary schools in district
of Skudai. The objective of this research is to observe how far thinking skills in set
induksi, while contents being imparted, implementing experiments, teaching
conclusion and earring out teaching assessment while the teaching-learning process are
conducted in class. All 41 respondents were examined which involved 6 schools.
Questionnaires and 5 point scales were used as the research instruments to measure the
respondents' feedback. All the data that had been collected are being processed with
SPSS 10.0 software which based on percentage, min and stand deviation. The obtained
data shows that thinking skills in set induksi, while content being imparted,
implementing experiments, teaching conclusion and earring out teaching assessment
while the teaching-learning process are conducted in class were in good hand. In the end
of this research, the researcher claims some suggestion to the teachers and particular
party for our own educational good.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
viii
1.6.1 Guru 6
1.6.2 Pentadbiran 7
1.6.3 Pelajar 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Terminologi 8
1.8.1 Kemahiran Berfikir 8
1.8.1.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 9
1.8.1.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 9
1.8.2 Proses Pengajaran 10
1.8.3 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Konsep Berfikir 12
2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 12
2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 13
2.3 Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis 14
2.3.1 Penguasaan Peringkat 14
Rendah (kanak-kanak)
2.3.2 Penguasaan Peringkat Tinggi 15
2.3.3 Contoh-contoh Kemahiran Dalam 16
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
2.3.3.1 Kemahiran Membanding 16
dan Membeza
2.3.3.2 Membuat Kategori/Klasifikasi 17
2.3.3.3 Meneliti Bahagian-Bahagian 17
Kecil
2.3.3.4 Menerangkan Sebab-Sebab 18
2.3.3.5 Menyusun Mengikut Turutan 19
2.3.3.6 Menyusul Periksa Andaian 20
ix
2.3.3.7 Membuat Inferens 21
2.3.3.8 Membuat Ramalan 22
2.4 Pengusaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 22
2.4.1 Contoh-contoh Kemahiran Berfikir 23
2.4.1.1 Menjana dan Menghasilkan 23
Idea
2.4.1.2 Mencipta Metafora 24
2.4.1.3 Mencipta Analogi 24
2.4.1.4 Mencipta Definisi 25
2.5 Alat-alat Berfikir Dalam Pengajaran 26
2.5.1 Alat CoRT 26
2.5.2 Pengurusan Grafik 27
2.5.3 Peta Minda 28
2.5.4 Soalan dan Penyoalan 28
2.6 Kepentingan Kemahiran Berfikir 29
Dalam Pengajaran
2.7 Proses Pengajaran Guru 30
2.7.1 Set Induksi 31
2.7.2 Penyanpaian Isi 32
2.7.3 Amali 33
2.7.4 Penutup Pengajaran 34
2.7.5 Membuat Penilaian 35
2.8 Penutup 36
BAB III METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Tempat Kajian 38
3.4 Populasi 39
3.5 Instrumen Kajian 39
x
3.5.1 Kajian Rintis 42
3.5.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 43
3.5.3 Kesahan Soal Selidik 44
3.6 Prosedur Kajian 44
3.7 Analisis Data 45
3.8 Penutup 46
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Latang Belakang Responden 48
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 49
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Taraf 50
Pendidikan
4.2.4 Taburan Responden Mengikut 51
Pengalaman Mengajar
4.2.5 Taburan Responden Mengikut 52
Jawatan yang DiPegang
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Status 52
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Mengikuti 52
Kursus Kemahiran Berfikir
4.3 Analisis Bahagian B 53
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 53
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 56
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 59
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 62
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian Kelima 65
4.4 Analisi Keseluruhan 69
xi
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Rumusan kajian 72
5.3 Perbincangan 74
5.3.1 Perbincangan Demografi Responden 74
5.3.2 Perbincangan Keseluruhan Persoalan 75
Kajian
5.3.3 Kemahiran Berfikir secara Kritif Dan 79
Kreatif Dalam Proses Pengajaran Guru
5.4 Cadangan 82
5.4.1 Kepada Guru 82
5.4.2 Pentadbiran 83
5.4.3 Institusi Pengajian Tinggi 83
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.6 Penutup 84
BIBLIOGRAFI 85
LAMPIRAN 90
LAMPIRAN A - C 91-100
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jumlah Populasi Kajian 39
Yang Digunakan
3.2 Kandungan Jenis-jenis Kemahiran Berfikir 41
3.3 Kandungan Kemahiran Berfikir 42
Dalam Proses Pengajaran Guru
3.4 Tahap penggunaan Kemahiran Berfikir 46
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 49
4.3 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 50
4.4 Taburan Responden Mengikut 50
Pengalaman Mengajar
xiii
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.5 Taburan Responden Mengikut Jawatan 51
Yang DiPegang
4.6 Taburan Responden Mengikut Status 52
4.7 Taburan Responden Mengikuti 52
Kemahiran Berfikir
4.8 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan 53
Piawai Bagi KBKK Semasa Set Induksi
4.9 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan 56
Piawai Bagi KBKK Semasa Isi Pelajaran.
4.10 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan 59
Piawai Bagi KBKK Semasa Amali
4.11 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai 62
Bagi KBKK semasa Penutup Pengajaran
4.12 Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan 65
Piawai Bagi Penggunaan KBKK Semasa Penilaian
4.13 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan 69
Nilai Min Keseluruhan
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 91
B Surat Perancangan dan Penyelidikan 98
Dasar Pendidikan Kementerian pendidikan
Malaysia (EPRD)
C Surat Jabatan Pendidikan Negeri Johor 100
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Demi mencapai hasrat Wawasan 2020, segala urusan dalam pendidikan
semestinya menjurus ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi,
intelek dan jasmani seperti yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang bergantung kepada
kebijaksanaan dan penggunaan kuasa minda yang terdapat oleh rakyatnya (Som dan
Mohd Dahalan, 1998).
Bekas perdana menteri Malaysia,Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu
melancarkan wawasan 2020,iaitu pada Februari 1991, menyatakan bahawa untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju, apa yang penting ialah semua
warganegaranya menggunakan sepenuhnya apa yang terdapat di antara dua telinga yakni
minda, dan bukan di antara dua bahu iaitu kekuatan atau apa jua yang berada di antara
dua tapak kaki iaitu sumber semulajadi.
2
Pernyataan yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu merupakan
amanat yang penting bagi semua masyarakat Malaysia khususnya bagi generasi baru
yang dianggap sebagai tulang belakang negara pada masa akan datang.
Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Wan Mohamad Noor yang menjawat
jawatan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada tahun 1994, telah
mengumumkan bahawa pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada soalan-soalan
peperiksaan yang lebih bercorak analitis yang memerlukan pembacaan dan pemikiran
secara kritis dan kreatif. Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud pada masa yang sama pula
mengumumkan bahawa Piagam Pelanggan Kementerian termaktub bahawa menjelang
tahun 2000 semua soalan- soalan peperiksaan perlu ke arah menggalakkan pemikiran
pelajar secara kritis dan kreatif (Som & Mohd Dahalan, 1998).
1.2 Latar Belakang Masalah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan perkembangan daya intelek.
Begitu juga dengan kemahiran berfikir yang sudah lama diperkenalkan tetapi
penggunaannya dalan konteks pengajaran dan pembelajaran mula serius pada hujung
tahun 1980(Samsu Yaacob,1996)
Para pelajar akan menjadi seorang pemikir yang baik sekiranya dapat mengusai
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sepenuhnya. Justeru itu, mereka perlulah
dilatih dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menjurus untuk melahirkan seorang pemikir
yang tinggi daya intelek dan mindanya. Menurut Edward De Bono, (1976) menyatakan:
3
‘Penyoalan yang dirancang dengan baik merupakan teknik yang paling asas
digunakan oleh guru untuk meransang pelajar berfikir. Aras soalan yang digunakan
oleh guru akan mendorong pelajar berfikir pada tahap pemikiran aras rendah atau aras
tinggi yang sepadan. Penggunaan soalan aras tinggi akan mendorong pelajar berfikir
secara kritis dan kreatif manakala penggunaan soalan aras rendah akan menggalakkan
pelajar mengingat sahaja’.
Dapat dilihat dari kenyataan Edward De Bono (1976) ini, guru-guru merupakan
watak yang penting dalam usaha memperkembangkan daya intelek pelajar, maka dengan
itu, kemahiran berfikir yang telah dirancang di dalam pengajaran perlu diaplikasi dan
dijalankan dengan sempurna.
Kajian yang telah dilakukan oleh (Chen Cheu Fong,1999) ke atas pelajar-pelajar
tahun 6 (enam) dalam mata pelajaran Sains mendapati ramai pelajar yang masih belum
menguasai KBKK dengan baik. Perkara ini adalah disebabkan oleh kelemahan guru
untuk mengetahui pengetahuan asas terhadap komponen-komponen KBKK.
Kajian yang beliau jalankan jelas menunjukkan bahawa penggunaan KBKK di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru kurang memberikan penekanan
terhadap komponen-komponen KBKK.
Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas
sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah Hadis Nabi, ‘Berfikir sesaat itu
lebih baik daripada sembahyang sepanjang malam’. Manakala di dalam kitab suci Al-
Qur’an perkataan yang merujuk kepada kata akar aqal disebut sebanyak 40 kali. Allah
S.W.T. juga menempelak manusia yang tidak mahu berfikir. Apabila Allah S.W.T.
memberitahu manusia, ‘lihatlah bulan, lihatlah langit, lihatlah bintang dan fikirkan’.
4
Justeru itu, berfikir adalah sesuatu yang menjadi tuntutan dan seharusnya
dilakukan oleh manusia dalam setiap aktiviti dan tindak tanduk yang dilakukan. Namun
begitu, tidak ramai di antara kita yang memahami pengertian serta selok-belok berfikir
yang sewajarnya.(Tafsir Al-Qur’an,)
Persoalannya sekarang sejauh manakah guru-guru mendapat ilmu pengetahuan
yang secukupnya dalam kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Jika tiada pengetahuan
dalam kemahiran berfikir, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan di dalam pengajaran dan
pembelajaran seperti mana yang telah disarankan oleh kerajaan. Selain itu, sejauh
manakah kurikulum kita menggalakkan aktiviti yang membawa ke arah tersebut dan
sejauh manakah tanggungjawab para pendidik kita yang mendidik ke arah tersebut?.
Untuk menghasilkan pemikiran yang baik adalah dari proses pemikiran yang baik.
Merujuk kepada permasalahan ini, apakah kesemua guru telah diberikan atau
menerima latihan yang secukupnya dan segi penerapan unsur Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif dalam pengajaran serta dalam pembinaan soalan. Persoalannya
sekarang, apakah guru-guru tidak menggunakan dengan sempurna Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?.
1.3 Pernyataan Masalah
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif( KBKK ), berperanan melahirkan
generasi yang mempunyai daya intelek yang tinggi dalam membina idea-idea yang
bernas. Guru-guru dan bakal guru perlulah mempersiapkan diri mereka dengan
menguasai KBKK sepenuhnya. Justeru itu, kajian ni perlu dilakukan untuk melihat
5
sejauh manakah proses pengajaran guru dalam kemahiran berfikir bagi matapelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu peringkat Menengah sekitar Skudai.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
semasa set induksi.
1.4.2 Mengenalpasti penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
semasa penyampaian isi pelajaran
1.4.3 Mengenalpasti penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
semasa melakukan amali
1.4.4 Mengenalpasti penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
semasa guru-guru menutup pengajaran
1.4.5 Mengenalpasti penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
semasa membuat penilaian.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian telah dibina seperti berikut:
1.5.1 Sejauh manakah penggunaan KBKK semasa set induksi dalam
pengajaran mereka ?
6
1.5.2 Sejauh manakah penggunaan KBKK semasa penyampaian isi pelajaran ?
1.5.3 Sejauh manakah penggunaan KBKK semasa melakukan amali dalam
pengajaran mereka ?
1.5.4 Sejauh manakah penggunaan KBKK semasa menutup pengajaran
mereka?
1.5.5 Sejauh manakah penggunaan KBKK semasa membuat penilaian?