25
KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE ATAS INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT WAN KHAIRY BIN WAN IBRAHIM DOKTOR FALSAFAH 2016

KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

  • Upload
    vothuan

  • View
    234

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU

KELANTAN: KAJIAN

KE ATAS INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT

WAN KHAIRY BIN WAN IBRAHIM

DOKTOR FALSAFAH

2016

Page 2: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

Kelestarian Usahawan Melayu Kelantan: Kajian Ke

atas Industri Sarang Burung Walit

Oleh:

WAN KHAIRY BIN WAN IBRAHIM

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Memperoleh Ijazah

Doktor Falsafah

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2016

Page 3: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

PENGESAHAN TESIS

Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung di dalam tesis ini adalah hasil

penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana

universiti atau institusi.

TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskhah keras atau

akses terbuka dalam talian (teks penuh).

SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskhah keras atau

dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa

Pengajian Siswazah

Dari Tarikh hingga .

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi / individu

semasa penyelidikan dijalankan)*.

Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut;

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hal untuk membuat salinan bagi

tujuan pengajian sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian

Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama

761025-06-5369 Prof Madya Dr Mohd Rafi bin Yaacob

Tarikh: Tarikh:

Page 4: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE

ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Syukur kepada Allah di atas rahmat dan hidayah serta kekuatan yang diberikan kepada saya untuk

menyiapkan tesis ini. Sesungguhnya ia diharap menjadi satu permulaan ke arah amal kebaikan dan kejayaan dunia akhirat yang mulia. Sesungguhnya dalam menyiapkan tesis ini saya banyak

terhutang budi kepada banyak pihak. Namun kerana keterbatasan ruang saya hanya mampu

menitipkan beberapa nama sahaja. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada penyelia utama saya Profesor Madya Dr Mohd Rafi bin Yaacob, dan penyelia bersama Dr Azwan bin

Abdullah atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang usaha menyiapkan tesis ini.

Saya juga amat berterima kasih kepada penajaan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah program MyBrain15 telah memberikan peluang dan kesempatan untuk saya

menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan di

atas kerjasama dan jasa baik yang telah diberikan oleh informan-informan yang terlibat di dalam

kajian ini. Termasuk pihak Jabatan Veterinar Pusat dan Negeri Kelantan yang turut sama membantu saya untuk mendapatkan maklumat tentang perusahaan Sarang Burung Walit di Malaysia.

Jasa dan sumbangan besar juga perlu saya titipkan kepada Dekan Fakulti Keusahawanan dan

Perniagaan (FKP) Profesor Dr. Mohd Rosli Bin Mohamad dan Mantan Dekan FKP Profesor Dr Mohamed Dahlan bin Ibrahim di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya

menjadi pelajar di UMK. Begitu juga, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Profesor

Dr Mohd Azam Khan Goriman Khan dan Mantan Dekan Pusat Pengajian Siswazah Profesor Dr

Ibrahim Busu di atas kerjasama jasa baik sepanjang saya mendaftar sebagai pelajar siswazah di UMK.

Tidak kurang penting juga ucapan terima kasih saya panjangkan kepada pensyarah-pensyarah dan

kakitangan FKP yang turut membantu dan memudahkan urusan perjalanan penyelidikan saya. Ucapan terima kasih tidak terhingga saya kepada Profesor Dr Zainudin Awang (UNiSZA) dan Dr

Fauziah Salleh (UNiSZA) yang telah sudi menjadi panel untuk proses peer review tema-tema

penyelidikan saya. Kepada rakan-rakan seperjuangan dan Kelab siswazah banyak memberikan sokongan moral dan tunjuk ajar saya amat hargai. Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada

pihak Persatuan Penternak Sarang Burung Walit Kelantan dan grup-grup media sosial usahawan

SBW seperti Grup “WhatsApp” Walit Zon timur, Walit Kelantan, Walit Kelantan, Terengganu dan

Pahang dan Walit Bumiputera di atas perkongsian maklumat tentang industri SBW di Malaysia. Akhirnya saya bersyukur untuk restu ibu, Saudah bt Mamat yang sentiasa mengiringi doa ke atas

usaha dan perjuangan mencari ilmu yang saya lakukan. Begitu juga terima kasih istimewa

diucapkan kepada isteri Zurina binti Ismail di atas sokongan dan pengorbanan yang tidak terhingga

sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Terima kasih juga saya tujukan kepada keempat-empat anak saya Wan Putri Nurbahiyah, Wan Putra Izza‟nuddin, Wan Putra Izza‟Razzaq dan Wan

Putra Izza‟Fattah kerana boleh memahami dan mengerti bahawa ilmu itu amat luas dan kita

sentiasa digalakkan untuk menerokanya. Semoga usaha ini akan menjadi dorongan yang membentuk efikasi kendiri kepada anak-anak saya untuk meneroka ilmu ke peringkat lebih tinggi

dan berjaya di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Page 5: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

ISI KANDUNGAN

Pengesahan Tesis

MUKA SURAT

ii

Penghargaan iii

Isi Kandungan iv

Senarai Jadual xiii

Senarai Rajah xiv

Senarai Ringkasan xv

Abstrak xvii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Persoalan Kajian 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Pembahagian Bab 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Makna Kelestarian 14

2.3 Kepentingan kelestarian Perniagaan 19

2.3.1 Kelestarian Usahawan Melayu 22

2.3.2 Kelestarian Usahawan Melayu Kelantan 33

2.4 Usahawan dan Keusahawanan 34

2.4.1 Usahawan 35

2.4.2 Keusahawanan 42

2.5 Teori Usahawan dan Keusahawanan 45

2.5.1 Membuat Keputusan 50

Page 6: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

2.5.2 Peluang. 51

2.5.3 Teori Kognitif Sosial dan Teori Efikasi Kendiri. 53

2.5.3.1 Teori Kognitif Sosial (TKS) 54

2.5.3.2 Teori Efikasi Kendiri- TEK (Self –Efficacy Theory 56

2.5.4 Isu-Isu dalam Mengukur EK secara Empirikal 62

2.5.5 Kesan EK Terhadap Individu 63

2.5.5.1 Hubungan EK dengan Kepelbagaian Perilaku 64

2.5.5.2 Hubungan EK dengan Motivasi 64

2.5.5.3 Hubungan EK dengan Corak Tindak Balas Pemikiran 65

2.5.5.4 Hubungan EK dengan Perilaku Kesihatan 66

2.5.5.5 Hubungan EK dengan Pembangunan Akademik 67

2.5.6 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi EK 68

2.5.6.1 Pengalaman, Pencapaian dalam Hidup 68

2.5.6.2 Model atau Pengalaman Orang Lain 69

2.5.6.3 Pujukan Sosial 69

2.5.6.4 Faktor Psikologi 71

2.5.7 Perbezaan EK dan Keyakinan Diri. 72

2.5.8 Kritikan Terhadap TEK 73

2.5.9. Kewajaran TEK dan Kelestarian Usahawan SBW. 75

2.5.9.1 Kelebihan TEK 77

2.5.9.2 Mengapa Teori-Teori Lain Kurang Sesuai? 78

2.6 Perbezaan Usahawan, Pelabur dan Pengurus 80

2.7 Kajian Kelestarian Keusahawanan dan EK di Peringkat Global 84

2.8 Kajian Kelestarian Keusahawanan dan EK Di Malaysia 101

2.9 Kajian Kelestarian Keusahawanan Di Negeri Kelantan 110

2.10. Kesimpulan 121

BAB 3 INDUSTRI BURUNG WALIT 123

3.1 Pendahuluan 123

3.2 Latar Belakang dan Morfologi Burung Walit (BW) 123

Page 7: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

3.3 Penyelidikan Khusus Industri SBW 129

3.4 Industri SBW di Asia Tenggara 137

3.4.1. Industri SBW sebagai Makanan Eksotik dan Mahal 140

3.5 Industri SBW di Malaysia 144

3.5.1 Kronologi industri SBW Malaysia 144

3.5.2 Peranan Pihak Swasta dan Kerajaan dalam Industri SBW Malaysia 150

3.5.3 Isu Harga dan Cabaran dalam industri SBW Malaysia 153

3.6 Industri SBW Di Kelantan 161

3.7 Kelestarian dan Cabaran Industri SBW Malaysia 164

3.8 Kos Membina RBW 172

3.9 Penyeliaan RBW yang Lestari 177

3.9.1 Penyeliaan Elektrik dan Elektronik di dalam RBW 177

3.9.2 Suara 178

3.9.3 Aroma tiruan / Sarang Tiruan (Sarti) 179

3.9.4 Racun 180

3.9.5 Makanan Tambahan 181

3.9.6 Binaan Struktur Dalaman dan Landskap 182

3.9.7 Mengendalikan Ancaman Musuh 183

3.9.8 Kaedah Tuaian SBW yang Betul 185

3.10 Kesimpulan 186

BAB 4 METEDOLOGI KAJIAN 188

4.1 Pendahuluan 188

4.2 Pendekatan Kajian Kualitatif 188

4.3 Pendekatan Kuantitatif 190

4.4 Fenomenologi 191

4.4.1 Kelebihan Kajian Kualitatif 202

4.4.2 Kelebihan Kaedah Fenomenologi 203

4.5 Kaedah Kajian 204

Page 8: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

4.5.1 Justifikasi Paradigma Penyelidikan 205

4.5.2 Justifikasi Penggunaan Kaedah Kualitatif 206

4.5.3 Ketepuan Data Kajian Kualitatif. 208

4.5.4 Strategi Penyelidikan 209

4.5.5 Unit Analisis 210

4.5.5.1 Definisi Usahawan SBW yang Lestari 210

4.5.5.2 Definisi Usahawan RBW yang Belum Lestari 211

4.5.5.3 Kewajaran menggunakan usahawan SBW Lestari sebagai 211

Pensampelan Kajian.

4.5.6 Kriteria Pensampelan 212

4.5.7 Etika dan Prinsip Penyelidikan. 212

4.5.8 Kerangka Pensampelan Kajian. 214

4.5.9 Kajian Rintis 214

4.5.10 Dapatan Kajian Rintis 215

4.5.11 Proses Kerja Lapangan 219

4.5.12 Kesahan dan Kebolehpercayaan Data 221

4.5.13 Pemilihan Medium Dokumentasi 223

4.5.13.1 Temu Bual 224

4.5.13.2 Temu Bual Formal dan Tidak Formal 225

4.5.14 Protokol Temu bual 226

4.5.15 Siasatan (Probing) 227

4.5.17 Bahasa 227

4.5.18 Penganalisisan Transkrip dan Temu Bual 228

4.5.19 Analisis Mengikut Fenomena dan Analisis Silang 228

4.6 Proses-Proses dan Istilah-istilah Berkaitan dengan Kajian Fenomenologi 229

4.6.1 Pengurungan (Bracketing)/ Epoche 229

4.6.2 Pengelompokan.(Clustering) 230

4.6.3 Ego. 231

4.6.4 Gerak hati Eidetic. (Eidetic Intuition) 231

Page 9: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

4.6.5 Empirikal Universal. (Empirical Universal) 231

4.6.6 Proses Menyamaratakan (Horizontalizing) 232

4.6.7 Horizons 232

4.6.8 Variasi imaginatif.(Imaginative Variation) 233

4.6.9 Niat Secara Sengaja (Intentionality) 234

4.6.10 Gerak hati. (Intuition) 234

4.6.11 Sikap fitrah (Natural Attitude) 234

4.6.12 Noema. 235

4.6.13 Noesis. 235

4.6.14 Sikap Fenomenologi. (Phenomenological Attitude) 235

4.6.15 Pengurangan fenomenologi (Fenomenologi reduction) 236

4.6.16 Kepercayaan Dunia. (Word Belief) 236

4.7 7 Memahami Epochē 236

4.8 Penilaian Fenomenologi Penyelidik 240

4.9 9 Mengurangkan Kepelbagaian Makna 241

4.10 Pengaplikasian Mengurangkan Kepelbagaian Makna 242

4.11 Batasan Pengumpulan Data Kualitatif 244

4.11.1 Batasan Kajian Pengalaman Manusia 244

4.11.2 Batasan Melaporkan Pengalaman Peribadi 245

4.11.3 Batasan Penggunaan dan Pemilihan Bahasa 246

4.12 Penilaian Mengikut Teori Efikasi kendiri 247

4.13 Kesimpulan 248

BAB 5 PENEMUAN PENYELIDIKAN 249

5.1 Pendahuluan 249

5.2 Demografi Informan 249

5.3 Tema-Tema dan Fokus Kajian 256

5.4 Kemunculan Tema-Tema dan Analisis Tematik (Thematic) 257

5.4.1 Ilmu Pengetahuan (IP) 259

5.4.1.1 Ilmu Pengetahuan Formal (IPF) 260

Page 10: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

5.4.1.2 Ilmu Pengetahuan Tidak Formal (IPTF) 269

5.4.2 Sumber untuk Membina RBW 298

5.4.2.1 Sumber Dalaman 298

5.4.2.2 Sumber Luaran 307

5.4.2.3 Habitat Makro 311

5.4.3 Efikasi Kendiri Usahawan SBW (EK) 313

5.4.3.1 EK Terkawal 313

5.4.3.2 Bijak Mencari Peluang 319

5.4.4 Berfikiran Positif 323

5.4.4.1 Menjana Idea Baharu 325

5.4.4.2 Gigih Berusaha 328

5.4.4.3 EK Tidak Terkawal (EKTK) 331

5.5 Peringkat Kelestarian RBW 344

5.5.1 Tempoh Kelestarian 345

5.5.1.1 Jangka Pendek 347

5.5.1.2 Jangka Sederhana 348

5.5.1.3 Jangka Panjang. 350

5.6 Kesimpulan 352

BAB 6 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 354

6.1 Perbincangan Terhadap Soalan Penyelidikan. 354

6.2 Persiapan Kendiri yang Diperlukan untuk Terlibat Dalam Perniagaan SBW 354

6.1.1 Menguasai Ilmu Pengetahuan Khusus dalam Industri 356

6.1.1.2 IP-Menguasai Ilmu Gred SBW 365

6.1.2 Ilmu Pengetahuan Tidak Formal (IPTF) 366

6.1.2.1 IPTF- Mempunyai Pengalaman Berniaga 366

6.1.2.2 IPTF- Memanfaatkan Medium Internet. 369

6.1.2.3 IPTF- Mempunyai Tips atau Maklumat Rahsia 371

6.1.3 Rumusan IP 372

6.2 Reaksi Usahawan Apabila Berhadapan Cabaran-Cabaran Dalam Perniagaan 375

Page 11: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

SBW

6.2.1 Reaksi EK Keusahawanan dan Cabaran Perniagaan 376

6.2.1.1 EKT- Memperkasakan Semangat Keusahawanan 377

6.2.1.2 EKT- Membaiki Sikap dan Pemikiran Keusahawanan 379

6.2.1.3 EKT- Kemahiran Pengurusan Perniagaan 381

6.2.1.4 EKT- Bijak Mengambil Peluang 385

6.2.1.5 EKT- Menetapkan Matlamat Perniagaan 386

6.2.1.6 EKT- Memperluaskan Potensi Perniagaan 387

6.2.1.7 EKT- Merangsang Daya Kreatif 388

6.2.1.8 EKTK Membina Keyakinan dalam Perusahaan 389

6.2.1.9 EKTK Merangsang Motivasi dalam Perniagaan 390

6.2.1.10 EKTK Sosial 397

6.2.2 Rumusan Tema-Tema EK Usahawan 398

6.3. Kemahiran Pengurusan Perusahaan Membantu Usahawan SBW untuk 400

Lestari

6.3.1 Pengurusan RBW yang Lestari 400

6.3.1.1 Memilih Lokasi dan Laluan Burung 401

6.3.1.2 Membina Struktur RBW Mengikut Keperluan Habitat Walit 403

6.3.2 Rumusan Kemahiran Pengurusan RBW 405

6.4 Faktor Mendorong Usahawan SBW Terlibat Dalam Perusahaan SBW 406

6.4.1 Dorongan 407

6.4.1.1 Dorongan Dalaman 407

6.4.1.2 Dorongan Luaran 408

6.4.2. Pulangan Hasil Jualan yang Tinggi 409

6.4.2.1 Kuasa Menentukan Harga 411

6.4.2.2 Konsep Rezeki 412

6.4.2.3 Kuasa Memilih Pembeli 413

6.4.3 Jaringan sebagai Pendorong Kejayaan 413

6.4.3.1 Sokongan Daripada Usahawan SBW yang Lestari 414

Page 12: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

6.4.3.2 Dorongan Orang Tengah 414

6.4.3.3 Persatuan (Grup Media Sosial) 415

6.4.4 Rumusan Penemuan Kajian. 419

6.5. Peranan EKIP dalam Kelestarian (KL) Industri SBW 420

6.5.1 EKIP dan Kelestarian Habitat BW 420

6.5.2 Percambahan IP dan Kesan kepada EK 422

6.6. Pengaruh Harga SBW dan Kelestarian Perniagaan 423

6.7 Implikasi Penyelidikan ke atas Teori EK Keusahawanan 424

6.7.1 Menerangkan Kepentingan IP Khusus dan EK Keusahawanan 425

6.7.2 Menjelaskan Tentang Motivasi 427

6.7.3 Kemunculan Kreativiti dan Inovasi dalam Industri SBW 427

6.7.4 Kefahaman Konsep Hasil Jualan dan Kepentingan Jaringan 428

6.8 Sumbangan Penyelidikan 430

6.8.1 Bidang kajian Akademik 431

6.8.1.1 Sumbangan kepada Pembangunan Teori 431

6.8.1.2 Kaedah penyelidikan 433

6.8.2 Sumbangan kepada Usahawan dan Persatuan 434

6.8.3 Sumbangan kepada Kerajaan 435

6.8.3.1 Polisi dan Dasar 436

6.9. Limitasi Penyelidikan 437

6.10. Cadangan Model Ekosistem Kelestarian Usahawan SBW 438

6.10.1 Faktor Keusahawanan 439

6.10.2 Faktor Persekitaran 445

6.10.3 Cadangan Penyelidikan akan Datang 447

6.10.4 Cadangan kepada Usahawan SBW 448

6.10.5 Mempertingkatkan Ilmu Pengetahuan dan Teknikal 449

6.10.6 Cadangan kepada Persatuan SBW 450

6.10.7 Cadangan kepada Kerajaan 451

6.11 Kesimpulan 452

Page 13: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

RUJUKAN 455

LAMPIRAN A 485

LAMPIRAN B 488

LAMPIRAN C 496

LAMPIRAN C1 496

LAMPIRAN D 497

LAMPIRAN E1 509

LAMPIRAN E2 510

LAMPIRAN E3 511

LAMPIRAN E4 513

LAMPIRAN F 514

LAMPIRAN G 516

LAMPIRAN H 518

SENARAI PENERBITAN 520

Page 14: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

SENARAI JADUAL

NO MUKA SURAT

2.3.1 Rancangan Pembangunan Negara 27

2.3.2 Bilangan Unit Perniagaan Melayu Mengikut Kategori, 1970 dan 1971 27

2.4.1 Kronologi Definisi Usahawan oleh Sarjana Barat 39

2.5.1 Bidang Kajian Efikasi kendiri 58

2.6.1 Usahawan, Pelabur dan Pengurus 81

2.8.1 Alasan Menceburi Bidang Perniagaan 104

2.9.1 Pemegang-Pemegang Lesen Berniaga Mengikut Kumpulan Etnik 113

dan Kawasan 1974/1975

3.2.1 Maklumat Spesies Burung Walit 125

3.2.2 Kandungan Kimia SBW Malaysia 127

3.2.3 Kandungan Kimia SBW Indonesia 127

3.2.4 Kandungan Kimia SBW Thailand 128

3.5.1 Maklumat Umum Industri SBW (Eco Park 2011) 151

3.5.2 Kronologi Harga SBW di Malaysia 156

3.5.3 Harga SBW Mengikut Gred 157

3.5.4 Grading SBW Kotor 158

3.5.5 Grading SBW Bersih 158

3.5.6 Lain-Lain SBW 158

3.7.1 Sumbangan Industri SBW Malaysia Tahun 2010 166

3.8.1 Perbandingan Kos Pembinaan dan Saiz RBW 174

4.5.1 Jumlah RBW Di Bawah Pemantauan Jabatan Veterinar Negeri 220

Kelantan Mengikut Jajahan Sehingga Jun 2014

5.2.1 Demografi Informan 250

5.4.1 Tema dan Sub Tema 258

5.4.2 Harga SBW Mengikut Gred dan Ciri-Ciri 268

5.5.1 Jangka Hayat Kelestarian 345

Page 15: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

SENARAI RAJAH

NO MUKA SURAT

2.5.1 Impak Keperluan Pasaran Kepada Kejayaan Perniagaan 47

2.7.1 Peranan EK Keusahawanan dalam Proses Permulaan Perniagaan 92

3.7.1 Peluang Kerjaya Dalam Industri SBW 172

4.4.1 1 Teori Kognitif Sosial (Wood dan Bandura,1989) 194

4.4.2 2 Model Sumber-Sumber Teori EK (Bandura,1986) 195

4.4.3 Peranan dan Proses EK dalam Memulakan Perniagaan 198

4.4.4 Kerangka Kajian Kelestarian Perniagaan 200

4.5.1 Kerangka Pensampelan Kajian 213

4.7.1 Gambaran Proses-Proses Epoche Dalam Fenomenologi 238

6.1.1 Hierarki IP Mengikut Penerokaan Ilmu (PI) Industri SBW 356

6.1.2 Kematangan Akal dan Ilmu Keusahawanan- Sumber: Dapatan Kajian 373

6.2.1 Tema-Tema dalam Efikasi kendiri (Dapatan Kajian) 399

6.3.1 Kemahiran-Kemahiran Pengurusan RBW bagi Usahawan yang 405

Lestari (Penemuan Kajian)

6.10.1 Model Kelestarian Usahawan SBW Melayu 441

Page 16: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

SENARAI RINGKASAN

1GP : Satu Garis Panduan

7BKU : Tujuh Bidang Keberhasilan Utama

AgroBank : Bank Pertanian Malaysia

ASPERUWA : Persatuan Peladang SBW Kota Pontianak

Burhan : Burung hantu.

BW : Burung Walit

CGC : Perbadanan Kemajuan Kredit

DEB : Dasar Ekonomi Baru

DPN : Dasar Pembangunan Nasional

EK : Efikasi kendiri

EKT : Efikasi kendiri Terkawal

EKTK : Efikasi kendiri Tidak Terkawal

FELDA : Federal Land Development Authority

FIDA : Lembaga Kemajuan Perusahaan Persekutuan

GAHP : Good Animal Husbandry Practice,(Amalan

Perladangan yang Baik) GLC : Government Linked Company (Syarikat Berkaitan

Kerajaan)

IF : Informan

IP : Ilmu Pengetahuan

IPF : Ilmu Pengetahuan Formal

IPTF : Ilmu Pengetahuan Tidak Formal

ITM : Institut Teknologi Mara

JPV : Jabatan Perkhidmatan dan Veterinar

KPIAT : Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani

MARA : Majlis Amanah Rakyat

MIDF : Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan

Malaysia Berhad MIEL : Syarikat Ladang Perusahaan Malaysia Sendirian

Berhad

MITI : Ministry of International Trade and Industry

MS : Malaysia Standard

PBT : Pihak Berkuasa Tempatan

PDPN : Pusat Daya Pengeluaran Negara

PERNAS : Perbadanan Nasional

PI : Penerokaan Ilmu

PKEN : Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

PKS : Perusahaan Kecil Dan Sederhana

PSBNK : Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri

Kelantan.

Page 17: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

RBW : Rumah Burung Walit

RISDA : Rubber Industry Smallholders Development

SBH : Sarang Burung Hitam

SBW : Sarang Burung Walit

SME Bank : Bank Pembangunan Usahawan

SME : Small and Medium Enterprises

SWOT : Strengths, Weakness, Opportunities, and Threats

TEB : Tabung Ekonomi Belia

TEKUN : Tabung Kumpulan Ekonomi Usaha Niaga Nasional

UDA : Urban Development Authority

Page 18: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

Kelestarian Usahawan Melayu Kelantan: Kajian Ke atas Industri Sarang Burung

Walit

ABSTRAK

Industri Sarang Burung Walit (SBW) mempunyai keunikan tersendiri. Ia hanya wujud di

kawasan Asia Tenggara kerana spesies burung walit hidup di ekosistem tropika lembap.

Industri ini telah dimonopoli oleh kaum Cina dan ia berkait rapat dengan budaya mereka di

Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Di Malaysia, industri SBW menyumbang sumber

pendapatan besar kepada pengusaha dan turut menjana ekonomi negara. Sejak

kebelakangan ini orang Melayu sudah mula terlibat dalam industri ini dengan bilangannya

yang masih rendah. Walau bagaimanapun, kebanyakan usahawan SBW Melayu

mempunyai kurang pengalaman dan kemahiran berkaitan perusahaan ini. Justeru, terdapat

satu kepentingan untuk membuat kajian secara mendalam ke atas usahawan SBW Melayu

berjaya untuk dijadikan panduan untuk meningkatkan kelangsungan industri ini di

kalangan orang Melayu. Kajian ini bertujuan meneliti peranan efikasi kendiri (self-efficacy)

ke atas usahawan SBW Melayu lestari. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan

pendekatan fenomenologi ke atas tujuh orang usahawan SBW Melayu berjaya dalam

industri ini di negeri Kelantan. Ia melibatkan proses percambahan dan eksplorasi terhadap

persoalan „kenapa‟ dan „bagaimana‟ usahawan Melayu membangunkan perusahaan ini.

Dalam kajian ini, soalan-soalan yang telah dikemukakan kepada usahawan adalah

berbentuk perkongsian pengalaman keusahawanan dan maklumat industri secara induktif

dan terperinci. Kaedah ini membolehkan penyelidik melakukan penelitian terhadap teori

efikasi kendiri dan seterusnya menilai pengaruh efikasi kendiri dalam kalangan pengusaha

SBW Melayu lestari. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati efikasi kendiri

memainkan peranan penting dalam kejayaan dan kelestarian sesebuah perusahaan SBW.

Khususnya, penguasaan ilmu pengetahuan, kematangan dalam membuat penilaian dan

keputusan, kemahiran pemilihan lokasi SBW, ilmu pengurusan rumah burung walit,

pengetahuan tentang gred sarang burung, dan jaringan sosial adalah pelengkap kepada

efikasi kendiri. Penemuan kajian ini telah menghasilkan Model Kelestarian usahawan SBW

Melayu yang menyenaraikan peringkat-peringkat penting yang perlu dilalui oleh usahawan

dan bakal usahawan SBW untuk mencapai kelestarian perusahaan mereka. Kefahaman

tentang proses mencapai kelestarian perusahaan SBW dapat membantu usahawan, bakal

usahawan, dan pihak berkepentingan dalam merealisasikan kelestarian industri ini di

Malaysia. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada peningkatan kefahaman tentang

fenomena usahawan dan keusahawanan dalam dunia akademik kepada pihak-pihak yang

berkaitan.

Page 19: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

The Kelantan Malay Entrepreneurs Sustainability: A Study on Birds’ Nest

Industry

ABSTRACT

The Edible Bird's Nest Industry (EBN) has its own peculiarities. It only exists in Southeast

Asia because the species of swiftlets live only in humid tropical ecosystems. In the said

region the industry is monopolized by the Chinese as it is closely related to their culture. In

Malaysia, the EBN industry accounts for a large source of income for entrepreneurs and

contributes significantly to the national economy. In recent years, Malays has started to

involve in this industry however the number is still low. Most of Malay EBN entrepreneurs

are lacking in experience and skills related to the industry. Thus, the interest of this studyis

to make in-depth study on successful Malay EBN entrepreneurs to serve as a guide for

improving the viability of this industry among the Malays. This study aims to examine the

role of self-efficacy on successful Malay EBN. This study is a qualitative research in nature

and used a phenomenological approach on seven Malay EBN entrepreneurs who had

succeeded in this EBN industry in the state of Kelantan. It involved the process of

germination and exploration of the question of 'why and how' Malay entrepreneurs

developed their ventures. In this study, questions were raised to the entrepreneurs by using

a phenomenological approach to share their entrepreneurial experience and industry

information inductively. This method allowed the researcher to scrutinize the self-efficacy

theory and evaluate the effect of self-efficacy among successful Malay EBN entrepreneurs.

Overall, this study found that self-efficacy of entrepreneurs plays an important role in the

success and sustainability of their works. In particular, the mastery of business knowledge,

maturity in judgment and decision making, site selection of EBN, management of swiftlets

nesting houses, knowledge about the grade of bird's nest, and social networks are

complementary parts of self- efficacy. The findings of this study contribute to Sustainable

Model of Malay EBN entrepreneurs, lists of important stages should be followed through

by the entrepreneurs and potential entrepreneurs of EBN to achieve sustainability of their

ventures. An understanding about the process of achieving sustainability of EBN ventures

can help entrepreneurs, potential entrepreneurs, and stakeholders. It is hopeful that this

study will increase understanding of the phenomena of entrepreneurs and entrepreneurship

in the academic world and to the parties concerned.

Page 20: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Kajian ini merupakan satu eksplorasi fenomenologi untuk mencari tema-

tema keusahawanan dalam industri Sarang Burung Walit (SBW) Melayu di

Kelantan. Penglibatan kaum Melayu dalam industri yang dipelopori oleh kaum

Cina menarik untuk diteliti sebagai tema utama kerana ia mampu menunjukkan

keistimewaan, fleksibiliti, daya tahan dan daya kelestarian yang dimiliki oleh

usahawan Melayu dalam perniagaan. Kajian ini bermanfaat kepada

perkembangan ilmu keusahawanan orang Melayu dan perkembangan dunia

akademik begitu juga kepada pembuat dasar. Fokus utama kajian menggunakan

teori ―self-efficacy‖ yang dibangunkan oleh Bandura (1977). Self-efficacy

diterjemahkan oleh Pusat Rujukan Persuratan Melayu, (salah satu badan rasmi di

bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai ―kemujaraban kendiri‖ pada

tahun 2009, namun ditukarkan kepada efikasi kendiri pada 5/11/ 2015‖ (Pusat

Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015).

Kajian ini menggunakan istilah efikasi kendiri (EK) sebagai merujuk

kepada self-efficacy. Aspek-aspek khusus yang mendorong kelestarian

perniagaan SBW diteliti menggunakan elemen dalaman dan luaran yang akan

diperoleh melalui dapatan kajian. Kedua-dua elemen ini akhirnya akan menjadi

Page 21: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

persoalan penting kajian ke arah percubaan untuk mencari tema-tema konseptual

kelestarian usahawan SBW Melayu di Kelantan.

1.2 Permasalahan Kajian

Isu kelestarian perniagaan usahawan Melayu Bumiputera, masih lagi

relevan menjadi fokus utama dalam usaha mengangkat peranan kaum bumiputera

menjadi usahawan yang berdaya saing (M. Rafi, A. Hanifah & N. Mazlan, 2012);

(T. Rosli, 2014); (Suraiya, Abd Hair, M. Yusof, A. Raflis, Sarmila, Suhana,

Zaimah, Azima, 2015). Persoalan bagaimana usahawan lestari menterjemahkan

kejayaan mereka dalam industri yang diusahakan menjadi isu penting untuk

diteliti. Begitu juga aspek ilmu keusahawanan dan peribadi orang Melayu dilihat

menjadi halangan kepada proses kelestarian (Mohd Fauzi, 1987), (T. Rosli, 2014),

(Saad, Ghani, & Ahmad, 2014) dan (Suraiya et al, 2015). Peribadi dan sikap

orang Melayu dianggap sebagai cabaran utama orang Melayu untuk mencapai

kejayaan dalam perniagaan (Shukor Omar, 2006). Manakala Baron, Mueller, &

Wolfe, (2016), seorang usahawan yang lestari dan berdaya saing harus

mempunyai efikasi kendiri yang sepadan dengan matlamat mereka dalam

perniagaan. Ini menjadikan persoalan sikap orang Melayu dan efikasi kendiri

menjadi isu utama yang turut mempengaruhi kelestarian perniagaan.

Antara permasalahan lain yang diketengahkan berkaitan dengan cabaran

khusus usahawan yang terlibat dalam perusahaan Sarang Burung Walit (SBW)

untuk berjaya dan mencapai kelestarian. Isu terbesar dalam industri SBW ialah

Page 22: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

80% usahawan yang terlibat dalam industri ini gagal kerana mereka tidak

memiliki pengetahuan mengenai tingkah laku burung layang-layang, menternak di

lokasi yang tidak betul atau reka bentuk ladang yang tidak sempurna (Lim,2007),

(―Sarang Burung‖,2008). Berdasarkan peratusan penglibatan orang Melayu

dalam industri ini yang lebih rendah dipercayai peratusan kegagalan di kalangan

orang Melayu lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain. Dalam industri SBW

menjadi perkara biasa bagi usahawan SBW untuk menunggu sehingga 3- 5 tahun

sebelum mendapat hasil (Barry, 2003). Mengikut Mulia (2010) seorang konsultan

BW dari Indonesia, usahawan RBW dianggap berjaya apabila BW telah

mendiami RBW lebih daripada 2 tahun. Menurut Lim (2007) RBW mencapai

kelas super A apabila mempunyai lebih 15 sarang burung dalam tempoh 6 bulan

selepas beroperasi. Begitu juga aspek kos permulaan yang tinggi diperlukan

untuk memulakan industri ini menjadi satu isu utama kerana ia melibatkan risiko

yang tinggi (Adha Ghazali, 2010). Oleh itu, secara keseluruhannya isu kelestarian

industri SBW Melayu bukan sahaja merangkumi persoalan sikap dan reaksi

usahawan Melayu tetapi merangkumi jenis industri berisiko dan kos yang turut

dilihat menjadi satu permasalahan kajian yang mencetuskan penyelidikan ini.

Mengikut laporan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Muda

Malaysia (Perdasama), (―Kembangkan Industri‖, 2012) terdapat seramai 4,286

usahawan terlibat dalam industri pengeluaran SBW yang berdaftar dengan

mereka. Jumlah ini dianggarkan hampir 20% daripada jumlah keseluruhan

pengusaha SBW di Malaysia (―Kembangkan Industri‖, 2012). Berdasarkan

maklumat yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan dan Statistik pada tahun 2010

Page 23: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

terdapat 41 buah Persatuan Usahawan Sarang Burung Walit yang didaftarkan

pada tahun 2010 di seluruh negara. Nilai output kasar yang disumbangkan oleh

ahlinya bernilai RM 3,007 juta sebulan dengan nilai harta tetap yang dimiliki pada

akhir tahun bernilai RM 14,216 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012a). Data

ini boleh menunjukkan satu sumbangan yang besar kepada pendapatan negara

dalam bidang pertanian jika dibandingkan dengan penternakan dan pembiakan

haiwan peliharaan yang hanya menyumbangkan nilai output kasar bernilai RM

2,763 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012a). SBW telah dianggap sebagai

satu sumber ekonomi baharu oleh auditor di dalam (―Kembangkan Industri‖,

2012). Oleh itu, industri SBW merupakan satu peluang besar yang sepatutnya

diceburi oleh usahawan tempatan.

Walaupun begitu, isu kos yang tinggi untuk membina RBW memerlukan

modal antara RM 200 ribu hingga RM 500 ribu bergantung kepada saiz bangunan

yang dibina dilihat sebagai cabaran utama dalam industri ini (Adha Ghazali,

2010). Modal yang besar dilaburkan memerlukan pulangan yang sepadan untuk

membolehkan usahawan menguruskan sumber kewangan dan pusingan modal

dengan baik. Ramai usahawan Melayu bermasalah dalam industri BW kerana

modal yang terhad (Wahab, 2010). Bantuan modal RM 30 ribu yang diperoleh

daripada skim pinjaman AgroBank tidak mencukupi untuk membina RBW

(Wahab, 2010). Tambahan pula industri SBW yang diusahakan tidak menjanjikan

jaminan hasil 100% seperti yang diharapkan. Akhirnya mereka terperangkap

dengan beban hutang dan masalah-masalah kewangan yang lain. Sekiranya

mereka membuat pinjaman bank, mereka berdepan dengan risiko bankrap dan

Page 24: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

kerugian. Tidak kurang juga ada antara mereka yang kehilangan aset bernilai

kerana pelaburan RBW tidak dapat menjamin hasil yang konsisten.

Cabaran lain yang sering dihadapi oleh pengusaha walit ialah persoalan

ketidaktentuan pasaran. Jabatan Perkhidmatan Veterinar melaporkan harga SBW

pernah mencapai harga tertinggi RM 6,000.00 dan jatuh pada harga RM 2,000

pada akhir tahun 2012 (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2012). Situasi turun naik

harga dilihat tidak sihat untuk pelaburan industri walit untuk jangka panjang. Ini

dijangkakan akan menyebabkan satu masalah yang lebih besar kepada usahawan

SBW Melayu kerana pasaran utama industri SBW terhad kepada eksport ke

negara China sahaja.

Negeri Kelantan dilaporkan sebagai negeri kedua terendah dari segi

sumbangan KDNK negeri selepas Sabah dengan kata lain dikelompokkan sebagai

negeri yang kurang membangun berbanding negeri-negeri lain pada tahun 2009

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010a). Sektor pertanian merupakan sektor kedua

terbesar yang menyumbang kepada KDNK negeri Kelantan selepas sektor

perkhidmatan (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010a). Industri SBW merupakan

salah satu aspek daripada industri pertanian yang dikira dalam KDNK Kelantan.

Industri SBW Kelantan menduduki tempat kedua dalam industri SBW asli selepas

Perak (―Ceburi Industri‖, 2011). Oleh itu, peluang ini seharusnya digunakan

seluas-luasnya oleh usahawan Kelantan untuk meletakan KDNK negeri Kelantan

di tahap yang lebih tinggi. Isu peluang, ruang dan kesedaran yang tersedia dalam

industri SBW merupakan hal penting yang perlu diberi perhatian oleh usahawan

Kelantan.

Page 25: KELESTARIAN USAHAWAN MELAYU KELANTAN: KAJIAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6644/1/Kelestarian .pdf · DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI SELAWAT DAN SALAM KE ... Akhirnya saya

Cabaran yang dihadapi oleh pengusaha RBW bukan hanya melibatkan

persoalan bagaimana mereka perlu memahami habitat BW sahaja. Perkara yang

lebih penting mereka juga harus berilmu, bijak menilai dan mengambil tahu isu-

isu semasa yang berlaku dalam industri SBW. Oleh itu, sebagai seorang

usahawan yang berdaya saing, cabaran dalam perniagaan dilihat sebagai sesuatu

cabaran yang perlu diatasi oleh mereka bukan sebaliknya. Persoalan sikap dan

personaliti usahawan mengikut teori EK wajar menjadi teras utama yang perlu

diteliti sepenuhnya. Ini membawa kepada penemuan tema-tema baharu yang

secocok dengan usahawan industri SBW.

1.3 Persoalan Kajian

Disenaraikan empat persoalan kajian yang melibatkan usahawan Melayu Kelantan

dalam industri SBW menerusi aspek efikasi kendiri untuk diteliti;

i. Bagaimanakah usahawan lestari membuat persiapan efikasi kendiri

yang diperlukan untuk terlibat dalam perniagaan ini?

ii. Bagaimanakah reaksi usahawan lestari apabila berhadapan cabaran-

cabaran dalam perniagaan?

iii. Apakah kemahiran pengurusan perusahaan yang membantu

usahawan SBW untuk mencapai kelestarian?

iv. Apakah faktor yang mendorong usahawan SBW lestari terlibat

dalam perusahaan ini?