Upload
muhamad-hafiza
View
29
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pjk
Citation preview
1. KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASI
Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada pengajaran saya ini.
Pertamanya adalah padang atau tempat yang saya gunakan sedikit basah dan licin. Penggunaan
tempat yang basah dan licin ini adalah kerana kebetulan pada masa saya hendak menjalankan
amali ini hujan berterusan selama 2 minggu jadi saya terpaksa menjalankan juga aktiviti amali
ini. Tetapi Alhamdulillah kerana tiada perkara yang buruk terjadi. Penggunaan padang yang
basah n licin ini adalah sangat berbahaya terutama apabila menjalankan aktiviti pendidikan
jasmani. Ini kerana pelajar mudah untuk jatuh atau pun tersalah urat jika guru mengarahkan
pelajar melalukan aktiviti. Jadi dimasa hadapan saya sepatutnya menggunakan dewan terbuka
menjalankan aktiviti ini bagi mengelakkan dari sebarang kecederaan.
Penggunaan dailek tempatan digunakan semasa pengajaran. Ini adalah sangat tidak sesuai kerana
jika terdapat pelajar yang bukan orang tempatan mereka akan menghadapi kesukaran untuk
memahami apa yang diajar oleh saya semasa ujian amali tersebut. Selain itu pelajar juga boleh
tersalah taksir apa yang hendak disampaikan oleh guru kepada mereka. Oleh itu penggunaan
bahasa standart adalah paling sesuai digunakan semasa pengajaran dijalankan.
Selain itu apabila dinilai semula pangajaran saya, saya lihat pengajaran saya banyak kepada
pengajaran satu hala. Ini kerana hanya saya yang banyak mengarah apa yng perlu dibuat tanpa
ditanya atau disoal oleh pelajar. Hal ini akan menyebabkan pelajar menjadi cepat bosan dan
banyak melakukan aktiviti lain dari yang sepatutnya. Saya sepatutnya bersama-sama dengan
pelajar bermain diakhir pengajaran bagi membangkitkan rasa minat dikalangan pelajar. selain itu
saya dapat memberi contoh atau demo kepada pelajar tentang teknik dan kemahiran yang saya
ajar sebelum itu.
Sekian terima kasih.