Upload
munirah-talib
View
448
Download
17
Embed Size (px)
Citation preview
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
1/43
Jenis-jenis Model yang digunakan untuk menangani masalah tingkah laku David oleh
Mr. Robert.
Carta pai yang menunjukkan jenis-jenis Model yang diaplikasi dalam menangani kes
masalah tingkah laku David.
Model Kounin
Model Disiplin Tegas(Asertif)
Model Skinner
Model Akibat LogikalDreikurs
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
2/43
Model Pengurusan Kelompok ( Kounin)
Model Pengurusan Kelompok atau Model Kounin dipelopori oleh Jacob Kounin.
Jacob Kounin merupakan seorang teoris dalam pengurusan bilik darjah. Dalam Model
Kounin terdapat dua entiti utama iaitu
a) Disiplin
b) Pengajaran
Disiplin di sini membawa maksud usaha guru untuk mengekalkan tingkah
laku yang baik dalam bilik darjah. Manakala, pengajaran pula bererti usaha membantu
pelajar memperoleh maklumat dan kemahiran. Kounin telah berusaha dengan cuba
untuk mengubah corak pemikiran dengan mengintegrasi nilai pengajaran dan disiplin.
Kounin terkenal dengan Konsep Kesan Riak. Ia berpunca daripada satu
peristiwa yang berlaku semasa beliau mengajar Ilmu Kesihatan.
Situasi :
Seorang pelajar yang duduk di belakang membaca surat khabar semasa
Kounin sedang mengajar di depan kelas. Surat khabar itu telah dibentangkan
sepenuhnya sehingga dia tidak dapat melihat muka beliau. Tindakan yang telah diambil
oleh Kounin ialah untuk meminta pelajar tersebut untuk berhenti membaca surat khabar
dan tumpukan perhatian dalam kelas. Apabila pelajar tersebut akur dengan arahan
beliau secara automatiknya segelintir pelajar lain yang turut tidak menumpukan
perhatian dalam kelas mula mengikuti pelajaran hari tersebut. Sebelum itu, mereka
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
3/43
sedang bercakap dengan rakan, mengedar nota dan sebagainya. Melalui tindakan
pelajar dalam kelas itu, Kounin mengetahui bahawa bukan cara guru bertindak sebagai
reaksi tetapi cara guru untuk menangani sesuatu masalah tingkah laku yang
mencetuskan reaksi positif atau negatif dalam diri pelajar.
Cara Cikgu Robert mengamalkan Model Kounin
Cikgu Robert jugamengendalikan teoribersatu padu atau
kerjasama dalamkelas matematiknya.
Dia memberitugasan yangmelibatkan kerjakumpulan dalamkelas Matematiknya.
Cikgu Robert selalu
berwaspada bunyi
bising yang dilakukan
oleh David dalam bilikdarjah.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
4/43
Teknik-teknik Pengurusan Bilik Darjah oleh Kounin
Teknik Huraian Ringkas Tindakan Guru
With-itness Kebolehan guru
mengetahui apa yang
sedang dilakukan oleh
semua murid pada setiap
masa.
Peka terhadap bunyi dalam bilik
darjah.
Susun kerusi dan meja murid
supaya tiada yang terselindung.
Semasa member bimbingan
peribadi, pastikan tidak
membelakangkan murid yang
lain.
Maklumkan apabila mengesan
salah laku yang timbul agar
dapat mengawalnya sebelum
bertambah buruk.
Bertindak-tindih Kebolehan guru untuk
menangani dengan
berkesan dua peristiwa
pada satu masa yang
sama.
Sambil menumpukan perhatian
kepada satu kumpulan, guru
perlu juga prihatin terhadap apa
yang berlaku di sekeliling,
misalnya: gerak-geri murid yang
duduk di barisan belakang.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
5/43
Kelicinan Kebolehan guru untuk
membuat peralihan licin
antara dua aktiviti
pembelajaran.
Membuat perancangan awal agar
dapat mengawal berlakunya
perkara-perkara ynag tidak
berkaitan.
Tidak mengganggu murid yang
sedang membuat kerja.
Bantu murid yang menghadapi
masalah.
Momentum Kebolehan guru
memastikan pembelajaran
berlaku pada kadar yang
stabil.
Tidak mengulang konsep kecil
yang telah difahami.
Betulkan kesilapan murid tanpa
membibir, kemudian teruskan
dengan pengajaran lanjut.
Benarkan murid bergerak dari
satu aktiviti lain tanpa dipaksa
untuk menunggu murid yang
agak lambat.
Kepekaan
Kelompok
Kebolehan guru untuk
mengekalkan penglibatan
aktif murid dan
mewujudkan minat
mereka.
Kemukakan soalan setelah
pastikan tumpuan semua murid.
Wujudkan minat murid melalui
soalan yang bercorak suspens.
Minta seluruh kelas menjawab
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
6/43
bersama-sama.
Mengelilingi kelas sambil minta
murid tunjukkan hasil kerja
masing.
Minta seorang murid menjawab
sambil memandang ke arah
murid yang lain.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
7/43
Teknik-teknik dalam Model Kounin
Teknik-teknikdalam Model
Kounin
With-itness
Bertindan-tindih
KelicinanMomentum
KepekaanKelompok
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
8/43
Penilaian Terhadap Kekuatan dan Kelemahan Kelompok Kounin
KEKUATAN
KELEMAHAN
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
9/43
KEKUATAN
KELEMAHAN
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
10/43
KEKUATAN
KELEMAHAN
Tidak berunsurkanhukuman yang hanyaberkesan dalam jangkamasa yang singkat.
Agak mencabar bagi guru yangperlu mengambil tindakanterhadap dua atau lebihkelompok pada satu masa yangsama.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
11/43
engenalan
Pengurusan bilik darjah adalah amat penting agar focus dan matlamat pelajar tidak
tersasar dari pengajaran dan pembelajaran. Menurut pentadbir sekolah dan guru-
guru, pengurusan bilik darjah adalah sinonim dengan pengawalan disiplin.
Menurut American Heritage Dictionary of
English Language,
Perkataan Disiplin merujuk kepada
mencegah atau menghukum salah
laku yang timbul .
Disiplin juga bermaksud latihan yang
dijangkakan menghasilkan watak yang
khusus atau pola tingkah laku.
Disiplin ialah peraturan yang dibentuk
mengekalkan kawalan bilik darjah
yang baik.
Merupakan usaha guru dalam
membantu murid-murid berkelakuan
baik.
Disiplin ialah hukuman yang
bertujuan
membetulkan/melatih tingkah
laku yang terkawal lanjutan
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
12/43
Model-model Pengurusan Bilik Darjah
Model-model pengurusan bilik darjah ini diutarakan oleh ahli-ahli teoris, para
pendidik dan pengamal. Ia dirangka berasaskan darjat kawalan yang berbeza iaitu
daripada kawalan kendiri.
Perspektif mengenai Pengurusan Bilik Darjah.
Pengurusan bilik darjah adalah satu disiplin.Contoh: Dari tahun 1970-1980 guru-guru perlumemastikan keselamatan bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem.Contoh: Guru merangka satu pelan pencegahanberbanding dengan menyediakan satu senaraitindak balas bagi menagani masalah tingkah lakuyang timbul.
Pengurusan bilik darjah sebagai satupengajaran. Contoh: Pembentukan pengawalantingkah laku murid-murid mewujudkan peluang ,memupuk hubungan guru-murid serta kawalankendiri murid.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
13/43
Fokus Utama: 4 Model yang mengandungi unsur disiplin.
ModelPengurusanBehavioral/ModifikasiTingkah lakuSkinner
Model DisiplinAsertif Canter
Model AkibatLogikal
Dreikurs
ModelDisiplin BilikDarjah PositifJones
Persamaan antara 4 Model
Guru bertanggungjawab untuk mengekalkan kawalan bilik darjah.
Disiplin mendahului pengajaran perlu wujud konsekuen bagi tingkah
laku yang kurang sesuai.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
14/43
Terdapat 5 model dalam pengurusan bilik darjah
MODIFIKASITINGKAH LAKU
SKINNER
MODEL DISIPLINASERTIF CANTER
MODELPENGURUSAN
KELOMPOKKOUNIN
TERAPI REALITIGLASSER
MODEL AKIBATLOGIKAL
DREIKURS
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
15/43
7 Model Lain yang berkaitan Dengan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Pelajar
Model TerapiRealiti
DisiplindenganDigniti
Curwin &Mendler
MelangkahDisiplin Kohn
ProgramOrganisasi
Bilik Darjah&Pengurusan
Everston
ModelDisiplin
DalamanColoroso
Model AliranKemahiranGoldstein&Mc Ginnis
ModelPenyelesaian
Konflik &MediasiRakan
Sebaya
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
16/43
Teori-teori lain yang boleh dikaitkan:
Teori Psikososial Erik Erikson
-Regulasi dan KompetensiEmosi
Teori Perkembangan MoralPiaget
Teori Perkembangan MoralLawrence Kohlberg
Pra Konvensional
i) orientasi kepatuhan danhukuman
ii) orientasi jangkaan individu
Teori Trait Gordon Apport
Teori Trait Raymond Catell
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
17/43
1. Teori Psikososial Erik Erikson
Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu
individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personality seseorang kanak-
kanak dibentuk hasil daripada perkembagan psikososial ini. Kejayaan atau kegagalan
menyelesaian krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri
seseorang individu dan dalam kes ini ialah David. Pada tahap 4th Standard David
berada dalam peringkat Industri lawan rasa rendah diri. Kegagalan David untuk
menyiapkan kerja rumah dan menyusahkan pelajar lain menyebabkan David tidak
disenangi oleh rakan sekelas dan gurunya Cikgu Robert. Walaupun masalah rendah diri
tidak begitu menonjol dalam situasi ini namun kita boleh lihat bahawa ketidakupayaan
David dalam membentuk hubungan psikososial yang baik dengan rakan sekelas. Ini
sekaligus membawa kepada masalah tingkah laku dalam diri David.
Regulasi Emosi ialah cara yang berkesan untuk mengawal ledakan emosi
supaya individu boleh mengawal diri dalam suatu keadaan. Di bawah adalah beberapa
idea yang dikemukakan oleh Carolyn Saarni (Santrock, 2007) bagi mengatasi masalah
emosi yang dialami oleh David, En. Robert dan rakan sekelas David.
Kemahiran Contoh
1. Kesedaran emosi diri sendiri. Boleh membezakan emosi diri dalam
pelbagai keadaan.
Contoh 1: Cikgu Robert harus
mempraktikkan diri untuk bersabar dan
tidak cepat naik angin semasa berada
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
18/43
dalam kelas.
Contoh 2: David memberitahu bahawa
segalanya adalah kerana kesilapannya
dan dia berjanji untuk insaf tetapi gagal
melakukannya. Tetapi, dia masih
mengulangi kesilapannya selepas
beberapa hari dia bertaubat.
2. Mengenalpasti emosi orang lain. Memahami keadaan emosi orang lain.
Contoh 1: Kegagalan David tidak
berkerjasama dalam kumpulan telah
mengurangkan prestasi keseluruhan
kumpulannya.
Contoh 2: David juga mengganggu
pelajar-pelajar lain semasa mereka
membuat aktiviti kumpulan.
3. Menggunakan perkataan-
perkataan yang menggambarkan
emosi yang releven dengan
situasi yang dihadapi.
Menggunakan perkataan yang
menggambarkan emosi dalam situasi
tertentu dengan tepat dan sesuai.
Contoh : Jika David tidak mahu rakan-
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
19/43
rakan sekelasnya memandang rendah
terhadap David, Cikgu Robert meminta dia
mengubah sikapnya.
4. Berempati dan simpati dengan
keadaan yang dialami oleh orang
lain.
Sensitif terhadap perasaan orang lain
yang sedang kecewa atau terduka.
Contoh 1: Cikgu Robert harus
membincangkan dan menerangkan salah
anggapan David itu dengan jelas dan pada
masa yang sama beliau harus memastikan
David tidak berasa terancam.
Contoh 2: Secara tidak langsung tingkah
laku David telah menunjukan bahawa dia
tidak menyukai Cikgu Robert dan rakan
sekelas barunya. David seharusnya
memahami kekecewaan Cikgu Robert dan
rakan sekelasnya disebabkan oleh
tindakannya.
5. Menyedari bahawa emosi
dalaman tidak semestinya diluah
secara luaran.
Seseorang yang sedang marah tidak
semestinya menunjukkan kemarahan
secara fizikal.
Contoh 1: Cikgu Robert mengunci tangan
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
20/43
David dan memaksanya pergi ke bilik guru
besar bersama dengannya
Contoh 2: Pada suatu hari, Cikgu Robert
tidak membenarkan David keluar pada
waktu rehat kerana dia tidak menyiapkan
kerja rumah yang diberi olehnya.
6. Mengawal emosi negatif dengan
meregulasikan emosi tersebut.
Mengawal marah dengan meninggalkan
situasi yang menyebabkan emosi
tersebut atau fikirkan atau berkongsi
perkara-perkara yang boleh meredakan
perasaan marah.
Contoh 1 : Semasa berbincang dengan
Cikgu Robert secara peribadi dalam bilik
darjahnya yang kosong, David
memberitahu tentang sebab-sebab David
berkelakuan kurang senonoh dalam bilik
darjahnya.
7. Sedar tentang keupayaan emosi
yang dapat mempengaruhi
sesuatu hubungan.
Menunjukkan kemarahan kepada
seseorang rakan yang boleh
menjejaskan persahabatan dan nama
baik.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
21/43
Contoh 1: Kegagalan David tidak
berkerjasama dalam kumpulan telah
mengurangkan prestasi keseluruhan
kumpulannya.
Contoh 2: Apabila rakan sekelas David
ingin membantunya, dia menghancurkan
usaha mereka.
Contoh 3: David juga mengganggu
pelajar-pelajar lain semasa mereka
membuat aktiviti kumpulan.
Contoh 4: David menghentam barang-
barangnya ke atas meja sehingga
pensilnya melantun ke arah dinding
semasa aktiviti kumpulan Matematik.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
22/43
Teori Perkembangan Moral Piaget
Teori Perkembangan mengkaji pemikiran kanak-kanak dalam menaakul dan
memberi hujah terhadap persoalan yang terlibat dengan moral. Kanak-kanak melalui 3
peringkat dalam pemikiran moral:
i) Umur 4-7 tahun (Peringkat moral heteronomus)
Tahap ini merupakan peringkat perkembangan moral. Masalah masalah
yang dihadapi oleh David pada tahap ini tidak dinyatakan dalam petikan.
Namun, tindakan negatif David mungkin berpunca daripada peringkat
moral heteronomus. Peringkat ini boleh dinilai melalui akibat sesuatu
tindakan.
ii) Umur 7-10 tahun (Peringkat transisi)
Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada
ciri-ciri peringkat seterusnya.
iii) 10 tahun ke atas
Mula menyedari peraturan dan undang-undang dicipta oleh manusia dan
bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan
niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral
berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkah
laku. David berada peringkat ini. Dia sudah mula memberi masalah
kepada rakan sekelas dan Cikgu Robert hanya untuk menarik perhatian
mereka.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
23/43
Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg
Kohlberg berpendapat,
Penaakulan moral berkait rapat dengan
perkembangan kognitif seseorang individu walaupun
kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang
tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
24/43
Tahap 3: Pos- Konvensional
- Penaakulan yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap inindividu mula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain di dalam penaakulanmoral. David belum menguasai tahap ini.
Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hakindividu
Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat
Tahap 2: Konvensional
-Tahap pertengahan di mana individu mula mengaplikasi peraturan yang ditetapkan olehibubapa, guru dan komuniti. Dalam kes ini, David tidak mengorientasikan perlakuan yanagbaik.
Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik
-Para pelajar mengaplikasi ukuran moralyang ditetapkan oleh Cikgu Robert.
Peringkat 4: Akur kepada sistem sosiadan etika peraturan
- Penaakulan moral oleh semua pelajarberdasarkan peraturan, undang-undangdan ketetapan oleh pihak sekolah.
Tahap 1: Pra- Konvensional
-Tahap paling bawah penaakulan moral. Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran atau
hukuman.
Peringkat 1: Orientasi kepatuhan danhukuman
- Murid mematuhi atau mengikuti arahankerana takutkan hukuman yang akanditerima sekiranya melanggar peraturan.
Peringkat 2 : Orientasi jangkaan individuTingkah laku didorong untuk memuaskankehendak sendiri iatu mendapat ganjaranselepas melakukan sesuatu yang diarah.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
25/43
Teori Trait Gordon Allport
Menurut Allport, personaliti merupakan satu organisasi dinamik seseorang
individu yang menentukan kebolehan penyesuain yang unik terhadap persekitaran.
Beliau berpendapat manusia mempunyai trait dan sifat-sifat tertentu. Oleh itu, beliau
mengklasifikasikan trait manusia kepada 3 jenis iaitu
a) Trait Kardinal
b) Trait Pusat
c) Trait Sekunder
TraitKardinal
Memperlihatkan individu mengorganisasikan keseluruhan dirinya.
Contoh: David mahukan perhatian Cikgu Robert. Oleh itu, dia seringmembuat bising tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
Trait Pusat
Kesabaran, kejujuran, kemurungan dan ketegasan yang hanyaberpengaruh terhadap beberapa situasi yang terhad.
Cth: Robert telah mengheret David ke bilik pengetua danmenempatkan David di meja pelajar dalam bilik pengetua danmenasihatinya.
TraitSekunder
Sifat yang mengawal perlakuan manusia secara spesifik dan tidakbegitu ketara. Hanya beberapa rangsangan sahaja yang menonjolkantrait ini.
Cth: Keadaan berubah setelah Robert menasihati David. Davidmenunjukkan sedikit perubahan dalam tingkah lakunya danmemperbaiki prestasi pembelajarannya.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
26/43
Teori Trait Raymond Catell
Cartell menyifatkan personaliti manusia sebagai gabungan beberapa trait yang
khusus yang berupaya menghasilkan sifat serta tingkah laku. Personaliti merupakan
sesuatu yang berupaya menghasilkan sifat serta tingkah laku yang konsisten.
Personaliti merupakan sesuatu yang membenarkan kita membuat ramalan apa yang
akan dilakukan oleh seseorang dalam sesuatu situasi.
Cartell telah menghasilkan 16 PF (Personality Factor), yang mewakili personaliti
dan dinamakan sebagai trait sumber. Trait Sumber merupakan sifat-sifat yang tidak
dapat dilihat secara jelas tetapi boleh dikenal pasti melalui kaedah analisi faktor, iaitu
data-data yang diambil melalui soal selidik,pemerhatian dan soalan objektif.
Trait-trait ini saling berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan
tingkah laku yang dapat diperhatikan dan dinamakan trait permukaan. Trait permukaan
adalah suatu sifat yang dapat dikenal pasti tingkah laku manusia secara langsung.
Misalnya, trait pemarah dan berdendam. David berkonsep saya hanya penting bila
saya menyakitkan orang lain. Inilah sebab utama David mencuri jam tangan Bob.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
27/43
Model Pengurusan Bilik Darjah dan Prinsip-prinsip yang ada di dalamnya
Model Disiplin Dalaman Colorso, Model Aliran Kemahiran Goldstein dan
McGinnis dan Model Penyelesaian Konflik dan Mediasi Rakan Sebaya Bodine dan
Crawford. Model-model ini berpegang kepada prinsip-prinsip:
Persamaan Prinsip-prinsip dalam Model Disiplin
Dalaman Colorso, Model Aliran Kemahiran Goldsteindan McGinnis dan Model Penyelesaian Konflik dan
Mediasi Rakan Sebaya Bodine dan Crawford.
Pemupukankemahiran tingkah
laku dan sosialyang wajar dapatmembantu murid-
murid membentukinterksi positifsepanjang hayat.
Jikalau keganasanboleh dipelajari, ia
pasti bolehdihapuskan.
Pencegahan
keganasan dalamkalangan muridmelaluipembentukankepercayaan,sikap dan tingkahlaku.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
28/43
Modifikasi Tingkah laku Skinner
Suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi
prinsip-prinsip pelaziman. Peneguhan positif dan peneguhan negatif. Tingkah laku yang
baik boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan.
Dalam Situasi yang dikemukakan dalam Stealing Time:
Contohnya, Robert boleh menggunakan kaedah Token
Economy untuk memajukan prestasi David.
Selain itu, Robert perlu mencari jalan penyelesaian yang
betul bagi mengatasi tingkah laku David yang tidak diingini.
Tetapi, Robert tidak mempedulikan sikap David pada awal dan hanya suruh dia
duduk di belakang kelas semasa dia buat bising.
Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali
sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan
tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan
kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini
berbentuk ganjaran material, kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negative adalah
Menurut ahli Behavioris
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
29/43
rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang
diingini. Contohnya,
Situasi 1: Cikgu Robert menahan David daripada keluar rehat kerana tidak menyiapkan
kerja yang diberikan. Tindakan ini memberi kesan ke atas David di mana dia telah
meluahkan perasaannya terhadap rakan sekelasnya kepada Cikgu Robert.
Situasi 2: Cikgu Robert mara ke meja David dan menjerit padanya sambil mengatakan
ini bukan apa yang kita lakukan di sini, kamu juga tidak diharapkan di sini dan cukup
apa yang kamu telah lakukan selama ini. Beliau juga memberikan denda pada David
melalui mengheret David ke pejabat pengetua dan menempatkannya di meja pelajar
yang terdapat di pejabat tersebut. Perbuatan Cikgu Robert ini tidak mengeluarkan hasil
sebenarnya. David hanya mendengar cakap Cikgu Robert untuk tempoh yang singkat
sahaja; selepas itu David kembali berkelakuan seperti dahulu. Dalam kes ini peneguhan
negatif tidak memberi kesan sama sekali.
Modifikasi Tingkah Laku Skinner memberi kesimpulan bahawa sesetengah
tingkah laku memerlukan pengukuhan secara berperingkat- peringkat, manakala ada
yang Berjaya membentuk tingkah laku sama ada baik atau buruk, wajar atau tidak wajar
boleh dipelajari dan dikekalkan melalui pengukuhan. Dengan kata lain, tingkah laku
dilazimkan oleh konsekuen yang timbul: ia akan bertambah teguh jika pengukuhan
diberikan Dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan
tidak diberikan.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
30/43
Modifikasi Tingkah Laku Skinner dapat membantu Masalah David sekiranya Cikgu
Robert mengaplikasinya dalam cara-cara berikut:
Cikgu Robert perlu mengenal pasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi oleh
David dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya.
Selain itu, Cikgu Robert perlu menjelaskan tentang akibat yang akan dia terima
atas sikap yang tidak diingininya pada David.
Selain itu, Cikgu Robert tidak harus selalu mendenda David malah mendorong
dia dan memberi peneguhan positif atau peneguhan negatif.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
31/43
Kekuatan dan Kelemahan Model Modifikasi Tingkah Laku
Kekuatan
Strategi- strategi modifikasi tingkahlaku mempunyai kebolehpercayaanyang tinggi kerana telah melaluipenyelidikan secara meluas sertasering disokong sebagai strategidisiplin yang berkesan.
Penggunaan strategi modifikasitingkah laku mendesak guru
menjadikan lebih sedar serta pekatentang apa yang berlaku dalambilik darjah.
Program modifikasi tingkah lakumemastikan agar guru menjadi lebihtekal dari segi penyelesaianmasalah disiplin dalam bilik darjah.
Kelemahan
Memanipulasi murid untukmelakukan sesuatu kerana inginkanganjaran yang dijanjikan; bukankerana kepuasan intrinsik.
Agak merbahaya jika digunakanoleh guru yang kurang peka dantidak beretika; boleh menimbulkan
rasa benci dalam murid terhadapsekolah.
Ganjaran bagi seorang muridmungkin merupakan hukuman bagimurid yang lain; agak sukarmengenalpasti ganjaran yangselaras dengan keperluan murid.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
32/43
Model Disiplin Asertif Canter
Ass ert iveness ski l ls al low yo u to commun icate to students that you
are ser ious about teaching and about maintaining a classroom in which
everyones rights are respected
(Carolyn M.Evertson, Edmund T.Emmer, Murray E.Worsham:153).
Pada pandangan ketiga-tiga orang di atas ini, Model Disiplin Asertif
membantu guru mengajar dan menguruskan bilik darjah secara efektif sekaligus
memastikan setiap murid dihormati di dalam kelas tersebut. Model Disiplin Asertif telah
dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976.
Cikgu Robert telah menggunakan Model Disiplin Asertif canter bagi menangani
kes David ini. Menurut Marlene Canter, guru mempunyai hak untuk menentukan dan
mengamalkan peraturan dan mengarahkan murid untuk mematuhinya.
Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri. Pertamanya adalah guru harus
memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Tanggungjawab merupakan nadi
disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu guru
harus merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid
mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.
Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter,
guru asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah. Pada pandangan mereka
jika mereka ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan mereka
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
33/43
hendaklah sentiasa bersifat tegas . Perbuatan mereka ini memberi rasa tidak tidak
selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka.
Perkara inilah berlaku pada David. Cikgu Robert juga bersifat asertif kerana
menganggap David sebagai pesalah; perbuatan beliau ini telah menimbulkan rasa tidak
puas hati pada David. Mengikut Disiplin Asertif Canter, guru berkuasa menetapkan
peraturan bilik darjah. Cikgu Robert telah mengikut ciri disiplin asertif ini apabila beliau
menetapkan peraturan dalam kelas beliau, tetapi David menganggap perbuatan cikgu
Robert ini sebagai merebut kuasa dengan diri dia. Hal ini memang terbukti apabila
Cikgu Robert berkata, Saya yang berkuasa di kelas itu dan semua akan mengikut cara
saya. Ini kerana cara saya dapat memanfaatkan pelajar lain di kelas tersebut. Di sini
jelas terbukti bahawa Cikgu Robert mengamalkan Disiplin Asertif Canter. Masalah
hanya muncul apabila David salah anggap perbuatan Cikgu Robert yang menetapkan
peraturan kelas dengan sistematik.
Bagi mengelakkan masalah ini daripada berterusan Cikgu Robert boleh
Cuba kekalkan persekitaran pembelajaran yang positif.
Alihkan fokus David ke tempat lain. Penyediaan ABM yang menarik.
Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari tingkah lakunya.
Bertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
34/43
Ciri-ciri guru asertif
Guru asertif percaya bilik darjah di bawah kawalan guru yang tegas adalah yang
terbaik untuk murid-murid mereka.
Dengan adanya disiplin asertif, interaksi di antara guru dengan murid adalah
positif dan secara berhormat apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang
sesuai dalm bilik darjah.
Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak
menggunakan stail kasar, menyindir, ataupun bermusuhan.
Guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap
dengan hormatnya kepada mereka, dan melayani setiap individu secara adil.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
35/43
Ciri- ciri guru Asertif yang ditonjolkan oleh Cikgu Robert
Akibatnya dia dapatmengendalikan kelas denganbaik dan pelajar dia pun tahu
bagaimana hendakberkelakuan dalam bilik darjah
setiap masa.
Contohnya,Robert kukuh
dalam hal disiplintetapi denganmenurut
peraturan yangadil.
Robert mendapati
bahawa pelajarnyalama-kelamaan
menurut apa yangdia mahu. Inikerana dari
pandangan beliau,jikalau dia jujur
dengan pelajarnya,mereka pun akanjujur dengan dia.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
36/43
Kekuatan dan kelemahan Model Disiplin Asertif
Memanfaatkan guru .Sebaik sahaja pelan
disiplin dibentuk dandiluluskan oleh pihakpentadbir, guru hanya perlumerujuk maklumat yangsedia ada untukmenangani masalahtingkah laku.
Tindakan ke atas tingkahlaku murid dan bukan keatas wataknya. Apabilaperaturan dilanggar, gurukuatkuasakan konsekuenyang setimpal tanpa sikapsubjektif.
KekuatanKejayaan mencegah murid
daripada melakukan salahlaku tidak boleh dianggapkebersanan programdisiplin. Murid perlu diajartentang kepentinganberkelakuan baik.
Mewujudkan persekitaranyang bersifat autoritarian dimana pelajar hanya akurkepada kehendak guru.Murid perlubertanggungjawab atas
sebarang salah laku yangtimbul.
Kelemahan
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
37/43
Model Akibat Logikal Dreikurs
Model Akibat Logikal telah dikemukakan oleh Dreikurs. Model ini juga dikenali
sebagai Model Disiplin Sosial. Model ini dibentuk berasaskan empat premis asas Teori
Sosial Adler:
Fokus utama Dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat
demokratik dan murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin mengawal suasana
dalam bilik darjah tidak seharusnya menggunakan hukuman.
1. Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas
mereka ialah ingin dimiliki atau menjadi ahli/anggota
sesuatu kelompok.
2. Kesemua tingkah laku adalah bersebab.
3. Manusia ialah organisma yang berupaya membuat
keputusan.
4. Realiti dipersepsikan oleh manusia. Oleh itu, boleh
berlaku salah tanggapan ataupun bias.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
38/43
Menurut Dreikurs lagi,
masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdiri terdorong oleh motif-motif murid seperti:
( i ) inginkan perhatian
(ii) menggunakan kuasa
(iii) membalas dendam
(iv) memaparkan kekurangan
Sekiranya motif inginkan perhatian dipenuhi, maka motif-motif lain tidak akan timbul.
Oleh itu, adalah sangat penting bagi guru membantu murid-murid memahami
motif masing-masing dalam usaha membasmikan tingkah laku bermasalah. Bagi
menyelesaikan masalah tersebut, mereka perlu mengetahui pengurusan tingkah laku
bermasalah berkesan apabila mereka menerima akibat logikal yang setimpal dengan
tingkah laku tersebut.
Individu yang bertingkah laku buruk adalah akibat kekurangan keperluan
kepunyaan dalaman dan memberi sumbangan kepada sesuatu kumpulan sosial
yang berinteraksi dengannya.
Untuk memenuhi kekurangan keperluanya, individu itu akan berusaha untuk
menggunakan tingkah laku yang tidak diingni untuk mencapai matlamatnya.
Sebab pertama individu bertingkah laku buruk ialah keperluan perhatian.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
39/43
Menyelesaikan masalah dengan Teori Akibat Logikal Dreikurs.
Contohnya, David mengganggu pelajar lain dan
membuat bising dalam kelas untuk menunjukkan
bahawa dia tidak minat dengan kelas Cikgu
Roberts.
Tetapi Cikgu Roberts berfikir bahawa David
berkelakuan kurang baik kerana dia cuba
memperoleh kembali perhatian sesuai bagi dia
yang diproleh dalam kelas pelajaran khas
Cikgu Robert menjelaskan pada David akibat
sikap dia pada diri sendiri dan juga pelajar lain
dalam kelas itu.
Semasa berbincang dengan David secara peribadi
dalam bilik darjahnya yang kosong, Cikgu Robert
mendapat tahu tentang sebab-sebab David
berkelakuan kurang baik dalam bilik darjahnya.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
40/43
Kekuatan dan kekurangan Model Akibat Logikal Dreikurs
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
41/43
Model Terapi Realiti Glasser
Pada tahun 1965, Glasser telah mengemukakan Terapi Realiti. Beliau telah
mencabar persepsi umum yang menyatakan bahawa motivasi intrinsik yang
menggerakkan tingkah laku murid dan bukannya motivasi ekstrinsik.
3 Prinsip Terapi Realiti :
TerapiRealitiGlasser(Prinsip
1) Setiap individu
bertanggungjawabatas tingkah lakumasing-masing.Tingkah laku tidakboleh dianggapsebagai hasilmasyarakat, warisanatau masa lampauseseorang.
TerapiRealitiGlasser(Prinsip
2) Setiap individu
berupaya untukberubah dan hidupsecara berkesansekiranya diberikanbimbingan dansokongan.
TerapiRealitiGlasser(Prinsip
3) Setiap individu
bertingkah lakumengikut caratertentu agar dapatmembentukpersekitaranmengikut kehendakmasing-masing.
ContohAplika
siPrinsip1dalam
KesDavid
Pada waktupeperiksaan David telahmembuat bising danmengganggu pelajar-pelajar lain danakhirnya dia telahdihambat keluar dari
kelas. David harusbertanggungjawab atastindakannya dan tidakboleh menyalahkanrakan-rakan sekelasnyamemandang rendahatas perbuatannya.
ContohAplika
siPrinsip2dalam
KesDavid
David memberitahubahawa segalanyaadalah keranakesilapannya dan diaberjanji untuk insaftetapi gagalmelakukannya. Tetapi,
dalam kes ini Davidtidak berubah.
ContohAplika
siPrinsip3dalam
KesDavid
David menghentambarang-barangnya keatas meja sehinggapensilnya melantun kearah dinding semasaaktiviti kumpulanMatematik. Ini adalah
cara David untukmenarik perhatianCikgu Robert dan rakansekelasnya.
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
42/43
Kekuatan dan kekurangan Terapi Realiti Glasser
Penekanan terhadap disiplinkendiri berbanding denganhukuman.
Pelan Pengurusan bilik darjah10- langkah yang bersistematikdan berstruktur dapatmemanfaatkan guru.
Menitikberatkan suasanapositif serta saling percaya-mempercayai antara guru danmurid.
Kekuatan
Terapi
Glasser
Kekeliruan timbul akibat namayang berubah-ubah. TerapiRealiti diubahsuai menjadiTeori Kawalan, kemudiandikenali sebagai Teori Pilihan.
Pelan pengurusan bilik darjah10- langkah tidak dapatmembantu murid yangmempunyai sejarahpenderaan, kemurungan ataukecacatan behaviorial.
Bukan semua murid berupaya
untuk menyelesaikan masalahtingkah laku masing-masingdisebabkan mereka belummencapai kematangan emosi,psikologi atau perkembangan.
Kelemahan
Teori
Glasser
5/20/2018 Kekuatan Model Kounin Dan Dreikurs
43/43