Upload
lamque
View
275
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
KEJOHANAN FUTSAL 4 PENJURU KKSR LKM
Kejohanan Futsal 4 Penjuru KKSR LKM telah berjaya diadakan pada 24 Mac 2018, bertempat di Arena
Futsal Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. Kejohanan yang diadakan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir
pada pukul 12.30 tengahari ini telah disertai oleh 4 buah pasukan iaitu :
1. Ibu Pejabat
2. LKM Unit Ranau
3. LKM Unit Tenom
4. Pusat Bioteknologi Koko, KKIP
HADIAH KEJOHANAN
Berikut merupakan hadiah untuk kejohanan ini
2
Hadiah Johan – Wang Tunai RM200.00 & Hamper
Hadiah Naib Johan – Wang Tunai RM160.00 & Hamper
Hadiah Ketiga - Wang Tunai RM130.00 & Hamper
Hadiah Keempat – Wang Tunai RM110.00 & Hamper
Hadiah Pemain & Penjaga Gol Terbaik – Trophi
Selain daripada hadiah yang disediakan oleh penganjur Biro Sukan dan KKSR sebagai penaung,
hadiah untuk kejohanan ini juga telah disumbangkan oleh orang persendirian. Pihak penganjur
mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan tersebut.
PENGADIL
Bagi memastikan kejohanan dijalankan mengikut standard pengadilan Futsal, dan mengelakkan
sebarang pertikaian sepanjang kejohanan ini, penganjur telah menyediakan dua orang pengadil,
yang didatangkan khas dari SAFA.
Pengadil bukan sahaja mengadili perlawanan, tetapi juga telah melaksanakan pemilihan untuk
Pemain dan Penjaga Gol terbaik.
PEMENANG
Kejohanan ini telah diadakan secara liga. Selepas tamat 6 perlawanan yang menemukan kesemua
pasukan, Kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan Ibu Pejabat dan naib johan pasukan KKIP.
Sementara bagi pemenang ketiga dan keempat, masing-masing dimenangi oleh LKM Unit Tenom,
dan LKM Unit Ranau. Jumlah kutipan mata adalah seperti dalam jadual 1.
En Mohd Ramadhan dari KKIP telah dinobatkan sebagai pemain terbaik, manakala En Sairul Hafezi
dari pasukan Ibu Pejabat dipilih untuk Penjaga Gol Terbaik.
Jadual 1 : Kutipan Mata Kejohanan Futsal 4 Penjuru KKSR
Pasukan Jumlah Menang Mata
Ibu Pejabat 3 9
KKIP 2 6
Tenom 1 3
Ranau 0 0
4
PENYAMPAIAN HADIAH & PERASMIAN/PENUTUPAN
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Zamri A. Ghani, Pengarah TOTE
Pemain Terbaik – En Ramadhan (KKIP)
Penjaga Gol Terbaik – En Sairul Hafezi (Ibu Pejabat)
5
PENUTUP
Kejohanan ini bukan sahaja menggalakkan budaya sukan khususnya dikalangan ahli KKSR, malahan
ianya juga dapat memupuk semangat kekeluargaan di kalangan ahli. Ini kerana semasa kejohanan
berlangsung, ramai di kalangan ahli KKSR yang telah datang bersama keluarga (suami/isteri/anak)
untuk memberikan sokongan kepada pasukan yang bertanding.
Diharap pada masa akan datang, kejohanan seperti ini dapat diadakan lagi.
GALERI GAMBAR
Pengerusi Penganjur, En Musilim Yai
menyampaikan cenderahati kepada
Tn. Hj. Mohd. Zamri A. Ghani
6
BIRO SUKAN, Penganjur Kejohanan
Futsal 4 Penjuru
Sebahagian daripada pemain HQ,
Juara Kejohanan Futsal 4 Penjuru
Sebahagian Pasukan LKM Unit Ranau