4
Bersukan banyak faedahnya.Pelbagai jenis sukan yang boleh kita sertai seperti bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya.Kita juga boleh menjadikan sukan sebagai hobi. Amalan bersukan bukan sahaja boleh mengisi masa lapang malah badan juga menjadi sihat.Bersukan boleh mengeluarkan peluh.Dengan itu, minda kita akan cerdas dan badan kita akan cergas. Selain itu, bersukan juga mendidik kita supaya bekerjasama dan bertolak ansur.Ia juga menjadikan kita lebih berdisiplin dengan mematuhi peraturan dalam setiap permainan. Seterusnya, bersukan juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim.Kita juga boleh menyertai pertandingan- pertandingan yang dianjurkan.Jika kita menyertai pertandingan, kita juga boleh menambah rakan taulan. Di samping itu, ia juga boleh dijadikan kerjaya seperti Datuk Lee Chong Wei.Beliau bukan sahaja kaya malah dapat mengharumkan nama negara dan dapat menjadi seorang atlet yang terkenal. Datuk Lee Chong Wei telah berjaya dalam kehidupannya hanya dengan bermain badminton.

kebaikan-sukan.doc

  • Upload
    jega070

  • View
    51

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kebaikan-sukan.doc

Bersukan banyak faedahnya.Pelbagai jenis sukan yang boleh kita sertai seperti bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya.Kita juga boleh menjadikan sukan sebagai hobi.                Amalan bersukan bukan sahaja boleh mengisi masa lapang malah badan juga menjadi sihat.Bersukan boleh mengeluarkan peluh.Dengan itu, minda kita akan cerdas dan badan kita akan cergas.                Selain itu, bersukan juga mendidik kita supaya bekerjasama dan bertolak ansur.Ia juga menjadikan kita lebih berdisiplin dengan mematuhi peraturan dalam setiap permainan.                Seterusnya, bersukan juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim.Kita juga boleh menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.Jika kita menyertai pertandingan, kita juga boleh menambah rakan taulan.                Di samping itu, ia juga boleh dijadikan kerjaya seperti Datuk Lee Chong Wei.Beliau bukan sahaja kaya malah dapat mengharumkan nama negara dan dapat menjadi seorang atlet yang terkenal. Datuk Lee Chong Wei telah berjaya dalam kehidupannya hanya dengan bermain badminton.                Oleh itu, marilah kita bersama-sama aktif dalam bidang sukan. Majulah sukan untuk negara.

Page 2: kebaikan-sukan.doc

 Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

            Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

            Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

            Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

            Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

        Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

Aktiviti sukan dan riadah dapat memberi kebaikan kepada orang ramai. Bincangkan kenyataan tersebut.

Skema Jawapan:

Pengenalan:-sukan dan riadah dijalankan pada waktu terluang.-antara aktiviti bersukan termasuk – bermain bola sepak dan lain-lain.-di negara maju, sukan sudah menjadi kelaziman.-di negara kita, masih ramai tidak menyedari kebaikan bersukan dan beriadah.-persoalannya – apakah kebaikan bersukan dan beriadah?

Isi 1:

Page 3: kebaikan-sukan.doc

-bersukan dapat menyihatkan badan-mengeluarkan peluh dan badan menjadi sihat-contohnya, masyarakat jepun mempunyai jangka hayat tinggi kerana gemar bersukan dan beriadah.-tambahan pula – badan yang cergas menghasilkan otak yang cerdas-Oleh itu, rajin bersukan/ beriadah – melahirkan masyarakat sihat.

Isi 2:-bersukan dapat membentuk disiplin diri dan nilai-nilai murni-bersukan mengajar menepati masa, kesungguhan, kerjasama dan sebagainya-umpamanya, dalam pertandingan badminton – mengajar supaya gigih dan bersemangat tinggi-maka – mereka yang aktif bersukan dan beriadah – menjadi insan yang cemerlang

Isi 3:-bersukan dan beriadah – melahirkan masyarakat yang bersatu padu.-pelbagai kaum dapat bersukan dan beriadah bersama-sama.-contohnya, di sekolah, pelbagai kaum akan menjalankan aktiviti sukan bersama-sama-dapat menghasilkan perpaduan kaum di negara kita.-Jadi, dapat melahirkan negara aman / harmoni

Isi 4:-bersukan/ beriadah – dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu/ waktu cuti.-akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan-contohnya- ibu bapa boleh membawa anak berjoging atau bermain badminton-akan mengeratkan rasa kasih sayang dalam keluarga-jelasnya, bersukan dapat membentuk keluarga bahagia – keluarga bahagia negara sejahtera

Penutup:-Intihanya, sukan / riadah banyak memberi kebaikan kepada orang ramai-Bersukan bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah dapat mengukuhkan perpaduan dan keluhuran keluarga-ibu bapa mesti menggalakkan anak-anak bersukan – melentur buluh biar dari rebungnya.