2
Kebaikan Madu Buat Kesihatan Oleh: Farhana Fuad Gambar: INGimage.com Selain daripada pemanis makanan, madu turut dikenali dengan khasiat semulajadinya. Tetapi tahukah anda kebaikannya untuk kesihatan tubuh badan? Madu merupakan sumber makanan semulajadi yang berupaya menjadikan kulit kelihatan berseri dan anjal.

Kebaikan Madu Buat Kesihatan.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kebaikan Madu Buat Kesihatan.docx

Kebaikan Madu Buat Kesihatan

Oleh: Farhana Fuad

 

Gambar: INGimage.com

 

Selain daripada pemanis makanan, madu turut dikenali dengan khasiat semulajadinya. Tetapi tahukah anda

kebaikannya untuk kesihatan tubuh badan? Madu merupakan sumber makanan semulajadi yang berupaya

menjadikan kulit kelihatan berseri dan anjal.

 

Page 2: Kebaikan Madu Buat Kesihatan.docx

Kehebatan madu dalam mengekalkan kecantikan kulit secara menyeluruh dan memastikan kesihatan yang baik pada

tubuh sebenarnya menjadikan ia sebagai penyembuh yang baik. EH! kongsikan kebaikan madu untuk anda amalkan

dan sertakan dalam menu setiap hari.

 

 Melegakan batukPemanis semulajadi ini terbukti berkesan dalam melegakan batuk kerana ia mengandungi

dosdextromethorphan. Madu bertindak sebagai penyembuh kegatalan dan keradangan yang menyebabkan batuk.

Ambil dua sudu teh sebelum tidur pada waktu malam untuk memastikan tidur anda sentiasa lena dan tidak terganggu

akibat batuk.

 

Mengawal kolesterol tubuhKajian di Dubai menjumpai pengambilan madu dengan 250 ml air setiap hari selama 15 hari lebih berkesan dalam

merendahkan kadar kolesterol berbanding mereka yang mengambil glukos.

 

Melembapkan kulitMadu bertindak sebagai pelembap semulajadi kerana molekul gulanya memastikan kadar air pada kulit sentiasa

cukup.

 

Menghilangkan jerawatKandungan antimikrob pada madu boleh mengurangkan keradangan berpunca dari jerawat. Campurkan madu

bersama buah pala tanah dan sapukannya di atas jerawat. Biarkan ia selama 20 minit dan cuci sehingga bersih.

 

Menyembuhkan kesan terbakarKajian mendapati kulit yang melecur boleh sembuh lebih cepat dengan menggunakan madu serta kesan parut tidak

terlalu ketara berbanding silver sulfadiazine.

 

Sumber: http://eh.com.my/artikel/gaya-hidup/kebaikan-madu-buat-kesihatan/