9
TUTORIAL 1 BINA LAKARAN BILIK KAUNSELING DAN SENARAIKAN JENIS- JENIS PERKHIDMATAN

Kaunseling Dan Senaraikan Jenis-jenis Perkhidmatan

  • Upload
    dinufa

  • View
    251

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

.

Citation preview

Page 1: Kaunseling Dan Senaraikan Jenis-jenis Perkhidmatan

TUTORIAL 1BINA LAKARAN BILIK

KAUNSELING DAN SENARAIKAN JENIS-JENIS PERKHIDMATAN

Page 2: Kaunseling Dan Senaraikan Jenis-jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan Sebaran •Perkhidmatan ini merupakan satu proses atau tindakan mengiklankan sesuatu barangan atau perkhidmatan.•Tujuannya untuk membuat publisiti tentang barangan atau perkhidmatan tersebut dengan harapan supaya masyarakat menggunakannya.•Proses atau tindakan ini boleh dilaksanakan melalui media bertulis , media elektronik dan secara lisan.

Page 3: Kaunseling Dan Senaraikan Jenis-jenis Perkhidmatan

• Terdapat dua kaedah untuk melaksanakan 1.Perkhidmatan sebaran di sekolah-sekolah.

Secara langsung atau bersemuka, melalui:

Ceramah, Perhimpunan Mingguan, Mesyuarat Guru, Persatuan Ibubapa Dan

Guru (PIBG), Majlis Bimbingan Daerah, Hubungan Personal dengan Ketua Kelas,

Kelab Bimbingan dan Kaunseling. 2.Secara tidak langsung atau tidak

bersemuka, melalui Poster, Risalah, Pameran, Majalah Sekolah, Kad-Kad Perkhidmatan, Penerbitan-penerbitan Kelab atau Persatuan, Radio Sekolah.

Page 4: Kaunseling Dan Senaraikan Jenis-jenis Perkhidmatan

Menjalankan program-program bimbingan dan kaunseling yang terancang seperti di bawah:

a. Bimbingan Perkembangan Personaliti- kaunselor berperanan menentukan agar pelajar menanam

perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Kaunselor juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang tingkat-tingkat perkembangan individu, dan maklumat untuk memahami tingkah laku remaja. Program atau kursus motivasi, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan konsep kendiri dianjurkan.

Page 5: Kaunseling Dan Senaraikan Jenis-jenis Perkhidmatan

b. Bimbingan Perkembangan Kerjaya- Kaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan. Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya, lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar mempelajari hal-hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat dibuat. Kaunselor bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta peluang-peluang pengajian tinggi dan latihan yang diperlukan.

Page 6: Kaunseling Dan Senaraikan Jenis-jenis Perkhidmatan

c. Bimbingan dan Perkembangan Pembelajaran- Pelajar diberi bimbingan untuk menjaga prestasi pencapaian akademiknya. Kaunselor berperanan memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang yakin tentang kebolehan diri, yang sengaja menggagalkan diri dan yang telah berputus asa dengan pencapaian akademik mereka. Kaunselor juga berperanan dalam membimbing pelajar memperoleh kemahiran belajar, cara-cara mengawal tekanan, kemahiran mengurus masa dan teknik belajar berkesan dan menjawab peperiksaan. Khemah atau perkampungan akademik biasanya dibuat di luar sekolah untuk memberi persekitaran yang lain kepada pelajar dan bukan persekitaran sekolah yang mereka anggap membosankan.

Page 7: Kaunseling Dan Senaraikan Jenis-jenis Perkhidmatan

d. Bimbingan Penyesuaian Diri- kaunselor berperanan memberi persediaan kepada pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Minggu Siratulrahim diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu selama seminggu dan Minggu Pengurusan kepada pelajar tingkatan empat. Tujuannya supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sekolah, persekitaran, budaya dan pelajaran-pelajaran baru.

Page 8: Kaunseling Dan Senaraikan Jenis-jenis Perkhidmatan

e. Bimbingan Tingkah laku – kaunselor di sekolah menengah selalu dimintakan menyelasaikan masalah disiplin pelajar. Pihak disiplin sekolah menolak pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulangkali kepada kaunselor untuk diselesaikan. Melalui kaunseling individu atau kelompok pelajar berkenaan diminta mengubah sikap mengikut peraturan sekolah.

Page 9: Kaunseling Dan Senaraikan Jenis-jenis Perkhidmatan

f. Perkhidmatan Kaunseling- Kaunselor memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau kelompok. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami keadaan dan memperolehi keupayaan untuk bertindak mengatasi ketidakselesaan yang dialaminya.

Selain itu juga perkhimatan kaunseling juga memberi perkhidmatan pakar runding kepada guru-guru yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan tingkahlaku pelajar, perhubungan pelajar dan hal-hal perkembangan personaliti pelajar-pelajar di sekolah.