3

Click here to load reader

Kampung Simpang Pelangi Merupakan Sebuah Perkampungan Kecil Yang Terletak Di Daerah Bentong Pahang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kampung Simpang Pelangi Merupakan Sebuah Perkampungan Kecil Yang Terletak Di Daerah Bentong Pahang

Kampung Simpang Pelangi merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di Daerah

Bentong Pahang. Biasanya, penduduk Kampung Simpang Pelangai aktif menjalankan aktiviti

pertanian sebagai sumber pendapatan. Pelbagai jenis tanaman yang ditanam. Antaranya ialah

getah, kelapa sawit dan tanaman seperti sayur-sayuran, kekacang, pisang dan buah-buahan

bermusim seperti durian, rambutan dan sebagainya. Setiap hasil yang diperoleh dipasarkan

sekitar kawasan setempat seperti di pasar malam atau pasar tani. Hasil tanaman seperti kelapa

sawit dan getah, dikumpulkan di pusat pengumpulan dan akan dijual terus kepada pemborong.

Pada suatu ketika dahulu, kampung ini dikelilingi tanaman getah namun, usia pokok getah yang

sudah melebihi 10 tahun telah memaksa petani di sini menggantikannya dengan tanaman

sawit. Selain dapat memberi keuntungan berlipat kali ganda, ia juga mendapat permintaan yang

tinggi dalam pasaran semasa. Ada di antara petani di kampung ini yang boleh mendapat

pendapatan kasar sehingga RM3,000 hingga RM5,000 sebulan bergantung kepada hasil tani

dan kualiti pengeluarannya.

Dalam memajukan sektor pertanian di Kampung Simpang Pelangai terdapat pelbagai agensi

kerajaan yang telah memainkan peranan dengan baik. Antaranya ialah Lembaga Pemulihan

dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) yang bertanggungjawab memajukan kawasan

terbiar dan memberi khidmat nasihat kepada petani di kampung ini. Selain itu, Lembaga

Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga membantu memasarkan hasil-hasil pertanian

dan sebagai orang tengah di antara petani dan pemborong hasil tani.

Laporan Tahunan PKS 2006 (2007: 92) oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan juga mendedahkan

keupayaan pemasaran pengusaha kecil masih lagi lemah. Kebanyakan mereka hanya memahami

keperluan untuk memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing dengan

betul tetapi hanya segelintir sahaja yang mengetahui secara mendalam selok-belok untuk mencapainya.

Malahan sedikit sahaja yang mempunyai dana untuk melaksanakan promosi pemasaran. Dalam kajian

yang dilakukan oleh sebuah universiti tempatan, lebih 50% daripada keseluruhan industri kecil yang

dikaji mengaku memperoleh keuntungan yang amat kecil disebabkan oleh masalah pemasaran. Masalah

ini wujud hampir dalam semua jenis perniagaan industri kecil termasuk industri pembuatan makanan

(Moha Asri 1999: 39). Rahmah Ismail (1990) mendapati bahawa pengusaha kecil di Malaysia

menghadapi masalah pembelian input dan pemasaran output. Mereka sangat bergantung kepada

Page 2: Kampung Simpang Pelangi Merupakan Sebuah Perkampungan Kecil Yang Terletak Di Daerah Bentong Pahang

orang tengah dan kurang mempunyai inisiatif dalam mencari pasaran alternatif untuk mendapatkan

input dan memasarkan output. Oleh itu, pengusaha kecil tidak terdedah kepada strategi dan

pengalaman pemasaran secara langsung

Pasaran memainkan peranan penting dalam usaha mengukuhkan kedudukan ekonomi khusus dalam

pembangunan sektor pertanian. Sehubungan dengan ini pasaran domestik dan pasaran eksport akan

diperkuatkan lagi supaya berkembang mengikut perancangan. Bagi pasaran domestik, fokus utama

ialah mempromosikan pengeluaran produk tempatan yang bermutu dengan harga yang berpatutan

supaya berupaya untuk bersaing dengan produk yang diimport. Bagi maksud ini sektor swasta akan

diberikan galakan supaya menyediakan prasarana pemasaran dan seterusnya mengendalikan operasi

sehariannya. Diperingkat eksport, strategi pasaran global akan ditekankan dengan mengenalpasti lebih

banyak pasaran baru untuk produk tempatan. Produk yang berpotensi akan diberikan liputan, promosi,

kempen, publisiti melalui program pendidikan, forum antarabangsa ataupun melalui hubungan dua hala

dengan negara-negara pengimport.