24
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PRASARANA SEKOLAH AGAMA JOHOR KAJIAN DI SEKOLAH AGAMA TAMAN SRI PULAI JOHOR BAHRU, JOHOR KAMARIYAH BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOI MALAYSIA

KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

  • Upload
    dothuan

  • View
    235

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PRASARANA SEKOLAH

AGAMA JOHOR KAJIAN DI SEKOLAH AGAMA TAMAN SRI

PULAI JOHOR BAHRU,

JOHOR

KAMARIYAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOI MALAYSIA

Page 2: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

PSZ 19: 16(PIND.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOI MALAYSIA

CATATAN *Potong yang tidak berkenaan

**Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis sebagai Ijazah, Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelididkan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PRASARANA SEKOLAH

AGAMA JOHOR KAJIAN DI SEKOLAH AGAMA TAMAN SRI PULAI JOHOR BAHRU, JOHOR.

SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008

Saya : KAMARIYAH BINTI AHMAD

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)*ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1.Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2.Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3.Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4.**Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

_________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 280 Sg. Habib Hassan, USTAZ WAN HASSAN BIN WAN EMBONG Kg. Ketapang Hilir, (Nama Penyelia) 26600 Pekan, Pahang Tarikh: 19 Oktober 2007 Tarikh : 19 Oktober 2007

Page 3: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan :.............................................................. Nama Penyelia : Ustaz Wan Hassan Bin Wan Embong Tarikh : 19 Oktober 2007

Page 4: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PRASARANA SEKOLAH AGAMA JOHOR

KAJIAN DI SEKOLAH AGAMA TAMAN SRI PULAI JOHOR BAHRU,

JOHOR

KAMARIYAH BINTI AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan seagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknoloi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 5: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

ii

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :..............................................................

Nama Penulis : Kamariyah Binti Ahmad Tarikh : 19 Oktober 2007

Page 6: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

iii

DEDIKASI

Sekalung doa buat:

Ibu dan ayah yang dikasihi Demoga Allah memberkati kalian

Kerana pengorbananmu mendidikku Kasih sayangmu kekal abadi

Jasamu ku kenang sepanjang hayat

Suami tersayang Besar nilai pengorbananmu

Itulah yang menjana kejayaanku Moga apa yang kita bina

Direstui dan diredhai Allah Kekal bahagia selamanya

Anakku Izz Iskandar Doa ibu semoga dirimu

Menjadi insan yang soleh

Buat teman seperjuangan Yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar

Waktu datang dan pergi Nilai persahabatan tetap kuingati

Semoga kejayaan mengakhiri perjuangan kita

Amin Ya Rabbal A’lamin....

Page 7: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

iv

PENGHARGAAN

Segala pujian bagi Allah S.W.T. pemilik sekalian alam dan selawat serta

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan

para sahabat-sahabat. Syukur kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang, kerana dengan taufik dan inayahNya telah memberi kekuatan dan

semangat untuk menyediakan penulisan ini.

Penyediaan sebuah penyelidikan bukanlah suatu kerja yang mudah. Walau

bahan kajiannya sedikit, ia adalah suatu tugas yang perlu diselesaikan dengan teliti

dan tepat. Ini kerana analisis kajian yang akan dilakukan menentukan kaedah-

kaedah penyelidikan yang sistematik dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Ini

penting supaya hasil yang diperolehi adalah tepat dan berkesan.

Justeru itu didalam ruangan yang terhad ini ingin saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penyelia Ustaz Wan Hassan Bin Wan

Embong di atas segala bantuan, perbincangan dan tunjuk ajar yang diberikan

sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.

Begitu juga setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua kakitangan

serta pelajar-pelajar Sekolah Agama Taman Sri Pulai, Johor, yang terlibat serta

memberi kerjasama ketika penyelidik menjalankan kajian di sekolah. Terima kasih

yang tidak terhingga juga kepada suami tercinta, keluarga yang dikasihi dan sahabat

seperjuangan yang banyak membantu dan memberi dorongan untuk

menyempurnakan penyelidikan ini. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian

dan mendapat rahmat yang setimpal dari Yang Maha Kuasa.

Page 8: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi pelajar Sekolah Agama

Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor terhadap prasarana dan kemudahan asas dari

segi struktur dan fizikalnya yang disediakan di sekolah tersebut. Proses

penyelidikan kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan

seramai 100 orang responden yang terdiri daripada murid darjah lima dan enam.

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik mengikut

skala likert 4 poin. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu

Bahagian A iaitu mengenai latar belakang responden dan Bahagian B iaitu yang

berkaitan dengan persoalan kajian. Data-data yang diperolehi menerusi kajian ini

dianalisis menggunakan Statistical Package Of Social Science (SPSS) For

Windows version 13.0. Data yang diperolehi dianalisis secara diskriptif

menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan

bahawa pelajar mempunyai pandangan yang positif terhadap prasarana dan

kemudahan yang disediakan oleh Sekolah Agama. Hasil kajian ini boleh

digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat secara langsung terhadap institusi

pendidikan khususnya Guru Besar, Penolong Kanan, Jabatan Pendidikan Agama

Daerah dan Jabatan Agama Johor dan juga anggota masyarakat yang terlibat

dengan pendidikan. Ia dapat dijadikan panduan untuk menguruskan masalah

prasarana di sekolah agama khasnya.

Page 9: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

vi

ABSTRACK

This study is conducted to determine the perception of the students in

Taman Sri Pulai Relegion School locate at Johor Bahru, Johor. The perception of

these students regarding educational and basic facilities in structural and physical

terms that have been provided within the school itself. A list of questionaires were

distributed to hundred respondent from standard five and six. The research was

based on the Likert scale 4 points. The questionaires further divided into two part,

Part A is to seek respondents bacground. While B containe question on research.

The accumulated data are analyzed by using Statistical Package for Social

Science (SPSS) For Window Version 13.0. The data which have been collected is

further analyzed in descriptive from and the expression of frequency, percentage

and min were calculated. The findings of this dtudy shows that students have a

positive opinion regarding the basic fasilities or needs that were provided by the

school itself. Thus, the result of this research can be made used by parties of

group which are directly involved within institiution of learning, particularly the

head master or head mistreses, vice head masters and mistreses, education officers

within the district of the ministry of religions studies in Johore it will also

beneficial to those members of society involved directly in education. These result

could be used us a guideline for the management of problems that manay arised

religious schools especially.

Page 10: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

Page 11: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

viii

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Persepsi 8

1.8.2 Pelajar 8

1.8.3 Prasarana 10

1.8.4 Sekolah Agama 10

1.9 Kesimpulan 10

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Prasarana Sekolah 12

2.2.1 Prasarana Sekolah Agama 12

2.2.2 Kemudahan Fizikal Bangunan Sekolah 14

2.2.3 Kemudahan Bilik Darjah 15

2.2.4 Kemudahan Pusat Sumber 17

2.2.5 Kemudahan Alat Bantu Mengajar 18

2.2.6 Kemudahan Perpustakaan 20

Page 12: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

ix

2.2.7 Kemudahan Padang Permainan 20

2.2.8 Kemudahan Teknologi Pendidikan 22

2.3 Kajian Lepas 23

2.4 Kesimpulan 24

BAHAGIAN TIGA

REKABENTUK DAN KAEDAH KAJIAN

BAB III REKABENTUK DAN KAEDAH KAJIAN

3.1 Pendahuluan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 27

3.3 Populasi Kajian 28

3.4 Sampel Kajian 28

3.5 Instrumen Kajian 39

3.6 Kajian Rintis 32

3.7 Kajian Sebenar 33

3.8 Analisis data 33

3.9 Prosedur Kajian 34

4.0 Kesimpulan 35

Page 13: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

x

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 36

4.2 Analisis Demografi Bahagian A 37

4.2.1 Jantina 37

4.2.2 Umur 38

4.2.3 Bilangan Adik Beradik 39

4.2.4 Pekerjaan Bapa 39

4.2.5 Pekerjaan Ibu 40

4.2.6 Taraf pendidikan bapa 40

4.2.7 Taraf pendidikan ibu 41

4.2.8 Kenderaan ke sekolah 42

4.2.9 Peperiksaan akhir tahun 42

4.3 Analisis Bahagian B 43

4.3.1 Analisis Mengikut Setiap Item Soal 43

Selidik (Item 1 hingga 22) 43

4.6 Kesimpulan 58

Page 14: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

xi

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 59

5.2 Perbincangan Kajian 59

5.2.1 Latar Belakang Responden 60

5.2.2 Pandangan Pelajar Terhadap Kemudahan

Asas dan Fizikal Sekolah 61

5.2.3 Pandangan Pelajar Terhadap Penyediaan

Prasarana Membantu Pelajar Dalam

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 65

5.3 Rumusan 66

5.4 Cadangan 67

5.4.1 Pihak Sekolah 67

5.4.2 Pihak Jabatan Agama 68

5.4.3 Kajian Lanjutan 68

5.5 Penutup 69

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

BIBLIOGRAFI 71

Page 15: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

xii

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 73

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan Item Menurut Objektif Kajian 30

3.2 Pengkelasan Nombor Dalam Skala Likert Bahagian B 31

3.3 Pengkelasan Maklum Balas 31

3.4 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Kelompok Jantina 38

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 38

4.3 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik-Beradik 39

4.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 39

4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 40

4.6 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan Bapa 40

4.7 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan Ibu 41

4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42

4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42

4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut Setiap Item Soal 43

Selidik (Item 1 hingga 22)

Page 16: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.0 PROSEDUR KAJIAN 34

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Borang Soal Selidik 73

B Surat Akuan Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia

C Surat Kebenaran Mejalankan Kajian Dari

Jabatan Agama Johor

Page 17: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

xiv

SENARAI SINGKATAN

DBP Dewan Bahasa Dan Pustaka

PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPSS Statistical Package of Social Science

PMR Penilaian Menengah Rendah

SRP Sijil Rendah Pelajaran

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan adalah penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat

dan negara. Satu daripada bidang utama pendidikan untuk pembangunan

ummah dan pembinaan sebuah tamadun yang agung ialah pendidikan Islam.

Menurut laporan Dr. Zainudin Bin Jaffar (2001:45), secara khusus,

agama Islam memberikan keutamaan yang tinggi kepada pendidikan dan

pembinaan insan. Ayat pertama yang dibekalkan Allah kepada manusia

membawa mesej dan perintah “membaca”. Perintah membaca ini pula bukan

perintah membaca yang biasa tetapi “membaca dengan nama Tuhanmu yang

menjadikan segala-galanya”.

Ahmad Mohd. Salleh ( 2004:1 ) pula menyatakan, pendidikan dalam

Islam mempunyai kedudukan yang paling suci dan penting sekali. Ia menjadi

bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan satu ibadat

yang besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila

Page 19: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

2

kita meneliti ayat al-Quran yang pertama diturunkan. Ianya tidak dimulai

dengan perintah yang berhubung dengan perkara lain seperti ibadat, tetapi

dimulakan dengan perintah yang berhubung dengan pendidikan.

Firman Allah s.w.t:

ù& t ø% $# ÉΟ ó™ $$Î/ y7 În/ u‘ “Ï% ©! $# t, n=y{ ∩⊇∪ t, n=y{ z⎯≈ |¡ΣM}$# ô⎯ ÏΒ @, n=tã ∩⊄∪ ù& t ø% $# y7 š/ u‘ uρ ãΠ t ø. F{ $# ∩⊂∪

“Ï% ©! $# zΟ ¯=tæ ÉΟ n=s) ø9 $$Î/ ∩⊆∪ zΟ ¯=tæ z⎯≈|¡ΣM}$# $tΒ óΟ s9 ÷Λ s>÷ètƒ ∩∈∪

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta

(sekelian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah,

dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena

dan tulisan."

(Surah al-Alaq: ayat 1 hingga 5)

Wahyu ini adalah perintah Allah kepada rasulNya supaya

mengisytihar dan menyebarkan risalah kepada semua umat manusia. Wahyu

yang pertama ini mengandungi perintah yang menyuruh manusia mengenal

Tuhan, memahami fenomena alam, diri sendiri serta menghayati bahawa cara

hidup yang baik adalah tergolong dalam prinsip aqidah, ilmu dan amal.

Ketiga-tiga perkara ini pula dianggap sebagai teras kepada Falsafah

Pendidikan Islam.

Menurut Suzalie Mohd. Hashim ( 2003:35 ), Pendidikan Islam adalah

satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan

Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,

keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai

tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, dan

negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di

akhirat.

Page 20: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

3

Didikan agama yang dipelajari akan dapat membangunkan rohani dan

jasmani seseorang insan agar bertaqwa kepada Allah Taala. Didikan agama

ini yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah dapat membantu

mencapai matlamat yang seimbang dengan tuntutan dunia dan akhirat.

Menurut Omar Mohd. Hashim ( 1993:21 ) pula, sekolah patut

diterima sebagai institusi “pendidikan”, bukan institusi “pelajaran” kerana

memberikan pelajaran hanya satu daripada beberapa fungsi sekolah. Sebagai

institusi “pendidikan”, tugas sekolah lebih meluas dan meliputi tiga aspek

penting iaitu akademik, kokurikulum dan tatasusila.

Sekolah bukan sekadar hanya tempat untuk menyediakan ilmu

semata-mata malahan ianya juga merupakan sebuah institusi untuk menarik

masyarakat untuk mencintai ilmu. Oleh itu beberapa pendekatan telah

dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan sekolah untuk menarik perhatian orang

ramai. Tambahan pula pada masa sekarang sistem pendidikan sedang menuju

ke era teknologi maklumat yang canggih dari masa ke semasa.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sekolah Agama Kerajaan Johor merupakan sekolah agama yang

didirikan di bawah kelolaan kerajaan negeri Johor iaitu di bawah pentadbiran

Jabatan Agama Johor Bahagian Pendidikan. Di bawah pentadbiran ini

kerajaan negeri menyelia aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pendidikan agama.

Menurut Rahimah Abdul Aziz dan Rahmat Saripin (2002:69),

Persekolahan agama di Johor bermula secara tidak dirancang. Sekolah-

sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Quran dan telah mula didirikan oleh

Page 21: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

4

orang ramai sebelum pertengahan abad ke-19. Sistem pendidikan di Sekolah

Quran bukan sahaja membabitkan kanak-kanak tetapi ibu bapa juga.

Biasanya kanak-kanak tinggal bersama guru untuk membantunya

menjalankan kerja-kerja berkebun dan pelbagai latihan lain.

Menurutnya lagi, nama Sekolah Quran bertukar menjadi Sekolah

Kitab apabila Fekah dan Tawhid dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya

(S.M. Dawilah Al-Edrus 1995). Setelah itu, kerajaan telah menubuhkan

Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) secara formal pada tahun 1918

apabila Sultan Ibrahim merasmikannya sebagai “Sekolah Agama Petang

Kerajaan Johor”. Sekolah mengaji al-Quran atau kelas pondok telah dinaik

taraf sebagai sekolah agama secara sistematik dan formal.

Tanggapan pelajar pada masa dahulu terhadap sekolah agama adalah

ianya merupakan sekolah yang menumpang di sekolah kebangsaan pada sesi

petangnya untuk anak-anak mendapat pendidikan yang lebih mendalam

selain daripada belajar mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah

kebangsaan. Pendididkan Islam juga boleh dipelajari secara tidak formal

seperti kelas mengaji al-Quran di rumah, kuliah agama di masjid-masjid.dan

sebagainya. Manakala kurikulum yang diguna pakai ialah kurikulum yang

berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran al-Quran.

Pada masa kini, sekolah-sekolah agama di Johor telah tumbuh seperti

cendawan yang tumbuh melata. Begitu juga dengan sukatan pelajarannya,

ianya dipertingkatkan dengan menambah beberapa mata pelajaran lain seperti

Muamalat, Munakahat, Faraid, Ilmu Jenayah dan Pendidikan Bahasa Arab.

Kesedaran ibu bapa tentang pentingnya pendidikan Islam kepada anak-anak

mereka menyebabkan tertubuhnya banyak sekolah-sekolah agama di Johor.

Kemudahan prasarana adalah merupakan perkara penting selepas

pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat membantu keberkesanan

pengajaran. Jika dilihat secara realitinya walaupun sekolah-sekolah agama ini

Page 22: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

5

ditubuhkan dengan banyaknya namun kemudahan prasarananya adalah sangat

kurang diberi perhatian berbanding dengan sekolah kebangsaan. Keadaan

begitu mungkin kerana masyarakat beranggapan bahawa pelajar hanya perlu

belajar melalui membaca, menulis dan menghafaz seperti di sekolah-sekolah

pondok sahaja.

Menurut Suzalie Mohamad (2003:242), Sebuah sekolah yang

berkualiti itu harus mempunyai prasarana yang lengkap.

Walaubagaimanapun, Siti Atikah Ismail (2002) mendapati pada umumnya

Sekolah Agama mengalami kemudahan asas seperti berikut:

i. Kekurangan bilik darjah dan peralatan

ii. Ketiadaan kantin yang sempurna

iii. Ketiadaan asrama yang sempurna

iv. Ketiadaan padang permainan

v. Ketiadaan bilik perpustakaan dan pusat sumber

vi. Ketiadaan makmal sains dan peralatan mengajar

vii. Kawasan sekolah yang sempit dan tidak berpagar

Oleh itu sesetengah pendapat mengatakan sekolah agama tidak perlu

disediakan prasarana yang memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar

berbanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan yang lain yang mana boleh

dikatakan mengalami perubahan fizikal dan pertambahan prasarana yang

menggalakkan. Manakala sekolah-sekolah agama hanya memadai setakat

diwujudkan bangunan sekolah, bilik kelas dan bilik sembahyang sahaja.

Keperluan seperti perpustakaan, padang beriadah terus diabaikan, lebih-lebih

lagi kerana peruntukan dari kerajaan dan kewangan yang terhad tidak dapat

menampung membayar gaji guru dan menyediakan prasarana yang selesa

kepada pelajar-pelajar.

Secara kasarnya Sekolah Agama Taman Sri Pulai telah mengalami

perkembangan yang menggalakkan sekalipun tidak ada yang sempurna di

Page 23: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

6

dunia ini. Begitulah yang berlaku pada sekolah-sekolah agama di negeri

Johor ini seperti kekurangan kewangan, pentadbiran, kekurangan guru dan

kemudahan fizikal.

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan agama yang lebih sistematik di bawah kerajaan negeri dan

di bawah kelolaan kerajaan pusat kini terus berkembang dengan pesatnya. Ini

dapat dilihat dengan tertubuhnya sekolah-sekolah Agama Rakyat, Sekolah

Arab, Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Agama Tahfiz al-Quran.

Begitu juga Sekolah Agama Taman Sri Pulai yang mana ianya telah

mengalami pertambahan bilangan pelajar dari semasa ke semasa. Namun

begitu sekolah-sekolah agama kerajaan seperti ini, kemudahan prasarananya

masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Oleh kerana faktor kemudahan dan prasarana sekolah adalah

merupakan perkara yang mendorong keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah, pengkaji ingin melihat lebih dekat keadaan yang

berlaku berhubung dengan prasarana atau kemudahan tersebut di salah

sebuah sekolah agama masa kini dengan mengadakan satu kajian.

1.4 Objektif Kajian

Dalam kajian ini pengkaji ingin membuat pengkhususan kajian

terhadap prasarana sekolah di Sekolah Agama Taman Sri Pulai berdasarkan

objektif berikut:

Page 24: KAMARIYAH BINTI AHMAD - fp.utm.my · 4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kenderaan ke Sekolah 42 4.9 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 42 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

7

a. Mengenal pasti pandangan pelajar terhadap kemudahan asas dan

fizikal

sekolah yang disediakan mencukupi keperluan pelajar.

b. Mengenal pasti sejauh mana penyediaan prasarana dapat membantu

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

a. Sejauh manakah pandangan pelajar terhadap kemudahan asas dan

fizikal sekolah yang disediakan mencukupi keperluan pelajar.

b. Sejauh manakah penyediaan prasarana dapat membantu pelajar di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.