24

PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

  • Upload
    others

  • View
    17

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut
Page 2: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut
Page 3: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

i

PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH LUAR

BANDAR TERHADAP PENGAJARAN GURU MATAPELAJARAN SAINS DAN

MATEMATIK DIDALAM BAHASA INGGERIS

JUMAAT BIN HASIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC 2004

Page 4: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut
Page 5: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Buat Ibuku,

Suratmei Bte Sentot,

Doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku.

Tiap langkah kuingati pengorbananmu

Buat Isteri Tercinta

Siti Zaiton Bte Ibrahim

Keperitan memerlukan pengorbanan.

‘Dugaan’…… kita simpan dilubuk kenangan.

Menyedarkan kita erti Redha, Tabah dan Tawakkal

Buat Puteri Dan Puteraku Tersayang,

Najmi AfiqNurina IwaniJurey Najid

Andalah pemata hatiku..

Doaku ‘Jadilah Insan Yang Mulia Disisi Tuhan Dan Antara Manusia’

Buat Bapa Dan Ibu Mertuaku, Ahli Keluarga Dan Sahabat.

Pengertian, Keikhlasan dan Dorongan.

Tidak termampu kulahir dengan kata-kata.

Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Page 6: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya saya telah dapat

menyempurnakan penyelidikan penulisan ilmiah ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi (Kejuruteraan

Mekanikal), di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

Encik Johari Bin Hassan, selaku penyelia projek sarjana muda ini, yang telah

banyak berusaha untuk membimbing, menunjuk ajar serta memberi sokongan padu

kepada saya sehingga kajian ini dapat disiapkan.

Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah Menengah Tun Ismail,

Parit Raja, Pengetua Sekolah Menengah Tunku Mahmud Iskandar, Senggarang dan

Pengetua Sekolah Menengah Tun Sardon, Rengit kerana memberi kebenaran kepada

saya menjalankan kajian ini. Disini saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan

dan terima kasih kepada rakan- rakan seperjuangan yang banyak memberi bantuan

dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini,

Page 7: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

v

ABSTRAK

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menukar dasar proses pengajaran danpembelajaran matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu ke bahasainggeris adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dikalanganpelajar, terutamanya bagi pelajar dari sekolah luar bandar. Objektif kajian ialah untukmengenalpasti minat belajar, tahap penggunaan peralatan lap top dan LCD, kaedahpengajaran guru serta tahap penggunaan bahasa inggeris guru. Seramai seratus lapanpuluh orang responden dipilih secara rawak berkelompok sebagai sampel kajian yangterdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu di tiga buah sekolah luar bandar dalamdaerah Batu Pahat. Instrumen kajian digunakan adalah set borang soal selidik denganmenggunakan pemeringkatan skala Likert dan dianalisa dengan perisian SPSS (StatisticPackage For Social Science) untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi danperatus. Purata taburan peratus digunakan untuk mendapatkan keputusan yangmempunyai tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Hasil kajian mendapati puratataburan bagi penggunaan peralatan dan tahap penggunaan bahasa inggeris guru adalahdiperingkat sederhana. Manakala bagi minat pelajar bagi kedua-dua matapelajaran yangdiajar dalam bahasa inggeris berada di tahap rendah. Sementara penerimaan pelajarterhadap kaedah pengajaran guru menunjukkan pelajar lebih berminat kepada guru yangmengajar dengan menggunakan alat bantu mengajar sepenuhnya dan mengajar denganmenggunakan dwi bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris sekali.

Page 8: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

vi

ABSTRACT

The recent change of policy by the Ministry of Education to teach Mathematicsand Science in English is for the purpose of improving the level of English proficiencyamong Malaysian students, especially those from the rural areas. The objectives of thisstudy were determined the students’ interest level, the level of computer lap top and LCDusage, the teaching methods and the degree of English used by teachers concerned. Onehundred eighty respondents were chosen by clustered random sampling method for thestudy. The respondents were the form one students from three rural schools in the districtof Batu Pahat. The research instrument used was a set of questionnaires, whichincorporates the Likert scale and the data was analyzed by using the SPSS (StatisticPackage For Science and Social) to obtain the results in term of frequencies andpercentages. Three level of min were used to describe the data: high, average and low.The result showed that the level of teaching aids used and the English language used bythe teacher were average. While the interest level of students’ for both the subjects, whichhave been taught in English was low. Lastly the students’ level of interest increased withthe used of teaching aids provided with the lesson were taught bilingually by the teachers.

Page 9: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS -

PENGESAHAN PENYELIA -

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

Page 10: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

viii

1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

1.7.1 Tempat atau Lokasi Kajian 8

1.7.2 Sekolah Yang Di Pilih 8

1.8 Definasi Istilah 8

1.8.1 Pengajaran Guru 9

1.8.2 Tahap Pembelajaran Pelajar 9

1.8.3 Sekolah Menengah 9

1.8.4 Matematik 9

1.8.5 Sains 10

1.8.6 Aspek Dalaman Pelajar 10

1.8.7 Aspek Luaran Pelajar 10

1.8.8 Minat 11

1.8.9 Sikap 11

1.8.10 Keluarga 11

1.9 Rumusan 12

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Minat Pelajar 14

2.2.1 Minat Pelajaran Matematik 16

2.2.2 Minat Pelajaran Sains 17

2.3 Pengunaan Alat Bantu Mengajar (Lap Top

Dan LCD) 18

2.3.1 Alat Bantu Mengajar (Media

Komputer Lap Top Dan LCD) 19

2.4 Pengajaran Guru 20

2.5 Pengunaan Bahasa 23

Page 11: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

ix

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Populasi Dan Persempelan 26

3.4 Instrumen Kajian 26

3.5 Prosedur Kajian 28

3.5.1 Peringkat Pertama 28

3.5.2 Peringkat Kedua 28

3.6 Kaedah Penganalisaan Data 28

3.7 Kajian Rintis 29

3.8 Rumusan 30

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang

Responden) 32

4.2.1 Taburan Responden berdasarkan Jantina 32

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan

Pekerjaan Bapa/Penjaga 33

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan

Pendapatan Bapa/Penjaga 33

4.2.4 Taburan responden berdasarkan

Pendidikan Bapa 34

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan

Page 12: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

x

Pendidikan Ibu 35

4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan

Bilangan Keluarga 35

4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan

Kawasan Tempat Tinggal 36

4.2.8 Keputusan Peperiksaan UPSR

Bagi Matapelajaran Sains 37

4.2.9 Keputusan PeperiksaanUPSR

Bagi Matapelajaran Matematik 37

4.2.10 Keputusan peperiksaan UPSR

Bagi Matapelajaran Bahasa Inggeris 38

4.2.11 Taburan Responden Mengikut Tempat

Tinggal Semasa Sekolah 39

4.2.12 Taburan Responden Kelulusan

Yang Baik dalam Sains dan Metamatik

Menggunakan Bahasa Inggeris

Mudah Menyambung Pelajaran 39

4.3 Analisis Data Bahagian B 40

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Minat Pelajar

Luar Bandar Terhadap

Matapelajaran Sains Dan Matematik

Di Dalam Bahasa Inggeris. 41

4.3.2 Persoalan Kajian 2: Kesan Pengajaran

Guru Dengan Penggunaan Peralatan

Seperti Lap Top Dan LCD. 45

4.3.3 Persoalan Kajian 3: Penerimaan Pelajar

Terhadap Kaedah Pengajaran Guru

Dalam Matapelajaran Sains Dan

Matematik Dalam Bahasa Inggeris. 48

4.3.4 Persoalan Kajian 4: Tahap Pengunaan

Bahasa Inggeris Guru-Guru

Page 13: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

xi

Semasa Pengajaran Sains Dan

Matematik Di Dalam Kelas 50

4.4 Rumusan 52

BAHAGIAN 5

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Ringkasan Kajian 55

5.3 Perbincangan 56

5.3.1 Latarbelakang Responden 56

5.3.2 Minat Pelajar Luar Bandar Terhadap

Mata Pelajaran Sains Dan Matematik

Di Dalam Bahasa Inggeris 58

5.3.3 Kesan Pengajaran Guru Dengan

Penggunaan Peralatan Seperti LCD

Dan Lap Top 59

5.3.4 Penerimaan Pelajar Terhadap

Kaedah Pengajaran Guru Dalam

Matapelajaran Sains Dan Matematik

Dalam Bahasa Inggeris 61

5.3.5 Tahap Pengunaan Bahasa Inggeris

Guru-Guru Semasa Pengajaran Sains

Dan Matematik Di Dalam Kelas. 63

5.4 Rumusan Kajian 64

5.5 Cadangan 66

5.5.1 Kementerian Pendidikan 66

5.5.2 Pihak Pentadbiran Sekolah 67

Page 14: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

xii

5.5.3 Ibubapa 68

5.5.4 Guru 69

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70

5.7 Penutup 71

BIBLIOGRAFI 73

LAMPIRAN

Page 15: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Prestasi mata pelajaran sekolah bandar/luar bandar

dalam UPSR 2000. 4

3.1 Skala pemeringkatan lima poin. 27

3.2 Tahap penilaian berdasarkan peratus. 29

4.1 Taburan responden berdasarkan jantina. 32

4.2 Taburan responden mengikut pendapatan bapa/penjaga. 33

4.3 Taburan responden mengikut pendapatan bapa/penjaga. 33

4.4 Taburan responden mengikut pendidikan bapa. 34

4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35

4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35

4.7 Taburan responden mengikut kawasan tempat tinggal. 36

4.8 Menunjukkan pencapaian pelajar berdasarkan keputusan

peperiksaan UPSR bagi matapelajaran sains. 37

4.9 Menunjukkan pencapaian pelajar berdasarkan keputusan

peperiksaan UPSR bagi matapelajaran matematik. 38

4.10 Menunjukkan pencapaian pelajar berdasarkan keputusan

peperiksaan UPSR bagi matapelajaran bahasa inggeris. 38

4.11 Taburan responden mengikut tempat tinggal sessi

persekolahan. 39

Page 16: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

xiv

4.12 Jadual pemeringkatan. 40

4.13 Tahap penilaian berdasarkan peratus. 41

4.14 Minat pelajar terhadap mata pelajaran sains

dan matematik di dalam bahasa inggeris. 42

4.15 Kesan pengajaran guru dengan penggunaan

Peralatan Seperti LCD Dan Lap Top. 45

4.16 Kaedah pengajaran guru dalam matapelajaran sains

dan matematik dalam bahasa inggeris. 48

4.17 Tahap pengunaan bahasa inggeris guru-guru

Semasa pengajaran sains dan matematik di

dalam kelas. 50

4.18 Peratus purata bagi keseluruhan persoalan kajian. 52

Page 17: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

xv

SENARAI SINGKATAN

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah.

ICT - Information Communication Technology.

LCD - Liquid Crystal Display.

USA - United State Of America.

ABM - Alat Bantu Mengajar.

CIE - Computer In Education.

SPSS - Statistical Package Of Science.

S - Setuju.

SS - Sangat Setuju.

STS - Sangat Tidak Setuju.

TP - Tidak Pasti.

TS - Tidak Setuju.

Page 18: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

1 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Bahagian Perancang Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia.

2 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Jabatan Pendidikan Negeri, Johor

3 Surat Pengenalan Diri Daripada Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia.

4 Set Borang Soal Selidik

Page 19: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bidang pendidikan di negara ini sedang mengalami proses perubahan yang

amat pantas. Ledakan dan kepesatan perubahan ini akan berterusan dan dijangka

lebih mencabar pada masa-masa akan datang. Alaf baru yang muncul adalah cabaran

besar untuk warga pendidik dalam menangani pelbagai isu yang timbul seiring

dengan kepesatan dan pembangunan negara.

Sistem pendidikan ke arah menstruktur dan menjayakan pendidikan di

Malaysia berlaku secara sentralisasi sesuai dengan status negara sebagai negara yang

sedang membangun (Mok Soon Sang , 1991). Sehubungan dengan itu pihak

Kementerian Pendidikan diberi mandat sebagai agensi untuk melaksanakan sistem

pendidikan berkesan sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari

segi intelek,rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Page 20: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

2

Malaysia yang berpengetahuan, Berketrampilan,berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara”

Sumber : Pendidikan Guru, 1995

Oleh itu banyak perubahan dasar pendidikan negara telah dilakukan oleh

Kementerian Pendidikan dan antara perubahan yang drastik yang telah dilaksanakan

berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979

dibawah Perakuan 61iaitu merancang Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada

tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1985.

Pada masa kini satu dasar yang terbaru diperkenalkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia ialah penggunaan bahasa inggeris bagi pengajaran matematik

dan sains. Dasar ini telah mula dijalankan mulai Jan 2003 dan sebagai permulaannya

hanya pelajar dalam darjah 1, pelajar tingkat 1 dan pelajar 6 rendah yang diajar

didalam bahasa inggeris bagi matapelajaran matematik dan sains, seterusnya akan

diperluaskan pengajaran menggunakan bahasa inggeris kepada semua pelajar dari

darjah 1 hingga ke tingkatan atas secara berperingkat-peringkat. Walaupun pada

awalnya ianya menjadi isu yang hangat diperkatakan tetapi pihak kementerian tetap

mempunyai alasan untuk mewajibkan dasar ini dijalankan iaitu salah satunya ialah

untuk mengurangkan jurang penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar melayu

dengan kaum-kaum lain dinegara ini.

1.2 Latar belakang Masalah

Aspirasi kerajaan untuk menjadi negara maju banyak bergantung kepada

bidang sains dan teknologi. Oleh itu kejayaan negara boleh dicapai seandainya

kerajaan dapat menyediakan pendidikan matematik dan sains pada peringkat awal

Page 21: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

3

lagi dan kejayaan ini menjaminkan masyarakat yang berpengetahuan yang mampu

bersaing diarena antarabangsa.

Perlaksanaan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris mulai

tahun awal tahun 2003 yang diputuskan oleh Jemaah Menteri bagi merealisasi kan

impian kerajaan. Rasional kerajaan melaksanakan pengguna bahasa inggeris dalam

matapelajaran matematik dan sains adalah kerana bahasa inggeris merupakan bahasa

ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa. Dengan itu langkah ini akan membolehkan

pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang

matematik dan sains disamping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari

pelbagai sumber.

Disamping itu pada masa yang sama juga ianya memberi peluang kepada guru

menggunakan bahasa inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam

bahasa tersebut. Penggunaan alat bantu mengajar ICT juga membantu menjadikan

perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik lebih menarik dan

berkesan.

1.3 Pernyataan Masalah

Tahun 2003 merupakan tahun perubahan dasar kerajaan melalui Kementerian

Pendidikan Malaysia dimana matapelajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa

inggeris.Perlaksanaan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris adalah

untuk meningkatkan kefahaman bahasa inggeris pelajar yang didakwa masih ditahap

kurang memuaskan bagi pihak kementerian pendidikan dari segi pencapaiannya

dalam peperiksaan serta kepenggunaanya. Ini kerana pihak kementerian pendidikan

merasakan dengan menguasai bahasa inggeris akan melahirkan rakyat yang lebih

berdaya saing untuk menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar pada masa

kini.

Page 22: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

4

Sehubungan dengan itu pihak kementerian telah membuat beberapa persediaan

bagi melaksanakan proses pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris

seperti menghantar guru yang mengajar matematik dan sains mengikuti latihan

profisiensi bahasa inggeris, kursus orientasi kurikulum sains dan matematik serta

latihan ICT. Bagi memantapkan dan membolehkan pengajaran ini dapat dibuat

dengan lebih berkesan pihak kementerian telah menyediakan sejumlah peruntukan

yang besar untuk membekalkan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat (ICT)

seperti komputer bimbit, projektor LCD, skrin dan bahan interaktif kepada semua

sekolah.

Kini setelah hampir setahun perubahan dasar ini telah dilaksanakan kita masih

tidak mendapat jawapan kepada tahap keberkesanan penggunaan bahasa inggeris

dalam pengajaran matematik dan sains. Adakah penggunaan bahasa inggeris ini dapat

meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran tersebut atau sebaliknya.

Satu lagi persoalan yang patut kita fikirkan ialah bagaimanakah penerimaan

pelajar dari luar bandar terhadap pengajaran matematik dan sains dalam bahasa

inggeris, ini adalah kerana jika dilihat kepada prestasi mata pelajaran sekolah

kebangsaan bandar/luar bandar dalam tahun 2000 menunjukan prestasi akedemik

murid luar bandar adalah lebih rendah berbanding pencapaian murid di bandar.

Jadual 1.1 : Prestasi Mata Pelajaran Sekolah Bandar/Luar Bandar

Dalam UPSR 2000

Lokasi Bandar Luar Bandar

Pencapaian Gred A,B,C Gred D,E Gred A,B,C Gred D,E

Bahasa Inggeris 67.5 32.5 51.9 48.1

Matematik 80.5 19.5 72.7 27.3

Sains 81.0 19.0 75.9 24.1

Sumber : Lembaga Peperiksaan 2000

Ini ditambah lagi kepada permasalahan bagi pelajar di luar bandar dimana

sekolah sering mengalami kekurangan guru khususnya guru bagi mata pelajaran sains

dan matematik. Adakah dengan mengambil guru gantian atau guru sandaran

Page 23: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

5

pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris dapat dijalankan dengan

berkesan.

Dari persoalan inilah, penyelidik memilih pengajaran sains dan matematik di

dalam bahasa Inggeris di sekolah luar bandar sebagai skop penyelidikkan kerana

ingin mendapatkan pandangan dari pelajar-pelajar yang terlibat dengan proses

pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di

sekolah berasaskan minat pelajar semasa mengikuti kelas di samping mengenalpasti

kaedah serta penyampaian guru sewaktu di dalam kelas pengajaran.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti minat, kaedah

pengajaran guru, kesan penggunaa alat bantu mengajar dan tahap penggunaan bahasa

guru dalam mata pelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris. Antaranya

ialah ;

i. Menentukan minat pelajar belajar mata pelajaran sains dan matematik di

dalam bahasa Inggeris.

ii. Untuk mengetahui tahap penggunaan peralatan seperti LCD dan lap top

yang digunakan oleh guru dalam pengajaran sains dan matematik.

iii. Untuk melihat tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah pengajaran guru

mata pelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris.

iv. Untuk mengetahui tahap penggunaan bahasa inggeris guru dalam

pengajaran matematik dan sains.

Page 24: PANDANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU SEKOLAH … · 4.5 Taburan responden mengikut pendidikan ibu. 35 4.6 Taburan responden mengikut bilangan keluarga. 35 4.7 Taburan responden mengikut

6

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa

persoalan mengenai perlaksanaan pengajaran sains dan matematik di dalam bahasa

Inggeris di sekolah luar bandar, antara persoalan yang ditimbulkan ialah:-

i. Adakah pelajar luar bandar berminat belajar terhadap mata pelajaran

sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris ?

ii. Adakah guru menggunakan peralatan seperti LCD dan lap top

sepenuhnya dalam pengajaran sains dan matematik ?

iii. Apakah pelajar dapat menerima pendekatan pengajaran guru dalam

mata pelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris ?

iv. Sejauh mana tahap penggunaan bahasa inggeris guru dalam pengajaran

matematik dan sains ?