Click here to load reader
Upload
maizira
View
2.449
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN ,SEGAMAT
TAJUK KAJIAN : KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH GAMBARAJAH UNTUK TOPIK PENYELESAIAN MASALAH PURATA DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK TAHUN 5
NAMA PENGKAJI : CIK MASRIANI BINTI SHAMSUDIN
SEPTEMBER 2009
Kajian Tindakan /KPLI Matematik 20091
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
Keberkesanan Pembelajaran Melalui Kaedah Gambarajah untuk Topik Penyelesaian Masalah Purata Dalam
Matapelajaran Matematik Tahun 5
Oleh
Masriani Binti Shamsudin
SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN, 85000 SEGAMAT, JOHOR
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid melalui
kaedah gambarajah untuk topik purata. Ini adalah penting untuk memastikan
kefahaman murid tentang topik purata dalam bab Pnegur. Sebelum ini, murid
didedahkan dengan penggunaan rumus purata dalam menyelesaikan masalah. Namun
begitu, melaui rumus, murid hanya menghafal formula untuk menyelesaikan masalah
yang diberikan. Namun, secara keseluruhannya, murid tidak memahami konsep purata
itu sendiri dalam kehidupan seharian. Ini boleh di uji dengan menyediakan soalan
berbentuk penyelesaian masalah. Di dapati, murid tidak dapat menjawab bentuk soalan
penyelesaian masalah yang menguji kefahaman murid tentang konsep purata . Justeru
itu, guru haruslah mempunyai jalan penyelesaian yang boleh meningkatkan kefahaman
murid mengenai topik purata untuk memastikan murid dapat memahami konsep
tersebut dan seterusnya objektif pengajaran tercapai.
Kajian Tindakan /KPLI Matematik 20092
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Penyelesaian masalah merupakan suatu bentuk soalan yang menguji kefahaman murid
mengenai sesuatu topik secara keseluruhan. Soalan ini melibatkan pelbagai operasi
iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Justeru itu, soalan ini sangat tidak di sukai oleh
murid-murid kelas saya kerana mereka perlu melakukan banyak operasi untuk
mendapatkan jawapan. Bagi murid yang cergas, soalan berbentuk begini sangat
digemari oleh mereka kerana ia dapat menjana idea dalam menyelesaiakan masalah.
Topik purata sebenarnya mudah kerana murid hanya perlu mengingat rumus yang
diperlukan untuk mendapatka purata. Namun begitu, jika dalam bentuk soalan
penyelesaian masalah, topik ini agak sukar untuk murid menjawab. Ini adalah kerana
murid perlu memahami konsep purata itu sendiri selain hanya perlu mengingat rumus.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menangani masalah murid-murid yang tidak menguasai
kefahaman mengenai topik purata. Pada umumnya faktor ini adalah disebabkan oleh
kurangnya pendedahan mengenai topik ini dan murid juga tidak biasa menjawab soalan
berbentuk penyelesaian masalah. Bila soalan yang melibatkan soalan penyelesaian
masalah, murid kelihatan tidak berminat dan apabila tiba di topik purata, mereka seolah
merasakan soalan ini sukar dan menyusahkan. Selain itu , terdapat beberapa faktor lain
yang menyebabkan murid sukar untuk memahami pengajaran penyelesaian masalah
iaitu tidak dapat memberikan fokus semasa belajar kerana proses pembelajaran yang
diterapkan tidak begitu menarik, tidak memahami kaedah guru mengajar, tidak Kajian Tindakan /KPLI Matematik 2009
3
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul, tidak dapat mengaitkan soalan
dengan topik yang telah dipelajari.
Justeru itu, saya menekankan kaedah pengajaran menggunakan gambarajah yang
boleh mengukur keberkesanan kefahaman murid berbanding menggunaka formula. Ini
merupaka salah satu strategi penyelesaian masalah dalam Model Polya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Melihat kesan kepada murid Tahun 5 melalui pengajaran menggunakan
gambarajah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Objektif Khusus
i Meningkatkan minat murid di dalam setiap pembelajaran matematik
ii Meningkatkan pemahaman murid terhadap pengajaran matematik terutama
soalan penyelesaian masalah
iii Membantu murid mengingat kaedah menjawab soalan matematik dengan
betul.
iv Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan teknik gambarajah
Kajian Tindakan /KPLI Matematik 20094
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 34 orang murid Tahun 5 Berlian SK Temenggong
Abdul Rahman yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 17 murid
perempuan.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Model Pendekatan Aktiviti Kajian
Model ini digunakan untuk menjalankan kajian tindakan ini dan gelungan ini
dinamakan ‘Gelungan Kajian Tindakan’.
Kajian Tindakan /KPLI Matematik 20095
MERANCANG
BERTINDAK
MEMERHATI DAN
MENGANALISIS
MEREFLEK
MENGENALPASTI ISU/MASALAH
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
Merancang
5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut. Perincian terhadap masalah
tersebut dilihat daripada aspek berikut :
a) Pengetahuan sedia ada murid memahami maklumat yang terdapat di dalam
soalan melalui temu bual.
b) Latihan menjawab soalan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
murid semasa menjawab soalan Matematik.
c) Ujian bagi mengenal pasti tahap pemahaman murid selepas mempelajari
sesuatu topik dalam subjek Matematik.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
a) Hasil Temubual Dengan Murid
Hasil temu bual dengan murid saya mendapati sebahagian 20/34 orang murid
tidak dapat menguasai sesi pengajaran di kelas dengan sepenuhnya, 14/25 pula
tidak memahami teknik pengiraan yang ditunjukkan oleh guru .
Kajian Tindakan /KPLI Matematik 20096
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
b) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja
Kelemahan murid dalam menjawab soalan matematik juga ditinjau dengan
terperinci melalui buku latihan murid. Sebahagian murid tidak dapat menjawab
soalan latihan yang diberikan. Saya melihat kaedah pengajaran yang menarik
mampu memperbaiki kualiti pemahaman matematik mereka.
5.3 Merancang Tindakan
Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan
aktiviti yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, saya merancang pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah gambarajah untuk soalan berbentuk penyelesaian
masalah.
6.0 Melaksanakan Tindakan
Aktiviti
Saya menggunakan soalan berbentuk penyelesaian masalah yang mudah terlebih
dahulu untuk menguji ingatan murid mengenai formula tentang purata.
Contoh soalan 1.
Alia has two cats. They weight 2.7 kg and 3.5 kg each. What is the average mass of the 2 cats?
Kajian Tindakan /KPLI Matematik 20097
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
Saya menukarkan peryataan di atas kepada bentuk gambarajah. Saya menampal
soalan di papan dan membuat 3 kolum di papan putih. Seterusnya, saya menampak
dua ekor kucing yang berbeza saiz di papan putih untuk menggambar kan situsi dalam
soalan di atas. Formula untuk purata juga di tampal di papan putih untuk pemahaman
murid.
Average =
Before During After
2.7 kg 3.5 kg
Total mass = 2.7 kg + 3.5 kg
= 6.2 kg
Average =
= 3.1 kg
3.1 kg 3.1 kg
Total mass = 3.1 kg + 3.1 kg
= 6.2 kg
Oleh itu, murid jelas dapat memerhatikan gambaran purata itu setelah melihat
gambarajah yang di paparkan di papan putih. Saya juga menerangkan maksud purata
itu adalah di antara yang teringan dan yang terberat antara dua ekor kucing. Pemilihan
Kajian Tindakan /KPLI Matematik 20098
Total of quantity
Number of quantity
2.7 + 3.5
2
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
gambar kucing juga hendak la sesuai iaitu saiznya adalah antara dua ekor kucing yang
di paparkan pada kolum yang pertama.
Seterusnya, untuk soalan kedua, saya menukar bentuk soalan untuk mencari jumlah
kuantiti. Oleh itu, menggunkan gambarajah, penggunaan rumus adalah tidak perlu.
Contoh soalan 2.
The average of two numbers are 120. What is the total of the two numbers?
Before During After
Total of quantity = 240
120 120
Total of quantity = 240
Di sini, saya menekankan, pada kolum pertama, saiz bagi keduanya adalah berbeza.
Pada akhirnya, setelah dibahagikan, kedua-duanya adalah mempunyai saiz yang sama.
Ini merupakan konsep purata yang ditekankan kepada murid. Pembahagian pada
akhirnya adalah sama dalam bentuk saiz dan kuantiti. Berdasarkan contoh pertama,
jumlah bagi kedua-dua kolum pertama dan ketiga hendaklah sama. Maka dari
Kajian Tindakan /KPLI Matematik 20099
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
penggunaan gambarajah, murid sudah pasti dapat mengira bagi jumlah kuantiti yang
dikehendaki tanpa menggunakan rumus.
Jika menggunakan formula adalah seperti berikut;
Total of quantity = Number of quantity x Average
Contoh soalan 3.
The average of three numbers above is 70. Find the second number?
Before During After
29 ? 114
Total = 210
Total = 29 + 114 = 143Therefore, the second number is
210 – 143 = 57
Check ; 29 + 57 + 114
= 210
70 70 70
Total = 70 + 70 + 70 = 210
Kajian Tindakan /KPLI Matematik 200910
29 114
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
Soalan kali ini menguji kefahaman murid mengenai konsep purata. Namun, setelah
diberi dua contoh soalan di atas, murid dapat memahami konsep yang diterangkan.
Murid harus mengira nilai kedua-dua bahagian kolum bagi memastikan jumlahnya
adalah sama.
Pemerhatian
Melalui pemerhatian, murid sangat berminat untuk memahami kehendak soalan setelah
beberapa gambarajah di tampal di papan putih. Gambarajah sangat berwarna-warni
dan murid sangat member tumpuan sepanjang pembelajaran. Setelah diberi lembaran
kerja, kebanyakan murid dapat menyelesaikan masalah yang diberikan walaupun
terdapat segelintir murid yang menghadapi masalah pengiraan.
7 REFLEKSI KAJIAN
Melalui pengalaman semasa menjalankan kajian, saya mendapati beberapa aspek
yang dapat meningkatkan keberkesanan P&P saya. Teknik pengajaran guru yang
kreatif dan efektif dapat
Wujud suasana P&P yang hamorni dan mesra
Murid-murid terlibat aktif dalam proses P&P
P&P yang tersusun menyebabkan murid-murid senang memahami dan
menguasai sesuatu kemahiran yang diajar oleh guru
Minat dan keyakinan murid dapat dipertingkatkan
Murid lebih menumpukan perhatian semasa P&P berlangsung
Murid dapat menyelesaikan masalah matematik dengan betulKajian Tindakan /KPLI Matematik 2009
11
Masriani Bt Shamsudin (SK Temenggong Abdul Rahman)
8 .0 CADANGAN – CADANGAN
Memandangkan semua murid tertarik kepada pendekatan gambarajah di dalam sessi
pengajaran dan pembelajaran Matematik, adalah dicadangkan pembelajaran
berbantukan IT dapat diadakan agar dapat melahirkan murid yang proaktif di dalam
kelas dan seterusnya meningkatkan minat kepada matapelajaran Matematik. Dengan
lahirnya minat di dalam diri, murid-murid ini akan mendapat satu momentum untuk
memajukan diri dan seterusnya mampu menaikkan peratus lulus di kalangan murid
sekolah. Ini merupakan impian semua guru untuk melahirkan murid yang berkualiti dari
segi intelek dan pencapaian ujian/peperiksaan.
Kajian Tindakan /KPLI Matematik 200912