17
X PENGENALAN Kehidupan manusia merupakan sebuah kehidupan sosial. Ini mencerminkan yang kita melalui kehidupan dikalangan manusia lain dan sentiasa mengambil kira kewujudan mereka. Adakalanya kita melibatkan diri secara langsung dengan manusia lain dan aktiviti kita tidak boleh bergerak tanpa mereka. Pada masa lain pula, mereka hanya wujud dalam imaginasi kita sahaja tetapi masih boleh mempengaruhi kehidupan kita. ELEMEN STRUKTUR SOSIAL Walaupun interaksi sosial perlu melibatkan orang lain tetapi kita jarang berinteraksi dengan seorang individu sahaja. Kita sering bersama dengan orang lain untuk mewujudkan sebuah „kumpulan‰ (sila lihat Rajah 6.1), iaitu sekumpulan manusia yang mengambil kira tingkahlaku ahli kumpulan semasa berinteraksi dan mewujudkan perasaan ingin bersama. Apabila interaksi yang sama ini dijalankan secara rutin untuk beberapa jangka masa, ini menjadi cara yang boleh digunapakai untuk melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, setiap kumpulan akan mewujudkan norma dan nilainya tersendiri dan juga status dan peranannya. Kemudiannya muncul pula budaya dan struktur kumpulan daripada interaksi di kalangan ahli kumpulan. 6.1 T T o o p p i i k k 6 6 X Kumpulan dan Organisasi HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan jenis-jenis kumpulan dan ciri-cirinya; 2. Menerangkan maksud organisasi formal; 3. Menjelaskan ciri-ciri birokrasi dan membezakan di antara kekuatan dan kelemahan birokrasi; dan 4. Menerangkan mengapa berlakunya penentangan terhadap perubahan.

kajian sosial - kumpulan dan organisasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

PENGENALAN

Kehidupan manusia merupakan sebuah kehidupan sosial. Ini mencerminkan yang kita melalui kehidupan dikalangan manusia lain dan sentiasa mengambil kira kewujudan mereka. Adakalanya kita melibatkan diri secara langsung dengan manusia lain dan aktiviti kita tidak boleh bergerak tanpa mereka. Pada masa lain pula, mereka hanya wujud dalam imaginasi kita sahaja tetapi masih boleh mempengaruhi kehidupan kita.

ELEMEN STRUKTUR SOSIAL

Walaupun interaksi sosial perlu melibatkan orang lain tetapi kita jarang berinteraksi dengan seorang individu sahaja. Kita sering bersama dengan orang lain untuk mewujudkan sebuah „kumpulan‰ (sila lihat Rajah 6.1), iaitu sekumpulan manusia yang mengambil kira tingkahlaku ahli kumpulan semasa berinteraksi dan mewujudkan perasaan ingin bersama. Apabila interaksi yang sama ini dijalankan secara rutin untuk beberapa jangka masa, ini menjadi cara yang boleh digunapakai untuk melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, setiap kumpulan akan mewujudkan norma dan nilainya tersendiri dan juga status dan peranannya. Kemudiannya muncul pula budaya dan struktur kumpulan daripada interaksi di kalangan ahli kumpulan.

6.1

TTooppiikk  66 Kumpulan dan Organisasi

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan jenis-jenis kumpulan dan ciri-cirinya;

2. Menerangkan maksud organisasi formal;

3. Menjelaskan ciri-ciri birokrasi dan membezakan di antara kekuatan dan kelemahan birokrasi; dan

4. Menerangkan mengapa berlakunya penentangan terhadap perubahan.

Page 2: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 104

Rajah 6.1: Kumpulan remaja

6.1.1 Ciri-ciri Kumpulan

Apakah ciri-ciri kumpulan? Keinginan untuk bersama adalah antara ciri-ciri berkumpulan yang dipanggil „kekitaan‰. Ahli kumpulan akan mewujudkan identiti kumpulan dan menganggap kumpulan tersebut sebagai mencerminkan identiti mereka. Cuba lihat contoh ini:

Dalam perbualan di atas ternyata bahawa ahli kumpulan menggunakan „kita‰ untuk merujuk kepada tingkahlaku kumpulan. Mereka juga sanggup melepaskan keinginan peribadi untuk menerima keputusan yang dibuat oleh kumpulan. Walau pun Siti dan Ah Chong ingin melakukan sesuatu yang berlainan tetapi akhirnya mereka sanggup mengikut kehendak ahli kumpulan yang lain. Sekumpulan kawan adalah merupakan kumpulan yang tidak formal disebabkan mereka tidak mempunyai struktur sosial yang tegar. Sekiranya sebuah kumpulan mempunyai struktur sosial yang tegar maka ini dipanggil kumpulan

Ahmad : Kita nak buat apa sekarang? Ah Chong : Mari kita pergi makan. Siti : Saya tak lapar lagilah. Muthu : Apa kata kita pergi ke perpustakaan dan buat tugasan. Siti : Saya baru habis ujian, tak nak pergilah ⁄ tapi kalau semua orang nak juga, saya ikut saja. Ahmad : Saya pun. Ah Chong : Ok.

Page 3: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 105

formal. Kumpulan ini akan ada status, peraturan dan peranan yang khusus dan kadangkala mempunyai peraturan dan pengawalan yang bertulis. Contohnya, jabatan pendidikan di sebuah universiti adalah sebuah kumpulan yang formal, sebab dalam jabatan tersebut ada peraturan bertulis dan juga jawatan rasmi seperti dekan, timbalan dekan, pelajar sarjana muda, pelajar sarjana dan pekerja pentadbiran. Satu lagi ciri kumpulan ialah perasaan ingin tergolong dalam kumpulan. Kumpulan dalaman (in-group) adalah kumpulan di mana ahlinya merasa tergolong dalam kumpulan tersebut manakala kumpulan luaran (out-group) adalah kumpulan di mana ahlinya tidak merasa diri mereka tergolong dalam kumpulan tersebut. Situasi ini boleh dilihat di kalangan remaja. Mereka akan bersama dalam kumpulan yang dipanggil clique atau kumpulan dalaman. Remaja ingin berada dalam kumpulan sedemikian disebabkan kumpulan akan memberi mereka perasaan kekitaan dan status. Maka di sekolah terdapat pelajar yang pandai berkumpul bersama rakan yang pandai, ahli sukan akan mempunyai kumpulannya sendiri dan ada juga remaja yang tidak tergolong dalam mana-mana kumpulan.

6.1.2 Ciri-ciri Kumpulan Primari dan Sekunder

Apakah perbezaan di antara kumpulan primari dan sekunder? Ahli sosiologi mengkategorikan kumpulan kepada primari dan sekunder. Kumpulan primari mempunyai ciri-ciri seperti mesra, peramah, berkerjasama dan hubungan bersemuka. Ahli kumpulan ini juga mengambil berat tentang ahli lain dan menghargai satu sama lain. Contoh kumpulan primari ialah keluarga dan rakan. Berbeza pula dengan kumpulan sekunder di mana ciri-cirinya terhad oleh penyertaan dan hubungan formal dan tidak mesra (sila lihat Jadual 6.1). Manusia menyertai kumpulan sekunder dengan niat ingin mencapai matlamat khusus, maka mereka tidak berapa kisah tentang kesejahteraan ahli kumpulan.

AKTIVITI 6.1

1. Cuba anda kenalpasti kumpulan dalaman dan kumpulan luaran dalam masyarakat anda.

2. Bagaimanakah kumpulan dalaman mempengaruhi pandangan anda terhadap kehidupan?

3. Apakah yang memastikan kumpulan kekal bersama?

Page 4: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 106

Sebaliknya, mereka memandang kumpulan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan sesuatu. Antara contoh kumpulan ini ialah rakan sekerja, rakan sedarjah, ahli organisasi politik dan ahli perniagaan.

Jadual 6.1: Ciri-Ciri Kumpulan Primari dan Sekunder

Hubungan Jenis orientasi

Jangka masa

Skop Matlamat Contoh

Kumpulan primari

Berorientasi mesra

Panjang Luas: Melibatkan pelbagai aktiviti

Melibatkan diri sepenuhnya

Keluarga, rakan rapat

Kumpulan sekunder

Berorientasimatlamat

Pendek Sempit: Melibatkan

beberapa aktiviti sahaja

Menggunakan kumpulan

sebagai batu loncatan

Rakan sekerja, sekerja:

organisasi politik

Walaupun kumpulan sekunder tidak berapa mesra di antara satu sama lain tetapi kumpulan ini boleh dijadikan asas kepada pembentukan kumpulan primari. Misalnya, sebuah kelas yang mengandungi 100 orang pelajar baru dikatakan sebagai kumpulan sekunder tetapi selepas beberapa semester sebilangan pelajar ini akan membentuk kumpulan mereka untuk membuat tugasan dan sebagainya, maka terbentuklah kumpulan primari. Dalam sebuah sekolah, kolej atau universiti akan mengandungi beratus orang pelajar di dalamnya. Dalam masyarakat komunal, keperluan untuk kehidupan seharian boleh dipenuhi oleh keluarga dan kumpulan rakan, kumpulan sekunder tidak sangat diperlukan. Tetapi apabila masyarakat komunal bergerak kepada masyarakat terjalin, situasinya akan berubah. Saiz dan kerumitan masyarakat terjalin memerlukan kita berinteraksi secara terbatas dengan ramai orang dan menghadkan interaksi kita kepada matlamat yang ingin kita capai sahaja. Walaupun interaksi ini mempunyai bentuk kumpulan primari tetapi sebenarnya ia adalah bersifat sekunder. Misalnya, kita berbual dengan tukang jahit sebagai rakan tetapi kita tidak mengecamnya apabila kita bertembung dengannya di kedai. Kita menjadi ahli persatuan ibu bapa tetapi kita tidak berusaha untuk mengenali ibu bapa lain. Kita mempunyai keluarga kembangan tetapi kita tidak mengenali sepupu, emak dan bapa saudara kita yang tinggal di negeri lain. Walaupun kita tergolong dalam beberapa kumpulan tetapi kita tidak perlu menjadi ahli dalam setiap kumpulan yang kita rasa penting. Sekiranya kita tidak tergolong dalam kumpulan tertentu, kumpulan masih mempunyai nilai, norma dan kepercayaan yang menjadi piawai kepada tingkahlaku kita. Kumpulan ini dinamakan „kumpulan rujukan‰. Contohnya, Parti politik, badan profesional,

Page 5: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 107

mazhab, atau pasukan sukan merupakan kumpulan rujukan. Seorang individu mungkin menghormati sebuah parti politik atas beberapa isu dan mungkin mengundinya. Begitu juga dengan badan profesional yang boleh mempengaruhi nilai dan kepercayaan ahlinya dengan mencadangkan tingkahlaku yang sesuai atau merupakan sebagai badan penasihat kepada ahlinya.

6.1.3 Saiz Kumpulan

Kumpulan primari adalah kecil, mungkin tidak melebihi 12 orang. Keadaan ini disebabkan sukar untuk mengekalkan hubungan mesra sekiranya bilangan kumpulan besar. Walaupun terdapat kumpulan primari yang lebih besar seperti keluarga berkembang, unit ketenteraan atau pasukan olahraga, mereka sebenarnya terdiri daripada beberapa unit atau bahagian. Setiap unit atau bahagian ini mungkin tidak mewakili kumpulan primari tadi. Kumpulan manusia yang paling sederhana dan kecil ialah „kumpulan diad‰, yang mengandungi hanya dua orang ahli. Diad adalah unik sifatnya sebab terdapat satu hubungan sosial di antara kedua-dua ahli. Anda dan rakan anda adalah sebuah diad dan mempunyai hanya satu hubungan sosial di antara anda berdua. Sekiranya salah satu daripada anda enggan berinteraksi maka terbubarlah kumpulan anda. Sebaliknya, setiap ahli dalam diad boleh memberi perhatian kepada satu sama lain, akibatnya hubungan mereka ini selalunya lebih mesra, beremosi dan mendalam. Contohnya, dua kawan rapat, sepasang kekasih, dua orang kakak, atau abang boleh mewujudkan ikatan rapat yang berkekalan. Apabila ahli kumpulan bertambah lebih daripada dua kepada tiga atau lebih, ciri-ciri kumpulan sosial yang lebih kompleks mula wujud. Kumpulan yang mempunyai tiga orang ahli atau kumpulan tiga serangkai, berkemungkinan akan ada tiga hubungan sosial. Misalnya, dalam sebuah keluarga yang mengandungi tiga orang ahli, ibu dan bapa boleh menentang kehendak anak yang inginkan sebuah anak patung baru; atau bapa dan anak bergabung dan merayu agar ibu

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Jelaskan ciri-ciri kumpulan primari dan sekunder.

2. Berikan perbezaan di antara kumpulan primari dan sekunder dan berikan contoh untuk setiap satu.

3. Berikan contoh kumpulan primari dan sekunder yang terdapat dalam konteks masyarakat di Malaysia.

Page 6: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 108

membenarkan pembelian anak patung baru itu; atau ibu dan anak bersama bertengkar dengan bapa atas pembelian anak patung baru itu. Dalam kumpulan tiga serangkai ini ternyata gabungan berlaku di antara ahlinya dan setiap ahli boleh bertukar peranannya.

6.1.4 Pengaruh Saiz Kumpulan ke atas Tingkahlaku dan Sikap

Sebenarnya, pensyarah-pensyarah tersebut merupakan John Darley dan Bibb Latane (1968) yang telah mewujudkan situasi tersebut. Tidak ada pelajar yang berbincang dan tidak ada pelajar yang berpenyakit sawan, yang ada hanya komen anda sahaja yang dirakamkan. Peserta lain yang dipanggil untuk kajian ini diberitahu bahawa mereka juga akan berbincang bersama pelajar lain, berdua, bertiga dan beberapa peserta yang lain. Pengkaji mendapati pelajar yang menganggap mereka berada dalam kumpulan dua orang berebut keluar untuk menolong. Sekiranya mereka beranggapan bahawa kumpulan mereka terdiri daripada tiga orang, hanya 80% sahaja yang akan keluar menolong dan mereka juga tidak berebut keluar daripada bilik mereka. Manakala pelajar yang beranggapan mereka berada dalam kumpulan seramai 6 orang, hanya 60% sahaja yang keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku dan mereka ini mengambil masa untuk jalan keluar.

Anda dikehendaki oleh pensyarah psikologi anda untuk mengikut sekumpulan pelajar berbincang tentang cara pembelajaran di kampus. Semasa anda tiba, anda diberitahu bahawa anda perlu duduk dalam sebuah bilik kecil agar perbincangan dijalankan tanpa ahli kumpulan mengenali satu sama lain. Anda akan berinteraksi melalui intekom, terdapat mikrofon yang akan dinyalakan apabila anda diminta untuk bercakap.

Anda merasa bahawa cara ini aneh tetapi anda turut serta juga. Anda tidak nampak pelajar yang lain yang berada dalam bilik masing-masing tetapi apabila mereka bercakap tentang pengalaman mereka anda mula merasai bahawa anda telah mula bersama berkongsi pengalaman mereka. Ada seorang pelajar yang mengatakan bahawa dia melalui pengalaman yang menakutkan disebabkan penyakit sawannya. Setelah beberapa ketika selepas itu anda mendengar pelajar tersebut menghembus nafas yang kuat ke dalam mikrofon. Kemudian dia mula gagap dan seterusnya menjerit meminta tolong dan diikuti oleh bunyi bising. Anda mula menggambarkan pelajar tersebut terlantar di atas lantai tanpa pertolongan. Kemudian diikuti oleh sunyi sepi. Apakah tindakan anda?

Page 7: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 109

Kajian ini menggambarkan betapa dalamnya pengaruh saiz ke atas tingkahlaku dan sikap manusia. Ia juga mempengaruhi kesanggupan kita untuk menolong orang lain. Pelajar yang dalam kumpulan berdua tahu bahawa mereka bertanggungjawab untuk menolong pelajar lain. Mereka beranggapan bahawa pensyarah tidak ada di situ dan sekiranya mereka tidak menolong maka tidak ada orang lain yang akan bertindak. Manakala dalam kumpulan yang lebih besar, seorang pelajar beranggapan tanggungjawab adalah bersama dan bukan terletak dibahunya sahaja. Apabila ahli kumpulan itu kecil, ahlinya akan bertindak secara informal tetapi apabila bilangan ahli kumpulannya besar, mereka kurang perasaan kekitaan dan menjadi lebih formal. Ahli kumpulan besar ini mempunyai perasaan bahawa ahli lain tidak akan mengambil kira apa yang diperkatakan.

APA ITU ORGANISASI?

Dalam masyarakat komunal kehidupan seharian dilakukan melalui hubungan sosial secara peribadi dan dalam kumpulan kecil. Manakala dalam masyarakat terjalin pula hubungan sosial menjadi lebih formal dan dijalankan dalam organisasi yang formal juga. Hubungan secara perseorangan berlaku juga dalam masyarakat terjalin tetapi ia dilakukan melalui orgaisasi. Kepentingan organisasi kepada masyarakat terjalin dan juga kepada kehidupan ahlinya boleh digambarkan melalui ilustrasi begini „kita lahir dan mati dalam hospital, disosialisasi dalam sekolah, bekerja dalam korporat, bermain dalam kelab olahraga, melawat sanak saudara yang berumur dalam rumah orang tua, dan akhir sekali diingati dalam rumah peringatan‰. Dalam kehidupan kita pula, apabila kita membeli makanan daripada restoran, membeli baju kita daripada butik, menonton program di televisyen, kita sebenar bergantung kepada organisasi untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan. Masyarakat moden sebenarnya adalah masyarakat organisasi. Di Amerika terdapat sebanyak 10 juta organisasi yang mempunyai berbagai matlamat. Kebanyakan organisasi ini adalah kecil di mana kebanyakannya mempunyai 100 orang pekerja; persatuan sukarela, puratanya 50 orang ahli atau kurang, dan sekolah rendah mempunyai mungkin 25 orang guru. Terdapat juga organisasi yang besar seperti kerajaan pusat yang mempunyai kakitangan sebanyak 3 juta orang, dan korporat seperti General Motors yang mengambil pekerja sebanyak 200,000 orang di merata dunia. Organisasi ditubuhkan untuk berbagai matlamat. Ahli sosiologi membahagikan organisasi mengikut tujuannya (sila lihat Jadual 6.2):

6.2

Page 8: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 110

Jadual 6.2: Jenis-Jenis Organisasi Mengikut Tujuan

1 Organisasi sukarela

Ada organisasi yang menyediakan rekreasi, keseronokan dan kepuasan menyertai bersama dengan orang lain. Jenis ini dipanggil organisasi sukarela sebab ahlinya boleh menyertai dan keluar bila-bila masa. Contohnya, kelab remaja seperti Pandu Puteri, persatuan sivik seperti Kelab Rotary.

2 Organisasi

koersif

Terdapat juga organisasi yang mengenakan peraturan kemasukan dan memastikan ahli tidak keluar daripada organisasi dengan sewenang-wenangnya. Jenis ini dipanggil organisasi koersif. Contohnya, ahli dalam penjara dan pesakit di hospital mental.

3 Organisasi sukarela-koersif

Kebanyakan organisasi yang kita anggap sebagai sukarela sebenarnya koersif. Contohnya, kanak-kanak mesti menghadiri sekolah sama ada mereka mahu atau tidak dan apabila mereka berada dalam sekolah, mereka tidak boleh tinggalkan sehingga dibenarkan oleh pihak sekolah.

4 Organisasi utilitarian

Sesetengah organisasi mengambil berat tentang perkara-perkara seharian. Mereka ini dipanggil organisasi utilitarian sebab mereka menyertainya hanya untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki.

BIROKRASI

Organisasi yang berkembang pada satu masa akan berubah dan cara lama menguruskan kerja mula tidak sesuai lagi. Hubungan primari di antara pekerja dan penyelia mula renggang, garis panduan tanggungjawab dan kuasa menjadi kabur, dan laporan penting mula tidak terurus dan hilang. Organisasi tersebut mungkin akan menjadi terlalu besar dan kompleks sehingga struktur yang ada perlu diubah kepada yang baru.

6.3

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi?

2. Apakah jenis organisasi yang dikategorikan sebagai organisasi formal?

Page 9: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 111

Perubahan inilah yang dipanggil sebagai birokrasi iaitu:

6.3.1 Ciri-ciri Birokrasi

Max Weber adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem organisasi birokrasi. Beliau menyedari bahawa kerangka birokrasi itu penting dalam menguruskan sebuah organisasi yang besar. Kerangka birokrasi bermula dengan jenis ideal iaitu gubahan ciri-ciri yang berdasarkan kepada berbagai contoh spesifik. Mengikut beliau sebuah jenis birokrasi yang ideal akan mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) Pembahagian tugasan yang kompleks di antara pekerja di mana setiap pekerja mempunyai tanggungjawab dan tugas yang khusus.

(ii) Kuasa hierarki yang dipegang oleh beberapa orang di pucuk organisasi, ramai pekerja di bahagian tengah organisasi, dan lebih ramai lagi pekerja yang berada di bahagian bawah organisasi. Pengurus bertanggungjawab keatas mereka yang melaksanakan tugas di bawahnya.

(iii) Peraturan dan prosedur khusus yang mengawal segala aspek organisasi sehingga kepada kerja-kerja yang terperinci. Apabila peraturan dan prosedur ini diikuti, satu jangkaan hasil bersama boleh dicapai.

(iv) Satu sistem pemberian ganjaran kepada pekerja berdasarkan kecemerlangan bekerja dan bukan berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan atau hubungan primari yang lain. Kecekapan kemahiran adalah ditentukan oleh ujian, pengalaman lepas, atau latihan formal. Sementara itu, ganjaran, kenaikan pangkat dan promosi adalah berdasarkan kepada tahap kecemerlangan bekerja.

(v) Laporan bertulis tentang aktiviti-aktiviti organisasi dan dossier terperinci setiap ahli organisasi. Satu urutan surat menyurat dalam organisasi dan ini kemudiannya menjadi dokumen rasmi organisasi.

Sebuah birokrasi yang ideal merupakan sebuah gambaran mesin sosial yang berjalan lancar, yang mampu mencapai tahap kerja yang efisen serta bermutu. Weber mengetahui bahawa tidak mungkin sebuah birokrasi mampu memenuhi

Satu bentuk organisasi yang berlandaskan peraturan khusus yang jelas, tidak bersifat peribadi, dan mempunyai struktur kuasa hierarki. Kebanyakan organisasi adalah berbentuk birokrasi termasuk sekolah, kerajaan, dan perpustakaan awam.

Page 10: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 112

kesemua ciri-ciri ideal yang digariskannya. Beliau menyediakan ciri-ciri tersebut untuk mengenalpasti bahagian-bahagian penting dalam birokrasi dan juga menyediakan sebuah contoh agar organisasi boleh membuat perbandingan. Dalam kehidupan realiti tidak ramai perniagaan kecil-kecilan, kelab sosial dan organisasi yang besar dapat memenuhi kehendak birokrasi ideal ini tetapi agensi kerajaan dan pengusaha besar-besaran hampir memenuhi bentuk ideal ini.

6.3.2 Birokrasi Sebagai Satu Proses

Birokrasi telah menjadi sebahagian daripada aspek kehidupan kita sebab ia adalah satu bentuk organisasi sosial yang berkuasa. Birokrasi memastikan manusia menggunakan segala tenaganya untuk mencapai matlamat khusus. Apabila birokrasi telah wujud maka ia akan bertindak dengan sendirinya. Setelah sebuah organisasi mencapai matlamatnya dan tidak lagi perlu untuk terus bertindak, tetapi ia pasti akan terus berbuat demikian dan proses ini dipanggil pengalihan matlamat (goal displacement). Satu contoh pengalihan matlamat ini ialah penubuhan March of Dimes pada tahun 1930 untuk menangani penyakit polio yang pada masa itu merupakan penyakit misteri. Orang awam terkejut melihat seorang kanak-kanak yang sihat boleh dengan tiba-tiba lumpuh disebabkan penyakit ini. Pertubuhan ini telah meletakkan poster yang menggambarkan kanak-kanak berjalan dengan tongkat ketiak (crutches) pada setiap kedai di Amerika. Melalui cara ini penubuhan tersebut telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar kutipan wang untuk menyelamatkan mangsa polio. Apabila Dr. Jonas Salk menghasilkan vaksin untuk polio pada tahun 1950an wabak penyakit tersebut telah dihapuskan dengan serta merta. Mereka yang mengelolakan March of Dimes tidak menghentikan usaha mereka selepas ini. Sebaliknya penubuhan ini terus bergiat dalam usaha menangani penyakit lain iaitu kecacatan bayi selepas dilahirkan. Pada tahun 2001 pengkaji

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan birokrasi?

2. Jenis organisasi apakah yang dikategorikan sebagai birokrasi dan bilakah organisasi ini mula bertukar?

3. Apakah 5 ciri-ciri birokrasi yang dikemukakan oleh Max Weber?

Page 11: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 113

telah menjumpai cara mengatasi kecacatan bayi. March of Dimes sekali lagi mencari usaha baru iaitu cuba mencapai kejayaan dalam penemuan-penemuan baru dalam bidang kanak-kanak (Henslin, 2006). Weber melihat birokrasi sebagai satu bentuk organisasi sosial yang berkuasa sehingga beliau boleh meramalkan bahawa birokrasi boleh menguasai kehidupan sosial. Beliau menamakan proses ini sebagai rasionalisasi masyarakat (rasionalization of society), yang bermaksud birokrasi mengandungi undang-undang, peraturan, dan menekankan kepada hasil, ini yang akan menguasai kehidupan kita. Mengikut Weber, birokrasi merupakan bentuk organisasi yang paling efisyen. Birokrasi berpegang kepada undang-undang dan peraturan dan berkemungkinan meningkatkan kecekapan apabila tugas menjadi stabil dan rutin tetapi birokrasi juga boleh menimbulkan kurang efisyen. Undang-undang adalah berdasarkan kepada kenyataan; „manusia tidak boleh diarah melakukan sesuatu jika sesuatu itu tidak boleh dijangka„. Apabila perubahan berlaku dengan kerapnya atau apabila perkara luar biasa berlaku maka undang-undang tidak dapat menolong. Misalnya, apabila kad pengenalan hilang atau dokumen yang lain hilang maka birokrasi terhenti. Keterlaluan patuh kepada undang-undang juga boleh membawa kepada diberhentikan kerja. Misalnya, semasa Jepun menyerang Pearl Harbour pada tahun 1914, askar Amerika bergegas mendapatkan senjata untuk berperang tetapi pengawal yang menjaga peralatan perang tidak membenarkan senjata dikeluarkan tanpa surat rasmi yang mengarahkan pengeluarannya.

6.3.3 Kekuatan Birokrasi

Mengapakah birokrasi berkembang? Ini adalah sebab birokrasi mempunyai aspek-aspek yang menyumbang kepada perkembangan sesebuah organisasi.

• Pita merah kerajaan (red tape) masih dilihat sebagai sesuatu yang memberi kebaikan. Contohnya, proses untuk mendapatkan permit kerajaan untuk membuka kawasan pembuangan sampah menjadi rumit kepada syarikat yang ingin memulakan projek tersebut. Tetapi kepada penghuni di kawasan terbabit, peraturan dan undang-undang pita merah kerajaan yang perlu dilalui oleh syarikat tersebut merupakan satu cara untuk mengawasi pihak syarikat agar mereka melakukan kerja-kerja pembuangan sampah dengan berhati-hati agar tidak menjejaskan kesihatan penghuni kawasan tersebut.

• Birokrasi juga tidak melihat kepada siapakah anda. Sekiranya anda ingin memohon pinjaman, anda hanya isi borang permohonan beserta dengan dokumen yang diperlukan. Anda tidak perlu menggunakan pengaruh ahli

Page 12: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 114

politik atau kenalan untuk memastikan anda mendapat pinjaman tersebut. Birokrasi menggalakkan kesamaan dan mengurangkan diskriminasi.

• Birokrasi juga membawa kebaikan kepada pekerja. Birokrasi membuat pekerja bebas berfikir, kreatif dan bersikap terbuka.

• Mengikut definisi Kohn, birokrat adalah mereka yang bekerja dalam organisasi besar dengan kerumitan birokrasinya dan mereka yang bukan birokrat pula adalah mereka yang bekerja dalam organisasi kecil bersama satu tahap penyelia. Kohn mendapati bahawa berbanding dengan mereka yang bukan birokrat, mereka yang birokrat menunjukkan pencapaian intelektual yang lebih tinggi dalam ujian yang ditadbirkan oleh penemuduga. Birokrat juga meletakkan penekanan intelektual yang tinggi ke atas diri mereka sendiri semasa waktu berehat. Mereka akan membaca buku dan majalah, menonton konsert dan pertunjukan pentas dan pergi ke muzium.

6.3.4 Kelemahan Birokrasi

Birokrasi mempunyai beberapa kelemahan disebabkan ciri-ciri yang wujud dalam sistemnya.

• Salah satu keburukan birokrasi ialah undang-undang dan peraturan yang menjadi ciri-cirinya. Ini tidak banyak menolong sekiranya berlaku sesuatu masalah yang tidak dijangka. Kepatuhan mengikut peraturan boleh membawa kepada halangan untuk melakukan sesuatu tindakan.

• Bukan sahaja birokrasi mempunyai undang-undang dan peraturan sahaja tetapi undang-undang dan peraturan ini sentiasa ditambah. Birokrasi awam terkenal dengan peraturan yang menimbun. Kesemua peraturan inilah yang melambatkan kakitangan kerajaan untuk mengambil tindakan dan kelewatan untuk berurusan ini dirasai oleh mereka yang dalam sektor swasta dan awam yang terpaksa menunggu dengan sabar. Sektor perniagaan terpaksa menghabiskan wang ringgit untuk mengisi borang-borang jabatan kerajaan.

• Apabila terdapat banyak peraturan, berkemungkinan juga terdapat di antaranya yang tidak masuk akal dan bercanggah. Contohnya, di Amerika kerajaan telah membelanjakan berjuta dolar daripada hasil cukai pendapatan untuk kempen anti-merokok dan pada masa yang sama memberi subsidi kepada perindustrian ini. Contoh yang lain pula, seorang pekerja pasar raya yang berumur 31 tahun telah memenangi loteri jutawan New York. Beliau berhenti kerja untuk beberapa ketika dan kemudiannya memohon untuk faedah pengangguran daripada jabatan kebajikan (Peter, 1986). Kadangkala

Page 13: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 115

peraturan yang berlilit ini boleh memerangkap seseorang. Apabila kita mematuhi satu peraturan, kemungkinan kita melanggar peraturan lain pula.

• C. Northcotte Parkinson (1957) pula mengatakan kelemahan dalam birokrasi ialah kemungkinan untuk ia berkembang dan terus berkembang, sekurang-kurangnya 6 peratus setiap tahun. Beliau menamakan ini sebagai ParkinsonÊs Law. Pekerja-pekerja ingin mencerminkan diri mereka sebagai orang yang sibuk bekerja atau orang yang penting maka mereka akan menambahkan beban tugas mereka dengan banyak menulis memo, mewujudkan peraturan baru, mengisi boring dan mengemas fail. Apabila mereka letih dengan beban tugas yang berlebihan ini mereka akan mendapatkan seorang penolong. Sekiranya seorang majikan hanya mempunyai seorang pekerja upahan, pekerja itu berkemungkinan akan menjadi persaingan untuk jawatan majikannya. Tetapi sekiranya majikan tersebut mempunyai dua atau lebih orang pekerja upahan, hanya majikan sahaja yang mengetahui tugas kedua-dua pekerjanya. Pada masa yang sama, gaji majikan tersebut akan bertambah mengikut bilangan pekerja dibawahnya. Seterusnya, pertambahan pekerja juga bermakna bertambahnya beban tugas majikan untuk mengurus pekerjanya dan aktiviti mereka. Ini memberi ruang untuk majikan menambah peruntukan kewangan jabatan tersebut. Mengikut Morris Fiorina (1983) birokrasi memberi ganjaran (seperti gaji, status, dan kuasa) dan ini bergantung kepada saiz (pekerja dan kewangan) agensi tersebut. Akhirnya birokrasi makin meningkat.

• Dalam setiap hierarki terdapat pekerja yang akan dinaikkan pangkat sehingga ke tahap kurang cekap. Apa yang berlaku dalam situasi ini ialah pekerja yang cekap dinaikkan pangkat. Sekiranya pekerja tersebut menunjukkan kecekapannya dalam tugas yang baru maka dia akan dinaikkan pangkat lagi. Beliau akan terus dinaikkan pangkat sehingga ke tahap di mana dia akan kurang cekap dan beliau akan berada disitu sehingga bersara. Birokrasi berfungsi hanya sebab terdapat pekerja yang masih ingin meningkatkan kecekapan mereka sebelum mereka dinaikkan pangkat yang melebihi daripada kebolehan mereka. Keadaan ini dikenali sebagai Peter Principle.

SEMAK KENDIRI 6.4

1. Jelaskan kekuatan birokrasi.

2. Nyatakan 5 kesan negatif birokrasi dan berikan contoh untuk setiap satu.

Page 14: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 116

PERUBAHAN DALAM ORGANISASI

Organisasi formal adalah satu ciri penting dalam masyarakat maka ia akan menjadi sasaran perubahan. Dalam usaha untuk mengubah organisasi seperti firma perniagaan dan agensi kerajaan beberapa prinsip akan mengambil peranan dalam perubahan ini: (i) Pertama, organisasi akan berubah dengan lebih berkesan sekiranya kadar

penglibatan ahlinya tinggi. Mereka yang ingin kepada perubahan organisasi ini perlu terlebih dahulu memastikan kesemua ahli dalam organisasinya melibatkan diri mereka. Ahli yang melibatkan diri berkemungkinan akan menyokong perubahan organisasi berbanding dengan mereka yang tidak.

(ii) Kedua, mereka yang berusaha untuk membawa perubahan dalam

organisasi perlu peka kepada kehendak peribadi ahli organisasinya. Contohnya, ada ahli yang meletakkan keutamaan kepada perhubungan peribadi semasa bekerja. Sekiranya hubungan ini terganggu oleh perubahan dalam jadual tugas seharian, pemecatan pekerja atau penugasan, maka semangat ahli organisasi tersebut akan menjunam. Sesi kauseling mungkin diperlukan untuk mengendalikan perasaan emosi yang disebabkan oleh perubahan ini.

(iii) Ketiga, jangkaan oleh mereka yang berusaha untuk membawa kepada

perubahan organisasi adalah penting. Jangkaan boleh mempengaruhi tingkahlaku. Sekiranya kita menggunakan pendekatan yang positif terhadap mereka maka ada kemungkinan mereka akan bekerjasama. Tetapi sekiranya pendekatan kita adalah tidak menjelaskan tentang perubahan atau kita memandang mereka sebagai orang yang akan menentang kepada perubahan tersebut maka ada kemungkinan mereka tidak akan bekerjasama. Contohnya, apabila sebuah organisasi diambil alih oleh sebuah organisasi yang lain, ada pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja. Ini akan menimbulkan perasaan tidak selamat di kalangan pekerja lain sebab mereka tidak diberitahu apa akan terjadi kepada mereka dan seterusnya mereka curiga terhadap organisasi.

(iv) Keempat, mereka yang berusaha ke arah perubahan perlu tahu struktur

sosial dan operasi organisasi yang akan diubah. Sekiranya sebahagian daripada sistem perlu diubah maka keseluruhan sistem itu akan terjejas. Maka tidaklah memadai sekiranya ingin mengubah hanya sebahagian sahaja tanpa mengambil kira bagaimana perubahan itu akan tinggal kesan kepada keseluruhan organisasi. Kesan perubahan organisasi akan berkekalan untuk beberapa tahun dan pekerja perlu bekerja keras

6.4

Page 15: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 117

mewujudkan semula komunikasi berkesan menggantikan perancangan informal yang telah lenyap.

6.4.1 Penentangan Terhadap Perubahan

Perubahan ke atas individu, organisasi atau institusi sosial bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Contohnya, mengapakah kerajaan Cina menentang keras pemimpin pelajar semasa kejadian di Tiananmen Square? Salah satu penyebab ialah umur pemimpin Cina pada waktu itu. Ramai di antara mereka yang terlibat dalam peperangan Dunia Kedua menentang Jepun dan berkhidmat dengan revolusi komunis yang membawa mereka berkuasa. Pada pandangan mereka, kerajaan yang wujud pada masa itu adalah kerajaan yang sah dan sesiapa yang cuba mengubah cara pemerintahan adalah musuh kepada negara. Selain daripada mementingkan diri sendiri mereka juga ingin mengekalkan status quo. Mereka takut akan kehilangan kuasa, kekayaan kebendaan, dan paling penting ialah kedudukan mereka dalam masyarakat. Mengapakah individu menentang perubahan walaupun perubahan itu akan membawa kebaikan kepada diri mereka? Satu sebab ialah kebanyakan manusia telah menerima keadaan kehidupan mereka yang telah ditetapkan oleh institusi. Mereka hanya boleh menerima perubahan sekiranya keseluruhan masyarakat menentang kewujudan institusi tersebut. Seterusnya, manusia akan menentang juga sekiranya perubahan akan membawa kerugian kepada apa yang mereka hargai iaitu mereka merasa perlu menjaga kepentingan mereka dalam status quo tersebut. Terdapat juga manusia yang merasa selesa dalam keadaan kehidupan mereka sekarang walaupun mereka berada dalam situasi yang tidak menguntungkan. Pada mereka perubahan bermakna mereka perlu menghadapi sesuatu yang baru dan mungkin tidak menentu dan mereka ingin elak daripada perasaan demikian. Memandangkan penentangan akan berlaku sekiranya ada perubahan maka mereka yang ingin membawa perubahan mesti menjangka dan memahami sifat semulajadi penentangan tersebut. Mereka perlu mendengar leteran kepada perubahan yang ingin dibawa dan melibatkan mereka yang menentang dalam perbincangan yang tenang.

Bagaimanakah teknologi mempengaruhi organisasi?

AKTIVITI 6.2

Page 16: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 118

• Kumpulan merupakan golongan manusia. Ia boleh dibahagikan kepada dua

jenis iaitu kumpulan primari dan kumpulan sekunder. Perbezaan di antara kedua-dua kumpulan ini terdapat pada ciri-ciri yang terkandung dalamnya.

• Organisasi merupakan sebuah badan yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli masyarakat.

• Apabila organisasi berkembang, ia akan mula menunjukkan ciri-ciri birokrasi yang lebih teratur dan mantap. Birokrasi mengandungi peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi agar organisasi boleh diuruskan dengan licin.

• Birokrasi mempunyai kekuatan dan kelemahan. Pada zaman moden ini, birokrasi ditentang hebat atas alasan ia tidak serasi dengan gaya kerja yang pantas.

 

Birokrasi

Kekuatan

Kelemahan

Kumpulan

Kumpulan dalaman

Kumpulan diad

Kumpulan luaran

Kumpulan primari

Kumpulan rujukan

Kumpulan sekunder

Kumpulan tiga serangkai

Organisasi formal

Organisasi koersif

Organisasi utilitarian

ParkinsonÊs Law

Penentangan dalam organisasi

Pengalihan matlamat

Perubahan dalam organisasi

PeterÊs Principle

Pita merah kerajaan (red tape)

Rasionalisasi masyarakat

    

Page 17: kajian sosial - kumpulan dan organisasi

TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 119

Curry, T., Jiobu, R., & Schwirian, K. (2005). Sociology for the twenty-first century.

New Jersey: Pearson Prentice Hall. Gelles J. G., & Lavine, A. (1995). Sociology: An introduction. New York:

McGraw-Hill. Henslin, J. M. (2006). Essentials of socioloy: A down-to-earth approach.

Boston: Pearson. Schafer, T. R., & Lamm, R. P. (1992). Sociology. New York: McGraw-Hill.