69

KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,
Page 2: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

KAJIAN PERDAGANGAN PERUNCITAN KOPERASI DI

NEGERI SARAWAK

Kumpulan Penyelidik:SYARIFAH ROHAYA WAN IDRIS

YUSMAN YACOBFRANK ME-OL ABDULLAHMOHD SUANDI MORTADZA

MOHD HASWARDI MORSHIDI

Page 3: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

ii

© Maktab Koperasi MalaysiaHak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain

sebelum mendapat izin bertulis daripada Maktab Koperasi Malaysia.

Perpustakaan NegaraKajian Perdagangan Peruncitan Koperasi Di Negeri Sarawak

ISSN 1823-4844

Diterbitkan oleh:

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan InovasiMaktab Koperasi Malaysia

103, Jalan Templer46700 Petaling Jaya

Selangor

Tel: 03-79649000 Faks:03-79567882www.mkm.edu.my

Page 4: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

iii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti profil serta faktor-faktor kejayaan koperasi yang menjalankan perniagaan berasaskan peruncitan di negeri Sarawak. Profil koperasi yang menjalankan perniagaan berasaskan peruncitan di negeri Sarawak menunjukkan kebanyakan ia ditubuhkan sebelum tahun 1990 dan kebanyakannya bertumpu di kawasan luar bandar. Kebanyakan koperasi hanya menumpukan kepada satu jenis perniagaan sahaja tanpa adanya aktiviti-aktiviti sokongan perniagaan lain. Daripada sudut pengendalian operasi perniagaan, kajian mendapati kebanyakan koperasi lebih cenderung mengambil bekalan daripada pemborong sedia ada yang telah mempunyai hubungan baik dengan mereka dan suka berurusan secara tunai. Selain itu, koperasi juga telah mempunyai sistem rekod yang sistematik dan pengangkutan sendiri dalam pengurusan kedai mereka. Hasil kajian ini juga telah mengenal pasti terdapat enam faktor penyumbang kritikal dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan peruncitan koperasi di negeri Sarawak yang terdiri daripada faktor keusahawanan, sokongan, komunikasi, persaingan, susun atur dan pengurusan.

Kumpulan Penyelidik:

Syarifah Rohaya Wan Idris Yusman YacobMohd Haswardi MorshidiFrank Me-ol AbdullahMohd Suandi Mortadza

Penyelidikan ini disiapkan pada tahun 2011.

Page 5: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

iv

ISI KANDUNGAN

Halaman

ABSTRAK iiiKANDUNGAN KAJIAN ivSENARAI JADUAL viiSENARAI RAJAH viiiSENARAI SINGKATAN PERKATAAN ix

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Latar Belakang Kajian 11.1 Penyataan Masalah 21.2 Objektif Kajian 31.3 Kepentingan Kajian 31.4 Skop Kajian 4

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Peruncitan (Definisi, Konsep dan Fungsi) 52.1 Koperasi (Definisi) 62.2 Faktor Kritikal Kejayaan (CSF) 72.3 Faktor Kejayaan Perniagaan Kedai Runcit 8

2.3.1 Komunikasi 82.3.2 Susun Atur (Aspek Fizikal dan Barang

Niaga) 8

2.3.3 Pengurusan 92.3.4 Keusahawanan 92.3.5 Sokongan 112.3.6 Persaingan 11

2.4 Kualiti Perkhidmatan 112.5 Kepuasan Pelanggan 122.6 Kesetiaan Pelanggan 122.7 Hubungan Antara Kualiti Perkhidmatan, Kepuasan

Pelanggan dan Kesetiaan Pelanggan 13

Page 6: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

v

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 153.1 Populasi Kajian 153.2 Instrumen Kajian 173.3 Kutipan Data 183.4 Reka Bentuk Kajian 18

3.4.1 Mengenal Pasti Faktor-faktor Kritikal Kejayaan Peruncitan Koperasi 20

3.4.2 Pembangunan Instrumen Soal Selidik 203.4.3 Kajian Rintis 203.4.4 Pengesahan Pakar 213.4.5 Kerja Lapangan 213.4.6 Ujian Kenormalan Multivariat 213.4.7 Analisis Faktor 213.4.8 Ujian Kebolehpercayaan 223.4.9 Analisis Regresi Pelbagai 22

BAB 4 PENEMUAN DAN ANALISIS KAJIAN

4.0 Pengenalan 25

4.1 Mengenal pasti profil koperasi yang menjalankan perniagaan kedai runcit di Negeri Sarawak. 25

4.2Mengenal pasti faktor kritikal kejayaan (CSF) perniagaan kedai runcit yang dijalankan oleh koperasi.

29

4.2.1 Perbincangan Penemuan Faktor-faktor Kritikal Kejayaan Peruncitan Koperasi 32

4.3 Menentukan susunan kepentingan faktor kritikal kejayaan (CSF) perniagaan kedai runcit yang dijalankan oleh koperasi.

37

4.4 Mewujudkan model kejayaan perniagaan peruncitan koperasi

40

Page 7: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

vi

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 455.1 Kesimpulan 45

5.1.1 Profil Demografi Responden 455.1.2 Profil Demografi Koperasi 455.1.3 Prestasi Kewangan 465.1.4 Maklumat Pengurusan Koperasi 46

5.1.5Operasi Pengendalian Kedai Runcit Koperasi

46

5.1.6 Model Kejayaan Peruncitan Koperasi Negeri Sarawak

47

5.2 Cadangan Kajian 47

5.2.1 Memperkasa Keupayaan Pengurusan Koperasi

47

5.2.2 Sokongan dan Bantuan Daripada Agensi-agensi Kerajaan

49

5.2.3 Penglibatan Aktif Badan Puncak Koperasi 50

BIBLIOGRAFI 51

Page 8: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

vii

SENARAI JADUAL

Jadual Tajuk Halaman

Jadual 1.1 Pecahan Bilangan Koperasi Pengguna di Bahagian-Bahagian Utama di Negeri Sarawak sehingga Disember 2009

4

Jadual 2.1 Fungsi dan Keterangan Peruncitan 6

Jadual 3.1 Pecahan Bilangan Koperasi Pengguna Mengikut Bahagian Utama di Negeri Sarawak

15

Jadual 3.2 Item dalam Borang Soal Selidik untuk Pihak Pengurusan Koperasi

17

Jadual 3.3 Item dalam Borang Soal Selidik untuk Pihak Anggota

18

Jadual 4.1 Profil Demografi Koperasi 25

Jadual 4.2 Jadual Matrik Korelasi 30

Jadual 4.3 Ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett’s Test of Sphericity

30

Jadual 4.4 Item-item dalam ke-enam-enam Faktor Utama 31

Jadual 4.5 Jadual Faktor dan item-item di dalamnya 33

Jadual 4.6 Analisis Regresi Berganda (Model Summary, ANOVA, Coefficients)

38

Jadual 4.7 Susunan Keutamaan Faktor Kritikal Kejayaan Perniagaan Kedai Runcit Koperasi Di Negeri Sarawak

40

Jadual 4.8 Korelasi di antara Kualiti Perkhidmatan (SQ) dengan Kepuasan Pelanggan (CS)

40

Jadual 4.9 Korelasi di antara Kualiti Perkhidmatan (SQ) dengan Kepuasan Pelanggan (CS)

41

Page 9: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

viii

SENARAI RAJAH

Rajah Tajuk Halaman

Rajah 2.1 Model “Hypothesized Model 1” yang menggunakan Lisvel VIII

13

Rajah 3.1 Prosedur Pensampelan Rawak Berlapis 16

Rajah 3.2 Reka bentuk Kajian 19

Rajah 4.1 Mahalanobis Distance 29

Rajah 4.2 Model Kejayaan Perniagaan Peruncitan Koperasi

41

Page 10: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

ix

SENARAI SINGKATAN PERKATAAN

SINGKATAN KETERANGAN

KPDNKK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan

SKM Suruhanjaya Koperasi Malaysia

MKM Maktab Koperasi Malaysia

ANGKASA Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia

ALK Anggota Lembaga Koperasi

JAD Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi

ICA International Cooperative Alliance

ILO International Labour Organization

FAMA Federal Agriculture Marketing Authority

MARDI Malaysian Agricultural Research and Development Institute

SIRIM Standards and Industrial Research Institute of Malaysia

DKN Dasar Koperasi Negara

KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar

MBE Model Baru Ekonomi

NKEA National Key Economic Area

CSF Critical Success Factor

SQ Service Quality

Page 11: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

x

CS Customer Satisfaction

CL Customer Loyalty

TUKAR Program Transformasi Kedai Runcit

TMP Tabung Modal Pusingan

ICT Information and Communication Technology

LCE/SRP/PMR Lower Secondary Evaluation/Sijil Rendah Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah

MCE/SPM/SPMV Malaysian Certificate of Education/Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPSS Statistical Package for the Social Sciences

EFA Exploratory Factor Analysis

Page 12: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

1

PengenalanBab 1

1.0 Latar Belakang Kajian

Peruncitan adalah salah satu industri yang paling matang dalam pembangunan ekonomi negara dan ia sentiasa berkembang mengikut persekitaran serta selari dengan transformasi teknologi semasa. Sektor ini merupakan penyumbang utama kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) di samping mewujudkan hampir 400,000 peluang pekerjaan (YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, 2010). Satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) akan dilaksanakan memandangkan betapa pentingnya sektor peruncitan ini sebagai pemacu bagi penggunaan dalam negara, bagi menyasarkan pencapaian lebih daripada dua kali ganda sumbangan kepada PNK menjelang 2020.

Berdasarkan statistik semasa, 50 peratus koperasi terlibat dalam sektor pengedaran dengan koperasi dewasa memainkan peranan penting dalam memastikan pengedaran barangan keperluan harian terutamanya barang kawalan sampai kepada rakyat terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar (DKN 2011-2020). Gabungan dan kerjasama strategik antara koperasi pemborongan dan peruncitan di seluruh negara dijangka dapat melipatgandakan penglibatan serta mengukuhkan koperasi dalam sektor ini. Hal ini adalah kerana landskap peruncitan di Malaysia telah berubah di mana pertumbuhan pasar raya berskala besar telah meningkat secara besar-besaran berbanding kedai-kedai runcit berskala kecil. Pengukuhan koperasi penting bagi memastikan koperasi dapat memainkan peranannya dengan lebih efisien dan penggabungan koperasi bagi mewujudkan pasar raya koperasi berskala besar adalah digalakkan supaya ianya boleh beroperasi di kawasan yang tiada perkhidmatan ini.

Menurut Azlah et. al. (2005), mengikut satu kajian di Sarawak sebanyak 50.6 peratus daripada perniagaan bumiputera adalah dalam sektor peruncitan dan pemborongan, 44.1 peratus daripadanya adalah jenis barangan runcit. Ahmad Zukni Johari (2000) melalui penulisan Azlah Md Ali, Thuaibah, Hishamuddin dan Syaharizatul (2005), sektor peruncitan telah berkembang sebanyak 50.6 peratus manakala 44.1 peratus adalah melibatkan perniagaan peruncitan. Dalam sektor koperasi, menurut kajian Jamilah Din et.al. (2008), sebanyak 24.5 peratus iaitu bersamaan dengan 52 buah kedai runcit koperasi bumiputera menjalankan aktiviti peruncitan bersaiz kecil dan sederhana di kawasan luar bandar negeri Sarawak. Hal ini menunjukkan bahawa

PENGENALANBab 1

Page 13: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

2

Monograf Penyelidikan

senario peruncitan di bumi kenyalang masih lagi didominasi oleh golongan peruncit tempatan dengan deretan kedai runcit berskala kecil dan sederhana. Kebanyakan kedai-kedai runcit adalah milik anak tempatan khususnya golongan Cina dan biasanya terletak di kawasan bandar. Peruncit-peruncit bumiputera pula hanya mampu bersaing di kawasan pedalaman seperti kampung-kampung dan kawasan pinggir bandar dan jauh dari pusat bandar.

Pertumbuhan pasar raya besar seperti Boulevard Hypermarket, Choice Supermarket, Everise Departmental Store, H&L Supermarket, Ta Kiong Supermarket, Upwell Supermarket, Unaco Supermarket dan banyak lagi telah memberikan cabaran yang besar dan sengit kepada golongan peruncit kecil dan sederhana. Selain bermodalkan dana yang besar, promosi secara besar-besaran melalui media cetak dan elektronik mampu menarik perhatian serta minat pengguna mengunjungi lokasi jualan mereka berbanding peniaga dan peruncit kecil yang hanya mampu mengharapkan kesetiaan pelanggan mereka sahaja. Pasar raya besar dari Semenanjung pula seperti Tesco, Mydin, Giant dan Carrefour telah merancang untuk membuka cawangan mereka di Sarawak setelah memperoleh kelulusan pihak berkuasa tempatan. Melihat kepada senario ini, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menggubal undang-undang yang dapat mengawal kebanjiran pasar raya besar bagi membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana khususnya kedai runcit yang dijalankan oleh koperasi.

1.1 Penyataan Masalah

Berdasarkan kepada perangkaan am koperasi mengikut fungsi di negeri Sarawak sehingga 31 Disember 2009, terdapat sebanyak 425 buah koperasi menjalankan fungsi pengguna. Daripada jumlah tersebut, 256 buah koperasi adalah koperasi dewasa dan selebihnya adalah koperasi sekolah. Didapati 58 buah koperasi dewasa di Sarawak tersebut menjalankan aktiviti kedai runcit iaitu melebihi 50 peratus daripadanya terletak di kawasan luar bandar. Walaupun wujud beberapa buah koperasi yang menjalankan perniagaan runcit, namun keupayaan mereka tidak begitu menyerlah. Di samping itu, koperasi-koperasi di bahagian bandar di negeri Sarawak didapati kurang menceburi diri dalam perniagaan berasaskan kedai runcit. Berbanding dengan perniagaan koperasi pengguna di luar negara, koperasi di negara ini didapati juga masih jauh ketinggalan dalam penglibatan perniagaan secara formal.

Oleh itu, bagi membantu kerajaan untuk mewujudkan koperasi yang berpendapatan tinggi dalam bidang pemborongan dan peruncitan serta mampu menyokong kerajaan menguatkuasakan perdagangan pemborongan dan peruncitan yang lebih tersusun, satu kaedah atau model perdagangan dan peruncitan dalam kalangan koperasi perlu dibentuk. Banyak model yang dihasilkan dalam kajian berkaitan kualiti perkhidmatan mendapati kepuasan pelanggan (CS) hanyalah merupakan perantara kepada kualiti perkhidmatan (SQ) dan kesetiaan pelanggan (CL). Manakala, melalui kajian ini, model kejayaan peruncitan koperasi yang dihasilkan membuktikan bahawa kepuasan

Page 14: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

3

PengenalanBab 1

pelanggan adalah berhubung kait secara langsung dengan kualiti perkhidmatan, demikian juga dengan kesetiaan pelanggan.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian yang dijalankan ini untuk:

i. Mengenal pasti profil koperasi yang menjalankan perniagaan kedai runcit di negeri Sarawak.

ii. Mengenal pasti faktor kritikal kejayaan (CSF) perniagaan kedai runcit yang dijalankan oleh koperasi.

iii. Menentukan susunan kepentingan faktor kritikal kejayaan (CSF) perniagaan kedai runcit yang dijalankan oleh koperasi.

iv. Mewujudkan model kejayaan perniagaan peruncitan koperasi.

1.3 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini akan memberi gambaran mengenai trend aktiviti perniagaan kedai runcit koperasi khususnya di negeri Sarawak. Dengan adanya kajian yang dijalankan ini, beberapa pihak tertentu seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan gerakan koperasi itu sendiri akan dapat manfaat daripadanya dalam beberapa aspek seperti berikut :

i. Hasil kajian ini dapat membantu pihak MKM dalam merancang dan merangka program latihan yang diperlukan oleh koperasi-koperasi pengguna, terutama koperasi yang terlibat dalam aktiviti peruncitan. Selain itu, ianya boleh dijadikan sebagai sumber rujukan untuk penerbitan bahan ilmiah.

ii. KPDNKK melalui SKM dapat menggunakan dapatan kajian ini bagi mengenal pasti kawasan-kawasan koperasi pengguna yang patut dibangunkan dalam sektor peruncitan atau pemborongan supaya selaras dengan kehendak DKN. Malahan, cadangan-cadangan kepada penambahbaikan kedai runcit sedia ada juga boleh dilaksanakan. Selain itu, ia juga dapat membantu Kementerian merangka pelan tindakan dan program-program bersesuaian untuk membangun dan mengembang sektor peruncitan dalam gerakan koperasi supaya mampu bersaing dengan peruncit besar sedia ada.

iii. Hasil daripada kajian ini boleh dijadikan sebagai kayu ukur kepada koperasi dalam menilai tahap kemampuan dan keupayaan mereka

Page 15: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

4

Monograf Penyelidikan

membangunkan dan menjayakan aktiviti peruncitan di kawasan masing-masing serta keberkesanannya kepada para anggota. Seterusnya, pihak pengurusan mampu membuat perancangan penambahbaikan kepada kelemahan yang dihadapi (sekiranya ada) sebagai satu tindakan susulan.

1.4 Skop Kajian

Kajian ini melibatkan koperasi-koperasi di bawah fungsi pengguna yang menjalankan perniagaan kedai runcit tanpa mengira saiz, kedudukan geografi dan keutamaan aktiviti. Koperasi-koperasi tersebut adalah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di negeri Sarawak sehingga Disember 2009. Koperasi sekolah akan dikecualikan dari skop kajian ini memandangkan ciri-cirinya yang bersifat homogenous dan seragam.

Berdasarkan kepada statistik koperasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, sehingga Disember 2009, bilangan koperasi pengguna yang berdaftar di negeri Sarawak adalah sebanyak 425 buah koperasi. Pecahan bilangan koperasi pengguna mengikut bahagian utama di negeri Sarawak ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1 : Pecahan Bilangan Koperasi Pengguna di Bahagian-Bahagian Utama di Negeri Sarawak sehingga Disember 2009

Bil Bahagian

Jumlah Koperasi Pengguna Jumlah

KeseluruhanDewasa Sekolah

1 Kuching 70 45 1152 Kota Samarahan 42 14 56

3 Sri Aman (termasuk bahagian Betong) 25 20 45

4 Sarikei 16 11 27

5 Sibu (termasuk bahagian Mukah) 27 30 57

6 Kapit 6 7 137 Miri 43 25 688 Bintulu 15 8 239 Limbang 12 9 21

256 169 425

Sumber : SKM Negeri Sarawak 2009

Page 16: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

5

Sorotan KajianBab 2

2.0 Peruncitan (Definisi, Konsep dan Fungsi)

Kotler & Armstrong (2008) menyatakan peruncitan adalah aktiviti-aktiviti yang melibatkan penjualan barang-barang atau perkhidmatan secara langsung kepada pengguna akhir untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk diniagakan semula. Dibb et. al. (2006) menyatakan bahawa peruncitan merangkumi semua transaksi di mana pembeli berniat untuk membeli produk bagi kegunaan peribadi, keluarga atau isi rumah. Menurut pandangan Hausted (1993), perniagaan peruncitan merupakan sebuah organisasi yang hanya beroperasi di dalam sebuah kedai, dengan melakukan pembelian dalam kuantiti yang kecil, membuat sedikit pengiklanan serta membuat pembayaran dan harga yang tinggi untuk pembelian barangan mereka.

Cox dan Paul (1986) pula mentakrifkan perniagaan runcit itu merupakan organisasi runcit yang mempunyai kurang daripada sepuluh buah cawangan. Sementara bilangan cawangan yang dikawal oleh peniaga adalah hanya satu atau dua cawangan sahaja. Kebanyakan perniagaan seperti pembuatan, pemborongan dan peruncitan menjalankan aktiviti-aktiviti runcit tetapi sebahagian besarnya aktiviti-aktiviti ini dijalankan oleh peruncit kecil-kecilan.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh peruncit adalah seperti mengenal pasti kehendak pelanggan, membangunkan pelbagai produk, memperoleh maklumat pasaran dan kewangan. Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja boleh dilakukan dari kedai malah melalui saluran-saluran lain seperti Internet, pos, jualan pintu ke pintu, dan berbagai-bagai lagi rangkaian bagi menghampiri pelanggan. Aktiviti peruncitan boleh dikatakan perniagaan yang mudah diceburi tetapi pada masa yang sama ia juga mudah untuk gagal. Aktiviti-aktiviti peruncitan pada masa kini berubah apabila pelanggan mula berhubung secara terus dengan pengeluar bagi memenuhi kehendak mereka. Perubahan struktur saluran ini akan mengetepikan orang tengah dalam kegiatan pembelian secara langsung dan akan mewujudkan cabaran yang hebat pada masa akan datang. Peruncitan memainkan peranan sebagai penghubung antara pengeluar, pemborong, pembekal dan pelanggan. Antara fungsi ini adalah seperti di Jadual 2.1.

SOROTAN LITERATURBab 2

Page 17: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

6

Monograf Penyelidikan

Jadual 2.1 : Fungsi dan Keterangan Peruncitan

Fungsi Keterangan

Pemilihan (sorting)

Peruncit mengimbangi permintaan pelanggan dengan mengumpulkan produk daripada pelbagai pengeluar dengan membeli kuantiti yang banyak dan menjual pada kuantiti kecil kepada pembeli

Pembahagian (breaking bulk)

Peruncit berperanan untuk membekalkan kuantiti barangan berdasarkan kadar penggunaan yang kecil mengikut keperluan pengguna

Memegang stok Peruncit menyimpan stok pengeluar supaya dapat mengekalkan permintaan dan penawaran dalam pasaran

Rangkaian komunikasi

Menjadi rangkaian komunikasi dan maklumat antara pemborong, pembekal dan pengguna dengan menggunakan pengiklanan, pameran, jurujual dan lain-lain

Pengiklanan Pengeluar akan menggunakan peruncit sebagai juru iklan kepada barangan yang dijual

PerkhidmatanPeruncit akan memberikan khidmat selepas jualan, memenuhi tuntutan dari pelanggan kepada pengeluar, penghantaran, tunjuk ajar menggunakan peralatan dan lain-lain lagi

Sumber: Rosmimah M.R. et. al.(2010)

Fungsi-fungsi peruncitan ini didapati sentiasa wujud walaupun keadaan persekitaran berubah. Pelaksanaan fungsi tersebut adalah diperlukan bagi memenuhi keperluan, cita rasa dan kehendak pelanggan dengan sebaik-baiknya (Rosmimah M.R. et. al., 2010).

2.1 Koperasi (Definisi)

Menurut Asan Ali (1998) koperasi merupakan satu bentuk perniagaan yang diusahakan oleh sekumpulan masyarakat yang bermuafakat dalam mengendalikan satu jenis perniagaan yang boleh meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial ahlinya. Koperasi juga merupakan organisasi yang berteraskan konsep bantu diri dan beroperasi berlandaskan kepada prinsip tersendiri. Sebagai sebuah syarikat sosial, koperasi menggunakan pendekatan ekonomi untuk mencapai objektif meningkatkan taraf hidup anggota dan menangani isu masyarakat setempat.

Page 18: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

7

Sorotan KajianBab 2

Menurut A.F. Laidlaw melalui penulisan W.M. Chick (1990) mendefinisikan koperasi sebagai suatu badan perniagaan yang dipunyai oleh orang-orang yang menggunakan perkhidmatannya dan yang diuruskan secara bersama olehnya. Lebihan daripada hasil pendapatan akan diagihkan kepada mereka mengikut kadar perkhidmatan koperasi yang digunakannya. Manakala mengikut H. Calvert, koperasi ialah organisasi bagi manusia melibatkan diri secara sukarela berasaskan persamaan dan kepentingan ekonomi. Koperasi juga ditakrifkan sebagai pertubuhan untuk berniaga bersama-sama, tidak mementingkan diri sendiri dan mendapat faedah bersama berdasarkan pentakrifan C.R. Fay. Melalui pandangan tokoh Koperasi Negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz mendefinisikan koperasi sebagai satu kaedah menguruskan kegiatan ekonomi secara tolong-menolong, bergotong-royong atau bekerja bersama-sama demi manfaat bersama.

Mengikut Akta Koperasi 1993, Seksyen 4(1) mendefinisikan koperasi sebagai “suatu pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang individu sahaja dan matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi”. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berpendapat bahawa koperasi merupakan “suatu pertubuhan manusia, lazimnya berpendapatan rendah dan terhad, yang sukarela bermuafakat untuk mencapai kehendak ekonomi yang sama menerusi organisasi perniagaan yang dikawal secara demokratik”.

Menurut Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) pula, koperasi merupakan “sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik”.

Kesimpulannya, koperasi merupakan pertubuhan berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya, tanpa mengira jantina, sosiobudaya dan agama melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi (Hayati M.S. et al, 2008).

2.2 Faktor Kritikal Kejayaan (CSF)

Faktor Kritikal Kejayaan (Critical Success Factors) ialah istilah bagi sesuatu elemen yang mempunyai keperluan bagi organisasi atau sesuatu projek untuk mencapai misinya. Menurut Boynlon, A.C. dan Zmud, R.W. (1984), faktor kritikal kejayaan 1111 adalah terdiri daripada beberapa perkara yang harus berjalan dengan baik untuk memastikan kejayaan bagi seorang pengurus atau organisasi. Hal ini adalah kerana mereka mewakili pihak pengurusan atau syarikat, yang harus diberikan perhatian khusus dan berterusan bagi mencapai prestasi yang lebih tinggi. CSF merangkumi isu-isu penting bagi aktiviti-aktiviti operasi semasa organisasi dan bagi kejayaan masa depannya.

Page 19: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

8

Monograf Penyelidikan

Dexter B. (2010) menyatakan CSF telah digunakan dalam kajian tentang kualiti dan proses pengurusan perniagaan (misalnya Harvey, 1995; Al-Mashari et. al., 1999), pengurusan pengetahuan (misalnya Chourides et. al., 2003: du Plessis, 2007) dan pendidikan (misalnya Volery and Lord, 2000) sejak pertengahan 1990-an. Konsep CSF asalnya dari karya Daniel (1961) dalam krisis pengurusan sistem maklumat tetapi telah dibangunkan melalui hasil Rockart (1979) dalam mengenal pasti dan menggunakannya sebagai daya saing. Kekuatan CSF dapat dikenal pasti dan disahkan melalui kerjasama antara pekerja yang berpengalaman, mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan bidang tersebut dan dapat memberi tumpuan penuh kepada ciri-ciri reka bentuk agar terus berjaya (Remus, 2007).

2.3 Faktor - Faktor Kejayaan Kedai Runcit

2.3.1 Komunikasi

Kebanyakan faktor yang menentukan kepuasan dan kesetiaan pelanggan, komponen komunikasi dilihat sebagai penyumbang utama kepada pembentukan ikatan yang kuat di antara pembekal dan pelanggan (Booms & Nyquist, 1981). Komunikasi dilihat sebagai asas kepada kejayaan dalam interaksi manusia dan ini juga bergantung kepada situasi yang terlibat. Dalam menghadapi persekitaran kerja yang semakin kompleks, kepentingan komunikasi dalam organisasi bertindak sebagai pemandu kepada kejayaan organisasi tersebut (Marques, 2010). Oleh itu, kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi adalah berpaksikan kepada kejayaan komunikasi dalam organisasi. Sharma dan Patterson (1999) dalam kajian mereka menyatakan peranan kritikal yang dimainkan oleh komunikasi berkesan boleh mempengaruhi kualiti teknikal dan fungsi, kepercayaan dan komitmen perhubungan organisasi tersebut. Misalnya, sekiranya organisasi tidak menyampaikan komunikasi dengan pelanggannya secara efektif dan berkesan, maka syarikat mustahil boleh mengekalkan pelanggannya sedia ada. Mereka juga berpandangan bahawa komunikasi yang baik menggambarkan kualiti perkhidmatan yang efisien telah dilaksanakan oleh organisasi berkenaan. Bagaimana pelanggan menilai perkhidmatan dan membuat keputusan pembelian merupakan isu penting yang perlu dititikberatkan oleh pembekal dalam arena perkhidmatan kepenggunaan.

2.3.2 Susun Atur (Aspek Fizikal dan Barang Niaga)

Kepuasan pelanggan yang membawa kepada kejayaan perniagaan kedai runcit boleh terbentuk daripada susunan dan persekitaran

Page 20: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

9

Sorotan KajianBab 2

dalam kedai runcit yang menarik. Seperti yang dinyatakan oleh Chang dan Tu (2005) persekitaran kedai runcit yang positif turut memainkan peranan penting dalam memastikan kepuasan pelanggan dan seterusnya membentuk kesetiaan pelanggan.

Lindquist (1974) menyatakan bahawa barangan, perkhidmatan dan keselesaan dari segi kedudukan kedai merupakan faktor paling utama dalam membentuk kejayaan perniagaan secara runcit. Antara lain, Mark (1976) dan Mazursky dan Jacoby (1986) mempercayai bahawa antara aspek-aspek utama yang membolehkan sesebuah kedai runcit berjaya adalah dilihat dari sudut susun atur dalaman kedai runcit tersebut yang akan memberi kesan terhadap kepuasan pelanggan secara tidak langsung.

Dale dan Bryan (2005) menyatakan bahawa susun atur dan fungsi sesuatu barangan bukan semata-mata mengaitkan peranan antara barangan tersebut bahkan perlu dilihat sejauh manakah susun atur tersebut mampu memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggannya. Kajian secara mendalam juga turut mendapati pentingnya susun atur ke atas tanggapan terhadap kualiti perkhidmatan sesebuah tempat juga telah dibuktikan (Baker et al., 1994; Brady and Cronin, 2001; Dabholkar et al. 1996).

2.3.3 Pengurusan

Amalan pengurusan meliputi lima pengkhususan pengurusan di dalam sesebuah organisasi perniagaan iaitu pengurusan kewangan, pengurusan operasi dan pengeluaran, pengurusan sumber manusia, pengurusan pemasaran dan pengurusan maklumat (Abu Bakar Hamed, 1998). Amalan pengurusan yang lemah akan meninggalkan kesan negatif ke atas kemajuan perniagaan (Rashid dan Suhaida, 2010). Hal ini membuktikan bahawa pengurusan yang lemah akan menjejaskan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah kedai runcit.

2.3.4 Keusahawanan

Pemimpin yang bersifat keusahawanan diperlukan kerana mampu merancang masa depan yang strategik dan membawa perubahan serta pendekatan yang lebih menarik (John L. Thomson, 2004).

Keusahawanan memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan sesuatu perniagaan. Keusahawanan merupakan kerjaya yang sering kali dianggap sebagai kerjaya yang berisiko, tidak ketentuan,

Page 21: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

10

Monograf Penyelidikan

dekat dengan kegagalan dan penuh dengan kekecewaan (Campbell, 1992). Dalam mengharungi tanggapan tersebut, usahawan melihat kepada ganjaran yang bakal diperoleh dalam memastikan usaha dan risiko yang diambil berbaloi. Usahawan hendaklah melangkaui jumlah berbanding sekadar makan gaji (Praag dan Cramer, 2001). Ganjaran dari segi ekonomi (Baumol, 1990) inilah yang menjadi motivasi kepada para usahawan agar menggunakan sifat keusahawanan mereka seperti pemikiran (Gartner et al., 1994) dan tindakan (Cope, 2005) bagi memastikan ianya memacu kepada kejayaan perniagaan mereka.

Benzing et al., (2005) dan Cheung dan Chow (2006) turut menyatakan bahawa antara faktor kritikal kejayaan sesebuah perniagaan adalah memastikan seseorang usahawan mempraktikkan sifat-sifat keusahawanan beliau. Hal ini termasuklah memastikan semua perkara yang diusahakan berjalan dengan lancar (Rockart, 1979). Termasuklah perancangan awal (Lussier dan Pfeifer, 2001), mengurus risiko (Frese et al., 2002; Koop et al., 2000), latihan dan pembelajaran (Cope dan Watts, 2000; Chen et al., 2005), membuat rangkaian perniagaan (Coy et al., 2007; Benzing et al. 2009; Uzzi, 1997), mengurus sumber manusia (Lussier & Pfeifer, 2001) dan mengurus kewangan (Hatala, 2005; Neshamba, 2000; Pratt, 1998; Kozan et al., 2006).

2.3.5 Sokongan

Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah berjaya menggandakan keuntungan kedai runcit yang menyertai program tersebut. Program ini bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional. Dengan memodenkan premis peruncit yang sedia ada, ia akan menjurus kepada menaiktaraf premis itu. Malah dengan pemodenan itu, ia dapat menggalakkan penyertaan koperasi dalam peruncitan dan mewujudkan pusat pengedaran setempat. Program TUKAR dengan peruntukan RM30 juta daripada kerajaan itu diwujudkan selepas mendengar luahan hati serta masalah yang dihadapi peniaga kedai runcit yang sukar bersaing dengan pasar raya (Amirah Ismail dan Satiyah Arunasalam, 2011). Sokongan yang diberikan oleh pihak kerajaan secara langsung akan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Malah, pihak ‘hypermarket’ yang besar seperti Giant, Carrefour, Tesco, Mydin dan Econsave turut sama menyokong Program TUKAR dengan membimbing kedai-kedai runcit terutamanya dalam Sistem Point of Sales (POS). (Amirah Ismail dan Satiyah Arunasalam, 2011)

Page 22: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

11

Sorotan KajianBab 2

Kejayaan koperasi banyak bergantung kepada sokongan anggota, tanpa sokongan anggota sudah pasti segala aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi tidak akan berjaya (Rahimah, 2011). Sehubungan itu, adalah mustahil jika tanpa sokongan kedai runcit akan berjaya dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Sumbangan anggota kepada koperasi secara langsung adalah melalui modal yuran dan modal syer. Sumbangan ini yang menyokong koperasi untuk melaksanakan operasi koperasi dalam bentuk aktiviti perkhidmatan dan perniagaan. Apabila perniagaan dan perkhidmatan diwujudkan, maka anggota jugalah yang akan melanggan dan menikmati apa yang ditawarkan. Sokongan dalam bentuk begini amat perlu bagi menyokong pergerakan koperasi dan seterusnya perkhidmatan yang diberi oleh koperasi akan meningkat (Norlaili, 2010).

2.3.6 Persaingan

Menurut Gronroos (1990), Pengurusan Kualiti Perkhidmatan menghadapi persaingan yang begitu kompetitif dan kompleks di mana perspektifnya telah berubah daripada:

i. Kepuasan berasaskan produk kepada kepuasan dalam perhubungan pelanggan;

ii. Urus niaga jangka pendek kepada perhubungan jangka panjang;

iii. Kualiti produk dan perkhidmatan utama kepada bagaimana pelanggan menanggap kualiti dalam meningkatkan perhubungan pelanggan.

2.4 Kualiti Perkhidmatan

Zeithamal dan Bitner (2003) menyatakan kualiti perkhidmatan akan meninggalkan kesan kepada persepsi pelanggan terhadap perkhidmatan, kebertanggungjawaban, kualiti produk dan harga berdasarkan situasi semasa dan faktor peribadi. Millend M Lele (1995) pula menegaskan kualiti perkhidmatan akan memberikan impak terus kepada pengguna dengan membuktikan prestasi yang sepatutnya. Beliau memberi contoh premis yang dimiliki oleh restoran McDonald.

2.5 Kepuasan Pelanggan

Menurut Kotler dan Armstrong (1994), sesuatu perniagaan yang berjaya akan secara konsisten berusaha dengan pelbagai cara untuk memuaskan pelanggan. Kohl dan Jaworski (1990) menyatakan perniagaan yang berorientasikan pelanggan sebagai

Page 23: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

12

Monograf Penyelidikan

pendekatan pemasarannya akan mencapai keuntungan yang maksimum. Manakala menurut Andreassen (1994) kepuasan pelanggan merupakan satu pencapaian perniagaan dan dapat dilaksanakan memenuhi apa yang pelanggan perlukan dan memastikannya dilaksanakan oleh keseluruhan unit-unit perniagaan yang diwujudkan.

Keselamatan dan masa depan perniagaan kedai runcit boleh tergugat (Zairi, 2000) tanpa bergantung sepenuhnya kepada kesetiaan pelanggan membeli. Pelanggan yang berpuas hati akan membentuk asas perniagaan yang berjaya dan sebagai kepuasan pelanggan akan membawa kepada kesetiaan pelanggan terhadap jenama produk, pelanggan akan sentiasa kembali membeli dan penyebaran lisan secara positif. Seperti yang sedia maklum, pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima oleh mereka akan sentiasa menyebarkan pengalaman mereka kepada sekurang-kurangnya lima atau enam orang. Manakala pelanggan yang tidak berpuas hati pula akan sentiasa menyebarkan pengalaman ketidakpuasan mereka kepada lebih daripada sepuluh orang.

2.6 Kesetiaan Pelanggan

Kesetiaan pelanggan mewakili pembelian secara berulang yang ditawarkan oleh sesebuah agensi atau syarikat kepada pelanggan mereka. Heskett et. al. (1994, seperti yang dinyatakan dalam Parvez, 2005) menyatakan bahawa kesetiaan pelanggan dapat diukur secara langsung melalui pembelian secara berterusan oleh pelanggan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Menurut Duffy (2003) kesetiaan merupakan suatu perasaan di mana pelanggan meletakkan penjenamaan yang akhirnya menghasilkan keputusan ekonomi yang positif dan boleh diukur. Manakala, Lee, Lee dan Feick (2001), kesetiaan pelanggan telah diukur sebagai kebarangkalian jangka panjang pilihan untuk jenama atau sebagai perbezaan yang minimum.

Beberapa kajian yang lebih awal mengenal pasti kesetiaan pelanggan dalam beberapa cara seperti pendekatan sikap yang menumpukan pada cadangan jenama (Narayandas, 1996), niat membeli semula (Cronin dan Taylor, 1992) dan kesediaan untuk membayar harga premium (Bitner dan Zeithaml, 2003) sebagai suatu sikap yang berterusan berdasarkan pengalaman silam. Oliver (1999) mentakrifkan kesetiaan pelanggan sebagai komitmen untuk membeli semula atau mengunjungi semula produk atau perkhidmatan pilihan.

Page 24: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

13

Sorotan KajianBab 2

2.7 Hubungan antara Kualiti Perkhidmatan, Kepuasan Pelanggan dan Kesetiaan Pelanggan

Kualiti perkhidmatan dikenali oleh kedua-dua pendidik dan pengamal pendidikan sebagai sesuatu yang menjurus kepada kepuasan pelanggan dan syer pasaran (Camera et al, 2010; Hu et al, 2009; Mohamad dan Awang, 2009; Parasuraman et al, 1985, Zeithaml, 2000). Selanjutnya, kualiti perkhimatan akan mencetuskan kepuasan pelanggan dan kesetiaan pelanggan (Herington and Weaven, 2009; Hu et al; Jamal dan Anastasiadou, 2009; Mohamad dan Awang, 2009)

Hubungan kualiti perkhidmatan ini boleh digambarkan dengan model “Hypothesized Model 1” yang menggunakan Lisrel VIII.

ServiceQuality

RelativeAttitude

Recommendation

Loyalty

RepurchaseSatisfaction

Rajah 2.1: Model Hypothesized Model 1” yang menggunakan Lisrel VIII

Hal ini juga disokong dengan Model 4 Peringkat Kesetiaan Pelanggan Olive, Oliver (1997) menegaskan bahawa terdapat empat peringkat dalam kesetiaan pelanggan sesebuah perniagaan iaitu pertamanya bermula dengan kualiti perkhidmatan sesebuah perniagaan dan seterusnya keberkesanan kesetiaan pelanggan yang ditunjukkan dengan kepuasan pelanggan serta gaya dan tingkah laku pelanggan. Kemudiannya peringkat ketiga adalah kesetiaan pelanggan konatif di mana pelanggan memberikan komitmen untuk membuat pembelian serta mewawarkan perniagaan tadi dengan orang lain. Peringkat terakhir dalam model ini adalah berkongsi dengan orang lain mengenai perniagaan.

Page 25: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

14

Monograf Penyelidikan

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong

Page 26: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

15

Metodologi KajianBab 3

3.0 Pengenalan

Bab ini menerangkan metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Ia membincangkan aspek populasi kajian, instrumen kajian, kutipan data dan reka bentuk kajian.

3.1 Populasi Kajian

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada anggota-anggota koperasi dalam fungsi pengguna dewasa yang didaftarkan di negeri Sarawak sehingga Disember 2009 dan menjalankan perniagaan kedai runcit sahaja.

Jadual 3.1: Pecahan Bilangan Koperasi Pengguna Mengikut Bahagian Utama di Negeri Sarawak

Bil BahagianJumlah Koperasi Pengguna Perniagaan

Kedai RuncitDewasa Sekolah

1 Kuching 70 45 112 Kota Samarahan 42 14 32

3 Sri Aman (termasuk Betong) 25 20 4

4 Sarikei 16 11 5

5 Sibu (termasuk Mukah) 27 30 1

6 Kapit 6 7 -7 Miri 43 25 48 Bintulu 15 8 -9 Limbang 12 9 1

Jumlah 256 169 58

Sumber : SKM Negeri Sarawak

METODOLOGI KAJIANBab 3

Page 27: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

16

Monograf Penyelidikan

Berdasarkan kepada maklumat dalam Jadual 3.1, hanya terdapat 58 buah koperasi sahaja yang menjalankan perniagaan kedai runcit. Kajian ini menggunakan prosedur pensampelan rawak berlapis (Stratified Sampling Procedure). Prosedur ini merupakan pemilihan rawak secara berasingan bagi setiap subkumpulan dalam populasi (Chua Yan Piaw, 2006). Melalui prosedur pensampelan ini, pasukan penyelidik telah menetapkan dua subkumpulan untuk setiap koperasi populasi, iaitu kumpulan Pengurusan Koperasi dan kumpulan Anggota Koperasi.

Lapisan 2Lapisan 1 Saiz Sampel

Pengurusan 1

10

1

10

1 N = 638

10

1

10

Koperasi 1

Pengurusan

Koperasi 2

.

.

.

.

58 buah

Anggota-anggota koperasi

pengguna dewasa di Sarawak

yang menjalankan perniagaan kedai runcit

Pengurusan

Pengurusan

Anggota

Koperasi 2Anggota

Koperasi 2

Anggota

Anggota

Rajah 3.1: Prosedur Pensampelan Rawak Berlapis

Setiap koperasi, populasi bilangan subjek untuk kumpulan Pengurusan Koperasi adalah seorang, sementara bilangan subjek untuk kumpulan Anggota Koperasi pula adalah seramai sepuluh orang. Hal ini bermakna, bilangan subjek untuk setiap koperasi adalah seramai sebelas orang, dan ini membentuk saiz sampel keseluruhan adalah sebanyak 638. Menurut jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970), bilangan sampel tersebut adalah memadai bagi kajian ini.

Page 28: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

17

Metodologi KajianBab 3

3.2 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah borang soal selidik. Soal selidik yang disediakan adalah berpandukan kepada penelitian literatur yang telah dibincangkan dalam Bab 2. Terdapat dua jenis soal selidik yang dibangunkan oleh pasukan penyelidikan iaitu melibatkan dua kumpulan fokus utama iaitu Pengurusan Koperasi dan Anggota Koperasi. Soal selidik untuk kumpulan Pengurusan yang disediakan untuk kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian seperti Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Item dalam Borang Soal Selidik untuk

Pihak Pengurusan Koperasi

Bahagian Kandungan Tujuan

A

A1 Latar Belakang Koperasi

i. Mengenal pasti latar belakang koperasi dari aspek penubuhan, keanggotaan, aktiviti dan kawasan operasi koperasi dan kedai runcit

ii. Mendapatkan maklumat kewangan koperasi untuk tempoh 4 tahun kebelakangan (2006 – 2009).

iii. Mendapatkan maklumat pengurusan koperasi.

A2 Pengendalian Operasi Peruncitan Koperasi

i. Mengenal pasti kaedah kedai runcit koperasi dijalankan

B

Faktor-faktor yang Membawa Kejayaan Perniagaan Peruncitan Koperasi

i. Mengenal pasti pandangan responden berkenaan tahap kepentingan 51 faktor kejayaan yang disenaraikan.

CUkuran Kejayaan Perniagaan Kedai Runcit Koperasi

Mengenal pasti pandangan responden berkenaan :i. Kepuasan mereka terhadap kedai

runcit koperasi ii. Kesetiaan mereka membeli di kedai

runcit koperasiiii. Kesediaan mereka menyarankan orang

lain untuk membeli di kedai runcit koperasi

iv. Kualiti perkhidmatan koperasi dianggotai secara keseluruhan

Page 29: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

18

Monograf Penyelidikan

Bagi soal selidik untuk kumpulan Anggota Koperasi pula, ia terbahagi kepada dua bahagian seperti Jadual 3.3.

Jadual 3.3 : Item dalam Borang Soal Selidik untuk Pihak Anggota

Bahagian Kandungan Tujuan

A Latar Belakang Responden (Anggota)

Mendapatkan maklumat berkenaan latar belakang anggota

B

Faktor-faktor yang Membawa Kejayaan Perniagaan Peruncitan Koperasi

Mengenal pasti pandangan responden berkenaan tahap kepentingan 51 faktor kejayaan yang disenaraikan.

CUkuran Kejayaan Perniagaan Kedai Runcit Koperasi

Mengenal pasti pandangan responden berkenaan :i. Kepuasan mereka terhadap kedai

runcit koperasi ii. Kesetiaan mereka membeli di kedai

runcit koperasiiii. Kesediaan mereka menyarankan

orang lain untuk membeli di kedai runcit koperasi

iv. Kualiti perkhidmatan koperasi dianggotai secara keseluruhan

3.3 Kutipan Data

Kajian ini menggunakan data berbentuk primer dan sekunder. Data primer diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan Ahli Koperasi. Manakala data sekunder diperoleh melalui penyata-penyata kewangan koperasi bermula dari tahun 2006 hingga 2009. Data sekunder ini digunakan untuk menyokong maklumat-maklumat yang diperoleh melalui data primer. Proses kutipan data ini dijalankan dengan menggunakan teknik temu bual, kutipan dan khidmat pembancian.

Page 30: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

19

Metodologi KajianBab 3

3.4 Reka Bentuk Kajian

Rajah 3.2 di bawah menjelaskan dan menerangkan proses analisis yang digunakan dalam kajian ini.

Rajah 3.2: Reka Bentuk Kajian

Mengenal Pasti Faktor-faktor Kritikal Kejayaan Peruncitan Koperasi

• Kajian literatur • Temu duga kumpulan fokus

Pembangunan Instrumen Soal Selidik :

• Draf soal selidik • Kajian rentis • Pengesahan pakar

Kajian Lapangan

Analisis Faktor

Pembentukan Model Kejayaan Perniagaan Peruncitan Koperasi

Ujian Kenormalan Data Multivariat(Multivariate Test of Normality)

Analisis Kobolehpercayaan (Reliability Test) • Cronbach Alfa

Analisis Regresi Pelbagai (Multiple Regression Analysis)• Susunan keutamaan faktor-faktor kritikal

kejayaan

Page 31: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

20

Monograf Penyelidikan

Penerangan mengenai Reka Bentuk Kajian ini adalah seperti berikut:-

3.4.1 Mengenal Pasti Faktor-faktor Kritikal Kejayaan Peruncitan Koperasi

Temu duga telah dijalankan ke atas 15 buah koperasi yang menjalankan kedai runcit melibatkan seramai 45 orang anggota keseluruhannya. Temu duga ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor kejayaan bagi koperasi-koperasi yang menjalankan peruncitan. Temu duga telah dijalankan ke atas kumpulan fokus melibatkan seorang ALK dan dua orang anggota bagi setiap koperasi. Selain menjalankan temu duga, faktor-faktor kejayaan perniagaan peruncitan juga dikenal pasti melalui kajian literatur.

3.4.2 Pembangunan Instrumen Soal Selidik

Borang soal selidik dibangunkan berdasarkan soal selidik yang pernah dijalankan sebelum ini bagi mendapatkan maklumat mengenai faktor demografi koperasi yang menjalankan kedai runcit. Bagi tujuan mengenal pasti faktor-faktor kritikal kejayaan pula, soalan-soalan dibangunkan berdasarkan temubual yang telah dijalankan berdasarkan kajian literatur. Hal ini dijadikan sebagai asas dalam pembentukan instrumen soal selidik untuk tujuan Kajian Rintis (Pilot Test). Sebelum melalui proses Kajian Rintis, soal selidik tersebut disemak dan diperhalusi oleh Pakar Rujuk. Terdapat dua set soal selidik telah dihantar iaitu kepada pihak Pengurusan dan anggota koperasi.

3.4.3 Kajian Rintis

Sebanyak 30 buah koperasi yang menjalankan kedai runcit telah dikenal pasti oleh pasukan penyelidik bagi tujuan Kajian Rintis ini. Kajian Rintis ini telah dijalankan di sekitar kawasan Bandar Kuching dan Serian. Daripada 30 buah koperasi yang telah terlibat dalam Kajian Rintis ini, hanya 28 buah koperasi sahaja yang terlibat sepenuhnya memandangkan faktor-faktor kekangan yang tidak dapat dijangkakan. Seterusnya, 168 borang soal selidik yang telah didapati dibuat analisis selanjutnya. Analisis untuk Kajian Rintis dijalankan menggunakan pendekatan frekuensi bagi Seksyen A melibatkan maklumat demografi koperasi dan operasi pengendalian kedai runcit bagi tujuan mendapatkan nilai min, mod, median. Bagi Seksyen B pula, faktor-faktor kejayaan peruncitan di analisis menggunakan analisis sisihan piawai bagi menentukan jurang pemahaman terhadap soalan

Page 32: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

21

Metodologi KajianBab 3

dalam kalangan responden bagi mengelakkan soalan tersebut terlalu bias. Faktor-faktor yang telah dikenal pasti mengandungi elemen jurang ketara dalam pentafsirannya dinilai dan diolah semula.

3.4.4 Pengesahan Pakar

Tujuan pengesahan pakar adalah untuk memberikan kepastian draf soal selidik yang dibangunkan dan selepas Kajian Rintis dijalankan. Pakar rujuk dikenal pasti dalam kalangan Ahli Akademik Universiti, Professional dan Anggota Lembaga Koperasi. Setelah melalui proses pengesahan pakar, draf terakhir soal selidik telah dibentuk dan digunakan dalam kerja lapangan.

3.4.5 Kerja Lapangan

Soal selidik dibangunkan berdasarkan kajian literatur, temu bual kumpulan fokus, kajian rintis dan pengesahan pakar. Berikut menunjukkan populasi koperasi yang terlibat dalam kajian ini. Daripada 58 buah koperasi yang telah ditemu bual, 55 buah koperasi yang melibatkan 551 orang anggota telah memberikan respons dalam kajian ini. Soal selidik yang telah didapati di ‘key-in’ dan dianalisis menggunakan Perisian SPSS 17.0 untuk peringkat seterusnya.

3.4.6 Ujian Kenormalan Multivariat (Multivariate Normality Test)

Ujian Kenormalan Multivariat merupakan analisis lanjutan daripada analisis varians. Ia melibatkan perbandingan min bagi lebih daripada satu pemboleh ubah bersandar. Dalam kajian ini, ujian kenormalan multivariate telah dijalankan ke atas soal selidik yang telah didapati. Sebelum di analisis menggunakan teknik ini, data-data ini akan dibuat ‘cleaning’ bagi mengenal pasti sekiranya terdapat ‘missing values’ dalam proses kemasukan data-data tersebut. Sekiranya data-data tersebut normal, maka Analisis Faktor akan dijalankan bagi proses selanjutnya.

3.4.7 Analisis Faktor (Factor Analysis)

Analisis faktor adalah prosedur yang sering digunakan oleh penyelidik bagi mengenal pasti, mengurangkan serta menyusun sebilangan besar item soal selidik ke dalam konstruk - konstruk tertentu di bawah satu variabel bersandar dalam kajian (Chua Yan Piaw, 2009)’Exploratory Factor Analysis’ (EFA) adalah satu teknik yang berguna permulaan bagi pembinaan skala. Tujuan analisis

Page 33: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

22

Monograf Penyelidikan

faktor adalah untuk mengurangkan “kedimensian ruangan asal dan memberi tafsiran untuk ruang yang baru, di mana dimensi baru ini sepatutnya menjadi asas kepada yang lama” (Rietveld & Van Hout, 1993:254).

Tujuan menjalankan EFA adalah untuk mengeluarkan bilangan minimum faktor-faktor yang akan menjelaskan kovarian antara pemboleh ubah yang diperhatikan. EFA merangkumi dua peringkat iaitu faktor pengekstrakan (extraction factor) dan faktor putaran (rotation factor). Matlamat EFA adalah terbahagi kepada dua iaitu (i) untuk memanipulasikan statistik (rotation factor) hasil data agar data tersebut lebih dapat ditafsirkan dan (ii) untuk membuat keputusan muktamad mengenai bilangan faktor asas.

Setelah mendapati data-data tersebut bertabur secara normal, proses eksplorasi faktor-faktor dibuat bagi mengenal pasti faktor-faktor yang signifikan dalam menentukan kejayaan perniagaan kedai runcit yang dijalankan oleh koperasi. Analisis faktor dijalankan dengan menggunakan ‘Dimension Reduction Factor Analysis’ menggunakan teknik KMO dan Bartlett Test of Sphericity. Sebanyak enam faktor utama dapat dihasilkan setelah melalui analisis faktor ini, dan dinamakan sebagai faktor komunikasi, faktor pengurusan, faktor susun atur, faktor keusahawanan, faktor sokongan dan faktor persaingan adalah kritikal dalam menentukan kejayaan perniagaan kedai runcit koperasi di Negeri Sarawak.

3.4.8 Ujian Kebolehpercayaan (Reliability Test)

Ujian kebolehpercayaan dijalankan bertujuan mengukur ketepatan dan kepersisan ukuran ke atas faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Pengukuran telah dibuat berulang kali bagi mendapatkan kepastian terhadap faktor-faktor tersebut. Analisis kebolehpercayaan dibuat menggunakan ujian Cronbach Alpha dan didapati kesemua faktor tersebut memberi keputusan α > 0.7. Maka, keputusan ini jelas menunjukkan faktor-faktor tersebut adalah kritikal dalam menentukan kejayaan koperasi.

3.4.9 Analisis Regresi Pelbagai (Multiple Regression Analysis)

Regresi Pelbagai merupakan teknik statistik yang digunakan bagi menganalisis perhubungan antara satu pemboleh ubah bersandar dan satu set pemboleh ubah bebas. Pemboleh ubah bebas tersebut merupakan faktor-faktor yang memberikan kesan kepada perubahan dalam pemboleh ubah bersandar (Chua Yan Piaw, 2009).

Page 34: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

23

Metodologi KajianBab 3

Merujuk kepada model regresi yang dilaksanakan berdasarkan kepada satu pemboleh ubah bersandar dengan dua atau lebih pemboleh ubah bebas yang dijangka mempunyai hubungan secara linear. Dalam konteks kajian ini, pemboleh ubah bersandar adalah Kualiti Perkhidmatan (Service Quality) yang membawa kepada kepuasan hati pelanggan (Customer Satisfaction) dan kesetiaan pelanggan (Customer Loyalty) manakala pemboleh ubah bebas merujuk kepada faktor-faktor kritikal kejayaan (Critical Success Factors). Daripada Analisis Regresi Pelbagai ini akan menghasilkan satu Model Kejayaan Perniagaan Peruncitan Koperasi.

Page 35: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

24

Monograf Penyelidikan

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong

Page 36: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

25

Penemuan dan Analisis KajianBab 4

4.0 Pengenalan

Bab ini menerangkan penemuan kajian berdasarkan objektif penyelidikan iaitu (i) Mengenal pasti profil koperasi yang menjalankan perniagaan kedai runcit di negeri Sarawak, (ii) Mengenal pasti faktor kritikal kejayaan (CSF) perniagaan kedai runcit yang dijalankan oleh koperasi, (iii) Menentukan susunan kepentingan faktor kritikal kejayaan (CSF) perniagaan kedai runcit yang dijalankan oleh koperasi dan (iv) Mewujudkan model kejayaan perniagaan peruncitan koperasi.

4.1 Mengenal Pasti Profil Koperasi yang Menjalankan Perniagaan Kedai Runcit Di Negeri Sarawak.

Jadual 4.1: Profil Demografi Koperasi

Latar Belakang Koperasi N Peratus

1. Tahun Ditubuhkan

Sebelum 1990 35 63.6

1990 – 1995 5 9.1

1996 – 2000 1 1.8

2001 – 2005 3 5.5

Selepas 2005 11 20.0

PENEMUAN DAN ANALISIS KAJIANBab 4

Page 37: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

26

Monograf Penyelidikan

2. Lokasi Ibu Pejabat

Kuching 11 20.0

Samarahan 28 50.9

Sri Aman 2 3.6

Betong 2 3.6

Sarikei 5 9.1

Mukah 1 1.8

Miri 5 9.1

Limbang 1 1.8

3. Cawangan (Jika Ada)

2 1 1.8

4 1 1.8

Tiada Cawangan 53 96.4

4. Lokasi Kedai

Kawasan Bandar 10 18.2

Kawasan Pekan Kecil 5 9.1

Luar Bandar / Kampung 37 67.3

Pedalaman 3 5.5

5. Jarak (Km)0 – 25 KM 24 43.6

26 – 50 KM 23 41.8

51 – 100 KM 8 14.5

6. Jalan Perhubungan Jalanraya 55 100.0

7. Aktiviti Lain

Pinjaman / Kredit 1 1.8

Pengangkutan 1 1.8

Sewa Bangunan 3 5.5

Perkhidmatan 8 14.5

Pertanian 3 5.5

Pinjaman dan Perkhidmatan 1 1.8

Lain - lain 9 16.4

Tiada Aktiviti Lain 29 52.7

Page 38: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

27

Penemuan dan Analisis KajianBab 4

8. Kaedah Perniagaan

Diusahakan sendiri oleh Koperasi 51 92.7

Usahasama dengan Syarikat lain 1 1.8

Secara Francais 1 1.8

Lain – lain 1 1.8

Diusahakan sendiri dan Usahasama dengan syarikat lain 1 1.8

9. Jumlah Anggota

2006

Bawah 100 orang 13 23.6

101 – 200 orang 19 34.5

201 – 300 orang 3 5.5

301 – 400 orang 1 1.8

401 dan ke atas 1 1.8

2007

Bawah 100 orang 11 20.0

101 – 200 orang 22 40.0

201 – 300 orang 3 5.5

301 – 400 orang 1 1.8

401 dan ke atas 1 1.8

2008

Bawah 100 orang 13 23.6

101 – 200 orang 22 40.0

201 – 300 orang 4 7.3

301 – 400 orang 1 1.8

401 dan ke atas 1 1.8

2009

Bawah 100 orang 15 27.3

101 – 200 orang 27 49.1

201 – 300 orang 4 7.3

301 – 400 orang 1 1.8

401 dan ke atas 1 1.8

Page 39: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

28

Monograf Penyelidikan

10. Tahap Umur Anggota

Bawah 30 Tahun 7 12.7

31- 40 Tahun 11 20.0

41 – 50 Tahun 21 38.2

51 – 60 Tahun 15 27.3

61 Tahun dan ke atas 1 1.8

11.

Purata Pendapatan Bulanan Anggota

Bawah RM500 29 52.7

RM501 – RM1000 13 23.6

RM1001 – RM1500 4 7.3

RM1501 – RM2500 5 9.1

RM2501 dan ke atas 4 7.3

Kebanyakan koperasi yang terpilih telah ditubuhkan sebelum tahun 1990 iaitu sebanyak 63.6 peratus manakala 20 peratus lagi telah ditubuhkan selepas tahun 2005. Sebanyak 28 buah koperasi berlokasikan ibu pejabat di Bahagian Samarahan, 11 buah koperasi di Bahagian Kuching, 10 buah koperasi di Bahagian Miri dan Sarikei, 4 buah di Bahagian Sri Aman dan Betong manakala 2 buah lagi masing-masing di Bahagian Mukah dan Limbang. Kebanyakan koperasi yang menjalankan kedai runcit di Negeri Sarawak didapati tertumpu di Bahagian Samarahan.

Jadual menunjukkan 72.8 peratus koperasi terletak di kawasan luar bandar atau kampung serta pedalaman, manakala 18.2 peratus di kawasan bandar. Selain daripada menjalankan aktiviti kedai runcit, terdapat 14.5 peratus koperasi menawarkan aktiviti perkhidmatan, 11 peratus koperasi menjalankan aktiviti pertanian dan sewa bangunan, manakala 5.4 peratus koperasi menjalankan aktiviti pinjaman kredit, pengangkutan dan pinjaman serta perkhidmatan. Penemuan kajian ini juga mendapati, kebanyakan koperasi yang menjalankan peruncitan tidak mempunyai aktiviti perniagaan lain selain kedai runcit iaitu sebanyak 52.7 peratus. Terdapat 92.7 peratus koperasi menjalankan perniagaan mereka dengan diusahakan sendiri oleh koperasi.

Kebanyakan anggota koperasi berumur dalam lingkungan umur sekitar 41 sehingga 50 tahun iaitu sebanyak 38.2 peratus. Sebanyak 52.7 peratus koperasi menyatakan bahawa purata pendapatan bulanan anggota koperasi mereka adalah di bawah RM500, 23.6 peratus pula berpendapatan di antara RM501 sehingga RM1000 sebulan dan 9.1 peratus berpendapatan di antara RM1501 hingga RM2500 sebulan. Secara puratanya, jumlah keanggotaan koperasi kebanyakannya dalam lingkungan 100 hingga 200 orang. Keanggotaan ini masih perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa demi menambah bilangan pelanggan koperasi di samping mewujudkan aktiviti-aktiviti bercorak keusahawanan dalam kalangan anggotanya.

Page 40: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

29

Penemuan dan Analisis KajianBab 4

4.2 Mengenal Pasti Faktor Kritikal Kejayaan (CSF) Perniagaan Kedai Runcit yang Dijalankan oleh Koperasi.

Bagi mengenal pasti faktor-faktor kritikal yang menyumbang kepada kejayaan perniagaan kedai runcit yang dijalankan oleh koperasi pengguna dewasa di Negeri Sarawak, beberapa ujian telah dijalankan seperti ujian Kenormalan Multivariat (Multivariate Normality Test), Ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett’s Test of Sphericity. Berdasarkan kepada ujian Kenormalan Multivariat (Multivariate Normality Test), hasil ujian mendapati R²= 0.971 adalah agak baik dan taburan plot selerak melalui penggunaan `Mahalanobis Distances’ menunjukkan hampir linear, maka dapat diandaikan data tersebut adalah multivariat normal.

Rajah 4.1 : Mahalanobis Distance

Berdasarkan matriks korelasi pula seperti dalam Jadual 4.2, ia menunjukkan bahawa kebanyakan korelasi adalah signifikan antara semua item soal selidik.

Page 41: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

30

Monograf Penyelidikan

Jadual 4.2 : Jadual Matriks Korelasi

All correlation * significant

Jadual 4.3: Ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett’s Test of Sphericity

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. .939

Bartlett’s Test of Sphericity Approx. Chi-Square 10976.173

Df 1275

Sig. .000

Melalui Ujian Bartlett’s Test of Sphericity, ia digunakan bagi mengenal pasti sama ada korelasi antara item memadai untuk dilakukan analisis faktor. Keputusan ujian ini yang signifikan, iaitu p < .01 X2 (51, N=551) menunjukkan bahawa korelasi antara item-item memadai untuk dilakukan analisis faktor seperti dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.3 juga menunjukkan hasil bagi Ujian Kaiser-Mayer-Olkin (KMO) yang mempamerkan multicollinearity. Analisis faktor sesuai digunakan sekiranya nilai KMO lebih besar daripada 0.50. Dalam analisis kajian ini, nilai KMO iaitu 0.94 menunjukkan bahawa data tidak mempunyai masalah multicollinearity yang serius, maka item-item tersebut sesuai untuk dijalankan analisis faktor.

Page 42: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

31

Penemuan dan Analisis KajianBab 4

Berdasarkan Rotated Component Matrix pula, ia menunjukkan korelasi antara item-item dengan faktornya selepas pemutaran varimax. Ia menunjukkan bahawa faktor satu mengandungi 11 item, faktor dua dan faktor tiga masing-masing mengandungi 5 item, sementara faktor empat dan lima pula masing-masing mengandungi 3 item dan faktor enam hanya mengandungi 2 item. Manakala sebanyak 22 item yang nilainya kurang daripada 0.4 atau merupakan item pelbagai konsep yang boleh dikategorikan dalam dua atau lebih faktor. Item-item tersebut tidak sesuai digunakan dan disingkirkan daripada soal selidik. Hal ini jelas menunjukkan bahawa melalui analisis faktor yang dilaksanakan, terdapat enam faktor yang dibina di bawah soal selidik kajian ini, dan daripada 51 item yang dianalisis, 22 item telah disingkirkan daripada soal selidik tersebut (rujuk Jadual 4.4).

Jadual 4.4 : Item-item dalam ke-Enam-enam Faktor Utama

KODFAKTOR

F1 F2 F3 F4 F5 F6

B2 .572

B3 .577

B5 .585

B7 .598

B9 .547

B11 .601

B12 .604

B13 .621

B15 .689

B16 .638

B17 .606

B18 .612

B19 .406

B23 .482

B24 .536

B26 .631

B28 .509

B29 .415

B30 .540

Page 43: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

32

Monograf Penyelidikan

B31 .719

B33 .507

B34 .663

B35 .600

B36 .674

B38 .538

B39 .678

B40 .636

B41 .530

B45 .457

B46 .710

B47 .748

B48 .446

B49 .473

B50 .679

B51 .688 * F1: Komunikasi; F2: Pengurusan; F3: Susun Atur; F4: Keusahawanan; F5: Sokongan; F6: Persaingan

4.2.1 Perbincangan Penemuan Faktor-faktor Kritikal Kejayaan Peruncitan Koperasi

Soal selidik kajian ini yang mengandungi 51 item cadangan yang membawa kepada kejayaan peruncitan koperasi telah dianalisis dengan menggunakan analisis faktor seperti yang diterangkan pada awalnya. Berdasarkan kepada keputusan bahawa item-item dalam soal selidik tersebut mengandungi lebih daripada satu faktor, maka item-item tersebut mengandungi lebih daripada satu konstruk. Melalui prosedur pemutaran varimax, jadual Rotated Component Matrix menunjukkan bahawa item-item soal selidik berbentuk enam dimensi. Oleh itu, sebanyak enam faktor diekstrak daripada soal selidik berkenaan.

Keenam-enam faktor tersebut meramalkan sebanyak 47.28 peratus varians secara keseluruhan pemboleh ubah bersandar “Faktor Kejayaan Perniagaan Kedai Runcit Koperasi dan korelasi antara keenam-enam faktor tersebut adalah signifikan (nilai r adalah antara 0.07 hingga 0.88). Jadual 4.5 menunjukkan faktor-faktor yang terhasil berserta item-item di dalamnya.

Page 44: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

33

Penemuan dan Analisis KajianBab 4

Jadual 4.5: Jadual Faktor dan Item-item di dalamnya

Faktor Nama Faktor Item-item di bawahnya Varian

1 Komunikasi Komunikasi yang baik di antara ALK dan Pengurusan koperasi .689

ALK dan pengurusan koperasi dapat mengekalkan hubungan yang baik dengan pembekal dan pelanggan

.638

ALK sentiasa berusaha dan tekun memajukan perniagaan koperasi .612

ALK dan pengurusan koperasi sedia mengambil tindakan terhadap maklum balas pelanggan

.606

ALK dan pengurusan koperasi komited untuk sentiasa meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan

.598

Kedai runcit koperasi mempunyai visi, misi dan strategi yang jelas untuk proses pembangunan yang berterusan

.585

Kedai runcit koperasi mempunyai ALK dan Pengurusan yang jujur dan amanah

.577

ALK dan pengurusan koperasi memberikan sokongan dan komitmen yang padu kepada perniagaan koperasi

.572

ALK dan pengurusan koperasi tahu bidang tugas masing-masing .547

Akaun perniagaan koperasi diurus dengan baik .540

ALK dan pengurusan koperasi mesra pelanggan .536

Page 45: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

34

Monograf Penyelidikan

2 Susun Atur Pengurusan barang-barang jualan yang teratur .678

Harga barangan dan perkhidmatan yang berpatutan .674

Kedai koperasi memiliki peralatan kedai yang mencukupi .636

Barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah pelbagai dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan

.600

Penampilan dan susun atur kedai yang menarik .507

3 Pengurusan Kemudahan komputer dan Teknologi Maklumat digunakan di dalam perniagaan koperasi

.719

Koperasi mempunyai jenama dan imej sendiri .663

Koperasi mempunyai anggota pelapis yang berminat menguruskan kedai runcit koperasi

.631

Kedai koperasi mengadakan promosi jualan .538

Kedai koperasi mempunyai pengangkutan sendiri .530

4 Keusahawanan ALK dan pengurusan koperasi memiliki pengalaman dalam perniagaan kedai runcit

.621

ALK dan pengurusan koperasi mempunyai ciri-ciri keusahawanan dalam bidang perniagaan kedai runcit

.604

Page 46: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

35

Penemuan dan Analisis KajianBab 4

ALK dan pengurusan koperasi mempunyai kemahiran dalam bidang dalam bidang perniagaan kedai runcit

.601

Kedai Koperasi anda menawarkan perkhidmatan selepas jualan .457

5 SokonganDasar kerajaan membantu perkembangan perniagaan kedai runcit koperasi

.748

Koperasi mendapat sokongan kewangan .710

Anggota koperasi melanggan di kedai runcit koperasi .509

Pegangan nilai-nilai keagamaan di kalangan ALK dan pengurusan koperasi anda

.446

Koperasi anda mempunyai sumber kewangan yang kukuh .415

Perbincangan di antara ALK dan Pengurusan koperasi anda dilakukan secara rutin sebagai satu proses penyebaran maklumat

.406

6 Persaingan Perlu persaingan untuk terus maju .688

Bersaing secara sihat .679

Koperasi anda memberikan penghargaan kepada pekerja sebagai galakan meningkatkan mutu kerja

.482

Kedai runcit koperasi anda menyediakan produk dan perkhidmatan yang halal

.473

Page 47: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

36

Monograf Penyelidikan

Aspek komunikasi yang baik dalam kalangan ALK dan pengurusan juga dititikberatkan dalam penemuan kajian ini, yang akan melancarkan perjalanan hal ehwal operasi perniagaan keseluruhannya dan mewujudkan motivasi yang tinggi dalam kalangan mereka untuk memajukan perniagaan koperasi. Kecemerlangan budaya komunikasi akan memberikan sumbangan terbaik kepada pengurusan kedai runcit dengan pelanggan. Jika ALK dan pengurusan sentiasa komited dalam pengurusan perhubungan pelanggan ini, maka kualiti produk dan perkhidmatan akan dapat dipertingkatkan dan secara tidak langsung menyumbang kepada keuntungan lumayan kepada kedai runcit koperasi.

Susun atur juga merupakan faktor penting bagi menampilkan kedai runcit koperasi lebih menarik di mana konsepnya adalah membina segmen dan perbezaan antara barangan berdasarkan jenis dan keutamaan keperluannya. Susun atur yang baik dapat menjimatkan masa pelanggan dan memudahkan pelanggan mencari barang keperluannya. Barangan kedai runcit yang telah disusun dengan kemas dan mudah, akan membantu pelanggan dalam memilih dan membelinya. Kaunter pembayaran yang strategik dan dua juruwang dalam mengendalikan pembayaran akan meningkatkan lagi kedatangan pelanggan. Kaunter pembayaran mestilah selesa, berada berhampiran pintu utama dan tidak menghalang keluar masuk pelanggan.

Pengurusan terdiri daripada perancangan, pengawalan, pengorganisasian dan kepimpinan di mana kesemua elemen tersebut tidak boleh dikecualikan. Pengurusan yang baik perlu diutamakan dan aspek pengurusan koperasi perlu ditekankan bagi kedai runcit koperasi bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. penentuan lokasi serta kedudukan kedai runcit yang strategik juga penting bagi memudahkan pelanggan untuk berurusan. Aspek pengurusan sumber manusia perlu dijaga dengan memberi perhatian terhadap kebajikan pekerja agar mereka sentiasa bermotivasi untuk memajukan kedai runcit koperasi.

Aspek keusahawanan juga penting dalam seseorang yang ingin digelar usahawan. Hal ini kerana seorang usahawan berkeupayaan untuk mengenal pasti dan mengambil peluang ke atas sesuatu yang tidak disedari oleh orang lain (Kirzner, 1979) serta berkeupayaan untuk menanggung risiko, membuat perancangan, penyeliaan dan pasaran untuk perniagaan yang diceburi (Beaudau, 1794). Pengenalan budaya keusahawanan di Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 1989 lagi dengan melibatkan golongan mahasiswa di peringkat universiti dan pelajar peringkat sekolah menengah

Page 48: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

37

Penemuan dan Analisis KajianBab 4

lagi. Penekanan pihak kerajaan dalam penerapan sifat keusahawanan dalam koperasi jelas melalui beberapa pendekatan antaranya dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) kedua 2011 hingga 2020 di mana pihak kerajaan telah menekankan melalui Teras Strategik Ketiga agar anggota koperasi bersifat inovatif, kreatif dan berbudaya keusahawanan.

Faktor sokongan merupakan aspek penyumbang kepada kejayaan perniagaan kedai runcit koperasi. Sokongan kerajaan dalam mengembangkan perniagaan kedai runcit koperasi di samping memberikan sokongan kewangan kepada koperasi amat diharapkan bagi menambah baik prestasi kedai runcit. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sentiasa membuka peluang perniagaan kepada koperasi-koperasi bagi mempertingkatkan keuntungan koperasi melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan. Sokongan daripada anggota koperasi sendiri juga amat penting selain sokongan kerajaan kerana ia pendorong kepada kejayaan perniagaan kedai runcit koperasi.

Persaingan merupakan faktor penting bagi meningkatkan prestasi perniagaan kedai runcit koperasi. Berdasarkan faktor-faktor kejayaan sesebuah koperasi yang berjaya, kedai runcit koperasi perlu bersaing secara sihat dalam kalangan kedai runcit yang lain kerana dengan adanya pesaing lain di kawasan tertentu, dapat mengurangkan kegiatan monopoli harga dalam kalangan peniaga tempatan dan sekaligus membantu pelanggan-pelanggan membuat pelbagai pilihan barangan. Persaingan merupakan salah satu faktor kritikal kejayaan sesebuah perniagaan peruncitan. Persaingan yang sihat mampu memandu organisasi ke arah perkhidmatan berkualiti. Kejayaan sesebuah organisasi diukur menggunakan kualiti perkhidmatan sebagai mediator disumbangkan oleh faktor persaingan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk kesetiaan dan kepuasan pelanggan.

4.3 Menentukan Susunan Kepentingan Faktor Kritikal Kejayaan (CSF) Perniagaan Kedai Runcit yang Dijalankan oleh Koperasi.

Bagi memenuhi objektif kedua ini, beberapa prosedur analisis data telah dipilih iaitu Analisis Regresi Pelbagai (Multiple Regression Analysis) dan Analisis Pandangan Terbuka. Bagi hasil Analisis Regresi Pelbagai boleh dirujuk dalam Jadual 4.6.

Page 49: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

38

Monograf Penyelidikan

Jadual 4.6: Analisis Regresi Berganda (Model Summary, ANOVA, Coefficients)

Model Summary

Model RR

SquareAdjustedR Square

Std. Errorof the

Estimate

Change Statistics

R Square Change

FChange

df1 df2Sig. F

Change

1 .309a .095 .084 .707 .095 8.469 24 501 .000

a. Predictors: (Constant), F6Persaingan, F5Sokongan, F2Pengurusan, F3SusunAtur, F4Keusahawanan, F1Komunikasi

Model Summary

Model RR

SquareAdjustedR Square

Std. Errorof the

Estimate

Change Statistics

R Square Change

FChange

df1 df2Sig. F

Change

1 .309a .095 .084 .707 .095 8.469 24 501 .000

ANOVAb

ModelSum of

SquaresDf

MeanSquare

F Sig.

1. Regression2. Residual3. Total

25.429241.209266.638

24501551

4.238.500

8.469 .000a

a. Predictors: (Constant), F6Persaingan, F5Sokongan, F2Pengurusan, F3SusunAtur, F4Keusahawanan, F1Komunikasi

b. Dependent Variable: C4

Page 50: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

39

Penemuan dan Analisis KajianBab 4

Model

UnstandardizedCoefficients

StandardizedCoefficients

t Sig.

CorrelationsCollinearity

Statistics

BStd

ErrorBeta

Zero-under

Part-ial

PartToler-ance

VIF

1. (Constant)

F1 Komunikasi

F2Pengurusan

F3Susun Atur

F4Keusahawanan

F5Sokongan

F6Persaingan

2.129

.336

.015

.024

.341

.349

.134

.346

.183

.136

.144

.138

.124

.078

.186

.010

.014

.224

.208

.098

6.162

-1.831

-.110

-.168

2.463

2.806

1.715

.000

.068

.913

.866

.014

.005

.087

.170

.209

.170

.270

.252

.194

-.083

-.005

-.008

.111

.127

.078

-.079

-.005

-.007

.107

.122

.074

.181

.205

.268

.227

.343

.576

5.518

4.871

3.727

4.400

2.913

1.735

Berdasarkan kepada Jadual 4.5, keputusan analisis data menunjukkan bahawa bagi populasi kajian (saiz sampel : 551), empat pemboleh ubah, iaitu keusahawanan (β = 0.224, p < 0.5), Sokongan (β = 0.208, p < 0.5), Komunikasi (β = 0.186, p < 0.5), dan Persaingan (β = 0.098, p < 0.5) adalah signifikan kepada kualiti perkhidmatan. Sementara dua pemboleh ubah, iaitu Susun Atur (β = 0.014, p > 0.5), dan Pengurusan (β = 0.010, p < 0.5), walaupun tidak signifikan kepada kualiti perkhidmatan, namun tidak bermakna ianya tidak menyumbang kepada kualiti perkhidmatan. Secara signifikan, keenam-enam faktor atau pemboleh ubah tersebut (F[1,551] = 8.469) menyumbang sebanyak 30.9 peratus perubahan varians (R = 0.309) dalam menentukan kejayaan perniagaan peruncitan koperasi di Negeri Sarawak.

Berdasarkan kepada keputusan analisis di atas, pengkaji melaporkan bahawa susunan kepentingan faktor kritikal kejayaan perniagaan kedai runcit yang dijalankan oleh koperasi di Negeri Sarawak adalah seperti Jadual 4.7.

Page 51: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

40

Monograf Penyelidikan

Jadual 4.7: Susunan Keutamaan Faktor Kritikal Kejayaan Perniagaan Kedai Runcit Koperasi di Negeri Sarawak.

Faktor Coefficient Beta SignifikanSusunan

Keutamaan

Keusahawanan 0.224 0.014 1

Sokongan 0.208 0.050 2

Komunikasi 0.186 0.068 3

Persaingan 0.098 0.087 4

4.4 Mewujudkan Model Kejayaan Perniagaan Peruncitan Koperasi.

Akhir sekali, bagi memenuhi objektif ini, beberapa prosedur analisis data telah dilakukan di mana ia melibatkan Korelasi di antara Kualiti Perkhidmatan (SQ) dengan Kepuasan Pelanggan (CS). Hasil kajian dapat dilihat dalam Jadual 4.8 dan 4.9.

Jadual 4.8: Korelasi antara Kualiti Perkhidmatan (SQ) dengan Kepuasan Pelanggan (CS)

Correlations

C4 C1C4 Pearson Correlation 1 .574**

Sig. (2-tailed) .000

N 551 551C1 Pearson Correlation .574** 1

Sig. (2-tailed) .000

N 551 551

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Page 52: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

41

Penemuan dan Analisis KajianBab 4

Jadual 4.9: Korelasi antara Kualiti Perkhidmatan (SQ)dengan Kepuasan Pelanggan (CS)

Correlations

C4Kualiti

C5Loyalty

C4 Pearson Correlation 1 .467**

Sig. (2-tailed) .000

N 551 551C5 Pearson Correlation .467** 1

Sig. (2-tailed) .000

N 551 551

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

Berdasarkan kepada analisis seperti yang terdapat pada Jadual 4.8 dan 4.9, berikut dihasilkan model kejayaan perniagaan peruncitan koperasi di Negeri Sarawak.

F1 Keusahawanan

F2 Sokongan

F3 Komunikasi

F4 Persaingan

F5 Susun Atur

F6 Pengurusan

KualitiPerkhidmatan

(SQ)

30.9%

(p < 0.01)

0.57

0.47

KepuasanPelanggan

(CS)

KesetiaanPelanggan

(LS)

(F[1,551] = 8.469) = 30.9 peratus

Rajah 4.2: Model Kejayaan Perniagaan Peruncitan Koperasi

Page 53: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

42

Monograf Penyelidikan

Rajah 4.2 menunjukkan sebuah Model Kejayaan Perniagaan Peruncitan Koperasi yang telah dibangunkan dalam kajian ini. Keenam-enam faktor kritikal kejayaan perniagaan peruncitan iaitu Keusahawanan, Sokongan, Komunikasi, Persaingan, Susun atur dan Pengurusan telah disusun mengikut peringkat keutamaan kepentingannya.

Keusahawanan dikenal pasti sebagai faktor yang paling penting dalam model kejayaan ini. Sesebuah koperasi yang menerapkan ciri-ciri keusahawanan dalam perniagaannya mampu menghasilkan suasana yang kompetitif dalam persekitaran perniagaannya. Keusahawanan koperasi menggalakkan lebih ramai anggota untuk terlibat sama dalam perniagaan koperasi demi menjayakan matlamat sebenar koperasi. Penggabungan idea yang kreatif dan inovatif bukan sahaja di peringkat Anggota Lembaga, malah dalam kalangan anggota mampu menghasilkan aktiviti-aktiviti yang bernilai tambah.

Manakala, faktor sokongan pula dikenal pasti sebagai faktor kedua penting bagi menjamin koperasi peruncitan ini berada pada landasan yang tepat. Sokongan di sini dilihat dari perspektif semua pihak yang terlibat dalam gerakan koperasi bukan sahaja di peringkat kerajaan semata-mata, malah di pihak koperasi sendiri. Sokongan boleh berada dalam bentuk secara langsung mahupun tidak langsung.

Komunikasi yang baik bermaksud komitmen dan kerjasama yang jitu dalam kalangan anggota dan anggota lembaga, koperasi dengan pihak ketiga, malah sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan dalam menjayakan matlamat koperasi. Perancangan strategik yang jelas merupakan satu alat komunikasi penting yang perlu diwarwarkan dan difahami oleh setiap komponen yang membentuk sistem tadbir urus koperasi yang baik. Di sini, aspek akauntabiliti perlu difahami oleh setiap individu dalam koperasi.

Selain itu, koperasi perlu bersaing secara dinamik bagi memastikan ia terus kekal kompetitif dalam pasaran. Koperasi sebagai sebuah entiti perniagaan berdepan dengan pelbagai risiko perniagaan. Oleh yang demikian, ia tidak boleh terus ditakuk lama iaitu hanya dengan melihat sekitar ruang lingkup perniagaan mereka semata-mata, malah ia harus bersedia bersaing di peringkat domestik mahupun global. Persaingan yang kompetitif mampu meletakkan koperasi berdiri setanding dengan perniagaan-perniagaan lain. Faktor bersaing dalam kalangan koperasi kritikal bagi menentukan sejauh mana gerakan mampu meletakkan dirinya dalam pasaran yang semakin sengit masa kini.

Aspek susun atur, walaupun diletakkan sebagai faktor keempat, namun ianya juga harus diutamakan dalam menentukan kejayaan perniagaan kedai runcit yang dijalankan. Susun atur yang baik mampu meletakkan imej koperasi setanding dengan perniagaan-perniagaan komersial yang lain. Maka, sudah tiba masanya koperasi perlu membuat pembaharuan terhadap sistem susun atur kedai mereka agar imej dan jenama koperasi itu sendiri dapat dijamin kehebatannya.

Page 54: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

43

Penemuan dan Analisis KajianBab 4

Selain itu, pengurusan yang efisien dan cemerlang dalam semua aspek perniagaan mampu menjayakan hala tuju perniagaan koperasi. Tidak dinafikan, kepincangan sesebuah perniagaan berpunca daripada masalah pengurusan koperasi itu sendiri. Walaupun faktor ini diletakkan sebagai faktor yang ketiga bukan bermakna ia kurang penting. Namun begitu, pengurusan sebagai memperlengkapkan kesemua faktor-faktor kritikal yang telah dibincangkan sebelum ini.

Berdasarkan kepada keenam-enam pemboleh ubah tidak bersandar yang merujuk kepada faktor kritikal kejayaan yang telah dibincangkan sebelum ini, pengkaji mendapati kualiti perkhidmatan sebagai faktor bersandar boleh dicerminkan dalam bentuk kepuasan dan kesetiaan pelanggannya. Maka, melalui model kejayaan ini bolehlah disimpulkan faktor-faktor kritikal kejayaan tadi mampu bertindak sebagai alat kritikal penting yang menjamin kualiti perkhidmatan yang diberikan koperasi kepada pelanggannya. Sekiranya, keenam-enam faktor tersebut tadi dapat digabungkan dan dilaksanakan secara menyeluruh, maka tidak mustahil koperasi peruncitan boleh diletakkan setanding dengan perniagaan peruncitan yang sedia ada dan menjamin kualiti perkhidmatan berterusan yang mampu menjadikannya sebagai sebuah perniagaan yang gah dan terus mendapat sokongan padu daripada anggotanya.

Page 55: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

44

Monograf Penyelidikan

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong

Page 56: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

45

Kesimpulan dan CadanganBab 5

5.0 Pengenalan

Bab ini merumuskan hasil penyelidikan yang diperoleh mengikut objektif yang ditetapkan. Seterusnya, penyelidik membincangkan beberapa cadangan kajian yang boleh dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

5.1 Kesimpulan

5.1.1 Profil Demografi Responden

Keanggotaan koperasi perlu diperluaskan lagi dalam kalangan golongan berumur 30 tahun ke bawah memandangkan dapatan kajian mendapati hanya 29.2 peratus responden yang merupakan anggota koperasi berumur di bawah 30 tahun. Bangsa Bidayuh pula dilihat bangsa paling ramai menjadi anggota koperasi yang menjalankan aktiviti kedai runcit. Selain itu, kebanyakan anggota koperasi hanya memiliki pendidikan setakat SPM dan ke bawah. Kebanyakan anggota yang menganggotai koperasi ini tergolong dalam golongan berpendapatan rendah sekitar RM500 ke bawah disebabkan mereka merasakan koperasi mampu bertindak sebagai platform bagi meningkatkan ekonomi dan sosial mereka.

5.1.2 Profil Demografi Koperasi

Dari sudut kedudukan koperasi, kebanyakan koperasi menjalankan aktiviti kedai runcit berkedudukan di pekan-pekan kecil dan sangat kurang di kawasan bandar kerana perniagaan kedai runcit menerima persaingan yang hebat dengan perniagaan-perniagaan runcit lain di bandar. Namun, kedudukan sebilangan besar koperasi yang terletak di pedalaman atau luar bandar mempunyai jarak antara 26 hingga 50 km dengan bandar terdekat, ia memudahkan koperasi untuk dihubungi. Dari sudut bilangan aktiviti, kebanyakan koperasi

KESIMPULAN DAN CADANGANBab 5

Page 57: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

46

Monograf Penyelidikan

peruncitan di negeri Sarawak hanya mempunyai aktiviti kedai runcit sahaja dan kebanyakannya mengusahakan kedai runcit mereka secara sendiri. Kebanyakan anggota koperasi berumur di antara 41 hingga 60 tahun dan sebahagian dari mereka menjana pendapatan bulanan di bawah RM500. Dari segi saiz keanggotaan koperasi, didapati kebanyakannya sekitar 100 hingga 200 orang dan masih berskala kecil.

5.1.3 Prestasi Kewangan

Disebabkan modal syer yang merupakan sumber utama koperasi amat kecil, ia menimbulkan kesulitan koperasi bagi memperkembangkan perniagaan di samping kurang mendapat kepercayaan daripada anggota itu sendiri mahupun pihak ketiga yang seterusnya menjadikan pemilikan aset-aset koperasi masih di tahap rendah. Hal ini menunjukkan prestasi koperasi dalam pengumpulan harta adalah amat tidak menggalakkan walaupun sudah 15 tahun beroperasi. Keuntungan bersih koperasi yang kurang menggalakkan juga menyebabkan prestasi pemberian dividen juga kurang memberangsangkan berdasarkan kajian yang telah dilakukan. Penemuan ini menunjukkan prestasi keuntungan bersih dalam kalangan koperasi yang menjalankan aktiviti kedai runcit masih berada dalam skala rendah memandangkan skala operasinya yang masih terhad.

5.1.4 Maklumat Pengurusan Koperasi

Kebanyakan koperasi yang dikaji mempunyai barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang ramai berbanding anggota Jawatankuasa Audit Dalaman. Koperasi memerlukan kakitangan pengurusan bagi menjalankan aktiviti kedai runcit walaupun ada dalam kalangan mereka berkhidmat secara separuh masa. Kakitangan pengurusan yang boleh berkhidmat secara sepenuh masa perlu diadakan bagi melancarkan pengurusan koperasi. Kakitangan yang dapat memberikan sepenuh komitmen terhadap pengurusan kedai mereka amat diperlukan dan, aspek pendidikan dan kesedaran anggota perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan kesedaran anggota mereka.

5.1.5 Operasi Pengendalian Kedai Runcit Koperasi

Koperasi lebih gemar mengambil bekalan daripada pemborong yang sedia ada yang telah mempunyai hubungan baik dengan mereka. Oleh itu, mereka lebih gemar berurusan dengan pembekal tetap

Page 58: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

47

Kesimpulan dan CadanganBab 5

sahaja yang dilakukan secara urus niaga tunai. Selain itu, koperasi sudah mempunyai sistem rekod yang sistematik dalam pengurusan kedai mereka. Pesanan kerap dibuat iaitu pada kadar seminggu sekali memandangkan tidak semua koperasi mempunyai kemudahan stor simpanan sendiri. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor kekangan utama memandangkan penemuan mendapati tahap kecairan stok di kedai koperasi adalah amat tinggi. Tambahan, jarak koperasi dengan premis pembekal berdekatan antara satu sama lain. Kekerapan pesanan stok ini juga mengambil kira urus niaga yang dilakukan oleh koperasi yang kebanyakannya berbentuk tunai sahaja di samping barangan yang ditawarkan koperasi adalah memenuhi keperluan anggota dan dijual pada harga yang murah.

5.1.6 Model Kejayaan Peruncitan Koperasi di Negeri Sarawak

Berdasarkan keseluruhan kajian, sebuah model kejayaan perniagaan peruncitan koperasi telah dapat dihasilkan. Keenam-enam faktor yang telah dikenal pasti iaitu keusahawanan, sokongan, komunikasi, persaingan, susun atur dan pengurusan merupakan faktor penyumbang kritikal dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan peruncitan koperasi di negeri Sarawak. Kejayaan perniagaan peruncitan ini diukur dalam konteks kualiti perkhidmatan koperasi yang boleh diterjemahkan dalam bentuk kepuasan dan kesetiaan anggota koperasi. Oleh itu, koperasi perlu mempunyai kekuatan keenam-enam faktor tersebut bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada anggotanya bagi memberikan kepuasan kepada mereka dan seterusnya membuatkan mereka terus setia kepada koperasi mereka.

5.2 Cadangan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan seperti berikut :

5.2.1 Memperkasa Keupayaan Pengurusan Koperasi

Memperkasa aspek keusahawanan dapat dilaksanakan dengan memanfaatkan produk keluaran anggota dengan menggalakkan mereka yang mempunyai produk untuk menjualnya di kedai runcit koperasi. Secara tidak langsung, ia membantu meningkatkan lagi sosioekonomi anggota selain menggalakkan penglibatan aktif urus niaga di antara anggota dengan koperasi dan seterusnya membantu menambahkan lagi pendapatan koperasi. Pengurusan koperasi juga

Page 59: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

48

Monograf Penyelidikan

disarankan agar menjalankan kerjasama strategik dengan anggota koperasi yang mempunyai produk yang berpotensi bagi melakukan produk berjenama sendiri kerana penjenamaan yang baik membantu sesuatu produk untuk dipasarkan ke pasaran yang lebih luas dan menyumbang secara signifikan ke atas pendapatan koperasi serta anggotanya. Pihak koperasi juga perlu menjalankan kerjasama dengan agensi yang berkaitan seperti SKM, MARDI dan SIRIM untuk menambah nilai kualiti produk tersebut.

Pengurusan koperasi juga dicadangkan agar menyediakan perancangan strategik yang komprehensif termasuk pelan tindakan berkenaan masa depan perniagaan kedai runcit koperasi bagi membentuk perancangan jangka panjang koperasi selain sebagai pembimbing kepada segala tindakan yang bakal dilaksanakan. Selain itu, pengurusan koperasi juga boleh mendapatkan bimbingan daripada agensi seperti MKM untuk membangunkan perancangan strategik tersebut. Pengurusan koperasi harus berpegang kepada ungkapan “Anggota Lembaga Koperasi hendaklah berfikiran seperti Ahli Perniagaan” kerana ia menekankan agar Anggota Lembaga Koperasi melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan dan menguruskan koperasi secara profesional. Penekanan terhadap prinsip koperasi ke lima iaitu Pendidikan, Latihan dan Maklumat juga harus diterapkan dengan mempertingkatkan ilmu melalui latihan dan pendidikan yang dianjurkan oleh badan dan agensi yang berkaitan, di mana ia turut disokong dalam teras strategik III Dasar Koperasi Negara iaitu mewujud dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi. Bagi mendapatkan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan bersikap positif, koperasi disarankan menghantar kakitangan untuk mendalami dan menambah ilmu berkaitan koperasi mengikuti SPK dan DPK kerana ia penentu kejayaan.

Bagi meningkatkan idea dalam pembinaan perniagaan dan jaringan baru, keanggotaan koperasi perlu dibuka kepada para siswazah di kolej dan universiti kerana mereka merupakan aset penting yang diperlukan dalam menyumbang tenaga serta idea dalam meneruskan gerakan koperasi agar menyumbang kepada keluaran negara lima peratus menjelang 2013 dan sepuluh peratus menjelang 2020 dan meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap gerakan koperasi. Penglibatan koperasi perlu ditekankan dalam bidang kepenggunaan dan ekonomi bernilai tinggi terutama dalam aktiviti nilai tambah kerana ia boleh menjana kekayaan kepada koperasi dan memberi manfaat kepada anggota seterusnya menyumbang kepada

Page 60: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

49

Kesimpulan dan CadanganBab 5

pencapaian matlamat pembangunan negara. Kesedaran anggota terhadap kepentingan dan nilai empunya koperasi harus dipupuk dari awal penubuhan koperasi walaupun nilai modal syer adalah rendah. Anggota koperasi juga hendaklah bersedia dan sanggup untuk menambah nilai modal syer bila-bila masa sekiranya ada keperluan untuk mengembangkan lagi perniagaan koperasi. Selain itu, koperasi juga perlu melaksanakan penggunaan sistem secara elektronik teknologi baru dalam pengurusan dan mengendalikan kedai dan operasi koperasi.

5.2.2 Sokongan dan Bantuan Berterusan daripada Agensi-agensi Kerajaan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang merupakan peneraju hal ehwal perdagangan domestik Malaysia dicadangkan untuk mewujudkan “Distributor Controller” dengan menubuhkan sebuah koperasi menengah, iaitu gabungan koperasi-koperasi peruncitan bagi mengendalikan sepenuhnya agihan barang-barang jualan ke semua koperasi yang mengusahakan kedai runcit supaya masalah persaingan, perang harga dan sistem pemborongan yang kurang efektif dapat diatasi. Koperasi menengah juga akan membantu mendapatkan harga barangan yang lebih murah jika dibandingkan dengan pembekal-pembekal yang lain.

Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) perlu diperluaskan dan perlu memperkasa semua peringkat koperasi dengan mengurangkan birokrasi dan prosedur yang ketat. Selain itu, latihan dan susulan program yang berterusan perlu diberikan agar perkembangan dan kemajuan mereka dapat dinilai dari semasa ke semasa. Oleh itu, program TUKAR perlu dikekalkan namun perlu diperbaiki bagi memantapkan program ini. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai badan peneraju koperasi perlu memperkemaskan unit sedia ada, mengutamakan aspek-aspek berkaitan produk dan perkhidmatan serta mempergiatkan kerjasama antara agensi kerajaan supaya koperasi tidak hilang arah dalam melaksanakan aktiviti peruncitan mereka.

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) sebagai badan peneraju dalam latihan dan pendidikan koperasi menerusi Akademi Peruncitan perlu bertindak lebih aktif membantu koperasi peruncitan, dan latihan dan pembangunan juga perlu diperluaskan kepada kakitangan

Page 61: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

50

Monograf Penyelidikan

koperasi peruncitan untuk lebih mendalami ilmu pengurusan koperasi peruncitan. Justeru itu, kerjasama strategik MKM perlu diadakan dengan syarikat-syarikat besar untuk menjayakan ‘Program Attachment’. Sebagai institusi yang menyediakan bantuan dan pinjaman, Bank Rakyat disarankan memberi peluang kepada koperasi yang terlibat dalam peruncitan bagi membolehkan koperasi menggerakkan aktiviti peruncitan dengan lebih mantap.

5.2.3 Penglibatan Aktif Badan Puncak Koperasi

ANGKASA yang merupakan badan koperasi puncak di Malaysia boleh mewujudkan ‘coop center’ di kawasan luar bandar mahupun bandar bagi membantu koperasi untuk memperagakan barang niaga mereka. ANGKASA juga berperanan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur sistem pengendalian kedai runcit koperasi dan memberikan pinjaman mudah dan segera kepada koperasi khususnya untuk menyediakan infrastruktur kedai koperasi. Hal ini kerana, infrastruktur yang lengkap untuk memulakan kedai runcit akan menarik pelanggan untuk melanggan di kedai runcit koperasi.

Page 62: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

51

BIBLIOGRAFI

Abd Aziz Mohd Yunos (2010). Dua Cabang Utama dalam Industri Halal. Pelancar Online. Dicapai pada 27 September 2011 dari laman sesawang: http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=jul001-2010.

Abd Halim Mahmud (2009). Kepentingan Komunikasi dalam Pembangunan Koperasi.Pelancar Online. Dicapai pada 26 September 2011 dari laman sesawang: http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=oct010-2009.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2007). Teori dan Teknik Kepimpinan. Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn. Bhd.

Abu Bakar A.H. et.al. (2007). Principles of Marketing: A Global Perspective. Malaysia:The McGraw-Hill Companies.

Alpert L. and Gatty R.(1969). Product Positioning by Behavioural Life Styles. Journal of Marketing, 33, pp 65-69.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (2011). Pelancar Online. Dicapai pada 28 September 2011: http://www.angkasa.coop/pelancar/arkib/okt04/tadbir.htm.

Antonites, A.J. (2003), An Action Learning Approach to Entrepreneurial Creativity,innovation, and Opportunity Finding, unpublished doctoral thesis, Faculty of Economics and Management Science. Pretoria: University of Pretoria.

Asan Ali G. H. (1998). Gerakan Koperasi di Malaysia: Peranan Dan Strategi Dalam Pembangunan Negara. Malaysia: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Azlah Md Ali, Thuaibah, Hishamuddin & Syaharizatul (2005). Kesan Kewujudan Hypermarket Ke Atas Peniaga Melayu Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Baines, P., Fill, C. and Page, K. (2008). Marketing, New York: Oxford University Press.

Baker M.J. (1978). Limited Options for Marketing Strategists. Marketing, pp 23-27.

Baker, J., Grewal, D. and Parasuraman, A. (1994), The influence of Store Environment on Quality Inferences and Store Image”, Journal of the Academy of Marketing Science, Vol. 22 No. 4, pp. 328-39.

Page 63: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

52

Monograf Penyelidikan

Bloom P. N. and Kotler P. (1975). Strategies for High Market Share Companies.Harvard Business Review, 53(6), pp. 63-72.

Boynlon, A.C. dan Zmud, R.W. (1984). An Assessment of Critical Success Factors.Sloan Management Review, Summer 1984, p.17.

Chan, H.K. et.al. (2009). Flexibility and Adaptability In Supply Chains: A Lesson Learnt From A Practitioner. Supply Chain Management: An International Journal, 14(6), pp. 407-10.

Chang Y.N and Campo Flores, F. (1980). Business Policy and Strategy. Santa Monica, Good Year Publishing.

Chang, C. and Tu, C. (2005), “Exploring store image, customer satisfaction and customer loyalty relationship: evidence from Taiwan hypermarket industry”, The Journal of American Academy of Business, Vol. 7 No. 2, pp. 197-202.

Cox A. (2004). The Art of The Possible: Relationship Management In Power Regimes and Supply Chains. Supply Chain Management: An International Journal, 9(5), pp. 346-356.

Cox, Roger L. and Paul, Britian (1986). Effective Retailing: Second Edition. Boston, U.S.A: Houghton Mifflin Company.

Dale Fodness & Brayan Murray (2005), Passenger’s Expectation Of Airport Service Quality, journal of Service Marketing

Dasar Koperasi Negara 2011-2020 (2010). Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Dicapai pada 7 Ogos 2010 dari laman sesawang: http:// www.skm.gov.my

Datar, S., Jordan, C.C, Kekre, S.Rajiv, S. and Srinivasan, K. (1997), “Advantages of Time-Based New Product Development in a Fast-Cycle Industry’, Journal of Marketing Research, 34(1), 36-49

David W. (1991). Retail Marketing: Theory and Practice. United Kingdom: Prentice Hall International.

Day, G.S. (1999). The Market-Driven Organisation, The Free Press, New York, 22.

Dexter, B. (2010). Critical Success Factors for Developmental Team Projects. Team Performance Management, 16(7/8), pp. 343-358.

Dibb, S. et.al. (2006). Marketing: Concepts and Strategies, 5th European Edition. U.S.A: Houghton Mifflin Company.

Page 64: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

53

Bibliografi

Doyle P. (1976). The Realities of Product Life Cycle. Quarterly Review of Marketing, pp. 1-6.

Firdaus Abdullah et. al. (2009). Developing a Framework of Success of Bumiputera Entrepreneurs. Journal of Enterprising Communities: People and Places in the Global Economy, 3(1), pp. 8-24.

Forum Corporation (1995). Training the key to business success: how to make the effort worthwhile. Journal of Managing Service Quality, 5(2), pp. 44-47.

Gordon E. G. (1989). An Understanding of Marketing Strategy. Birmingham Business School.

Gronroos, C. (1990), Service Management: A Management Focus for Service Competition. Journal of Service Industry Management, 1(1), 6-14

Hausted, Stewart W. (1993). Marketing Fundamentals, New York: Delmars Publishers Inc.

Holmes J.H. (1973). Profitable Product Positioning. MSU Business Topics, Spring, pp.27-32.

Hoyer, W. D. & MacInnis, D. J. (2001). Consumer Behaviour, 2nd Edition. Boston, Houghton Mifflin Company.

Ismail Sabri Yaakob (2010). Program Transformasi Ekonomi: Hala Tuju Untuk Malaysia. Malaysia: PEMANDU.

Jamilah Din et.al. (2008). Kajian Profil Koperasi di Negeri Sarawak dan Potensi untuk Dimajukan dalam Perniagaan. Malaysia: Maktab Kerjasama Malaysia.

Jati Kasuma Ali (2011). Konsep Penjenamaan, Kertas Kerja dibentangkan dalam Bicara Eksekutif Memposisikan Koperasi Melalui Penjenamaan, Kuching, Sarawak, 28 Julai 2011.

Jitesh T., Arun K. and Deshmukh S.G. (2009). Supply Chain Management for SMEs: A Research Introduction, Management Research News, 32(10), pp. 970-993.

Kotler P. (1976). Marketing Management: Analysis, Planning and Control, 3rd Edition. Englewood Cliffs, Prentice Hall.

Kotler P. (1980). Marketing Management: Analysis, Planning and Control, 4th Edition. Englewood Cliffs, Prentice Hall.

Page 65: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

54

Monograf Penyelidikan

Kotler, P. and Armstrong, G. (2008). Principles of Marketing: 12 Edition. New Jersey, U.S.A: Pearson Prentice Hall.

Kotler, P., 2000. Marketing Management. 10th Edition, New Jersey. Prentice-Hall.

LaBarbera, P. A & Marzursky, D. (1983). A Longitudinal Assessment of Consumer Satisfaction, Dissatisfaction: The Dynamic Aspect of Cognitive Process, Journal of Marketing Research, 20, November, pp. 393-404.

Lindquist, J.D. (1974), “Meaning of image”, Journal of Retailing, Vol. 50 No. 4, pp. 29-38.

Marques, J.F (2010), Enhancing The Quality of Organizational Communication: A Presentation of Reflection-Based Criteria. Journal of Communication Management, 14(1), 47-58

Mazursky, K. and Jacoby, J. (1986), “Exploring the development of store images”, Journal of Retailing, Vol. 62 No. 2, pp. 145-65.Meyer, A. and Dornach, F. (1998), Annual Customer

Md. Razin Jaaffar et.al. (2001). Kepenggunaan ICT Dalam Sektor Perniagaan Di Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Mill W.C (2010), Training to Survive the Workplace of today. Journal of Industrial and Commercial Training, 42(5), 270-273

Mohamad Ali Hasan (2008). Melahirkan Pemimpin Pelapis : Suatu Keperluan dan Cabaran. Pelancar Online. Dicapai pada 27 September 2011 dari laman sesawang: http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=mac000-2008.

Mohamad Sofee Razak (2007). Kemunculan Syarikat Gergasi Peruncitan. Dipetik pada 24 Mei 2011 dari laman sesawang: http://mohamadsofee.blogspot.com/2007/05/kemunculan-syarikat-gergasi-peruncitan.html

Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003). Pengurusan Organisasi, Edisi Kedua. Malaysia: McGraw Hill Education.

Mohd Irwan Ahmad Senusi (2010), Cabaran dan Pengalaman Perucitan dan Pemborongan, Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Rantaian Nilai Perniagaan, Kota Bharu Kelantan, 5-6 Mei 2010.

Mohd Khaled Nordin, (2005) Keusahawanan Satu Kerjaya Pilihan. Petikan Teks Ucapan 2005.

Page 66: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

55

Bibliografi

Ngadi Robin (2010). Gerakan Koperasi Negeri Sarawak. Malaysia: Maktab Kerjasama Malaysia.

Nor Azah Aziz (2011). Transformasi Koperasi Ke Arah Perniagaan Lebih Efisien. Info Semasa Angkasa. Dicapai pada 13 October 2011 dari laman sesawang: http://www.angkasa.coop

Nurizah Noordin, Ramlan Kamsin, Noraesyah Saari, Hasrin Abu Hassan & Yusnita Othman (2006), Kajian Persepsi Keberkesanan Program Latihan Maktab Kerjasama Malaysia, thesis tidak diterbitkan, Maktab Kerjasama Malaysia

Pehrsson, A. (2011), Firms’ Customer Responsiveness: Relationship With Competition, Market Growth, And Performance. Journal of Strategy and Management, 4(4), 347-364

Peter Trkman et.al. (2007). Process Approach To Supply Chain Integration. Supply Chain Management: An International Journal, pp. 116-128.

Rahimah Abd Samad (2011) Dimensi Koop terbitan Maktab Koperasi Malaysia Bil 1 2011. ms 24-31

Raja Maimon R. Y. et.al. (2010). Penerimaan Produk Bumiputera Di Hypermarket. Malaysia: Maktab Kerjasama Malaysia.

Rivers, P.A & Glover, S.H (2008), Health care Competition, Strategic Mission, And Patient Satisfaction: Research Model and Propositions. Journal of Health Organization and Management, 22(6), 627-641

Robert D. H., Michael P. P., & Dean A. S. (2005). Entrepreneurship 6th Edition. McGraw Hill.

Rosmimah Mohd Roslin (2010), Rantaian Nilai yang Mantap Meningkatkan Ekonomi Koperasi, Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Rantaian Nilai Perniagaan, Kota Bharu Kelantan, 5-6 Mei 2010.

Santouridis, I & Trivellas, P (2010), Investigating The Impact Of Service Quality And Customer Satisfaction On Customer Loyalty In Mobile Telephone In Greece, TQM Journal, 22(3), 330-343

Shaari & Yaakob (1995). Enhancement of cooperatives’ performance, Forum Corporation (1995). Training-the key to business success: how to make the effort worthwhile. Journal of Managing Service Quality, 5(2), 44-47

Page 67: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

56

Monograf Penyelidikan

Shane S. & Venkataraman S. (2000). The Promise of Entrepreneurship As A Field of Research. Academy of Management review, 25, pp. 217 – 226.

Sharma, N. & Patterson, P.G (1999), The Impact of Communication Effectiveness and Service Quality On Relationship Commitment in Consumer, Professional Services. Journal of Services Marketing, 13(2), pp. 151-170

Siti Rahayu Hussin et.al. (2004). Asas Pemasaran. Malaysia: McGraw Hill Education.

Sodri Ariffin & Ahmad Shafiee (2002), Keusahawanan: Rahsia Puncak Kejayaan: Pearson Malaysia Sdn Bhd

Soh K. L. et.al (2003). Asas Pengurusan Operasi, Edisi Kedua. Malaysia: Prentice Hall.

Thomas W. Z. & Norman M. S. (2005). Essentials of Entrepreneurship And Small Business Management, 4th Edition. Prentice Hall.

Turban E., McLean E. and Wetherbe J. (2004). Information Technology for Management, 4th Edition. New York: Wiley.

Ungku A. Aziz (1982). Prinsip-Prinsip Koperasi: 2nd Edition. Malaysia: ANGKASA.

Wan Azmi Ramli (2010). Pengurusan Terkini. Petaling Jaya : Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Wikipedia, the free encyclopedia (2011). Critical Success Factor. Dicapai pada 30 Mei 2011 dari laman sesawang: http://en.wikipedia.org/wiki/Critical_success_factor.html

Yoo Kyoung Seock & Chen Lin, (2011), Cultural Influence of Loyalty Tendency And Evaluation of Retails Store Attributes, International Journal of Retail & Distribution Management

Yusman Yacob (2006), Management Styles Among The Cooperative Managers in Malaysia. Journal of Cooperative Management 2nd Edition: Cooperative College of Malaysia

Zaharah Bakar (2003). Asas Pemasaran. Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zainuddin Zakaria dan Ziadatul Hidayah Zakaria (2006). Komunikasi Efektif. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Zairi, M. (2000). Managing Customer Dissatisfaction Through Effective Complaint Management Systems, The TQM Magazine, 12(5), pp. 331-335.

Page 68: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

57

Bibliografi

Zarizan Hanapi (2008). Keusahawanan Koperasi: Tuntutan Masa Kini dan Masa Depan. Pelancar Online. Dicapai pada 27 September 2011 dari laman sesawang: http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=mac014-2008

Zulkarnaen Abd. Rani (2005). Sokonglah Kedai Runcit Koperasi. Majalah PELANCAR. Dicapai pada 13 October 2011 dari laman sesawang: http://www.angkasa.coop/pelancar/arkib/julai05/july14.htm.

http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=611593 (dicapai pada 13.2.2012)

http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=mac004-2010 (23.2.2012)

http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=mac013-2010 (dicapai pada 23.2.2012)

http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=sep007-2010 (dicapai pada 23.2.2012)

Page 69: KAJIAN PERDAGANGAN NEGERI SARAWAK - mkm.edu.my · artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

58

Monograf Penyelidikan

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong