Author
jeyaganesh-sellvaraju
View
159
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
fgasfg
1.0Pengenalan
Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan sebuah kedai berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan asas pada harga yang rendah. Penubuhan kedai ini diusahakan bersama Mydin Mohamed Holdings Bhd. Operasi kedai ini dimulakan dengan usaha pengubahsuaian kedai, pembekalan barangan, penyusunan barangan di dalam kedai dan memberi latihan kepada kakitangan dalam pengurusan sistem Point of Sales . Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia ini merupakan program tanggungjawab sosial Mydin untuk masyarakat setempat. Inisiatif penubuhan kedai ini lahir daripada YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Mohd Najib Tun Razak atas keperihatinan beliau dalam meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Penubuhan kedai ini juga bertepatan dengan slogan Rakyat Didahulukan yang telah diilhamkan oleh beliau. Keutamaan penjenamaan Kedai Rakyat 1Malaysia diberikan kepada barangan tertentu yang dikeluarkan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kedai Rakyat 1Malaysia ini ditubuhkan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang rendah dan berpatutan. Hal ini secara tidak langsung, dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan dan mempertingkatkan hasil jualan produk keluaran mereka. Di samping itu, kedai ini juga diharapkan dapat membantu para pengusaha untuk bersaing dalam pasaran runcit yang lebih moden di bawah pengawasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Kami berharap penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia ini yang diusahakan bersama Mydin ini dapat membantu dan memberi faedah kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia.
2.0Latar belakang kajianKajian mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan perkhidmatannya di Pulau Pinang. Kajian ini dilakukan terhadap tiga buah kedai di Pulau Pinang. Kedai yang pertama bertempat di Taman Kota Permai Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pengurus yang mengendalikan kedai ini ialah Nor Hanisah Binti Shukri. Beliau telah mula menguruskan kedai ini pada Nov 2012 dan mempunyai pengalaman berniaga selama 2 tahun. Kedai yang kedua pula bertempat di Taman Sri Pinang Butterworth, Pulau Pinang. Pengurusnya bernama Zulfadly bin Azizan. Beliau telah mula menguruskan kedai ini pada Dis 2011 dan mempunyai pengalaman berniaga selama 2 tahun. Seterusnya kedai yang ketiga pula bertempat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan pengurusnya ialah Mohd Izwan bin Mat Tarmizi yang mula menguruskan kedainya pada Julai 2012 dan beliau mempunyai pengalaman berniaga selama 5 tahun.
3.0Penyataan Masalah
1. Sejauh manakah keberkesanan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia terhadap rakyat?2. Mengetahui sejauh manakah perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia memudahkan rakyat?3. Sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia.
4.0Objektif kajian1. Memastikan rakyat mencapai kepuasan dengan perkhidmatan yang diberikan.2. Memudahkan rakyat mendapatkan keperluan asas pada harga yang murah dan berpatutan.3. Memastikan rakyat dapat menerima kualiti barangan yang dikeluarkan oleh Kedai Rakyat 1Malaysia.
5.0Skop kajian
Kajian ini dijalankan bagi membantu pihak agensi dan pihak Kementarian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai keberkesanan perkhidmatan yang dijalankan oleh pihak berkenaan. Kajian ini juga dapat memudahkan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada produk yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, kami sertakan maklumat demografi berkaitan 100 orang respoden yang telah kami dapati.
5.1Maklumat Demografi Responden
Jadual 1: Umur respondenGolongan UmurKekerapanPeratus(%)
19 ke bawah1111
20-396767
40-591717
60 ke atas55
Jumlah100100
Carta 1 : Umur Responden
Golongan umur responden terdiri daripada empat golongan iaitu 19 tahun ke bawah, 20 hingga 39 tahun, 40 hingga 59 tahun dan 60 tahun ke atas. Dalam carta bar jelas menunjukkan bahawa responden yang berumur 20 hingga 39 tahun memonopoli kajian soal selidik yang dijalankan di sekitar negeri Pulau Pinang. Jumlah golongan umur ini adalah sebanyak 67 orang daripada 100 responden. Hal ini demikian kerana golongan umur ini terdiri daripada golongan remaja dan belia yang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Perkara ini menyebabkan mereka mudah memberi kerjasama apabila diminta mengisi borang soal selidik yang kami beri. Seterusnya, golongan umur yang paling sedikit sebagai responden ialah yang berusia 60 tahun ke atas iaitu terdiri daripada golongan tua ataupun warga emas. Kebanyakkan daripada mereka telah uzur dan lemah menyebabkan mereka sukar memberi kerjasama untuk mengisi soal selidik. Hal ini dapat dilihat apabila hanya terdapat 5 orang sahaja yang mengisi soal selidik tersebut. Manakala bagi golongan umur 19 tahun ke bawah dan 40 hingga 59 tahun masing-masing mempunyai jumlah responden yang hampir sama iaitu 11 responden dan 17 responden. Perbezaan mereka adalah hanya sebanyak 6 responden sahaja.
Jadual 2 : Kaum setiap responden
KaumKekerapanPeratus (%)
Melayu5454
Cina2828
India1313
Lain-lain5 5
Jumlah100100
Carta 2 : Kaum setiap respondenResponden kajian yang dibuat terdiri daripada pelbagai kaum di Pulau Pinang iaitu Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Majoriti kaum yang menjawab paling banyak soal selidik ialah kaum Melayu iaitu sebanyak 54% daripada 100 responden. Hal ini disebabkan kaum melayu merupakan majoriti kaum tertinggi di Pulau Pinang. Manakala yang kedua tertinggi ialah kaum Cina. Seperti yang kita sedia maklum, kawasan Pulau Pinang kebanyakkannya terdiri daripada kaum Cina terutama di dalam pulau. Jumlah peratusan kaum Cina yang memberi kerjasama dalam mengisi soal selidik ialah sebanyak 28%. Seterusnya, didapati hanya 13% kaum india dan 5% kaum lain-lain yang membantu dalam membuat kajian keberkesanan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kaum lain-lain paling sedikit mengisi soal selidik yang telah diberi. Faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah kerana mereka merupakan jenis kaum yang jarang atau sedikit tinggal di Pulau Pinang.Jadual 3 : Jantina responden
JantinaKekerapanPeratus(%)
Lelaki5050
Perempuan5050
Jumlah100100
Carta 3 : Jantina responden
Jumlah responden antara kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan adalah sama. Masing-masing yang mengisi soal selidik adalah sebanyak 50% . Oleh itu, tidak terdapat perbezaan antara jantina responden dalam kajian keberkesanan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang. Hal ini bermaksud kedua-dua jantina memberikan kerjasama yang amat baik dalam membuat kajian ini.Jadual 4 : Status responden
StatusKekerapanPeratus(%)
Bujang5353
Berkahwin4747
Jumlah100100
Carta 4 : Status RespondenStatus para responden yang memberi kerjasama adalah terdiri daripada dua iaitu bujang dan berkahwin. Responden yang berstatus bujang lebih tinggi daripada status berkahwin iaitu sebanyak 53% daripada 100 responden. Hal ini disebabkan responden bujang yang tidak mempunyai banyak komitmen berbanding responden yang telah berkahwin. Oleh itu mereka dapat memberi kerjasama yang baik terhadap kajian ini.Jadual 5: Pekerjaan responden
PekerjaanKekerapanPeratus(%)
Kerajaan2424
Swasta/Persendirian4343
Pelajar3333
Jumlah100100
Carta 5 : Pekerjaan respondenDalam bidang pekerjaan, responden yang paling banyak mengisi soal selidik ialah terdiri daripada kakitangan swasta dan persendirian iaitu sebanyak 43% daripada 100 responden. Hal ini demikian kerana kebanyakkan soal selidik dijalankan di kawasan yang mempunyai ramai orang awam seperti di Bukit Jambul. Seterusnya, yang kedua tertinggi ialah pelajar iaitu sebanyak 33% . Hal ini adalah disebabkan kebanyakan responden diambil di sekitar Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Kakitangan kerajaan merupakan responden yang paling sedikit yang disoal selidik iaitu hanya sebanyak 24% sahaja. Hal ini demikian kerana masa yang kami ambil bagi menjalankan kajian ini adalah semasa waktu bekerja. Oleh itu, kakitangan kerajaan lain yang sedang bekerja tidak dapat memberi kerjasama dalam menjalankan kajian ini. Jadual 6: Pendapatan responden
PendapatanKekerapanPeratus(%)
< RM15004040
RM1500-RM30002525
>30002121
Jumlah8686
Carta 6 : Pendapatan respondenGolongan yang berpendapatan RM 1500 ke bawah merupakan golongan terbanyak yang menjadi responden dalam kajian ini. Jumlah mereka adalah 40% daripada 100 responden. Hal ini demikian kerana hanya golongan seperti ini yang berminat dengan kajian Kedai Rakyat 1 Malaysia ini. Pendapatan mereka yang rendah menyebabkan mereka merasakan KRIM amat perlu ditingkatkan. Oleh itu, mereka telah memberi kerjasama yang penuh iaitu mengisi soal selidik yang telah diberi. Seterusnya, golongan yang berpendapatan RM 1500 hingga RM 3000 mencatat kedua tertinggi iaitu sebanyak 25%. Akhir sekali, golongan yang paling sedikit sebagai responden ialah golongan yang berpendapatan RM 3000 ke atas. Mereka ini merupakan golongan yang mampu membeli pelbagai barangan yang mahal kerana mempunyai pendapatan yang tinggi. Jumlah mereka yang telibat sebagai responden adalah sebanyak 21% sahaja. Namun begitu, terdapat juga responden yang tidak mengisi bahagian pendapatan ini iaitu sebanyak 14%. Hal ini demikian kerana mereka adalah pelajar yang tidak mempunyai sebarang pendapatan bulanan. 6.0Tinjauan Literatur
Tidak dapat dinafikan pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia ini banyak membantu meringankan beban rakyat dalam berbelanja. Hal ini telah menunjukkan satu usaha kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat. Kami juga mendapati penerimaan rakyat terhadap kedai ini sangat memberansangkan.
7.0Metodologi Kajian
Kajian ini dilakukan terhadap tiga orang pengurus di tiga buah lokasi berlainan. Responden yang telah dipilih oleh kami adalah seramai 100 orang yang rata-rata lingkungan umur 19 tahun ke bawah sehingga 60 tahun ke atas. Kajian ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A mengenai maklumat demografi, bahagian B mengenai penilaian keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia dan bahagian C mengenai maklum balas responden.
7.1Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah berbentuk satu kajian penyelidikan akademik. Bentuk kajian ini merupakan kajian pengumpulan maklumat berdasarkan hasil menemuramah dan pengedaran borang soal selidik di kawasan kajian. Bentuk kajian ini dipilih bagi memudahkan untuk mengumpul maklumat serta dapat menumpukan perhatian yang lebih terhadap kajian yang dilakukan. Kajian ini dilakukan bagi melihat sejauhmana keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia yang telah diperkenalkan ini terhadap rakyat. Kajian ini dijalankan selama 8 minggu termasuk tempoh menunggu penerimaan untuk menemui pengurus Kedai Rakyat 1Malaysia berkenaan dan proses penyiapan krtas kerja serta borang soal selidik. Keputusan data kajian ini pada akhirnya disemak, dibandingkan dan dikumpulkan. Secara keseluruhannya ini, kajian ini memberikan kesan yang positif terhadap rakyat..
7.2Sampel Kajian
Sampel kajian ini dilakukan terhadap tiga orang pengurus di tiga buah lokasi berlainan di sekitar kawasan Pulau Pinang. Kami telah menemuramah dan melakukan pemerhatian rawak terhadap ketiga-tiga buah kedai berkenaan. Responden yang telah dipilih oleh kami adalah seramai 100 orang yang rata-rata lingkungan umur 19 tahun ke bawah sehingga 60 tahun ke atas. Responden ini juga telah dipilih daripada latar belakang dan pendapatan yang berbeza bagi membolehkan untuk pengkaji melakukan perbandingan.
7.3Instrument KajianSatu instrument kajian telah digunakan dalam kajian ini iaitu merupakan borang soal selidik. Set borang soal selidik ini telah diagihkan kepada 2 pihak iaitu pihak pengurus dan pelanggan Kedai Rakyat 1Malaysia. Kandungan dalam soal selidik ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A mengenai maklumat demografi, bahagian B mengenai penilaian keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia dan bahagian C mengenai maklum balas responden. Borang soal selidik bagi pelanggan mengandungi 10 soalan tidak termasuk maklumat demografi manakala bagi pengurus pula mengandungi 7 soalan tidak termasuk maklumat demografi. Borang soal selidik ini diedarkan pada minggu ke-3 kajian ini dimulakan. Soal selidik ini digunakan untuk menilai pendapat dan pandangan pelanggan dan juga pengurus terhadap keberkesanan kedai ini.
7.4Prosedur Pengumpulan DataPengumpulan data ini dijalankan melalui kaedah menemuramah dan melakukan soal selidik. Kedua-dua kaedah ini digunakan sepenuhnya bagi melihat keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia ini terhadap penduduk setempat. Pengumpulan data ini bermulla dari pengagihan tugas terhadap pengedaran soal selidik dan seterusnya mengumpulkan maklumat setelah semua maklumat selesai dikumpulkan.
7.5Prosedur Analisis DataData yang dikumpulkan dari instrument kajian akan dianalisa dengan mencari frekuensi dan peratus. Data ini seterusnya dilengkapkan dengan jadual dan graf bagi memudahkan data dianalisis secara teratur. Maklumat atau data yang diperolehi ini juga dapat dikumpulkan dari soalan yang telah dikemukakan dari borang soal selidik, hasil menemuramah dan pemerhatian yang telah dijalankan. Data yang telah dikumpukan dianalisis melalui Statistik Package for the Social Science (SPSS).
8.0Dapatan Kajian
Dapatan kajian ialah hasil kajian kami mengenai keberkesanan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini terhadap penduduk Pulau Pinang. Dalam hasil kajian kami, kami telah menyatakan tentang maklum balas masyarakat tehadap penubuhan ini. Kami juga telah mengambil sedikit sebanyak maklumat daripada masyarakat tentang cara kaedah mereka menetahui tentang penubuhan KRIM, bila mereka mula menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang, tentang perkhidmatan KRIM, tentang harga dan kualiti barangan KRIM menurut masyarakat.
8.1Kaedah responden tahu mengenai Kedai Rakyat 1 Malaysia
Jadual 7 : Kaedah responden tahu tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia
KAEDAH DIKETAHUI
BILANGAN(ORANG)PERATUS (%)
Iklan5353.0
Rakan1717.0
Surat khabar77.0
Lain-lain2323.0
Jumlah100100
Carta 7 : Kaedah responden tahu tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia Daripada 100 orang jumlah responden yang telah kami selidiki, seramai 53 orang responden mengetahui tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia ini melalui iklan. Menurut responden, mereka lebih mengetahui tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia melalui media elektronik iaitu iklan di televisyen, di corong-corong radio dan sebagainya. Iklan yang ditayangkan di televisyen sememangnya menarik minat penonton untuk membeli barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia Contoh iklan yang telah disiarkan di televisyen boleh dilihat di laman web tersebut (http://www.youtube.com/watch?v=JT5dlLR0MdU). Seterusnya, terdapat 17 responden yang megetahui berkenaan KRIM ini melalui rakan. Mereka mengetahui daripada perbualan, perbincangan dan penyebaran maklumat melalui rakan.
Selain itu, pengiklanan tentang KRIM ini juga dilakukan melalui media cetak contohnya seperti di dalam surat khabar, majalah dan sebagainya. Menurut kajian yang telah dilakukan, hanya 7 orang responden sahaja yang mengetahui tentang KRIM ini melalui surat khabar. Sebagai contoh, surat khabar Utusan Malaysia bertarikh 2 Oktober 2013 telah mendedahkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan KRIM ini dan boleh dilihat melalui laman web ini (http://www.utusan.com.my). Seterusnya, seramai 23 orang responden mengetahui tentang KRIM ini melalui kaedah lain. Sebagai contoh, terdapat responden yang mengetahui berkenaan KRIM melalui kaedah pembelajaran di dalam dewan kuliah dan sebagainya terutamanya kepada pelajar. Selain itu, terdapat juga responden yang mengetahui maklumat tentang KRIM di laman sosial seperti Facebook, Blog dan sebagainya.
8.2Pernahkah responden menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang
Jadual 8 : Pernahkah anda menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 MalaysiaJAWAPANBILANGAN RESPONDEN(ORANG)PERATUS(%)
Ya6060
Tidak4040
Jumlah100100
Carta 8 : Pernahkah anda menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 MalaysiaDaripada 100 orang responden yang telah digunakan dalam projek ini, Seramai 60 orang responden yang telah menjadi pelanggan KRIM dan terdapat 40 orang responden yang masih tidak pernah menjadi pelanggan di KRIM di Pulau Pinang. Bilangan 60 orang responden yang pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang menunjukkan penubuhan KRIM di Pulau Pinang juga mendapat sambutan daripada penduduk. Walau bagaimanapun, sambutan tersebut tidaklah begitu memberangsangkan kerana masih terdapat 40 orang daripada responden masih tidak membeli barangan di KRIM di Pulau Pinang.
8.3Pengetahuan responden tentang lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau PinangJadual 9 : Adakah anda mengetahui lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau PinangJAWAPANBILANGAN RESPONDEN (ORANG)PERATUS (%)
Ya4242
Tidak5858
Jumlah100100
Carta 9 : Adakah anda mengetahui lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang
Berdasarkan 100 orang responden yang telah didapati, terdapat masih ramai penduduk di negeri Pulau Pinang ini tidak mengetahui tentang lokasi KRIM di Pulau Pinang iaitu seramai 58 orang. Hanya 42 orang daripada jumlah responden yang mengetahui tentang lokasi KRIM di Pulau Pinang. Ramai penduduk yang masih tidak tahu tentang lokasi ini menyebabkan mereka tidak berkunjung ke KRIM untuk membeli barangan di situ.
8.4Tahun yang mula menjadi sambutan pelanggan di Kedai Rakyat 1 Malaysia
Jadual 10 : Sekiranya pernah menjadi pelanggan, bilakah anda mula membeli barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang
TAHUNBILANGAN RESPONDEN (ORANG)PERATUS (%)
201044
20111414
20122121
20133030
Jumlah6969
Carta 10 : Sekiranya pernah menjadi pelanggan, bilakah anda mula membeli barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang
Penubuhan KRIM ini dilaksanakan pada tahun 2010 dan lokasi KRIM yang pertama di Malaysia ialah terletak di Stesen LRT Kelana Jaya yang dibina dengan kos sebanyak RM 280 ribu dengan keluasan 1500 kaki persegi. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, bilangan penduduk di negeri Pulau Pinang yang menjadi pelanggan di KRIM di Pulau Pinang ialah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Daripada 100 orang responden, hanya 4 orang yang pernah menjadi pelanggan di KRIM di Pulau Pinang pada tahun 2010, tetapi angka itu semakin meningkat iaitu seramai 14 orang daripada jumlah responden yang menjadi pelanggan KRIM pada tahun 2011. Seterusnya KRIM di Pulau Pinang mula mendapat sambutan pada tahun 2012 kerana 21 orang daripada jumlah responden pernah menjadi pelanggan pada tahun itu. Pada tahun 2013, ianya semakin mendapat sambutan, daripada 100 orang responden terdapat 30 orang yang menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang pada tahun ini. Perkara ini telah menunjukkan kesan yang positif daripada penduduk negeri ini terhadap penubuhan KRIM kerana secara jelasnya pelanggan di KRIM semakin meningkat dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, terdapat 31 orang responden yang tidak menjawab soalan ini kerana mereka masih tidak pernah membeli barangan KRIM di Pulau Pinang.8.5Perkhidamatan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang
Jadual 11 : Perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia memudahkan rakyatButiran
Jumlah responden (orang)Peratus (%)
SANGAT SETUJU2727
SANGAT TIDAK SETUJU33
SETUJU6060
TIDAK SETUJU1010
JUMLAH100100
27%60%3%10% %%%%Carta 11 : Perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia memudahkan rakyat
Berdasarkan analisis soalan 5, iaitu perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia memudahkan rakyat, didapati bahawa 60 orang ( 60%) menyetujui keberkesanan perkhidmatan kedai ini dapat memudahkan rakyat. Sebanyak 27 orang ( 27%) pula sangat setuju dengan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia dapat memudahkan rakyat kerana mereka mungkin berangapan barangan yang disediakan dalam keadaan murah dan sesuai dengan pendapatan mereka. Namun begitu, terdapat juga rakyat yang tidak setuju dengan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia yang dikatakan memudahkan rakyat ini sebanyak 10 orang ( 10%) manakala yang sangat tidak setuju pula adalah sebanyak 3 orang (3%). Hal ini demikian kerana, mereka tidak pernah ke kedai untuk membeli keperluan barangan.8.6 Perbezaan harga barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai lain
Jadual 12 : Harga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia lebih rendah daripada kedai barangan lain BUTIRANFREKUENSIPERATUS
SETUJU8282
TIDAK SETUJU1616
JUMLAH9898
MISSING22
JUMLAH100100
2%82%16% Carta 12 : Harga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia lebih rendah daripada kedai barangan lain
Dalam analisis soalan 6, harga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia dikatakan lebih rendah daripada barangan kedai lain dengan sebanyak 82 orang iaitu 82% bersetuju untuk mengatakan harganya lebih rendah. Hal ini demikian kerana, Kedai Rakyat 1Malaysia mengeluarkan sesetengah barangan keluaran sendiri dibawah penjenamaan 1Malaysia. Sebanyak 16 orang responden iaitu 16% pula tidak setuju mengatakan harga barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia lebih rendah daripada barangan di kedai lain. Situasi ini berlaku disebabkan mereka terbiasa membeli barangan keperluan di pasaraya yang lain sehingga tidak dapat membandingkan harga barangan tersebut. Namun begitu, sebanyak 2 iaitu 2% orang responden tidak memberi maklum balas mengenai harga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia yang dikatakan lebih rendah daripada barangan di kedai lain. 8.7 Perbezaan kualiti barangan Kedai Rakyat 1 MalaysiaJadual 13 : Kualiti barangan Kedai Rakyat 1Malaysia lebih baik daripada kedai barangan lainBUTIRANFREKUENSIPERATUS
SETUJU4848
TIDAK SETUJU5050
JUMLAH9898
MISSING22
JUMLAH100100
2%50%48%Carta 13 : Kualiti barangan Kedai Rakyat 1Malaysia lebih baik daripada kedai barangan lain Daripada kajian yang dijalankan terhadap kualiti barangan Kedai Rakyat 1Malaysia menunjukkan 48 responden setuju bahawa kualiti barangan Kedai Rakyat 1Malaysia lebih baik daripada kedai barangab lain iaitu sebanyak 48%. Hal ini demikian kerana, mereka lebih mempercayai keluaran syarikat yang terkenal dari segi penjenamaannya. Terdapat juga responden yang tidak setuju dengan kualiti barangan Kedai Rakyat 1Malaysia ini dan mula membandingkannya dengan keluaran kedai barangan yang lain. Sebanyak 50 responden iaitu 50% tidak setuju dengan kualiti barangan yang dipasarkan di kedai ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga responden yang tidak memberi sebarang komen mengenai kualliti barangan Kedai Rakyat 1Malaysia ini iaitu sebanyak 2 responden dengan 2%. Hal ini kerana, mereka tidak pernah membeli atau menggunakan barangan di kedai ini.8.8 Persetujuan responden tentang penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia Jadual 14 : Adakah anda bersetuju dengan penubuhan Kedai Rakyat 1MalaysiaBUTIRAN FREKUENSIPERATUS
SETUJU8585
TIDAK SETUJU1414
JUMLAH9999
MISSING11
JUMLAH100100
85%14%1%Carta 14 : Adakah anda bersetuju dengan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia
Dari segi persoalan adakah masyarakat bersetuju dengan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia menunjukkan keputusan yang positif iaitu sebanyak 85 responden iaitu 85% setuju dengan penubuhan kedai ini. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari peningkatan kos sara diri yang tinggi pada alaf 21 ini memerlukan mereka berjimat terutamanya dari segi pendapatan. Oleh hal yang demikian, mereka bersetuju dengan penubuhan kedai ini. Namun begitu, terdapat juga responden yang tidak setuju dengan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia dengan bilangan sebanyak 14 responden iaitu 14%. Hal ini terjadi mungkin disebabkan mereka mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menampung kehidupan dan berkerja dalam golongan professional. Respon yang tidak memberi sebarang respon terhadap persoalan ini adalah sebanyak 1 responden dengan 1%.
8.9 Kaum yang pernah menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang
Jadual 15 : Kaum yang pernah menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang
KAUMPERNAHKAH ANDA MENJADI PELANGGAN KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA
YA TIDAK
JUMLAH
Melayu351954
Cina19928
India4913
Lain-lain235
Jumlah6040100
Berdasarkan jadual di atas, kita dapat mengetahui bilangan setiap kaum berdasarkan jumlah responden yang pernah menjadi pelanggan di Kedai Rakyat 1 Malaysia. Daripada 54 orang bilangan responden dari kaum melayu, hanya 35 orang responden yang pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang bersamaan dengan 65 % dan 19 orang responden dari kaum melayu bersamaan dengan 35 % yang tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang. Seterusnya, daripada jumlah responden kaum Cina iaitu sebanyak 28 orang, 19 orang iaitu bersamaan 68% pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang manakala seramai 9 orang iaitu bersamaan 32 % dari kaum Cina yang tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang. Selain daripada kaum Melayu dan Cina, terdapat juga 13 orang kaum india daripada jumlah responden daripada kajian ini. Daripada 13 orang kaum India, 4 orang atau 31 % sahaja yang pernah menjadi pelanggan di KRIM dan selebihnya iaitu 9 orang atau 69 % tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang. Seterusnya, terdapat 5 orang kaum lain daripada jumlah responden yang telah kami dapati. Hanya 2 orang iaitu 40% daripada jumlah kaum lain ini yang telah menjadi pelanggan KRIM dan selebihnya 3 orang atau 60% daripada jumlah responden kaum lain ini tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang.
8.10Pendapatan masyarakat yang menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang Jadual 16 : Pendapatan masyarakat yang menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau PinangPENDAPATANPERNAHKAH ANDA MENJADI PELANGGAN KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA
JUMLAH
YATIDAK
< RM 150026 (65%)14(35%)40
RM1500-RM300012(48%)13(52%)25
>300013(62%)8(38%)21
Jumlah513586
Tujuan utama penubuhan KRIM ini adalah untuk membantu golongan isi rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana. Berdasarkan kajian yang diperoleh, penduduk yang berpendapatan rendah iaitu sebanyak RM 1500 ke bawah adalah seramai 40 orang daripada jumlah responden. Terdapat 26 orang atau 65% daripadanya yang pernah menjadi pelanggan KRIM manakala14 orang bersamaan 35% itu masih tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang. Seterusnya, responden yang berpendapatan antara RM 1500 RM 3000 ialah seramai 25 orang. Daripada jumlah tersebut, terdapat 12 orang responden atau 48% yang pernah menjadi pelanggan KRIM dan sebanyak 13 orang responden atau 58% yang tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang ini. Responden yang termasuk dalam golongan yang berpendapatan iaitu RM 3000 ke atas biasanya dari golongan pekerja professional iaitu pensyarah, doktor, peguam, dan sebagainya. Terdapat 21 orang daripada jumlah responden yang termasuk dalam golongan yang berpendapatan tinggi. Daripada 21 orang, terdapat 13 orang iaitu 62% daripada golongan ini yang pernah menjadi pelanggan di KRIM dan hanya 8 orang daripadanya besamaan 38% yang tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang ini.Berdasarkan hasil kajian yang telah kami perolehi, ianya jelas menunjukkan walaupun masyarakat memiliki pendapatan yang agak tinggi, ianya masih juga membeli dan menggunakan barangan KRIM kerana menurut responden barangan ini memiliki harga yang berpatutan. Walaupun masyarakat berpendapatan tinggi, mereka masih mencari barangan yang murah kerana kini taraf hidup yang sangat tinggi kerana mereka perlu menanggung kos-kos lain yang tinggi seperti bil elektrik, kereta, sewa rumah, kos pendidikan anak-anak dan sebagainya. Oleh itu, jelaslah bahawa penubuhan KRIM di Pulau Pinang ini sememangnya membantu masyarakat yang berpendapatan rendah malah ianya juga membantu golongan masyarakat yang berpendapatan tinggi bagi mendapatkan barangan keperluan harian yang harganya berpatutan. Seterusnya daripada jumlah responden terdapat 14 orang yang tidak menjawab soalan mengenai pendapatan. 14 orang responden tersebut ialah golongan yang masih tidak pendapatan contohnya pelajar, golongan yang masih tidak bekerja dan suri rumah.
8.11Pendapat setiap kaum megenai kualiti Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang
Jadual 17 : Pendapat setiap kaum megenai kualiti Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang
KAUMKUALITI BARANGAN KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA LEBIH BAIK DARIPADA KEDAI LAINJUMLAH
YATIDAK
Melayu312253
Cina131528
India4913
Lain-lain145
Jumlah495099
Mengenai kualiti barangan di KRIM, ramai yang masih mempertikaikan tentang kualiti barangan yang dikeluarkan. Oleh itu, kajian ini telah menunjukkan respon daripada setiap kaum mengenai kualiti barangan KRIM. Daripada 53 orang responden dari kaum melayu, 31 orang adalah bersetuju bahawa kualiti barangan KRIM lebih berkualiti dari kedai lain dan hanya 22 orang yang tidak bersetuju bahawa barangan di KRIM lebih berkualiti dari barangan kedai lain. Oleh itu, masyarakat melayu iaitu hampir 60% secara tidak langsung telah bersetuju dengan kualiti barangan KRIM ini. Walaupun kaum melayu bersetuju tentang kualiti barangan KRIM tetapi menurut responden kaum Cina, India dan lain-lain masih ada yang tidak bersetuju tentang kualiti barangan di KRIM. Buktinya ialah, daripada 28 orang responden kaum Cina, terdapat 15 orang masih tidak bersetuju bahawa kualiti barangan KRIM lebih berkualiti dari barangan kedai lain dan hanya 13 orang yang bersetuju. Seterusnya, responden kaum India pula ialah seramai 13 orang dan majoritinya tidak bersetuju dengan kualiti barangan KRIM lebih elok dari kedai lain iaitu seramai 9 orang dan hanya 4 orang daripada jumlah responden kaum India yang bersetuju tentang ini. Selain itu, kaum-kaum lain juga didapati majoritinya tidak bersetuju bahawa kualiti barangan KRIM lebih baik dari barangan kedai lain. Daripada 5 orang kaum lain, hanya 1 orang sahaja yang bersetuju dan selebihnya tidak bersetuju tentang kualiti ini. Seterusnya, terdapat seorang responden yang tidak dapat memberi jawapan kerana beliau tidak pernah membeli dan menggunakan barangan KRIM. Oleh itu beliau tidak dapat membezakan sama ada barangan KRIM lebih berkualiti daripada barangan kedai lain.8.12 Hubungkait antara Pekerjaan dengan harga barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia lebih rendah daripada barangan kedai lain
Jadual 18 : Hubungkait antara Pekerjaan dengan harga barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia lebih rendah daripada barangan kedai lain
PEKERJAAN Harga barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia lebih rendah daripada barangan kedai lain
SETUJUTIDAK SETUJU JUMLAH
KERAJAAN23 (95%)1 ( 4%)24
SWASTA/PERSENDIRIAN34 (83%)7 ( 17%)41
PELAJAR25 (76%)8 ( 24%)33
MISSING 2
JUMLAH8216100
Carta 15 : Hubungkait antara Pekerjaan dengan harga barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia lebih rendah daripada barangan kedai lain
Berdasarkan jadual dan bar chart di atas merujuk kepada hubungkait antara pekerjaan dengan harga barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia yakni lebih rendah daripada kedai barangan lain. Daripada 24 orang responden yang berkerja dalam sektor kerajaan hanya 23 orang responden yang setuju harga barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia lebih murah daripada kedai barangan lain dengan peratusan sebanyak 95% manakala yang tidak setuju dengan harga yang ditawarkan oleh Kedai Rakyat 1Malaysia ialah 1 orang responden yang bersamaan 4%. Hal ini berlaku disebabkan, golongan ini merupakan golongan yang berpendapatan tetap dan kebiasaannya mereka akan merancang perbelanjaan bulanan mereka supaya mampu memenuhi keperluan sampingan mereka. Seterusnya, bagi golongan yang bekerja dalam sektor swasta atau persendirian pula kebanyakkan mereka bersetuju dengan harga yang ditetapkan di Kedai Rakyat 1Malaysia berbanding harga barangan di kedai lain. Hal ini dapat dilihat pada jadual dan bar chart, seramai 34 orang responden iaitu bersamaan 83% daripada 41 orang responden setuju dengan harga yang telah digunakan oleh kedai ini. Seramai 7 orang responden iaitu 17% pula tidak setuju dengan harga yang ditawarkan oleh Kedai Rakyat ini kerana mereka tidak mempercayai kualiti barangan yang dijual dengan harga yang rendah. Hal ini kerana mereka beranggapan barangan mahal lebih berkualiti tinggi berbanding barangan pada harga rendah. Daripada 33 orang pelajar yang menjadi responden hanya 25 orang responden atau 76% sahaja yang setuju dengan harga barangan yang ditawarkan di Kedai Rakyat 1Malaysia. Hal ini kerana mereka merasakan harga yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding harga barangan di kedai lain. Manakala bilangan pelajar yang tidak setuju pula ialah seramai 8 orang responden bersamaan 24%. Hal ini demikian kerana kebanyakkan pelajar tidak mempunyai pendapatan bulanan secara tetap dan ini mendorong mereka menghadkan perbelanjaan harian dengan memilih barangan pada harga yang rendah sebagai barangan pilihan mereka. Oleh hal yang demikian, mereka menyetujui harga yang dijual di kedai rakyat lebih murah daripada kedai barangan lain. Namun begitu, terdapat juga responden yang tidak memberi maklum balas iaitu sebanyak 2 orang responden.
8.13 Hubungkait antara Status responden dengan persetujuan penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia
Jadual 19 : Status responden dengan persetujuan penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia
STATUS Adakah anda bersetuju dengan penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia
JUMLAH
SETUJUTIDAK SETUJU
BUJANG44 (85%)8 (15%)52
BERKAHWIN
41 (87%)6 (13%)47
MISSING1
JUMLAH8514100
Carta 16 : Status responden dengan persetujuan penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia
Hubungkait antara status dengan persetujuan penubuhan kedai rakyat 1Malaysia boleh dilihat pada 52 orang responden yang masih bujang. Daripada jumlah ini sebanyak 44 orang responden atau 85% setuju dengan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia. Manakala golongan bujang yang tidak bersetuju dengan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia pula ialah sebanyak 8 orang responden iaitu bersamaan 15%. Seterusnya daripada 100 orang responden sebanyak 47 orang responden sudah berkahwin dan daripada jumlah ini 41 orang responden atau 87% setuju dengan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia kerana membantu mereka merangka perbelanjaan bulanan dengan kadar yang rendah. Hal ini demikian kerana, gaji yang diterima perlu diagihkan kepada pelbagai keperluan yang lain lagi. Manakala, terdapat juga responden yang sudah berkahwin tidak bersetuju dengan penubuhan kedai ini kerana mereka mementingkan kualiti barangan dan mereka mungkin beranggapan barangan yang dipasarkan tiada kualiti dan sebagainya,. Daripada jumlah itu, sebanyak 6 orang respon yang sudah berkahwin yang tidak bersetuju dengan penubuhan kedai ini iaitu bersamaan 13%.
9.0 Cadangan dan pendapat
9.1Cadangan dan pendapat dari respondenJadual 20 : Pada pendapat anda, apakah barangan tambahan yang perlu dikeluarkan oleh Kedai Rakyat 1 Malaysia
Pendapat responden
Bilangan(orang)
Peratus(%)
Aiskrim, cool blog, makanan manis11
Alat tulis55
Alat tulis dan alatan mandi11
Alat tulis dan barangan basah11
Alat tulis dan kasut11
Alat tulis dan peralatan dapur11
Alat tulis dan semua jenis barangan runcit11
Alatan elektronik11
Alatan mandi, alalt tulis,makanan sejuk beku11
Alatan sukan dan alatan kereta11
Baju. alat tulis. alatan mandi, plastik11
Banyakkan barang keperluan untuk bayi11
Banyakkan barangan basah11
Banyakkan keperluan rumah dan keperluan diri11
Barang basah11
Barang keperluan harian11
Barangan basah22
Barangan basah seperti ikan dan ayam11
Barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan, ayam dan lain-lain11
Barangan bayi, kosmetik dan cenderamata11
Barangan bersenam11
Barangan dapur11
Barangan elektrik22
Barangan elektrik, barangan kesihatan seperti ubat, barangan kecantikan dan pakaian11
Barangan keperluan bayi seperti susu dan pampers yang berkualiti11
Barangan keperluan yang berkualiti11
Barangan kereta11
Barangan kosmetik11
Barangan mandian dan kosmetik11
Barangan mentah seperti sayuran11
Barangan runcit, barangan basah seperti ikan, ayam, sayur yang dijual dengan harga yang berpatutan bagi golongan berpendapatan rendah dan memperkenalkan pelbagai jenama keluaran tempatan11
Barangan sukan dan alat tulis11
Barangan sukan dan barangan elektrik11
Barangan telefon bimbit11
Barangan terpakai11
Daging segar dan bahan mentah11
Fashion accessories11
Gajet Elektronik11
Gula dan minyak11
Hardware11
Kad prabayar11
Kekalkan barangan. Tingkatkan kualiti11
Keperluan pelajar wanita seperti barangan kosmetik11
Kiwi, Peti ais11
Lebih banyak jenis dan pilihan barangan gunaan harian seperti beras dan cecaair mencuci pakaian11
Makanan basah22
Makanan bijiran11
Makanan dan peralatan mandi11
Makanan segera seperti coolblog, waffer dan slurpee11
Memperbanyakkan lagi11
Menambahkan jualan bahan mentah makanan11
Menjual telefon bimbit dan komputer buatan malaysia, buku-buku rujukan11
Mobile phone11
Pakaian33
Pakaian dan makanan kesihatan11
Pakaian seperti T-shirt, Pant dan barangan elektronik11
Pelbagaikan barangan keperluan dapur11
Penduduk yang ramai11
Perabot 1 Malaysia11
Perabot, alat ganti kenderaan, aksesori kenderaan, rokok, makanan segar dan alatan sukan11
Perabot, pakaian, makanan kesihatan, dan barangan elektronik11
Peralatan alat tulis11
Peralatan elektronik bagi memudahkan pelajar yang tidak berupaya untuk membeli barangan tersebut dengan harga yang murah atau berpatutan11
Perlu kerana penduduk yang ramai11
Protein shake 1 Malaysia11
Rokok 1 Malaysia11
Sayuran11
Semua keperluan barang basah dan kering perlu ada11
Semua keperluan barang makanan basah atau kering pelu ada di KRIM11
Tambah barang11
Tambah barangan basah seperti ikan11
Tambah nilai kad prabayar11
Tiada1616
Tidak pasti sebab tak pernah pergi11
Tidak perlu11
Tidak perlu keluarkan apa-apa barang11
Total100100
Jadual ini menunjukkan pendapat responden terhadap jenis barangan tambahan yang perlu dikeluarkan oleh Kedai Rakyat 1Malaysia. Sebahagian besar responden iaitu 16% yang tidak memberikan pendapat tentang barangan ini kerana mereka merasakan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia telah mencukupi keperluan asas harian mereka. Selain itu, terdapat 2% daripada keseluruhan responden telah mencadangkan barangan basah seperti ikan, udang dan lain-lain dan barangan elektrik supaya dapat mempertingkatkan produktiviti barangan tersebut. Terdapat juga sebanyak 3% responden yang mencadangkan supaya pakaian dijadikan produk tambahan penjenamaan Kedai Rakyat 1Malaysia ini dan 5% yang lainnya mencadangkan alat tulis sebagai barangan tambahan yang perlu dihasilkan oleh Kedai Rakyat 1Malaysia ini.
9.2Cadangan responden untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Kedai Rakyat 1 Malaysia
Jadual 21 : Apakah cadangan anda untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Kedai Rakyat 1 Malaysia
Cadangan responden
Bilangan (orang)
Peratus(%)
Bangunkan di kawasan pedalaman11
Banyakkan cawangan11
Banyakkan kedai11
Bina KRIM di universiti, kolej, dan sekolah11
Buat di universiti11
Buat e-dagang11
Buat pembungkusan yang menarik11
Buat perdagangan internet11
Buka 24 jam11
Buka cawangan di Universiti22
Keluarkan barangan murah tetapi berkualiti11
KRIM perlu ditutup kerana barangan yang dikeluarkan adalah tidak bermutu11
Kurangkan harga11
Lebih besar dan perbanyakkan cawangan bukan sahaja di bandar malah di kawasan perkampungan11
Lebihkan nilai komersil11
Meluaskan iklan KRIM dan menbina kompleks pasar raya 1 Malaysia11
Memberi latihan kepada pekerja, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan mutu barangan yang dijual11
Membuat latihan kemahiran perdagangan11
Membuat lebih banyak iklan, mengadakan promosi, dan menjual barangan yang tidak luput dan bersistematik11
Membuka cawangan besar11
Membuka kedai di luar negara11
Membuka lebih banyak cawangan11
Mempelbagaikan barangan dan kualiti barang11
Memperbanyakkan KRIM di universiti11
Memperluaskan atau memperbanyakkan KRIM di seluruh tempat11
Memperluaskan KRIM di seluruh negeri11
Menambah bilangan Kedai Rakyat 1 Malaysia11
Menambah lebih banyak cawangan khususnya di kawasan pedalaman supaya dapat mengurangkan beban penduduk11
Menambahkan bilangan kedai11
Menambahkan KRIM di sekitar IPTA dan IPTS11
Menambahkan produk11
Mengadakan kawalan yang ketat dan terperinci mengenai kualiti produk11
Mengadakan promosi dan perbanyakkan iklan11
Mengadakan promosi seperti " beli satu percuma satu "11
Mengecat lantai supaya lebih ceria11
Mengekalkan harga barangan11
Mengeluarkan barangan yang lebih baik, sedap dan lebih berkualiti11
Mengeluarkan barangan yang lebih bermutu. Menghebahkan dengan lebih sistematik11
Menghantar pekerja ke kursus atau latihan untuk mengeluarkan barangan yang bermutu tinggi11
Mengurangkan harga11
Mengurangkan harga barangan dan meningkatkan mutu barangan11
Meningkatkan kualiti barang11
Meningkatkan kualiti barangan dan memperbanyakkan iklan dalam media massa11
Meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan serta menambah barangan yang menjadi permintaan ramai11
Meningkatkan kualiti barangan di KRIM11
Meningkatkan mutu11
Meningkatkan pekerja mahir11
Meningkatkan promosi dan mutu barangan11
Meningkatkan servis pada tahap yang maksima dan mempertingkatkan jumlah kedai di Malaysia11
Menjalankan R&D untuk menjamin kualiti produk yang dihasilkan11
Menjual barang bermutu11
Menstabilkan harga barangan11
Menubuhkan lebih banyak KRIM di kawasan luar bandar11
Menyediakan barangan yang berkualiti dan membuka kedai di tempat yang mudah parking11
Menyediakan tempat parking yang luas di sekitar kedai11
Menyeragamkan harga dan menyenaraikan harga barangan di internet11
Merendahkan harga barangan11
Pekerja KRIM perlu lebih mesra11
Pekerja lebih mesra. barangan yang banyak dan berkualiti11
Pekerja mestilah ramah dengan pelanggan11
Pekerja yang lebih mesra11
Pekerja yang ramah11
Pelbagaikan variasi barang, pilih barang berkualiti sahaja, mediator terbaik untuk rakyat mendapatkan barangan berkualiti dengan harga yang murah.11
Penambahan bahan lain yang lebih berkualiti dan tetap murah11
Pengiklanan33
Perbanyakkan cawangan11
Perbanyakkan kedai11
Perlu menjual barangan yang berjenama supaya lebih mendapat perhatian pelanggan11
Perluaskan lagi atau penambahan KRIM11
Sent all of the employes to proffessional courses11
Tambah cawangan di setiap kampungv11
Tambahkan barangan yang berkualiti11
Tambahkan gaji pekerja, memberi diskaun kepada mereka yang selalu membeli/ menjual barangan bagi kaum seperti makanan tradisional kaum lain.11
Tetap murah, tambah jualan bahan lain, lebih banyak penubuhan KRIM di kawasan perumahan11
Tiada1616
Tingkat kualiti barangan11
Tingkatkan bilangan kedai11
Tingkatkan pengiklanan11
Tolong bagi kempen kesedaran11
Tukar bungkusan supaya lebih menarik dan buka cawangan di kampung11
Use better material in making their product11
Wujudkan lebih banyak KRIM11
Jumlah100100
Daripada kajian yang dijalankan terhadap beberapa responden bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia ini, didapati 16% daripada keseluruhan responden tidak memberikan sebarang bentuk cadangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kedai ini. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Kedai Rakyat 1Malaysia ini. Selain itu, terdapat 3 % daripada responden telah mencadangkan kaedah pengiklanan mengenai penubuhan kedai ini dapat membantu mempertingkatkan mutu perkhidmatan kedai ini. Terdapat 2 % yang lainnya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia ini di dalam kawasan Universiti bagi memudahkan pengguna. Hal ini kerana sebahagian besar pengguna atau pelanggan Kedai Rakyat 1Malaysia ini terdiri daripada golongan belia yang rata-ratanya merupakan pelajar Universiti.
9.3Cadangan dan komen dari pengurus Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang
Pengurus KRIM di Taman Kota Permai Bukit Mertajam, Pulau Pinang iaitu Nor Hanisah Binti Shukri mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah bagi mendapatkan bekalan barangan. Beliau juga berpendapat bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia ini sememangnya memberikan faedah kepada rakyat kerana barangan di kedai ini mampu meringankan bebanan dan tanggungan dalam keluarga. Beliau juga mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat menubuhkan lebih banyak cawangan di setiap tempat supaya memudahkan rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas. Seterusnya, pengurus KRIM di Taman Sri Pinang Butterworth, Pulau Pinang beliau iaitu Zulfadli Bin Azizan mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dalam mendapatkan barangan sepanjang tempoh beliau mula menguruskan perniagaan KRIM ini. Beliau juga berpandangan bahawa kedai ini dapat memberikan faedah kepada rakyat kerana dapat membantu bagi memudahkan rakyat mendapatkan keperluan asas. Beliau juga mencadangkan supaya pengiklanan mengenai kedai ini haruslah dipertingkatkan dan menubuhkan kedai ini ditempat yang strategik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kedai ini. Akhir sekali, pengurus KRIM di Tasek Gelugor, Pulau Pinang iaitu Muhd Izwan Bin Mat Tarmizi mengatakan bahawa beliau mengalami masalah kekurangan stok barangan dalam memenuhi kehendak pelanggan. Beliau juga telah mencadangkan supaya menubuhkan beberapa cawangan baru kedai ini di kawasan yang sepatutnya yang dijangka strategik dan memudahkan rakyat. Hasil daripada temubual ketiga-tiga orang pengurus KRIM ini, kami mendapati bahawa mereka sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kedai ini kerana ianya telah banyak memberikan manfaat kepada penduduk setempat.
9.4 Cadangan dan Pandangan dari Pihak Pengkaji Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia terhadap penduduk di Pulau Pinang, kami berpandangan bahawa Kedai Rakyat ini boleh ditubuhkan di sekitar universiti awam mahupun swasta di negara kita. Hal ini demikian kerana, bilangan pelajar yang ramai boleh membantu memajukan perniagaan ini. Tambahan pula, para pelajar boleh menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1Malaysia kerana kedai ini menawarkan harga yang rendah dan sesuai dengan golongan pelajar yang tidak memiliki pendapatan tetap untuk mendapatkan bekalan keperluan harian. Hal ini kerana, golongan pelajar yang hanya bergantung kepada pinjaman dan biasiswa semata-mata sahaja, oleh itu, dengan adanya kedai ini, ia boleh membantu mereka berjimat ketika berbelanja. Penubuhan kedai ini juga sacara tidak langsung membantu dalam memudahkan pelajar untuk membeli keperluan harian tanpa perlu keluar ke tempat yang lebih jauh. Sebagai contoh, Kedai Rakyat 1Malaysia boleh ditubuhkan berhampiran dengan Universiti Sains Malaysia kerana dengan inisiatif ini ia dapat membantu pelajar dan staf-staf university untuk mendapatkan barangan pada harga yang rendah dan mudah. Contohnya, berdasarkan soal selidik yang dijalankan terhadap kebekesanan Kedai Rakyat di Pulau Pinang, seramai 25 orang responden pelajar daripada 33 orang responden pelajar menyetujui harga di Kedai Rakyat 1Malaysia lebih murah berbanding kedai barangan lain. Ini menunjukkan perkhidmatan Kedai rakyat 1Malaysia mendapat sambutan baik daripada para pelajar sekiranya dibangunkan di kawasan universiti.
Di samping itu, perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia juga boleh dipertingkatkan lagi keberkesanannya melalui penambahan barangan yang masih belum ada di kedai ini. Hal ini dapat dilihat pada peralatan alat tulis yang merupakan salah satu keperluan wajib para pelajar. Sekiranya pihak pengurusan Kedai Rakyat 1Malaysia boleh menambahkan barangan ini dalam senarai barangan sudah pasti dapat menarik minat golongan pelajar untuk datang membeli peralatan alat tulis. Dengan cara ini, Kedai Rakyat 1Malaysia boleh ditubuhkan di kawasan universiti. Seterusnya, kami juga berpendapat bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia juga boleh diluaskan fungsinya seperti menjadi satu kompleks yang besar untuk menjual barangan 1Malaysia sahaja. Hal ini dapat dilihat seperti yang berada di Sabah. Kompleks yang besar menjual segala jenis barangan bermula daripada barangan kering, barangan basah sehinggalah kepada barangan sejuk beku. Dengan adanya pembukaan kompleks ini, ia dapat memudahkan rakyat untuk membeli barangan tanpa perlu ke kawasan lain untuk mendapatkan barangan tersebut. Kesannya, rakyat dapat membeli barangan pada harga yang rendah dan murah. Kami memberi cadangan ini setelah mendapat idea daripada pengurus yang ditemubual. Kami juga berpandangan pembungkusan pada barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia juga boleh diubah ke corak dan warna yang lebih menarik kerana membantu menarik minat rakyat untuk membeli barangan. Pembungkusan yang Nampak lebih eksklusif dan menarik boleh membantu mengubah persepsi rakyat terhadap kualiti barangan yang dipasarkan. Hal ini demikian kerana, pembungkusan yang berlatarbelakangkan warna putih kurang menarik perhatian rakyat untuk membeli barangan ini. Selain itu, kami juga mencadangkan supaya Kedai Rakyat 1Malaysia ini meluaskan cawangan di kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana Kedai Rakyat 1Malaysia ini hanya tertumpu dikawasan bandar sahaja. Jadi, keadaan ini akan menyukarkan penduduk di kawasan luar bandar memperolehi barangan pada harga rendah berbanding kedai barangan lain. Rakyat luar bandar ini menginginkan barangan pada harga yang rendah kerana kebanyakkan penduduk di luar bandar ini memiliki pendapatan yang rendah berbanding penduduk di bandar yang majoritinya berpendapatan tinggi. Oleh itu, sekiranya Kedai Rakyat 1Malaysia ini ditempatkan di kawasan luar bandar, sudah semestinya mampu meringankan beban masyarakat luar bandar ini bagi memperolehi barangan pada harga yang rendah dan berpatutan.
10.0Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami mendapati secara keseluruhannya kajian ini membuktikan Kedai Rakyat 1Malaysia ini berkesan dalam memberikan perkhidmatan terhadap penduduk di Pulau Pinang ini. Tidak dinafikan Kedai Rakyat 1Malaysia ini telah banyak membantu dalam memudahkan rakyat dalam memperolehi barangan pada harga yang rendah dan berpatutan. Selain itu, jenama Kedai Rakyat 1Malaysia ini dapat dibuktikan setanding dengan jenama barangan lain dari segi kualiti dan pembungkusannya. Hal ini demikian kerana barangan keluaran Kedai Rakyat 1Malaysia ini telah dipantau dan disahkan untuk dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Jadi, hal ini menunjukkan tiada lagi keraguan ke atas kualiti dan harga barangan yang dikeluarkan oleh kedai ini. Walau bagaimanapun, Kedai Rakyat 1Malaysia ini perlulah meningkatkan mutu perkhidmatan dengan mengambil kira cadangan dan pandangan daripada pelanggan dan pengurus kedai berkenaan. Jika cadangan dan pandangan ini diambilkira, mungkin sambutan terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia lebih memberansangkan bukan sahaja terhadap penduduk di bandar mahupun di luar bandar.
48