Transcript
Page 1: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

1.0 Pengenalan

Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan sebuah kedai berkonsepkan pasar mini yang

menjual pelbagai barangan asas pada harga yang rendah. Penubuhan kedai ini

diusahakan bersama Mydin Mohamed Holdings Bhd. Operasi kedai ini dimulakan

dengan usaha pengubahsuaian kedai, pembekalan barangan, penyusunan

barangan di dalam kedai dan memberi latihan kepada kakitangan dalam pengurusan

sistem ‘ Point of Sales’ . Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia ini merupakan program

tanggungjawab sosial Mydin untuk masyarakat setempat. Inisiatif penubuhan kedai

ini lahir daripada YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Mohd Najib Tun

Razak atas keperihatinan beliau dalam meringankan beban rakyat yang

berpendapatan rendah. Penubuhan kedai ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat

Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh beliau. Keutamaan penjenamaan “ Kedai

Rakyat 1Malaysia” diberikan kepada barangan tertentu yang dikeluarkan oleh

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Kedai Rakyat 1Malaysia ini ditubuhkan bagi membantu rakyat mendapatkan

barangan keperluan pada harga yang rendah dan berpatutan. Hal ini secara tidak

langsung, dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan dan

mempertingkatkan hasil jualan produk keluaran mereka. Di samping itu, kedai ini

juga diharapkan dapat membantu para pengusaha untuk bersaing dalam pasaran

runcit yang lebih moden di bawah pengawasan Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Kami berharap penubuhan Kedai

Rakyat 1Malaysia ini yang diusahakan bersama Mydin ini dapat membantu dan

1

Page 2: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

memberi faedah kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat

Malaysia.

2.0 Latar belakang kajian

Kajian mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia ini bertujuan untuk mengetahui

keberkesanan perkhidmatannya di Pulau Pinang. Kajian ini dilakukan terhadap tiga

buah kedai di Pulau Pinang. Kedai yang pertama bertempat di Taman Kota Permai

Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pengurus yang mengendalikan kedai ini ialah Nor

Hanisah Binti Shukri. Beliau telah mula menguruskan kedai ini pada Nov 2012 dan

mempunyai pengalaman berniaga selama 2 tahun. Kedai yang kedua pula

bertempat di Taman Sri Pinang Butterworth, Pulau Pinang. Pengurusnya bernama

Zulfadly bin Azizan. Beliau telah mula menguruskan kedai ini pada Dis 2011 dan

mempunyai pengalaman berniaga selama 2 tahun. Seterusnya kedai yang ketiga

pula bertempat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan pengurusnya ialah Mohd Izwan

bin Mat Tarmizi yang mula menguruskan kedainya pada Julai 2012 dan beliau

mempunyai pengalaman berniaga selama 5 tahun.

3.0 Penyataan Masalah

1. Sejauh manakah keberkesanan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia

terhadap rakyat?

2. Mengetahui sejauh manakah perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia

memudahkan rakyat?

3. Sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia.

2

Page 3: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

4.0 Objektif kajian

1. Memastikan rakyat mencapai kepuasan dengan perkhidmatan yang

diberikan.

2. Memudahkan rakyat mendapatkan keperluan asas pada harga yang murah

dan berpatutan.

3. Memastikan rakyat dapat menerima kualiti barangan yang dikeluarkan oleh

Kedai Rakyat 1Malaysia.

5.0 Skop kajian

Kajian ini dijalankan bagi membantu pihak agensi dan pihak Kementarian

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai keberkesanan

perkhidmatan yang dijalankan oleh pihak berkenaan. Kajian ini juga dapat

memudahkan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada produk

yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, kami sertakan maklumat demografi

berkaitan 100 orang respoden yang telah kami dapati.

5.1 Maklumat Demografi Responden

Jadual 1: Umur responden

3

Golongan Umur Kekerapan Peratus(%)

19 ke bawah 11 11

20-39 67 67

40-59 17 17

60 ke atas 5 5

Jumlah 100 100

Page 4: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Carta 1 : Umur Responden

Golongan umur responden terdiri daripada empat golongan iaitu 19 tahun ke

bawah, 20 hingga 39 tahun, 40 hingga 59 tahun dan 60 tahun ke atas. Dalam carta

bar jelas menunjukkan bahawa responden yang berumur 20 hingga 39 tahun

memonopoli kajian soal selidik yang dijalankan di sekitar negeri Pulau Pinang.

Jumlah golongan umur ini adalah sebanyak 67 orang daripada 100 responden. Hal

ini demikian kerana golongan umur ini terdiri daripada golongan remaja dan belia

yang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Perkara ini menyebabkan mereka mudah

memberi kerjasama apabila diminta mengisi borang soal selidik yang kami beri.

Seterusnya, golongan umur yang paling sedikit sebagai responden ialah yang

berusia 60 tahun ke atas iaitu terdiri daripada golongan tua ataupun warga emas.

Kebanyakkan daripada mereka telah uzur dan lemah menyebabkan mereka sukar

memberi kerjasama untuk mengisi soal selidik. Hal ini dapat dilihat apabila hanya

4

Page 5: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

terdapat 5 orang sahaja yang mengisi soal selidik tersebut. Manakala bagi golongan

umur 19 tahun ke bawah dan 40 hingga 59 tahun masing-masing mempunyai jumlah

responden yang hampir sama iaitu 11 responden dan 17 responden. Perbezaan

mereka adalah hanya sebanyak 6 responden sahaja.

Jadual 2 : Kaum setiap responden

Kaum Kekerapan Peratus (%)

Melayu 54 54

Cina 28 28

India 13 13

Lain-lain 5 5

Jumlah 100 100

5

Page 6: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Carta 2 : Kaum setiap responden

Responden kajian yang dibuat terdiri daripada pelbagai kaum di Pulau Pinang

iaitu Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Majoriti kaum yang menjawab paling banyak

soal selidik ialah kaum Melayu iaitu sebanyak 54% daripada 100 responden. Hal ini

disebabkan kaum melayu merupakan majoriti kaum tertinggi di Pulau Pinang.

Manakala yang kedua tertinggi ialah kaum Cina. Seperti yang kita sedia maklum,

kawasan Pulau Pinang kebanyakkannya terdiri daripada kaum Cina terutama di

dalam pulau. Jumlah peratusan kaum Cina yang memberi kerjasama dalam mengisi

soal selidik ialah sebanyak 28%. Seterusnya, didapati hanya 13% kaum india dan

5% kaum lain-lain yang membantu dalam membuat kajian keberkesanan Kedai

Rakyat 1 Malaysia ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kaum lain-lain paling

sedikit mengisi soal selidik yang telah diberi. Faktor yang menyebabkan perkara ini

berlaku ialah kerana mereka merupakan jenis kaum yang jarang atau sedikit tinggal

di Pulau Pinang.

6

Page 7: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Jadual 3 : Jantina responden

Jantina Kekerapan Peratus(%)

Lelaki 50 50

Perempuan 50 50

Jumlah 100 100

Carta 3 : Jantina responden

7

Page 8: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Jumlah responden antara kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan

adalah sama. Masing-masing yang mengisi soal selidik adalah sebanyak 50% . Oleh

itu, tidak terdapat perbezaan antara jantina responden dalam kajian keberkesanan

Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang. Hal ini bermaksud kedua-dua jantina

memberikan kerjasama yang amat baik dalam membuat kajian ini.

Jadual 4 : Status responden

Status Kekerapan Peratus(%)

Bujang 53 53

Berkahwin 47 47

Jumlah 100 100

Carta 4 : Status Responden

8

Page 9: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Status para responden yang memberi kerjasama adalah terdiri daripada dua

iaitu bujang dan berkahwin. Responden yang berstatus bujang lebih tinggi daripada

status berkahwin iaitu sebanyak 53% daripada 100 responden. Hal ini disebabkan

responden bujang yang tidak mempunyai banyak komitmen berbanding responden

yang telah berkahwin. Oleh itu mereka dapat memberi kerjasama yang baik

terhadap kajian ini.

Jadual 5: Pekerjaan responden

Pekerjaan Kekerapan Peratus(%)

Kerajaan 24 24

Swasta/Persendirian 43 43

Pelajar 33 33

Jumlah 100 100

Carta 5 : Pekerjaan responden

9

Page 10: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Dalam bidang pekerjaan, responden yang paling banyak mengisi soal selidik

ialah terdiri daripada kakitangan swasta dan persendirian iaitu sebanyak 43%

daripada 100 responden. Hal ini demikian kerana kebanyakkan soal selidik

dijalankan di kawasan yang mempunyai ramai orang awam seperti di Bukit Jambul.

Seterusnya, yang kedua tertinggi ialah pelajar iaitu sebanyak 33% . Hal ini adalah

disebabkan kebanyakan responden diambil di sekitar Universiti Sains Malaysia

(USM), Pulau Pinang. Kakitangan kerajaan merupakan responden yang paling

sedikit yang disoal selidik iaitu hanya sebanyak 24% sahaja. Hal ini demikian

kerana masa yang kami ambil bagi menjalankan kajian ini adalah semasa waktu

bekerja. Oleh itu, kakitangan kerajaan lain yang sedang bekerja tidak dapat memberi

kerjasama dalam menjalankan kajian ini.

Jadual 6: Pendapatan responden

Pendapatan Kekerapan Peratus(%)

< RM1500 40 40

RM1500-RM3000 25 25

>3000 21 21

Jumlah 86 86

Carta 6 : Pendapatan responden

Golongan yang berpendapatan RM 1500 ke

bawah merupakan golongan terbanyak yang menjadi

10

Page 11: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

responden dalam kajian ini. Jumlah mereka adalah 40% daripada 100 responden.

Hal ini demikian kerana hanya golongan seperti ini yang berminat dengan kajian

Kedai Rakyat 1 Malaysia ini. Pendapatan mereka yang rendah menyebabkan

mereka merasakan KRIM amat perlu ditingkatkan. Oleh itu, mereka telah memberi

kerjasama yang penuh iaitu mengisi soal selidik yang telah diberi. Seterusnya,

golongan yang berpendapatan RM 1500 hingga RM 3000 mencatat kedua tertinggi

iaitu sebanyak 25%. Akhir sekali, golongan yang paling sedikit sebagai responden

ialah golongan yang berpendapatan RM 3000 ke atas. Mereka ini merupakan

golongan yang mampu membeli pelbagai barangan yang mahal kerana mempunyai

pendapatan yang tinggi. Jumlah mereka yang telibat sebagai responden adalah

sebanyak 21% sahaja. Namun begitu, terdapat juga responden yang tidak mengisi

bahagian pendapatan ini iaitu sebanyak 14%. Hal ini demikian kerana mereka

adalah pelajar yang tidak mempunyai sebarang pendapatan bulanan.

6.0 Tinjauan Literatur

Tidak dapat dinafikan pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia ini banyak membantu

meringankan beban rakyat dalam berbelanja. Hal ini telah menunjukkan satu usaha

kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat

setempat. Kami juga mendapati penerimaan rakyat terhadap kedai ini sangat

memberansangkan.

7.0 Metodologi Kajian

Kajian ini dilakukan terhadap tiga orang pengurus di tiga buah lokasi berlainan.

Responden yang telah dipilih oleh kami adalah seramai 100 orang yang rata-rata

11

Page 12: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

lingkungan umur 19 tahun ke bawah sehingga 60 tahun ke atas. Kajian ini telah

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A mengenai maklumat demografi,

bahagian B mengenai penilaian keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia dan

bahagian C mengenai maklum balas responden.

7.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk satu kajian penyelidikan akademik. Bentuk kajian

ini merupakan kajian pengumpulan maklumat berdasarkan hasil menemuramah dan

pengedaran borang soal selidik di kawasan kajian. Bentuk kajian ini dipilih bagi

memudahkan untuk mengumpul maklumat serta dapat menumpukan perhatian

yang lebih terhadap kajian yang dilakukan. Kajian ini dilakukan bagi melihat

sejauhmana keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia yang telah diperkenalkan ini

terhadap rakyat. Kajian ini dijalankan selama 8 minggu termasuk tempoh menunggu

penerimaan untuk menemui pengurus Kedai Rakyat 1Malaysia berkenaan dan

proses penyiapan krtas kerja serta borang soal selidik. Keputusan data kajian ini

pada akhirnya disemak, dibandingkan dan dikumpulkan. Secara keseluruhannya ini,

kajian ini memberikan kesan yang positif terhadap rakyat..

7.2 Sampel Kajian

Sampel kajian ini dilakukan terhadap tiga orang pengurus di tiga buah lokasi

berlainan di sekitar kawasan Pulau Pinang. Kami telah menemuramah dan

melakukan pemerhatian rawak terhadap ketiga-tiga buah kedai berkenaan.

Responden yang telah dipilih oleh kami adalah seramai 100 orang yang rata-rata

12

Page 13: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

lingkungan umur 19 tahun ke bawah sehingga 60 tahun ke atas. Responden ini juga

telah dipilih daripada latar belakang dan pendapatan yang berbeza bagi

membolehkan untuk pengkaji melakukan perbandingan.

7.3 Instrument Kajian

Satu instrument kajian telah digunakan dalam kajian ini iaitu merupakan

borang soal selidik. Set borang soal selidik ini telah diagihkan kepada 2 pihak iaitu

pihak pengurus dan pelanggan Kedai Rakyat 1Malaysia. Kandungan dalam soal

selidik ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A mengenai

maklumat demografi, bahagian B mengenai penilaian keberkesanan Kedai Rakyat

1Malaysia dan bahagian C mengenai maklum balas responden. Borang soal selidik

bagi pelanggan mengandungi 10 soalan tidak termasuk maklumat demografi

manakala bagi pengurus pula mengandungi 7 soalan tidak termasuk maklumat

demografi. Borang soal selidik ini diedarkan pada minggu ke-3 kajian ini dimulakan.

Soal selidik ini digunakan untuk menilai pendapat dan pandangan pelanggan dan

juga pengurus terhadap keberkesanan kedai ini.

7.4 Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data ini dijalankan melalui kaedah menemuramah dan

melakukan soal selidik. Kedua-dua kaedah ini digunakan sepenuhnya bagi melihat

keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia ini terhadap penduduk setempat.

Pengumpulan data ini bermulla dari pengagihan tugas terhadap pengedaran soal

selidik dan seterusnya mengumpulkan maklumat setelah semua maklumat selesai

dikumpulkan.

13

Page 14: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

7.5 Prosedur Analisis Data

Data yang dikumpulkan dari instrument kajian akan dianalisa dengan mencari

frekuensi dan peratus. Data ini seterusnya dilengkapkan dengan jadual dan graf bagi

memudahkan data dianalisis secara teratur. Maklumat atau data yang diperolehi ini

juga dapat dikumpulkan dari soalan yang telah dikemukakan dari borang soal

selidik, hasil menemuramah dan pemerhatian yang telah dijalankan. Data yang telah

dikumpukan dianalisis melalui Statistik Package for the Social Science (SPSS).

8.0 Dapatan Kajian

Dapatan kajian ialah hasil kajian kami mengenai keberkesanan Kedai Rakyat

1 Malaysia ini terhadap penduduk Pulau Pinang. Dalam hasil kajian kami, kami telah

menyatakan tentang maklum balas masyarakat tehadap penubuhan ini. Kami juga

telah mengambil sedikit sebanyak maklumat daripada masyarakat tentang cara

kaedah mereka menetahui tentang penubuhan KRIM, bila mereka mula menjadi

pelanggan KRIM di Pulau Pinang, tentang perkhidmatan KRIM, tentang harga dan

kualiti barangan KRIM menurut masyarakat.

8.1 Kaedah responden tahu mengenai Kedai Rakyat 1 Malaysia

Jadual 7 : Kaedah responden tahu tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia

14

Page 15: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

KAEDAH DIKETAHUI BILANGAN(ORANG)

PERATUS (%)

Iklan 53 53.0

Rakan 17 17.0

Surat khabar 7 7.0

Lain-lain 23 23.0

Jumlah 100 100

Carta 7 : Kaedah responden tahu tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia

Daripada 100 orang jumlah responden yang telah kami selidiki, seramai 53

orang responden mengetahui tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia ini melalui iklan.

Menurut responden, mereka lebih mengetahui tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia

melalui media elektronik iaitu iklan di televisyen, di corong-corong radio dan

sebagainya. Iklan yang ditayangkan di televisyen sememangnya menarik minat

penonton untuk membeli barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia Contoh iklan yang

15

Page 16: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

telah disiarkan di televisyen boleh dilihat di laman web tersebut

(http://www.youtube.com/watch?v=JT5dlLR0MdU). Seterusnya, terdapat 17 responden

yang megetahui berkenaan KRIM ini melalui rakan. Mereka mengetahui daripada

perbualan, perbincangan dan penyebaran maklumat melalui rakan.

Selain itu, pengiklanan tentang KRIM ini juga dilakukan melalui media cetak

contohnya seperti di dalam surat khabar, majalah dan sebagainya. Menurut kajian

yang telah dilakukan, hanya 7 orang responden sahaja yang mengetahui tentang

KRIM ini melalui surat khabar. Sebagai contoh, surat khabar Utusan Malaysia

bertarikh 2 Oktober 2013 telah mendedahkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan

KRIM ini dan boleh dilihat melalui laman web ini (http://www.utusan.com.my).

Seterusnya, seramai 23 orang responden mengetahui tentang KRIM ini melalui

kaedah lain. Sebagai contoh, terdapat responden yang mengetahui berkenaan KRIM

melalui kaedah pembelajaran di dalam dewan kuliah dan sebagainya terutamanya

kepada pelajar. Selain itu, terdapat juga responden yang mengetahui maklumat

tentang KRIM di laman sosial seperti ‘Facebook’, ‘Blog’ dan sebagainya.

8.2 Pernahkah responden menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 Malaysia di

Pulau Pinang

Jadual 8 : Pernahkah anda menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 Malaysia

16

JAWAPAN BILANGAN RESPONDEN

(ORANG)

PERATUS(%)

Ya 60 60

Tidak 40 40

Jumlah 100 100

Page 17: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Carta 8 : Pernahkah anda menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 Malaysia

Daripada 100 orang responden yang telah digunakan dalam projek ini,

Seramai 60 orang responden yang telah menjadi pelanggan KRIM dan terdapat 40

orang responden yang masih tidak pernah menjadi pelanggan di KRIM di Pulau

Pinang. Bilangan 60 orang responden yang pernah menjadi pelanggan KRIM di

Pulau Pinang menunjukkan penubuhan KRIM di Pulau Pinang juga mendapat

sambutan daripada penduduk. Walau bagaimanapun, sambutan tersebut tidaklah

17

Page 18: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

begitu memberangsangkan kerana masih terdapat 40 orang daripada responden

masih tidak membeli barangan di KRIM di Pulau Pinang.

8.3 Pengetahuan responden tentang lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia di

Pulau Pinang

Jadual 9 : Adakah anda mengetahui lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang

JAWAPAN BILANGAN RESPONDEN

(ORANG)

PERATUS (%)

Ya 42 42

Tidak 58 58

Jumlah 100 100

Carta 9 : Adakah anda mengetahui lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang

18

Page 19: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Berdasarkan 100 orang responden yang telah didapati, terdapat masih ramai

penduduk di negeri Pulau Pinang ini tidak mengetahui tentang lokasi KRIM di Pulau

Pinang iaitu seramai 58 orang. Hanya 42 orang daripada jumlah responden yang

mengetahui tentang lokasi KRIM di Pulau Pinang. Ramai penduduk yang masih

tidak tahu tentang lokasi ini menyebabkan mereka tidak berkunjung ke KRIM untuk

membeli barangan di situ.

8.4 Tahun yang mula menjadi sambutan pelanggan di Kedai Rakyat 1

Malaysia

Jadual 10 : Sekiranya pernah menjadi pelanggan, bilakah anda mula membeli

barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang

TAHUN BILANGAN RESPONDEN

(ORANG)

PERATUS (%)

2010 4 4

2011 14 14

2012 21 21

2013 30 30

Jumlah 69 69

19

Page 20: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Carta 10 : Sekiranya pernah menjadi pelanggan, bilakah anda mula membeli

barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang

Penubuhan KRIM ini dilaksanakan pada tahun 2010 dan lokasi KRIM yang

pertama di Malaysia ialah terletak di Stesen LRT Kelana Jaya yang dibina dengan

kos sebanyak RM 280 ribu dengan keluasan 1500 kaki persegi. Berdasarkan kajian

yang telah dilakukan, bilangan penduduk di negeri Pulau Pinang yang menjadi

pelanggan di KRIM di Pulau Pinang ialah semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Daripada 100 orang responden, hanya 4 orang yang pernah menjadi pelanggan di

KRIM di Pulau Pinang pada tahun 2010, tetapi angka itu semakin meningkat iaitu

seramai 14 orang daripada jumlah responden yang menjadi pelanggan KRIM pada

tahun 2011. Seterusnya KRIM di Pulau Pinang mula mendapat sambutan pada

tahun 2012 kerana 21 orang daripada jumlah responden pernah menjadi pelanggan

20

Page 21: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

pada tahun itu. Pada tahun 2013, ianya semakin mendapat sambutan, daripada 100

orang responden terdapat 30 orang yang menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang

pada tahun ini. Perkara ini telah menunjukkan kesan yang positif daripada penduduk

negeri ini terhadap penubuhan KRIM kerana secara jelasnya pelanggan di KRIM

semakin meningkat dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, terdapat 31 orang

responden yang tidak menjawab soalan ini kerana mereka masih tidak pernah

membeli barangan KRIM di Pulau Pinang.

8.5 Perkhidamatan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang

Jadual 11 : Perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia memudahkan rakyat

21

ButiranJumlah

responden (orang)

Peratus (%)

SANGAT SETUJU 27 27

SANGAT TIDAK SETUJU 3 3

SETUJU 60 60

TIDAK SETUJU 10 10

JUMLAH 100 100

Page 22: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Carta 11 : Perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia memudahkan rakyat

Berdasarkan analisis soalan 5, iaitu perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia

memudahkan rakyat, didapati bahawa 60 orang ( 60%) menyetujui keberkesanan

perkhidmatan kedai ini dapat memudahkan rakyat. Sebanyak 27 orang ( 27%) pula

sangat setuju dengan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia dapat memudahkan

rakyat kerana mereka mungkin berangapan barangan yang disediakan dalam

keadaan murah dan sesuai dengan pendapatan mereka. Namun begitu, terdapat

juga rakyat yang tidak setuju dengan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia yang

dikatakan memudahkan rakyat ini sebanyak 10 orang ( 10%) manakala yang sangat

tidak setuju pula adalah sebanyak 3 orang (3%). Hal ini demikian kerana, mereka

tidak pernah ke kedai untuk membeli keperluan barangan.

22

60%

27%

10

3%

Page 23: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

8.6 Perbezaan harga barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai lain

Jadual 12 : Harga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia lebih rendah daripada kedai

barangan lain

BUTIRAN FREKUENSI PERATUS

SETUJU 82 82

TIDAK SETUJU 16 16

JUMLAH 98 98

MISSING 2 2

JUMLAH 100 100

Carta 12 : Harga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia lebih rendah daripada kedai

barangan lain

Dalam analisis soalan 6, harga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia dikatakan

lebih rendah daripada barangan kedai lain dengan sebanyak 82 orang iaitu 82%

23

82%

16

2%

Page 24: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

bersetuju untuk mengatakan harganya lebih rendah. Hal ini demikian kerana, Kedai

Rakyat 1Malaysia mengeluarkan sesetengah barangan keluaran sendiri dibawah

penjenamaan 1Malaysia. Sebanyak 16 orang responden iaitu 16% pula tidak setuju

mengatakan harga barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia lebih rendah daripada

barangan di kedai lain. Situasi ini berlaku disebabkan mereka terbiasa membeli

barangan keperluan di pasaraya yang lain sehingga tidak dapat membandingkan

harga barangan tersebut. Namun begitu, sebanyak 2 iaitu 2% orang responden tidak

memberi maklum balas mengenai harga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia yang

dikatakan lebih rendah daripada barangan di kedai lain.

8.7 Perbezaan kualiti barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia

Jadual 13 : Kualiti barangan Kedai Rakyat 1Malaysia lebih baik daripada kedai

barangan lain

24

BUTIRAN FREKUENSI PERATUS

SETUJU 48 48

TIDAK SETUJU 50 50

JUMLAH 98 98

MISSING 2 2

JUMLAH 100 100

Page 25: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Carta 13 : Kualiti barangan Kedai Rakyat 1Malaysia lebih baik daripada kedai

barangan lain

Daripada kajian yang dijalankan terhadap kualiti barangan Kedai Rakyat

1Malaysia menunjukkan 48 responden setuju bahawa kualiti barangan Kedai Rakyat

1Malaysia lebih baik daripada kedai barangab lain iaitu sebanyak 48%. Hal ini

demikian kerana, mereka lebih mempercayai keluaran syarikat yang terkenal dari

segi penjenamaannya. Terdapat juga responden yang tidak setuju dengan kualiti

barangan Kedai Rakyat 1Malaysia ini dan mula membandingkannya dengan

keluaran kedai barangan yang lain. Sebanyak 50 responden iaitu 50% tidak setuju

dengan kualiti barangan yang dipasarkan di kedai ini. Walau bagaimanapun,

25

48%

50%

2%

Page 26: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

terdapat juga responden yang tidak memberi sebarang komen mengenai kualliti

barangan Kedai Rakyat 1Malaysia ini iaitu sebanyak 2 responden dengan 2%. Hal

ini kerana, mereka tidak pernah membeli atau menggunakan barangan di kedai ini.

8.8 Persetujuan responden tentang penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia

Jadual 14 : Adakah anda bersetuju dengan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia

Carta 14 : Adakah anda bersetuju dengan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia

26

85%

14

1%

BUTIRAN FREKUENSI PERATUS

SETUJU 85 85

TIDAK SETUJU 14 14

JUMLAH 99 99

MISSING 1 1

JUMLAH 100 100

Page 27: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Dari segi persoalan adakah masyarakat bersetuju dengan penubuhan Kedai

Rakyat 1Malaysia menunjukkan keputusan yang positif iaitu sebanyak 85 responden

iaitu 85% setuju dengan penubuhan kedai ini. Hal ini demikian kerana, mereka

menyedari peningkatan kos sara diri yang tinggi pada alaf 21 ini memerlukan

mereka berjimat terutamanya dari segi pendapatan. Oleh hal yang demikian, mereka

bersetuju dengan penubuhan kedai ini. Namun begitu, terdapat juga responden yang

tidak setuju dengan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia dengan bilangan sebanyak

14 responden iaitu 14%. Hal ini terjadi mungkin disebabkan mereka mempunyai

pendapatan yang mencukupi untuk menampung kehidupan dan berkerja dalam

golongan professional. Respon yang tidak memberi sebarang respon terhadap

persoalan ini adalah sebanyak 1 responden dengan 1%.

8.9 Kaum yang pernah menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 Malaysia di

Pulau Pinang

Jadual 15 : Kaum yang pernah menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang

KAUM

PERNAHKAH ANDA MENJADI PELANGGAN

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA

YA TIDAK

JUMLAH

Melayu 35 19 54

Cina 19 9 28

India 4 9 13

Lain-lain 2 3 5

27

Page 28: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Jumlah 60 40 100

Berdasarkan jadual di atas, kita dapat mengetahui bilangan setiap kaum

berdasarkan jumlah responden yang pernah menjadi pelanggan di Kedai Rakyat 1

Malaysia. Daripada 54 orang bilangan responden dari kaum melayu, hanya 35 orang

responden yang pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang bersamaan

dengan 65 % dan 19 orang responden dari kaum melayu bersamaan dengan 35 %

yang tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang. Seterusnya, daripada

jumlah responden kaum Cina iaitu sebanyak 28 orang, 19 orang iaitu bersamaan

68% pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang manakala seramai 9 orang

iaitu bersamaan 32 % dari kaum Cina yang tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di

Pulau Pinang. Selain daripada kaum Melayu dan Cina, terdapat juga 13 orang kaum

india daripada jumlah responden daripada kajian ini. Daripada 13 orang kaum India,

4 orang atau 31 % sahaja yang pernah menjadi pelanggan di KRIM dan selebihnya

iaitu 9 orang atau 69 % tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang.

Seterusnya, terdapat 5 orang kaum lain daripada jumlah responden yang telah kami

dapati. Hanya 2 orang iaitu 40% daripada jumlah kaum lain ini yang telah menjadi

pelanggan KRIM dan selebihnya 3 orang atau 60% daripada jumlah responden

kaum lain ini tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang.

28

Page 29: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

8.10 Pendapatan masyarakat yang menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1

Malaysia di Pulau Pinang

Jadual 16 : Pendapatan masyarakat yang menjadi pelanggan Kedai Rakyat 1

Malaysia di Pulau Pinang

PENDAPATAN

PERNAHKAH ANDA MENJADI PELANGGAN KEDAI RAKYAT 1

MALAYSIA JUMLAH

YA TIDAK

< RM 1500 26

(65%)

14

(35%)

40

RM1500-RM3000 12

(48%)

13

(52%)

25

>3000 13

(62%)

8

(38%)

21

Jumlah 51 35 86

Tujuan utama penubuhan KRIM ini adalah untuk membantu golongan isi

rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana. Berdasarkan kajian yang

diperoleh, penduduk yang berpendapatan rendah iaitu sebanyak RM 1500 ke bawah

adalah seramai 40 orang daripada jumlah responden. Terdapat 26 orang atau 65%

daripadanya yang pernah menjadi pelanggan KRIM manakala14 orang bersamaan

35% itu masih tidak pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang. Seterusnya,

responden yang berpendapatan antara RM 1500 – RM 3000 ialah seramai 25 orang.

Daripada jumlah tersebut, terdapat 12 orang responden atau 48% yang pernah

menjadi pelanggan KRIM dan sebanyak 13 orang responden atau 58% yang tidak

pernah menjadi pelanggan KRIM di Pulau Pinang ini.

29

Page 30: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Responden yang termasuk dalam golongan yang berpendapatan iaitu RM

3000 ke atas biasanya dari golongan pekerja professional iaitu pensyarah, doktor,

peguam, dan sebagainya. Terdapat 21 orang daripada jumlah responden yang

termasuk dalam golongan yang berpendapatan tinggi. Daripada 21 orang, terdapat

13 orang iaitu 62% daripada golongan ini yang pernah menjadi pelanggan di KRIM

dan hanya 8 orang daripadanya besamaan 38% yang tidak pernah menjadi

pelanggan KRIM di Pulau Pinang ini.

Berdasarkan hasil kajian yang telah kami perolehi, ianya jelas menunjukkan

walaupun masyarakat memiliki pendapatan yang agak tinggi, ianya masih juga

membeli dan menggunakan barangan KRIM kerana menurut responden barangan

ini memiliki harga yang berpatutan. Walaupun masyarakat berpendapatan tinggi,

mereka masih mencari barangan yang murah kerana kini taraf hidup yang sangat

tinggi kerana mereka perlu menanggung kos-kos lain yang tinggi seperti bil elektrik,

kereta, sewa rumah, kos pendidikan anak-anak dan sebagainya. Oleh itu, jelaslah

bahawa penubuhan KRIM di Pulau Pinang ini sememangnya membantu masyarakat

yang berpendapatan rendah malah ianya juga membantu golongan masyarakat

yang berpendapatan tinggi bagi mendapatkan barangan keperluan harian yang

harganya berpatutan. Seterusnya daripada jumlah responden terdapat 14 orang

yang tidak menjawab soalan mengenai pendapatan. 14 orang responden tersebut

ialah golongan yang masih tidak pendapatan contohnya pelajar, golongan yang

masih tidak bekerja dan suri rumah.

30

Page 31: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

8.11 Pendapat setiap kaum megenai kualiti Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang

Jadual 17 : Pendapat setiap kaum megenai kualiti Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau Pinang

KAUM KUALITI BARANGAN KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA LEBIH BAIK DARIPADA

KEDAI LAIN

JUMLAH

YA TIDAK

Melayu 31 22 53

Cina 13 15 28

India 4 9 13

Lain-lain 1 4 5

Jumlah 49 50 99

Mengenai kualiti barangan di KRIM, ramai yang masih mempertikaikan

tentang kualiti barangan yang dikeluarkan. Oleh itu, kajian ini telah menunjukkan

respon daripada setiap kaum mengenai kualiti barangan KRIM. Daripada 53 orang

responden dari kaum melayu, 31 orang adalah bersetuju bahawa kualiti barangan

KRIM lebih berkualiti dari kedai lain dan hanya 22 orang yang tidak bersetuju

bahawa barangan di KRIM lebih berkualiti dari barangan kedai lain. Oleh itu,

masyarakat melayu iaitu hampir 60% secara tidak langsung telah bersetuju dengan

kualiti barangan KRIM ini. Walaupun kaum melayu bersetuju tentang kualiti

barangan KRIM tetapi menurut responden kaum Cina, India dan lain-lain masih ada

yang tidak bersetuju tentang kualiti barangan di KRIM. Buktinya ialah, daripada 28

orang responden kaum Cina, terdapat 15 orang masih tidak bersetuju bahawa kualiti

barangan KRIM lebih berkualiti dari barangan kedai lain dan hanya 13 orang yang

31

Page 32: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

bersetuju. Seterusnya, responden kaum India pula ialah seramai 13 orang dan

majoritinya tidak bersetuju dengan kualiti barangan KRIM lebih elok dari kedai lain

iaitu seramai 9 orang dan hanya 4 orang daripada jumlah responden kaum India

yang bersetuju tentang ini. Selain itu, kaum-kaum lain juga didapati majoritinya tidak

bersetuju bahawa kualiti barangan KRIM lebih baik dari barangan kedai lain.

Daripada 5 orang kaum lain, hanya 1 orang sahaja yang bersetuju dan selebihnya

tidak bersetuju tentang kualiti ini. Seterusnya, terdapat seorang responden yang

tidak dapat memberi jawapan kerana beliau tidak pernah membeli dan

menggunakan barangan KRIM. Oleh itu beliau tidak dapat membezakan sama ada

barangan KRIM lebih berkualiti daripada barangan kedai lain.

8.12 Hubungkait antara Pekerjaan dengan harga barangan Kedai Rakyat

1 Malaysia lebih rendah daripada barangan kedai lain

Jadual 18 : Hubungkait antara Pekerjaan dengan harga barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia lebih rendah daripada barangan kedai lain

32

PEKERJAAN

Harga barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia lebih rendah daripada barangan kedai lain

SETUJUTIDAK

SETUJU JUMLAHKERAJAAN 23 (95%) 1 ( 4%) 24

SWASTA/PERSENDIRIAN 34 (83%) 7 ( 17%) 41

PELAJAR 25 (76%) 8 ( 24%) 33MISSING 2

JUMLAH 82 16 100

Page 33: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Carta 15 : Hubungkait antara Pekerjaan dengan harga barangan Kedai Rakyat 1 Malaysia lebih rendah daripada barangan kedai lain

Berdasarkan jadual dan bar chart di atas merujuk kepada hubungkait antara

pekerjaan dengan harga barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia yakni lebih rendah

daripada kedai barangan lain. Daripada 24 orang responden yang berkerja dalam

sektor kerajaan hanya 23 orang responden yang setuju harga barangan di Kedai

Rakyat 1Malaysia lebih murah daripada kedai barangan lain dengan peratusan

sebanyak 95% manakala yang tidak setuju dengan harga yang ditawarkan oleh

Kedai Rakyat 1Malaysia ialah 1 orang responden yang bersamaan 4%. Hal ini

berlaku disebabkan, golongan ini merupakan golongan yang berpendapatan tetap

33

Page 34: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

dan kebiasaannya mereka akan merancang perbelanjaan bulanan mereka supaya

mampu memenuhi keperluan sampingan mereka.

Seterusnya, bagi golongan yang bekerja dalam sektor swasta atau persendirian

pula kebanyakkan mereka bersetuju dengan harga yang ditetapkan di Kedai

Rakyat 1Malaysia berbanding harga barangan di kedai lain. Hal ini dapat dilihat pada

jadual dan bar chart, seramai 34 orang responden iaitu bersamaan 83% daripada

41 orang responden setuju dengan harga yang telah digunakan oleh kedai ini.

Seramai 7 orang responden iaitu 17% pula tidak setuju dengan harga yang

ditawarkan oleh Kedai Rakyat ini kerana mereka tidak mempercayai kualiti barangan

yang dijual dengan harga yang rendah. Hal ini kerana mereka beranggapan

barangan mahal lebih berkualiti tinggi berbanding barangan pada harga rendah.

Daripada 33 orang pelajar yang menjadi responden hanya 25 orang

responden atau 76% sahaja yang setuju dengan harga barangan yang ditawarkan

di Kedai Rakyat 1Malaysia. Hal ini kerana mereka merasakan harga yang

ditawarkan adalah lebih rendah berbanding harga barangan di kedai lain. Manakala

bilangan pelajar yang tidak setuju pula ialah seramai 8 orang responden bersamaan

24%. Hal ini demikian kerana kebanyakkan pelajar tidak mempunyai pendapatan

bulanan secara tetap dan ini mendorong mereka menghadkan perbelanjaan harian

dengan memilih barangan pada harga yang rendah sebagai barangan pilihan

mereka. Oleh hal yang demikian, mereka menyetujui harga yang dijual di kedai

rakyat lebih murah daripada kedai barangan lain. Namun begitu, terdapat juga

responden yang tidak memberi maklum balas iaitu sebanyak 2 orang responden.

8.13 Hubungkait antara Status responden dengan persetujuan

penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia

34

Page 35: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Jadual 19 : Status responden dengan persetujuan penubuhan Kedai Rakyat 1

Malaysia

STATUS

Adakah anda bersetuju dengan penubuhan

Kedai Rakyat 1 Malaysia JUMLAH

SETUJUTIDAK SETUJU

BUJANG 44 (85%) 8 (15%) 52

BERKAHWIN41 (87%) 6 (13%)

47

MISSING1

JUMLAH 85 14 100

35

Page 36: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Carta 16 : Status responden dengan persetujuan penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia

Hubungkait antara status dengan persetujuan penubuhan kedai rakyat 1Malaysia

boleh dilihat pada 52 orang responden yang masih bujang. Daripada jumlah ini

sebanyak 44 orang responden atau 85% setuju dengan penubuhan Kedai Rakyat

1Malaysia. Manakala golongan bujang yang tidak bersetuju dengan penubuhan

Kedai Rakyat 1Malaysia pula ialah sebanyak 8 orang responden iaitu bersamaan

36

STATUSBERKAHWINBUJANG

Coun

t

50

40

30

20

10

0

Bar Chart

TIDAK SETUJUSETUJU

Adakah anda bersetuju dengan penubuhan

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Page 37: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

15%. Seterusnya daripada 100 orang responden sebanyak 47 orang responden

sudah berkahwin dan daripada jumlah ini 41 orang responden atau 87% setuju

dengan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia kerana membantu mereka merangka

perbelanjaan bulanan dengan kadar yang rendah. Hal ini demikian kerana, gaji yang

diterima perlu diagihkan kepada pelbagai keperluan yang lain lagi. Manakala,

terdapat juga responden yang sudah berkahwin tidak bersetuju dengan penubuhan

kedai ini kerana mereka mementingkan kualiti barangan dan mereka mungkin

beranggapan barangan yang dipasarkan tiada kualiti dan sebagainya,. Daripada

jumlah itu, sebanyak 6 orang respon yang sudah berkahwin yang tidak bersetuju

dengan penubuhan kedai ini iaitu bersamaan 13%.

9.0 Cadangan dan pendapat

9.1 Cadangan dan pendapat dari responden

Jadual 20 : Pada pendapat anda, apakah barangan tambahan yang perlu

dikeluarkan oleh Kedai Rakyat 1 Malaysia

Pendapat respondenBilangan(orang)

Peratus(%)

Aiskrim, cool blog, makanan manis 1 1Alat tulis 5 5

Alat tulis dan alatan mandi 1 1Alat tulis dan barangan basah 1 1

Alat tulis dan kasut 1 1Alat tulis dan peralatan dapur 1 1

Alat tulis dan semua jenis barangan runcit 1 1Alatan elektronik 1 1

Alatan mandi, alalt tulis,makanan sejuk beku 1 1Alatan sukan dan alatan kereta 1 1

Baju. alat tulis. alatan mandi, plastik 1 1Banyakkan barang keperluan untuk bayi 1 1

Banyakkan barangan basah 1 1

37

Page 38: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Banyakkan keperluan rumah dan keperluan diri 1 1Barang basah 1 1

Barang keperluan harian 1 1Barangan basah 2 2

Barangan basah seperti ikan dan ayam 1 1Barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan, ayam

dan lain-lain 1 1Barangan bayi, kosmetik dan cenderamata 1 1

Barangan bersenam 1 1Barangan dapur 1 1

Barangan elektrik 2 2Barangan elektrik, barangan kesihatan seperti ubat,

barangan kecantikan dan pakaian 1 1Barangan keperluan bayi seperti susu dan pampers

yang berkualiti 1 1Barangan keperluan yang berkualiti 1 1

Barangan kereta 1 1Barangan kosmetik 1 1

Barangan mandian dan kosmetik 1 1Barangan mentah seperti sayuran 1 1

Barangan runcit, barangan basah seperti ikan, ayam, sayur yang dijual dengan harga yang berpatutan bagi

golongan berpendapatan rendah dan memperkenalkan pelbagai jenama keluaran tempatan 1 1

Barangan sukan dan alat tulis 1 1Barangan sukan dan barangan elektrik 1 1

Barangan telefon bimbit 1 1Barangan terpakai 1 1

Daging segar dan bahan mentah 1 1Fashion accessories 1 1

Gajet Elektronik 1 1Gula dan minyak 1 1

Hardware 1 1Kad prabayar 1 1

Kekalkan barangan. Tingkatkan kualiti 1 1Keperluan pelajar wanita seperti barangan kosmetik 1 1

Kiwi, Peti ais 1 1Lebih banyak jenis dan pilihan barangan gunaan harian seperti beras dan cecaair mencuci pakaian 1 1

Makanan basah 2 2Makanan bijiran 1 1

Makanan dan peralatan mandi 1 1Makanan segera seperti coolblog, waffer dan slurpee 1 1

Memperbanyakkan lagi 1 1Menambahkan jualan bahan mentah makanan 1 1

38

Page 39: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Menjual telefon bimbit dan komputer buatan malaysia, buku-buku rujukan 1 1

Mobile phone 1 1Pakaian 3 3

Pakaian dan makanan kesihatan 1 1Pakaian seperti T-shirt, Pant dan barangan elektronik 1 1

Pelbagaikan barangan keperluan dapur 1 1Penduduk yang ramai 1 1

Perabot 1 Malaysia 1 1Perabot, alat ganti kenderaan, aksesori kenderaan,

rokok, makanan segar dan alatan sukan 1 1Perabot, pakaian, makanan kesihatan, dan barangan

elektronik 1 1Peralatan alat tulis 1 1

Peralatan elektronik bagi memudahkan pelajar yang tidak berupaya untuk membeli barangan tersebut

dengan harga yang murah atau berpatutan 1 1Perlu kerana penduduk yang ramai 1 1

Protein shake 1 Malaysia 1 1Rokok 1 Malaysia 1 1

Sayuran 1 1Semua keperluan barang basah dan kering perlu ada 1 1Semua keperluan barang makanan basah atau kering

pelu ada di KRIM 1 1Tambah barang 1 1

Tambah barangan basah seperti ikan 1 1Tambah nilai kad prabayar 1 1

Tiada 16 16Tidak pasti sebab tak pernah pergi 1 1

Tidak perlu 1 1Tidak perlu keluarkan apa-apa barang 1 1

Total 100 100

Jadual ini menunjukkan pendapat responden terhadap jenis barangan

tambahan yang perlu dikeluarkan oleh Kedai Rakyat 1Malaysia. Sebahagian besar

responden iaitu 16% yang tidak memberikan pendapat tentang barangan ini kerana

mereka merasakan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia telah mencukupi

keperluan asas harian mereka. Selain itu, terdapat 2% daripada keseluruhan

responden telah mencadangkan barangan basah seperti ikan, udang dan lain-lain

dan barangan elektrik supaya dapat mempertingkatkan produktiviti barangan

39

Page 40: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

tersebut. Terdapat juga sebanyak 3% responden yang mencadangkan supaya

pakaian dijadikan produk tambahan penjenamaan Kedai Rakyat 1Malaysia ini dan

5% yang lainnya mencadangkan alat tulis sebagai barangan tambahan yang perlu

dihasilkan oleh Kedai Rakyat 1Malaysia ini.

9.2 Cadangan responden untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Kedai Rakyat 1 Malaysia

Jadual 21 : Apakah cadangan anda untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Kedai Rakyat 1 Malaysia

Cadangan respondenBilangan (orang)

Peratus(%)

Bangunkan di kawasan pedalaman 1 1Banyakkan cawangan 1 1

Banyakkan kedai 1 1Bina KRIM di universiti, kolej, dan sekolah 1 1

Buat di universiti 1 1Buat e-dagang 1 1

Buat pembungkusan yang menarik 1 1Buat perdagangan internet 1 1

Buka 24 jam 1 1Buka cawangan di Universiti 2 2

Keluarkan barangan murah tetapi berkualiti 1 1KRIM perlu ditutup kerana barangan yang

dikeluarkan adalah tidak bermutu 1 1Kurangkan harga 1 1

Lebih besar dan perbanyakkan cawangan bukan sahaja di bandar malah di kawasan

perkampungan 1 1Lebihkan nilai komersil 1 1

Meluaskan iklan KRIM dan menbina kompleks pasar raya 1 Malaysia 1 1

Memberi latihan kepada pekerja, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan mutu barangan

yang dijual 1 1Membuat latihan kemahiran perdagangan 1 1Membuat lebih banyak iklan, mengadakan 1 1

40

Page 41: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

promosi, dan menjual barangan yang tidak luput dan bersistematik

Membuka cawangan besar 1 1Membuka kedai di luar negara 1 1

Membuka lebih banyak cawangan 1 1Mempelbagaikan barangan dan kualiti barang 1 1

Memperbanyakkan KRIM di universiti 1 1Memperluaskan atau memperbanyakkan KRIM di

seluruh tempat 1 1Memperluaskan KRIM di seluruh negeri 1 1

Menambah bilangan Kedai Rakyat 1 Malaysia 1 1Menambah lebih banyak cawangan khususnya di

kawasan pedalaman supaya dapat mengurangkan beban penduduk 1 1Menambahkan bilangan kedai 1 1

Menambahkan KRIM di sekitar IPTA dan IPTS 1 1Menambahkan produk 1 1

Mengadakan kawalan yang ketat dan terperinci mengenai kualiti produk 1 1

Mengadakan promosi dan perbanyakkan iklan 1 1Mengadakan promosi seperti " beli satu percuma

satu " 1 1Mengecat lantai supaya lebih ceria 1 1

Mengekalkan harga barangan 1 1Mengeluarkan barangan yang lebih baik, sedap

dan lebih berkualiti 1 1Mengeluarkan barangan yang lebih bermutu.

Menghebahkan dengan lebih sistematik 1 1Menghantar pekerja ke kursus atau latihan untuk

mengeluarkan barangan yang bermutu tinggi 1 1Mengurangkan harga 1 1

Mengurangkan harga barangan dan meningkatkan mutu barangan 1 1Meningkatkan kualiti barang 1 1

Meningkatkan kualiti barangan dan memperbanyakkan iklan dalam media massa 1 1

Meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan serta menambah barangan yang menjadi

permintaan ramai 1 1Meningkatkan kualiti barangan di KRIM 1 1

Meningkatkan mutu 1 1Meningkatkan pekerja mahir 1 1

Meningkatkan promosi dan mutu barangan 1 1Meningkatkan servis pada tahap yang maksima dan mempertingkatkan jumlah kedai di Malaysia 1 1Menjalankan R&D untuk menjamin kualiti produk

yang dihasilkan 1 1

41

Page 42: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Menjual barang bermutu 1 1Menstabilkan harga barangan 1 1

Menubuhkan lebih banyak KRIM di kawasan luar bandar 1 1

Menyediakan barangan yang berkualiti dan membuka kedai di tempat yang mudah parking 1 1

Menyediakan tempat parking yang luas di sekitar kedai 1 1

Menyeragamkan harga dan menyenaraikan harga barangan di internet 1 1

Merendahkan harga barangan 1 1

Pekerja KRIM perlu lebih mesra 11

Pekerja lebih mesra. barangan yang banyak dan berkualiti 1 1

Pekerja mestilah ramah dengan pelanggan 1 1Pekerja yang lebih mesra 1 1

Pekerja yang ramah 1 1Pelbagaikan variasi barang, pilih barang berkualiti

sahaja, mediator terbaik untuk rakyat mendapatkan barangan berkualiti dengan harga

yang murah. 1 1Penambahan bahan lain yang lebih berkualiti dan

tetap murah 1 1Pengiklanan 3 3

Perbanyakkan cawangan 1 1Perbanyakkan kedai 1 1

Perlu menjual barangan yang berjenama supaya lebih mendapat perhatian pelanggan 1 1

Perluaskan lagi atau penambahan KRIM 1 1Sent all of the employes to proffessional courses 1 1

Tambah cawangan di setiap kampungv 1 1Tambahkan barangan yang berkualiti 1 1

Tambahkan gaji pekerja, memberi diskaun kepada mereka yang selalu membeli/ menjual

barangan bagi kaum seperti makanan tradisional kaum lain. 1 1

Tetap murah, tambah jualan bahan lain, lebih banyak penubuhan KRIM di kawasan perumahan 1 1

Tiada 16 16Tingkat kualiti barangan 1 1

Tingkatkan bilangan kedai 1 1Tingkatkan pengiklanan 1 1

Tolong bagi kempen kesedaran 1 1Tukar bungkusan supaya lebih menarik dan buka

cawangan di kampung 1 1

42

Page 43: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Use better material in making their product 1 1Wujudkan lebih banyak KRIM 1 1

Jumlah 100 100

Daripada kajian yang dijalankan terhadap beberapa responden bagi

meningkatkan mutu perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia ini, didapati 16%

daripada keseluruhan responden tidak memberikan sebarang bentuk cadangan bagi

meningkatkan mutu perkhidmatan kedai ini. Hal ini menunjukkan bahawa

sebahagian besar responden sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah

diberikan oleh Kedai Rakyat 1Malaysia ini. Selain itu, terdapat 3 % daripada

responden telah mencadangkan kaedah pengiklanan mengenai penubuhan kedai ini

dapat membantu mempertingkatkan mutu perkhidmatan kedai ini. Terdapat 2 %

yang lainnya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan cawangan Kedai Rakyat

1Malaysia ini di dalam kawasan Universiti bagi memudahkan pengguna. Hal ini

kerana sebahagian besar pengguna atau pelanggan Kedai Rakyat 1Malaysia ini

terdiri daripada golongan belia yang rata-ratanya merupakan pelajar Universiti.

9.3 Cadangan dan komen dari pengurus Kedai Rakyat 1 Malaysia di Pulau

Pinang

43

Page 44: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Pengurus KRIM di Taman Kota Permai Bukit Mertajam, Pulau Pinang iaitu

Nor Hanisah Binti Shukri mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang

masalah bagi mendapatkan bekalan barangan. Beliau juga berpendapat bahawa

Kedai Rakyat 1Malaysia ini sememangnya memberikan faedah kepada rakyat

kerana barangan di kedai ini mampu meringankan bebanan dan tanggungan dalam

keluarga. Beliau juga mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat menubuhkan

lebih banyak cawangan di setiap tempat supaya memudahkan rakyat untuk

mendapatkan barangan keperluan asas.

Seterusnya, pengurus KRIM di Taman Sri Pinang Butterworth, Pulau Pinang

beliau iaitu Zulfadli Bin Azizan mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang

masalah dalam mendapatkan barangan sepanjang tempoh beliau mula

menguruskan perniagaan KRIM ini. Beliau juga berpandangan bahawa kedai ini

dapat memberikan faedah kepada rakyat kerana dapat membantu bagi

memudahkan rakyat mendapatkan keperluan asas. Beliau juga mencadangkan

supaya pengiklanan mengenai kedai ini haruslah dipertingkatkan dan menubuhkan

kedai ini ditempat yang strategik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kedai ini.

Akhir sekali, pengurus KRIM di Tasek Gelugor, Pulau Pinang iaitu Muhd

Izwan Bin Mat Tarmizi mengatakan bahawa beliau mengalami masalah kekurangan

stok barangan dalam memenuhi kehendak pelanggan. Beliau juga telah

mencadangkan supaya menubuhkan beberapa cawangan baru kedai ini di kawasan

yang sepatutnya yang dijangka strategik dan memudahkan rakyat. Hasil daripada

temubual ketiga-tiga orang pengurus KRIM ini, kami mendapati bahawa mereka

sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kedai ini kerana ianya telah banyak

memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

44

Page 45: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

9.4 Cadangan dan Pandangan dari Pihak Pengkaji

Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan mengenai Keberkesanan Kedai

Rakyat 1Malaysia terhadap penduduk di Pulau Pinang, kami berpandangan bahawa

Kedai Rakyat ini boleh ditubuhkan di sekitar universiti awam mahupun swasta di

negara kita. Hal ini demikian kerana, bilangan pelajar yang ramai boleh membantu

memajukan perniagaan ini. Tambahan pula, para pelajar boleh menjadi pelanggan

Kedai Rakyat 1Malaysia kerana kedai ini menawarkan harga yang rendah dan

sesuai dengan golongan pelajar yang tidak memiliki pendapatan tetap untuk

mendapatkan bekalan keperluan harian. Hal ini kerana, golongan pelajar yang

hanya bergantung kepada pinjaman dan biasiswa semata-mata sahaja, oleh itu,

dengan adanya kedai ini, ia boleh membantu mereka berjimat ketika berbelanja.

Penubuhan kedai ini juga sacara tidak langsung membantu dalam memudahkan

pelajar untuk membeli keperluan harian tanpa perlu keluar ke tempat yang lebih

jauh. Sebagai contoh, Kedai Rakyat 1Malaysia boleh ditubuhkan berhampiran

dengan Universiti Sains Malaysia kerana dengan inisiatif ini ia dapat membantu

pelajar dan staf-staf university untuk mendapatkan barangan pada harga yang

rendah dan mudah. Contohnya, berdasarkan soal selidik yang dijalankan terhadap

kebekesanan Kedai Rakyat di Pulau Pinang, seramai 25 orang responden pelajar

daripada 33 orang responden pelajar menyetujui harga di Kedai Rakyat 1Malaysia

lebih murah berbanding kedai barangan lain. Ini menunjukkan perkhidmatan Kedai

rakyat 1Malaysia mendapat sambutan baik daripada para pelajar sekiranya

dibangunkan di kawasan universiti.

45

Page 46: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Di samping itu, perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia juga boleh

dipertingkatkan lagi keberkesanannya melalui penambahan barangan yang masih

belum ada di kedai ini. Hal ini dapat dilihat pada peralatan alat tulis yang merupakan

salah satu keperluan wajib para pelajar. Sekiranya pihak pengurusan Kedai Rakyat

1Malaysia boleh menambahkan barangan ini dalam senarai barangan sudah pasti

dapat menarik minat golongan pelajar untuk datang membeli peralatan alat tulis.

Dengan cara ini, Kedai Rakyat 1Malaysia boleh ditubuhkan di kawasan universiti.

Seterusnya, kami juga berpendapat bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia juga

boleh diluaskan fungsinya seperti menjadi satu kompleks yang besar untuk menjual

barangan 1Malaysia sahaja. Hal ini dapat dilihat seperti yang berada di Sabah.

Kompleks yang besar menjual segala jenis barangan bermula daripada barangan

kering, barangan basah sehinggalah kepada barangan sejuk beku. Dengan adanya

pembukaan kompleks ini, ia dapat memudahkan rakyat untuk membeli barangan

tanpa perlu ke kawasan lain untuk mendapatkan barangan tersebut. Kesannya,

rakyat dapat membeli barangan pada harga yang rendah dan murah. Kami memberi

cadangan ini setelah mendapat idea daripada pengurus yang ditemubual.

Kami juga berpandangan pembungkusan pada barangan di Kedai Rakyat

1Malaysia juga boleh diubah ke corak dan warna yang lebih menarik kerana

membantu menarik minat rakyat untuk membeli barangan. Pembungkusan yang

Nampak lebih eksklusif dan menarik boleh membantu mengubah persepsi rakyat

terhadap kualiti barangan yang dipasarkan. Hal ini demikian kerana, pembungkusan

yang berlatarbelakangkan warna putih kurang menarik perhatian rakyat untuk

membeli barangan ini.

46

Page 47: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

Selain itu, kami juga mencadangkan supaya Kedai Rakyat 1Malaysia ini

meluaskan cawangan di kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana Kedai Rakyat

1Malaysia ini hanya tertumpu dikawasan bandar sahaja. Jadi, keadaan ini akan

menyukarkan penduduk di kawasan luar bandar memperolehi barangan pada harga

rendah berbanding kedai barangan lain. Rakyat luar bandar ini menginginkan

barangan pada harga yang rendah kerana kebanyakkan penduduk di luar bandar ini

memiliki pendapatan yang rendah berbanding penduduk di bandar yang majoritinya

berpendapatan tinggi. Oleh itu, sekiranya Kedai Rakyat 1Malaysia ini ditempatkan di

kawasan luar bandar, sudah semestinya mampu meringankan beban masyarakat

luar bandar ini bagi memperolehi barangan pada harga yang rendah dan berpatutan.

10.0 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami mendapati secara

keseluruhannya kajian ini membuktikan Kedai Rakyat 1Malaysia ini berkesan dalam

memberikan perkhidmatan terhadap penduduk di Pulau Pinang ini. Tidak dinafikan

Kedai Rakyat 1Malaysia ini telah banyak membantu dalam memudahkan rakyat

dalam memperolehi barangan pada harga yang rendah dan berpatutan. Selain itu,

jenama Kedai Rakyat 1Malaysia ini dapat dibuktikan setanding dengan jenama

barangan lain dari segi kualiti dan pembungkusannya. Hal ini demikian kerana

barangan keluaran Kedai Rakyat 1Malaysia ini telah dipantau dan disahkan untuk

dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan. Jadi, hal ini menunjukkan tiada lagi keraguan ke atas kualiti dan

harga barangan yang dikeluarkan oleh kedai ini. Walau bagaimanapun, Kedai

Rakyat 1Malaysia ini perlulah meningkatkan mutu perkhidmatan dengan mengambil

47

Page 48: Kajian Mengenai Keberkesanan Kedai Rakyat 1Malaysia Di Pulau Pinang

kira cadangan dan pandangan daripada pelanggan dan pengurus kedai berkenaan.

Jika cadangan dan pandangan ini diambilkira, mungkin sambutan terhadap Kedai

Rakyat 1Malaysia lebih memberansangkan bukan sahaja terhadap penduduk di

bandar mahupun di luar bandar.

48