of 73 /73
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Program pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika ini. Perkembangan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah, supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di peringkat sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar dan graduan, akan dapat berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya mereka, dalam abad ke 21. Di samping itu keupayaan pelajar menguasai pengetahuan ICT, dapat membantu mereka menyediakan diri untuk menghadapi ledakkan maklumat yang semakin pantas. Kewujudan penggunaan komputer bukan sahaja dapat merangsang pemikiran pelajar bahkan dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Zoraini Wati Abas, 1993, ms. 27). Justeru, pendedahan kepada ilmu pengkomputeran telah direalisasikan kepada semua pelajar dan warga pendidik pada peringkat awal secara sistematik dan terancang oleh kerajaan, agar budaya pengkomputeran dapat diamalkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. 1

Kajian Kes Keberkesanan Makmal ICT dan kesan keatas program ICTL

Embed Size (px)

Text of Kajian Kes Keberkesanan Makmal ICT dan kesan keatas program ICTL

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Program pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika ini. Perkembangan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah, supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di peringkat sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar dan graduan, akan dapat berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya mereka, dalam abad ke 21. Di samping itu keupayaan pelajar menguasai pengetahuan ICT, dapat membantu mereka menyediakan diri untuk menghadapi ledakkan maklumat yang semakin pantas. Kewujudan penggunaan komputerbukan sahaja dapat merangsang pemikiran pelajar bahkan dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Zoraini Wati Abas, 1993, ms. 27).

Justeru, pendedahan kepada ilmu pengkomputeran telah direalisasikan kepada semua pelajar dan warga pendidik pada peringkat awal secara sistematik dan terancang oleh kerajaan, agar budaya pengkomputeran dapat diamalkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. Dari perspektif pembangunan modal insan, program pengkomputeran sekolah, bertujuan untuk memupuk pelajar, supaya memiliki kemahiran dan keterampilan. Usaha pembestarian sekolah dengan menjadikan penggunaan ICT dalam pendidikan, adalah bertujuan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah bersama kompetensi guru di sesebuah sekolah juga diharapkan akan meningkat melalui usaha pembestarian sekolah. Dalam usaha ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan pembinaan Makmal Pengkomputeran di sekolah sekolah di seluruh negara, Projek Rintis Sekolah Bestari telah melibatkan 88 buah sekolah di seluruh negara dengan 1

penyediaan infrastruktur dan rankaian jalur lebar (SchoolNet), PPSMI, Cyber Caf, Teknologi Wireless, Komuniti ICT dan Briget ICT. Segala usaha ini adalah untuk merapatkan jurang digital di kalangan pelajar dan guru dalam sekolah sekolah di Bandar dan luarbandar. Kemudahan infrastruktur yang berkaitan dengan ICT, dilaksanakan dengan memberi talian Schoolnet dengan menggunakan teknologi ADSL, Wireless dan Satelite di kawasan-kawasan

pendalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Usaha membawa teknologi ICT ke sekolah, tidak akan memberi makna sekiranya tenaga pengajar di sekolah-sekolah, tidak didedahkan dengan latihan kemahiran ICT dan keberkesanan penggunaan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri dan institusi-institusi perguruan telah menganjurkan kursus-kursus jangka pendek untuk guru-guru mendapatkan kemahiran-kemahiran asas penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Makmal komputer yang dibina di sekolah-sekolah terdiri dari 3 model iaitu, Model1, Model 2, dan Model 3 berdasarkan populasi sesebuah sekolah yang terlibat. Kemunculan makmal komputer di sekolah juga adalah selaras dengan Program Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah, membawa maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran, yang direka semula secara sistematik, dari segi amalan pengajaran pembelajaran serta pengurusan sekolah, untuk membantu murid murid menghadapi era teknologi maklumat.

Komponen utama Pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Aktiviti pelajar dalam bilik darjah yang berpusatkan guru, diubah kepada pendekatan guru sebagai facilitator dan pelajar memainkan peranan yang penting dalam proses mencari maklumat dan bahanbahan rujukan yang perlu dengan penggunaan peralatan ICT dan internet. Ertikata,

2

pelajar mempunyai pilihan yang luas dan dunia adalah dihujung jari mereka melalui teknologi IT. Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT perlu disokong dengan infrastruktur yang lengkap dalam sekolah-sekolah dan diikuti dengan pengurusan peralatan dan kewangan yang cekap dan berterusan. 1.2 Penyataan Masalah Sejauhmanakah berjayanya pengurusan kemudahan makmal pengkomputeran sekolah membantu pelajar-pelajar menguasai kemahirankemahiran ICT menjadi satu tanda tanya dikalangan ibubapa dan para pendidik. Pelajar tidak dapat akses kepada komputer secara menyeluruh kerana, bilangan komputer yang dibekalkan jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yang boleh digunakan, seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang sering berlaku disebabkan oleh penggunaan yang keterlaluan dan tidak teliti oleh pelajar-pelajar sekolah rendah. Perkembangan ini menambahkan kadar pengguna komputer sehingga 4 atau 5 orang murid untuk satu unit komputer, semasa pengajaran dijalankan. Berikutan dari itu pengalaman hands on pelajar terbatas dan dikhuatiri masalah ini menjejaskan penguasaan kemahiran ICT pelajar-pelajar sekolah ini. Dalam mesyuarat agung ibubapa sekolah ini, ibubapa sering membangkitkan isu-isu mengenai anak-anak mereka yang tidak menggunakan makmal komputer untuk belajar pelajaran komputer. Mereka mengatakan guru tidak membawa mereka ke makmal ICT untuk pengajaran pembelajaran. Dalam pada itu, mereka juga membangkitkan isu anak-anak mereka yang tidak berpeluang menggunakan komputer semasa pengajaran dijalankan kerana sering dimonopoli oleh pelajar-pelajar lain dalam kelas. Ini membuktikan bahawa pelajar sering berebut untuk mendapatkan komputer yang terhad dan pelajar-pelajar yang lemah tidak mendapat peluang atau pengalaman hands on semasa pengajaran pembelajaran berjalan. Perkembangan ini bercanggah dengan

3

kenyataan bekas Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang menegaskan: Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos. Kementerian Pendidikan berusaha membawa kemudahan untuk pelajar-pelajar mendapat akses kepada pengetahuan ICT supaya pelajar-pelajar bandar dan luarbandar tidak ketinggalan dalam aspek kopetensi ICT. Dalam usaha ini kawasan luarbandar diberi keutamaan untuk mendirikan makmal-makmal komputer bermula pada bulan Mac 2000. Walaupun pelbagai masalah timbul dalam proses pembinaan namun demikian projek ini telah dapat disempurnakan berperingkat-peringkat dan teknologi IT dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar bandar dan luarbandar di seluruh negara. 1.3 Penyenggaraan Makmal Di Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat Pulau Pinang, aspek penyenggaraan peralatan komputer yang dibekalkan, diselenggarakan oleh Syarikat Mimos Sendirian Berhad dan Syarikat Pintar sehingga tempoh waranti tamat. Selepas tamat tempoh waranti, Kementerian Pendidikan terpaksa melantik syarikatsyarikat tertentu untuk

menjalankan kerja-kerja penyenggaraan peralatan makmal. Namun demikian kelewatan dalam melantik syarikat baru setelah kontrak syarikat lama tamat tempoh menyebabkan kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah ini tergendala. Hampir setiap hari terdapat kerosakan komputer. Kerosakankerosakan ini biasanya tertumpu kepada kerosakan sofware dan hardware. Guru penyelaras makmal ICT tidak berupaya menjalankan penyenggaraan kerana, beliau tidak dilatih dalam bidang penyenggaraan dan tidak diperuntukkan sebarang peruntukan kewangan, untuk menjalankan kerjakerja pengurusan dan penyenggaraan. Penyelaras hanya berupaya menjalankan 4

penyenggaraan asas untuk memulihkan keadaan software atas usaha beliau sendiri dengan menggunakan masa lapang beliau. Jadual pengajaran guru penyelaras juga berat, iaitu dari 28 hingga 30 waktu pengajaran seminggu tanpa mengira jadual waktu ganti untuk menggantikan guru-guru yang tidak hadir sekolah. Guru penyelaras menjalankan penyenggaraan asas dan membaikpulih software yang rosak akhibat kehilangan fail-fail penting, serangan virus dan lain-lain kerosakan teknikal mudah. Namun demikian, sekolah perlu mengharapkan peruntukan yang terhad, yang ada pada Jabatan Pendidikan Negeri, untuk mengatasi masalah hardware yang serius di makmal komputer sekolah ini. kerosakan hard disk, CD ROM drive, power supply dan motherboard komputer. Jenis-jenis kerosakan yang dinyatakan ini, perlu sokongan kewangan untuk mendapatkan alatan ganti yang baru untuk memulihkan komputer-komputer yang rosak di dalam makmal. Dalam tahun 2008, kelewatan kementerian melantik syarikat-syarikat untuk

mengendalikan penyenggaraan di sekolah-sekolah diseluruh Pulau Pinang ternyata telah melumpuhkan Makmal Komputer sekolah yang dikaji. Hanya sebanyak 8 unit komputer dari 20 unit komputer dalam makmal tersebut yang berfungsi. Purata pelajar yang berkongsi sebuah komputer bertambah dari 3 hingga 4 orang pelajar, bergantung kepada jumlah pelajar dalam kelas yang menggunakan makmal. 1.4 Tindakan Menutup Makmal Pada pertengahan tahun 2008, pihak pengurusan sekolah telah mengambil keputusan untuk menutup makmal pengkomputeran. Alasan yang kemukakan dalam mesyuarat guru adalah untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan bilangan komputer yang dapat digunakan hanya tinggal 8 unit. Pihak pentadbiran juga tidak mahu para guru menggunakan kemudahan yang terdapat dalam makmal pengkomputeran atas alasan guru-guru menjalankan kerja-kerja yang tidak bersangkutan dengan kerja-kerja sekolah.

5

Tindakan ini telah menghalang para guru untuk menggunakan perkhidmatan internet dan kemudahan lain untuk menjalankan kerja-kerja rutin mereka. Perkhidmatan Wireless LAN yang telah disediakan oleh penyelaras makmal dengan usaha PIBG tidak dapat digunakan kerana alat pemancar yang dipasang di luar makmal pengkomputeran juga tidak dapat berfungsi berikutan dengan tindakan mematikan suis utama dalam makmal. 1.5 Kemudahan ICT Masalah ini memuncak apabila sekolah gagal menyediakan kemudahan ICT untuk guru-guru menyelesaikan kerja-kerja harian mereka. Kemudahan peralatan komputer di bilik guru tidak membantu kerana telah lapok ditelan zaman. Pencetak selalu kehabisan dakwat dan pihak sekolah tidak dapat menyediakan mencari sumber kewangan untuk menampung kos penyenggaraan alatan. Badan kebajikan guru yang dibentuk di sekolah tidak dapat menggunakan wang dari tabungnya kerana., ramai guru yang tidak setuju dengan alasan bukan semua guru yang menggunakan kemudahan komputer yang terdapat di bilik guru. Ada di antara mereka mengunakan kemudahan yang terdapat di rumah masing-masing untuk membuat kerja-kerja sekolah demi untuk keselesaan mereka. Sebagai langkah alternative Guru Besar sekolah ini menggalakan guru-guru melanggan Broadband dan mendapatkan sebuah komputer riba masing-masing. Guru-guru yang memerlukan perkhidmatan internet perlu membelanjakan antara RM50 hingga RM60 untuk mendapatkan perkhidmatan internet broadband dari syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Walaupun ada kelebihanya, namun bukan semua guru mampu untuk mendapatkan kemudahan tersebut. Para guru juga tidak bersetuju dengan saranan Guru Besar kerana mereka berpendapat kemudahan School Net yang disediakan percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk sekolah-sekolah

6

tidak digunakan secara optimum, baik untuk pelajar mahupun untuk guru dalam proses pengajaran pembelajaran. Perkembangan ini dikuatiri telah telah memberi impak yang negatif terhadap tahap penguasaan literasi komputer di kalangan pelajar-pelajar sepanjang tempoh kajian ini dilakukan. Maka tinjauan di buat untuk menetukan situasi sebenar dan masalahmasalah pada peringkat sekolah untuk di dedahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan dalam menangani isu-isu yang membendung perkembangan penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar. Modal yang banyak telah digunakan untuk mendirikan makmal pengkomputeran di sekolah-sekolah kebangsaan diseluruh negara dan kita tidak seharusnya membiarkan kelemahan teknikal dan kelemahan pengurusan yang wujud terus mebantutkan usaha membawa pengetahuan ICT kepada pelajar-pelajar sekolah. Ketiadaan seseorang koordinator teknologi di sekolah untuk menguruskan hal-hal latihan, keselamatan, keselesaan dan penggunaan yang adil di antara guru-guru dan pelajar di sekolah juga menjadi satu masalah di sekolah. Oleh yang demikian pihak sekolah bergantung sepenuhnya kepada Kementerian Pelajaran, untuk melaksanakan penyenggaraan yang tersusun dan berterusan supaya objektif sebenar program pengkomputeran sekolah dapat dijayakan di peringkat sekolah.

1.6 Soalan-Soalan Kajian 1 Adakah penguasaan kemahiran asas ICTL berbeza dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan? 2 3 Adakah guru-guru ICTL menunjukkan kesediaan mereka mengendalikan program ini? Adakah pengurusan makmal pengkomputeran sekolah ini berkesan?

7

4

Bagaimanakah penyenggaraan peralatan ICT dijalankan di makmal sekolah yang dikaji?

pengkomputeran

5

Apakah kesan pengurusan makmal pengkomputeran ke atas kemahiran ICTL pelajar?

1.7 Objektif Kajian 1 2 3 Melihat penguasaan kemahiran ICTL pelajar lelaki dan perempuan. Meninjau kesediaan dan kebolehan guru dalam mengendalikan program ICTL. Meninjau keberkesanan pengurusan makmal pengkomputeran sekolah yang di kaji. 4 Meninjau tahap penyenggaraan peralatan ICT di makmal pengkomputeran sekolah yang dikaji. 5 Mengenalpasti bahawa kemudahan infrastruktur ICT makmal pengkomputeran sekolah dalam tempoh kajian memberi sebarang kesan kepada pencapaian kemahiran ICTL. 1.8 Signifikan Kajian Kajian ini adalah penting untuk mengetahui keberkesanan Program ICTL dikalangan pelajar-pelajar tahun tiga, Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat Pulau Pinang. Dapatan kajian ini akan membantu pihak yang bertanggungjawab (KPM/JPN/PPD/sekolah) untuk membaiki kelemahan dan memastikan pelajar-pelajar memperolehi faedah yang sepenuhnya dari peralatan dan kemudahan ICT yang disediakan dan seterusnya memantapkan proses pembelajaran pelajar-pelajar sekolah ini khususnya dalam menguasai kemahiran asas ICT melalui program ICTL.

8

Dapatan kajian juga diharapkan akan membantu dalam penyelidikan lanjutan mengenai infrastruktur makmal pengkomputeran sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan makmal pengkomputeran seluruh negara untuk mengetahui keberkesanan operasinya dalam membantu pelajar menguasai kemahiran ICT pada umumnya. Disamping itu kajian ini juga akan membantu para guru dan pihak pentadbiran sekolah yang dikaji, untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran ICTL pelajar-pelajar nya. 1.9 Limitasi Kajian Kajian ini bersifat kajian kes dengan memberi penumpuan kepada kemudahan infrastruktur makmal pengkomputeran di Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat Pulau Pinang yang mempunyai makmal pengkomputeran fasa satu. Makmal komputer yang dilengkapi dengan komputer pelajar, komputer guru, projektor LCD, server dan kemudahan networking ini digunakan oleh pelajar-pelajar dari tahun satu hingga tahun enam mengikut jadual yang ditetapkan oleh penyelaras makmal pengkomputeran untuk pelajaran literasi ICT(Program ICTL). Penyelaras makmal pengkomputeran adalah guru yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah untuk menguruskan makmal tersebut. Guru penyelaras ini tidak mendapat sebarang keistimewaan dari segi waktu mengajar atau latihan yang khusus dalam pengurusan makmal pengkomputeran sekolah. Dapatan kajian mungkin berbeza dengan sekolah-sekolah yang dilengkapi dengan peralatan ICT yang diuruskan oleh peyelaras makmal yang dilantik khas untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan makmal pengkomputeran. 1.10 Penutup Melalui kajian yang dijalankan ini diharapkan segala kelemahan dalam perancangan pembangunan dan pelaksanaan program ICTL dan perkomputeran sekolah dapat dikesan. Cadangan dan penambahbaikan dapat dilakukan. Dapatan kajian ini juga

berguna untuk penyelidikan lanjutan mengenai penggunaan komputer di sekolah dan 9

penggunaan makmal pengkomputeran sekolah untuk pengajaran pembelajaran dan lain-lain kajian yang berkaitan.

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN 2.1 Pengenalan Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali. (Zalina Yahaya, 2001). Selain internet pembelajaran masa kini banyak melibatkan penggunaan bahan multimedia komputer. Pelajar sekolah rendah, seharusnya telah dapat menguasai kemahiran menggunakan komputer dan internet sewaktu mereka berada di tahun pertama di sekolah rendah. Pengetahuan ini akan memudahkan mereka mendapatkan maklumat dan bahan-bahan pembelajaran tambahan untuk memperkukuhkan

kefahaman mereka terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari. Kajian Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim, 2001 menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi 10

kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi. Namun demikian kekangan aspek sosio ekonomi pelajar yang pelbagai, maka adalah mustahil untuk kita mengharapkan setiap pelajar sekolah rendah mempunyai kemudahan komputer dan internet dirumah masing-masing. Di sinilah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menyediakan keperluan tersebut secara efektif dan melibatkan pelajar dengan menyeluruh dalam perkembangan teknologi ICT. Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru turut mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat di alaf baru ini iaitu dengan pengenalan kepada penggunaan teknologi dalam pendidikan. Guru-guru digesa supaya melengkapkan diri dengan bermacam teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini. Justeru itu, bermulalah era penggunaan komputer di sekolah-sekolah.

Perkembangan ini juga telah banyak mempengaruhi budaya kerja guru-guru di sekolahsekolah di seluruh negara. Namun dengan kehadiran makmal komputer dan kelengkapan nya, para guru dan pentadbiran sekolah tidak seharusnya menganggap proses perkembangan ini sebagai satu bebanan kepada mereka kerana penambahkan kerja-kerja pengurusan peralatan. Mereka perlu melihat perkembangan ini dari sudut sumbangan teknologi kepada perkembangan sumber tenaga manusia yang mantap, pengurusan dan perkhidmatan yang lebih cekap, berbanding sebelum penggunaan teknologi maklumat. 2.2 Peranan Makmal Pengkomputeran.

11

Makmal komputer yang diujudkan di sekolah-sekolah adalah untuk pelajar-pelajar mendapat akses untuk belajar dan menggunakan teknologi tersebut dalam proses pembelajaran mereka. Sebuah makmal pengkomputeran yang dilengakapkan dengan komputer pelajar dan guru dengan kemudahan schoolnet dapat membantu pelajar melayari internet untuk mendapatkan maklumat. Guru pula dapat menggunakan bahanbahan pelajaran yang ada untuk memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Bahan-bahan pelajaran yang begitu banyak terdapat dari sumber internet dapat digunakan oleh pelajar dan juga guru di sekolah untuk menjalankan kajian dan mendapatkan bahan-bahan sokongan serta rujukan yang menyeluruh tentang subjek yang dikaji dengan pantas dan mudah. Di Britain beribu-ribu buah sekolah telah menikmati kemudahan internet. Bedasarkan kajian yang di buat oleh sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat, CAST telah mendapati pelajar yang mencapai internet mampu menghasilkan projek sekolah yang lebih baik berbanding dengan para pelajar yang tidak memiliki Internet (Jamaludin Badusah et al.2000). Perkara Ini menjelaskan peranan internet memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan mutu prestasi pelajar. Kini bukan satu khayalan apabila seseorang pelajar dengan mudah dapat melihat kandungan sesebuah buku yang terdapat di negara luar atau berhubung terus dengan seorang pelajar atau rakan di negara lain. Ini lah rupa bentuk teknologi ICT yang terdapat pada zaman ini yang diturunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ke sekolah sekolah di seluruh Malaysia. Namun demikian adakah hasrat ini melalui halatuju yang diharapkan? Dalam semua organisasi, aspek pengurusan perlu dititikberatkan. Pengurusan yang cekap dan cemerlang membolehkan organisasi itu berjalan dengan baik dan berkesan.

12

Sehubungan dengan itu pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai ciri-ciri dan matlamat berikut:

2.2.1 Pengurusan Makmal Semestinya makmal komputer sentiasa berada dalam keadaan keselamatan yang terjamin kebersihannya, kekemasan perabot, perkakasan dan peralatan komputer yang sentiasa dijaga dan dibaikpulih dari semasa kesemasa. Makmal komputer yang tidak diselenggarakan dengan baik akan menjejaskan peluang pelajar-pelajar menggunakan kemudahan kemudahan ICT yang disediakan dengan optimum. Pihak pentadbiran sekolah dan penyelaras makmal pengkomputeran betanggungjawab seppenuhnya dalam usaha memastikan peralatan ICT dapat digunakan dengan suasana bilik yang kondusif. Satu jadual penyenggaraan peralatan makmal perlulah disediakan dan pihak sekolah harus mempunyai kemudahan kewangan yang mencukupi bagi menyenggara kerjakerja peyelenggaraan yang kecil. Sikap pentadbiran mengharapkan Jabatan Pendidikan Negeri untuk turun membaiki keadaan adalah tidak relevan kerana prosesnya memakan masa yang panjang. Oleh yang demikian peranan Persatuan Ibubapa dan Guru adalah diharapkan dapat memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah kewangan untuk kerja-kerja penyenggaraan. 2.2.2 Proses pengajaran pembelajaran Matlamat utama makmal pengkomputeran adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan ICT yang semakin berkembang dengan pesat. Matlamat ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kelancaran program tersebut terpaksa berdepan dengan 13

ganguan teknikal dan perkakasan makmal. Guru tidak dapat menjalankan pengajaran dengan berkesan dan kawalan pelajar dalam makmal komputer akan menjadi haru-biru.

2.2.3 Keselesaan Keselesaan makmal pengkomputeraan yang dilengkapi dengan pengahawa dingin dan perabot yang bermutu tinggi dan berlainan dari bilik darjah biasa, merupakan beberapa faktor dan daya tarikan kepada pelajar-pelajar sekolah untuk terus mengunjungi bilik tersebut. Pelajar sentiasa tertanya-tanya bilakah akan tiba giliran kelas mereka untuk memasuki makmal komputer kepada guru mereka. Perkembangan ini menunujukkan kepada kita bahawa pelajar bersedia untuk belajar dan kesempatan ini harus digunakan dengan sepenuhnya untuk menyampaikan ilmu oleh para guru, di mana ianya sudah tentu akan dapat menyumbang kearah kecemerlangan pelajar dalam matapelajaran ICT. Di sebaliknya keadaan makmal pengkomputeran yang tidak terurus, akan mengundang kemalangan-kemalangan yang tidak diduga. Pendawaian elektrik yang tidak sempurna boleh menyebabkan litar pintas dan ada juga peralatan yang lama boleh mengakibatkan kebakaran. 2.2.4 Garis Panduan Penggunaan Garis panduan penggunaan makmal komputer perlu diselaraskan dan diikuti dengan betul oleh semua pihak. Perkara ini adalah perlu kerana memastikan penggunaan secara optimum. Risalah, manual dan buku panduan yang memudahkan pengguna mengendalikan semua alat dalam makmal komputer perlu disediakan suapaya pembaziran masa dapat dikurangkan.

14

Carta aliran, bulletin board hendaklah diadakan supaya pengguna dapat mengetahui maklumat terkini. Sistem fail dan inventori yang lengkap, kemas dan teratur dapat menolong urusan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih tepat dan cepat.

Pihak pengurusan makmal hendaklah menyediakan jadual penggunaan yang lengkap supaya cara penggunaan makmal komputer dapat dijalankan secara teratur dan dengan sendiri dapat mengelak berlaku pertindanan penggunaan makmal komputer antara kelas dan pelajar. Di samping itu pengurus makmal juga perlu mengurus hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan makmal seperti servis alat penghawa dingin, kebersihan dan keceriaan makmal, trouble shooting, update anti virus,

defragmentation, disk cleanup, mengemaskini direktori dan sebagainya. Pengurusan makmal juga perlu merancang supaya proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku mengikut sukatan pelajaran literasi komputer yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Di samping itu latihan komputer kepada semua guru dan kakitangan sekolah perlu dijalankan supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk mempertingkatkan produktiviti seperti, kemahiran asas menggunakan perkakasan komputer, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan pemprosesan data, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan hamparan elektronik, pengetahuan asas pengurusan makmal dan penggunaan perisian pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran. Sekolah sekolah yang mempunyai peruntukan perlu merancang belanjawan dengan menggunakan peruntukan yang diberi untuk mengemaskini bahan pembelajaran bagi perisian dan komponen perkakasan komputer. Dalam masa yang sama menangani proses-proses penyenggaraan komputer jika berlaku kerosakkan serta menyimpan inventori yang lengkap keatas semua perlatan ict dalam makmal.

15

2.2.5 Keupayaan Pelajar Kemahiran perkakasan komputer komputer berkait untuk rapat dengan kecekapan Tahap pelajar menggunakan yang rendah

pembelajaran.

kemahiran

menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran khasnya dari segi teknikal menyebabkan banyak masa terbuang begitu sahaja. (Devadason Robert Peter: 1999). Colleen McKenna. (2001), mendapati terdapat hubungan yang rapat antara pengalaman dan kebiasaan menggunakan komputer dengan Computer-assisted assessment (CAA). Lebih banyak mereka (pelajar) menggunakan komputer, lebih berminat mereka menggunakan Computer-based assessment. Ibrahim et al, (1997) mendapati responden yang mempunyai komputer didapati mempunyai tahap penguasaan yang lebih tinggi. Kajian Peter Seth (2002) ke atas sekumpulan pelajar tahun 1 di Balob Teachers College, Papua New Guinea mendapati hampir semua sekolah menengah

menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran literasi komputer yang asas. Sejumlah 60% daripada pelajar menunjukkan bahawa mereka tahu menggunakan komputer. 49% pula menunjukkan keyakinan menggunakan komputer. Manakala sejumlah 89% tahu fungsi asas monitor, keyboard, cakera keras dan tetikus. Ian John Cole (2005) pula membuat penyelidikan tentang literasi dan kemahiran sistem komputer ke atas jururawat pelatih menggunakan kriteria seperti; Understanding what the keys do on the keyboard, Learning to use a mouse, Navigating Windows 2000 and basic word processing, How to use a bibliographic database, and How to search the Internet and use e-mail. Dari hasil kajian John Cole menyatakan: a serious skills deficit and whether these students are suffering from a lack of confidence or a real lack of computer skills the issue is that a large number of these students perceive themselves as being unskilled in the use of computers and that is a problem that needed to be addressed.

16

Beberapa penyelidikan yang berkaitan tahap literasi komputer menggunakan pelbagai kriteria untuk menentukan tahap literasi komputer seseorang secara umum Ian Reid (1997). Kebanyakan institusi pendidikan menyatakan secara umum tahap literasi komputer yang tertentu, tetapi tidak menyatakan tahap kompetensi komputer yang diperlukan. University New South Wales, Australia misalnya menentukan tahap literasi komputer sebagai general terms of 'familiarity with the vocabulary and strategies associated with computers and computing techniques'. University of South Australia pula menentukan tahap literasi komputer berdasarkan empat jenis pengguna: the emergent user, the progressive user, the high user and the dependent user. Contohnya emergent user memiliki ciri seperti mempunyai capaian ke komputer sama ada di rumah atau tempat kerja / belajar, mempunyai capaian dan tahu menggunakan pemprosesan perkataan, email dan aplikasi laman web dan boleh memuat turun maklumat ke disket untuk diprint atau lain-lain kegunaan. National survey of Australian (Glenn F., Neil and Glenn R., 1999) menggunakan beberapa kriteria untuk menentukan kemahiran asas komputer termasuk using a mouse, turn the computer on, using a keyboard, shutting down and turning off, exiting/quitting a program, saving a document, printing a document, starting a program, opening a saved document, deleting files, getting data from CD-Rom, creating a new document, and moving files.

Wikipedia (the free encyclopedia, 2006) pula menyatakan tahap literasi komputer termasuklah kebolehan menyambung dan menghidupkan komputer, mengarang, menyunting dan mencetak dokumen, keupayaan untuk berkomunikasi, menggunakan komputer melalui e-mail, mengurus dan menyunting gambar (dari pelbagai perkakasan

17

seperti kamera digital, membuka fail dan mengenalpasti fail yang berbeza dan perlbagai jenis literasi multimedia.

Pengukuran literasi komputer seharusnya dinilai secara umum (Scott Childers, 2006). Scott menggunakan tiga tahap untuk menentukan literasi komputer pengguna iaitu Level 1: Baseline, Level 2: Desired dan Level 3:Target Contoh pengukuran yang digunakan oleh Scott ialah Know how to turn the printer on dianggap pada tahap Baseline, Know how to change the catridge or ribbon dianggap pada tahap Desired, dan Ability to check the printer set-up for proper configuration dianggap pada tahap Target. Walau bagaimanapun tahap literasi yang diukur adalah berbeza di kalangan masyarakat, organisasi dan negara tertentu bergantung kepada bidang dan penggunaannya. The level of computer literacy needed to have an advantage, depends both on the society one is in and your place in the social hierarchy. Different countries have different needs for computer literate people due to their society standards and level of technology. (Wikipedia, 2006). 2.3 Latar Belakang Program Pengkomputeran Sekolah. Program pengkomputeran mula diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secara rasminya pada tahun 1986 iaitu melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. (5) Tahun 1986. Bermula dari tarikh tersebut, program pengkomputeran di sekolah sekolah mula dilaksananakan dan berkembang secara beransur-ansur mengikut keperluan dan kemampuan yang dimiliki. Bermula dengan kelab-kelab komputer yang kebanyakan ditubuhkan atas inisiatif sekolah-sekolah sendiri telah berkembang kepada apa yang ada sekarang. Pada awal tahun 1990-an, kementerian mula melaksanankan beberapa projek pendidikan yang berasaskkan ICT dan pembekalan komputer, khususnya sebagai 18

penyediaan infrastruktur ICT. Pada 5hb. Julai, 1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luarbandar dibekalkan dengan 21 set komputer bagi setiap sekolah. Bermula dari tarikh tersebut, usaha-usaha menerapkan penggunaan komputer kedalam sistem pendidikan juga menjadi semakin menyerlah dan menyeluruh. Program latihan untuk meningkatkan keupayaan guru-guru mengendalikan perkakasan komputer dan kemahiran menggunakan software dalam mengendalaikan pengajaran pembelajaran berasaskan komputer telah menjadi agenda utama dalam dalam program ICT sekolah. Berikutan dengan itu pada awal tahun 90-an, kementerian pelajaran melaksanakan program latihan dalam perkhidmatan untuk mendedahkan kemahiran ICT kepada guru-guru pelatih di maktab perguruan bagi kursus Diploma Perguruan Malaysia pada awal tahun 90-an. Untuk memantapkan lagi kebolehan guru-guru Kursus Pengajian Teknologi Maklumat kepada guru-guru dimulakan di Maktab Perguruan terpilih di seluruh Malaysia. Disamping usaha ini, kursus-kursus jangka pendek dan kursus-kursus khas yang

berkaitan dengan ICT terus diadakan di peringkat negeri yang dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran negeri masing masing. Dalam perkembangan berkaitan, pada tahun 1996 penyediaan infrastruktur ICT telah diperluaskan ke 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Setiap sekolah menengah dibekalkan dengan 21 set komputer, termasuk sebuahserver untuk mengadakan Local Area Network tanpa kemudaham internet. Manakala di sekolah rendah pula bekalan komputer tidak dirangkaikan. Dari tahun 1999 hingga 2000, sebanyak 332 buah sekolah iaitu 110 buah sekolah menengah dan 222 buah sekolah rendah di seluruh negara telah menerima komputer. Jenis komputer yang dibekalkan adalah komputer multimedia jenis Pentium III yang dibekalkan oleh Syarikat Mimos yang dilantik oleh kerajaan dan bekalan dibuat melalui tender terbuka di Sabah dan Sarawak. Sekolah sekolah yang menerima kemudahan ini 19

diarahkan untuk menyediakan bilik khas yang diubahsuai untuk menempatkan komputer yang dibekalkan. Mulai tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pula Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Menengah dan Rendah di 2,148 buah sekolah rendah dan menengah . Projek ini dilaksanakan berperingkat dengan memberi keutamaan kepada sekolahsekolah yang mempunyai enrolmen melebihi 150 orang dan mempunyai bekalan elektrik. Makmal pengkomputeran yang dibina dilengkapkan dengan komputer terkini beserta kemudahan rangkaian setempat dan internet. Selain peralatan komputer, makmal ini juga dilengkapkan dengan sebuah projektor Liquid Crystal Display (LCD), sebuah alat pengimbas (scanner), satu unit pencetak Lacer dan satu unit pencetsk Inkjet. Sebuah kamera digital juga di bekalkan untuk tujuan menghasilkan bahan batu pengajaran. Bilangan peralatan komputer yang diberi adalah berdasarkan enrolmen pelajar sekolah-sekolah berkenaan. Komitmen kerajaan dalam menerapkan penggunaan komputer dalam sistem

pendidikan adalah amat ketara dengan tindakan kerajaan melabur jutaan ringgit untuk membina makmal serta rangkaian komputer. Tujuan pelaburan tersebut adalah untuk mempercepatkan usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pasaran semasa. Dalam satu sidang parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan kepada dewan bahawa sehingga bulan September 2003 sahaja sudah terdapat 4,297 projek makmal komputer sekolah (3,700 makmal baru dan 597 makmal yang diubah suai) sudah diluluskan pembinaanya. Jadual 2.3.1 menunjukkan taburan bilangan pembinaan bangunan baru makmal komputer di sekolah-sekolah mengikut negeri.

20

Jadual 2.3.1. Taburan Bangunan Baru Makmal Komputer Mengikut Negeri Negeri Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sabah SarawakDipetik dari Berita Harian halaman 7 (2003)

Bilangan 68 461 91 487 340 87 239 140 415 443 258 307 200 164

Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2002), Kementerian Pelajaran telah mengariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan iaitu 1 2 Literasi ICT untuk semua pelajar Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat pengajaran pembelajaran. 3 Penekanan penggunaan ICT.

Literasi ICT untuk semua pelajar bermaksud, pelajar memperolehi kemahiran menggunakan kemudahan ICT yang dapat mereka aplikasikanya dalam kehidupan mereka seharian. Manakala peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai satu matapelajaran. Peranan dan fungsi sebagai alat 21

pengajaran dan pembelajaran membawa maksud, menggunakan kemudahan ICT di dalam bilik darjah. Dasar penekanan penggunaan dimaksudkan sebagai fokus untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan yang meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi komputer dalam pengurusan maklumat yang meningkatkan mutu kerja. Dalam tahun 2001, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah merangka program pembangunan ICT dalam pendidikan. Tempoh masa 10 tahun mulai 2001 hingga 2010 akan digunakan untuk merialisasikan matlamat-matlamat berikut: a. Meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT b. Memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT c. Memperluaskan kurikulum berasaskan ICT d. Meningkatkan system pentaksiran dengan menggunakan ICT e. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran pembelajaran f. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICTdi kalangan pelajar, tenaga pengajardan kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia. g. Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan h. Meningkatkan usaha pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan ICT i. j. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam ICT Meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat untuk membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan. 2.4 Program ICTL Sekolah Rendah

22

Program ICTL (Information and Communication Technology Literacy) for Primary Schools adalah satu program leterasi ICT yang dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah bermula dari asas komputer, perkakasan, perisian dan juga etika dalam penggunaan komputer di sekolah-sekolah rendah mulai 2005 tanpa pengecualian. Program ini terdiri dari dua peringkat iaitu, peringkat satu yang melibatkan pelajar-pelajar tahun satu hingga tiga (tahap satu), manakala peringkat kedua program ini melibatkan pelajar-pelajar dari tahun empat hingga enam (tahap dua). Program ini dijalankan dengan menggunakan waktu pengajaran Bahasa Inggeris dalam jadual. Ini bermakna sebanyak dua waktu (1 jam) akan di gunakan oleh guru Bahasa Inggeris untuk mengajar kemahiran ICTL. 2.4.1 Pelaksanaan Program Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar dari tahun satu hingga enam dengan masa pengajaran pembelajaran selama 780 minit (26 waktu) dalam jangkamasa tiga bulan berturut-turut. Pelajar-pelajar tahun satu akan didedahkan kepada program ini setelah mereka melalui program transisi pada awal tahun. Sebanyak dua masa dari jadual waktu Bahasa Inggeris akan digunakan untuk tujuan ini. 2.4.2 Peranan Guru ICTL Guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan program ini. Dalam masa yang sama, setiap guru Bahasa Inggeris yang diberi tugas dan

tanggungjawab untuk menjalankan program ini di kelas masing-masing perlu menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran ICTL terlebih dahulu dan mengetahui perkembangan semasa dalam bidang teknologi ICT. Pandian (2004) dalam kajian beliau menyatakan guru-guru yang kurang berpengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi perlu berusaha untuk mencapai kemajuan tersebut. Namun demikian, persediaan tersebut kata perlu merangkumi persediaan mental dan fizikal. Faktor persediaan mental, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di kalangan anggota 23

adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994). Kajian Steers dan Black mendapati bahawa persediaan mental di kalangan anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang akan dilaksanakan. Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untuk penerimaan penggunaan komputer. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam ICTL akan membantu pelajar menguasai bahasa tersebut dengan lebih baik kerana bahan pembelajaran dan bahasa pengantar yang digunakan adalah dalam Bahasa Inggeris. Disamping meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, guru juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap pelajar menguasai kemahiran ICTL seperti mana yang terdapat dalam garispanduan dan modul yang dibekalkan. Penguasaan kemahiran ICTL juga akan membantu pelajar meningkatakan produktiviti, kecemerlangan dan pengurusan masa yang lebih berkesan dikalangan mereka. 2.4.3 Objektif Program ICTL Dalam Huraian sukatan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, skop pembelajaran pelajar tahun 3 diharapkan pada akhir program ini pelajar dapat menguasai kemahiran dalam pengetahuan organisasi makmal pengkomputeran sekolah, mengenali perkakasan komputer (hardware), pengendalian perkakasan dan aplikasi komputer (software) mudah untuk kegunaan pelajar. Pelajar-pelajar didedahkan dengan peralatan asas sistem komputer seperti, monitor, CPU, speaker dan keyboard. Pelajar ditunjukkan dengan perkakasan ini dan mengenali dengan lebih dekat dengan deria mereka dan mengenali nama perkakasanperkakasan tersebut. Pada usia yang masih kecil, pelajar juga didedahkan dengan 24

cara-cara makmal komputer diuruskan di sekolah mereka dan guru-guru yang terlibat dalam pengurusan makmal ini. Pengetahuan tentang perkara-perkara ini dibuat pada permulaan program supaya pelajar dapat mengikuti program ICTL dengan lebih bertanggung jawab.

Rajah 2.1 Sistem Operasi Komputer Pelajar perlu mengetahui konsep sistem operasi yang menghubungkan kesemua perkakasan komputer dan sistem operasi yang menentukan pengoperasian lain-lain aplikasi komputer yang terdapat dalam sesebuah komputer. Pelajar-pelajar perlu mengenali kekunci yang terdapat dalam papan kekunci dan fungsifungsi tersebut. Dengan latihan ynag berterusan diharapkan pelajar dapat mengenal fungsi-fungsi papan kekunci dengan baik untuk mengoptimumkan penggunaan sesebuah komputer. Program ini juga menekankan kemahiran menaip dan penggunaan alat tetikus dengan berkesan. Melalui latihan-latihan dengan menggunakan bahan courseware yang yang disediakan dan inisiatif guru, diharapkan pelajar akan menguasai kemahiran menaip untuk menjalankan tugasan-tugasan sekolah dalam proses pembelajaran. Akhir sekali pelajar-pelajar juga diharapkan dapat belajar menjalankan kerja-kerja penyenggaraan asas seperti mengimbas untuk virus, menyusun dan membuang fail-fail

25

yang tidak perlu supaya komputer yang digunakan berjalan dengan lancar pada setiap masa. Bagi pelajar-pelajar yang berada di tahap dua sekolah rendah, mereka akan didedahkan dengan kemahiran asas penggunaan komputer yang lebih mencabar seperti tatacara melayari internet untuk mendapatkan maklumat, e-mail, menggunakan kemudahan rangkaian yang telah disediakan di makmal pengkomputeran dan lain-lain kemahiran yang perlu untuk pelajar sekolah rendah 2.5 Penutup Sebahagian besar penyelidikan dan pembangunan telah dilaksanakan dalam rangka untuk membawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) keperingkat yang terkini. ICT pada awalnya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam proses pendidikan (Dede, 1998). Penggunaan ICT di bidang pendidikan boleh membantu meningkatkan kelemahan mengingat semula, motivasi dan umumnya memperdalamkan pemahaman kandungan pelajaran. ICT juga boleh digunakan untuk mempromosikan pembelajaran kolaboratif, termasuk main peranan, penyelesaian masalah dalam kumpulan dan articulated projects (Forcheri dan Molfino, 2000). Secara umum, ICT ialah

mempromosi pendekatan-pendekatan baru untuk bekerja dan belajar, dan cara-cara baru berinteraksi. Akibatnya, pengenalan ICT untuk sekolah-sekolah di Malaysia telah menimbulkan era baru dalam pedagogi yang diperkenalkan.

BAB TIGA METODOLOGI 3.1 Pengenalan

26

Bab ini akan membincangkan tentang kaedah kajian yang digunakan. Pertama, penjelasan tentang reka bentuk kajian; kedua penerangan tentang intrumen yang diguanakan.dan ketiga tentang sampel kajian. 3.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif di Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat yang terletak di Bandar Jelutong Kawasan Timur Laut Pulau Pinang. Kajian ini tidak bertujuan untuk membuat generalisasi kepada guru atau pelajar di sekolah-sekolah lain tetapi ia lebih memusatkan kepada pengurusan makmal pengkomputeran dan pelaksanaan program ICTL di sekolah yang dikaji. Kerangka Konsep

KEMUDAHA N PERKAKASA N ICT

KESEDIAA N Rajah 3.2.1 Kerangka Konsep GURU

PENGURUSA N MAKMAL PELAKSANAAN

PROGRAM ICTL Gambarajah di atas menerangkan dengan ringkas proses kajian ini yang memberi fokus kepada empat perkara utama yang memainkan peranan penting dalam kejayaan KERJASAMA pelaksanaan program ICTL di sekolah, yang merangkumi kemudahan perkakasan ICT PENTADBIR AN dan kemudahan berkaitan untuk melaksanakan program. Kedua, pengurusan makmal SEKOLAH pengkomputeran sekolah di bawah pengurusan seorang pengurus makmal yang berkelayakan. Ketiga, kesediaan guru-guru yang terlibat dengan pengajaran kemahiran ICTL. Keempat, penglibatan pihak pentadbiran sekolah dalam menentukan program ICTL sekolah berjalan lancar dengan mengadakan hubungan yang perlu dengan pihak Jabatan dan Kementerian Pelajaran dalam menguruskan dan memantau kerja-kerja 27

penyenggaraan

dan pengurusan

yang konsisten.

Kerangka

konsep

ini

juga

menunjukkan bahawa kesemua empat faktor utama ini perlu kerjasama yang erat dan berterusan untuk kejayaan program . 3.3 Sampel Kajian Sampel kajian yang terdiri dari; (i) 60 pelajar tahun tiga, (ii) 5 orang guru Bahasa Inggeris yang menjalankan program ICTL, (iii) penyelaras makmal pengkomputeran, (iv) pelajar Tahun 3 dan (iv) ibubapa pelajar Tahun 3 melalui penggunaan ujian penguasaan kemahiran ICTL, temubual dan pemerhatian langsung. Kajian bentuk ini didapati sesuai kerana melalui ujian penguasaan yang akan dijalankan, tahap penguasaan ICTL pelajar dapat diukur untuk mengetahui penguasaan kemahiran pelajar tahun tiga di sekolah ini. Temubual akan dijalankan untuk mendapatkan gambaran sebenar program ICTL dengan guru-guru ICTL, guru penyelaras makmal pengkomputeran, pelajar tahun tiga yang dipilih secara rawak dan Ibubapa pelajar tahun tiga.

3.4 Instrumen Kajian Instrument yang diggunakan dalam kajian ini adalah temubual, pemerhatian dan ujian. Melalui temubual dan pemerhatian, penyelidik percaya dapat melaporkan

perkembangan yang sebenar. Temubual dan pemerhatian juga dilakukan secara tidak formal untuk memberi keselesaan kepada sampel untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. 3.4.1 Ujian ICTL

28

Satu ujian yang terdiri dari 40 soalan objektif akan diberikan kepada pelajar-pelajar Tahun 3 untuk mengetahui tahap penguasaan literasi ICTL, berdasarkan sukatan pelajaran ICTL yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia. Markah pelajar kemudian digredkan berdasarkan piawai penggredan Sistem Peperiksaan Malaysia (0-39=gagal, 40-49=lulus, 5079=kepujian, dan 80-100=cemerlang). Setelah digredkan, keputusan ini kemudian diubah kepada tiga tahap yang digunakan dalam kajian ini iaitu Tahap Rendah, Tahap Sederhana dan Tahap Tinggi. Pelajarpelajar yang yang memperolehi markah kurang dari 39% adalah dianggap gagal dan mereka digolongkan dalam Tahap Rendah. Pelajar-pelajar yang lulus dan mendapat kepujian (40% hingga 79 %) akan digolongkan dalam Tahap Sederhana. Pelajar-pelajar yang memperolehi markah melebihi 80% akan dikategorikan sebagai Cemerlang dan digolongkan dalam Tahap Tinggi. 3.4.2 Temubual dan Pemerhatian Temubual dengan penyelaras makmal komputer dan guru-guru Bahasa Inggeris yang menjalankan program ICTL memberi tumpuan kepada aspek-aspek berikut: Masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus makmal pengkomputeran,

keberkesanan penyengaraan peralatan ICT dalam makmal komputer, kemudahan akses pelajar kepada peralatan ICT dalam makmal dan kesediaan guru menjalankan program ICTL berdasarkan modul Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Keempat-empat aspek di atas didapati perlu kerana, ia menjadi faktor utama dalam proses pembelajaran kemahiran ICTL. Namun demikian keiklasan guru-guru ICTL, penyelaras makmal komputer, pelajar dan ibubapa memberi maklumat yang betul adalah diharapkan untuk mendapatkan perkembangan yang sebenar di sekolah yang dikaji. 29

3.5 Analisis Data Keputusan ujian penguasaan kemahiran ICTL akan analisis secara diskriptif dengan menggunakan SPSS untuk mendapatkan peratus, min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap literasi komputer pelajar. Pencapaian pelajar akan kategorikan kepada tiga tahap iaitu 1 TahapTinggi, 2 Tahap Sederhana, 3 Tahap Rendah. Dapatan dari temuramah dengan guru penyelaras makmal dan guru-guru yang

mengajar ICTL, pelajar tahun tiga dan ibubapa pelajar, akan digunakan sebagai bahan sokongan kajian dan dapatan kajian dari perspektif keberkesanan program ICTL dan pengurusan makmal komputer di sekolah yang dikaji. 3.6 Penutup Penyelidik memilih untuk melakukan satu kajian kes tentang isu ini adalah kerana untuk meninjau secara mendalam tentang pelaksanaan program ICTL di sekolah ini dan pengurusan makmal pengkomputeran yang menjadi sumber utama dalam menjayakan pelaksanaan program ICTL di sekolah yang dikaji. Keberkesanan makmal

pengkomputeran dalam menyediakan kemudahan peralatan komputer untuk pelajar, kesediaan guru dan kerjasama pentadbiran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan program ICTL.

Bab 4DAPATAN KAJIAN4.1 Pengenalan Data yang di perolehi dari guru-guru, pelajar dan ibu bapa dirumuskan untuk memberi gambaran sebenar. Kertas ujian setiap pelajar dianalisa dan diterjemahkan dalam jadual analisa item untuk menggambarkan keupayaan pelajar menguasai kemahiran

30

ICTL. Kesemua dapatan dari kajian ini dibincangkan berdasarkan persoalan kajian yang dibentuk 4.2 Latar Belakang Makmal Komputer Sekolah yang Dikaji Penyelidik telah berkhidmat di sekolah yang di kaji sejak tahun 1993. Beliau telah menyaksikan sendiri perkembangan teknologi ICT di sekolah tersebut sehingga beliau berpendapat perlunya satu kajian yang komprehensif perlu dibuat untuk menyedarkan warga sekolah dan pihak pentadbiran bahawa teknologi yang disalurkan ke sekolah ini tidak dapat di gunakan dengan sepenuhnya bagi kebaikan pelajar. Walaupun skop kajian ini luas, namun penyelidik memberi fokus kepada program ICTL dan pengurusan makmal pengkomputeran sekolah tersebut. Makmal pengkomputeran yang siap dibina dan di serahkan kepada pihak sekolah pada tahun 2002 telah beroperasi sejak itu dengan baik dengan kemudahan 20 unit komputer pelajar, satu unit komputer guru, sebuah pencetak, sebuah alat pengimbas dan projector LCD. Dengan kemudahan ini, pihak sekolah dengan bantuan penyelaras makmal pengkomputeran telah meranggka jadual penggunaan kepada semua kelas supaya mereka berpeluang mengikuti pelajaran ICT.

Sukatan pelajaran untuk mengajar subjek ICT pada awal tahun 2002 adalah kabur dimana tidak ada satu garispanduan dalam bentuk modul sebagai panduan guru. Oleh kerana itu penyelaras makmal pengkomputeran, setelah berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah, telah menetapkan supaya pelajar-pelajar didedahkan dengan pengetahuan software seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Software yang melibatkan grafik mudah untuk kegunaan seharian dan perlu dalam menghasilkan kerja-kerja sekolah yang berasaskan ICT.

31

Guru-guru mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan mengambil giliran masing-masing selama satu jam seminggu untuk menggunakan kemudahan ICT yang disediakan. Guru-guru matapelajaran tersebut akan menggabung jalinkan kemahiran ICT untuk mengajar topik-topik yang difikirkan sesuai. Software buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia juga di guna pakai oleh pelajar dan belajar secara interaktif. Penggunaan internet juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat-maklumat tambahan tentang tugasan yang diberi oleh guru. 4.3 Rumusan Temubual dengan Guru ICTL 4.3.1 Kekangan masa Walaupun penggunaan komputer berjalan dengan lancar, namun guru-guru mendapati bahawa mereka kurang berkeyakinan untuk menjalankan pengajaran. Seramai 4 dari 5 orang guru ICTL mengatakan bahawa mereka tidak menjalankan program ICTL

dengan sepenuhnya. Mereka menyarankan bahawa terdapat kekangan masa untuk menjalankan program ini. Ini adalah kerana program ICTL mengambil masa sebanyak 60 minit (2 waktu) dari 240 minit (8 waktu) yang di peruntukkan kepada matapelajaran Bahasa Inggeris Tahun tiga.

Guru-guru ini merasakan program ICTL memendekan lagi waktu pengajaran Bahasa Inggeris yang sememangya mereka rasakan tidak mencukupi. Menurut Ketua Panitia Bahasa Inggeris sekolah ini beliau mengharapkan bahawa 240 minit yang sedia ada harus ditambah ke 300 minit seminggu untuk keberkesanan pencapaian Bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Namun demikian apa yang berlaku adalah sebaliknya dimana waktu yang sedia ada perlu dikorbankan untuk memberi laluan kepada program ICTL.

32

Penyelidik difahamkan bahawa, walaupun program ini hanya dijadualkan selama 3 bulan, pelbagai program sekolah, masalah-masalah teknikal di makmal, peperiksaan dan sebagainya melambatkan lagi pelaksanaan program ICTL. Pada masa-masa seperti ini, kelas-kelas ICTL yang dijadualkan terpaksa di tangguh. Sehubungan dengan keadaan ini, pada kebiasaannya program ICTL akan berlanjutan sehingga hujung tahun. Meskipun begitu ada juga guru-guru yang tidak dapat menyempurnakan program ICTL. Ini mungkin disebabkan kekurangan bilangan komputer yang boleh digunakan oleh guru. Guru juga mungkin kurang didedahkan kepada kemahiran berkomputer. 4.3.2 Kesediaan Guru ICTL Dari temuramah dan pemerhatian penyelidik, guru-guru ICTL kurang faham dengan langkah-langkah pengajaran dan kandungan yang terdapat dalam modul. Oleh yang demikian guru-guru ICTL sering melangkau tajuk dan mengajar hanya kandungan yang mereka faham sahaja. Namun demikian guru-guru ICTL sekolah ini, seringkali menghubungi dan mendapatkan maklumat yang perlu dari penyelaras makmal pengkomputeran untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya 3 dari 5 orang guru yang ditemui mengakui bahawa mereka telah menghadiri kursus atau latihan yang berkaitan dengan ICTL. Mereka mengakui bahawa latihan yang mereka ikuti ada membantu mereka dalam proses pengajaran. Pengetahuan asas yang mereka perolehi telah membantu mereka untuk membimbing pelajar dalam program ini pada satu tahap tertentu sahaja. Gambaran yang

penyelidikperolehi dari guru-guru ICTL ada kebenaran dengan kenyataan Hassan (1998), Halim (2000), bahawa ramai di kalangan guru masih tidak mahir menggunakan komputer. Kajian Norizan (2002) yang melihat kesediaan guru bahasa dalam penggunaan komputer mendapati guru-guru lebih mengetahui tentang komputer dan bukanya kebolehan menggunakan komputer. Kajian Lee (1999) menunjukkan latihan yang berterusan diperlukan oleh guru dan pasukan pengurusan sekolah manakala 33

bantuan, bimbingan, dan sokongan perlu diberi kepada golongan guru oleh pihak yang bertanggungjawab

4.3.3 Peralatan Komputer Kesemua 5 orang guru ICTL sekolah ini mengatakan bahawa peralatan komputer di makmal pengkomputeran sering tidak berfungsi dengan baik dan banyak yang rosak. Oleh kerana itu mereka terpaksa meletakkan 3 hingga 4 orang pelajar untuk sebuah komputer. Jelas mereka lagi, keadaan ini menyebabkan kawalan kelas menjadi semakin rumit dan proses pengajaran pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar. Hanya seorang guru yang mengatakan bahawa beliau mengalami kesukaran untuk mengawal pelajar. 4 orang guru yang lain lain mengatakan bahawa mereka tidak

mempunyai masalah kawalan kelas. Penyelidik beranggapan bahawa guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang lama kurang menghadapi masalah kawalan kelas semasa pengajaran pembelajaran. Namun faktor kawalan kelas tidak menjamin pelajar menguasai isi kandungan pelajaran yang disampaikan. Pelajar juga bergaduh dan berebut antara satu sama lain untuk menguasai komputer tersebut. Pelajar juga difahamkan mengalami kerosakkan komputer semasa pelajaran dijalankan (computer hang) yang mungkin disebabkan oleh keupayaan komputer-komputer yang terdapat dalam makmal yang semakin ditelan zaman. 4.3.4 Pengetahuan Teknikal Guru-guru ICTL yang terlibat juga tidak mempunyai sebarang kemahiran menangani masalah-masalah kecil (troubleshooting) yang timbul semasa pengajaran dijalankan. Mereka sering meminta bantuan guru penyelaras ICT sekiranya beliau berada dalam makmal pada ketika itu. Namun demikian bantuan teknikal dari guru penyelaras tidak mudah diperolehi disebabkan penyelaras makmal juga mempunyai waktu pengajaran

34

yang biasa seperti guru-guru lain. Adakalanya guru penyelaras makmal dihubungi melalui telefon bimbit oleh guru-guru ICTL yang menhadapi masalah teknikal semasa pengajaran sedang dijalankan. Penyelididk juga mendapati bahawa kesemua 5 orang responden adalah guru wanita dan pada kebiasaannya mereka tidak berkemampuan untuk melakukan kerja-kerja teknikal dan troubleshooting untuk mengatasi masalah yang timbul dalam bilik komputer atau pun dalam bilik darjah. Mereka sentiasa mengharapkan guru-guru lelaki mengendalikan kerja-kerja baikpulih dan kerja-kerja teknikal walaupun ianya mudah dilakukan dengan sedikit latihan. Dari pemerhatian penyelidik, guru ICTL tidak tahu membetulkan pendawaian yang longgar sekiranya didapati arus elektrik tidak mengalir ke komputer. Begitu juga keadaan dengan masalah lain seperti komputer hang, ganguan audio, suis AVR (Automatic Voltage Regulater) yang ditutup oleh pelajar dengan sengaja, mendapatkan shortcut icons yang di buang oleh pelajar dan sebagainya sering menjadi ganguan kepada guru-guru ICTL di sekolah ini. Langkah mudah yang mereka ambil adalah mengarahkan pelajar menggunakan komputer lain, atas alasan faktor masa dan kawalan disiplin pelajar semasa kelas pengajaran pembelajaran dijalankan.

Langkah untuk mengatasi masalah teknikal harus ditangani oleh seorang guru yang berpengalaman dalam bidang komputer. Begitulah saranan kesemua 5 orang guru ICTL yang ditemubual. Dengan melantik seorang pegawai khas dalam makmal, beliau diharapkan boleh membantu guru-guru berkenaan untuk menagani masalah-masalah kecil yang sering mengganggu perjalanan proses pengajaran. Dari pemerhatian penyelidik, walaupun guru-guru ICTL menjalankan program ini dengan keadaan yang serba kekurangan namun mereka belum bersedia menerima program yang berasaskan teknologi ini dengan positif. (Galigan, 1997) menyarankan 35

bahawa sikap guru hendaklah positif dan menerima teknologi ini sebagai satu perubahan yang positif untuk kecemerlangan pelajar. Namun demikian penyelidik mendapati bahawa, walaupun sekolah ini mempunyai sebuah bangunan makmal pengkomputeran, peruntukan seorang guru khas untuk menguruskan makmal komputer tidak dilakukan oleh Kementerian Pendidikan sehingga sekarang. Namun demikian pihak sekolah melantik seorang guru yang mempunyai latarbelakang pengetahuan komputer sebagai penyelaras untuk menguruskan makmal komputer di sekolah ini. 4.4 Temubual dengan Guru Penyelaras Makmal Guru penyelaras makmal meluahkan rasa kesal beliau dengan sikap penolong kanan pentadbiran sekolah yang enggan memberi empowerment dan kurang percaya kepada beliau untuk menyelia dan menguruskan makmal pengkomputeran walaupun Guru Besar telah melantik beliau sebagai penyelaras makmal.. Katanya (penyelaras) dengan kehadiran beliau di dalam makmal, akan dapat membantu guru-guru mengakses kemudahan dalam makmal dengan cepat dan mudah tanpa melalui guru kanan pentadbiran. Di samping itu beliau juga akan dapat menjalankan tugas-tugas pengurusan makmal dan membantu guru-guru yang menggunakan kemudahan ICT sewaktu program ICTL dijalankan. Katanya lagi perbincangan professional bersama Guru Besar tidak dapat diadakan kerana beliau sering tidak ada di sekolah kerana melanjutkan pelajaran. Jadi jelas di sini percanggahan pendapat dan sikap kurang percaya guru kanan pentadbiran telah menjadikan makmal komputeran sekolah ini sebagai satu gajah putih sehingga ke hari laporan ini buat (Mac 2010).Program ICTL tahap dua yang sepatutnya dijadualkan pada penggal pertama sehingga kini tidak dapat dijalankan kerana masalah pengurusan makmal pengkomputeran yang tergendala. Apabila ditanya tentang masa, penyelaras makmal menyatakan bahawa beliau diberi masa yang sama seperti guru-guru biasa yang lain 36 iaitu dari 28 hingga 30 waktu

seminggu termasuk jadual ganti guru-guru yang tidak hadir sekolah atau pergi berkursus. Dengan urusan core business beliau tidak berkemampuan untuk menguruskan makmal pengkomputeran dengan cekap. Perkara ini disedari oleh pihak pentadbiran sekolah namun tidak ada sebarang usaha untuk mengurangkan waktu pengajaran beliau. Dari temubual penulis dengan guru penyelaras didapati sememangnya guru-guru suka mengunjungi makmal pengkomputeran semasa mereka tidak mengajar. Mereka banyak menggunakan kemudahan peralatan ICT seperti komputer, pencetak, projector dan alat pengimbas untuk kerja-kerja penyediaan bahan untuk pengajaran pembelajaran, kertas-kertas soalan untuk peperiksaan bulanan dan penggal, pelbagai laporan yang perlu disiapkan untuk sekolah pihak sekolah. Ini adalah kerana makmal komputer adalah satu-satunya tempat yang menyediakan kemudahan komputer, pencetak, alat pengimbas dan akses internet. Para guru juga sering mengharapkan kemudahan internet untuk menjalankan kerja-kerja penghantaran data ke Jabatan dan Pejabat Pendidikan Negeri, penghantaran e-mail, permohonan-permohonan online dan banyak lagi perkhidmatan yang disediakan online dalam urusan rasmi seharian guru-guru.

4.5 Sokongan Pentadbiran Sekolah Kesemua 5 orang guru ICTL sekolah ini menyatakan bahawa sokongan pentadbiran dalam menangani masalah program ICTL tidak menyeluruh dan tidak terdapat usaha bersungguh-sungguh untuk menangani masalah komputer-komputer yang rosak dalam makmal komputer. Dari pemerhatian penyelididk beliau mendapati bahawa pada pertengahan tahun 2008 makmal komputer diarahkan tutup, oleh pihak pentadbiran atas alasan lebih separuh

37

dari bilangan komputer yang ada dalam makmal, tidak berfungsi. Pihak pentadbiran sekolah mendapati bahawa, sekolah dapat mengurangkan pembayaran bil elektrik yang tinggi, dengan tindakan menutup makmal pengkomputeran dan menghentikan aliran keluar masuk pelajar dan guru-guru ke makmal komputer sekolah. Penyelidik mendapati walaupun 50% daripada komputer dalam makmal tidak berfungsi, namun peralatan seperti projektor LCD, komputer guru, kemudahan internet dan ruang bilik tersebut, dapat dimanafaatkan untuk menjalankan pengajaran secara kumpulan (class method). Guru masih boleh menggunakan komputer guru dan LCD, untuk menunjukkan kepada pelajar isi kandungan pelajaran yang tersedia dalam cakera padat (CD) walaupun pengalaman hands on pelajar terbatas. Di sebaliknya tindakan pentadbiran sekolah, telah menghalang usaha guru-guru meneruskan program ICTL dan pengajaran pembelajaran, berbantukan ICT di makmal pengkomputeran

tergendala. Pelajar tidak mempunyai peluang untuk menggunakan makmal dan memberi kesan buruk kepada hasrat Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman ICT dalam pendidikan.

4.6 Birokrasi Pentadbiran Dari pemerhatian penyelidik, karenah birokrasi yang keterlaluan yang diamalkan oleh pihak pentadbiran telah menyekat kebebasan guru dan semangat mereka dalam menjalankan tugas pengajaran di sekolah. Pelbagai peraturan yang menghadkan guruguru sekolah menggunakan kemudahan telah menyekat perkembangan teknologi ICT di sekolah ini dan melembabkan semangat guru. Guru-guru mencari jalan mudah, dengan tidak melibatkan diri untuk membantu pelajar menguasai kemahiran ICT,

38

disebabkan mereka terpaksa melalui sekatan-sekatan tertentu seperti mendapatkan kunci yang hanya dapat diperolehi dari Penolong Kanan Pentadbiran. Guru perlu merekodkan dalam buku daftar kunci apabila kunci diambil untuk membuka makmal komputer. Mereka juga perlu menyatakan sebab-sebab penggunaan kepada penolong kanan pentadbiran. Melalui pemerhatian dan perbincangan dengan guru-guru, penyelididk mendapati bahawa guru suka mengelakkan diri dari membuang masa melalui proses ini dan mereka lebih gemar tidak menggunakan kemudahan ICT. Mereka berpendapat bahawa makmal hendaklah sentiasa dibuka pada waktu persekolahan, supaya guru-guru dapat menggunakan kemudahan makmal seperti biasa dan merekodkan dalam buku penggunaan yang tersedia dalam makmal pengkomputeran. Makmal komputer yang ditutup pada pertengahan tahun 2008 dan sepanjang tahun 2009 telah membuktikan bahawa, pihak pentadbiran sekolah tidak memberi keutamaan kepada masalah teknikal yang ujud di makmal tersebut. Perkara ini ada dinyatakan oleh salah seorang dari guruI ICTL yang di temuduga oleh penyelidik. Beliau menyatakan: Saya rasa pihak pentadbir perlu lebih peka kepada masalah-masalah yang dihadapi di makmal pengkomputeran dan menyelesaikannya dengan keadaan segera supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Beliau juga merasakan bahawa pengajaran tidak akan berkesan jika diteruskan dalam bilik darjah. Pada penggal kedua tahun 2009, pihak sekolah dengan kerjasama penyelaras makmal pengkomputeran telah mengambil langkah untuk memohon pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Kegiatan Guru untuk mengenalpasti kerosakkan dan menenjalankan kerja-kerja penyenggaraan. Langkah ini dilakukan setelah pihak sekolah menerima surat pekeliling dari Jabatan Pelajaran Negeri, yang mengarahkan pihak sekolah membuat laporan kerosakan peralatan makmal pengkomputeran sekolah.

39

Penyenggaraan yang menelan belanja hampir RM33 ribu telah diselesaikan dalam masa tidak lebih dari sebulan namun makmal komputer masih tidak beroperasi sehingga ke hujung tahun 2009 dan sehingga bulan Mac 2010. Pihak pentadbiran sekolah juga tidak menempatkan penyelaras yang dilantik di makmal tersebut, untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan program ICTL, walaupun kemudahan bilik untuk penyelaras telah sedia ada dan semua peralatan telah dibaiki. Kelewatan ini telah mendorong ibubapa menuntut pihak sekolah dan Persatuan Ibubapa, memberi penjelasan dalam mesyuarat Agung yang dilangsungkan pada bulan Mac 2010. Penyelidik difahamkan pihak PIBG telah memohon kerjasama waris pelajar yang membangkitkan usul mengenai kelewatan operasi makmal pengkomputeran supaya berbincang di luar mesyuarat agung. Permintaan ini dibuat semata-mata untuk mengelakkan isu ini diperhangkatkan oleh ibubapa yang lain. Pihak sekolah dan PIBG juga hendak menutup isu ini supaya tidak sampai ke Jabatan Pelajaran Negeri. 4.7 Respon pelajar Penyelidik juga telah berinteraksi dengan beberapa orang pelajar tahun 3, untuk mendapatkan keterangan dan pandangan mereka mengenai makmal pengkomputeran sekolah dan program ICTL di sekolah ini. Apabila sekumpulan 3 orang pelajar yang di temui ditanya tentang program ICTL, pelajar-pelajar tersebut tidak memahami maksud program ICTL. Pelajar-pelajar tersebut tertanya-tanya antara satu sama lain. Ini menandakan mereka tidak memahami istilah tersebut. Setelah penyelidik menerangkan bahawa program ICTL adalah kelas komputer, barulah pelajar menganggokkan kepala mereka menandakan mereka faham. Soalan 1: Aadakah guru anda membawa anda semua ke makmal pengkomputeran untuk pelajaran komputer? Respon: Soalan 2: Kami tak masuk pun Adakah guru mengajar kamu pelajaran tentang komputer? 40

Respon: Soalan 3: Respon:

Ada sikit-sikit. Apakah yang kamu belajar? Mmm. macam monitor, CPU, lukis-lukis gambar komputer dan warna macam tu lah

Soalan 4:

Adakah kamu dibawa masuk ke makmal untuk belajar ICTL sepanjang tahun lepas? (2009)

Respon: Soalan 5:

Tak..tak masuk. Tahun ini (2010) ada masuk makmal tak? Seorang pelajar menjawab:

Respon:

Tak juga. Tapi cikgu saya kata ..aaa semua kena bayar 1 Ringgit untuk fotostat kertas untuk belajar komputer. Dari kenyataan pelajar dia atas, pengkaji dapat merumuskan bahawa pelajar diarahkan membayar RM1 untuk guru menyediakan lembaran kerja pelajaran ICTL.

Soalan 6:

Tahukah kamu kenapa awak tidak dibawa ke makmal komputer oleh guru kamu pada tahun lepas(2009) dan tahun ini ( 2010)?

Respon

Cikgu kata banyak komputer rosak.

Soalan 7: Respon:

Sudahkah awak semua buat ujian ICTL ? Dah.. tapi banyak soalan yang tak tahu buattak faham.

4.8 Rumusan Temubual dengan Ibubapa

41

Penyelidik telah meminta pendapat dan pandangan tiga orang di kalalangan ibubapa pelajar untuk mengetahui perkembangan isu ini dari perspektif mereka. Respon Responden A, B dan C menyatakan bahawa anak-anak mereka tidak mengikuti pelajaran komputer di makmal pengkomputeran seperti mana tahun-tahun yang sebelumnya. Mereka juga membuat pengakuan bahawa guru tidak membawa mereka ke makmal pengkomputeran sepanjang tahun 2009 dan awal tahun 2010 sehingga temubual ini dijalankan. Namun demikian mereka sedia maklum terdapat sebilangan peralatan komputer dalam makmal pengkomputeran yang tidak berfungsi. Penyelidik juga meminta penjelasan responden tentang tindakan selanjutnya yang mereka lakukan berikutan masalah ini seperti menghubungi pihak pentadbiran sekolah. Responden A dan C menjawab, mereka tidak menemui pihak pentadbiran, namun mereka telah dimaklumkan oleh guru kepada anak-anak mereka yang pelajaran komputer (ICTL) akan dijalankan dalam bilik darjah. Kerana makmal tidak dapat digunakan. Responden B seorang bekas guru sekolah yang dikaji memberi maklumat yang berbeza dimana beliau telah membangkitkan isu makmal pengkomputeran yang ditutup dalam mesyuarat agung PIBG 2010 yang telah berlangsung pada awal bulan Mac yang lalu. Beliau yang menyatakan bahawa tindakan menutup makmal pengkomputeran sekolah adalah satu tindakan yang keterlaluan dan kesilapan yang besar yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah. Namun demikian pihak PIBG sekolah sebelum mesyuarat agung dijalankan telah memohon responden ini melalui telefon untuk tidak membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat agung dan berjanji untuk berbincang di luar mesyuarat. Menurut setiausaha PIBG, permintaan ini dibuat adalah semata-mata untuk membendung ibubapa yang lain, dari mengetahui kelemahan

42

sekolah dalam kelewatan menangani isu makmal pengkomputeran dan tindakan menutup makmal tersebut. Responden B juga menyatakan bahawa pelajar boleh di bawa ke makmal komputer untuk menjalankan program ICTL walaupun bilangan komputer yang boleh digunakan adalah kurang kerana, yang mustahak adalah pelajar melihat dan mengenali komputer dengan lebih dekat dan guru dapat menerangkan perkakasan komputer dan fungsifungsinya dengan lebih efektif. Berikutan dengan langkah ini, pelajar dapat memahami hubungkait perkakasan dengan fungsi-fungsinya dengan lebih jelas. Tegas beliau lagi mengajar bagaimana komputer berfungsi dalam bilik darjah dengan menggunakan papan hitam dan gambarajah tidak akan memberi sebarang kesan. Pandangan ini adalah relevan dengan Teori Konstruktivisme (Jean Piaget) yang memperkenalkan pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan

jaringan atau hubungan atara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Ramlah dan Mahani (2002), telah mengemukakan sembilan perkara untuk melaksanakan

pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme dan salah satunya adalah menyediakan aktiviti berbentuk hands on dan minds on untuk pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran.

Responden B juga menyatakan bahawa, kebanyakan ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah ini, kurang mengambil tahu tentang proses pengajaran pembelajaran, khususnya pelaksanaan program ICTL. Beliau memberitahu yang ibubapa tidak mempunyai kerjasama yang rapat dikalangan mereka dalam melibatkan diri mereka dalam usaha memperbaiki kelemahan di sekolah. Ini jelas apabila hanya guru-guru yang mempunyai anak-anak yang belajar di sekolah ini yang berusaha dan

43

menekan pihak pentadbiran atas kelemahan yang ujud khususnya pengurusan dan penggunaan makmal pengkomputeran sekolah. 4.9 Analisa dan Rumusan Ujian ICTL Ujian ICTL yang dijalankan terhadap 60 sampel menununjukkan bahawa seramai 14 pelajar dari jumlah tersebut gagal ujian ini dengan memperolehi markah kurang dari 39%. Seramai 18 pelajar lulus dengan markah antara 40% hingga 49% manakala 28 pelajar memperolehi kepujian dengan markah antara 50% hingga 79%. Ini bermakna sebanyak 23.3% peratus gagal, 30% pelajar lulus dan 46.7% pelajar mendapat kepujian. Tidak ada pelajar yang lulus dengan cemerlang iaitu markah melebihi 80 hingga 100. 4.9.1 Analisa Item Soalan 10 soalan

Ujian ICTL tahun 3, terdiri dari dua bahagian. Bahagian A merangkumi

aneka pilihan dan bahagian B dengan 40 soalan yang terdiri dari soalan-soalan menyusun kenyataan mengikut turutan yang betul, menyatakan salah atau benar kenyataan yang diberi, mengumpul perkataan mengikut ciri-ciri nya dan menamakan ikon-ikon yang mudah.

Analisa Item dilakukan untuk 10 soalan pertama (aneka pilihan) untuk memperlihatkan i) bilangan pelajar yang menjawab dengan betul dengan peratus. ii) bilangan pelajar yang gagal menjawab dengan betul dengan peratusnya. 4.9.2 Soalan S1 S2 Jadual Analisa Item Ujian ICTL Soalan 1-10 Bilangan Betul 22 36 Peratus 36.7 60.0 44 Bilangan Salah 38 24 Peratus 63.3 40.0

S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

31 25 22 28 26 25 19 28

51.7 41.7 36.7 46.7 43.3 41.7 31.7 46.7

29 35 38 32 34 35 41 32

48.3 58.3 63.3 53.3 56.7 58.3 68.3 53.3

Jadual atas menunjukkan pelajar menunjukkan kelemahan yang ketara dalam menjawab soalan aneka pilihan yang diberi. Soalan 9 merekodkan bilangan betul yang paling rendah (19 pelajar) dengan peratusan 31.7%. Soalan 2 merekodkan bilangan pelajar terbanyak iaitu seramai 36 pelajar dengan mencatat 60%. Secara keseluruhan, bilangan pelajar yang menjawab kesemua 10 soalan yang pertama tidak mencapai 50% (kecuali soalan 2). Peratus gagal yang tinggi, menunjukkan ramai pelajar gagal menjawab 10 soalan mudah yang pertama dalam bahagian A. Keadaan ini memberi gambaran bahawa pelajar tidak memahami soalan dan tidak menguasai kemahiran asas yang diuji.

Soalan 11 yang menilai kemahiran pelajar menyusun langkah-langkah yang perlu untuk menyusun ikon-ikon mengikut saiz (arrange icons by size). Walaupun kesemua langkah telah disenaraikan, namun 59 pelajar atau 98.3% jumlah keseluruhan pelajar(60), gagal menyusun langkah-langkah (arrange icons by size) dengan tepat. Hanya seorang pelajar (1.7%) berjaya menyusun dengan betul. Soalan ini memerlukan pelajar memahami langkah-langkah dari awal hingga akhir untuk melakukan sesuatu operasi yang hanya dapat dikuasai melalui latihan atau hands on.

45

Soalan 12, menyenaraikan 10 kenyataan asas dalam pengoperasian komputer dan pelajar dikehendaki menyatakan samada benar atau salah pada setiap kenyataan tersebut. Untuk memperlihatkan kebolehan pelajar menjawab soalan-soalan ini, skor pelajar diterjemahkan dalam histogram dan jadual frekuensi seperti di bawah 4.9.3 Carta Histogram analisa skor soalan 12

Analisis soalan 1220

10

Frequency

0 1 2 3 4 5 6 7 8

Skor

Histogram menununjukkan skor pelajar minimum adalah 1 dan maksimum 8 untuk soalan 12 yang mengandungi 10 item dengan jumlah skor adalah 10. Skor Min pelajar (4.85) yang agak rendah untuk soalan ini menunjukkan pelajar tidak menguasai kemahiran yang diuji dengan baik. Mode untuk skor pelajar bagi soalan ini adalah 5 dimana seramai 16 pelajar memperolehi skor yang sama. 4.9.4 Jadual Frekuensi soalan 12 FrequenciesStatistics

N

Valid Missing

60 0 4.85

Mean

46

Median Mode Std. Deviation Variance Range

5.00 5 1.793 3.214 7

4.9.5 Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Bilangan Betul 32 18 25 24 25 38 37 31 25 29

Jadual Analisa Item Soalan 12 Peratus 53.3 30.0 41.7 40.0 96.7 63.3 61.7 51.7 41.7 48.3 Bilangan Salah 28 42 35 36 35 22 23 29 35 31 Peratus 46.7 70.0 58.3 60.0 58.3 36.7 38.3 48.3 58.3 51.7

Jadual 4.3 menunjukkan hanya item ke 5 mendapat peratus betul yang tertinggi 96.7% manakala item ke 2 mencatatkan peratus betul yang paling rendah dengan 30.0%. Hanya 18 dari 60 pelajar, berjaya menjawab dengan betul item yang menguji kemahiran pelajar memulakan aplikasi Microsoft PowerPoint. Kelemahan yang ketara dapat dilihat dari kebolehan pelajar menjawab item 1, 3, 4, 5, 9, dan 10 yang mencatatkan peratus betul di bawah 50%. Kesemua item ini, menguji penguasaan kemahiran pelajar tentang

47

Page Orientation, Steps to Bold, Print Screen, Insert Key Function, Opening a New Presentation dan Insert Picture from Clip Art . Soalan 13 menilai kemahiran pelajar untuk mengketogorikan perkataan mengikut jenis Bold, Italic dan Underline. Dalam bahagian ini pelajar dapat menguasai kemahiran dengan memperolehi dari 15 hingga skor penuh 20. Begitu juga dengan soalan 14 (soalan yang terakhir).Pelajar dapat menguasai kemahiran mengenali sekurangkurangnya 3 daripada 4 ikon yang perlu dilabelkan. (Kertas ujian dilampirkan). 4.10 Penutup

Dari analisis item yang dilakukan terhadap kesemua soalan yang dikemukakan didapati bahawa pelajar tidak menguasai kemahiran untuk menyatakan fungsi-fungsi perkakasan komputer (hardware), pengendalian perkakasan dan aplikasi komputer (software) yang pelajar tahun tiga sepatutnya menguasai. Peratus gagal dan lulus sederhana serta ketiadaan pelajar yang lulus dengan cemerlang pada keseluruhan membuktikan bahawa, program ICTL di sekolah ini belum mencapai tahap yang membanggakan. Pelajar yang memperolehi pengalaman hands on yang terhad merupakan satu faktor penting dalam kelemahan pelajar menjawab soalan-soalan ujian yang diberi. Dapatan ini secara tak langsung menjawab soalan kajian yang pertama dalam kajian kes ini.

Dapatan temubual dengan guru-guru ICTL membuktikan bahawa guru-guru menghadapi masalah memahami kandungan modul disamping kekurangan pengetahuan dalam bidang ICT. Walaupun mereka telah menghadiri kursus asas ICTL, namun kekurangan pengalaman menggunakan komputer, membuktikan mereka kurang bersedia dalam proses pengajaran yang sebenar. Faktor kekurangan masa juga menjadi alasan utama guru-guru ICTL dalam melaksanakan program ini. Perkembangan ini menjawab soalan

48

kajian yang ke dua di mana penyelidik merumuskan bahawa, guru-guru ICTL kurang bersedia dalam melaksanakan program ICTL dengan sepenuhnya. Dapatan dari temubual dengan Penyelaras Makmal Pengkomputeran menjelaskan kepada kita bahawa penyenggaraan peralatan ICT merupakan satu masalah besar yang melambatkan kelancaran program ICTL disekolah ini. Dapatan ini menjawab soalan kajian yang ke empat. Akhir nya kesan dari pengurusan dan penyenggaraan peralatan dalam makmal pengkomputeran yang tidak konsisten, telah menyumbang kepada pencapaian yang rendah dalam ujian ICTL yang dijalankan terhadap pelajar. Oleh itu penyelidik merumuskan bahawa, terdapat kesan negatif terhadap pencapaian pelajar berikutan dari pengurusan makmal pengkomputeran yang kurang memuaskan dan perkembangan ini menjawab soalan kajian yang kelima dalam kajian kes ini. Melalui dapatan kajian yang telah dijalankan ini juga, penyelidik dapat merumuskan bahawa tahap pencapaian pelajar tahun 3 dalam menguasai kemahiran ICTL adalah sederhana walaupun kemahiran-kemahiran yang diuji terdiri dari item-item yang asas dan mudah.

BAB 5RUMUSAN DAN CADANGAN5.1 Pengenalan

49

Program ICTL yang diperkenalkan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara adalah satu program yang memberi asas yang kukuh untuk pelajar menerokai ilmu ICT yang menjadi semakin penting dalam kehidupan kita. Usaha kerajaan untuk menjadikan pelajar-pelajar sekolah bersedia pada peringkat awal membuktikan komitmen kerajaan yang sungguh-sungguh dalam menghasilkan modal insan yang berkebolehan tinggi dalam menangani cabaran masa hadapan. Dalam usaha ini pencapaian dalam teknologi ICT, telah menjadi satu kayu pengukur yang penting bersama bidang ilmu yang lain. 5.2 Pemantauan

Segala usaha dan pelaburan wang kerajaan akan menjadi sia-sia tanpa pulangan yang berfaedah sekiranya pihak yang bertanggungjawab melaksanakan program kerajaan, tidak berfungsi seperti mana yang diharapkan sewaktu program ini diperkenalkan. Pemantauan yang komprehensif perlu dilaksanakan di peringkat sekolah, untuk memastikan makmal pengkomputeran dan program-program yang berkaitan berjalan dengan lancar. Penyelidik mendapati bahawa kelemahan dalam memberi perhatian dalam menyediakan tenaga manusia yang mencukupi dalam menangani isu-isu yang timbul dalam bidang teknikal di sekolah-sekolah, merupakan salah satu punca utama kelemahan program pengkomputeran di kebanyakan sekolah. Masalah penyenggaraan peralatan perlu diatasi dengan professional dan tidak sepatutnya dibebankan kepada guru-guru yang dilantik oleh sekolah sebagai penyelaras makmal. Penyelaras makmal yang dilantik perlulah diberi latihan yang khusus dan diberi jawatan sebagai Pengurus Makmal (setaraf dengan Penolong Kanan) bersama beberapa insentif yang perlu supaya beliau dapat menumpukan perhatian yang sepenuh dalam bidang pengurusan makmal pengkomputeran sekolah. Pembantu Makmal Pengkomputeran Sekolah juga harus diadakan untuk membantu Pengurus Makmal. Dalam pada itu Pengurus Makmal haruslah diberi kuasa mengendalikan kewangan untuk menguruskan makmal pengkomputeran masing-masing. 50

5.3

Peranan Pentadbiran Sekolah

Pihak pentadbiran sekolah hendaklah memainkan peranan yang penting dalam menangani isu-isu semasa yang melibatkan program-program yang berasaskan komputer, yang perlu dijalankan oleh sekolah dari masa kesemasa. Kegagalan sekolah memantau dan memastikan kelicinan program akan berkesudahan dengan pembaziran yang akhirnya merugikan pelajar yang menjadi pelanggan utama sesebuah sekolah. Pihak pentadbiran yang mengambil keputusan tanpa memikirkan kesan jangka panjang akan merugikan pelajar dan juga guru-guru. Dalam kajian kes ini, sikap pentadbiran sekolah yang enggan berbincang dengan guruguru dan penyelaras makmal, telah mengambil keputusan menutup makmal dan menghalang sebarang bentuk penggunaan. Berikutan dengan itu kelemahan yang ketara dapat dilihat dalam pelaksanaan program ICTL sekolah. Makmal komputer yang tidak berfungsi hampir dua tahun menunjukkan kelemahan pentadbiran yang bersikap dingin terhadap kemajuan ICT dikalangan pelajarnya. Sikap mementingkan kemudahan ICT untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan pejabat lebih dari penggunaan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah amat dikesali oleh penyelidik. Perkara ini jelas apabila penyelidik mendapati peralatan PPSMI yang dibekalkan untuk pengajaran Matematik dan Sains telah disalahgunakan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan pejabat seperti menguruskan Data Emis, Data Pelajar, Skim Bantuan Buku Teks dan lain-lain kegunaan pejabat. Jelas disini jutaan wang ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyalurkan pendidikan bermutu nampaknya sia-sia sahaja dan fenomena ini semakin berterusan di kebanyakan sekolah. 5.4 Cadangan

51

Dari dapatan kajian kes dan pemerhatian penyelidik dalam jangkamasa pemerhatian sebelum dan semasa kajian ini dibuat, penyelidik mencadangkan beberapa langkah perubahan yang boleh dijalankan oleh pihak yang bertanggung jawab. 5.4.1 Jangkamasa Program ICTL Jangkamasa tiga bulan yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran harus dipanjangkan dan menjadikan program ICTL sebagai satu subjek yang berasingan di sekolah rendah dengan memperluaskan kandungan atau skopnya. Langkah ini juga akan mengatasi masalah kekurangan masa guru-guru Bahasa Inggeris mengajar subjek berkenaan. 5.4.2 Peruntukan Kewangan Kementerian Pelajaran haruslah menyediakan peruntukan kewangan khusus untuk makmal pengkomputeran sekolah pada setiap tahun, supaya kerja-kerja

penyenggaraan dapat dilaksanakan dengan cepat dan memastikan kelicinan program ICTL di sekolah. 5.4.3 Kemahiran ICT Guru-guru ICTL harus dihantar berkursus mengendalikan masalah-masalah teknikal pada komputer, supaya mereka sentiasa bersedia untuk menangani masalah (troubleshooting) yang timbul semasa pengajaran dijalankan.

5.4.4 Pengurus Makmal Penyelaras makmal yang dilantik oleh sekolah perlu dinaikan taraf ke jawatan yang tetap dengan gelaran jawatan Pengurus Makmal Komputer. Calon untuk jawatan ini harulah dipilih dalam kalangan guru berijazah(DG41) yang mempunyai pengalaman 52

tentang

pengendalian

komputer.

Mereka

juga

harus

diberi

kursus-kursus

penyenggaraan peralatan komputer dan pengurusan makmal dari masa kesemasa bagi meningkatkan kebolehan mereka. 5.5 Kesimpulan

Keberkesanan program ICTL dan pengurusan makmal pengkomputeran di sekolah yang dikaji, memperlihatkan kelemahan yang ketara dan perlu mendapat perhatian dari semua pihak yang terlibat. Isu yang diketengahkan dalam kajian kes ini bukan sahaja berlaku di sekolah ini malah, kebanyakan Sekolah Kebangsaan di Negeri Pulau Pinang. Untuk meninjau dengan lebih lanjut lagi, kajian haruslah dilakukan ke atas SekolahSekolah Kebangsaan diseluruh Negeri Pulau Pinang, untuk mengetahui perkembangan sebenar tentang keberkesanan pengurusan makmal pengkomputeran dan program ICTL sekolah rendah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

53