Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    1/35

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    2/35

    2

    Pada dasarnya, semua ibu bapa di bumi ini mempunyai satu matlamat dan impian yang sama

    dalam mendidik anak-anak, supaya zuriat mereka itu nanti akan menjadi orang yang Berjaya

    dengan cemerlang, tidak kira dari segi akademik, sosial mahupun diri sendiri. Ini kerana anak-

    anak mereka itulah yang akan mewarisi kehidupan ibu dan bapa mereka.

    Bagi umat Islam:

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

    "anak yang soleh akan mampu memberi syafaat terhadap 10 orang ahli

    keluarganya ( Hadis Riwayat Tarmizi)

    Keinginan untuk kesyurga Allah pasti ada pada setiap diri insan di dunia, ia tidak semudah yang

    disangkakan, tetapi anak-anak atau zuriat yang Allah berikan pada ibu bapa untuk dijaga sudah

    pasti boleh menjadi salah satu tiket kita menuju terus ke syurga Allah.

    Sebagai ibu bapa, mereka perlu memulakan proses tarbiah itu sendiri, kerana ia dapat mendidik

    anak itu menjadi soleh atau solehah.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    3/35

    3

    TOPIK 1

    1.0 Pengenalan

    Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah

    (Asy-Syeikh Mustafa Masyhur)

    Dari kata-kata ini yang pernah diungkapkan oleh Asy syeikh Mustafa Mansyhur, kita semua

    dapat tahu bahawa tarbiah amat penting dalam kehidupan. Tidak kira proses tarbiah kepada

    golongan dewasa, golongan remaja atau belia malah ia penting kepada golongan kanak-kanak.

    Ini menjelaskan bahawa tarbiah bukan satu matlamat, tetapi ia menjadi wasilah dalam

    pembentukan seseorang itu. Tarbiah adalah wasilah 4 utama untuk kitasampai kepada matlamat

    kita. Tanpa proses tarbiah, kita tidak kaan sampai kepada matlamat-matlamat yang dicita-

    citakan.

    Proses tarbiah ialah satu proses mempersiap rijal-rijal 5 yang akan mendokong Deen 6 Allah swt.

    Hanya dengan tarbiah, peribadi-peribadi mukmin pada seseorang muslim itu akan terbina, secara

    sendiri menyedari dan merasai kepentingan tuntutan iman kepada Allah swt.

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

    Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab

    terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumah tanggu dan anak-anaknya

    dan dia bertang gungjawab terhadap mereka.(Hadith Riwayat Imam Bukhari)

    4 Wasilah bermaksud jalan, langkah-langkah.5 Rijal-rijal iaitu pemuda, remaja, belia.6 Deen merupakan pegangan yang benar disisi Allah (agama islam)

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    4/35

    4

    Mendidik anak-anak adalah suatu mujahadah 7. Ia bukan satu perkara mudah yang terbentuk

    tanpa perancangan dan pelaksanaan yang teliti.

    Jiwa anak-ank ibarat tanah yang subur, jika tidak sentiasa digembur dan ditanam dengan

    pohon-pohon yang baik, maka yang akan tumbuh hanyalah lalang dan rumput liar yang

    menyesakkan andangan dan menjadi tempat persembunyian ular dan segala jenis haiwan

    yang ber bisa.( Ungkapan Mohad Hisham Mohd Sharif, 43 Inspirasi Mendidik Anak ).

    Ini jelas bahawa ibu bapa perlu mendidik anak itu seawal usia yang boleh, supaya dia mengenal

    erti kehidupan yang sebenar.

    Bagi seorang bapa, ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang besar dalam mendidik

    anak-anak kecil mereka.ini sebagai satu amalan pengukuhan dari kecik supaya kelak anak itu

    membesar dengan sempurna. Sebagai contoh mengajar serta menyuruh anak menunaikan solat

    lima waktu sejak berusia tujuh tahun, ini membuktikan bahawa amalan solat ini amat penting

    sebagai asas yang kukuh menjadi insan berkeperibadian mulia.

    Mendidik anak pada zaman moden antara salah satu cabaran yang amat besar bagi pasangan ibu

    bapa tersebut. Jika tidak diperincikan nilai-nilai serta konsep tarbiah, maka dengan mudah anak

    tersebut keruntuhan nilai moral dan akhlak.

    Ibu dan bapa berperanan penting dalam membangunkan kredibiliti, membentuk sahsiah yang

    terpuji. Oleh itu, kewajipan ibu bapa zaman moden ini perlu lengkap secara keseluruhannya

    sebelum melangkah kea lam rumah tangga. Cuba kita lihat bagaimana insan yang bernama

    Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Pada ayat 16 dan 17 surah Luqman

    7 Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    5/35

    5

    Allah berfirman yang bermaksud:

    Beliau (Luqman) berkata kepada anaknya:

    Wahai anakku, sesungguhn ya jika ada amalan engkau (baik atau buruk) seberat

    biji sawi yang tersembunyi dalam batu atau di langit atau di bummi, nescaya

    didatangkan (dibalas) Allah juga. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha

    Mengetahui.

    Wajai anakku, dirikanlah solat dan suruh lah orang membuat yang makruf 8 dan

    laranglah yang munkar 9

    serta bersabarlah di atas cubaan10

    yang menimpamu.

    Sesungguhnya demikian itulah pekerjaan yang dicita- citakan. (Surah Luqman:

    16 dan 17)

    Tanggungjawab ibu dan bapa begitu besar nilainya sehingga Allah merakamkan dalam surah

    Luqman tersebut.

    Institusi Keluarga Bertanggungjawab dalam pembentukan sahsiah remaja

    (Akhbar Sinar Harian, 27 September 2012)

    Ibu bapa bukan sahaja memerlukan ilmu keibubapaan yang tinggi tetapi juga kematangan fikiran

    untuk mengasuh, mendidik dan mendisiplinkan anak-anak untuk berhadapan cabaran dunia

    Internet. Ia merupakan peranan penting dalam kekeluargaan, tidak kira sama ada institusi itu

    sebuah keluarga yang lengkap mempunyai kedua-dua ibu dan bapa ataupun keluarga ibu tunggal

    atau bapa tunggal, peranan ketua keluarga sangat penting.

    8 Makruf, perkara yang baik.9 Munkar, perkara yang buruk.10 Cubaan, dugaan atau cabaran.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    6/35

    6

    Oleh itu, berkonsepkan tarbiah islamiyah pasti dapat mengukuhkan lagi dan membina ummah

    dari dalam rumah itu sendiri.

    Proses Tarbiah yang kita lalui hari ini bukan sekadar untuk menjadi soleh sahaja,

    tetapi ia bertujuan membentuk kita sehingga lahirnya diri kita sebagai musleh 11 .

    (Kata-kata Al Fadhil Ustaz Dahlan bin Mohd Zain)

    Tarbiah islamiah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya

    beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Tetapi ia juga bertujuan melahirkan mukmin yang

    sedia berkhidmat dan memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

    Tarbiah ini juga mampu memperbaiki sesuatu keadaan ke arah yang lebih baik.

    Dalam proses mendidik anak tiada formula khusus yang spesifik.

    1.1 Kaedah yang Rasulullah s.a.w gariskan mengikut 4 tahap mendidik anak:

    I. Tahap pertama : Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita

    banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih saying sepertimana haiwan menjaga

    anaknya.

    II. Tahap kedua : Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita

    mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

    III. Tahap ketiga : Anak berumur 15 tahun hingga remaja (21 tahun). Hendaklah dididik

    dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan

    dengan syariat.

    11 Musleh bermaksud orang yang membaiki.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    7/35

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    8/35

    8

    Topik 2

    2.0 Apa ituTarbiah?

    Tarbiah bermaksud pengembangan, iaitu peningkatan.

    Diriwayat oleh seorang teman Imam Ahmad bin Hanbal, yang menggambarkan

    kehidupan Imam, ia berkata:

    Demi Allah, saya telah bersahabat dengannya selama dua puluh tahun, sama ada

    musim panas atau musim sejuk, ketika cuaca panas atau sejuk, pagi dan petang,

    apa yang saya dapati pada setiap hari beliau lebih baik dari sebelumnya.

    Tarbiah juga bermaksud penjagaan dalam erti kata menjaga, membangun dan hidup

    muayasyah 12.

    Imam al-Ghazali berkata:

    Tarbiah bukanlah menabur benih di dalam tanah dengan harapan untuk tumbuh,

    tetapi bermaksud memastikan benih ini tumbuh dengan melakukan penjagaan,

    membuang serangga perosak yang ada di sekelilingnya, menyiram air dan

    melindungi dari angin kencang. Hasilnya dengan kehendak Allah bahawa benih

    itu akan tumbuh dan berkembang menjadi pohon yang menjulang tinggi.

    12 Muayasyah bermaksud bersama-sama.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    9/35

    9

    2.1 Tujuan tarbiah

    Tujuan dan sasaran tarbiah Islamiah, yang kita ingin capai dan wujudkan secara umumnya

    adalah dengan membina keadaan serta suasana yang kondusif 13 bagi manusia untuk dapat hidup

    di dunia secara lurus dan baik, serta hidup di akhirat dengan naungan redha dan pahala Allah

    swt.

    Wahai orang mukmin, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, hendaklah kamu

    mencari wasilah atau jalan untuk sampai bertaqwa pada Tuhan dan hendaklah

    kamu berjuang pada jalannya, moga-moga kamu mendapat kemenangan (di dunia

    dan di Akhirat)." (Surah Al Maidah: 35)

    2.1.1 Pertama : Ibadah kepada Allah swt semata-mata sesuai dengan syariatNya

    Allah berfirman:

    "Tidak Kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."

    (Surah Adz-Zariyat: 56)

    Ibadah kepada Allah swt sesuai dengan syariat yang diucapkan oleh lisan Rasulullah s.a.w

    adalah tujuan utama dan terpenting daripada tarbiah Islamiah ini. Ibadah menuntut banyak unsur

    dari seorang Muslim, antaranya: unsur iman, unsur Islam, unsur ihsan, unsur keadilan, unsur

    amar makruf nahi mungkar, dan unsur jihad di jalan Allah swt untuk menjadikan kalimah Allah

    swt sebagai yang tertinggi.

    13 Kondusif bermaksud kesesuaian.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    10/35

    10

    2.1.2 Kedua : Tertegaknya khilafah Allah di muka bumi

    Allah swt berfirman:

    "Sesungguhnya aku jadikan ma nusia sebagai khalifah di bumi. (Surah Al-

    Baqarah: 30)

    Manusia sebagai khalifah 14. Perkara ini menuntut aktiviti untuk memakmurkan bumi dan

    memanfaatkan segala yang Allah swt telah berikan untuk umat manusia.

    Allah swt berfirman;

    "Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu

    pemakmurnya." (Surah Hud: 61)

    Bermaksud bahawa Allah swt menempatkan semua manusia di muka bumi dengan memberinya

    potensi adalah untuk memakmurkannya dan mengambil manfaat sebaik mungkin sebagai bekal

    hidup dan matinya. Oleh kerana itu, interaksi dengan seluruh alam yang terbentang ini untuk

    mengambil manfaat daripadanya adalah kewajiban syarak atas manusia. Mencari ilmu dan

    mendalaminya dalam rangka kebajikan merupakan tugas yang Allah swt bebankan kepada

    manusia dan diwajibkan oleh Islam keatas kaum Muslimin.

    14 Khalifah bermaksud ketua, pentadbir.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    11/35

    11

    2.1.3 Ketiga : Saling kenal mengenal sesama manusia

    Allah swt berfirman:

    "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan

    seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku

    supaya kamu saling mengenal." (Surah Al-Hujurat: 13)

    Allah swt menciptakan manusia berbagai jenis dan warna kulitnya dan terdiri daripada berbagai

    macam suku bangsa di merata pelusuk dunia. Allah menciptakan mereka dari asal yang satu,

    iaitu Adam dan Hawa. Oleh kerana itu, tidaklah patut bagi mereka jika sentiasa bertikai,

    bercerai-berai dan bermusuhan. Sudah seharusnyalah mereka saling berkenalan, berkasih sayang

    dan saling bantu-membantu di bawah naungan ukhuwwah 15 . Bukankah mereka anak-anak dari

    seorang lelaki dan seorang perempuan?

    Inilah salah satu tujuan besar tarbiah Islamiah, yakni mempersiapkan manusia agar dapat hidup

    dalam suasana penuh kasih sayang dengan saudaranya dengan disatukan oleh aqidah yang benar

    dan ajaran Allah swt.

    2.1.4 Keempat: Kepimpinan Dunia

    Allah swt berfirman;

    Allah telah berjanji kepada orang -orang yang beriman di antara kamu dan

    mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan

    mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang

    15 Ukhuwwah bermaksud persaudaraan yang terjalin.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    12/35

    12

    sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka

    agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar

    (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman

    sentosa. (Surah An-Nur: 55)

    Inilah janji Allah swt kepada orang yang beriman dan beramal soleh, yakni keimanan yang

    disertai dengan amal adalah buah dari iman yang benar. Allah berjanji kepada mereka dengan

    tiga janji.

    2.1.4.1 Tiga janji Allah swt:

    1. Allah mengangkat sistem khalifah di muka bumi dan menjadikan mereka berkuasa dan

    mengambil manfaat sebaik mungkin diatas seluruh nikmat kehidupan dan kematian

    mereka.

    2. Allah mengukuhkan kedudukan khalifah di muka bumi dengan sistem islam. Oleh yang

    demikian, mereka boleh memiliki kekuasaan dan dominasi atas umat manusia dan ajaranagama yang lain di muka bumi ini.

    3. Allah sentiasa menenangkan hati, jiwa dan pemikiran mereka daripada rasa takut kepada

    rasa aman.

    Ini membawa maksud bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh, adalah para tokoh

    penguasa bumi, kerana agama mereka adalah agama kemenangan dan kekuasaan, maka harus

    ada keupayaan meraihnya melalui program tarbiah Islamiah bagi semua orang.

    Selama kaum Muslimin berada jauh daripada penguasaan dunia, bererti mereka jauh juga

    daripada hakikat iman dan amal soleh. Akibatnya mereka akan sentiasa rasa terbelenggu dalam

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    13/35

    13

    urusan agamanya dan termasuk dalam dosa dan maksiat. Tarbiah Islamiah berupaya membangun

    dengan segenap potensi yang dimilikinya untuk mengeluarkan umat manusia daripada belenggu

    perasaan, dosa dan maksiat.

    2.1.5 Kelima: Menghukum dengan syariat

    Allah swt berfirman:

    Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) daripada

    urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu. (Surah Al-Jaathiah: 18)

    Firman Allah yang kedua:

    Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang

    diturunkan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta ala , dan janganlah kamu mengikuti

    hawa nafsu mereka. Berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka

    tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan olehAllah kepadamu. (Surah Al-Maidah: 49)

    Inilah salah satu tujuan besar daripada tujuan-tujuan tarbiah Islamiah, bahkan inilah tujuan utama

    daripada empat tujuan.

    2.2 Empat tujuan tarbiah islamiah:

    i. Ibadah

    ii. Menjadi khalifah di bumi.

    iii. Saling mengenal dan saling

    menolong.

    iv. Penguasaan dunia.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    14/35

    14

    Oleh yang demikian, semua tujuan itu adalah menjurus kepada menegakkan syariat Allah

    swt tanpa tawar-menawar, undi-mengundi, dan tampalan, apalagi tunduk dan mengalah kepada

    sistem lain buatan manusia.

    Inilah tujuan tarbiah Islamiah secara global dan secara syummul 16, dan itulah tujuan Islam yang

    sebenarnya, baik aqidah, syariah, moral, dakwah, lembaga, sistem, perilaku, maupun jihadnya

    sekaligus, dalam rangka menjadikan kalimah Allah swt sebagai yang tetinggi. Itu semua hanya

    akan terwujud dengan berjalannya tarbiah ruhiah, akal fikiran, fizikal, akhlak dan perilaku.

    Sebelum menyelesaikan perbahasan tujuan ini, perlulah kiranya ditegaskan bahawa tarbiahIslamiah memiliki skop yang luas beraneka ragam.

    2.3 Antara tujuan tarbiah :

    1.

    Individu Seluruh unsur dan aspek-aspek yang dapat membangunkan keperibadian

    seseorang itu.

    2. Rumahtangga muslim

    Mendidik dan menyemai segala nilai dan moral yang wajib diberikan

    dalam keluarga.

    3. Masyarakat muslim

    Bekerjasama, bertolak ansur serta berinteraksi sosial dan mengikut

    pengaturannya.

    16 Syummul bermaksud lengkap, menyeluruh, sempurna. Ini bererti bahawa agama Islam adalah sebuah agamayang lengkap dan sempurna yang merangkumi kehidupan dunia dan akhirat.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    15/35

    15

    4. Umat muslimah

    Bertoleransi dari semua aspek aktiviti yang ada didalamnya.

    5. Negara Islam

    Melaksanakan segala sistem perundangan dan menegakkan syariah Islam.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    16/35

    16

    TOPIK 3

    3.0 Sepuluh muwasaffat tarbiah

    Secara ringkasnya terdapat 10 muwasaffat yang perlu dan wajib diterapkan dalam diri anak-

    anak:

    1. Mutsaqqoful Fikri.

    2. Qowiyyul Jismi.

    3. Shahihul Ibadah.

    4. Harishun ala Waqtihi.

    5. Matinul Khuluq.

    6. Salimul Aqidah.

    7. Qodirun alal Kasbi.

    8. Munazhzhamun fi Syu unihi .

    9. Mujahadatun Linafsihi.

    10. Naafi un Lighoirihi.

    Kesemua 10 sifat ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalam pembentukkan sesebuah

    keluarga. Ia pasti berguna, tidak kira kepada ibu, ayah, anak-anak dan yang pasti kepada orang

    lain.

    Mari kita perlihat satu persatu aspek-aspek yang perlu ibu bapa terapkan dalam diri anak-anak

    mengikut setiap tahap-tahap yang Rasulullah s.a.w anjurkan.

    Tahap pertama : Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz 17 . Hendaklah kita banyak bergurau

    dan membelai mereka dengan penuh kasih saying sepertimana haiwan menjaga anaknya.

    Ibu bapa gabungkan konsep ini dengan beberapa ciri muwasaffat tarbiah. Apabila melangkah

    anak itu mumayyiz, didik la mereka dengan Mutsaqqoful Fikri.

    17 Mumayyiz bermaksud kanak-kanak berumur 6 tahun.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    17/35

    17

    3.1 Mutsaqqoful Fikri

    Bercirikan intelektual dalam berfikir. Mutsaqqoful Fikri merupakan salah satu ciri pribadi

    Muslim yang penting. Kita dapat lihat sendiri sifat ini yang ada pada Rasulullah iaitu fatonah 18.

    Sebagai contoh yang lain, mari kita lihat:

    Firman Allah swt yang bermaksud:

    Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: pada

    keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa

    keduanya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang

    mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah

    menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (Surah Al-Baqarah:

    219).

    Di dalam Islam, tidak ada satu pun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai

    dengan niat, tetapi ingatlah niat itu pun aktiviti berfikir. Oleh kerana itu, seorang muslim harus

    memiliki matlamat keislaman dan keilmuan yang luas. Cuba kita bayangkan, betapa bahayanya

    suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu.

    Dalam konteks potongan ayat ini, Allah menanyakan kepada kita tentang kefahaman sebagai

    seseorang yang boleh berfikir secara rasional sebagaimana firman-Nya.

    18 Fatonah bermaksud cerdik atau bijaksana.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    18/35

    18

    Firman Allah swt yang bermaksud:

    Katakanlah: samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak

    mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima

    pelajaran: (Surah Az-Zumar: 9).

    Pada tahap pertama ini, gurauan itu dapat merangsang anak itu mudah berfikir.

    Secara logiknya, ia sebagai salah satu langkah untuk seseorang anak itu berfikir tentang sesuatu

    perkara yang baik mahupun yang buruk. Ini merupakan salah satu cara merangsang kecerdasan

    minda anak-anak.

    3.1.1 Terdapat beberapa kaedah dalam merangsang kecerdasan minda anak-anak:

    1. Dedahkan anak-anak dengan input yang pelbagai.

    2. Tanamkan motivasi yang tinggi dalam diri anak-anak.

    3. Beri didikan agama yang intensif dan lengkap. Ini telah terbukti bahawa anak-anak di

    peringkat sekolah rendah yang berusia sekitar 7-10 tahun yang mempunyai pencapaian

    yang cemerlang mampu menghafal al-quran sebanyak 1 juzuk dalam tempoh 1-2 bulan

    di samping kerja harian seperti pelajar lain.

    4. Gambarkan kehebatan dan kekuasaan Allah swt.

    5. Memberi contoh teladan yang mudah diikuti atau dicapai oleh anak-anak.

    6. Ibu bapa perlu menceritakan pengalaman yang positif kepada mereka supaya dicontohi.

    7. Selalu gambarkan perkara abstrak yang mungkin menjadi cita-cita atau wawasan bersama

    keluarga pada masa akan datang.

    8. Rangsang anak-anak dengan teknik berfikir, teknik belajar, dan teknik soal jawab dengan

    betul.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    19/35

    19

    3.2 Qowiyyul Jismi

    Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu asas pribadi muslim yang harus ada.

    Kekuatan jasmani bermaksud seorang muslim yang memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat

    melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikal yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji

    merupakan amalan didalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat atau kuat,

    apalagi perang di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan yang lain.

    Oleh karena itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan

    dari penyakit jauh lebih utama daripada mengubati. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap

    sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang

    muslim berada dalam keadaan sakit. Dengan kekuatan jasmani, maka

    Rasulullah Saw bersabda yang artinya:

    Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah (Hadith

    Riwayat Muslim).

    3.2.1 Teknik kedua merangsang minda anak-anak dari segi fizikal:

    1. Pastikan anak-anak diberi pemakanan yang seimbang, berzat dan berkhasiat.

    2. Beri kemudahan untuk anak-anak mendapat makanan tambahan seperti vitamin,

    kismis, susu, buah tamar dan sebagainya.

    3. Pastikan makanan yang diberi tiada unsur syubhat, makanan yang halal dan makanan

    yang bersih dari segi penyediaan dan juga dari segi sumber pendapatan ibu bapa.

    4. Pastikan anak-anak mendapat riadah ringan setiap hari. Riadah yang cergas akan

    menyebabkan darah mengalir dengan efisyen ke otak.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    20/35

    20

    Tahap kedua : Anak berumur 7 tahun hingga baligh 19. Hendaklah kita mendidik mereka dengan

    arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

    3.3 Shahihul Ibadah

    Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul s.a.w yang penting,

    dalam satu hadithnya:

    Rasulullah s.a.w bersabda:

    Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat . (Hadith Riwayat Bukhari,

    Muslim dan Ahmad)

    Apa yang dapat kita fahami daripada hadith tersebut, secara mudahnya dalam melaksanakan

    setiap ibadah mestilah merujuk kepada Rasulullah s.a.w. Inilah antara tanggungjawab yang wajib

    diberikan kepada anak-anak sebaik sahaja umurnya mencecah 7 tahun, dalam hadith Rasulullah

    s.a.w,

    Baginda bersabda:

    Surulah anak -anakmu solat bila berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka

    sudah sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (Hadith Riwayat Abu

    Daud)

    19 Baligh bermaksud remaja yang sudah dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Umurnya dalamlingkungan 14 tahun.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    21/35

    21

    3.4 Harishun ala Waqtihi

    Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi setiap manusia. Hal

    ini kerana waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya.

    Allah swt banyak bersumpah di dalam Al-Quran dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri,

    wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah swt memberikan waktu kepada manusia

    dalam jumlah yang sama setiap, sebanyak 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu,

    ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi.

    Saidina Ali R.A. pernah berkata:

    Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memancung (sempat) ia, maka ia akan

    memancung kamu .

    Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali. Oleh yang

    demikian, setiap muslim amat dituntut untuk memanfaatkan waktunya dengan baik, sehingga

    waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif 20, tak ada yang sia-sia.

    Sebagai ibu dan bapa, mereka perlu peka dan perlu mengisi masa lapang anak-anak bagi

    mengelakkan masa itu terbuang begitu sahaja.

    20 Efektif bermaksud teratur, cekap.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    22/35

    22

    3.4.1 Aktiviti mengisi masa lapang anak-anak.

    i. Mengasah bakat / kreativiti / hobi

    Melukis

    Fotografi

    Robotik

    Mengarang

    Belajar khat

    Bernasyid

    Menanam bunga

    Berkebun sayur

    Menghias rumah

    Melancong

    ii. Memiliki kemahiran Komputer

    Melayari internet yang berfaedah

    Kelas tuisyen

    Kumpulan belajar

    Memotong & mengumpul keratan akhbar

    iii. Bersosial yang sihat

    Melawat saudara mara.

    Beramah mesra dengan jiran

    Menziarah keluarga

    Mengikuti rombongan sambil belajar

    Menziarahi kelahiran, sakit dan kematian

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    23/35

    23

    iv. Bersukan

    Bola sepak

    Badminton

    Sepak takraw

    Berenang

    Ping pong

    Jogging

    Strolling

    Silat

    v. Mendalami pendidikan agama

    Belajar iqra / al-Quran /

    menghafal

    Belajar tajwid / tahsinul

    Quran

    Belajar tarannum

    Belajar fardhu ain

    Mendengar ceramah

    agama

    Mengikuti kumpulan

    usrah

    vi. Aktiviti luar / lasak

    Berkhemah

    Jungle trekking

    Memancing

    Berbasikal

    Memanjat bukit / gunung

    Main laying-layang

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    24/35

    24

    TOPIK 4

    Tahap ketiga : Anak berumur 15 tahun hingga remaja (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara

    berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan

    syariat.

    4.0 Matinul Khuluq

    Akhlak yang kukuh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang

    harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan

    makhluk-makhlukNya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik

    di dunia apalagi di akhirat. Rasulullah s.a.w sendiri diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau

    sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah

    di dalam Al- Quran,

    Allah berfirman yang artinya: Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki

    akhlak yang agung (Surah Al-Qalam: 4).

    Begitu juga dalam berkeluarga, ibu bapa perlu mendidik anak-anak dalam berakhlak. Asuh anak-

    anak tentang akhlak yang bersifat mahmudah 21. Di samping itu, halang mereka dari melakukan

    akhlak yang bersifat mazmumah 22.

    21 Mahmudah bermakksud akhlak yang terpuji.22 Mazmumah bermaksud akhlak yang buruk.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    25/35

    25

    4.0.1 Sifat-sifat mahmudah dan mazmumah

    Sifat Mahmudah (Akhlak Baik) Sifat Mazmumah (Akhlak Buruk)

    Solat diawal waktu Melalaikan dan meninggalkan solat

    Pakaian menutup aurat Pakaian mendedahkan aurat

    Membantu orang yang memerlukan Menzalimi orang lain

    Memaafkan orang lain Sombong dan bongkak

    Selalu senyum Suka mencaci orang

    Membantu ibu dan bapa Membuang masa

    Rajin belajar Malas

    Berdoa kepada Allah Tidak bersyukur kepada Allah

    Mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w Mudah terpengaruh dengan budaya barat yang

    buruk

    Berbuat baik dengan sesiapa sahaja Mementingkan diri sendiri dan buruk sangka

    terhadap orang lain

    Jadual 4.0

    Secara tidak langsung, dengan sifat-sifat yang dididik ini aqidah anak-anak itu sendiri terbina.

    Didalam muwasaffat tarbiah, ia dipanggil salimul aqidah.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    26/35

    26

    4.1 Salimul Aqidah

    Allah swt berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

    Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan

    semesta alam (Surah Al- An am:162) .

    Salimul aqidah bermaksud Aqidah yang bersih. Sifat ini wajib ada pada setiap muslim. Dengan

    aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah swt dan

    dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuanNya. Dengan

    kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya

    kepada Allah dengan ikhlas. Mengajar anak-anak menyebut dan melafazkan syahadah dengan

    baik serta tepat supaya dia memahami isi kandungan yang tersirat dan tersirat didalam syahadah.

    Pada peringkat ini juga, ibu bapa perlu didik anak-anak sehingga dia mampu untuk berusaha

    sendiri. Ia selari dengan muwasaffat tarbiah yang sedang kita bincangkan.

    4.2 Qodirun alal Kasbi

    Qodirun alal Kasbi bermaksud m emiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut

    dengan mandiri 23 merupakan ciri-ciri yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan

    sesuatu yang amat diperlukan. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam

    Al-Qur an ma hupun hadits dan hal itu memilik keutamaan yang sangat tinggi.

    23 Mandiri, usaha.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    27/35

    27

    Allah swt berfirman:

    Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu

    sehingga mereka sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka

    sendiri (Surah Ar-Rad: 11)

    Ayat ini jelas menyatakan bahawa dengan usaha sahaja yang dapat mengubah segala apa yang

    terdapat pada diri seseorang itu. Maka ibu bapa perlu mendidik anak-anak bagaimana cara untuk

    berdikari 24 . Dalam kaitan menciptakan akhlak inilah seorang muslim amat dituntut

    memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan usaha itu menjadi sebab baginya mendapat

    rezeki dari Allah swt.

    Mari kita tengok bertapa indahnya islam itu sendiri, dengan terbinanya Qodirun ala Kasbi, sifat

    Munazhzhamun fi Syu unihi terbentuk dengan send irinya dalam diri seseorang itu.

    4.3 Munazhzhamun fi Syuunihi

    Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim

    yang ditekankan oleh al- Qur an ma hupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik

    yang terkait dengan masalah ubudiyah mahupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan

    dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama

    dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu urusan dikerjakan

    secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya secara profesional. Bersungguh-

    sungguh, bersemangat dan berkorban, secara berterusan dan mengasah ilmu pengetahuan

    merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.

    24 Berdikari bermaksud mampu berdiri diatas kaki sendiri. Berusaha tanpa bantuan orang lain.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    28/35

    28

    Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa kaedah yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak.

    4.3.1 Tiga Perkara yang umum perlu diambil kira dalam mengatur masa adalah seperti:

    1) Masa bersama keluarga

    2) Masa bersama rakan sekerja

    3) Masa untuk diri sendiri

    4.3.2 Teknik-teknik masa yang teratur:

    1. Menggunakan Rancangan Bertindak

    2. Kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif

    3. Menghapuskan tabiat tangguh dan tunggu dengan mengingati 3 perkara:

    Kelmarin sudah berlalu

    Esok masih belum berlalu

    Hari ini peluang masih ada

    4. Penuhkan masa lapang

    5. Tahu dan pandai untuk berkata tidak

    6. Merancang jadual waktu belajar dan harian

    http://melayumaya.blogspot.com/2012/03/pentingnya-komunikasi-ibu-bapa-dengan.htmlhttp://melayumaya.blogspot.com/2012/03/pentingnya-komunikasi-ibu-bapa-dengan.html
  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    29/35

    29

    TOPIK 5

    Tahap keempat : Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah memberi mereka kebebasan dalam

    bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa perlu bertindak sebagai penasihat

    agar semua tindakan mereka terkawal.

    Pada peringkat yang terakhir ini, peringkat yang paling mencabar bagi ibu bapa untuk mendidik

    anak-anak mereka. Terdapat 2 lagi sifat yang terpenting dalam muwasaffat tarbiah iaitu

    Mujahadatun Linafsihi dan Na afi un Lighoirihi.

    5.1 Mujahadatun Linafsihi

    Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu kepribadian yang

    harus ada pada diri seorang muslim, kerana setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang

    baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk

    amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang

    dalam melawan hawa nafsu. Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setkal diri manusia harus

    diupayakan tunduk pada ajaran Islam,

    Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Tidak beragmana seseorang dari kamu sehingga ia

    menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (Hadith riwayat Hakim).

    Dan diriwayatkan sebuah kisah Ketika pulang dari peperangan yang dahsyat, yakni perang

    Badar, tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w mengatakan sesuatu kepada para sahabatnya.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    30/35

    30

    Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabat:

    Sesung guhnya kalian pulang dari jihad 25kecil menuju jihad besar.

    Para sahabat bertanya:

    Ya Rasulullah, apakah jihad yang besar itu?

    Rasulullah s.a.w menjawab:

    Jihad nafs (jihad melawan hawa nafsu)

    Pada peringkat ini jugalah, akan terbina satu sifat yang amat penting kepada diri sendiri,

    keluarga, masyarakat mahupun kepada negara. Sifat Naafi un Lighoirihi.

    5.2 Naafiun Lighoirihi

    Naafi un Lighoirihi bermaksud b ermanfaat bagi orang lain. Sifat ini merupakan sebuah tuntutan

    kepada setiap muslim. Manfaat yang dapat diertikan dengan manfaat yang baik sehingga

    dimanapun dia berada. Setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan

    berupaya memaksimakan usaha untuk memanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai

    seorang muslim itu tidak boleh mengambil perana yang baik dalam masyarakatnya.

    Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: sebaik-baik manusia adalah yang

    paling bermanfaat bagi orang lain (Hadith Riwayat Ad-Daruquthni dan Ath-

    Thabarani).

    25 Jihad bermaksud perjuangan, peperangan.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    31/35

    31

    Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Quran dan hadith,

    sesuatu yang perlu kita realisasikankan pada diri kita masing-masing.

    Begitu juga didalam diri anak-anak itu sendiri. Pada tahap ini, ibu bapa perlu mendidik sara

    bagaimana untuk memanfaatkan diri kepada orang lain disekeliling kita. Demikian secara umum

    ciri-ciri seorang muslim yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith.

    5.2.1 Sesuatu perkara titik tolak atau sebagai kayu pengukur pada diri kita masing-

    masing.

    1. Da ie26

    umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

    2. Da ie adalah penggerakdakwah Islam. Masa depan Islam, hidup mati islam

    bergantung kepada da ie.

    3. Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

    4. Da ie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam

    hidupnya ialah bila dapat mengajak seseorang itu ke jalan Allah swt.

    Pernah Saidina Umar berkata kepada sahabatnya:

    Impikanlah 27!

    Seorang pemuda berkata:

    Aku mengimpikan sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan

    pada jalan Allah."

    Umar berkata lagi:

    26 Daie bermaksud orang yang berdakwah, yang menyampaikan dakwah, risalah Allah. Pendakwah.27 Impikanlah bermaksud berangan-angan.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    32/35

    32

    Impikanlah!

    Seorang pemuda berkata:

    "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku

    infakkan pada jalan Allah."

    Umar berkata lagi:

    Impikanlah!

    Mereka berkata:

    "Kami tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin 28"

    Umar pun berkata:

    "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal

    dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka

    untuk meninggikan kalimah 29 Allah".

    28 Amirul Mukminin bermaksud gelaran yang diberikan kepada Saidina Umar Al-Khattab.29 Kalimah bermaksud kalam Allah. Firman atau ayat al-Quran.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    33/35

    33

    KESIMPULAN

    Secara kesimpulannya, untuk melahirkan kekuatan pemuda-pemuda yang "melihat dunia dengan

    pandangan iman", hati dan minda perlu dibuka. Buka seluas-luasnya dan biar akidah jadi tapisan.

    Hati dibuka dengan doa dan amalan, disinarkan dengan akhlak dan perbuatan. Minda dibuka

    dengan didikan dan pembacaan, disuluh dengan rujukan dan panduan.

    Dengan adanya langkah-langkah seperti ini, sedikit sebanyak dapat membentuk kefahaman

    mengenai Islam yang syumul (menyeluruh) dan sedikit sebanyak gambaran Jalan yang harus kita

    lalui dalam menuju kepada keredhaan Ilahi dan kebahgiaan di dunia dan Akhirat

    Syeikh Dr. Yusuf Al- Qardhawi pernah berkata, setiap inci di atas muka bumi ini adalah tempat

    yang paling subur untuk menanam benih syurga. Jadi secara tidak langsung ibu bapa perlu

    mengajar dan mendidik anak-anak mereka bermula dari tahap pertama sehingga pada tahap

    keempat.

    "Wahai orang mukmin, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, hendaklah kamu

    mencari wasilah atau jalan untuk sampai bertaqwa pada Tuhan dan hendaklah kamu

    berjuang pada jalannya, moga-moga kamu mendapat kemenangan di dunia dan di

    Akhirat." (Surah Al Maidah: 35)

    Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar

    sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami

    dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek

    seorang da ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    34/35

    34

    RUJUKAN

    Buku Ilmiah atau majalah:

    1. STORMREADERS, The Power To Inspire Hope, 11/2012, Dakwah Itu Mudah. JOM!

    Bukan Sekadar Kewajipan tetapi gerakan yang menghidupkan!, penerbit Deen Prints .

    2. Tim Penyusul Modul, Dzuqaidah 1430H/Oktober 2009M, Modul Tarbiyah Islamiyah,

    Lembaga Kajian Manhaj Tarbiyah(LKM T).

    3. Dato Dr.Hj.Mohd.Fadzilah Kamsah dan Hj.Muhammad Zakaria, April 2005, Kemahiran

    Mendidik Anak, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, Telaga Biru Sdn Bhd.

    4. Imam An - Nasa I (penterjemah: H.M Yusuf Sinaga),2012, Panduan Hidup Beramal

    Ibadah Sepanjang Hayat, Ensiklopedia Amalan Muslim, Rahsia&Fadhilat Doa-doa,

    Wirid, Zikir, Selawat dan Amalan-amalan Mulia, Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd.

    5. Zahazan Mohamed dan Muhammad Zakaria, Januari 2011, Huraian dan Intisari padat

    dan ringkas, Hadis 40 Imam Nawawi, Telaga Biru Sdn.Bhd.

    6. Stormreaders Network Sdn.Bhd, Vol.3,Isu 19,Mei 2013, Gen-Q Generasi al-Quran

    Kreatif, Telaga Biru Sdn.Bhd .

    7. Mohd Hisham Mohd Sharif dan Hasifah Zainuddin, 2013, 43 Inspirasi Mendidik Anak,

    Galeri Ilmu Sdn.Bhd.

    8. Tafsir Al -Quran dan terjemah, Maghrifah Pustaka.

    Internet:

    1. http://myceriterastory.blogspot.com/2012/04/katsa-kata-pejuang-islam.html

    2. http://atiqzaim.blogspot.com/2012/11/tarbiyah-bukan-segala-galanya.html

    3. http://arielzafwan.blogspot.com/2013/02/10-muwasafat-tarbiyyah.html

    http://myceriterastory.blogspot.com/2012/04/katsa-kata-pejuang-islam.htmlhttp://atiqzaim.blogspot.com/2012/11/tarbiyah-bukan-segala-galanya.htmlhttp://arielzafwan.blogspot.com/2013/02/10-muwasafat-tarbiyyah.htmlhttp://arielzafwan.blogspot.com/2013/02/10-muwasafat-tarbiyyah.htmlhttp://atiqzaim.blogspot.com/2012/11/tarbiyah-bukan-segala-galanya.htmlhttp://myceriterastory.blogspot.com/2012/04/katsa-kata-pejuang-islam.html
  • 7/27/2019 Kaedah Tarbiah Dalam Pembentukkan Sesebuah Institusi Kekeluargaan Melalui 10 Muwasafat Tarbiah

    35/35

    4. http://faizatul.wordpress.com/fikrah/

    5. http://dakwatunayemen.blogspot.com/2008_07_01_archive.html

    6. http://nurazahfathirah.wordpress.com/2010/03/30/langkah-009-guna-jangan-biar/#more-203

    7. http://wallayahemmak.wordpress.com/2010/12/18/serabut/

    8. http://inijalanku.wordpress.com/parti2/biografi-mustafa-masyhur-mursyid-am-im-ke-5/

    9. http://blogantaradua.blogspot.com/2010/02/pejuang-dnt-dan-murabbi-ummah.html.

    10. http://syurgaminda.wordpress.com/2011/07/10/deen-bermaksud-pegangan/

    11. http://pemudaillahi.blogspot.com/2009/10/apa-erti-mujahadah.html

    12. http://www.tayibah.com/eIslam/syumul.html

    http://faizatul.wordpress.com/fikrah/http://dakwatunayemen.blogspot.com/2008_07_01_archive.htmlhttp://nurazahfathirah.wordpress.com/2010/03/30/langkah-009-guna-jangan-biar/#more-203http://wallayahemmak.wordpress.com/2010/12/18/serabut/http://inijalanku.wordpress.com/parti2/biografi-mustafa-masyhur-mursyid-am-im-ke-5/http://blogantaradua.blogspot.com/2010/02/pejuang-dnt-dan-murabbi-ummah.htmlhttp://syurgaminda.wordpress.com/2011/07/10/deen-bermaksud-pegangan/http://syurgaminda.wordpress.com/2011/07/10/deen-bermaksud-pegangan/http://pemudaillahi.blogspot.com/2009/10/apa-erti-mujahadah.htmlhttp://pemudaillahi.blogspot.com/2009/10/apa-erti-mujahadah.htmlhttp://www.tayibah.com/eIslam/syumul.htmlhttp://www.tayibah.com/eIslam/syumul.htmlhttp://www.tayibah.com/eIslam/syumul.htmlhttp://www.tayibah.com/eIslam/syumul.htmlhttp://pemudaillahi.blogspot.com/2009/10/apa-erti-mujahadah.htmlhttp://syurgaminda.wordpress.com/2011/07/10/deen-bermaksud-pegangan/http://blogantaradua.blogspot.com/2010/02/pejuang-dnt-dan-murabbi-ummah.htmlhttp://inijalanku.wordpress.com/parti2/biografi-mustafa-masyhur-mursyid-am-im-ke-5/http://wallayahemmak.wordpress.com/2010/12/18/serabut/http://nurazahfathirah.wordpress.com/2010/03/30/langkah-009-guna-jangan-biar/#more-203http://dakwatunayemen.blogspot.com/2008_07_01_archive.htmlhttp://faizatul.wordpress.com/fikrah/