Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    1/15

    Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi

    IslamIEEH 3316

    Nor Syuhada binti Mohd Isa IEH080055

    Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    2/15

    DefinisiBahasa

    Yakin ialah suatu pengakuan. Ketenangan dan kepastian pada hatiakan hakikat sesuatu perkara. Sementara syak pula beerti keraguan danbertentangan konsepnya dengan keyakinan.

    Istilah

    Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan sahaja, keranakeraguan itu lebih lemah kekuatannya daripada keyakinan. Akan tetapikeyakinan itu hanya boleh dihilangkan dengan keyakinan sepertinyasahaja.

    Sekiranya seseorang telah meyakini hukum sesuatu perkara,kemudian timbulnya keraguan terhadap keyakinan tersebut, maka

    keyakinan yang asal itu kekal tanpa berpegang pada keraguan yangtimbul selepasnya.

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    3/15

    Dalil Yang Berkaitan

    Dengan Kaedah

    Al-Quran

    Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatusangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapatmemenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (i`tiqad).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang merekalakukan.

    Surah Yunus (10) : 36

    Sunah

    Apabila seseorang kamu syak pada masa menunaikansembahyang dan ia tidak mengetahui berapakah rakaat yang telah

    dilakukannya samada tiga atau empat rakaat? Maka hendaklah iaketepikan keraguan (syak) dan binalah di atas apa yang ia yakini

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    4/15

    Perbezaan Yakin, Syak, Zann dan Wahm

    Yakin

    Sesuatu yang pasti bersandarkan pada bukti dan dalil qati. Perkara yangberdasarkan keyakinannditerima sebagai dasar hukum fiqh.

    Zann

    Seseorang yang berada dan berhenti di antara dua yang mana ia dapatmengukuhkan atau mentarjihkan salah satu dari keduanya. Akan tetapi pihak yang tidakditarjihkan itu pula tidak dapat dibuang dan tetap wujud dalam hati. Perkara yangbersandarkan pada zann harus dibina dan hukum diterima.

    Syak

    Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara sehingga

    tidak dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat. Perkara yang bersandarkan pada syaktidak diterima dalam hukum fiqh.

    Wahm

    Keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip ataucenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh. Perkara yang berdasarkan pada wahm

    tidak diterima dalam hukum fiqh.

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    5/15

    Kaedah-Kaedah Furu

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    6/15

    Kajian Kes: Kaedah PenentuanHarga Menurut Islam

    At-Tasir dari sudut bahasa ialah menetapkan harga.

    Dari sudut istilah pula At-Tasir membawa maksudpenetapan harga yang dilakukan oleh pemerintah ataukerajaan dan diwajibkan ke atas rakyatnya mengikutikadar yang ditetapkan itu.

    Menurut Sayyid Sabiq pula At-Tasir itu adalahmeletakkan kadar had harga ke atas sesuatu barangyang hendak dijual di mana penetapan tersebut tidakakan menzalimi pemilik barang dan pembeli

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    7/15

    Penentuan harga dalam Islam pada asalnya ialah urusanAllah s.w.t. Hal ini dapat dikesan apabila usahawan Islam yang

    benar-benar beriman tidak mungkin mengkhianati orang lainsemata-mata kerana mahu menghasilkan keuntungan sendiri.Akan tetapi penentuan harga yang pada asalnya tidakdibenarkan telah menjadi harus disebabkan beberapa perkaratertentu seperti berlakunya kezaliman kepada pengguna

    disebabkan oleh ketamakan para peniaga yang terlalumengejar keuntungan.

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    8/15

    Larangan Menetapkan Harga

    Fuqaha Mazhab Hanafi, Syafi`i,

    Maliki dan Hanbali bersepakatmengatakan bahawa hukummenetapkan harga pada asalnyaadalah haram. Keharusan penetapan

    ini datang kemudiannya atasbeberapa sebab tertentu.

    Hujah pada awalnya mereka

    mengharamkan adalah berdasarkan

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    9/15

    Hadis

    Seorang lelaki telah datang kepada nabi laluberkata, Wahai Rasulullah, tetapkanlah harga.Sebaliknya baginda menjawab. Sesungguhnya

    Allah sahajalah yang menahan, yangmelapangkan,yang memberi rezeki danmenetapkan harga. Aku ingin menghadap kehadirat Allah, dengan tidak ada seorang pun yangmenuntutku kerana kezaliman yang aku lakukankepadanya dalam darah mahupun harta.

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    10/15

    Keharusan Menetapkan Harga

    Imam Al-Ghazali memberi pendapat bahawakerajaan Islam boleh menetapkan harga yangtinggi jika ia memberi faedah kepada masyarakat.

    Imam malik pula berpendapat pembatasan

    harga dibolehkan pada saat harga barangmemuncak. Demikian juga menurut pendapat

    Imam Syafie.

    Beberapa tokohZaidiyyahjuga membolehkanadanya penentuan harga jika kemaslahatan

    jemaah menuntut adanya hal tersebut.

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    11/15

    Ibn Qudamah, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim membahagikanbentuk penetapan harga kepada dua jenis iaitu penetapanharga yang bersifat zalim dan penetapan harga yang bersifat

    adil.

    Penetapan harga yang bersifat zalim menurut mereka adalahpenetapan harga yang dilakukan oleh pemerintah tidak sesuaidengan keadaan pasar dan tanpa mempertimbangkankemaslahatan pedagang.

    Penetapan harga yang dibolehkan bahkan diwajibkan adalahketika terjadinya pelonjakan harga yang cukup tajam

    disebabkan kezaliman yang dilakukan oleh para pedagang.Apabila para pedagang terbukti mempermainkan hargasedangkan hal ini bersangkut dengan kepentingan orang ramai,maka pemerintah wajib mendahulukan kepentingan orangramai.

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    12/15

    Alasan membenarkankawalan hargaK

    awalanhargayang

    melibatka

    nk

    Kawalan harga yangmelibatkan kepentinganumum serta melindungikepentingan penggunatermasuk pengeluar

    Bilaha

    rgatid

    a

    Bila harga tidak diatur dan peniaga mengenakanharga yang tinggi kemudian memberi kesankepada pembeli. Maka berlaku kemudaratan padapembeli. Memudaratkan org lain adalah dilarang

    dalam Islam, oleh itu mudarat mesti dihilangkanKepe

    nti

    Kepentingan penggunaumum masyarakat dankepentingan pengeluarmelibatkan kebajikan

    sekumpulan kecil

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    13/15

    Kaedah-Kaedah Fiqh Yang Berkaitan DenganKeharusan Al-Tasi`r

    Tidak diingkari bahawa hukum (zonni) berubah menurutzaman dan tempat.

    Perubahan zaman yang berlaku pada zaman dahuludan kini amat besar bezanya. Oleh itu, kaedah inimenerangkan mengenai keharusan berubahnya

    hukum disebabkan berubahnya masa dan mengikut`urufdan adat pada masa itu.

    Antara faktor yang membolehkan perubahan hukumialah disebabkan oleh dua perkara iaitu apabila

    berlakunya fasadu al-zaman dan perkembangan masa

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    14/15

    Tindakan pemimpin terhadap rakyatnya harus dihubungkan

    dengan kemashlahatan umum

    Mengikut kaedah umum dalam Islam pihakpemerintah boleh menentukan harga sesuatu barangdengan syarat ia dapat memenuhi kepentingan orang

    ramai dengan adil kerana ia menjadi asas yang utamadalam urus niaga Islam.

    Penetapan harga sesuatu barangan yang dibenarkan

    dalam Islam bukan secara melulu dalam semuakeadaan dan pada semua barangan tanpamemikirkan kepentingan orang ramai. Malah ia

    seperti penetapan syarak yang disyariatkan keranaada sebab-sebab tertentu iaitu demi kepentingan

    umum dan menghindarkan kemudaratan kepadaoran ramai.

  • 8/2/2019 Kaedah Fiqh Dalam Ekonomi Islam

    15/15

    Hukum itu bersama illah pada ada dan tiadanya

    Pada zaman nabi, penetapan harga olehpemerintah tidak dibenarkan kerana tiada illah

    yang memerlukan harga dikawal.

    Akan tetapi melihat pada masa kini, `illahtersebut wujud kerana berlakunya monopoli di

    kalangan peniaga, penyorokan barang danmenaikkan harga secara sengaja dengan tujuanuntuk melipat gandakan keuntungan semata-

    mata sehingga memudaratkan ramai pengguna.